MashaAllah, rindu nya kat Syeikh🌹...Rindu nak hadir kelas² Syeikh Omar Dr Khalash.
Baru² ni Syeikh ada buat kelas Talaqqi online kelas fardhu ain, menggunakan kitab Mukhtasar Sullam At Tawfiq. InshaAllah setiap hari Isnin, jam 9 malam (Malaysia).
Bagi yang ingin mengikuti, ini link kelas ya. https://meet.google.com/eov-ibqh-amo
Orang-orang pandai, tidak hidup di dalam pujian atau hinaan orang. Mereka hidup dengan menyedari bahwa diri mereka adalah lubuk keaiban, dan kelemahan. Dengan itu, mereka memahami akan segala kekurangan & kelebihan diri adalah karunia dari Tuhan yang Maha Pengasih.
Читать полностью…kalau tak dpt madah dan kelas yang kita nakkan sebagaimana yg dirancang, maka perlu ada plan ke-2, iaitu trpksa daftar madah² lain yg masih available dan ada kekosongan.
Читать полностью…Meskipun kalau dh fasih, belum tentu kita akan berani... Bergaullah dgn masyarakat Arab, walau kita masih beginner dan ada rasa takut2.. Kerana berlatih ckp secara berseorangan (atau bercakap Arab dengan sesama rakan yang sebangsa) jika nak dibandingkan mempraktikkan bahasa tersebut bersama masyarakat arab itu sendiri, realitinya amatlah berbeza suasananya.
'Keluarlah', cari rakan Arab dan belajar drpd kesilapan2 yg kita buat. Buat silap tu bnda yang normal dan memang sangat perlu untuk kita buat kesilapan. Kalau asyik betul je, part mana yg kita nak belajar & perbaiki kan? Jangan takut untuk belajar dan jadilah org yg suka untuk mencuba melakukan sesuatu yang InshaAllah bermanfaat.
Alhamdulillah seronok belajar Ammiya dengan mereka tadi, langsung takde nk judge mengejudge haha.
Selain dpt belajar Ammiya, dalam masa yang sama saya juga dapat kenal serba sedikit akan budaya masyarakat Arab Badawi. Mereka kenalkan saya dengan tempat2 tinggal mereka, makanan2 tradisional mereka, lehjah org2 Arab Badawi yg seakan lebih kurang sama dgn lehjah madani, Alhamdulillah Nasib baik mereka bukan Karaki😂😂. Mereka tunjuk saya video² kartun Arab, dn menerangkan setiap kalimah yg saya tak faham.. plus sikit lagi Rania nk ajar tarian Dahiyeh (versi banat) tadi🤣 Tapi sejujurnya saya mmg sejenis yg sangat minat utk mengetahui budaya bangsa dan negara lain.
Candraku, semoga baik-baik saja, meski bukan sekali, dua kali, kau diempas-empas, menjadi pelam(piasan) tangan-tangan yang kaumurkai. Aku berharap untuk perlindungan ini, kali ini saja.🤍
(Beta.-)
Dikatakan,
"apabila seseorang lelaki (atau perempuan) mempunyai kemunafikan yang sempurna, dia akan menguasai dua matanya (dengan melihat kepada semua benda, tanpa mengira halal dan haram). Dia melepaskan kedua-dua matanya bila sahaja dia kehendaki."
Kalimah yang paling sukar untuk saya, adalah di saat diri ini bakal mengucapkan "selamat tinggal" kepada tanah Mu'tah🌹...
Читать полностью…Sejujurnya terharu ya saya MashaAllah.. mereka semua ahli² mentee (program Fikrah Muslih) saya sewaktu saya dilantik sebagai naqibah bagi menguruskan team mereka di KUIJSI di bawah pemantauan dn Mentor Ustaz Shahrulnizam (semoga Allah merahmati beliau).
Dulu kalau setiap kali pertemuan meet, dn terkadang di group ws, saya akan bertanya jikalau mereka okay atau tidak dengan suasana pembelajaran dsb, saling kongsikan tips dan maklumat² berkaitan pelajaran, mendengarkan sebarang permasalahan yg mereka hadapi saat belajar, dan saya juga turut mndptkan pengetahuan baru & nasihat drpd mereka semua.
MashaAllah, now, tahu² je memasing dah nak bawa haluan ke peringkat yg lebih tinggi. Srs saya is nak nanges terharu ') Diantara mereka ada yg menyambung ke luar negara, seorang di WISE, manakala seorang lagi ke Mu'tah.
Saya kenali semuanya ahli mentee saya tidak kira lelaki mahupun perempuan, semuanya pelajar yg beradab & mumtaz! MashaAllah. Doa saya akan sentiasa mengiringi dalam setiap perjalanan kalian InshaAllah. Bittaufiq wannajah!🌹
بسم لله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Yang Berhormat/Tuan/Puan/Dato’/Datin
Saya Muhammad Faris bin Abdul Jalil telah mendapat tawaran menyambung pengajian ke luar negara pada ketatapan berikut :-
*Tarikh terbang : 5/9/2023*
*Hari : Selasa*
*Jam : 10.00 pagi*
*Tempat : Singapore*
*University: The World Islamic Sciences and Education of Amman, Jordan* 🇯🇴
*Tempoh pengajian : 2 Tahun setengah*
*Tahap : Ijazah Sarjana Muda*
*Bidang : Tahfiz Al-Quran Wa Al Qiraat*
Jumlah perbelanjaan yang diperlukan di sana dalam jumlah yang sangat besar iaitu sebanyak _*RM20,000.00*_ (2 tahun).
Oleh itu segala keperhatian dan sumbangan dari pihak Yang Berhormat/Tuan/Puan/Dato’/Datin amat kami alukan dan didahului dengan ribuan terima kasih.
Di samping itu, saya sertakan beberapa butiran penting untuk rujukan pihak Yang Berhormat/Tuan/Puan/Dato’/Datin jika diperlukan.
📞Hubungi : 011-11508435 (faris)
📲Atau WhatsApp : 011-56751485 (faris)
Salam🤍 Saya nak minta doa daripada kalian ya.. doakan moga saya dan rakan² disini diberikan kesihatan yang baik ya... Hari ini, pertama kali saya rasa tersangat letih dan sakit seluruh badan, rasa mcm nak demam pun ya, dan pening kepala..balik saja daripada Jamiah tadi terus rehat, juga jadi tak lalu nak makan.. Alhamdulillah mujur esok tiada kelas, jadi mungkin terpaksa banyakkan rehat saja untuk esok. Puncanya mungkin akibat cuaca yang sedang terlampau panas. Alhamdulillah di sini sedang musim panas.. Doakan ya, moga kami dapat selesaikan sem soifi (musim panas) tahun ini dengan lancar dan mendapat hasil yang Mumtaz. Allahumma Aamiin. Barakallahufiikum jamian 🥰🌹
Читать полностью…MashaAllah, Best belajar dengan Nour. Kami terpaksa Murajaah melalui alam maya dek kerana jarak kami yang jauh. Dan, satu²nya setakat ni dia lah rakan Arab yg sangat memahami saya dan sabar ketika saya tak faham lahjah ammiya mereka😂..Kadang2 kalau berbual f2f masing2 terpaksa buka google translate tu haa nak bagi faham walaupun ayatnya kat situ tunggang terbalik😭🤣Nour sangat redhaaa🤣😌🤲🏻
"Sorry Nour, sabar ya Nour.." 😌😂🌹
Tapi Alhamdulillah, sejak di Malaysia, sebelum beberapa bulan saya terbang ke Jordan, saya membiasakn diri untuk mendengar lahjah Amman melalui video2 di Channel youtube dan podcast2 di Spotify, jadi Alhamdulillah, boleh lah faham sikit²🤏🏻 lahjah penduduk Arab yang berada di mantiqah Amman dan Irbid... Akan tetapi sebaliknya saya sukar untuk memahami lahjah Al-Karak (padahal Al-Karak ni lah mantiqah tempat saya belajar 😂🙏) kerana orang Jordan sendiri sedia maklum, lahjah Karaki memang pekat jika nak dibandingkan dengan loghat yang lain.
Dan Alhamdulillah, mengikut pengalaman saya, kadang2 bila kita minta rakan2 Arab kita tolong explainkan balik, maka InshaAllah akan lebih mudah nak faham, Alhamdulillah. Serius😂✨Pada awalnya saya juga mcm tak berani, sebab takut tak faham, yelah kadang diorang ni cakap laju betul...tapi saya kesah apa🥹😂demi nak faham, kena cuba juga cari and belajar sama² dengan kwn Arab.. Sebab InshaAllah kalau tak faham pun, sekurang-kurangnya kita dah terbiasa untuk berkomunikasi dengan orang Arab🥰
Dan sebenarnya ada sesuatu yg ingin saya beri pesan juga, sudah tntu utk diri saya sendiri dan buat para rakan² khususnya yang sama² sedang menuntut di tanah Arab..
Selama kita belajar di negara Arab ni, maka ambillah peluang untuk mencari banyak bahan rujukan yang berbahasa Arab. Bukan bermaksud tidak boleh langsung sekiranya hendak menggunakan google translate atau apa² sahaja bahan rujukan yang berbahasa Melayu, namun, sebaiknya untuk kita lebih banyakkan rujukan Arab. Kerana saya sendiri akui, saya tidaklah begitu fasih akan fushah, maka rujukan berbahasa Melayu itu memang penting untuk saya. Supaya saya dpt memahamkan sesuatu ilmu dengan baik.
Namun, kita harus susun kaedah belajar bahasa dengan baik. Mungkin, cubaan pertama ialah dengan mendengar kembali rakaman suara para dakatir, kemudian, lihat pula di YouTube, penerangan² yg disampaikan oleh Syeikh2 berbangsa Arab, atau buat semakkan di laman web Arab, dan akhir sekali, bila dah betul² tak faham, maka barulah buka bahan rujukan yang berbahasa Melayu..
Selain itu, cth, jika kita nak tonton di YouTube akan syarahan tentang sesuatu topik yg kita ada belajar di Jamiah, mungkin untuk menambah pemahaman atau mendptkan maklumat tambahan maka pilihlah untuk banyak mendengar video² dari channel² Arab yang dipercayai keautoritiannya.
Mungkin kalau di Malaysia, kita banyak rujuk pada laman web Melayu, maka apabila kita berpeluang untuk menuntut ilmu disini (Arab), kita gunakan lah peluang ini, untuk mencari bahan di laman web fatwa² berautoriti yang berbahasa Arab.. Cthnya seperti الدرر السنية Dorar.net, Dar al Ifta' al Misriyyah dsb.
Kerana pada saya, agak rugi jika kita menjadikan majoriti bahan rujukan kita itu ialah berbahasa Melayu, apatah lagi sekiranya kita sepenuhnya menggunakan khidmat 'Google translate' bagi mendapatkan terjemahan dalam kitab yg sedang dipelajari. Kita juga sedia maklum bahawa terjemahan yg ada pd 'Google translate' itu sendiri bukanlah tepat 100%. Namun terjemahan itu boleh jadi tepat dan benar jika kita pandai menggunakannya. Mungkin boleh perlahan-lahan untuk menukar kaedah kepenggunaan kepada kamus fizikal seperti Kamus Idris Al Marbawi, atau kalau digital, saya mengesyorkan utk guna merujuk pada kamus almaany.com. InshaAllah, laman itu lebih tepat dan dipercayai.
Kerana, kalau kita terlalu bergantung kepada rujukan berbahasa Melayu, maka ianya akan sama saja jika kita belajar di Malaysia. Di Malaysia juga pasti kita akan melakukan hal yang sama. Maka disini, tak salah dan adalah lebih baik sekiranya kita buat kelainan mengikut arus suasana belajar🥰
Di Malaysia dulu, saya lebih suka dan banyak mengulang kaji secara bersendirian.. Study group itu memang ada, cuma lebih selesa untuk saya kaji dan mentelaah sendirian, duduk terperuk dalam bilik tak keluar² ke mana😂... Tapi MashaAllah, berbeza ketika saya di sini, bagi saya lebih seronok, dan lebih mudah faham apabila belajar study group... lagi fun haha, dan Alhamdulillah faham pun faham. Tambahan disini ada program tutor, jadi adakalanya madah yg memang berat, saya berasa amat memerlukan tutor daripada senior untuk beri perkongsian dan tunjuk ajar... bertanya dgn mereka, minta rujukan dan sebagainya. Btw, InshaAllah lusa saya dah start midsem. Saya mohon tembakan doa² daripada kalian ya🌹Doakan saya dan rakan² disini.. Syukran, Barakallahufiikum jamian✨
Читать полностью…Alhamdulillah, InshaAllah setelah diteliti setiap madah² yang dibuka untuk semester depan, saya merancang untuk ambil 6 madah ini. Boleh dikatakan, hampir banyak subjek susah, dan sememangnya saya perlu banyak fokus untuk sem depan. Lebih² lagi asalib bahas tu, ianya seperti membuat thesis, cuma yg lainnya ialah ianya berbahasa Arab. Mula² saya mcm cadang nk ambil madah akidah 2, meskipun saya meminatinya, namun sebenarnya madah yg ada ini pun sudah berat, dan akidah 2 itu pula tidaklah mudah seperti yg disangka, kerana kami akan mempelajarinya dengan lebih mendalam berkaitan tntg fahaman² tertentu. Nak ambil fiqh zakat pula, takut saya tak cukup nafas😭😅😂. Saya tak memilih sgt sebenarnya utk memilih madah, kerana tidak boleh tidak, pd hakikatnya semakin meningkat sem, semakin banyak yang susah dan mencabar, dan akan datang akhirnya saya mmg akan ambil juga madah² sukar yg saya belum ambil (Biiznillah)...cuma saya kira, cukuplah fokus yg ini saja dulu utk sem depan nanti InshaAllah.
Читать полностью…Alhamdulillah, InshaAllah tak lama lagi saya akan menghadapi semestar baru untuk tahun ke-2 di Universiti Mu'tah, dan Alhamdulillah, sekarang kami sdg dalam fatrah untuk memilih dan merancang subjek² yg kami nk ambil nnti. Begitulah suasana belajar di sini, tiada jadual yg dikeluarkan oleh pihak Jamiah sebagaimana yg biasa dilakukan oleh Universti² yg ada di Malaysia. Disini, pelajar sndiri yg perlu menentukan subjek apa yg hndak dia ambil pd semester tersebut, dan susun jadual masing² sendiri. Setelah itu, barulah jamiah akan buka sistem utk sesi pendaftaran pula, dan diwaktu inilah kami semua perlu sangat peka dgn waktu utk mendaftar. Boleh dikatakan berdebar juga part nk daftar madah ni haha😂, kerana ianya dilakukan secara online, dan utk pengetahuan setiap syukbah (kelas) itu akan diterima paling max kebiasaan 60 pljar sahaja. Bayangkan yg nk dftar tu ribuan mahasiswa, maka nak tak nak mmg kena doa bebanyak, kena rebut utk dptkan kelas.
Читать полностью…"THE KEY TO LEARNING A LANGUAGE IS TO TAKE A LOT OF SMALL STEPS AND TO BE CONSISTANT."
حاول! وحاول مرة اخرى!☺️👏🏻
Diari Mu'tah,
Nabihah bt Mohd Najib
Selasa, 12 Sept 2023, Mu'tah Al-Karak, Jordan.
Antara pengajaran kendiri yang saya dapat simpulkan utk setakat ini ialah, rugilah jika saya berada di sini bertahun-tahun, namun saya tidak mencuba ambil peluang yang sekejap ini untuk mendptkan sebanyak-banyaknya pengalaman di sini. Sangat rugi.
Dan kalau nk bercerita soal 'bahasa' ni, saya sendiri sebenarnya belum fasih... Saya dapati, kebanyakan pelajar Malizi takut nak bergaul dgn masyarakat Arab sbb bahasa Arab fushah/lahjah yg belum mantap, bahkan masalah ini dihadapi oleh diri saya sendiri.
Namun, adakah nk tunggu kita fasih berbahasa, baru kita nak berani bergaul dgn org Arab?...
Alhamdulillah, harini berpeluang utk ziarah rakan2 Arab saya di bayt mereka, dan dh janji nak belajar Ammiya dgn rakan baik saya, Rania🌹
Terharu, mereka semua sgt welcoming saya, dtg² je ada ahli2 bayt mereka jemput saya, hidangkan teh & nasi Arab. Kenalan² Arab yg saya baru kenali semuanya brbangsa Arab Badawi MashaAllah. Kalau sebelum ni saya agak takut² lagi & cuba ajak rkn Malizi yg lain utk temankan, tapi kalini saya cuba cabar diri dtg berseorangan, dan bergaul dgn rakan2 akhowat Arab. Lagipun, mmg tujuan saya ialah utk belajar & mantapkan Ammiya saya, serta.. ini juga antara salah satu persediaan kendiri saya utk berkongsi dgn para pelajar yg baru hadir ke Mu'tah utk pengisian slot Ammiya di bawah SMB (Sambutan Mahasiswa Baru) nanti InshaAllah. Penat tapi menyeronokkan haha. Dari pagi, smpai ke Maghrib baru balik rumah sbb teman diorang beli barang sekali. (Memang takde video dgn diorang dlm ni utk menjaga kemaslahatan tertentu)
Perjalanan yang cukup halus.. dan ternyata ruangnya seperti kamar kecil.. Meski terlalu riuh, namun disitu seringkali aku bisa merebah di dalam kelembutan-Nya🌷. (Beta.-)
Читать полностью…InshaAllah, ikut perancangan, saya masih berbaki setahun lebih disini...namun percayalah, hati saya teringin untuk mendiaminya seumur hidup🤍🇯🇴...
Читать полностью…Sejak saya menjejakkan kaki ke sini, sehingga ke saat ini..saya tidak pernah terdetik untuk pulang ke negara asal, dan tidak pernah sempat membayangkan keindahan segala kemewahan dan kemajuan yang ada di Malaysia, tidak pernah juga teringin untuk membandingkan kehidupan di sini dan di Malaysia, sikit pun tak mahu terlintas... Saya menikmati dengan sederhana segala yang saya rasai dan lalui di sini. Hari demi hari, saya semakin jatuh cinta dengan Mu'tah dan seisinya. Terkadang sabar dek ketiadaan air, ketiadaan wang yang cukup, lapar yang sedikit jika nak dibandingkan dengan insan-insan yang lebih susah hidup mereka... segala jerih payah dan sebagainya..Betapa saya amat mencintai kesemuanya ini.. Demi Allah, saya tidak akan pernah bersedia untuk meninggalkan tanah ini, sekalipun saya sudah pulang ke tanah air kelak, InshaAllah. Semoga Allah mengembalikan saya selalu ke Mu'tah🌹Aamiin...
Читать полностью…Assalamualaikum,, Tuan/Puan,,
Alhamdulillah, Saya Umar Suhail Bin Mohd Hakim kini berpeluang untuk menyambung pelajaran dalam program Ijazah Sarjana Muda seperti berikut :
✈TARIKH PERGI : 4.9.2023
🕰TEMPOH : 2 Tahun Setengah
🏬TEMPAT : Universiti of Mu'tah di Karak, Jordan.
📑BIDANG : Usuluddin
Merujuk perkara di atas, saya disini berhajat untuk memohon sedikit bantuan dana / tajaan bagi menyambung pelajaran saya di sana .
Saya sedia untuk ditemuduga jika perlu dan beberapa dokumen penting telah saya siapkan untuk rujukan pihak Tuan/Puan jika diperlukan
Segala perhatian dan sumbangan yang diberikan, saya dahului dengan ucapan terima kasih, dan Jazakumullahukhair ❤🤲🤲.
.
.
📞 Sebarang Pertanyaan :
Umar Suhail Bin Mohd Hakim
NO TEL : +60109339267
EMAIL : umarsuhail66@gmail.com
FB : https://www.facebook.com/umar.s.alhafiz?mibextid=ZbWKwL
Ternampak seorang kawan hantar gambar ni di status ws, terus ss dan saya tanya kedai kitab ni area mana🥺🥰🌹 Seronoknya tengok kitab² nii, mmg saya ada impian nak kumpul banyak kitab selama disini, beli dan niatkan untuk kegunaan saya dan seluruh keturunan saya kelak, InshaAllah Aamiin. Doakan moga saya dikurniakan rezeki lebih ya, ada wang yang mencukupi untuk beli kitab² yang diperlukan🤍... Sejujurnya bila berada di sini, memang diri ini sangat terdidik untuk bersikap sederhana, makan pun sekadarnya saja.. Sangat perlu berjimat kerana nilai wang disini yang tinggi, bahkan di Jordan ini sebenarnya nilai mata wangnya lebih tinggi berbanding Saudi riyal. Lama kelamaan, makan sekali saja untuk sehari itu sudah mencukupi dan menjadi kebiasaan bagi diri saya disini.. Alhamdulillah untuk segala tarbiah daripadaNya. Hikmah yang saya dapati🥰..
Читать полностью…Salam🥰 terlupa untuk saya update semalam kepada ahli keluarga Bidm disini, Alhamdulillah saya telah selesai menjawab peperiksaan midsem bagi madah Usul Fiqh 2. Terima kasih di atas doa² kalian ya. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. InshaAllah tinggal berbaki beberapa madah saja lagi untuk exam mid ni. Doakan moga saya dan rakan² mendapat keputusan yang cemerlang ya untuk semestar ini, Allahumma Aamiin. Dan.. disini saya mendoakan jua buat rakan² dan sahabat² saya yang sedang dalam fatrah exam walau dimanapun keberadaan kalian. Moga Allah berkati diri kalian, dikurniakan kefakihan ilmu serta kefahaman yang benar, dipermudah untuk menjawab setiap soalan yang bakal diberikan. Allahumma Aamiin.🌹
Читать полностью…Satu tips juga, jangan takut untuk cari rakan Arab, ajak study sama²✨. Jangan hanya murajaah bersama rakan yang sebangsa. Misalnya, yang Malaysia dengan Malaysia, yang Thailand dengan Thailand.. Alhamdulillah, disini selain Arab, saya juga berpeluang untuk berkenalan dengan rakan2 yg datang dari pelbagai negara sprti Indonesia, Thailand dan Phillipine. Paling seronok, bila saya ajak mereka untuk datang ke bayt saya, murajaah sama²🤍 Begitu juga dengan rakan Arab. Alhamdulillah, ini salah seorang sahabat saya, Nour🥰 Dia berasal dari Amman, namun belajar di Mu'tah. Masyaallah, jauh tu Amman. perjalanan nak ke Mu'tah saja mengambil masa hampir 2 jam lebih juga.. bayangkan kalau kelas pukul 8 pagi, dia nk kena keluar rumah lebih lebih lebih awal lagi🌹 MashaAllah, semoga saya diberi himmah sepertinya. Aamiin.
Читать полностью…Semakin lama jika kita membiasakan diri membaca kitab² Arab, maka InshaAllah semakin hari kita akan semakin mudah untuk memahami gaya bahasa kitab, sebab kita akan terbiasa jumpa kalimah² yang sama diulang-ulang. Namun tetap, untuk memahamkannya, kita sememangnya tak mampu untuk faham sendiri melalui pembacaan kendiri. Kecuali InshaAllah jika kita sudah benar2 mahir dan faham ilmu alat seperti nahu, sorof, balaghah, dan ilmu2 lainnya yang berkaitan. Tapi bagi kita orang awam ni, sebaiknya menggunakan jalan mencari guru atau lebih tepatnya bertalaqqi. Perlu hadir mendengar syarahan guru. Alhamdulillah, rezeki saya disini untuk mempelajarinya dengan para dakatir Arab. Namun dikalangan para dakatir, para syeikh dan syeikhah disini ada saja yang mensyarahkan menggunakan bahasa Fushah (Arab baku) dan Ammiya (Bahasa lahjah/pasar). Jadi kerana itu, bagi saya penting untuk mempelajari kedua-dua gaya bahasa.
Читать полностью…