Perbanyakkanlah Istighfar.
Kerana dengan hadirnya Istighfar,
ia akan bertindak sebagai benteng teguh,
ibarat batu bata yang kukuh,
menyukarkan urusan Syaitan untuk menghasut.
.
Syaitan pasti gagal menguasai hati yang dipenuhi dengan Istighfar.
@BetaBihah
Beta nak kongsikan buat sekalian sahabat akan sebuah penulisan dari Ustaz Fazirun bin Md Hanipah (semoga Allah merahmatinya).
Читать полностью…Buat Bunga-bunga yang Beta sayangi dan muliakan kerana Allah,
Setiap hari, mari amalkan selepas solat subuh, sebut "Ya Malikul Quddus" sebanyak 11 kali.
.
Allah Ya Malik, Allah yang Maha Merajai.
Allah Ya Quddus, Allah yang Maha Suci.
.
InshaAllah, ia akan melindungi kita daripada penyakit yang berkaitan dengan organ wanita.
@BetaBihah
Dzikir Untuk Membakar Bisikan Jahat Dalam Hati | Al Habib Umar bin Hafidz (semoga Allah merahmatinya).
@BetaBihah
Perasaan aman bisa hadir tanpa perlu dipaksa,
iaitu disaat dirimu ada bersama kebenaran.
.
InshaAllah,
moga-moga.
Beta.—
Kelebihan membaca surah Al-Kahfi setiap Jumaat :
1. Terhindar diri dari fitnah dajjal.
2. Mendapat redha Allah.
3. Diampuni dosa 2 Jumaat.
4. Dijaga dari gangguan syaitan.
5. Disinari cahaya kebaikan.
——
LA TAHZAN, SAHABATKU.—
.
Tenang.
Disaat hatimu meraung,
jangan merajuk dengan-Nya,
atau bertindak memarahi dirimu sendiri.
Tapi tolong,
senyumlah sebentar.
.
Senyum.
.
Istighfar.
Istighfar lagi.
Lalu senyum kembali.
.
Kamu mungkin merasa tersisih,
atau kamu mahu bersendirian,
namun kamu sedarkan?
Kamu tidak keseorangan.
Allah tidak akan meninggalkanmu kesepian.
Meskipun berulang kali kamu menjauh dari-Nya,
Peluang untukmu selalu ada.
Sehingga sampai masanya nanti,
'Pintu' itu tidak akan terbuka lagi.
.
Ingatlah,
Allah sentiasa ada disisimu.
Selalu.
.
Rahmat Allah terlalu luas.
Maka Jangan putus asa dengan-Nya.
.
Suatu hari nanti,
disaat aku tiada di sini,
dengarkan lagu ini ya🌹
pujukkan hatimu dengan liriknya.
.
Aku berkongsikan tentang ini,
kerana InshaAllah,
mesej melalui liriknya,
bisa menjadi penguat semangatmu,
untuk sentiasa berubah menjadi baik,
dan moga ia bisa menjadi ubat untukmu,
di kala kamu kesedihan,
dan yang seangkatannya.
.
Dariku,
yang mendoakanmu.
Beta.—
"kalau merasa banyak dosanya, setidaknya banyak-banyak baca qur'an.
Mudah mudahan tertutup dengan pahala pahala kemuliaan.. "
Allahumma Aamiin.
Teruntuk kamu,
.
Jangan mudah tewas dengan minda negatif.
.
"Bagaimana mahu melawannya?"
.
Tidak sahabatku..
Tidak..
Kamu tidak akan bisa melawannya.
.
Jawapannya ada di dalam dirimu.
Jalannya cuma satu,
'Bersahabatlah dengan mindamu'.
Perlahan-lahan,
amankan.
.
Dirimu terlalu memerlukan 'dirimu'.
🤍
Beta.—
Jadilah 'Halimunan' yang suka berhias,
maka mata-mata tidak mampu melihat🌹
Beta.—
@BetaBihah
Untuk memulakan,
mungkin ia bukanlah sebuah cerita yang mudah.
.
Untuk mengimpikan,
lagilah bukan sebuah hal yang susah.
.
Namun,
untuk mendisiplin,
barangkali itu bakal sukar sekali.
Perjuangkan..
Siap-siap.
Bismillah, jalan.
Beta.—
@BetaBihah
Dirimu memerlukan seseorang,
untuk kamu curah rasa hormat,
untuk kamu selimutkan dengan rasa sayang,
untuk didakap penuh kasih,
Untuk dihargai dengan jujur.
.
Orang itu adalah dirimu sendiri.
Selamatkan Dirimu wahai sahabatku.
Beta.—
@BetaBihah
"Bila engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau hendak mencacinya, maka cacilah dirimu, kerana celamu lebih banyak darinya"
Saidina Umar bin Khattab.—
(semoga Allah merahmatinya)
@BetaBihah
Diceritakan oleh Guru yang saya kasihi, Al Habib Nael Ben Taher Hafidzahullahu Taala mengenai akan kelebihan beristighfar. Kisah ini saya perolehi sewaktu beliau memberikan tausiah di Masjid Wadi Hassan sempena Haul Habib Hassan Al Attas pada tahun 2017 ya.
Dikisahkan oleh Habib akan mengenai Al Imam Hasan Basri R.A. Suatu hari, tatkala Al Imam Hasan Basri sedang duduk bersama-sama anak muridnya, datang seorang lelaki yang mengadu padanya dan menceritakan akan segala permasalahan yang dihadapi akan si fulan tersebut.
Lantas, kata Al Imam kepada lelaki itu, istighfarlah dan pulanglah dikau. Maka, lelaki itu mengangguk akan kepalanya menandakan faham akan apa yang disampaikan oleh imam, lalu beredar pergi.
Kemudian, tatkala Al Imam sedang bermuzakarah bersama-sama anak muridnya, lalu didatangi pula pasangan suami isteri lalu pasangan tersebut menceritakan mengenai perbalahan dan permasalahan yang mereka hadapi ketika itu. Jawapan Al Imam sama seperti yang tadi, “Perbanyakkanlah istighfar dan pulanglah”. Lalu pasangan tersebut menganggukkan faham dan pulang.
Setelah itu, Ketika mereka masih lagi bermuzakarah, didatangi sekali lagi akan seorang ahli ibadah, dan menceritakan kepada Al Imam mengenai masalah yang dihadapi oleh si Abid tersebut. Beliau menceritakan kepada Al Imam kenapa sejak kebelakangan ini dirinya kurang dalam pengamalan ibadahnya. Jawapan Al Imam tetap sama, Pulanglah kau dan istighfarlah.
Lalu timbullah persoalan yang ada dikalangan anak murid Al Imam Hasan Basri dan bertanyakan kepadanya. Kata Al Imam mengapa aku menyuruh mereka semua yang hadir itu beristighfar? Jika dilihat akan lelaki yg pertama itu, Dia mempunyai masalah dengan hatinya, hatinya ada sifat yang hasad dengan yang lain, untuk diubatkan hatinya perlulah beristghfar, kemudian Pasangan Suami Isteri itu, masalahnya ada kerana ketidak fahaman dan ego yang ada pada mereka, maka nak diubati sikap egonya mereka dengan istighfar, Dan Si Abid itu, dia merasakan ibadahnya tidak khusuk kerana Didalam amalannya ada niat bermegah2 dan tidak kerana Allah, jadi Istighfar itulah ubatnya.
Kerana dengan Istighfar inilah, In sha Allah, segala bentuk dosa atau amalan buruk yang pernah kita lakukan menjadi asbab untuk mendapat keampunan dan rahmat daripada Allah. Maka perbanyakkanlah istighfar mu. Semoga Allah menjadikan kita orang yang sentiasa beristighfar dan mohon keampunan daripada Allah ya.
.
Inshaallah, Moga bermanfaat ya🙏🏻 Shared by Ustaz Fazirun bin Md Hanipah.
Semakin banyak yang kita pelajari, semakin banyak kita talaqqi bersama para murabbiah, semakin banyak ilmu yang diperolehi, sebenarnya kita akan merasa diri semakin jahil, seperti kosong tiada apa-apa. Dan tiada sebab dan kepentingannya untuk kita membangga diri.—
.
@BetaBihah
Jangan putus asa,
ucaplah Wajburni Ya Jabbar. Antara cara yang ampuh untuk menyembuhkan hati yang penuh karat adalah dengan perbanyak menyebut nama Allah, dan mendekat dengan Al-Quran.
🌹
@BetaBihah
"Memang sulit untuk bersabar, tapi menyia-nyiakan pahala dari sebuah kesabaran itu jauh lebih buruk."
Saidina Umar Bin Khattab (semoga Allah merahmatinya)
.
🌹
@BetaBihah
P E M B E R I A N
Jangan semakin dipaksa lurus bayang-bayang nya,
jika pada dahan masih lagi kebengkokkan.
.
'Luruskan' dahannya,
lalu bayangnya pun akan turut ikut serta.
.
Beta.—
“Biasakan menutup harimu dengan Al-Qur'an
Sehingga akhirnya Allah menutup hidupmu sebagai ahli Al-Qur'an”
.
@setitisilmu
Jangan takut ;
Andai kamu jatuh kerana mereka,
bangkit semula Kerana-Nya.
.
'Mengembara' lah sejauh yang kamu mahu,
untuk kamu mencari dirimu.
Namun,
bila ingin 'pulang' nanti,
jangan pulang kerana mereka,
tapi pulang lah kerana-Nya.
Beta.—
C A H A Y A
Tolong,
jangan hanyut berhari-hari,
berminggu minggu,
berbulan bulan..
.
Aku tahu kamu sudah cuba,
tapi masih tetap sama.
Aku tahu kamu usaha untuk keluar darinya,
tapi kamu tetap kembali terkurung jua.
.
Aku turut merasakan sakitnya hati,
tatkala kita takutkan bila perkara itu berulang kembali.
Aku tahu rasanya amat pahit,
untuk berkali-kali,
tertipu dengan minda kembali.
.
Aku tahu perasaan dan 'kehutanan' itu.—
.
Tapi sahabatku..
tolong dirimu..
Jangan lama-lama...
.
Andai kamu tenggalam nanti,
dan manusia tidak bisa melihat kelibat tanganmu terkapai meminta bantuan,
aku tidak mahu untuk terlalu,
mengizinkan hati bimbang lagi.
Kerana aku yakin,
kamu bukan orang yang mudah mengalah.
Aku yakin dengan izin-Nya,
kamu bisa pandai berenang,
Kamu bisa jadi kuat,
Kamu bisa jadi hebat.
.
Kamu itu,
lebih dari apa yang aku sangkakan.—
Semoga الله sentiasa menjaga dirimu,
duhai insan yang hebat.
Aamiin.
.
Beta.—
Assalamualaikum
.
Sebelum tu maafkan saya andai saya kurang teliti dalam menulis🙏🏻
.
Saya cuma agak kecewa dengan beberapa owner channel di telegram ni. Bagi saya, tak manis dan memang tak patut untuk kalian meletakkan gambar² yang tak menutup aurat. Tak kira sama ada gambar manusia/anime/lukisan or etc. (Yg menjolok mata)—
.
Sebenarnya dh banyak Asp (Auto Swap Promote) yang saya batalkan untuk bekerjasama dengan mereka hanya kerana bila tiba saja giliran special link, keluar dp channel yg tak menutup aurat.. Saya malu dan segan. Saya hargai usaha mereka, menyediakan list yang sangat kemas dan cantik, Alhamdulillah saya sgt berpuas hati. Cuma saya jadi sgt risau bila nmpk gmbar dp yg tak menutup aurat, kerana dalam channel saya juga ada ajnabi🙏🏻, jika mereka lihat gambar sebegitu, maka saya takut saya menjadi punca mereka mendapat dosa free, kerana seolah-olah membenarkan saja pekara itu, dan saya takut akan turut mendapat saham dosanya sekali. Saya bertanggungjawab untuk ini.
.
Saya minta untuk kalian (owner² channel di tele, di mana² lah), tolong ya🙏🏻letaklah gambar dp tu, gambar yang molek², yang sesuai. Sebenarnya, tak perlu gambar perempuan pun tak mengapa. Lagi bagus. Masih banyak lagi gambar yang sesuai untuk dijadikan sebagai dp channel.—
.
Beta.—
Adakalanya,
kita ini tidak perlu takut untuk menidakkan sesuatu.
.
Jika dengan cara itu,
bisa bertindak sebagai strategi,
dan kita yakin ia mampu memberi maslahah buat diri,
silakan,
jangan takut untuk berkata "Tidak".
Beta.—
@BetaBihah
Semoga Allah sentiasa merahmati diri kalian serta seluruh ahli keluarga kalian.
Allahumma Aamiin.
🌹