bicara_hadithmso | Unsorted

Telegram-канал bicara_hadithmso - Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

3594

MSO-D4 : Q&A Hadith ini disimpankan dalam 👉🏼 http://madrasahsunnionline.blogspot.my Soalan ingin diajukan klik username ustaz @khafidzsoroni ustaz @zulhusni_matresat ustaz @muslimmustapa & ramai lagi @bicara_hadithMSO

Subscribe to a channel

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

​​DAURAH KITAB BERSAMA PENGARANG:

KEDUDUKAN HADITH DAN PERANAN HADITH DAIF MENURUT ULAMA ISLAM

Jom sertai kami dalam program diskusi buku bersama pengarang:

📘 Kitab: Kedudukan Hadith & Peranan Hadith Daif Menurut Ulama Islam

Tenaga pengajar: Dr Mohd Khafidz bin Soroni (Pensyarah Kanan Universiti Islam Selangor)

Maklumat Program :

🗓️ Tarikh : 13 JULAI 2024
📌 Hari : SABTU
⏱ Masa : 9.00 PAGI - 12.30 TGH HARI
🕌 Tempat : BAIT TA'LIM, NILAI SPRING, NEGERI SEMBILAN

(Google Map : https://maps.app.goo.gl/TeTgiJjDAjzdiDEJ8 )

📚 Kitab ada dijual ketika program nanti.

Atau

Boleh juga dibeli di link shoppe:

https://my.shp.ee/TMQ1e9Z

✒️ PENDAFTARAN
Sila isi link google form di bawah :-
https://forms.gle/Pch6oLVpLkziHM8K8

Link Group Whatsapp Daurah :-
https://chat.whatsapp.com/DqV7uR9wesn7BGWJrACZt4

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA‼️‼️

🌷Jazakumullah KHAIRAN

#CintakanIlmu
#CintakanUlama
#TarhibZulhijjah
#IslahDiri

Читать полностью…

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

MARI MENGENAL KITAB SYARAH HADIS

Umum diketahui, ada enam kitab hadis utama. Seperti Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan Tirmidzi, Sunan Nasaie dan Sunan Ibnu Majah.

Senarai ini telah mengikut tertib yang diakui para ulama. Walaupun masih ada perbezaan pendapat di kalangan mereka.

Di antara kitab yang wajib dipelajari di madrasah hadis ialah kitab Al-Muwatha' Imam Malik. Kitab ini dihafal oleh Imam Syafie ketika berumur 10 tahun.

Oleh itu, mari kita mengenal kitab syarah kepada tujuh kitab hadis utama.

Sila klik di sini


Disediakan oleh:
Hafiz Al Za'farani - HAZA

Читать полностью…

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

https://www.hmetro.com.my/utama/2022/08/873133/semak-hadis-sebelum-sebar

Читать полностью…

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

‎- al-Hafiz Ibn Hajar juga mengistinbatkan dalam Fath al-Bari bhw hadis ini menunjukkan ‎kelebihan orang alim ke atas ahli ibadat. Beliau menyebut: ‎

‏"وَفِيهِ فَضْلُ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِد، لِأَنَّ الَّذِي أَفْتَاهُ أَوَّلًا بِأَنْ لَا تَوْبَةَ لَهُ، غَلَبَتْ عَلَيْهِ الْعِبَادَة، فَاسْتَعْظَمَ وُقُوعَ مَا وَقَعَ ‏مِنْ ذَلِكَ الْقَاتِل، مِنْ اِسْتِجْرَائِهِ عَلَى ‏قَتْلِ هَذَا الْعَدَدِ الْكَثِير، وَأَمَّا الثَّانِي فَغَلَبَ عَلَيْهِ الْعِلْم، فَأَفْتَاهُ بِالصَّوَابِ، وَدَلَّهُ ‏عَلَى طَرِيقِ النَّجَاة". ‏

‎- Maka, sifat ‘rajin sembahyang, ahli ibadat, banyak ibadat, atau orang baik/soleh’, semuanya ‎adalah makna yang hampir sama sahaja. Jelasnya beliau hanya menyampaikan makna hadis dan ‎tidak mengubah maknanya. Jika dituduh sebagai: putting words into the Prophet’s mouth, maka ‎ia adalah satu tuduhan yang agak berlebihan. ‎

Wallahu a‘lam.‎

Sumber asal fb Dr. Khafidz Soroni

Читать полностью…

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

Bagaimanapun, sekiranya hadis ahad itu diiringi bukti sokongan (qara'in) maka ulama berselisih pendapat tentang masalah ini. Adakah ia boleh meningkatkan kedudukannya daripada tahap kemungkinan besar (az-zann) kepada tahap yakin (al-'ilm al-yaqini)? Menurut ramai ulama seperti Ibn as-Solah, Ibn Hajar dan as-Suyuti ia menghasilkan keyakinan. Menurut sebahagian ulama pula seperti Imam al-Haramain dan an-Nawawi, ia tetap menghasilkan az-zann sahaja. Semua perbahasan ini adalah berdasarkan pandangan jumhur ulama. Adapun menurut mazhab Zahiri dan segelintir ahli hadis, hadis ahad menghasilkan keyakinan sama seperti hadis mutawatir. Namun, pandangan mereka adalah lemah.

Perbahasan tahap keyakinan terhadap hadis ini adalah bagi menentukan batasan dasar akidah dan syarak sahaja. Maka, janganlah dicampuradukkan aspek ini dengan aspek kewajipan beramal dengan hadis sahih. Para ulama bersepakat bahawa hadis sahih yang tiada sebarang pertikaian wajib diterima dan diamalkan.

link Penuh :
https://www.hmetro.com.my/addin/2021/10/764452/tahap-keyakinan-terhadap-hadis

ن ٠ ع ٠ م

Ketua Tanfiziah NA'AM Nahdlatul Ulama' Malaysia - Official
Ketua Unit Hadis di Institut Kajian Hadis & Akidah (Inhad), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) (KUIS) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

#perkasakansistemthurath
#cintakanpondok
#cintakanulama

Читать полностью…

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

​​5. Ucapan seperti ini juga banyak dijumpai dalam al-Asrār al-Marfū‘ah fi al-Akhbār al-Mawḍū‘ah (himpunan hadith palsu) karya Mullā ‘Ali al-Qārī (m. 1014 H). Salah satunya ucapan beliau:
حديث لولاك لما خلقت الأفلاك قال الصغاني إنه موضوع كذا في الخلاصة لكن معناه صحيح فقد روى الديلمي عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا : أتاني جبريل فقال يا محمد لولاك ما خلقت الجنة ولولاك ما خلقت النار وفي رواية ابن عساكر لولاك ما خلقت الدنيا .
“Hadith: jika bukan keranamu, aku tidak akan menciptakan alam semesta. Al-Ṣaghānī berkata: palsu. Demikian dalam al-Khulāṣah. Akan tetapi maknanya sahih. Al-Daylamī meriwayatkan daripada Ibn Abbas secara marfu‘: Jibril datang kepadaku dan berkata: Wahai Muhammad, sekiranya bukan keranamu, tidak diciptakan syurga. Sekiranya bukan keranamu, tidak diciptakan neraka. Dalam riwayat Ibn ‘Asākir: Sekiranya bukan keranamu, tidak diciptakan dunia.”

6. Abu al-Mahasin Muhammad bin Khalil al-Qawuqji (m. 1305 H) dalam al-Lu’lu’ al-Marṣū’ fi mā Lā Aṣla lahu Aw bi Aṣlih Mawḍu‘ (Himpunan hadith tiada asal dan palsu) berkata:

حديث : الثقة بكل أحد عجز ، لم يرد بهذا اللفظ ، ومعناه صحيح ظاهر.
“Hadith: percaya kepada setiap orang adalah satu kebodohan. Tiada hadith yang diriwayatkan dengan lafaz seperti ini, namun maknanya sahih secara jelas.”

Perkataan “maknanya sahih” dalam semua nukilan di atas bukan bermakna bahwa hadith itu benar daripada Nabi. Akan tetapi, maknanya ialah mesej yang terkandung dalam hadith-hadith tersebut tidak menyalahi syariat kerana disokong oleh dalil lain atau selari dengan kaedah umum. Justeru, kita tetap haram meriwayatkan hadith-hadith tersebut dengan menisbahkannya kepada Nabi.
Berdasarkan semua nukilan di atas, saya serahkan kepada penilaian pembaca sama ada menerima atau menolak ucapan “hadith palsu tidak bererti amalannya palsu”. Wallahu a’lam.

Dr Umar Muhammad Noor

#hadithpalsu #amalansahih #maknasahih

Читать полностью…

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

​​HADITH PALSU TIDAK BERERTI AMALANNYA PALSU

(1) Ini yang kerap dianak tirikan daripada penerangan oleh segelintir ummat Islam yang rajin menyebarkan maklumat tentang status hadith, nampaknya terlepas pandang untuk menerangkan hukum berkaitan isi hadith.

(2) Contoh mudah: Ada hadith palsu tentang kelebihan solat sunat taraawih tidak bererti tidak sunat solat taraawih atau solat taraawih tiada kelebihan.

(3) Contoh lagi: Ada hadith palsu tentang kelebihan berpuasa pada bulan Rajab, bukan bererti tidak sunat berpuasa pada bulan Rajab atau tiada kelebihan berpuasa pada bulan Rajab.

(4) Demikianlah, ada hadith palsu tentang kelebihan puasa sunat Tarwiyah (8 Zulhijjah), bukan bererti tidak sunat berpuasa pada hari Tarwiyah.

(5) Asas hukum sunat berpuasa pada hari Tarwiyah (8 Zulhijjah) BUKAN berdasarkan hadith palsu berkenaan, tetapi KERANA selain ianya termasuk sepuluh (10) hari pertama bulan Zulhijjah (selain hari raya yang diharamkan berpuasa) yang digalakkan ditingkatkan ibadah di dalamnya, termasuk ibadah puasa, kerana keutamaan waktunya, ADALAH DISEBABKAN oleh konsep ihtiyath (berhati-hati) kerana mungkin ia hakikatnya adalah 9 Zulhijjah.

(6) Ini seperti mana yang diterangkan di dalam al-Manhaj al-Qawim oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami, dengan Hasyiah Kubro Imam al-Kurdi dan Hasyiah Syeikh at-Tarmasi. Begitu juga terdapat di dalam Hasyiah Imam al-Baijuri.

(7) Kata Imam Ibn Hajar al-Haitami:

ويوم عرفة أفضل الأيام، ويسن أن يصوم معه الثمانية التي قبله، وهو مراد المصنف بقوله: "وعشر ذي الحجة"، لكن الثامن مطلوب من جهة الاحتياط لعرفة، ومن جهة دخوله في العشر غير العيد.

(8) Maka, jelas ulama-ulama Syafiiyyah tidak mengasaskan hukum sunat berpuasa hari Tarwiyah kepada hadith yang dikatakan sangat daif atau palsu itu, yang di dalamnya disebutkan fadilat puasa Tarwiyah, TETAPI diasaskan kepada asas dan dalil yang lain.

(9) Adapun hadith kelebihan puasa Tarwiyah yang dipermasalahkan itu adalah kerana pada sanadnya ada Muhammad bin as-Sa’ib al-Kalbi (محمد بن السائب الكلبي). Ada penilai hadith yang mengkelaskan dia pendusta dan ada yang ringan sedikit jarhnya, tidak sampai pendusta. Justeru, ada kemungkinan status hadith yang diperselisihkan, sama ada hadith tersebut palsu atau daif jiddan atau munkar.

Wallaahu ta'aala a'lam.

Penjelasan :
Dr. Mohd Khafidz Soroni
Ketua Kluster Hadis
Majlis Akademik ISLAMI


dan

Ustaz Engku Ahmad Fadzil
AJK ISLAMI Kebangsaan

Читать полностью…

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

Bahaya Menyamakan Hadith Dhaif Dengan Palsu - Adlan Abdul Aziz

http://www.mediafire.com/file/7yp4jroe753lxm3/Bahaya_Menyamakan_Hadith_Dhaif_Dengan_Palsu_-_Adlan_Abdul_Aziz.pdf/file

Ustaz Adlan juga ada buat program membincangkan isi kandungan buku ini, boleh tonton di sini:

1 - https://www.youtube.com/watch?v=1pH33wTkUQA&t=24s

2 - https://www.youtube.com/watch?v=bRWRX-QKJj4

dikongsi oleh Ustaz Zulhusni Mat Resat

Читать полностью…

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

https://youtu.be/gd7KxhU00bM

Читать полностью…

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

Imam as-Syafie terkenal dengan gelaran Nasir as-Sunnah (Penolong Sunah) kerana pegangannya yang teguh terhadap hadis. Dr Rif'at Fauzi Abd al-Muttalib berusaha menghimpunkan semua hadis riwayat Imam as-Syafie daripada pelbagai sumber termasuk kitab al-Umm. Beliau mendapati jumlah hadis dan athar yang diriwayatkan oleh Imam as-Syafie berjumlah 4,663.

Sumbangan Imam as-Syafie dalam bidang hadis dapat dirujuk kepada beberapa kitab terutama kitab al-Risalah, Ikhtilaf al-Hadith, Musnad as-Syafie dan Sunan as-Syafie.

Baca selanjutnya di: 👇👇

https://www.hmetro.com.my/addin/2021/01/667434/sumbangan-imam-syafie-dalam-bidang-hadis

Dr. Mohd Khafidz Soroni
Penulis Ketua Unit Hadis di Institut Kajian Hadis & Akidah (Inhad), Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis)

Читать полностью…

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

Semua Hadis Sahih Dikira Mazhab Imam Syafie?

Hadis sahih menurut Imam as-Syafie ialah hadis yang bersambung sanadnya, mempunyai perawi dipercayai dan tidak bercanggah dengan dalil yang lain.

Pengetahuan Imam as-Syafie yang luas mengenai hadis dapat dilihat pada ungkapan Imam Ibn Khuzaymah, seorang tokoh hadis dan fiqah yang terkenal dengan penguasaannya terhadap kalam Imam as-Syafie: "Aku tidak tahu ada satu sunah Rasulullah SAW mengenai halal dan haram yang tidak dimuatkan oleh as-Syafie di dalam kitab-kitabnya."

Meskipun demikian, dengan tawaduk Imam as-Syafie masih berkata: "Jika hadis itu sahih, maka ia adalah mazhabku."

Bagaimanapun, kata-kata Imam as-Syafie yang masyhur ini menyebabkan kekeliruan dalam kalangan sesetengah orang. Bagi menghuraikan ungkapan itu, Imam Taqiy al-Din al-Subki menyusun sebuah kitab khusus mengenainya berjudul Ma'na Qawl al-Imam al-Muttalibi: Iza Sah al-Hadith Fahuwa Mazhabi.

Baca selanjutnya di: https://www.hmetro.com.my/addin/2021/01/659609/semua-hadis-sahih-dikira-mazhab-imam-syafie

Ditulis Oleh: Dr Mohd Khafidz Soroni, Ketua Unit Hadis & Penyelidikan, Institut Kajian Hadis & Akidah (INHAD), KUIS

Читать полностью…

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

https://www.hmetro.com.my/addin/2020/11/647234/tradisi-kaedah-pembacaan-kitab-hadis

Читать полностью…

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

k, apatah lagi sekiranya mereka adalah ulama yang adil "

Imam ibnu Sayyid al Nas. Beliau telah memberi kaedah umum tentang konsep sokongan hadis dhaif dalam fatwanya.

إﻣّـﺎ أن ﻳـﺴﺎوي اﳌﺘـﺎﺑﻊ اﻟـﺮاوي اﻷول ﰲ ﺿﻌﻔﻪ، أو ﻳﻜﻮن ﻣﻨﺤﻄﺎًً ﻋﻨﻪ؛ ﻓﺄﻣﺎ اﻻﻧﺤﻄﺎط ﻓﻼ يفيد اﳌﺘﺎﺑﻌﺔ ﺷﻴﺌﺎ أﻟﺒﺘﺔ وأﻣّـﺎ ﻣـﻊ اﳌـﺴﺎواة ﻓﻘــﺪ ﻳﻘـﻮي، ﻟﻜﻨﻬـﺎ ﻗــﻮة ﻻ ﲣﺮﺟـﻪ ﻋـﻦ ﻣﺮﺗﺒــﺔ اﻟـﻀﻌﻴﻒ، ﺑـﻞ اﻟــﻀﻌﻒ ﻣﺘﻔﺎوت، ﻓﻴﻜﻮن اﻟﻀﻌﻴﻒ اﻟﻔﺮد ﻣﻮﺿﻮﻋﺎً ﰲ ﻣﺮﺗﺒﺔ ﺗﻨﺤﻂ ﻋﻦ ﻣﺮﺗﺒﺔ اﻟـﻀﻌﻴﻒ اﳌﻮﺟـﻮد ﻣـﻦ ﻏﲑ ﻃﺮﻳﻖ، و ﻻ ﻳﺘﻮﺟﻪ اﻻﺣﺘﺠﺎج ﺑﻮاﺣﺪ ﻣﻨﻬﲈ، وإﻧﲈ ﻳﻈﻬﺮ أﺛﺮ ذﻟﻚ ﰲ اﻟﱰﺟﻴﺢ.

" Samada sokongan menyamai perawi pertama dalam kelemahannya atau lebih bawah lagi. Adapun lebih bawah, mutaba'ah tidak memberi faedah langsung. Adapun persamaan, mungkin menguatkan. Tetapi kekuatan yang tidak mengeluarkan satu status dhaif. Bahkan dhaif itu pelbagai peringkat. Dhaif yang satu terletak di peringkat bawah dari peringkat dhaif yang wujud bukan dari satu jalur. Tidak diambil berhujah dengan salah satu daripadanya. Namun kesannya tampak pada tarjih "

Imam al Zarkashi mengulas kenyataan ini dengan berkata:

وﻫـﻮ ﺗﻔـﺼﻴﻞ ﺣـﺴﻦ، و ﻻ ﳜﻔـﻰ أن ﻫـﺬا ﻛﻠــﻪ ﻓـﻴﲈ إذا ﻛـﺎن اﳊـﺪﻳﺚ ﰲ اﻷﺣﻜــﺎم؛ ﻓـﺈن ﻛـﺎن ﻣـﻦ اﻟﻔــﻀﺎﺋﻞ ﻓﺎﳌﺘﺎﺑﻌﺔ ﻓﻴﻪ ﺗﻘﻮم ﻋﲆ ﻛﻞ ﺗﻘﺪﻳﺮ ﻷﻧﻪ ﻋﻨﺪ اﻧﻔﺮاده ﻣﻔﻴﺪ
[الزركشي، بدر الدين، النكت على مقدمة ابن الصلاح للزركشي، ٣٢٢/١]

" Ia satu perincian yang baik. Jelas bahawa kesemuanya ini pada keadaan yang hadis tersebut mengenai hukum hakam. Sekiranya hadis itu pada Fadhail amal, mutaba'ah itu berperanan pada semua andaian kerana ia ketika bersendirian juga memberi manfaat "

5. Adakah kaedah ini dinyatakan dan diamalkan oleh ulama hadis Mutaqaddimin? Jujurnya, soalan ini sukar dijawab. Ini kerana nukilan dari mereka tidak sesempurna penyataan dari ulama mutaakhirin. Ilmu hadis walaupun begitu hebat pada waktu mereka, tetapi tersimpan pada kemahiran (malakah) dan penulisan mereka tentang ulum dan metodologi hadis sangat sedikit. Yang banyak ialah catatan dan pengumpulan soal jawab antara guru dan murid serta komentar ringkas. Ulama hadis Mutaqaddimin yang mula memberi ulasan hadis panjang lebar ialah imam Daruqutni. Selain itu, terdapat faktor lain yang tidak dapat diulas pada kesempatan ringkas ini

Situasi ini bukan terpakai pada kaedah yang dibincangkan sahaja, tetapi pada isu lain. Lihat betapa sukarnya ibnu Rejab dalam Syarah ilal hendak menemukan definisi mungkar. Akhirnya ditemui pada penyataan seorang ulama yang jarang didengari namanya, walaupun diakui juga hebat. Namun ia akhirnya juga tidak jami' mani'. Kajian moden untuk mendefinisi istilah mungkar begitu bersimpang-siur. Masing masing berpegang pada beberapa contoh. Setengah rumusan yang dibuat kadangkala tidak merangkumi sebahagian contoh yang diberikan.

Keadaan ini bukanlah satu keaiban, bahkan ia satu proses biasa dalam perkembangan ilmu. Istilah masih bercampur antara penggunaan bahasa dan khas. Sama seperti ilmu fiqh, ulum tafsir, ilmu bahasa dll. Namun ia tidak menghalang ulama terkemudian untuk mendalami dan mewarisi rumusan dari satu generasi ke generasi lain. Oleh kerana itu, ulama mazhab tidak menyarankan buku al Umm oleh imam Syafie untuk mempelajari fiqh. Tetapi buku buku yang dikarang oleh ulama mazhab terkemudian. Pandangan mereka adalah hujah dalam mazhab.

وَأَصْحَابُ صَاحب الْمَذْهَبِ أَعْلَمُ بِمُرَادِهِ مِنْ غَيْرِهِمْ وَاللَّهُ أَعْلَمُ
[ابن حجر العسقلاني، فتح الباري لابن حجر، ٣٢٨/١]

" Dan tokoh tokoh dalam tuan punya mazhab lebih mengetahui maksudnya berbanding orang lain. Dan Allah SWT lebih mengetahui "

6. Jika pendekatan kajian moden yang menggunakan contoh dan isyarat ulama hadis Mutaqaddimin sebagai data kajian, rumusan dan generalisasi, ada beberapa isyarat yang boleh dikaitkan dengan kaedah yang dibincangkan. Terdapat beberapa contoh dan isyarat yang boleh dibawakan berkenaan penguatan hadis yang sangat lemah.

7. Imam Termizi menyebut ciri hadis hasan yang beliau maksudkan. Tiada perawi yang dituduh, tidak Syaz dan diriwayatkan dari jalur lain. Ciri ini terlalu umum dan merangkumi hadis yang perawinya sangat lemah tetapi ada sokongan. Ibnu Hajar ada memberikan contoh hadis jenis ini dan ulasan.

كنا نحيض عند رسول الله - صلى ال

Читать полностью…

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

1. Imam Sayuti menyebut kaedah menguatkan hadis yang sangat lemah dengan jalur yang banyak dalam kitab usul hadisnya yang popular, Tadrib al Rawi:

وأمّا الضعيف لفسق الراوي أو كذبه فلا يؤثر فيه موافقة غيره له، إذا كان الآخر مثله لقوة الضعف وتقاعد هذا الجابر. نعم يرتقي بمجموع طرقه عن كونه منكراً أو لا أصل له، صرّح به شيخ الإسلام، قال: ربما كثرت الطرق حتى أوصلته إلى درجة المستور السيء الحفظ بحيث إنه إذا وجد له طريق آخر فيه ضعف قريب محتمل ارتقى بمجموع ذلك إلى درجة الحسن.
تدريب الراوي في شرح تقريب النواوي ١/‏١٩٤ — السيوطي (ت ٩١١)

" Adapun hadis dhaif kerana kefasikan perawi atau penipuannya, maka persamaan orang lain tidak memberi kesan padanya, sekiranya orang lain itu sama sepertinya, kerana kuat kelemahannya dan lemah sokongan itu. Ya. Ia boleh meningkat naik - kerana kumpulan jalurnya - dari keadaannya yang mungkar atau tiada asal. Sheikhul Islam menyebutnya dengan jelas. Katanya: mungkin jalurnya yang banyak membawanya kepada kedudukan mastur yang teruk hafalannya, di mana sekiranya terdapat jalur lain yang lemah biasa yang boleh ditanggung, ia boleh meningkat naik - dengan kumpulan tadi - kepada status hasan "

Imam Sayuti menegaskan bahawa kaedah menguatkan hadis yang sangat lemah dengan jalur yang banyak, bukan ciptaan atau pandangannya semata mata. Bahkan ia merupakan pegangan iman besar dalam ilmu hadis, Sheikhul Islam dan Amirul mukminin dalam hadis, iaitu al Hafiz ibnu Hajar al Asqalani.

2. Imam ibnu Hajar telah menyuarakan pendapat ini dan mempraktisnya dalam beberapa karangannya, seperti:

وأسانيدهم واهية لكن اختلاف مخارجها يشعر بأن للحديث أصلا
[ابن حجر العسقلاني، فتح الباري لابن حجر، ٤٤٦/١٠]

" Dan sanad sanad mereka terlalu lemah, tetapi perbezaan sumbernya menunjukkan bahawa hadis tersebut mempunyai asal "

إذا روي بأسانيد كلها قاصرة عن درجة الاعتبار حيث لا يجبر بعضها ببعض أنه أمثل من ضعيف روي بإسناد واحد كذلك، وتظهر فائدة ذلك في جواز العمل به أو منعه مطلقا - والله أعلم -.
[ابن حجر العسقلاني، النكت على كتاب ابن الصلاح لابن حجر، ٤٢٠/١]

" Apabila hadis dhaif diriwayatkan dengan sanad sanad yang kesemuanya tidak sampai kedudukan iktibar, di mana (pada asalnya) sebahagiannya tidak menampung sebahagian yang lain, ia lebih baik dari hadis dhaif yang diriwayatkan dengan satu sanad seperti itu. Faedah itu akan tampak pada keharusan beramal dengannya atau tidak boleh secara mutlak "

والذي ضعفه ناشئ عن تهمة أو جهالة إذا كثرت طرقه ارتقى عن مرتبة المردود المنكر الذي لا يجوز العمل به بحال إلى رتبة الضعيف الذي يجوز العمل به في فضائل الأعمال
ابن حجر العسقلاني، الإمتاع بالأربعين المتباينة السماع، صفحة 80

" Hadis yang kelemahannya timbul dari tuduhan dan jahalah apabila banyak jalurnya, ia meningkat naik daripada status mungkar tertolak yang tidak harus beramal dengannya pada semua keadaan, kepada status dhaif yang harus beramal dengannya dalam fadhail amal "

Boleh juga rujuk kepada kitab al Qawl al Musaddad untuk melihat praktis ibnu Hajar dalam mempertahankan tuduhan hadis palsu dalam musnad Ahmad.

3. Adakah pandangan ini terpencil? Adakan ia hanya dipegang oleh imam ibnu Hajar dan diikuti oleh hanya imam Sayuti sahaja? Tidak. Ia dipegang dan dinyatakan oleh para ulama selepas ibnu Hajar dan sebelumnya lagi. Dinukilkan tanpa terjemahan penyataan ulama selepas ibnu Hajar yang sependapat

Ia adalah pegangan imam al Biqa'i seperti dalam Syarah alfiah

على أنَّ هذا الضعيفَ الواهي ربما كَثُرَتْ طرقهُ حتى أوصلته إلى درجةِ راويهِ المستورِ، والسيِّءِ الحفظِ، بحيثُ إنّ ذلكَ / ٦٩ب / الحديثَ إذا كانَ مرويًا بإسنادٍ آخرَ فيهِ ضعفٌ قريبٌ محتملٌ، فإنّهُ يرتقي بمجموعِ ذلكَ إلى مرتبةِ الحسنِ، وقد جعلنا مجموعَ تلكَ الطرقِ الواهيةِ بمنْزلةِ الطريقِ التي فيها ضعفٌ يسيرٌ، فصارَ ذلكَ بمنْزلةِ طريقينِ، كلٌّ منهما ضعفه يسيرٌ، واللهُ أعلمُ.
النكت الوفية بما في شرح الألفية ١/‏٢٤٨ — برهان الدين البقاعي ت ٨٨٥

Ia adalah pegangan imam al Sakhawi seperti dalam Syarah alfiah

وَرُبَّمَا تَكُونُ تِلْكَ الطُّرُقُ الْوَاهِيَةُ بِمَنْزِلَةِ الطَّرِيقِ الَّتِي فِيهَا ضَعْفٌ يَسِيرٌ ; بِحَيْثُ لَوْ فُرِضَ مَجِيءُ ذَلِكَ الْحَدِيثِ بِإِسْنَادٍ فِيهِ ضَعْفٌ يَسِيرٌ، كَانَ مُرْتَقِيًا بِهَا إِلَى مَرْتَبَةِ الْحَسَنِ لِغَيْرِهِ.
[السخاوي، شمس الدين،

Читать полностью…

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

ika mengulas tindakan umat Islam selepas kewafatan baginda Rasulullah yang menyentuh dan mencium pusara Baginda SAW sedangkan para sahabat tidak berbuat demikian.

فَإِنْ قِيلِ: فَهَلا فَعَلَ ذَلِكَ الصَّحَابَةُ؟ قِيلَ: لأَنَّهُمْ عَايَنُوهُ حَيًّا وَتَمَلَّوْا بِهِ وَقَبَّلُوا يَدَهُ وَكَادُوا يَقْتَتِلُونَ عَلَى وُضُوئِهِ وَاقْتَسَمُوا شَعْرَهُ الْمُطَهَّرَ يَوْمَ الْحَجِّ الأَكْبَرِ، وَكَانَ إِذَا تَنَخَّمَ لا تَكَادُ نُخَامَتُهُ تَقَعُ إِلا فِي يَدِ رَجُلٍ فَيُدَلِّكُ بِهَا وَجْهَهُ، وَنَحْنُ فَلَمَّا لَمْ يَصِحْ لَنَا مِثْلُ هَذَا النَّصِيبِ الأَوْفَرِ تَرَامَيْنَا عَلَى قَبْرِهِ بِالالْتِزَامِ وَالتَّبْجِيلِ وَالاسْتِلامِ وَالتَّقْبِيلِ، أَلا تَرَى كَيْفَ فَعَلَ ثَابِتٌ الْبُنَانِيُّ؟ كَانَ يُقَبِّلُ يَدَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ وَيَضَعُهَا عَلَى وَجْهِهِ وَيَقُولُ: يَدٌ مَسَّتْ يَدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
وَهَذِهِ الأُمُورُ لا يُحَرِّكُهَا مِنَ الْمُسْلِمِ إِلا فَرْطُ حُبِّهِ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، إِذْ هُوَ مَأْمُورٌ بِأَنْ يُحِبَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أَشَدَّ مِنْ حُبِّهِ لِنَفْسِهِ، وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ، وَمِنْ أَمْوَالِهِ، وَمِنَ الْجَنَّةِ وَحُورِهَا، بَلْ خَلْقٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ يُحِبُّونَ أَبَا بَكْرٍ، وَعُمَرَ أَكْثَرَ مِنْ حُبِّ أَنْفُسِهِمْ
[الذهبي، شمس الدين ,معجم الشيوخ الكبير للذهبي ,1/73]

" Jika disebut: tidakkah para sahabat berbuat demikian? Dikatakan: kerana mereka telah bersemuka dengannya ketika hidup, sepenuhnya dengannya, mengucup tangan, hampir berebut pada air bekas wuduknya, berkongsi kongsi helaian rambutnya yang suci pada hari Haji yang terhebat dan apabila Baginda membuang kahak ia tidak gugur kecuali pada tangan seorang sahabat lalu menyapu di muka. Kami apabila tidak berkesempatan dengan habuan yang sangat melimpah ini, kami bergegas ke kuburnya dengan melazimi, menghormati, menyapu dan mencium. Tidakkah kamu melihat apa yang dilakukan oleh Thabit al Bunani (seorang Tabi'e yang tidak sempat dengan Nabi SAW). Beliau mencium tangan Anas bin Malik dan meletakkan di wajahnya seraya berkata: ini tangan yang pernah menyentuh tangan Rasulullah SAW.

Perkara-perkara ini tidak menggerakkannya dari seorang Muslim kecuali kecintaannya yang amat sangat kepada Nabi SAW. Kerana dia diarahkan untuk mencintai Allah dan rasulnya melebihi kecintaannya kepada dirinya sendiri, anaknya, manusia keseluruhannya, melebihi hartanya, melebihi syurga dan bidadarinya. Bahkan terdapat sekumpulan orang mukmin yang mencintai Abu Bakar dan Umar melebihi cinta mereka kepada diri mereka sendiri "

Ya. Kasih dan cinta menggerakkan usaha mengambil kesempatan yang ada. Al Maqqari dalam Fathul Muta'al (m/s 168) menjelaskan mengapa ulama sebelah Maghrib banyak melakar dan meniru capal Nabi SAW. Ia kerana tempat mereka tidak mempunyai capal asli seperti yang terdapat di dunia timur, di Darul Hadis al Asyrafiyyah khususnya. Yang mampu mereka buat ialah duplikasi capal ketika salah seorang mereka pergi ke timur dan melihat capal Nabi SAW. Begitu lah faktor kemunculan lakaran capal di kalangan mereka yang tidak berkesempatan dengan capal asli Nabi SAW pada zaman dahulu, apatah lagi zaman sekarang.

5. Mengenai hukum menyapu dan mencium lakaran capal, mazhab imam Malik adalah makruh seperti yang di jelaskan oleh al Maqqari. Pendapat lain terutama dari ulama mazhab Syafie, ia adalah harus pada semua perkara yang berkaitan dengan Nabi SAW. Kata imam Nawawi:

هَذَا فِيهِ التَّبَرُّكُ بِآثَارِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وما مسه أو لبسه أوكان مِنْهُ فِيهِ سَبَبٌ وَهَذَا نَحْوُ مَا أَجْمَعُوا عَلَيْهِ وَأَطْبَقَ السَّلَفُ وَالْخَلَفُ عَلَيْهِ مِنَ التَّبَرُّكِ بِالصَّلَاةِ فِي مُصَلَّى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الرَّوْضَةِ الْكَرِيمَةِ وَدُخُولِ الْغَارِ الَّذِي دَخَلَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَغَيْرِ ذَلِكَ
[النووي، شرح النووي على مسلم، ١٧٨/١٣]

[ Padanya terdapat keharusan mengambil berkat dengan kesan Nabi SAW dan apa yang Baginda sentuh, atau memakainya atau apa sahaja yang mempunyai sebab (hubungan) dari Baginda SAW. Ini seumpama apa yang disepakati oleh generasi terdahulu dan terkemudian mengenai m

Читать полностью…

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

Hadis Baca Al Fatihah Selepas Solat

Ulasan Isu “HADIS PALSU KEBAIKAN BACA AL-FATIHAH SELEPAS SOLAT: Teladan Kisah Dari Imam Ibn al-Jauzi Rahimahullah”

Oleh : Ustaz Mohd Khafidz bin Soroni

1. Pertamanya, di dalam bidang hadis, kedudukan dua tokoh terkenal iaitu Imam al-Hakim yang bersikap tasahul (longgar) dan al-Hafiz Ibn al-Jauzi yang bersikap tasyaddud (keras) sudah menjadi satu realiti umum yang sedia dimaklumi. Maka, mana-mana hukum hadis daripada mereka tidak akan dinukilkan secara bersendirian tanpa disertai dengan persetujuan mana-mana ulama hadis yang lain. Ini bagi mengelakkan kesalahan dalam memutuskan hukum sesuatu hadis.

2. Dalam isu di atas, hukum hadis yang dipetik ternyata hanya daripada al-Hafiz Ibn al-Jauzi sahaja (merujuk kepada bahagian artikel yang dikerat dan diviralkan). Ia mungkin boleh dipertikaikan dan tidak dapat diterima sepenuhnya kerana beberapa faktor. Antaranya, al-Hafiz Ibn al-Jauzi hanya menukilkan kritikan (jarh) yang berat sahaja mengenai perawinya al-Harith bin ‘Umair, sedangkan ada pujian (ta‘dil) yang baik terhadapnya tidak dikemukakan oleh beliau. Ibn al-Jauzi menyebut:
هذا حديث موضوع، تفرد به الحارث بن عمير. قال أبو حاتم بن حبان: كان الحارث ممن يروى عن الاثبات الموضوعات. روى هذا الحديث ولا أصل له، وقال أبو بكر محمد بن إسحاق بن خزيمة: الحارث كذاب ولا أصل لهذا الحديث.
Sedangkan dengan merujuk kepada Tahzib al-Tahzib, didapati banyak penilaian terhadap beliau sebagai perawi thiqah oleh imam2 besar pengkritik hadis seperti Ibn Ma‘in, Abu Hatim dan an-Nasa’i. Malah, riwayat beliau terdapat dalam Sahih al-Bukhari secara ta‘liq, Sunan Abi Dawud, Sunan an-Nasa’i, Sunan at-Tirmizi dan Sunan Ibn Majah. Antara yang menilai beliau sebagai thiqah:

قال أبو حاتم عن سليمان بن حرب: كان حماد بن زيد يقدم الحارث بن عمير ويثني عليه. زاد غيره: ونظر إليه فقال: هذا من ثقات أصحاب أيوب، وقال ابن معين وأبو حاتم والنسائي: ثقة، وقال أبو زرعة: ثقة رجل صالح. قلت: وقال البرقاني عن الدارقطني: ثقة، وكذا قال العجلي.

Maka, kedudukan perawi yang dipertikai seperti ini menyebabkan riwayatnya tidak boleh terus dianggap palsu atau terus dianggap sahih. Ia perlu kepada kajian secara observasi terhadap riwayat-riwayatnya.

Sekurang-kurangnya ia berada pada kedudukan daif. Dengan alasan ini, hukum palsu al-Hafiz Ibn al-Jauzi boleh dipertikaikan dan ditolak. Dalam kitab Taqrib al-Tahzib, Ibn Hajar merumuskan statusnya secara adil demikian: “Al-Harith bin ‘Umair... dinilai thiqah oleh jumhur ulama hadis. Namun, terdapat dalam hadis-hadisnya riwayat-riwayat yang munkar, maka beliau didaifkan dengan sebabnya oleh al-Azdi, Ibn Hibban dan selain mereka. Boleh jadi kerana hafalannya berubah di akhir hidupnya.”

3. Imam as-Suyuti antara yang tidak bersetuju dengan hukum palsu Ibn al-Jauzi, katanya (dalam Jami' al-Ahadith):

"حب" ابن حبان في الضعفاء وابن السني في عمل يوم وليلة وأبو منصور السحابي في الأربعين وأورده ابن الجوزي في الموضوعات وقال: تفرد به الحارث ابن عمير وكان يروي الموضوعات عن الأثبات، وسئل الحافظ أبو الفضل العراقي عن هذا الحديث؟ فقال رجال إسناده وثقهم المتقدمون، وتكلم في بعضهم المتأخرون، وليس فيه محل نظر إلا محمد بن زنبور المكي والحارث بن عمير، وكل منهما وثقه جماعة من الأئمة وضعف الأول ابن خزيمة، والثاني "حب ك" ابن حبان والحاكم، وأورده الحافظ ابن حجر في أماليه، وقال: الحارث لم نر للمتقدمين فيه طعنا بل أثنى عليه حماد بن زيد وهو أكبر منه، ووثقه النقاد ابن معين، وأبو حاتم والنسائي وأخرج له "خ حب" البخاري وابن حبان تعليقا وأصحاب السنن، وذكره "حب" ابن حبان في الضعفاء فأفرط في توهينه، أما من فوقه فلا يسأل عن حالهم لجلالتهم، قال: وقد أفرط ابن الجوزي فذكر هذا الحديث في الموضوعات، ولعله استعظم ما فيه من الثواب وإلا فحال رواته كما ترى انتهى. كنز العمال: 5056


Sila baca sambungan penuh di facebook Ustaz Dr. Mohd Khafidz Soroni

Читать полностью…

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

Hadis tentang api biara Majusi terpadam dan istana Kisra Parsi bergegar itu daif dan tidak ada riwayat yang bersanad sahih. Namun, tiada pula ulama terdahulu yang menilainya sebagai palsu.

Kata al-Zahabi dalam Tarikh al-Islam: “Hadis ini munkar gharib.” Menurut al-Suyuti dalam al-Khasa’is al-Kubra, Ibn ‘Asakir (dalam Tarikh Dimasayaq) berkata: “Hadis gharib, tidak kami tahu kecuali daripada hadis Makhzum daripada bapanya. Ia hanya diriwayatkan oleh Abu Ayyub al-Bajali”. Namun di tempat lain, Ibn ‘Asakir menyatakan ia turut diriwayatkan oleh Ma‘ruf bin Kharbuz daripada Bisayar bin Tayyim al-Makki (sebagai penyokong kepada riwayat Makhzum). Kata al-Suyuti lagi: “Daripada jalur riwayat ini turut dikeluarkan oleh ‘Abdan dalam Kitab al-Sahabah dan kata Ibn Hajar dalam al-Isabah: Ianya mursal”.

Ulama moden yang menilainya palsu, tidak semestinya memansukhkan pandangan para huffaz muhaddithin terdahulu yang lebih ahli seperti Ibn Jarir, Abu Nu‘ayim, al-Baihaqi, Ibn ‘Asakir, al-Zahabi, Ibn Kathir, Ibn Hajar, al-Suyuti, dll yang tidakpun menilai kisah berkenaan sebagai palsu dan rekaan.

Justeru, masih tidak jelas kepalsuannya serta tiada riwayat lain yang jelas menunjukkan sebaliknya ia langsung tidak berlaku. Pendapat yang menyatakan bahawa kisah tersebut tidak didengari dari sejarah Parsi sendiri bukanlah bermakna ia langsung tidak berlaku. Berapa banyak peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah manusia, namun atas perbagai sebab tertentu ia hanya diceritakan secara lisan saja dan tidak dicatatkan dalam lipatan sejarah kecuali setelah berlalu beberapa waktu. Boleh jadi juga ia ada direkodkan, namun kerana baginda Nabi SAW telah mendoakan kehancuran dan keruntuhan buat empayar Kisra Parsi (rujuk riwayat al-Bukhari: أَنْ يُمَزَّقُوا كُلَّ مُمَزَّقٍ), maka rekodnya juga mungkin turut hilang ditelan zaman.

Rujuk :

Menjawab Kekeliruan Top 10 Silap Fakta Tentang Sirah Nabi S.A.W - Dr.Khafidz Soroni

Читать полностью…

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

​​LINK RAKAMAN KULIAH KITAB 40 HADIS JALAN KE SYURGA

SIRI 1: https://fb.watch/bnUuCDhzZw/
SIRI 2: https://fb.watch/bnUA2Odq_O/
SIRI 3: https://fb.watch/bnUDntwwFs/
SIRI 4: https://fb.watch/bnUGmVZWR6/
SIRI 5: https://fb.watch/bnUI2h1V7h/
SIRI 6: https://fb.watch/bnUNYHLolH/
SIRI 7: https://fb.watch/bnUQVTsaEP/
SIRI 8:https://fb.watch/bnUU5WRMYs/
SIRI 9: https://fb.watch/bnUY5FxL5Y/
SIRI 10:https://fb.watch/bnU_-4wJYK/
SIRI 11: https://fb.watch/bnV9Efte15/
SIRI 12: https://fb.watch/bnVcgBGNRR/
SIRI 13: https://fb.watch/bnVffLEbC4/
SIRI 14: https://fb.watch/bnVir3Oh3O/
SIRI 15: https://fb.watch/bnVpIBdzyf/
SIRI 16: https://fb.watch/bnVso5BkHB/
SIRI 17: https://fb.watch/bnVuS1_3EF/
SIRI 18: https://fb.watch/bnVxoRuVeF/
SIRI 19: https://fb.watch/bnVAv35oQ0/
SIRI 20: https://fb.watch/bnVDclvVKX/
SIRI 21: https://fb.watch/bnVFFHaAds/
SIRI 22: https://fb.watch/bnVIyfXJ6G/
SIRI 23: https://fb.watch/bnVKOVAgLG/
SIRI 24: https://fb.watch/bnVMWJeu6_/
SIRI 25: https://fb.watch/bnVPpIfm2c/
SIRI 26: https://fb.watch/bnVUh5zRgt/
SIRI 27: https://fb.watch/bnVWcmLP9A/
SIRI 28: https://fb.watch/bnVY6NWzJN/
SIRI 29: https://fb.watch/bnVZIWuV71/
SIRI 30: https://fb.watch/bnV-BzzWjC/
SIRI 31: https://fb.watch/bnW1YjqGWw/
SIRI 32 AKHIR DAN KHATAM: https://fb.watch/bnW6IWezrZ/

Читать полностью…

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

Benarkah Ustaz Wadi Annuar Menambah-nambah Hadis Berkaitan Kisah Taubat Pembunuh 99 Orang ?

Soalan :

Assalamu'alaikum dr

Boleh ulas apa yang dikata oleh pilot ini menyalahkan Ustaz Wadi Annuar kononnya menambah² hadis kisah pembunuh 99 nyawa..

https://youtu.be/2_DPlw1BhBE

Jawapan Dr Khafidz Soroni :

‎- Ulasannya lebih berunsur serangan balas peribadi semata-mata. Kerana penyampaian Ustaz Wadi ‎Annuar jelas berada pada maqam khotobah (berucap, berceramah), bukan pada maqam ta’lim ‌‎(mengajar) atau riwayah (meriwayatkan hadis) sehingga boleh dikatakan beliau menokok ‎tambah hadis. ‎

‎- Menyampaikan matan hadis atau maknanya secara literal dalam khotobah adalah satu ‎saranan yg boleh diterima. Namun, jika dikatakan: wajib menyampaikan dalam khotobah ‎matan hadis atau maknanya secara literal, maka ini adalah satu hukum yang boleh ‎dipertikaikan. Penyampaian hadis secara makna asalkan tidak mengubah maksudnya adalah ‎satu perkara yang dilakukan oleh ramai penceramah dan ilmuwan. Dan tiada ulama atau fatwa ‎yg melarang demikian. kecualilah jika diubah maknanya atau diselewengkan maksudnya, ‎maka sudah tentu perbuatan begini memang amat wajar dilarang. ‎

‎- Malah, jika diamati, hadis kisah pembunuh 99 orang itu juga diriwayatkan secara makna oleh ‎ramai perawi yg meriwayatkannya. Dan periwayatan secara makna adalah harus menurut ‎kebanyakan ulama. Justeru itu, kita lihat terdapat beberapa perbezaan lafaz antara riwayat ‎Imam Ahmad, Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, meskipun mengandungi makna yang ‎sama. Tidak dapat dipastikan mana satukah lafaz Nabi SAW yang asal, tulen dan sebenar, ‎namun kesemuanya tetap dinilai sahih. ‎

‎- Peliknya, Ustaz Wadi tidak pun menyebutkan matan Arabnya sehingga wajar dituduh sebagai ‎menokok tambah. Bermaksud apa yang disampaikan hanyalah secara makna sahaja. Malah bukan ‎wajib untuk beliau menyatakan bahawa ia adalah penjelasan peribadi, meskipun dianjurkan ‎berbuat demikian. Ini kerana beliau sedang berceramah, bukan sedang mengajar dan ‎meriwayatkan hadis. Maka, adakah beliau mengubah makna hadis?‎

‎- Jika beliau menyebut: ‘Rahib’ tentunya istilah ini tidak dapat difahami jelas oleh semua ‎orang. Justeru, beliau menyebutkan sifatnya serta lisan halnya dalam menjawab soalan, iaitu ‌‎‘rajin sembahyang tapi tiada ilmu, ahli ibadat tapi tiada ilmu, banyak ibadat tapi jahil, orang ‎baik/soleh tapi jahil’. Semua ini sifat yang menunjukkan makna yang hampir sama. ‎

‎- Dalam pertuturan: ‘Tiada ilmu atau jahil’ boleh difahami secara mudah sebagai sedikit atau ‎kurang ilmunya, bukan penafian langsung terhadap ilmunya. Seperti kita kata: ‘orang berilmu’, ‎bukan bermakna tiada langsung sedikit kejahilan pun padanya; atau ‘orang jahil’, bukan ‎bermakna tiada langsung sedikit ilmu pun padanya.‎

‎- Jika dirujuk dalam kamus Arab, Rahib bermaksud: orang yang memberi tumpuan terhadap ‎ibadat, seperti dalam kitab Lisan al-‘Arab disebut: (‎والرَّاهِبُ المُتَعَبِّدُ في الصَّوْمعةِ وأَحدُ رُهْبانِ النصارى‎), dalam ‎al-Misbah al-Munir disebut: (‎والرَّاهِبُ عابد النصارى، من ذلك، والجمع رُهْبَانٌ، وربما قيل: رَهَابِينُ، وتَرَهَّبَ ‏الرَّاهِبُ انقطع للعبادة‎) & dalam kitab Mukhtar as-Sihah disebut: (‎والرَّاهِبُ المتعبد‎). ‎

‎- Begitu juga dalam kitab-kitab syarah hadis, dengan ditambah: orang yang berasa takut, seperti al-Kawakib ‎ad-Darari oleh al-Kirmani disebut: (‎والراهب واحد رهبان النصارى، وهو الخائف والمتعبد‎), ‘Umdat al-‎Qari oleh al-‘Aini disebut: (‎الراهب واحد رهبان النصارى، وهو الخائف والمتعبد‎), & Faidhul Qadir ‎oleh al-Munawi disebut: (‎يقال ترهب الراهب، انقطع للعبادة، والراهب عابد النصارى‎).‎

bersambung

Читать полностью…

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

Tahap Keyakinan Terhadap Hadis

Berdasarkan fakta sejarah, hadis tidak dibukukan secara rasmi pada zaman Nabi SAW seperti al-Quran dibukukan. Kebanyakan hadis diriwayatkan secara lisan sehinggalah zaman Khalifah Umar bin Abd al-Aziz (wafat 101H) baru hadis dibukukan secara rasmi. Terdapat jarak tempoh yang jauh di antara zaman Nabi SAW dengan zaman Khalifah Umar ini. Justeru di antara tempoh berkenaan, pelbagai faktor kemungkinan boleh berlaku terhadap periwayatan hadis yang disebabkan oleh kesilapan perawi, kekurangan ingatan perawi, periwayatan hadis secara makna serta kesan kemunculan hadis palsu.

Maka, hanya perawi yang bersifat adil dan benar-benar kuat ingatan sahaja yang dapat dipercayai riwayatnya sebagai tepat. Bagaimanapun, tidak semua mereka memiliki tahap yang sama kerana perbezaan fitrah semula jadi manusia. Oleh itu, perawi yang benar-benar berkualiti dan berkredibiliti pada tahap tertinggi tidak ramai bilangannya. Syu'bah bin al-Hajjaj berkata: "Sekiranya aku tidak meriwayatkan hadis kepada kamu melainkan hanya daripada orang yang thiqah, nescaya aku tak dapat meriwayatkan hadis kepadamu melainkan daripada segelintir orang sahaja." Yahya al-Qattan berkata: "Sekiranya aku tidak meriwayatkan hadis melainkan hanya daripada orang yang aku reda, nescaya aku tidak meriwayatkan hadis melainkan daripada lima orang sahaja atau sekitar itu."

Oleh yang demikian, memadai perawi itu diketahui bersifat adil dan tidak pula melakukan banyak kesilapan dalam meriwayatkannya. Berbuat silap adalah sifat lumrah manusia dan berlaku walau kepada perawi yang paling thiqah sekalipun, namun kesilapan yang sedikit tidak mengurangkan kebolehpercayaan terhadapnya.

Oleh itu, ulama menyatakan, dalam aspek periwayatan hadis memadai dibina atas sangkaan yang berat (zann ghalib) sahaja terhadap kredibiliti perawi yang menyampaikannya dan tidak perlu memastikan sehingga tahap yakin padanya. Maka, daripada aspek ini dan berdasarkan konsep sangka baik (husnuz zann) sesama Muslim, hadis boleh diterima daripadanya. Sebab itu sebahagian ulama seperti Imam Abu Hanifah menerima hadis mursal sebagai hujah meskipun ditolak oleh Imam as-Syafii.

Demikian adalah daripada aspek periwayatan hadis sahaja. Namun, daripada aspek tahap keyakinan terhadap hadis itu sendiri terdapat perbincangan lain di sisi ulama. Tujuannya bagi menentukan garis sempadan akidah dan syarak. Juga sejauh mana penolakan terhadap hadis itu boleh memberi implikasi seseorang itu jatuh kufur atau sekadar fasik.

Bagi membezakannya, hadis umumnya dibahagikan kepada dua iaitu hadis mutawatir dan hadis ahad. Kedudukan hadis mutawatir adalah sama seperti al-Quran iaitu perlu diterima secara yakin. Dalam membicarakannya, ulama usul memberikan kepada hadis mutawatir ini nilai al-'ilm kerana al-'ilm menurut pengertian bahasanya ialah yakin. Justeru, ada juga yang menyebutnya sebagai al-'ilm al-yaqini. Oleh kerana hadis mutawatir ini menghasilkan keyakinan maka sesuailah dijadikan syarat dalam dasar akidah yang memang memerlukan kepada keyakinan yang jazam (sepenuhnya). Oleh itu, orang yang mengingkarinya boleh menjadi kufur.

Kedudukan hadis ahad adalah bersifat kemungkinan besar dan berat pada kepercayaan ia daripada Nabi SAW sahaja, tidak sebagaimana hadis mutawatir. Ulama usul memberikan kepada hadis ahad ini nilai az-zann, dengan erti kata kemungkinan besar (ghalabat az-zann) atau sangkaan yang berat (zann ghalib). Nilai az-zann bukanlah seperti makna bahasanya iaitu prasangka atau sangka-sangkaan, tetapi bermaksud berat pada kepercayaan ia benar daripada Nabi SAW. Namun, bukan diyakini secara qat'ie 100 peratus ia daripada baginda SAW sehingga jatuh kufur orang yang mengingkarinya. Justeru, sesuailah ia dijadikan sempadan syarak. Meskipun orang yang mengingkarinya tidak kufur, namun ia dianggap fasik dan berdosa kerana menolak hadis Nabi SAW yang sabit.

Читать полностью…

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

Saya ragu-ragu menjawab soalan di bawah ini. Bukan kerana saya tak ada pendirian, namun bimbang ucapan saya disalahfahami.
Oleh yang demikian, pada kesempatan ini saya hanya ingin berkongsi fenomena menarik yang saya jumpai dalam buku-buku himpunan hadith masyhur dan himpunan hadith palsu. Walaupun para penulis buku-buku ini menghukum hadith-hadith tertentu sebagai palsu, tiada asal, tidak sahih, dan tidak dijumpai sumbernya, namun mereka terkadang menegaskan kebenaran kandungan hadith-hadith tersebut.

1. Abu al-Faraj Ibn al-Jawzī (m. 597 H) berkata dalam al-‘Ilal al-Mutanāhiyah fi al-Aḥādīth al-Wāhiyah (Himpunan Hadith-hadith tersangat lemah) berkenaan hadith:
أَنْتَ سَيِّدٌ فِي الدُّنْيَا سَيِّدٌ فِي الآخِرَةِ وَمَنْ أَحَبَّكَ فَقَدْ أَحَبَّنِي وَحَبِيبِي حَبِيبُ اللَّهِ وَعَدُوُّكَ عَدُوِّي وَعَدُوِّي عَدُوُّ اللَّهِ قَالَ وَالْوَيْلُ لِمَنْ أَبْغَضَكَ مِنْ بَعْدِي".
“Engkau (‘Ali) adalah pemimpin di dunia dan di akhirat. Siapa yang mencintaimu, makai a telah mencintaiku. Kekasihku adalah kekasih Allah. Dan musuhmu adalah musuhku. Musuhku adalah musuh Allah. Celakalah orang yang membencimu selepasku.”
Ibn al-Jawzī berkata:
هَذَا حَدِيثٌ لا يَصِحُّ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَعْنَاهُ صَحِيحٌ قَالَ فَالْوَيْلُ لِمَنْ تَكَلَّفَ فِي وَضْعِهِ إِذْ لا فَائِدَةُ فِي ذَلِكَ.
“Hadith ini tidak sahih daripada Rasulullah, akan tetapi maknanya sahih.” Beliau turut berkata: “Celakalah orang yang memalsukan hadith ini kerana tiada faedah padanya.”
Penulis kitab Tanzīḥ al-Sharī‘ah al-Marfū‘ah memahami ucapan Ibn al-Jawzi ini sebagai menghukum palsu hadith tersebut namun mensahihkan maknanya. Beliau berkata:
وَأوردهُ ابْن الْجَوْزِيّ فِي الواهيات وَقَالَ: مَوْضُوع وَمَعْنَاهُ صَحِيح، فالويل لمن تكلّف وَضعه اذلا فَائِدَة فِي ذَلِك.
“Ibn al-Jawzī menyebutkan hadith ini dalam kitab al-Wāhiyāt lalu berkata: palsu namun maknanya sahih. Celakalah orang yang memalsukan hadith ini kerana tiada faedah padanya.”

2. Taqi al-Din Ahmad Ibn Taymiyyah (m. 728 H) dalam Aḥādīth al-Qaṣṣāṣ (himpunan hadith para penceramah) berkata:
ومنها: «أَدَّبَنِي رَبِّي فَأَحْسَنَ تَأْدِيبِي» . المعنى صحيح. لكن لا يعرف له إِسناد ثابت.
“Salah satu hadith tersebut ialah: Tuhanku telah mendidikku dan memperelokkan pendidikanku. Maknanya sahih, akan tetapi tidak dijumpai baginya sanad yang sahih (thabit).”
Lebih jelas daripada itu, Ibn Taymiyyah berkata:
ومنها: «مَنْ كَسَرَ قَلْبًا فَعَلَيْهِ جَبْرُهُ» . هذا أدب من الآداب، وليس اللفظ معروفًا عن النبي صلى الله عليه وسلم. وكثير من الكلام يكون معناه صحيحًا لكن لا يمكن أن يقال عن الرسول ما لم يقل . مَعَ أَنَّ هذا ليس يُطْلَقُ في كسر قلوب الكفار والمنافقين وبه إِقامة الملة.

“Juga hadith: siapa yang mematahkan hati orang lain maka dia wajib mengubatinya. Ini adalah salah satu adab. Lafaznya tidak dikenali daripada Nabi SAW. Banyak perkataan yang maknanya sahih akan tetapi tidak boleh dikatakan berasal daripada Nabi selagimana baginda tidak mengatakannya. Seperkara lagi, ucapan ini tidak berkaitan dengan mematahkan hati orang kafir dan munafik, kerana perbuatan tersebut malah menegakkan agama.”

3. Shams al-Dīn al-Sakhāwī (m. 902H) berkata dalam al-Maqāṣid al-Ḥasanah fī Bayān al-Aḥādith al-Mushtahirah ‘ala al-Alsinah (himpunan hadith-hadith masyhur dalam kalangan masyarakat):
حديث ( أنا أفصح من نطق بالضاد ) معناه صحيح ولكن لا أصل له كما قاله ابن كثير
“Hadith: Aku adalah orang yang paling fasih dalam mengucapkan huruf ḍād, maknanya sahih namun tiada asal baginya sebagaimana ucapan Ibn Kathir.”
Saya menjumpai cukup banyak ucapan seperti ini dalam al-Maqāṣid al-Ḥasanah.

4. Muhammad bin Ṭāhir al-Fattanī (m. 986 H) berkata dalam Tadhkirah al-Mawḍū‘āt (Himpunan hadith palsu):
حب الوطن من الإيمان لم أقف عليه ومعناه صحيح
“Hadith: Cinta tanah air adalah bahagian daripada iman, aku tidak menjumpainya, namun maknanya sahih.”

Читать полностью…

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

​​Ilmu hadith yang kita punya hari ini hanya saki-baki ilmu ini. Ibarat sebuah istana yang sangat kokoh dan indah pada satu masa dahulu, pada hari ini sekedar puing-puing dan reruntuhan belaka.

Dari 26 tajuk buku Imam 'Ali bin al-Madini (m. 234H), hanya 4 atau 5 buku sahaja yang selamat ke tangan al-Khatib al-Baghdadi (m. 463H). Selainnya telah pupus kerana diabaikan. Padahal pada abad 5H itu huffaz masih ramai lagi.

Jika begitu realitinya, berapa peratus kah kira-kira buku ulama hadith terdahulu yang bertahan hingga abad 15 H ini apabila sejak 5 abad lalu gelaran hafiz hanya ada di dalam buku sahaja?

Menghidupkan ilmu hadith di abad ini, saya harap, termasuk dalam upaya menghidupkan sunnah.

Dr Umar Muhammad Noor

Читать полностью…

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

​​Kecoh tentang Imam al-Bukhari di twitter.

Saya teringat semasa ikut serta dalam membantu Syeikh Riyad al-Khiraqi dalam mentakhrij kitab Hasyiah Ibn 'Abidin di rumah beliau di Damsyik. Waktu itu saya dan lima orang pelajar beliau tengah sibuk menghimpun sanad dan mengkaji perawi. Semua budak Arab melainkan saya dan seorang pelajar dari Dagestan.

Salah seorang dari pelajar Arab ni masih baru bermulazamah dengan Syeikh. Belum cukup satu tahun seingat saya. Apabila membandingkan sebuah sanad yang terkandung dalam Sunan al-Nasa'i, dia berkata: "Subhanallah, al-Nasai silap dalam sanad hadith ini."

Mendengar ucapan ini, Syeikh Riyad sangat marah. Beliau berkata: " Engkau berani menyalahkan al-Nasa'i? Aku hukum kamu semua membersihkan rumah-rumah dalam blok ini! Agar kamu ingat jangan bermudah menyalahkan ulama."
Malam itu, tugasan takhrij dihentikan. Kami semua mengelap semua lantai rumah di blok setinggi 7 (atau 8?) tingkat.

Ya, kami setuju bahawa ulama tidak maksum. Tapi kami yakin bahawa kesalahan ulama yang sangat pakar seperti al-Nasa'i mestilah kesalahan yang halus. Tidak dalam kemampuan budak baru belajar hadith semalam untuk mengetahui kesalahan tersebut. Kalaupun Einstein silap, kesilapan beliau pastilah bukan dalam mengira 1 + 1=2.

Dibawah ini adalah petikan daripada penutup buku saya yang bertajuk aliran kritik hadith semasa ms 261-262. Saya mengajak ahli akademik di institusi pengajian tinggi Islam untuk lebih banyak memberikan pendedahan kepada pelajar tentang kelebihan para ulama terdahulu. Hindari kesukaan untuk melakukan kritikan-kritikan dangkal yang hanya akan membuat mereka memandang rendah kepada para ulama hadith terdahulu.

Dr Umar Muhammad Noor

Читать полностью…

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

​​Kelas Intensif Hadith 4.0 - Asas Ilal Hadith - Online Zoom !
.
Daftar Segera !
.
Tenaga Pengajar: Dr. Khafidz Soroni
Masa: 9.30 Malam - 10.45 Malam
Yuran: RM 50
Tarikh:

31/5 & 1/6
7/6 & 8/6
14/6 & 15/6
21/6 & 22/6.

Silibus Ilmu ‘Ilal Hadis

1. Takrif ilmu ‘ilal hadis, kepentingannya dan perkembangan sejarahnya, serta jenis2 ‘illah.
2. Faktor2 berlakunya ‘illah pd hadis 1.
3. Faktor2 berlakunya ‘illah pd hadis 2.
4. Kaedah2 bagi mengenal pasti ‘illah pd hadis.
5. Indikasi2 yg dapat membuktikan ‘illah pd hadis.
6. Tokoh2 ilmu ‘ilal hadis dan manhaj mereka 1.
7. Tokoh2 ilmu ‘ilal hadis dan manhaj mereka 2.
8. Karya2 berkaitan ilmu ‘ilal hadis dan metodologinya 1
9. Karya2 berkaitan ilmu ‘ilal hadis dan metodologinya 2

Hubungi Sdr. Azmi www.wasap.my/+60162702270/IntensifHadith4.0

Anjuran:

Ahlussunnah Wal Jamaah Research Group (ARG)

Читать полностью…

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

Nabi SAW juga bersabda:

(إِذَا سَمِعْتُمْ بِالطاعون بِأَرْضٍ فَلَا تَقْدَمُوا عَلَيْهِ، وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلَا تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْه. (رواه البخاري ومسلم

Maksudnya: “Jika kamu mendengar penyakit taun di sesuatu tempat, maka jangan kamu pergi kepadanya. Jika ia berlaku di sesuatu tempat pula, sedangkan kamu berada di situ, maka jangan kamu keluar lari daripadanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)



Nabi SAW juga pernah didatangi sekumpulan orang daripada Bani Thaqif untuk berbaiah dan salah seorang daripada mereka menghidap penyakit kusta.

Lantas, Nabi SAW mengutus orang kepadanya seraya berpesan: “Sesungguhnya kami telah membaiah kamu, maka pulanglah” (tanpa bersentuhan dengannya). (HR Muslim)

Penerangan hadith ini berdasarkan link berikut:
http://inhad.kuis.edu.my/2020/03/22/pencerahan-hadis-wujud-penyakit-berjangkit/

Читать полностью…

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

Dar Al-Hadith Al-Asyrafiyyah Institusi Hadis Tertua

MUNGKIN tidak ramai yang menyedari pada 27 Oktober 2020 (10 Rabiulawal 1442H) lalu, wafatnya syeikh terakhir yang memegang jawatan Syeikh Dar al-Hadith al-Asyrafiyyah di Dimasyq, Syria iaitu Syeikh Husain Sa'biyyah. Beliau menyandang jawatan berkenaan sejak 1985 selepas kewafatan Syeikh Mahmud ar-Rankusi, Syeikh Dar al-Hadith al-Asyrafiyyah sebelumnya.

Dar al-Hadith al-Asyrafiyyah (DHA) antara institusi hadis tertua yang mempunyai sejarah lebih 800 tahun. Di sini, banyak kitab hadis dikhatamkan terutama Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim serta banyak karya besar dihasilkan ulamanya hingga menjadi rujukan umat Islam sehingga kini. Ramai penuntut ilmu datang dari serata ceruk untuk mempelajari hadis, lantas melahirkan ramai ulama yang terkenal.

Baca selanjutnya di: https://www.hmetro.com.my/addin/2020/12/657402/dar-al-hadith-al-asyrafiyyah-institusi-hadis-tertua

Ditulis Oleh: Dr. Mohd Khafidz Soroni, Ketua Unit Hadis & Penyelidikan, Institut Kajian Hadis & Aqidah (INHAD), KUIS

Читать полностью…

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

له عليه وسلم - ثم نطهر فيأمرنا رسول الله - صلى الله عليه وسلم - بقضاء الصيام، ولا يأمرنا بقضاء الصلاة

قلت: وعبيدة ضعيف جدا قد اتفق أئمة النقل على تضعيفه إلا أنهم لم يتهموه بالكذب ولحديثه أصل من حديث معاذة، عن عائشة - رضي الله تعالى عنها - مخرج في الصحيح، فلهذا وصفه بالحسن

" Aku (ibnu Hajar) berkata: dan Abidah sangat lemah. Ulama hadis bersepakat tentang kelemahannya, tetapi mereka tidak menuduhnya dengan penipuan. Hadisnya terdapat asal dari hadis Mu'azah dari Aisyah RA yang dikeluarkan dalam sahih. Oleh kerana itu, beliau (imam Termizi) menyifatkan ia hasan "

Hadis mungkar pada sisi beberapa ulama Mutaqaddimin boleh disokong dan dikuatkan dengan sokongan dan mutaba'ah. Ini dibincang dengan panjang lebar oleh ibnu Rajab dan dibawa berapa contoh. Rumusan imam ibnu Rajab seperti berikut:

فتلخص من هذا أن النكارة لا تزول عند يحيى القطان والإمام أحمد والبرديجي وغيرهم من المتقدمين إلا بالمتابعة، وكذلك الشذوذ كما حكاه الحاكم
[ابن رجب الحنبلي، شرح علل الترمذي، ٦٥٩/٢]

" Tersimpul dari semua ini bahawa nakarah tidak hilang di sisi Yahya al Qattan, imam Ahmad, al Bardiji dan selain mereka daripada Mutaqaddimin kecuali dengan mutaba'ah. Begitu juga Syuzuz seperti yang dinukilkan oleh al Hakim "

8. Adakah terdapat perbezaan ulama sebenarnya dalam kaedah ini? Jika berdasarkan zahir ulasan al Munziri yang dinukil di atas, mungkin terdapat perbezaan di kalangan ulama dalam kaedah ini. Apatah lagi, imam Zarkashi menukilkan pendapat ibnu Hazm yang langsung tidak menerima syawahid dan mutaba'ah dalam semua keadaan. Selain dua petunjuk ini, saya tidak menjumpai petanda lain tentang kewujudan perbezaan metodologi ulama dalam kaedah ini.

Mungkin terdapat yang menyangka ia berbeza dengan pandangan ulama seperti ibnu Solah dan lain lain yang menulis, terdapat jenis dhaif yang tidak boleh ditampung dan boleh ditampung. Menurut Sheikh Professor Dr. Ahmad Ma'bad Abdul Karim, pembahagian itu merujuk kepada tampungan satu jalur yang sama taraf dengan asal, yang menguatkan dhaif kepada hadis hasan. Kaedah ini mengenai jalur tampungan yang banyak dan menguatkan dari sangat lemah kepada lemah. Tambahan pula, corak penulisan ulama yang dinukilkan sebelum ini, memasukkan kaedah ini dalam Syarah alfiah sebagai contoh, menampakkan tiada percanggahan tetapi pelengkap kepada kaedah sedia ada.

9. Walaupun begitu, kaedah ini bersyarat seperti yang boleh dilihat pada nukilan di atas. Syarat yang jelas ialah pada 'banyak'. Namun tiada yang menjelaskan pasal kuantiti ini. Mungkin ia subjektif dan bergantung kepada kemampuan syawahid dan mutaba'ah untuk menampung. Sama seperti bilangan jalur dan sumber untuk mencapai hadis Mutawatir. Khilaf besar. Pada Sheikh Ahmad Ma'bad, jalurnya mesti tiga ke atas. Terdapat syarat tiada unsur kesepakatan sengaja pada sokongan, dan juga syarat lain.

Sekadar pandangan peribadi penulis. Tiada unsur tuntas pada perbahasan seorang muqallid.

Wallahualam

Читать полностью…

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

فتح المغيث بشرح ألفية الحديث، ٩٧/١]

Ia adalah pegangan imam al Munawi seperti dalam Faidhul Qadir

لكن يكسبه بعض قوة ما رواه الحارث ابن أبي أسامة والديلمي بسند واه استشيروا ذوي العقول ترشدوا به يصير ضعيفا متماسكا ولا يرتقي إلى الحسن لأن الضعيف وإن كان لكذب أو إتهام بوضع أو لنحو سوء حفظ الراوي وجهالته وقلة الشواهد والمتابعات فلا يرقيه إلى الحسن لكن يصيره بحيث يعمل به في الفضائل
فيض القدير ١/‏٤٨٩ — المناوي (ت ١٠٣١)

Ia adalah pegangan dan metodologi ulama yang menulis mengenai hadis palsu seperti ibnu Araq

والحَدِيث مُنكر إذا تعدّدت طرقه ارْتقى إلى دَرَجَة الضَّعِيف القَرِيب بل رُبما يرتقي إلى الحسن، وهَذا الحَدِيث ورد من رِوايَة أحد عشر صحابيا بعدة طرق وتلك عدَّة التَّواتُر فِي رأى قوم.
تنزيه الشريعة المرفوعة عن الأخبار الشنيعة الموضوعة ١/‏٣٨٣ — ابن عراق (ت ٩٦٣)

Dinukilkan juga bahawa ia adalah pegangan imam al Ramli

الحديث الشديدة الضعف إذا انضم بعضها إلى بعض يحتج بها في هذا الباب

4. Ulama sebelum ibnu Hajar juga mengeluarkan penyataan atau isyarat yang membuktikan kaedah ini telah wujud sekian lama, dan ibnu Hajar bukanlah pereka, pengasas atau pelopor formula ini. Antara ulama sebelum yang dimaksudkan ialah;

Imam Nawawi dalam pendahuluan kitab hadis 40. Menurut ibnu Hajar, kaedah yang difahami dari perkataan imam Nawawi bahawa hadis kelebihan menyampaikan 40 hadis telah disepakati oleh ulama hadis tentang kelemahannya, walaupun banyak jalurnya. Tetapi boleh diamalkan dalam fadhail amal.

وَعَلى ذَلِكَ يُحْمَلُ مَا أَخْبَرَنَا بِهِ أَبُو الْحَسَنِ مُحَمَّدُ بْنِ عَلِيِّ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ عُقَيْلٍ أَنا أَبُو الْفَرَجِ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ الْحَمِيدِ بْنِ عَبْدِ الْهَادِي أَنا شَيْخُ الإِسْلامِ أَبُو زَكَرِيَّا يَحْيَى بن شرف النَّوَوِيّ رَحمَه الله فِي خطْبَة الأَرْبَعِينَ لَهُ قَالَ وَقَدِ اتَّفَقَ الْعُلَمَاءُ عَلَى جَوَازِ الْعَمَلِ بِالْحَدَيِثِ الضَّعِيفِ فِي فَضَائِلِ الأَعْمَالِ وَقَالَ بَعْدَ أَنْ ذَكَرَ هَذَا الْحَدِيثَ اتَّفَقَ الْحُفَّاظُ عَلَى أَنَّهُ حَدِيثٌ ضَعِيفٌ وَإِنْ كَثُرَتْ طُرُقُهُ
[ابن حجر العسقلاني، الإمتاع بالأربعين المتباينة السماع، صفحة ٧١]

Jika hadis kelebihan menyampaikan 40 hadis, setiap satu jalurnya dhaif ringan, tentunya ia telah meningkat naik kepada Hasan. Namun setiap jalurnya adalah sangat lemah. Tetapi jalurnya yang banyak memungkinkan ia diamalkan dalam fadhail amal setelah diangkat menjadi dhaif.

Imam ibnu Asakir. Beliau juga memberi komentar terhadap hadis kelebihan menyampaikan 40 hadis yang setiap jalurnya adalah sangat lemah dengan berkata:

...بأسانيد فِيهَا كُلَّهَا مَقَالٌ لَيْسَ فِيهَا ولافى مَا تقدمها للتصحيح مجَال وَلَكِن الأَحَادِيثَ الضَّعِيفَةَ إِذَا ضُمَّ بَعْضُهَا إِلَى بعض أخذت قُوَّة لَا سِيمَا مَا لَيْسَ فِيهِ إِثْبَاتُ فَرْضٍ
[ابن عساكر، أبو القاسم، الأربعون البلدانية لابن عساكر، صفحة ٢٥]

" ... dengan sanad sanad yang kesemuanya dipertikaikan dan tiada ruang baginya dan sebelumnya untuk disahihkan. Tetapi hadis yang dhaif apabila digabungkan sebahagian kepada sebahagian yang lain, ia mengambil kekuatan terutama perkara yang tiada penentuan wajib "

Imam al Silafi. Beliau telah menilai hadis kelebihan menyampaikan 40 hadis sebagai hasan walaupun setiap jalurnya sangat lemah. Ini ditegur oleh ibnu Hajar bahawa ia tidak sampai peringkat itu. Namun yang menarik ialah komen al Munziri kepada tindakan al Silafi:

أجاب عنه المنذري بأنه يمكن أن يكون سلك في ذلك مسلك من رأى أن الأحاديث الضعيفة إذا انضم بعضها إلى بعض. . أحدثت قوةً
[ابن حجر الهيتمي، الفتح المبين بشرح الأربعين، صفحة ١٠٦]

" Al Munziri menjawab tentangnya bahawa beliau mungkin mengikuti cara orang yang berpandangan, hadis yang dhaif apabila digabungkan sebahagian kepada sebahagian lain akan menimbulkan kekuatan "

Imam ibnu Taimiyah ada menyebut konsep sokongan pada hadis yang dhaif dengan panjang lebar. Menarik untuk diperhatikan. Antara penyataannya:

فإن تعدد الطرق وكثرتها يقوى بعضها بعضا حتى قد يحصل العلم بها ولو كان الناقلون فجارا فساقا فكيف إذا كانوا علماء عدولا

" Sesungguhnya kepelbagaian jalur dan banyaknya menguatkan sebahagiannya dengan sebahagian lain sehingga mungkin boleh terbit keyakinan dengannya, walaupun orang-orang yang menukilnya adalah orang jahat fasi

Читать полностью…

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

engambil berkat dengan solat di tempat solat Rasulullah SAW di Raudhah yang mulia, masuk ke gua yang pernah dimasuki oleh Nabi SAW dan lain lain lagi ]

Menurut al Maqqari (m/s 482), ulama mazhab Maliki di Maghrib yang berbuat demikian kepada lakaran capal sebenarnya bertaklid kepada pendapat yang membolehkannya.

6. Mungkin contoh terdekat untuk memahami bagaimana keharusan mengusap dan mencium lakaran capal ialah apa yang dibuat pada kubur Baginda SAW. Ini pada pandangan yang mengharuskan demikian. Kubur Nabi SAW yang merujuk tanah dan binaan di atasnya, bukanlah athar peninggalan, barang pemilikan atau benda yang pernah disentuh oleh Baginda SAW. Ia dikaitkan dengan Baginda kerana jauh bawahnya bersemadi jasad Rasulullah SAW. Begitu juga dengan lakaran capal. Ia bukan athar peninggalan, barang pemilikan atau benda yang pernah disentuh oleh Baginda SAW. Ia terkait kerana itu adalah gambar salah satu pakaian baginda SAW. Matlamat pada keduanya ialah pada Baginda SAW yang dikaitkan.

Oleh itu, ketika sahabat Abu Ayub al Ansari ditanya kenapa meletakkan wajahnya ke kubur Nabi SAW, beliau menjawab:

جِئْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَمْ آتِ الْحَجَرَ
[الحاكم، أبو عبد الله، المستدرك على الصحيحين للحاكم، ٥٦٠/٤]

[ Aku datang kepada Rasulullah SAW. Aku bukan datang kepada batu ]

Makna yang sama pada mereka yang bertawassul dengan lakaran capal. Abul Yumn Ibnu Asakir meriwayatkan dengan sanadnya daripada Abu Ja'far Ahmad bin Abdul Majid, sebuah doa tawasul yang berbunyi:

اللهم أرني بركة صاحب هذه النعل

[ Ya Allah. Perlihatkan kepadaku keberkatan tuan punya capal ini ]

Kata penyair

ما حب النعال شغفن قلبي * ولكـن حب من لبـس النعالا

[ Bukanlah kasih kepada capal yang menjerut hatiku
Tetapi kasih kepada orang yang memakai capal ]

Perlu ditekankan sekali lagi, pandangan kedua ini hanya mengharuskan. Bukan sunat, sunnah mahupun wajib.

7. Kedapatan ulama yang meluaskan ruang lingkup tabarruk. Antaranya ibnu Qudamah, muhaqqiq mazhab Hanbali, menulis pada awal kitab al Mughni;

فنتبرك بكتابه ونجعل الشرح مرتبا على مسائله وأبوابه

[ Kami bertabaruk dengan kitabnya dan menjadikan syarah tersusun mengikut masalah dan babnya ]

Sekadar pandangan dan pemerhatian peribadi.

Wallahualam

Читать полностью…

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

ku melihat kamu melakukan empat perkara yang aku tidak pernah melihat seorang pun di kalangan sahabat kamu berbuat demikian. Kata Abdullah bin Umar: Apakah dia wahai ibnu Juraij. Kata ibnu Juraij: Aku melihat kamu tidak menyentuh penjuru Kaabah kecuali dua penjuru Yamani. Aku melihat kamu memakai capal sibtiyyah ..... Kata Abdullah bin Umar: Adapun penjuru Kaabah, aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW menyentuh kecuali dua penjuru Yamani. Adapun capal sibtiyyah, aku melihat Rasulullah SAW memakai capal yang tiada berbulu dan berwuduk dengannya, maka aku juga suka memakainya ]

عَدِيُّ بْنُ الْفَضْلِ قَالَ: قَالَ لِي أَيُّوبُ، " احْذُ نَعْلَيْنِ عَلَى نَحْوِ حَذْوِ نَعْلِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: فَفَعَلْتُ فَلَبِسَهَا أَيَّامًا ثُمَّ تَرَكَهَا فَقُلْتُ لَهُ فِي ذَلِكَ فَقَالَ: لَمْ أَرَ النَّاسَ يَلْبَسُونَهَا "
[ابن أبي الدنيا، التواضع والخمول لابن أبي الدنيا، صفحة ٨٦]

[ Adiy bin al Fadhl berkata: Ayub berkata kepadaku: Buatkan sepasang capal sama seperti capal Rasulullah SAW. Adiy berkata: Aku lakukannya dan beliau memakainya beberapa hari kemudian meninggalkannya. Lalu aku bertanya kepadanya mengenai perkara tersebut. Ayub menjawab: Aku tidak melihat orang ramai memakainya ]

عن الحسين بن الوليد .... فسألتُ عن الصّاعِ فقالوا: صاعُنا هَذا صاعُ رسولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-. قُلتُ لَهُم: ما حُجَّتُكُم في ذَلِكَ؟ فقالوا: نأتيكَ بالحُجَّةِ عَندَنا. فلَمّا أصبَحتُ أتانِى نَحوٌ مِن خَمسينَ شَيخًا مِن أبناءِ المُهاجِرينَ والأنصارِ مَعَ كُلِّ رَجُلٍ مِنهُمُ الصّاعُ تَحتَ رِدائِه، كُلُّ رَجُلٍ مِنهُم يُخبِرُ عن أبيه أو أهلِ بَيتِه، أنَّ هَذا صاعُ رسولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-. فنَظَرتُ فإِذا هِىَ سَواءٌ.
[أبو بكر البيهقي، السنن الكبرى للبيهقي ت التركي، ٢٩٨/٨]

[ Dari Hussein bin Walid .... Beliau bertanya mengenai sa' (sejenis sukatan). Mereka (penduduk Madinah) berkata: Sa' kami ini adalah sa' Rasulullah SAW. Aku berkata: Apakah hujah kamu mengenainya?. Mereka berkata: Kami akan bawa hujah kami. Apabila aku bangun pagi esok, lebih kurang 50 orang veteran dari anak pinak Muhajirin dan Ansar dan setiap seorang membawa satu sa' di bawah kain selendang. Setiap seorang memberitahu (menukilkan) dari bapanya atau ahli keluarganya bahawa ini adalah sa' Rasulullah SAW. Aku melihat dan mendapati semuanya adalah sama ]

Antara aktiviti duplikasi ialah bekas 'Mud' yang digunakan oleh Zaid bin Thabit bagi pihak Nabi SAW. Ia telah di duplikasi secara turun temurun dan diriwayatkan secara bersanad. Musnid Mekah sekarang, Sheikh Abdul Wakil al Hasyimi antara yang popular meriwayatkan hadis musalsal ini.

4. Mungkin timbul persoalan, mengapa ramai ulama membuat lakaran capal sedangkan capal Nabi SAW masih wujud, walaupun sekadar dakwaan? Mengapa ada yang membesarkan capal atau lakarannya, sedangkan para sahabat tidak berbuat demikian?

Membandingkan para sahabat dengan umat Islam terkemudian atau menuntut tauladan mereka dalam hal ini tidak begitu tepat. Ini kerana para sahabat telah berjumpa, bersahabat, berinteraksi, berbual mesra, memandang ke wajahnya, melihatnya tersenyum, mengambil berkat dari peluh, bekas, sentuhan, darah, rambut, doa dan lain lain secara langsung dengan Baginda SAW. Sahabat seperti Abdul Rahman bin Auf dan Aisyah RA melihat makanan pun boleh menangis terkenang kembali kenangan bersama Baginda SAW. Abu Hurairah apabila menyapu hingus pun boleh terkenang kembali Rasulullah SAW. Begitu rapat dan beruntung para sahabat RA yang berkesempatan hidup bersama Baginda SAW.

Manakala umat terkemudian bermula dari tabien langsung tidak mempunyai kesempatan seperti ini kecuali membaca dan mendengar kisahnya, mengikuti sirah kehidupannya, memperingati peristiwa penting dalam kehidupan, bertabaruk dengan kesan peninggalannya, membaca sabdanya dan berusaha untuk mengikutinya dan lain lain yang bukan interaksi langsung dengan Baginda SAW.

Perbezaan kesempatan dalam mendapatkan habuan dan barakah yang mulia ini menyebabkan perbezaan dari sudut keupayaan, ruang lingkup dan kesempatan untuk mengingati, memuliakan dan menghormati Baginda SAW.

Neraca inilah yang difahami oleh imam al Zahabi ket

Читать полностью…
Subscribe to a channel