bicara_hadithmso | Unsorted

Telegram-канал bicara_hadithmso - Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

3594

MSO-D4 : Q&A Hadith ini disimpankan dalam 👉🏼 http://madrasahsunnionline.blogspot.my Soalan ingin diajukan klik username ustaz @khafidzsoroni ustaz @zulhusni_matresat ustaz @muslimmustapa & ramai lagi @bicara_hadithMSO

Subscribe to a channel

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

​​​​​​Selamat Menyambut Eidul Adha. Semoga amalan kita diterima..

Terima kasih kerana terus mengikuti
@madrasahsunnionline_MSO

Читать полностью…

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

Walhal jika mereka mengikuti disiplin pengajian Islam secara mendalam, jawapannya secara tuntas sudah pun dijelaskan oleh ulama sejak dulu. Antara buku terbaik yang dihasilkan untuk menjawab tohmahan sebegini ialah Studies in Early Hadith Literature: With a Critical Edition of Some Early Texts oleh Dr Muhammad Mustafa al-Azami.

Keseluruhan hadis sahih yang diriwayatkan daripada Nabi SAW, bukan saja membabitkan aspek keagamaan semata-mata, bahkan mencakupi semua aspek kehidupan manusia dari segi sosial, ekonomi dan politik.

Perlu diketahui, tidak semua hadis sahih hanya terkandung di dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim saja, bahkan ia wujud secara berselerak di dalam banyak kitab hadis yang lain antaranya Musnad Ahmad, Sunan Abi Dawud, Sunan at-Tirmizi, Sunan an-Nasa'i, Sunan Ibn Majah serta Sunan ad-Darimi.

Bagaimanapun, tidak semua hadis yang dinilai sahih disepakati statusnya oleh ulama disebabkan perselisihan mereka mengenai kriteria tertentu. Ini berlaku antaranya kerana rujuk silang yang dibuat antara bidang pengkhususan bagi memastikan keseimbangan ijtihad yang mereka amalkan. Contohnya Imam Malik, lebih mengutamakan amalan ahli Madinah dengan hujah amalan mereka warisi daripada datuk nenek mereka yang pernah bersama Nabi SAW atau sahabat itu lebih meyakinkan.

Oleh itu, secara umum hadis sahih mungkin boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu hadis sahih disepakati oleh ulama dan hadis sahih yang diperselisihkan kedudukannya oleh mereka.

Sekiranya kita meneliti secara mendalam, dapat diamati tidak semua hadis sahih disepakati ulama merangkumi semua perincian yang datang daripada Nabi SAW pada hakikat sebenarnya.

Ini sebagaimana tidak semua perincian yang datang daripada Nabi SAW pada hakikat sebenarnya itu dirangkumi semuanya oleh hadis sahih yang disepakati oleh mereka.

Jika tidak, pasti tak berlaku ijtihad dan khilaf dalam kalangan sahabat RA, tabiin RA dan ulama dalam banyak isu serta masalah furuk agama. Di medan ijtihad inilah, hadis yang diperselisihkan status sahih atau penghujahannya dalam kalangan ulama, berperanan bagi memperincikan semua yang datang daripada Nabi SAW.

Bukan itu saja, malah dalam menghadapi arus semasa dan isu baharu yang sentiasa muncul, mereka mampu menangani serta menyelaraskannya melalui ijtihad supaya bertepatan dengan tuntutan syariat baginda SAW. Khilaf atau perselisihan pendapat dari aspek sebegini yang dianggap sebagai muktabar dan suatu rahmat bagi umat Islam dalam memberikan keluasan buat mereka dan tidak menyempitkannya.

Penulis Ketua Unit Hadis di Institut Kajian Hadis & Akidah (Inhad), Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis)

https://www.hmetro.com.my/addin/2020/07/601442/cabaran-intelektual-terhadap-hadis-sahih

Читать полностью…

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

PERDEBATAN ISU ZIKIR “ALLAH ALLAH” MASIH BERTERUSAN.

Kita berpegang kepada ianya BOLEH dengan dalil pelbagai ayat alQuran. Tanpa mengambil kira pandangan ulama pun, ia tetap tidak mampu menggugah zahir ayat yang membenarkannya.

Kita tinggalkan sekejap tentang hal ini.

Ada suatu yang menarik tentang dalil golongan yang menolak zikir Allah Allah iaitu,

1- Hadis shahih Muslim “tidak akan berlaku hari Qiamat sehingga tiada lagi yang menyebut ALLAH, ALLAH.

Mereka mengatakan ada RIWAYAT HADIS LAIN yang menghuraikan hadis di atas dan di GABUNG kan “tidak akan berlaku Qiamat keatas seseorang yang menyebut “لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّه”

2- Kita respon, agak menghairankan, mereka berkeras berhabisan tentang HADIS JARIAH. Rasulullah saw bertanya Jariah “di Mana Allah?” Jawab Jariah “Fissama’(di langit)”

3- Pendalilannya ALLAH DILANGIT.

4- Sedang kita mengatakan ada BEBERAPA RIWAYAT LAIN yang perlu dihurai dan gabung tentang FISSAMA’ itu.

5- Seperti riwayat Malik yang LEBIH KUAT sanadnya dan MENEPATI USUL, “ adakah kamu bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Daku Rasulullah, Jariah itu menjawab “YA”

6- Kesimpulan : Ketika mereka ada kepentingan mereka berkata mesti gabung, ketika ada kepentingan lain pula, mereka tinggalkannya.

7- Jadi renungkanlah…

Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim

Читать полностью…

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

Ahli Hadis Silam dan Moden: Antara Langit dan Bumi

Oleh : Dr Mohd Khafidz Soroni KUIS

1. Terdapat sebuah kelompok Islam kini yang mendakwa mengikut mazhab ahli hadis dan tidak mahu mengikut mana-mana mazhab fiqah muktabar yang sedia ada. Antara alasan mudahnya, ahli hadis silam tidak mengikut mana-mana mazhab fiqah. Mereka juga mahir tentang fiqah, bukan sekadar hadis semata-mata. Dakwa mereka, sesiapa yang mengatakan ahli hadis silam tidak pandai ilmu fiqh adalah tersilap kerana mereka bukan sahaja menukilkan hadis dan menilainya, bahkan mereka juga mementingkan aspek fiqah pada hadis. Misalnya, tajuk-tajuk bab (تراجم الأبواب) dalam Sahih al-Bukhari membuktikan betapa tajamnya pemahaman Imam al-Bukhari (w. 256H) dalam bab fiqah.

2. Hakikatnya, mendatangkan nama al-Bukhari sebagai contoh tidak memberikan isyarat tipikal bahawa kesemua ahli hadis itu adalah sama seperti beliau. Imam al-Bukhari hanyalah salah seorg daripada sebilangan tokoh yang menguasai hadis dan fiqah sekaligus daripada sekian puluhan ribu ahli hadis di zaman itu. Benar, jasa ahli hadis dalam disiplin pengajian Islam memang cukup besar dalam memelihara warisan hadis Nabi SAW. Namun, tidak kesemua mereka mahir dalam aspek istinbat hukum yang lebih dikuasai oleh ahli fiqah.

3. Kelompok tersebut sebenarnya skadar memberikan contoh Imam al-Bukhari atau beberapa imam hadis lain bagi mengharuskan kumpulan mereka tidak mengikut mana-mana mazhab fiqah muktabar yang ada. Walhal perbezaan antara mereka dengan imam-imam hadis itu adalah cukup besar dan jauh ketara, bagaikan langit dengan bumi.

4. Ahli hadis silam hidup dalam persekitaran ilmu yang cukup hebat dan mantap. Ini kerana mereka hidup dalam tempoh yang tidak begitu jauh dari zaman para sahabat radiyaLlahu 'anhum dan para tabiin radiyaLlahu 'anhum. Justeru, warisan ilmu daripada mereka, termasuk hadis dan fiqah sudah terjasad dalam persekitaran hidup pada masa itu. Di samping, ada di kalangan mereka yang mencapai tahap ilmu yang lebih tinggi, iaitu sebagai mujtahid. Misalnya:

i. Di Makkah; Imam Sufyan bin ‘Uyainah (198).
ii. Di Madinah; Imam Sa‘id bin al-Musayyib (94), Imam Rabi‘ah ar-Ra’y (136), Imam Malik bin Anas (179).
iii. Di Mesir; Imam al-Laith bin Sa’ad (175), Imam as-Syafi’i (204).
iv. Di Basrah; Imam al-Hasan al-Basri (110).
v. Di Kufah; Imam Ibrahim an-Nakha‘i (96), Imam as-Sya‘bi (103), Imam Ibn Syubrumah (144), Imam Ibn Abi Laila (148), Imam Abu Hanifah (150), Imam Sufyan at-Thauri (161), Imam Syuraik al-Qadhi (177).
vi. Di Baghdad; Imam ‘Abdul Rahman bin Mahdi (198), Imam Abu Thaur (240), Imam Ahmad bin Hanbal (241), Imam Dawud az-Zahiri (270), Imam Ibnu Jarir at-Tabari (310).
vii. Di Naisabur; Imam Ishaq bin Rahawaih (238).
viii. Di Syam; Imam al-Auza‘i (157).
ix. Di Khurasan; Imam Ibn al-Mubarak (181).
x. Di Andalus; Baqi bin Makhlad (276).

5. Dalam persekitaran ilmu sebegitu, maka tidak hairan jika ada yang mengatakan Imam al-Bukhari dan beberapa imam hadis lain juga mencapai tahap mujtahid. Bahkan, dikatakan terdapat lebih 70 mujtahid kesemuanya di dalam tempoh itu. Namun, apabila masuk kurun ke-4 Hijrah dan seterusnya, maka lama kelamaan hanya tinggal empat mazhab fiqah yang muktabar sahaja, iaitu Hanafi, Maliki, Syafii dan Hanbali, yang secara konsisten diwarisi dan dikhidmati oleh para ulama Islam. Manakala yang lain-lain terhenti atau pupus di pertengahan jalan kerana tidak diwarisi dan dikhidmati sebagaimana empat buah mazhab tersebut, termasuklah mazhab Imam al-Bukhari.

Читать полностью…

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

Beberapa sahabat bertanya asas pandangan saya yang kurang meyakini hujah kalangan yang melemahkan kisah murtad Ubaydullah bin Jahsy. Saya rasa soalan ini perlu dijawab untuk manfaat siapa yang berminat. Awal-awal saya nak ingatkan bahawa perbahasan ini berat. Jika anda sukar memahaminya, maknanya anda bukan target audience bagi status ini, justeru sila abaikan sahaja.

Saya akan memfokuskan perbincangan kepada kandungan buku Ma Sha’a wa Lam Yathbut fi al-Sirah al-Nabawiyyah (Kisah masyhur namun tidak sahih dalam Sirah Nabi). Itu kerana hujah-hujah dalam buku ini adalah hujah-hujah yang hampir sama disebutkan oleh kalangan yang menafikan kisah murtad Ibn Jahsy.

Penulis buku membuka perbhasan dengan menyebutkan lima riwayat yang menyebutkan kisah murtad Ibn Jahsy lalu melemahkan kesemuanya. Riwayat-riwayat tersebut ialah:

1. Riwayat Muhammad bin Ishaq daripada Muhammad bin Ja‘far bin al-Zubayr dengan alasan Muhammad bin Ja‘far thiqah namun “termasuk dalam tabaqah ke-6 dan tidak berjumpa dengan satu orangpun sahabat Nabi. Justeru sanad ini mursal (h.37).” Ibn Ishaq turut meriwayatkan kisah ini daripada Muhammad bin Ja‘far bin al-Zubair daripada ‘Urwah. Penulis berkata: “Sanad ini sahih akan tetapi mursal. Ini adalah riwayat paling sahih berkenaan kenasranian Ibn Jahsy (h.38)”

2. Riwayat Ibn Saad dalam Tabaqat daripada Muhammad bin ‘Umar al-Wāqidī, lalu penulis melemahkan sanad ini kerana al-Waqidi “matrūk walaupun luas ilmunya (h.38)”.

3. Riwayat al-Hakim daripada Zuhri. Penulis melemahkan sanad ini kerana beliau berpendapat riwayat ini mursal dan “mursal-mursal (marāsīl) al-Zuhrī lemah (m. 39).”

4. Riwayat al-Tabari dalam Tarikh daripada Hisyam bin Said al-Kalbi yang “rafidi matrūk (h. 38).”

5. Riwayat al-Bayhaqi dalam Dala’il menerusi sanad Ibn Lahi‘ah daripada Abu al-Aswad daripada ‘Urwah. Penulis mengatakan sanad ini mengandungi dua ‘illah: mursal dan Ibn Lahiah lemah. Beliau menukil ucapan Ibn Kathir yang menilai gharib maklumat dalam hadith ini yang menyebutkan bahawa Uthman yang mewakili Nabi dalam menikahi Ummu Habibah (h.40).

Penulis seterusnya menguatkan pandangannya yang menafikan kemurtadan Ibn Jahsy dengan beberapa hujah sokongan sebagaimana berikut:

1. Riwayat-riwayat sahih yang menceritakan pernikahan Nabi dengan Ummu Habibah tidak menyebutkan kemurtadan Ibn Jahsy, iaitu hadith riwayat Ahmad, Abu Dawud dan al-Nasai daripada al-Zuhri daripada ‘Urwah daripada Ummu Habibah.

2. Mustahil seorang sahabat daripada kalangan al-Sabiqun al-Awwalun murtad. Terutamanya Ibn Jahsy yang pernah memeluk Nasrani sebelum Islam, lalu hijrah ke Habasyah untuk menyelamatkan agamanya.

3. Soalan Heracleus kepada Abu Sufyan: “Adakah ada orang yang murtad daripada kalangan sahabatnya kerana membenci agamanya?” Beliau menjawab: “Tidak.” (h. 42)

4. Penutup, penulis membawakan riwayat Ibn Hibban yang menceritakan wasiat Ibn Jahsy kepada Nabi. Hadith ini diriwayatkan oleh Laith, daripada Ibn Musafir, daripada Ibn Syihab, daripada ‘Urwah, daripada Aisyah (m. 42).

Izinkan saya mengulas kesemua hujah di atas.
Berkenaan dengan 5 periwayatan yang dilemahkan oleh penulis:

Selanjutnya baca di facebook Ustaz Mohammad Noor

Читать полностью…

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

KITAB-KITAB BIOGRAFI PERAWI HADIS BAGI SETIAP ZAMAN

Assalamu'alaikum dr.. ada soalan

Syukran as syeikh Doc...Saya cuma ingin mengetahui berkenaan dgn perawi2 hadis ni..Ada ke kitab biografi berkenaan perawi2 hadis ni bagi setiap zaman contoh nya siapa perawi hadis di zaman tabiin, tabit tabiin, dan kurun2 selepas tu...

Ulasan Dr Khafidz Soroni :

Wa'alaikumussalan warahmatullah..

Kitab berkenaan biografi perawi2 hadis cukup banyak dan disusun dalam pelbagai kategori. Adapun kitab biografi perawi hadis yg khusus bagi setiap zaman iaitu; sahabat, tabiin, tabii tabiin dan lain2 yg disusun secara berasingan, kemungkinan tidak banyak kecuali bagi peringkat sahabat dan sedikit bagi peringkat tabiin.

Antara kitab berkenaan biografi para sahabat RA;

1. Ma‘rifah as-Sahabah oleh al-Hafiz Abu Nu‘aim (w. 430H).
2. al-Isti‘ab fi Asma’ al-Ashab oleh al-Hafiz Ibn Abdil Barr (w. 463H).
3. Usdu al-Ghabah fi Ma‘rifah as-Sahabah oleh al-Hafiz Ibn al-Athir (w. 630H).
4. al-Isabah fi Tamyiz as-Sahabah oleh al-Hafiz Ibn Hajar (w. 852H). Kitab ini dianggap yg terlengkap dan terbaik mengenainya.

Antara kitab berkenaan biografi para tabiin RA;

1. Ma’rifah at-Tabi‘in oleh Abu al-Mutarrif al-Qurtubi (w. 402H).
2. Junnah an-Nazirin fi Ma’rifah at-Tabi‘in oleh Ibn an-Najjar (w. 643H).
3. Ma’rifah at-Tabi‘in min at-Thiqat li Ibn Hibban oleh al-Zahabi (w. 748H).

Manakala pendokumentasian perawi atau rijal bagi zaman tabii tabiin dan seterusnya tidak dikhususkan dlm kitab berasingan. Biografi mereka biasanya digabung dan direkodkan sekali dalam kitab berdasarkan kategori2 tertentu spt berikut;

1. Kitab yg berbentuk umum, spt al-Tabaqat al-Kubra oleh Ibn Sa’ad (w. 230H), Wafayat al-A‘yan oleh Ibn Khillikan (w. 681H) dan Siyar A’lam al-Nubala’ oleh al-Hafiz al-Zahabi (w. 748H).
2. Kitab yang fokus kpd perawi al-Kutub as-Sittah, spt Tahzib al-Kamal oleh al-Hafiz al-Mizzi (w. 742H) dan Tahzib at-Tahzib oleh al-Hafiz Ibn Hajar (w. 852H). Meskipun kedua2nya mengumpulkan biografi para perawi peringkat sahabat, tabiin, tabii tabiin dan lain2, namun kedua2nya disusun menurut huruf abjad. Maka, pencarian nama perlu berdasarkan huruf abjad di awalnya.
3. Kitab yg fokus kpd lokasi tertentu, spt Tarikh Baghdad oleh al-Khatib al-Baghdadi (w. 463H) dan Tarikh Dimasyq oleh Ibn ‘Asakir (w. 571H). Meskipun kitab2 ini mengumpulkan biografi para perawi peringkat sahabat, tabiin, tabii tabiin dan lain2, namun ia hanya berkait dgn lokasi berkenaan shj, tidak termasuk yg lain2.
4. Kitab yg fokus kpd para perawi thiqah, spt Tarikh at-Thiqat oleh al-‘Ijli (w. 261H), at-Thiqat oleh Ibn Hibban (w. 354H) dan Tazkirah al-Huffaz oleh al-Zahabi (w. 748H).
5. Kitab yg fokus kpd para perawi daif, spt ad-Dhu’afa’ oleh al-Bukhari (w. 256H), ad-Dhu’afa’ oleh al-‘Uqaili (w. 322H), al-Kamil oleh Ibn ‘Adi (w 365H) dan Lisan al-Mizan oleh Ibn Hajar (w. 852H).
6. Kitab yang fokus kpd mazhab tertentu, spt Tabaqat al-Hanabilah oleh Ibn Abi Ya’la (w. 526H) dan Tabaqat as-Syafi'iyyah al-Kubra oleh Tajuddin al-Subki (w. 771H).
7. Kitab yang fokus kpd bidang ilmu tertentu, spt Tabaqat as-Sufiyyah oleh as-Sulami (w. 412H) dan Ghayah an-Nihayah fi Tabaqat al-Qurra' oleh Ibnu al-Jazari (w. 833H)

Wallahu a‘lam.

Oleh Ustaz Dr Khafidz Soroni

Читать полностью…

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

CABARAN INTELEKTUAL TERHADAP HADIS SAHIH

Oleh : Dr Khafidz bin Soroni

ULAMA Ahli Sunah Waljamaah bersepakat menyatakan kitab Sahih al-Bukhari adalah kitab yang paling sahih antara kitab ilmu pernah dihasilkan. Kitab sahih kedua sesudahnya ialah kitab Sahih Muslim. Kenyataan ini fakta ilmiah yang disepakati oleh ulama dulu dan kini.

Al-Hafiz Ibn Hajar dalam kitab Fath al-Bari menyatakan: "Kedua-dua kitab ini adalah kitab yang paling sahih selepas al-Quran yang mulia."

Namun sebelum kemunculan kedua-duanya, Imam al-Syafie mengatakan orang pertama yang mengarang kitab sahih ialah gurunya, Imam Malik yang hidup pada kurun kedua Hijrah.

Kata beliau: "Tidak aku ketahui kitab yang paling sahih setelah Kitab Allah melainkan kitab Muwatta' Imam Malik." Dalam soal ini, al-Hafiz Ibnu Hajar menjelaskan bahawa kenyataan Imam al-Syafie itu diucapkan ketika Sahih al-Bukhari belum disusun.

Selepas muncul kitab Sahih al-Bukhari dalam kurun ketiga Hijrah yang mengandungi hadis sahih sepenuhnya, Muwatta' Imam Malik tidak lagi berada di tangga pertama disebabkan terdapat sebilangan hadis yang terputus sanad, selain terdapat athar sahabat dan tabiin di dalamnya.

Imam al-Bukhari meletakkan syarat yang cukup ketat berhubung sanad hadis. Selain mensyaratkan setiap perawi adalah orang yang boleh dipercayai, beliau turut mensyaratkan mesti terdapat bukti setiap perawi pernah berjumpa antara satu sama lain, walaupun hanya sekali.

Berbanding dengan Imam Muslim, bukti pertemuan itu tidak disyaratkan kerana memadai diketahui setiap perawi hidup sezaman dengan gurunya maka sudah tentu mereka bertemu.

Ini kerana kebolehpercayaan terhadap kredibiliti dan kejujuran mereka sudah pun cukup untuk diyakini.

Bukti itu hanyalah syarat tambahan Imam al-Bukhari bagi menambahkan lagi keyakinan terhadap hadis yang diriwayatkan. Selain semua hadis kitab sahihnya disaring dan dipilih daripada kalangan perawi yang memiliki kedudukan adil tertinggi.

Pengiktirafan ulama terhadap kitab Sahih al-Bukhari menggambarkan piawaian hadis dan kualiti perawi diterima serta diakui riwayatnya oleh al-Bukhari adalah penanda aras tertinggi bagi hadis sahih dalam Islam yang tidak dijumpai seumpamanya dalam mana-mana tamadun lain.

Malah, kitab hadis sahih lain seperti Sahih Ibn Khuzaimah, Sahih Ibn Hibban, al-Mustadrak oleh al-Hakim, al-Ahadith al-Mukhtarah oleh Dhiya'uddin al-Maqdisi dan lainnya belum dapat menyamai standard yang dikemukakan oleh Imam al-Bukhari itu.

Bagaimanapun, fahaman yang memusuhi Ahli Sunah Waljamaah antaranya golongan antihadis dan begitu juga golongan memusuhi Islam seperti ramai orientalis barat sering berusaha untuk menjatuhkan kredibiliti kitab Sahih al-Bukhari. Ini kerana jika mereka berjaya menggoyahkan kepercayaan umat Islam terhadap kitab Sahih al-Bukhari, nescaya mudahlah bagi mereka untuk menggoyahkan kepercayaan umat Islam terhadap kitab hadis yang lain.

Antara tokoh orientalis terkenal yang mengkaji bidang hadis ialah antaranya Aloys Sprenger, William Muir, Ignaz Goldziher, Joseph Schacht dan G H A Juynboll.

Mereka mendakwa hadis seperti di dalam kitab Sahih al-Bukhari dan lainnya adalah rekaan perawi hadis atau nukilan riwayat daripada umat terdahulu.

Malah, Goldziher mendakwa ulama hadis tidak cermat menilai aspek matan hadis sehingga ada hadis yang bersifat tahyul dan tidak logik dimuatkan ke dalam kitab mereka.

Dakwaan tanpa asas yang kukuh ini sudah tentu tidak boleh diterima oleh umat Islam. Namun, yang cukup mendukacitakan, masih ada segelintir orang Islam yang terpengaruh dengan propaganda sebegitu yang kononnya dibuat atas nama kajian intelektual. Golongan Islam liberal misalnya sering mengetengahkan perkara yang hampir serupa dalam sesetengah isu yang dibangkitkan. Lebih melampau lagi, seorang liberalis dari Timur Tengah, Zakaria Ouzon menulis sebuah buku berjudul Jinayat al-Bukhari yang kononnya membongkar jenayah ilmiah yang dilakukan oleh Imam al-Bukhari.

Читать полностью…

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

6. Justeru, selama berabad-abad kemudiannya, disiplin empat mazhab fiqah muktabar Ahli Sunnah Wal Jama'ah ini dipraktiskan oleh majoriti masyarakat Islam di seluruh dunia kecuali mazhab Imami di Iran, Zaidi di Yaman dan Ibadhi di Oman. Dalam persekitaran ilmu yang diwarisi sedemikian, tiba-tiba muncul dalam era mutakhir ini satu kelompok yang mendakwa mereka kononnya mengikut mazhab ahli hadis silam yang tersebut dan tidak mahu mengikut mana-mana mazhab fiqah muktabar yang telah sedia diwarisi secara sistematik, tersusun, berdisiplin, lengkap, berkaedah dan bersambung sanad itu.

7. Pada fikiran anda, adakah sama antara kedua-dua golongan tersebut, antara ‘ahli hadis’ yang mengikut dan ahli hadis yang diikut?? Adakah sama antara institusi mazhab yang merumuskan petunjuk hadis, baik wajib atau sunat, haram atau makruh, sah atau batal, sempurna atau tidak, harus atau tidak; dengan kelompok anti mazhab yang melihat petunjuk hadis hanya dalam skop sunnah dan bidaah saja, atau sbenarnya mereka hanya menumpang mazhab Hanbali melalui acuan Ibn Taimiyyah, sama ada mereka sedar atau tidak??

8. Sebagaimana ahli hadis dan ahli fiqah silam memerlukan antara satu sama lain, sepertimana kata seorang tokoh hadis, Imam al-A‘masy (w. 148H):

أنتم يا معشر الفقهاء الأطباء ونحن الصيادلة
“Kamu sekalian, wahai para fuqaha’ adalah doktor dan kami pula adalah ahli farmasi” (lihat: Thiqat Ibn Hibban).

Disebabkan doktor mahir merawat pesakit, tetapi mereka tidak memiliki ubat-ubatan. Manakala ahli farmasi pula memiliki ubat-ubatan, tetapi mereka tidak mahir merawat pesakit. Maka saya berpendapat, kondisi mereka pada masa sekarang masih tetap sama, di mana ahli hadis lebih mengetahui jalan-jalan riwayat hadis, namun ahli fiqah pula lebih mengetahui jalan-jalan amali bagi hadis, selain kaedah beramal yang betul dengan hukum hakam syarak. Jelasnya kedua-dua bidang ilmu ini masih saling perlu memerlukan dan lengkap melengkapi. Bukannya dengan hadis saja, sudah cukup segala-galanya, walaupun mengakibatkan suasana caca merba sepertimana yang kita lihat pada masa sekarang.

Wallahu a‘lam.

Dr. Mohd Khafidz Soroni

Читать полностью…

Nota Q&A Hadith ️ MSO-D4

​​Forum online khas akhir Ramadhan !

Bersama kami untuk diskusi ilmiah secara live di fb kami.

👉 Facebook ARG KL

Sesi forum live dibawakan dengan topik perbincangan yang menarik bersama moderator dan ahli panel yang hebat.

19 mei (selasa), 10pagi
Hadiah Al-Quran Untuk Arwah
Moderator: Ustaz Ahmad Shadan Al-Hadrami
Panel 1: Dr Khafidz Soroni
Panel 2: Maulana Ihsan Abu Bakar

Jangan lupa untuk ikuti program ini bersama kami.

Jom like & share agar lebih ramai dapat manfaat dari program ini nanti.

👉 Facebook ARG KL

Jangan lupa untuk 'like' dan 'share'.

Читать полностью…
Subscribe to a channel