betabihah | Unsorted

Telegram-канал betabihah - Bidm's Story

-

'Bukan air yang hilangkan Haus' . "Beta,..every words of yours, Allah is All-Knowing. And it will be questioned, when you return 'Home' later. Don't forget about it. Bismillah." 💙 Beta.—

Subscribe to a channel

Bidm's Story

Salam :) Doakan saya bakal menghadapi ujian midterm pada Ahad depan bagi Madah Usul Fiqh 2 ya. Moga saya dan rakan² lain ditambahkan ilmu dan dikurniakan kefahaman🌹 Dan kami dapat menjawab kesemua soalan yang diberikan dgn jawapan benar dan tepat. Allahumma Aamiin. Barakallahufiikum 🥰

Читать полностью…

Bidm's Story

Lepastu dekat ayat 221 tu, Allah romantik sangat, khabarkan kepada kita melalui wahyu Al-Quran ni, lihat pertanyaan Allah, "mahukah Aku beritakan kepadamu.." -🥺🤍

Kita yang baca kalamNya, jadi tak sabar, teruja nak tahu apa yang Tuhan nak sampaikan.

Читать полностью…

Bidm's Story

Doakan semoga suatu hari nanti saya mampu fahami ilmu nahu dengan baik😭🌹Teringin nak fahammm tapi tahu masih jauhhh lagi perjalanan😭 Para Ulama' dulu pun berpuluh tahun mengaji untuk satu bidang ilmu...itulah kan manusia ni selalu terburu-buru, nak benda semua cepat².. Semoga dikurniakan sabar yang tinggi.

Читать полностью…

Bidm's Story

Umur kita sebenarnya terlalu singkat untuk menguasai pelbagai bidang ilmu. Sangat singkat. Tapi InshaAllah dengan niat yang benar, ketekunan dan himmah yang tinggi, Allah berkuasa berikan kefahaman ilmu (yang benar) kepada hamba²Nya yang berazam untuk ke arah itu. Dikatakan, satu huruf daripada satu perkataan yang terdapat di dalam Al-Quran itu sahaja, jika disyarahkan oleh ahli Ikhtisos ahli tafsir Al-Quran, maka perlu dilaksanakan sehingga mencapai ratusan majlis ilmu, hanya untuk satu huruf itu sahaja. Tak akan cukup sehari, tak cukup dengan satu majlis. MasyaAllah, nak tunjuk betapa sangat sangat sangat luasnya ilmu Allah ni. Alhamdulillah, rasa bahagia sangat sebab harini saya dah luahkan hasrat saya kepada ahli keluarga akan perancangan kecil saya untuk perjalanan setelah tamat ijazah Fiqh wal Usul di Bumi Syam ini🌹🥰Doakan saya ya.

Читать полностью…

Bidm's Story

Pesanan penting : "Jangan makan semua hidangan apapun yang disajikan untukmu oleh media massa di zaman ini" – Syeikh Rahimuddin Nawawi al Bantani.

Читать полностью…

Bidm's Story

Semoga tetap semangat wahai para penuntut ilmu 🌹...

Читать полностью…

Bidm's Story

Dalam suasana gelap, cahaya bersemprong, saya menyelak perlahan kitab-kitab ini...

Terdetik sebak di hati, "Allah... Berapa lama hamba akan berada di negeri Syam ini?"...

Tersimpan satu keinginan, diri ini ingin berlama lama di negeri ini. Ingin rapat dan khidmat untuk semua guru-guru saya disini.

Terbit di dalam doa saya,
"Allah, hamba perlu usaha keras kan?"...
.
Di akhir kalam ini, hanya tumbuh satu keyakinan, bahawa segala yang Allah pilihkan buat diri, adalah yang paling terbaik. Inilah yang Allah sudah tetapkan. Inilah kesempurnaanNya. TakdirNya tak pernah kekurangan apa-apa. Sayang Allah selamanya.

Bersabarlah wahai diriku, wahai penuntut ilmu... Di depan kita ada ganjaran besar yang sedang menanti.

Belajar untuk keputusan di atas kertas bukan itu yang dimahukan. Takutilah andai kita cemerlang, tapi hakikatnya kita tak faham apa yang kita belajar.

–Catatan rahsia Beta.
(15/1/2024 | Mu'tah Jordan)

Читать полностью…

Bidm's Story

Semalam semasa di Amman, kami gunakan perkhidmatan Uber untuk ke tempat coaster (saya tak ingat nama tmpt tu apa, jadi saya panggil itu tempat coaster). Sebaik saja memasuki kereta, pakcik ni berkenalan dan bertanya khabar kami. Beliau bertanya tentang kemampuan kami berbahasa Arab, tentang bidang yg kami belajar di Jamiah, banyak juga soalan yg diajukan, kemudian beliau meminta kami membaca apa² surah untuk beliau dengarkan tajwid. Lalu, kami pun mula membaca seorang demi seorang. Setelah selesai, ambil peluang dalam perjalanan sebelum sampai ke destinasi, beliau ajak kami sama² baca beberapa baris ayat dari Surah Yaasiin. Indah untuk dikenang, sambil berhenti menunggu lampu Isyarat hijau, kami bersama alunkan kalam Tuhan. Setelah itu beliau banyak berikan nasihat berkaitan tentang Al-Quran, dari sudut tajwid, keindahan bacaan dan penghayatan terhadapnya.

Читать полностью…

Bidm's Story

Kisah paling manis🤍 Berlaku ketika saya berada di Aqobah.

Читать полностью…

Bidm's Story

Sangat indah sebenarnya bila Allah titipkan ke dalam jiwa akan perasaan,

"Allah...hamba rindu nak baca Al-Quran"

🌹🤍...

Читать полностью…

Bidm's Story

Alhamdulillah, kawasan perang Mu'tah bersebelahan dengan Jami'ah (Universiti) kami. InshaAllah, nanti saya akan bawa sahabat sekalian 'jalan²' di situ ya🌹Tapi melalui alam maya lah hehe. Berdekatan dengan tanah perang tu, ada sebuah Masjid, namanya Masjid Syuhada'. Lapang tempatnya, luas dan MasyaAllah, tenang.

Читать полностью…

Bidm's Story

Ja'far bin Abi Thalib gugur syahid dalam keadaan kedua-dua belah tangan beliau teputus akibat dilibas pedang musuh, dan dada beliau juga ditusuk.

Subhanallah, para Sahabat dulu berjuang dengan penuh berani, walaupun pada zahirnya nisbah bilangan tentera kaum muslimin ketika itu sangat sedikit berbanding tentera Romawi, namun mereka berperang bukanlah kerana musuh semata mata, melainkan mereka telah berjuang di atas dorongan Akidah yang kuat dan benar. Dengan demikian, kemenangan telah berpihak kepada kaum Muslimin.

Читать полностью…

Bidm's Story

InshaAllah, apa2 nanti saya akan update ya. Barakallahufeekum Jamian.

Читать полностью…

Bidm's Story

Assalamualaikum sahabatku,
Banyakkan sebut Allah Ya Barik ya💙

Moga Allah sentiasa merahmati diri kalian serta seluruh ahli keluarga kalian.
Allahumma Aamiin.

Beta.—

Читать полностью…

Bidm's Story

If you're taking baby steps towards the Deen I pray Allah SWT enlighten and enliven your heart towards the Deen and grant you complete closeness to Him.

Aamiin.

@BetaBihah

Читать полностью…

Bidm's Story

Salam Maghrib dari Bumi Syam ☺️

Читать полностью…

Bidm's Story

MashaAllah, baca Surah Asy Syu'ara ni memang banyak sangat Allah sentapkan hati ini🥲🤍... Dalam surah ni juga Allah ceritakan kisah para Nabi dan umat² terdahulu yang diazab.

Kalau perasan kan, dalam Al-Quran ni Allah suka tanya kat hamba² Dia, Allah suka bertanya kat kita sebenarnya..

Contoh dekat dalam Surah ni pada ayat 205, mafhum-Nya, "maka bagaimana pendapatmu....",

Contoh lain dalam Surah An-Nahl ayat 17, mafhum-Nya, "Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?", dan banyak lagi pertanyaan.

Nampak tak betapa Bijaksananya Allah?... Sebenarnya Allah tanya bukan sebab Dia tak tahu (Maha Suci Allah), tapi sebab Dia nak hamba Dia ni berfikir. Wallahi Tuhan sangat sukakan hamba²Nya yang berfikir. Sebab tu kalau baca Quran, selain bertilawah, maka antara hal penting lainnya ialah mentadabburinya🌹

Читать полностью…

Bidm's Story

Tipulah kalau tidak ada langsung kesukaran dalam perjalanan menuntut ilmu ni... Bahkan Sejujurnya untuk saya ilmu alat seperti Nahu Sorof itu sendiri sangat susah untuk saya fahami🥲.. sampai sekarang... Tak tahu berapa lama, dan dengan berapa guru saya perlu hadir talaqqi dan dengarkan syarah untuk saya fahami I'rab. Semoga kita semua diilhamkan sifat yang himmah sebagaimana himmahnya para Salafussoleh dan para waliNya dalam urusan menuntut ilmu, dan moga2 kita semua dikurniakan futuh dalam ilmu² milikNya yang kita sedang pelajari dan lalui disaat ini. Allahumma Aamiin 🤲🏻

Читать полностью…

Bidm's Story

Pesanan dan Wasiat Guru Mulia dikasihi, Sidil Habib Umar Ben Hafidz menyampaikan agar membaca Zikir ini selama di Bulan Rejab, mudah-mudahan diberikan keberkatan buat diri kita semua serta keampunan dari Nya yang Maha Pengampun.

Lafaz zikir tersebut ialah ;

‏(( أسْتَغْفِرُ اللهَ لِمَا يَعْلَمُهُ اللهُ ، أسْتَغْفِرُ اللهَ كَمَا يُحِبُّهُ اللهُ ))

Bermaksud ; “Aku memohon keampunan pada Mu Ya Allah akan segala dosa yang Engkau ketahui, dan aku memohon keampunan pada Mu Ya Allah sebagaiman Engkau sukai”.

Paling kurang 3000 x, andai mampu dilebihkan akan lafaz tersebut, in sha Allah akan ditambah padanya barakah.

Kemudian ditambah dengan 11 langkah amalan hendaknya diraih di bulan Rajab ini yang telah disebutkan oleh Guru Mulia Al-Habib Umar bin Hafidz.

Hendaknya bagi setiap kaum Muslim untuk tidak mensia-siakan keutamaan bulan yang sangat mulia ini dengan beberapa perkara, di antaranya:

1. Perbanyakan membaca Istighfar dan bertaubat dengan sebenar-benarnya taubah.

2. Kesungguhan didalam mengejar redha Allah سبحانه وتعالى dengan melaksanakan ketaatan, dan meninggalkan kemaksiatan yang dilarang Allah.

3. Memandang keadaan dirinya, kemudian memperbaikinya serta membangun kehidupannya di atas peneladanan Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم.

4. Memperhatikan keadaan dirinya dalam menjalankan kewajiban yang Allah wajibkan kepadanya secara terperinci dan di dalam menjalankan sunnah-sunnah serta rawatib, dan memperhatikan kehadiran hatinya di dalam menjalankan semua itu.

5. Berusaha untuk selalu solat berjamaah di saf pertama dan berusaha untuk selalu mendapatkan takbiratul ihram setelah imam.

6. Hendaknya memiliki saham yang besar di dalam membaca Al-Quran, mentadabburi ayat-ayatnya, serta dalam mengamalkan tuntunannya.

7. Merutinkan pembacaan zikir di pagi dan di petang hari dan zikir seusai solat lima waktu.

8. Memperhatikan dirinya dalam pergaulan yang baik dengan rumahtangga, sahabat, teman, keluarga, tetanggga dan kepada seluruh makhluk.

9. Berpuasalah di bulan ini, khususnya di hari Isnin dan Khamis, dan juga di Ayyamul Bhidh (13, 14, 15 di bulan Hijriah).

10. Hendaknya memiliki saham besar dalam bersedekah dan memenuhi hajat orang-orang faqir dan miskin, dan berbuat baik kepada mereka.

11. Hendaknya mengambil kesempatan emas di malam-malam bulan Rajab ini untuk beribadah, khususnya di waktu akhir malam, maka alangkah baiknya jika di bulan ini kita berada di dalam keadaan yang mulia disaat akhir malam, dimana Allah berfirman: "Dan di saat sahar (akhir malam) mereka meminta pengampunan).",

dan Allah juga berfirman: "Orang yang selalu menginfakkan hartanya dan yang meminta pengampunan di malam hari.",

dan Allah juga berfirman: "Sesungguhnya mereka sebelumnya adalah orang-orang yang baik, yang sedikit dari malam-malamnya tertidur dan di malam hari selalu beristighfar meminta pengampunan Allah."

Kami memohon kepada Allah untuk memberikan bahagian besar dari kemuliaan malam-malam bulan yang mulia ini, dan menjadikan kita dari hamba-hamba yang diterima ibadahnya dan mendapatkan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ.

"Ya Allah, berkahilah kami di bulan Rajab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami dengan bulan Ramadan."


/channel/fazirunstory

Читать полностью…

Bidm's Story

Pepatah Arab ada mengatakan:

"لايجب أن تقول كل ما تعرف، ولكن يجب أن تعرف كل ما تقول "

"Tidak perlu untuk kamu bercakap semua perkara yang kamu tahu, tetapi perlu untuk kamu tahu apa yang kamu perkatakan".

Читать полностью…

Bidm's Story

Ini antara impian saya. Tidak saya berani untuk tunjukkan ini melainkan ingin meminta doa daripada kalian.

Doakan saya ya🌹🤍

Читать полностью…

Bidm's Story

Beliau bertanya,


"Kamu semua, apakah yang satu, tiada dua?
jawapannya Allah.

Apakah yang Dua tiada tiga?
jawapannya siang dan malam.

Apakah yang Empat, tiada Lima?
jawapannya kitab Samawi (Al-Quran, Injil, Zabur dan Taurat.)

Apakah yang Lima tiada enam?
jawapannya Salawatul Khams..

Apa yang Enam tiada tujuh?
اِنَّ رَبَّكُمُ اللّٰهُ الَّذِىۡ خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَ الۡاَرۡضَ فِىۡ سِتَّةِ اَيَّامٍ
Allah menciptakan langit dan bumi dalam masa enam hari.

Apakah yang Tujuh tiada lapan?
jawapannya 7 lapisan langit.

kemudian, apakah yang Lapan tiada sembilan,
Jawapannya, "Dan Malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan malaikat menjunjung Arasy Tuhanmu di atas (kepala) mereka. (Surah Al-Haqqah, 69:17)"

dan apakah yang Sembilan tiada sepuluh?
jawapannya, 9 mukjizat Nabi Musa alaihissalam.


Dan sebaik saja kami tiba ke destinasi,
sebelum kami keluar dari kereta, beliau mengajukan soalan terkahir,

"apakah kunci Syurga?"

" أشهد أن لا إله إلا الله. "

Beta.–
📍1 Dec 2022,
Mu'tah, Al-Karak, Jordan🇯🇴

Читать полностью…

Bidm's Story

Maaf, saya silap type ya pada ayat,
سلام قول من رب رحيم..

Yang betulnya ialah
سلام قولا من رب رحيم🌹

Читать полностью…

Bidm's Story

Bila rasa berdebar,
sejuk seluruh badan,
rasa burnout,

satu benda je yang saya nak buat,
iaitu peluk ibu😭🤍

Tapi jauhhhh,
saya kat Jordan,
my Syurga kat Malaysia😭😭😭

Читать полностью…

Bidm's Story

Alhamdulillah, our trip to Ashabul Kahfi cave, Balad, and Carrefour in Amman, Jordan. Next trip, InshaAllah Aqabah and Irbid🇯🇴🇯🇴

Читать полностью…

Bidm's Story

Disebutkan, bahawa Perang Mu'tah berlaku pada bulan Jamadil Ula tahun 8 H, bersamaan 629 Masihi. Melalui hasil pembacaan saya, dan jikalau antum nak baca mengenainya, boleh rujuk di dalam kitab Sirah Nabawiyah Ar Rahiq Al Makhtum karya Syeikh Safiyyurrahman Al Mubarakfuri. Disebutkan bahawa faktor berlakunya perang Mu'tah ini ialah bermula ketika utusan Baginda SAW iaitu Al Harits bin Umair Al Azdi yang dibunuh oleh Syurahbil bin Amru Al Ghasani.

Ketika itu Al Harits ditugaskan oleh Baginda SAW untuk mengirimkan surat seruan agar masuk Islam kepada Syurahbil yang merupakan seorang panglima kaisar Romawi dari suku Ghassaniah. Sebaik saja berita mengenai kematian utusan itu diketahui oleh Baginda, Baginda langsung mengumpulkan kekuatan yang mencapai 3000 pasukan.

Ini kerana perbuatan membunuh utusan itu dianggap sebagai perbuatan yang keji. Dan sudah tentu tujuan paling utama peperangan ini dilaksanakan ialah agar agama Islam dapat disebar luas sehingga ke luar Jazirah Arab pada ketika itu.

Читать полностью…

Bidm's Story

Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah, hari ini saya dan rakan berpeluang untuk menziarahi tiga makam para Sahabat Nabi Muhammad SAW di kawasan Mazar, Mu'tah. Iaitu makam Saidina Zaid bin Harithah, Saidina Ja'far bin Abi Thalib dan juga Saidina Abdullah bin Rawahhah. Mereka bertiga dilantik oleh Rasulullah SAW untuk menjadi panglima bagi memimpin tentera kaum muslimin dalam perang Mu'tah.

Secara 'adinya (kebiasaannya), kita menyebut makam, namun dikatakan bahawa sebenarnya ada beza diantara istilah makam (مقام) dan juga Dhorih (ضريح). Dhorih bermaksud ianya memang ada jasad di dalamnya, manakala makam pula bererti ianya hanya makam sahaja, tiada jasad di dalamnya.

Gambar yang saya paparkan ini ialah Dhorih Saidina Ja'far bin Abi Thalib. Beliau ialah panglima kedua yang memimpin. Mengapa Rasulullah SAW utuskan sehingga tiga panglima? Kerana Mu'tah ini ialah antara perang yang perang sangat besar. Melalui pembacaan saya, semasa perang ini berlaku, ketika itu jumlah tentera kaum Muslimin ialah seramai 3000, manakala jumlah tentera kaum Romawi berjumlah 200,000.

Jika ada yang berminat untuk membaca mengenainya. Kisah perang Mu'tah ini setakat yang saya temui. InshaAllah ianya detail diceritakan di dalam kitab sirah Ar Rahiq Al Makhtum karya Syeikh Safiyyurrahman Al Mubarakfuri. Dan InshaAllah ada banyak bahan autoriti yg lain boleh dirujuk.

Читать полностью…

Bidm's Story

Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah, InshaAllah harini saya dan rakan2 akan pergi menziarahi makam para Sahabat Nabi jua para Solihin.. iaitu Makam Saidina Zaid bin Harithah, Saidina Ja'far bin Abi Thalib, dan Saidina Abdullah bin Rawahhah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi Muhammad SAW 🌹..

Dengan menyedari akan banyak kurang dan jahilnya diri ini, siapalah saya untuk mendoakan kalian... namun InshaAllah, dalam doa tawassul dengan barokah Baginda SAW dan para Solihin, saya akan bawakan sekali sahabat² semua dalam doa yang saya hajati.. Allah jualah yg Maha memakbulkan doa.. yang mampu memberi manfaat dan mudharat.

Doakan kami disini ya🌹

Читать полностью…

Bidm's Story

By, Aida Azlin❤️
May Allah bless her.
Allahumma Aamiin.
.

@BetaBihah

Читать полностью…

Bidm's Story

Wada'ah As Sahmi (semoga Allah merahmatinya) mengatakan,

"Bersabarlah atas keburukan jika itu harus engkau terima kerana boleh jadi keburukan itu membuatmu gembira.

Di bawah buih itu terdapat susu yang putih berseri.."

@BetaBihah

Читать полностью…
Subscribe to a channel