MSO-D4 : Q&A Hadith ini disimpankan dalam 👉🏼 http://madrasahsunnionline.blogspot.my Soalan ingin diajukan klik username ustaz @khafidzsoroni ustaz @zulhusni_matresat ustaz @muslimmustapa & ramai lagi @bicara_hadithMSO
Semua Hadis Sahih Dikira Mazhab Imam Syafie?
Hadis sahih menurut Imam as-Syafie ialah hadis yang bersambung sanadnya, mempunyai perawi dipercayai dan tidak bercanggah dengan dalil yang lain.
Pengetahuan Imam as-Syafie yang luas mengenai hadis dapat dilihat pada ungkapan Imam Ibn Khuzaymah, seorang tokoh hadis dan fiqah yang terkenal dengan penguasaannya terhadap kalam Imam as-Syafie: "Aku tidak tahu ada satu sunah Rasulullah SAW mengenai halal dan haram yang tidak dimuatkan oleh as-Syafie di dalam kitab-kitabnya."
Meskipun demikian, dengan tawaduk Imam as-Syafie masih berkata: "Jika hadis itu sahih, maka ia adalah mazhabku."
Bagaimanapun, kata-kata Imam as-Syafie yang masyhur ini menyebabkan kekeliruan dalam kalangan sesetengah orang. Bagi menghuraikan ungkapan itu, Imam Taqiy al-Din al-Subki menyusun sebuah kitab khusus mengenainya berjudul Ma'na Qawl al-Imam al-Muttalibi: Iza Sah al-Hadith Fahuwa Mazhabi.
Baca selanjutnya di: https://www.hmetro.com.my/addin/2021/01/659609/semua-hadis-sahih-dikira-mazhab-imam-syafie
Ditulis Oleh: Dr Mohd Khafidz Soroni, Ketua Unit Hadis & Penyelidikan, Institut Kajian Hadis & Akidah (INHAD), KUIS
https://www.hmetro.com.my/addin/2020/11/647234/tradisi-kaedah-pembacaan-kitab-hadis
Читать полностью…k, apatah lagi sekiranya mereka adalah ulama yang adil "
Imam ibnu Sayyid al Nas. Beliau telah memberi kaedah umum tentang konsep sokongan hadis dhaif dalam fatwanya.
إﻣّـﺎ أن ﻳـﺴﺎوي اﳌﺘـﺎﺑﻊ اﻟـﺮاوي اﻷول ﰲ ﺿﻌﻔﻪ، أو ﻳﻜﻮن ﻣﻨﺤﻄﺎًً ﻋﻨﻪ؛ ﻓﺄﻣﺎ اﻻﻧﺤﻄﺎط ﻓﻼ يفيد اﳌﺘﺎﺑﻌﺔ ﺷﻴﺌﺎ أﻟﺒﺘﺔ وأﻣّـﺎ ﻣـﻊ اﳌـﺴﺎواة ﻓﻘــﺪ ﻳﻘـﻮي، ﻟﻜﻨﻬـﺎ ﻗــﻮة ﻻ ﲣﺮﺟـﻪ ﻋـﻦ ﻣﺮﺗﺒــﺔ اﻟـﻀﻌﻴﻒ، ﺑـﻞ اﻟــﻀﻌﻒ ﻣﺘﻔﺎوت، ﻓﻴﻜﻮن اﻟﻀﻌﻴﻒ اﻟﻔﺮد ﻣﻮﺿﻮﻋﺎً ﰲ ﻣﺮﺗﺒﺔ ﺗﻨﺤﻂ ﻋﻦ ﻣﺮﺗﺒﺔ اﻟـﻀﻌﻴﻒ اﳌﻮﺟـﻮد ﻣـﻦ ﻏﲑ ﻃﺮﻳﻖ، و ﻻ ﻳﺘﻮﺟﻪ اﻻﺣﺘﺠﺎج ﺑﻮاﺣﺪ ﻣﻨﻬﲈ، وإﻧﲈ ﻳﻈﻬﺮ أﺛﺮ ذﻟﻚ ﰲ اﻟﱰﺟﻴﺢ.
" Samada sokongan menyamai perawi pertama dalam kelemahannya atau lebih bawah lagi. Adapun lebih bawah, mutaba'ah tidak memberi faedah langsung. Adapun persamaan, mungkin menguatkan. Tetapi kekuatan yang tidak mengeluarkan satu status dhaif. Bahkan dhaif itu pelbagai peringkat. Dhaif yang satu terletak di peringkat bawah dari peringkat dhaif yang wujud bukan dari satu jalur. Tidak diambil berhujah dengan salah satu daripadanya. Namun kesannya tampak pada tarjih "
Imam al Zarkashi mengulas kenyataan ini dengan berkata:
وﻫـﻮ ﺗﻔـﺼﻴﻞ ﺣـﺴﻦ، و ﻻ ﳜﻔـﻰ أن ﻫـﺬا ﻛﻠــﻪ ﻓـﻴﲈ إذا ﻛـﺎن اﳊـﺪﻳﺚ ﰲ اﻷﺣﻜــﺎم؛ ﻓـﺈن ﻛـﺎن ﻣـﻦ اﻟﻔــﻀﺎﺋﻞ ﻓﺎﳌﺘﺎﺑﻌﺔ ﻓﻴﻪ ﺗﻘﻮم ﻋﲆ ﻛﻞ ﺗﻘﺪﻳﺮ ﻷﻧﻪ ﻋﻨﺪ اﻧﻔﺮاده ﻣﻔﻴﺪ
[الزركشي، بدر الدين، النكت على مقدمة ابن الصلاح للزركشي، ٣٢٢/١]
" Ia satu perincian yang baik. Jelas bahawa kesemuanya ini pada keadaan yang hadis tersebut mengenai hukum hakam. Sekiranya hadis itu pada Fadhail amal, mutaba'ah itu berperanan pada semua andaian kerana ia ketika bersendirian juga memberi manfaat "
5. Adakah kaedah ini dinyatakan dan diamalkan oleh ulama hadis Mutaqaddimin? Jujurnya, soalan ini sukar dijawab. Ini kerana nukilan dari mereka tidak sesempurna penyataan dari ulama mutaakhirin. Ilmu hadis walaupun begitu hebat pada waktu mereka, tetapi tersimpan pada kemahiran (malakah) dan penulisan mereka tentang ulum dan metodologi hadis sangat sedikit. Yang banyak ialah catatan dan pengumpulan soal jawab antara guru dan murid serta komentar ringkas. Ulama hadis Mutaqaddimin yang mula memberi ulasan hadis panjang lebar ialah imam Daruqutni. Selain itu, terdapat faktor lain yang tidak dapat diulas pada kesempatan ringkas ini
Situasi ini bukan terpakai pada kaedah yang dibincangkan sahaja, tetapi pada isu lain. Lihat betapa sukarnya ibnu Rejab dalam Syarah ilal hendak menemukan definisi mungkar. Akhirnya ditemui pada penyataan seorang ulama yang jarang didengari namanya, walaupun diakui juga hebat. Namun ia akhirnya juga tidak jami' mani'. Kajian moden untuk mendefinisi istilah mungkar begitu bersimpang-siur. Masing masing berpegang pada beberapa contoh. Setengah rumusan yang dibuat kadangkala tidak merangkumi sebahagian contoh yang diberikan.
Keadaan ini bukanlah satu keaiban, bahkan ia satu proses biasa dalam perkembangan ilmu. Istilah masih bercampur antara penggunaan bahasa dan khas. Sama seperti ilmu fiqh, ulum tafsir, ilmu bahasa dll. Namun ia tidak menghalang ulama terkemudian untuk mendalami dan mewarisi rumusan dari satu generasi ke generasi lain. Oleh kerana itu, ulama mazhab tidak menyarankan buku al Umm oleh imam Syafie untuk mempelajari fiqh. Tetapi buku buku yang dikarang oleh ulama mazhab terkemudian. Pandangan mereka adalah hujah dalam mazhab.
وَأَصْحَابُ صَاحب الْمَذْهَبِ أَعْلَمُ بِمُرَادِهِ مِنْ غَيْرِهِمْ وَاللَّهُ أَعْلَمُ
[ابن حجر العسقلاني، فتح الباري لابن حجر، ٣٢٨/١]
" Dan tokoh tokoh dalam tuan punya mazhab lebih mengetahui maksudnya berbanding orang lain. Dan Allah SWT lebih mengetahui "
6. Jika pendekatan kajian moden yang menggunakan contoh dan isyarat ulama hadis Mutaqaddimin sebagai data kajian, rumusan dan generalisasi, ada beberapa isyarat yang boleh dikaitkan dengan kaedah yang dibincangkan. Terdapat beberapa contoh dan isyarat yang boleh dibawakan berkenaan penguatan hadis yang sangat lemah.
7. Imam Termizi menyebut ciri hadis hasan yang beliau maksudkan. Tiada perawi yang dituduh, tidak Syaz dan diriwayatkan dari jalur lain. Ciri ini terlalu umum dan merangkumi hadis yang perawinya sangat lemah tetapi ada sokongan. Ibnu Hajar ada memberikan contoh hadis jenis ini dan ulasan.
كنا نحيض عند رسول الله - صلى ال
1. Imam Sayuti menyebut kaedah menguatkan hadis yang sangat lemah dengan jalur yang banyak dalam kitab usul hadisnya yang popular, Tadrib al Rawi:
وأمّا الضعيف لفسق الراوي أو كذبه فلا يؤثر فيه موافقة غيره له، إذا كان الآخر مثله لقوة الضعف وتقاعد هذا الجابر. نعم يرتقي بمجموع طرقه عن كونه منكراً أو لا أصل له، صرّح به شيخ الإسلام، قال: ربما كثرت الطرق حتى أوصلته إلى درجة المستور السيء الحفظ بحيث إنه إذا وجد له طريق آخر فيه ضعف قريب محتمل ارتقى بمجموع ذلك إلى درجة الحسن.
تدريب الراوي في شرح تقريب النواوي ١/١٩٤ — السيوطي (ت ٩١١)
" Adapun hadis dhaif kerana kefasikan perawi atau penipuannya, maka persamaan orang lain tidak memberi kesan padanya, sekiranya orang lain itu sama sepertinya, kerana kuat kelemahannya dan lemah sokongan itu. Ya. Ia boleh meningkat naik - kerana kumpulan jalurnya - dari keadaannya yang mungkar atau tiada asal. Sheikhul Islam menyebutnya dengan jelas. Katanya: mungkin jalurnya yang banyak membawanya kepada kedudukan mastur yang teruk hafalannya, di mana sekiranya terdapat jalur lain yang lemah biasa yang boleh ditanggung, ia boleh meningkat naik - dengan kumpulan tadi - kepada status hasan "
Imam Sayuti menegaskan bahawa kaedah menguatkan hadis yang sangat lemah dengan jalur yang banyak, bukan ciptaan atau pandangannya semata mata. Bahkan ia merupakan pegangan iman besar dalam ilmu hadis, Sheikhul Islam dan Amirul mukminin dalam hadis, iaitu al Hafiz ibnu Hajar al Asqalani.
2. Imam ibnu Hajar telah menyuarakan pendapat ini dan mempraktisnya dalam beberapa karangannya, seperti:
وأسانيدهم واهية لكن اختلاف مخارجها يشعر بأن للحديث أصلا
[ابن حجر العسقلاني، فتح الباري لابن حجر، ٤٤٦/١٠]
" Dan sanad sanad mereka terlalu lemah, tetapi perbezaan sumbernya menunjukkan bahawa hadis tersebut mempunyai asal "
إذا روي بأسانيد كلها قاصرة عن درجة الاعتبار حيث لا يجبر بعضها ببعض أنه أمثل من ضعيف روي بإسناد واحد كذلك، وتظهر فائدة ذلك في جواز العمل به أو منعه مطلقا - والله أعلم -.
[ابن حجر العسقلاني، النكت على كتاب ابن الصلاح لابن حجر، ٤٢٠/١]
" Apabila hadis dhaif diriwayatkan dengan sanad sanad yang kesemuanya tidak sampai kedudukan iktibar, di mana (pada asalnya) sebahagiannya tidak menampung sebahagian yang lain, ia lebih baik dari hadis dhaif yang diriwayatkan dengan satu sanad seperti itu. Faedah itu akan tampak pada keharusan beramal dengannya atau tidak boleh secara mutlak "
والذي ضعفه ناشئ عن تهمة أو جهالة إذا كثرت طرقه ارتقى عن مرتبة المردود المنكر الذي لا يجوز العمل به بحال إلى رتبة الضعيف الذي يجوز العمل به في فضائل الأعمال
ابن حجر العسقلاني، الإمتاع بالأربعين المتباينة السماع، صفحة 80
" Hadis yang kelemahannya timbul dari tuduhan dan jahalah apabila banyak jalurnya, ia meningkat naik daripada status mungkar tertolak yang tidak harus beramal dengannya pada semua keadaan, kepada status dhaif yang harus beramal dengannya dalam fadhail amal "
Boleh juga rujuk kepada kitab al Qawl al Musaddad untuk melihat praktis ibnu Hajar dalam mempertahankan tuduhan hadis palsu dalam musnad Ahmad.
3. Adakah pandangan ini terpencil? Adakan ia hanya dipegang oleh imam ibnu Hajar dan diikuti oleh hanya imam Sayuti sahaja? Tidak. Ia dipegang dan dinyatakan oleh para ulama selepas ibnu Hajar dan sebelumnya lagi. Dinukilkan tanpa terjemahan penyataan ulama selepas ibnu Hajar yang sependapat
Ia adalah pegangan imam al Biqa'i seperti dalam Syarah alfiah
على أنَّ هذا الضعيفَ الواهي ربما كَثُرَتْ طرقهُ حتى أوصلته إلى درجةِ راويهِ المستورِ، والسيِّءِ الحفظِ، بحيثُ إنّ ذلكَ / ٦٩ب / الحديثَ إذا كانَ مرويًا بإسنادٍ آخرَ فيهِ ضعفٌ قريبٌ محتملٌ، فإنّهُ يرتقي بمجموعِ ذلكَ إلى مرتبةِ الحسنِ، وقد جعلنا مجموعَ تلكَ الطرقِ الواهيةِ بمنْزلةِ الطريقِ التي فيها ضعفٌ يسيرٌ، فصارَ ذلكَ بمنْزلةِ طريقينِ، كلٌّ منهما ضعفه يسيرٌ، واللهُ أعلمُ.
النكت الوفية بما في شرح الألفية ١/٢٤٨ — برهان الدين البقاعي ت ٨٨٥
Ia adalah pegangan imam al Sakhawi seperti dalam Syarah alfiah
وَرُبَّمَا تَكُونُ تِلْكَ الطُّرُقُ الْوَاهِيَةُ بِمَنْزِلَةِ الطَّرِيقِ الَّتِي فِيهَا ضَعْفٌ يَسِيرٌ ; بِحَيْثُ لَوْ فُرِضَ مَجِيءُ ذَلِكَ الْحَدِيثِ بِإِسْنَادٍ فِيهِ ضَعْفٌ يَسِيرٌ، كَانَ مُرْتَقِيًا بِهَا إِلَى مَرْتَبَةِ الْحَسَنِ لِغَيْرِهِ.
[السخاوي، شمس الدين،
ika mengulas tindakan umat Islam selepas kewafatan baginda Rasulullah yang menyentuh dan mencium pusara Baginda SAW sedangkan para sahabat tidak berbuat demikian.
فَإِنْ قِيلِ: فَهَلا فَعَلَ ذَلِكَ الصَّحَابَةُ؟ قِيلَ: لأَنَّهُمْ عَايَنُوهُ حَيًّا وَتَمَلَّوْا بِهِ وَقَبَّلُوا يَدَهُ وَكَادُوا يَقْتَتِلُونَ عَلَى وُضُوئِهِ وَاقْتَسَمُوا شَعْرَهُ الْمُطَهَّرَ يَوْمَ الْحَجِّ الأَكْبَرِ، وَكَانَ إِذَا تَنَخَّمَ لا تَكَادُ نُخَامَتُهُ تَقَعُ إِلا فِي يَدِ رَجُلٍ فَيُدَلِّكُ بِهَا وَجْهَهُ، وَنَحْنُ فَلَمَّا لَمْ يَصِحْ لَنَا مِثْلُ هَذَا النَّصِيبِ الأَوْفَرِ تَرَامَيْنَا عَلَى قَبْرِهِ بِالالْتِزَامِ وَالتَّبْجِيلِ وَالاسْتِلامِ وَالتَّقْبِيلِ، أَلا تَرَى كَيْفَ فَعَلَ ثَابِتٌ الْبُنَانِيُّ؟ كَانَ يُقَبِّلُ يَدَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ وَيَضَعُهَا عَلَى وَجْهِهِ وَيَقُولُ: يَدٌ مَسَّتْ يَدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
وَهَذِهِ الأُمُورُ لا يُحَرِّكُهَا مِنَ الْمُسْلِمِ إِلا فَرْطُ حُبِّهِ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، إِذْ هُوَ مَأْمُورٌ بِأَنْ يُحِبَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أَشَدَّ مِنْ حُبِّهِ لِنَفْسِهِ، وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ، وَمِنْ أَمْوَالِهِ، وَمِنَ الْجَنَّةِ وَحُورِهَا، بَلْ خَلْقٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ يُحِبُّونَ أَبَا بَكْرٍ، وَعُمَرَ أَكْثَرَ مِنْ حُبِّ أَنْفُسِهِمْ
[الذهبي، شمس الدين ,معجم الشيوخ الكبير للذهبي ,1/73]
" Jika disebut: tidakkah para sahabat berbuat demikian? Dikatakan: kerana mereka telah bersemuka dengannya ketika hidup, sepenuhnya dengannya, mengucup tangan, hampir berebut pada air bekas wuduknya, berkongsi kongsi helaian rambutnya yang suci pada hari Haji yang terhebat dan apabila Baginda membuang kahak ia tidak gugur kecuali pada tangan seorang sahabat lalu menyapu di muka. Kami apabila tidak berkesempatan dengan habuan yang sangat melimpah ini, kami bergegas ke kuburnya dengan melazimi, menghormati, menyapu dan mencium. Tidakkah kamu melihat apa yang dilakukan oleh Thabit al Bunani (seorang Tabi'e yang tidak sempat dengan Nabi SAW). Beliau mencium tangan Anas bin Malik dan meletakkan di wajahnya seraya berkata: ini tangan yang pernah menyentuh tangan Rasulullah SAW.
Perkara-perkara ini tidak menggerakkannya dari seorang Muslim kecuali kecintaannya yang amat sangat kepada Nabi SAW. Kerana dia diarahkan untuk mencintai Allah dan rasulnya melebihi kecintaannya kepada dirinya sendiri, anaknya, manusia keseluruhannya, melebihi hartanya, melebihi syurga dan bidadarinya. Bahkan terdapat sekumpulan orang mukmin yang mencintai Abu Bakar dan Umar melebihi cinta mereka kepada diri mereka sendiri "
Ya. Kasih dan cinta menggerakkan usaha mengambil kesempatan yang ada. Al Maqqari dalam Fathul Muta'al (m/s 168) menjelaskan mengapa ulama sebelah Maghrib banyak melakar dan meniru capal Nabi SAW. Ia kerana tempat mereka tidak mempunyai capal asli seperti yang terdapat di dunia timur, di Darul Hadis al Asyrafiyyah khususnya. Yang mampu mereka buat ialah duplikasi capal ketika salah seorang mereka pergi ke timur dan melihat capal Nabi SAW. Begitu lah faktor kemunculan lakaran capal di kalangan mereka yang tidak berkesempatan dengan capal asli Nabi SAW pada zaman dahulu, apatah lagi zaman sekarang.
5. Mengenai hukum menyapu dan mencium lakaran capal, mazhab imam Malik adalah makruh seperti yang di jelaskan oleh al Maqqari. Pendapat lain terutama dari ulama mazhab Syafie, ia adalah harus pada semua perkara yang berkaitan dengan Nabi SAW. Kata imam Nawawi:
هَذَا فِيهِ التَّبَرُّكُ بِآثَارِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وما مسه أو لبسه أوكان مِنْهُ فِيهِ سَبَبٌ وَهَذَا نَحْوُ مَا أَجْمَعُوا عَلَيْهِ وَأَطْبَقَ السَّلَفُ وَالْخَلَفُ عَلَيْهِ مِنَ التَّبَرُّكِ بِالصَّلَاةِ فِي مُصَلَّى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الرَّوْضَةِ الْكَرِيمَةِ وَدُخُولِ الْغَارِ الَّذِي دَخَلَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَغَيْرِ ذَلِكَ
[النووي، شرح النووي على مسلم، ١٧٨/١٣]
[ Padanya terdapat keharusan mengambil berkat dengan kesan Nabi SAW dan apa yang Baginda sentuh, atau memakainya atau apa sahaja yang mempunyai sebab (hubungan) dari Baginda SAW. Ini seumpama apa yang disepakati oleh generasi terdahulu dan terkemudian mengenai m
adis dirasmikan pembukaannya pada malam Nisfu Syaaban tahun 630 hijrah, imam ibnu al Salah mula meriwayatkan hadis di situ dan capal Nabi SAW diletakkan disitu juga.
Sebelum ke tangan al Malik, capal ini dimiliki oleh ahli ilmu yang juga peniaga bernama Ahmad bin Uthman bin Abdul Rahman (W625h), seorang yang berketurunan sahabat yang dikenali sebagai Abul Hadid, Sulaiman bin Sulaiman al Sulami. Keluarga keturunan ini masyhur dengan alim ulama hadis. Pemilikan capal ini diwarisi secara turun temurun dan diketahui umum seperti kata al Zahabi: الأمر معروف فيه.
Sebagai bukti, Imam al Zahabi menukilkan dari al Sam'ani bahawa beliau pernah melihat capal ini di rumah Abul Hussein al Dimasyqi (W546h). Abul Hussein ialah ulama hadis besar yang juga merupakan datuk Ahmad bin Uthman. Imam ibnu Hajar turut menyebut kisah pewarisan capal dan pemilikan al Malik dalam biografi sahabat Sulaiman al Sulami dan mengulasnya;
قلت: ومن جملتها النعل المذكورة، وقد ذكرها الذهبي وغيره، ويعبّرون عنها بالأثر الشريف، وهذا أصلها
[ابن حجر العسقلاني، الإصابة في تمييز الصحابة، ١٤٦/٣]
[ Aku berkata: diantaranya ialah capal yang disebutkan sebelum ini. Ia telah disebutkan oleh al Zahabi dan selainnya, dan mereka menyebutnya sebagai athar yang mulia. Inilah asal usulnya ]
Dari athar Nabi SAW ini tersebar lakaran capal seluruh dunia Islam pada waktu itu, dari dunia timur yang terletaknya darul hadis sehingga sampai kepada sebelah barat; Maghribi, andalusia dan sekitarnya. Al Maqqari dalam Fathul Muta'al menukilkan dari ibnu Rusyaid al Sibti kisah beliau membuat lakaran capal dari capal Darul Hadis ini. Para ulama juga menukilkan syair yang ditulis oleh ibnu Rusyaid pada kertas lakaran itu.
وَله أَبْيَات كتبهَا على حَذْو نعل النَّبِي صلى الله عَلَيْهِ وَسلم بدار الحَدِيث الأشرفية
[الصفدي، الوافي بالوفيات، ٢٠٠/٤]
[ Beliau mempunyai beberapa bait syair yang ditulisnya pada duplikasi capal Nabi SAW di Darul Hadis al Asyrafiyyah ]
Menurut al Maqqari, ulama dari sebelah barat dunia Islam lebih banyak membuat lakaran capal berbanding ulama sebelah timur. Bahkan ulama sebelah timur, seperti Abul Yumn ibnu Asakir yang menjadi rujukan utama dalam bab lakaran capal, turut menceduk dari ulama Maghribi seperti Ibnul Haj al Maghribi.
Terdapat jalur dan riwayat lain mengenai lakaran capal Nabi SAW dalam risalah lakaran capal oleh Abul Yumn ibnu Asakir, Fathul Muta'al oleh al Maqqari, al Zail Wa al Takmilah oleh ibnu Abdil Malik al Marakisyi dan lain lain, tetapi tidak disebut disini untuk mengelak dari penjelasan yang menjemukan.
3. Aktiviti duplikasi Athar Nabawi bukanlah satu perkara yang asing dan tidak pernah dilakukan oleh ulama terdahulu. Terdapat beberapa riwayat menunjukkan aktiviti ini, antaranya:
عَنْ عُثْمَانَ بْنِ سَعْدٍ، عَنِ ابْنِ سِيرِينَ، قَالَ: صَنَعْتُ سَيْفِي عَلَى سَيْفِ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدَبٍ، وَزَعَمَ سَمُرَةُ أَنَّهُ صَنَعَ سَيْفَهُ عَلَى سَيْفِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَكَانَ حَنَفِيًّا.
[الترمذي، محمد بن عيسى، سنن الترمذي ت بشار، ٢٤٩/٣]
[ Dari Uthman bin Sa'd dari ibnu Sirin, beliau berkata: aku telah membuat pedangku berdasarkan pedang Samurah bin Jundab. Samurah mengatakan bahawa beliau membuat pedangnya berdasarkan pedang Rasulullah SAW. Pedang Rasulullah SAW adalah buatan kabilah Bani Hanifah ]
عَنْ عُبَيْدِ بْنِ جُرَيْجٍ، أَنَّهُ قَالَ: لِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ رَأَيْتُكَ تَصْنَعُ أَرْبَعًا لَمْ أَرَ أَحَدًا مِنْ أَصْحَابِكَ يَصْنَعُهَا، قَالَ: وَمَا هِيَ يَا ابْنَ جُرَيْجٍ قَالَ: رَأَيْتُكَ لاَ تَمَسُّ مِنَ الأَرْكَانِ إِلَّا اليَمَانِيَّيْنِ، وَرَأَيْتُكَ تَلْبَسُ النِّعَالَ السِّبْتِيَّةَ ...... قَالَ عَبْدُ اللَّهِ: أَمَّا الأَرْكَانُ: فَإِنِّي لَمْ «أَرَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمَسُّ إِلَّا اليَمَانِيَّيْنِ»، وَأَمَّا النِّعَالُ السِّبْتِيَّةُ: فَإِنِّي «رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَلْبَسُ النَّعْلَ الَّتِي لَيْسَ فِيهَا شَعَرٌ وَيَتَوَضَّأُ فِيهَا»، فَأَنَا أُحِبُّ أَنْ أَلْبَسَهَا
[البخاري، صحيح البخاري، ٤٤/١]
[ Dari Ubaid bin Juraij bahawa beliau berkata kepada Abdullah bin Umar: Wahai Abu Abdul Rahman, a
Hadis Berkaitan Isra' Dan Mi'raj - Nabi Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam menanggalkan capal ?
Ulasan Hadith oleh Dr Khafidz Soroni :
Saya menjumpai kitab "Ghayah al-Maqal fi ma Yata'allaq bin-Ni'al" oleh Imam 'Abdul Hayy al-Laknawi (m.1304H).
Al-Laknawi menukilkan daripada kitab Fathul Muta'al oleh al-Maqqari yang mengulas dengan panjang bahawa pernyataan tersebut tidak terdapat dalam mana-mana riwayat hadith pun walaupun yang daif, dan ia adalah kisah palsu yang direka-reka. Beliau bersependapat dengan al-Maqqari dan lain-lain ulama bahawa ianya tidak sabit dan patut ditinggalkan. (Lihat hlm. 41-42)
- rujuk gambar
Walaupun secara logik kita dapat membayangkan bahawa Nabi SAW diisrakkan dan dimi'rajkan dengan berpakaian lengkap, termasuk capalnya. Namun, ulama hadith sangat berhati-berhati dalam perkara menyandarkan sesuatu kepada zat Nabi SAW meskipun sesuatu yang kelihatan remeh, sebab khuatir termasuk ke dalam senarai para pendusta. Riwayat israk dan mi'raj telah diriwayatkan oleh sekitar 40 orang sahabat, tetapi tidak ada satu pun yang menyentuh perihal capal baginda SAW. Wallahu a'lam.
Dr. Mohd Khafidz Soroni
Apa maksud hadith sahih boleh dijadikan hujah, manakala hadith daif boleh beramal dengannya? Ada beza ka antara berhujah dan beramal?Jawapannya,
hadith sahih boleh dijadikan hujah utk 'mewajibkan, mengharamkan dan menghalalkan' sesuatu tindakan mukalaf. Untuk ketiga-tiga perkara ini maka para ulama akan berpaut kepada hadith yg sahih atau hasan utk dijadikan hujah.
Manakala hadith yg daif, ianya tidak dijadikan hujah oleh para ulama utk mewajibkan, mengharamkan atau menghalalkan sesuatu. Memadai utk dikatakan sesuatu itu sunat, makruh atau harus berdasarkan hadith yg daif, lalu kita melakukan sesuatu tindakan itu atau meninggalkannya kerana berdasarkan hadith daif itu. Hal ini banyak berlaku dlm perkara fada'il a'mal, maw'izah dan targhib wa tarhib.
Jadi, kita boleh beramal dgn hadith daif, tetapi bukanlah dlm kategori utk perbuatan wajib atau perbuatan haram kerana nak mengharamkan dan mewajibkan sesuatu perlu dirujuk kepada al-Quran, hadith sahih atau hasan dan ijmak ulama.
Tidak dinafikan bahawa berdasarkan hadith yg sahih atau hasan pun terdapat perbuatan yg dikategorikan sbg sunat, makruh atau harus. Ianya bergantung kepada madlul yg ditunjukkan oleh nas serta perbincangan ulama mengenainya.
Wallahu'alam.
Oleh Ustaz Dr. Mohd Murshidi Mohd Noor
Adakah Al-Fatihah Selepas Solat Dari Hadis Palsu?
Dijawab oleh:
Dr Khafiz Soroni
MARI MENGENAL KITAB SYARAH HADIS
Umum diketahui, ada enam kitab hadis utama. Seperti Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan Tirmidzi, Sunan Nasaie dan Sunan Ibnu Majah.
Senarai ini telah mengikut tertib yang diakui para ulama. Walaupun masih ada perbezaan pendapat di kalangan mereka.
Di antara kitab yang wajib dipelajari di madrasah hadis ialah kitab Al-Muwatha' Imam Malik. Kitab yang mengandungi 70,000 hadis ini dihafal oleh Imam Syafie ketika berumur 10 tahun.
Oleh itu, mari kita mengenal kitab syarah kepada tujuh kitab hadis utama.SYARAH MUWATHA' MALIK
1. (التمهيد لما في الموطأ من المعاني والأسانيد)
Al-Tamhid lima fi Muwatta' min Al-Ma'aani Wa Al-Asanid karya Ibn Abdil Barr.
2. (الاستذكار الجامع لمذاهب فقهاء الأمصار وعلماء الأقطار )
Al-Istizkaar Al-Jami Li Mazaahib Fuqaha' Al-Amsoor Wa Ulama Al-Aqthoor karya Ibn Abdil Barr
3. (المنتقى شرح الموطأ)
Al-Muntaqa karya Al-Baaji Al-Maliki
4. (شرح الزرقاني على الموطأ)
Syarh Az-Zurqani 'ala Muwatta' Malik
5. (كشف المغطى)
Kasyful Mughta karya As-Suyuti
6. (تنوير الحوالك على الموطأ مالك)
Tanwir Al-Hawaalik karya As-Suyuti
7. (أوجز المسالك الى الموطأ مالك)
Aujaazul Masalik karya Zakaria bin Muhammad Al-Kandahlawi
Dan banyak lagi. Namun kitab thurath terkenal ialah no.4 dan kitab syarah moden yang terkenal ialah no.7.SYARAH SAHIH BUKHARI
1. (فتح الباري)
Fathul Bari karya Ibn Hajar Al-Asqalani
2. (فتح الباري)
Fathul Bari karya Ibn Rejab Al-Hanbali
3. (شرح ابن بطال)
Syarh Ibn Battal
4. (عمدة القاري)
Umdah Al-Qari karya Badrudin Al-'Aini Al-Hanafi
5. (حاشية السندي)
Hasyiah As-Sindi 'ala Sahih Al-Bukhari
6. (كواكب الدراري)
Kawakib Al-Darari karya Al-Karmani
7. (فيض الباري)
Faidhul Bari karya Anwarshah Al-Kashmiri
8. (التوضيح لشرح الجامع الصحيح)
Al-Taudhih syarah Jami' As-Sahih karya Ibnu Al-Mulaqin
9. (التلويح لشرح الجامع الصحيح)
Al-Talwih syarh Jami As-Sahih karya 'Ala'uddin Al-Turki Al-Hanafi
10. (ارشاد الساري)
Irsyad Al-Sari karya Syihabuddin Al-Qastalani
11. (النور الساري على فيض صحيح البخاري)
Al-Nuur As-Sari 'ala Faidh Sahih Al-Bukhari karya Hasan 'Adawi Al-Maliki
12. (نعمة الباري)
Ni'matul Bari karya Syaikh Abdullah bin Darwish Al-Dimashqi
13. (الكنز المتواري)
Al-Kanzul Mutawari Syeikhul Hind Maulana Zakariyya Al-Kandahlawi
Dan banyak lagi. Kitab paling terkenal ialah no.1 dan kitab syarah moden dan paling tebal pula no.13 iaitu 24 jilid.SYARAH SAHIH MUSLIM
1. (المنهاج)
Al-Minhaj syarh Sahih Muslim bin Al-Hajjaj karya Imam An-Nawawi
2. (اكمال المعالم)
Ikmal al-Muallim karya Qadhi Iyadh
3. (الديباج)
Al-Dibaj 'ala Muslim karya As-Suyuti
4. (فتح الملهم)
Fathul Mulhim karya Syaikh Ahmad Uthmani Al-Deobandi
5. (المعلم بفوائد مسلم)
Al-Mu'lim bi Fawaid Muslim karya Al-Maziri Al-Maliki
6. (فتح المنعم)
Fathul Mun'im Syarah Sahih Muslim karya Musa Syahin
7. (الكوكب الوهاج)
Syarah Sahih Muslim karya Syeikh Muhammad Al-Amin Al-Harari.
Dan banyak lagi. Kitab syarah paling terkenal no.1 dan syarah moden paling lengkap ialah no.4. Kitab syarah paling tebal ialah no.7 iaitu 26 jilid.SYARAH SUNAN ABU DAUD
1. (معالم السنن)
Ma'alim As-Sunan karya Al-Khattabi
2. (شرح سنن أبي داود)
Syarh Sunan Abu Daud karya Badrudin Al-'Aini Al-Hanafi
3. (بذل المجهود)
Bazlul Majhud karya Ahmad bin Majid Ali As-Saharanpuri.
4. (عون المعبود)
'Aunul Ma'bud karya Syamsul Haq Al-Azim Aabadi
5. (فيض الودود)
Faidhul Wadud karya 'Ata' Allah Hanif
Dan banyak lagi. Kitab syarah terkenal no.3 dan no.4.SYARAH SUNAN TIRMIZI
1. (عاضة الأحوذي)
Aridatul Al-Ahwazi karya Ibnul Arabi
2. (تحفة الأحوذي)
Tuhfatul Ahwazi karya Abdul Rahman Al-Mubarakfuri
3. (كواكب الدوري)
Kawakib Al-Duri karya Al-Kankuhi
4. Al-Tiib As-Shaazi karya Ishaq Rahmad Al-Kandahlawi
5. (معارف السنن)
Ma'aarif As-Sunan karya Yusuf Al-Binnuri Al-Deobandi
6. (العرف الشذي)
Al-'Arfu As-Shaazi karya Anwar Shah Al-Kashmiri
7. (بحر الماذي)
Bahrul Maazi karya Idris Al-Marbawi (Ulama' Melayu)
8. (النفح الشذي)
An-Nafhu Al-Syazi karya Ibnu Hajar Al-Asqalani
Dan banyak lagi. Di Malaysia, kitab paling terkenal ialah no.2.
Hadis ii: RAMADHAN ADALAH BULAN AWALNYA RAHMAT, PERTENGAHANNYA KEAMPUNAN DAN PENGAKHIRANNYA PEMBEBASAN DARI API NERAKA
Iaitu hadis;
هو شهر أوله رحمة وأوسطه مغفرة وآخره عتق من النار.
Rangkap hadis ini ada diriwayatkan daripada hadis Abu Hurairah RA [riwayat Ibn Abi ad-Dunya dalam Fada’il Syahr Ramadhan, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil, dan lain-lain];
dan hadis Salman RA [riwayat Ibn Abi ad-Dunya dalam Fada’il Syahr Ramadhan, Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya, al-Baihaqi dalam Fada’il al-Awqat, dan lain-lain]
Dalam sanad hadis Abu Hurairah RA terdapat Maslamah bin al-Salt dan kedudukan beliau hanya majhul (tidak diketahui), bukannya sebagai pendusta. Maka, sanad tersebut seharusnya daif saja. Manakala hadis Salman RA pula dalam sanadnya terdapat dua org perawi yang dikritik iaitu, Yusuf b. Ziyad al-Basri dan ‘Ali b. Zayd. i Yusuf b. Ziyad munkar hadisnya dan ii ‘Ali b. Zayd menurut ramai pengkritik hadis seorg yang daif, manakala menurut sebahagian mereka seperti al-Tirmizi, al-‘Ijli, Ya‘qub b. Syaibah, Ibn ‘Adi dan as-Saji, beliau masih boleh diambil kira (lihat Tahzib al-Tahzib)
Apapun, riwayat mereka disokong oleh jalur riwayat lain, sepertimana dalam al-Amali al-Khamisiyyah oleh as-Syajari. Di mana, riwayat Yusuf b. Ziyad disokong oleh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah. Manakala riwayat ‘Ali b. Zayd disokong oleh Qatadah b. Di‘amah, seorang perawi thiqah. Malah, di dalam Musnad al-Harith, hadis ini diriwayatkan pula melalui jalur riwayat lain, tidak melalui jalur Yusuf b. Ziyad al-Basri dan ‘Ali b. Zayd!
Justeru, rangkap hadis tersebut boleh dinilai hasan li-ghairih atau daif saja sekurang-kurangnya. Ada pun yg menolak hadis ini dengan hujah bahawa ia bercanggah dengan dalil-dalil yang menunjukkan seluruh Ramadhan itu mencakupi ketiga-tiga perkara sekaligus, iaitu setiap harinya adalah rahmah, keampunan dan kebebasan dari api neraka. Maka, menurut hemat saya, ianya tidak bercanggah sekiranya kita menafsirkan hadis tersebut sebagai pengukuhan dan penegasan terhadap kelebihan bulan Ramadhan yang cukup besar. Dengan maksud, orang yg berpuasa selain mendapat rahmah, keampunan dan kebebasan dari api neraka pada setiap hari Ramadhan, turut mendapat rahmah yg besar di awalnya, pengampunan yang berganda di pertengahannya dan kebebasan yang sebenar dari api neraka di akhirnya.
Wallahu a‘lam.
Live@Home: 40 HADIS JAWAMI' AL-KALIM
Assalamualaikum WBT,
Institut kajian hadis (INHAD) akan mengadakan Live Talk “40 HADIS JAWAMI' AL-KALIM”
📌 Bersama panel kita:
👉🏻 Panel : Dr. Mohd Khafidz bin Soroni.
Ketua Unit Hadis Institut Kajian Hadis & Akidah (INHAD), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS).
🗓 Tarikh: 20 April 2020
Hari : Isnin
🏛Tempat: Facebook
Institut kajian hadis
🕗 Masa: 10:30 AM
INSTITUT KAJIAN HADIS (INHAD), KUIS
Akan tetapi sebaliknya Ulamak terkadang-kadang mengamalkan hadis dhaif disebabkan dalil-dalil lain yang lebih kuat. Oleh itu dalam bab yang sama Imam Tirmizi Rh.a telah munukilkan riwayat daripada Amar Bin Syuaib Rh.a:
“Dari Amar Bin Syuaib dar ayahnya dari datuknya bahawasanya Rasulullah saw telah menyerahkan anak perempuan Baginda saw Zainab r.anha kepada Abul As Bin Rabi’ dengan mahar yang baru dan dengan nikah yang baru”.
Kemudiannya Imam Tirmizi Rh.a menulis dibawah hadis ini bahawa hadis ini terdapat kritikan ulamak pada sanadnya dan pengamalan adalah keatas hadis ini di sisi Ahli Ilmu. Kemudian berkata ianya adalah qaul Malik Bin Anas dan Auza’ei dan Syafei dan Ahmad dan Ishaq. Maka adakah kita boleh menggelarkan kepada kesemua para Imam Hadis ini sebagai “Pengamal Hadis Dhaif”? Sudah tentu mereka mempunyai dalil-dalil lain yang lebih kuat untuk dijadikan sokongan kepada hadis dhaif ini.
KAEDAH KEEMPAT
Proses mentashih dan mentadh’ifkan hadis adalah merupakan satu urusan ijtihadi sepertimana yang telah dijelaskan oleh Muhakkik Ibnu Hummam Rh.a. Oleh itu kemungkinan besar boleh saja berlaku perselisihan di antara para mujtahidin dan di kala berselisih, tidak seorang mujtahid pun boleh dipersalahkan kerana mereka menilai hadis mengikut kepakaran dan ijtihad yang ada pada mereka. Apabila seorang mujtahid mengambil suatu hadis sebagai dalil, bermakna hadis itu disisi beliau adalah boleh dijadikan dalil. Oleh itu kita tidak boleh menjadikan pendapat dari mujtahid yang pertama untuk untuk menyalahkan pendapat dari mujtahid yang kedua bahawa dalilnya tidak boleh dijadikan hujjah. Ini kerana Qaul seorang mujtahid tidak boleh dijadikan hujjah untuk berkhilaf dengan mujtahid yang lain.
KAEDAH KELIMA
Kadang-kadang mutaqaddimin ulamak seperti Imam Abu Hanifah Rh.a misalnya telah sampai kepada beliau satu hadis dengan sanad yang sahih. Akan tetapi dalam hadis yang sama dan sanad yang sama telah datang perawi yang dhaif selepas zaman beliau. Maka ulamak selepas beliau telah melabel hadis tersebut sebagai dhaif. Maka secara zahirnya ulamak selepas zaman beliau tidak boleh menjadikan tadh’if ini sebagai hujjah untuk mengkritik Imam Abu Hanifah Rh.a. Oleh sebab itu tidak semestinya hadis yang dianggap dhaif pada zaman Imam Bukhari Rh.a hadis tersebut juga dhaif pada awal zaman iaitu zaman Imam Abu Hanifah Rh.a.
Link asal - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1003203843042508&id=100000587054606
Dewasa ini ramai golongan yang menjaja bahawa ada golongan yang menjaja Hadis Dhaif. Mereka menyenaraikan hadis dhaif itu sebagai hadis Maudhu' lalu berkata hadis dhaif itu adalah seringan-ringan hadis maudhuk. Mereka dengan bangganya menyatakan orang yang mengamalkan hadis dhaif itu sebagai penyebar hadis palsu lalu memberi ancaman dengan Hadis Mutawatir "Barangsiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, hendaklah dia menempah tempat di neraka"
Sedangkan Ulamak Hadis mengklasifasikan Hadis kepada Maqbul dan Ghair Maqbul. Lalu Ulamak menyenaraikan Hadis Dhaif itu dalam senarai hadis yang maqbul (boleh diterima pakai di dalam Fadhail Amal, Targih wa Tarhib). Dhaifnya Hadis itu bukanlah disebabkan Zati hadis yang dhaif, Akan tetapi dhaif hanya disebabkan perawi hadis itu diantara sekalian perawi yang yang mungkin mempunyai kecacatan dari segi dhobit dan sebagainya maka dengan sebab itu Ulamak menghukumnya sebagai Dhaif. Di sini saya tampilkan sedikit kaedah mensahih dan mendhaifkan hadis yang masyhur di kalangan Ulamak....
KAEDAH MENTASHIH DAN MENTADH’IFKAN HADIS
Sebenarnya terdapat bidang yang khusus bagi mentashih dan mentadh’ifkan hadis iaitu Ilmu Usul Hadis dan Ilmu Jarh Wa Ta’dil.Walau bagaimana pun di sini disebutkan beberapa kaedah yang diguna pakai Ulamak untuk menentukan status hadis samada sahih ataupun dhaif.
KAEDAH PERTAMA
Setengah orang berpendapat bahawa hadis sahih hanya terkandung di dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim dan sesetengah orang pula berpendapat sebarang hadis yang tidak terdapat di dalam Sahihain (Bukhari dan Muslim) maka secara lazimnya adalah dhaif dan sama sekali tidak dapat di bandingkan dengan hadis sahihain. Sedangkan pandangan ini adalah sama sekali salah. Sedangkan neraca untuk mengukur samada hadis itu sahih atau tidak ianya bukan diukur samada hadis itu terkandung di dalam sahihain ataupun tidak malah ianya diukur berdasarkan sanadnya. Imam Bukhari Rh.a sendiri menyatakan bahawa aku tidak merangkumkan keseluruhan hadis sahih di dalam kitabku. Oleh itu besar kemungkinan terdapat hadis-hadis yang tidak terkandung di dalam sahihain akan tetapi dari segi kedudukannya adalah lebih tinggi daripada sesetengah hadis sahihain. Contohnya Maulana Abdul Rasyid Nu’maani Rh.a menukilkan setengah riwayat Ibnu Majah di dalam kitabnya “ Ma Tamassa Ilaihil Hajat” yang mana Muhaddisin telah membuat keputusan bahawa sanadnya lebih afdhal daripada sanad Bukhari. Oleh itu hadis yang terkandung di dalam “Bukhari” apa yang di sebut Kitab yang terafdhal selepas Kitabullah adalah berdasarkan Umum hadis dan bukannya beriktibarkan setiap hadis secara berasingan.
KAEDAH YANG KEDUA
Kerja mentashih dan mentadh’ifkan hadis ini merupakan satu kerja yang amat halus dan mereka yang layak untuk menjalankan kerja ini hanyalah mereka yang telah mencapai Kedudukan Ijtihad di dalam bidang Hadis. Hafiz Ibnu Solah Rh.a telah menzahirkan pandangan beliau di dalam “ Muqaddimah” nya bahawa selepas berlalunya 500 Hijrah adalah tidak berhak lagi bagi seseorang pun untuk menentukan sesuatu hadis sebagai sahih atau dhaif dengan penilaian semula. Akan tetapi pendapat beliau telah ditolak oleh Jumhur Ulamak kerana yang haknya untuk menentukan status hadis samada sahih atau dhaif sebenarnya tidak diukur berdasarkan sesuatu zaman yang khas malah ianya dinilai oleh mereka yang pakar dalam bidang hadis dan yang mempunyai Ilmu serta kefahaman yang mendalam yang membolehkan mereka menilai sesuatu hadis itu samada sahih ataupun dhaif. Oleh itu ramai Ulamak yang menceburkan diri dalam bidang ini walaupun selepas 500 Hijrah dan dan dalam masa yang sama ianya mendapat pengiktirafan Umat. Contohnya Hafiz Zahabi Rh.a, Hafiz Ibnu Hajar Rh.a, Allamah Aini Rh.a, Hafiz Sakhawi Rh.a dan Hafiz Iraqi Rh.a. Pada Zaman akhir ini secara ghalibnya ulamak yang mendapat kedudukan ini adalah Allamah Anuar Syah Kasymiri Rh.a.
Dar Al-Hadith Al-Asyrafiyyah Institusi Hadis Tertua
MUNGKIN tidak ramai yang menyedari pada 27 Oktober 2020 (10 Rabiulawal 1442H) lalu, wafatnya syeikh terakhir yang memegang jawatan Syeikh Dar al-Hadith al-Asyrafiyyah di Dimasyq, Syria iaitu Syeikh Husain Sa'biyyah. Beliau menyandang jawatan berkenaan sejak 1985 selepas kewafatan Syeikh Mahmud ar-Rankusi, Syeikh Dar al-Hadith al-Asyrafiyyah sebelumnya.
Dar al-Hadith al-Asyrafiyyah (DHA) antara institusi hadis tertua yang mempunyai sejarah lebih 800 tahun. Di sini, banyak kitab hadis dikhatamkan terutama Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim serta banyak karya besar dihasilkan ulamanya hingga menjadi rujukan umat Islam sehingga kini. Ramai penuntut ilmu datang dari serata ceruk untuk mempelajari hadis, lantas melahirkan ramai ulama yang terkenal.
Baca selanjutnya di: https://www.hmetro.com.my/addin/2020/12/657402/dar-al-hadith-al-asyrafiyyah-institusi-hadis-tertua
Ditulis Oleh: Dr. Mohd Khafidz Soroni, Ketua Unit Hadis & Penyelidikan, Institut Kajian Hadis & Aqidah (INHAD), KUIS
له عليه وسلم - ثم نطهر فيأمرنا رسول الله - صلى الله عليه وسلم - بقضاء الصيام، ولا يأمرنا بقضاء الصلاة
قلت: وعبيدة ضعيف جدا قد اتفق أئمة النقل على تضعيفه إلا أنهم لم يتهموه بالكذب ولحديثه أصل من حديث معاذة، عن عائشة - رضي الله تعالى عنها - مخرج في الصحيح، فلهذا وصفه بالحسن
" Aku (ibnu Hajar) berkata: dan Abidah sangat lemah. Ulama hadis bersepakat tentang kelemahannya, tetapi mereka tidak menuduhnya dengan penipuan. Hadisnya terdapat asal dari hadis Mu'azah dari Aisyah RA yang dikeluarkan dalam sahih. Oleh kerana itu, beliau (imam Termizi) menyifatkan ia hasan "
Hadis mungkar pada sisi beberapa ulama Mutaqaddimin boleh disokong dan dikuatkan dengan sokongan dan mutaba'ah. Ini dibincang dengan panjang lebar oleh ibnu Rajab dan dibawa berapa contoh. Rumusan imam ibnu Rajab seperti berikut:
فتلخص من هذا أن النكارة لا تزول عند يحيى القطان والإمام أحمد والبرديجي وغيرهم من المتقدمين إلا بالمتابعة، وكذلك الشذوذ كما حكاه الحاكم
[ابن رجب الحنبلي، شرح علل الترمذي، ٦٥٩/٢]
" Tersimpul dari semua ini bahawa nakarah tidak hilang di sisi Yahya al Qattan, imam Ahmad, al Bardiji dan selain mereka daripada Mutaqaddimin kecuali dengan mutaba'ah. Begitu juga Syuzuz seperti yang dinukilkan oleh al Hakim "
8. Adakah terdapat perbezaan ulama sebenarnya dalam kaedah ini? Jika berdasarkan zahir ulasan al Munziri yang dinukil di atas, mungkin terdapat perbezaan di kalangan ulama dalam kaedah ini. Apatah lagi, imam Zarkashi menukilkan pendapat ibnu Hazm yang langsung tidak menerima syawahid dan mutaba'ah dalam semua keadaan. Selain dua petunjuk ini, saya tidak menjumpai petanda lain tentang kewujudan perbezaan metodologi ulama dalam kaedah ini.
Mungkin terdapat yang menyangka ia berbeza dengan pandangan ulama seperti ibnu Solah dan lain lain yang menulis, terdapat jenis dhaif yang tidak boleh ditampung dan boleh ditampung. Menurut Sheikh Professor Dr. Ahmad Ma'bad Abdul Karim, pembahagian itu merujuk kepada tampungan satu jalur yang sama taraf dengan asal, yang menguatkan dhaif kepada hadis hasan. Kaedah ini mengenai jalur tampungan yang banyak dan menguatkan dari sangat lemah kepada lemah. Tambahan pula, corak penulisan ulama yang dinukilkan sebelum ini, memasukkan kaedah ini dalam Syarah alfiah sebagai contoh, menampakkan tiada percanggahan tetapi pelengkap kepada kaedah sedia ada.
9. Walaupun begitu, kaedah ini bersyarat seperti yang boleh dilihat pada nukilan di atas. Syarat yang jelas ialah pada 'banyak'. Namun tiada yang menjelaskan pasal kuantiti ini. Mungkin ia subjektif dan bergantung kepada kemampuan syawahid dan mutaba'ah untuk menampung. Sama seperti bilangan jalur dan sumber untuk mencapai hadis Mutawatir. Khilaf besar. Pada Sheikh Ahmad Ma'bad, jalurnya mesti tiga ke atas. Terdapat syarat tiada unsur kesepakatan sengaja pada sokongan, dan juga syarat lain.
Sekadar pandangan peribadi penulis. Tiada unsur tuntas pada perbahasan seorang muqallid.
Wallahualam
فتح المغيث بشرح ألفية الحديث، ٩٧/١]
Ia adalah pegangan imam al Munawi seperti dalam Faidhul Qadir
لكن يكسبه بعض قوة ما رواه الحارث ابن أبي أسامة والديلمي بسند واه استشيروا ذوي العقول ترشدوا به يصير ضعيفا متماسكا ولا يرتقي إلى الحسن لأن الضعيف وإن كان لكذب أو إتهام بوضع أو لنحو سوء حفظ الراوي وجهالته وقلة الشواهد والمتابعات فلا يرقيه إلى الحسن لكن يصيره بحيث يعمل به في الفضائل
فيض القدير ١/٤٨٩ — المناوي (ت ١٠٣١)
Ia adalah pegangan dan metodologi ulama yang menulis mengenai hadis palsu seperti ibnu Araq
والحَدِيث مُنكر إذا تعدّدت طرقه ارْتقى إلى دَرَجَة الضَّعِيف القَرِيب بل رُبما يرتقي إلى الحسن، وهَذا الحَدِيث ورد من رِوايَة أحد عشر صحابيا بعدة طرق وتلك عدَّة التَّواتُر فِي رأى قوم.
تنزيه الشريعة المرفوعة عن الأخبار الشنيعة الموضوعة ١/٣٨٣ — ابن عراق (ت ٩٦٣)
Dinukilkan juga bahawa ia adalah pegangan imam al Ramli
الحديث الشديدة الضعف إذا انضم بعضها إلى بعض يحتج بها في هذا الباب
4. Ulama sebelum ibnu Hajar juga mengeluarkan penyataan atau isyarat yang membuktikan kaedah ini telah wujud sekian lama, dan ibnu Hajar bukanlah pereka, pengasas atau pelopor formula ini. Antara ulama sebelum yang dimaksudkan ialah;
Imam Nawawi dalam pendahuluan kitab hadis 40. Menurut ibnu Hajar, kaedah yang difahami dari perkataan imam Nawawi bahawa hadis kelebihan menyampaikan 40 hadis telah disepakati oleh ulama hadis tentang kelemahannya, walaupun banyak jalurnya. Tetapi boleh diamalkan dalam fadhail amal.
وَعَلى ذَلِكَ يُحْمَلُ مَا أَخْبَرَنَا بِهِ أَبُو الْحَسَنِ مُحَمَّدُ بْنِ عَلِيِّ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ عُقَيْلٍ أَنا أَبُو الْفَرَجِ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ الْحَمِيدِ بْنِ عَبْدِ الْهَادِي أَنا شَيْخُ الإِسْلامِ أَبُو زَكَرِيَّا يَحْيَى بن شرف النَّوَوِيّ رَحمَه الله فِي خطْبَة الأَرْبَعِينَ لَهُ قَالَ وَقَدِ اتَّفَقَ الْعُلَمَاءُ عَلَى جَوَازِ الْعَمَلِ بِالْحَدَيِثِ الضَّعِيفِ فِي فَضَائِلِ الأَعْمَالِ وَقَالَ بَعْدَ أَنْ ذَكَرَ هَذَا الْحَدِيثَ اتَّفَقَ الْحُفَّاظُ عَلَى أَنَّهُ حَدِيثٌ ضَعِيفٌ وَإِنْ كَثُرَتْ طُرُقُهُ
[ابن حجر العسقلاني، الإمتاع بالأربعين المتباينة السماع، صفحة ٧١]
Jika hadis kelebihan menyampaikan 40 hadis, setiap satu jalurnya dhaif ringan, tentunya ia telah meningkat naik kepada Hasan. Namun setiap jalurnya adalah sangat lemah. Tetapi jalurnya yang banyak memungkinkan ia diamalkan dalam fadhail amal setelah diangkat menjadi dhaif.
Imam ibnu Asakir. Beliau juga memberi komentar terhadap hadis kelebihan menyampaikan 40 hadis yang setiap jalurnya adalah sangat lemah dengan berkata:
...بأسانيد فِيهَا كُلَّهَا مَقَالٌ لَيْسَ فِيهَا ولافى مَا تقدمها للتصحيح مجَال وَلَكِن الأَحَادِيثَ الضَّعِيفَةَ إِذَا ضُمَّ بَعْضُهَا إِلَى بعض أخذت قُوَّة لَا سِيمَا مَا لَيْسَ فِيهِ إِثْبَاتُ فَرْضٍ
[ابن عساكر، أبو القاسم، الأربعون البلدانية لابن عساكر، صفحة ٢٥]
" ... dengan sanad sanad yang kesemuanya dipertikaikan dan tiada ruang baginya dan sebelumnya untuk disahihkan. Tetapi hadis yang dhaif apabila digabungkan sebahagian kepada sebahagian yang lain, ia mengambil kekuatan terutama perkara yang tiada penentuan wajib "
Imam al Silafi. Beliau telah menilai hadis kelebihan menyampaikan 40 hadis sebagai hasan walaupun setiap jalurnya sangat lemah. Ini ditegur oleh ibnu Hajar bahawa ia tidak sampai peringkat itu. Namun yang menarik ialah komen al Munziri kepada tindakan al Silafi:
أجاب عنه المنذري بأنه يمكن أن يكون سلك في ذلك مسلك من رأى أن الأحاديث الضعيفة إذا انضم بعضها إلى بعض. . أحدثت قوةً
[ابن حجر الهيتمي، الفتح المبين بشرح الأربعين، صفحة ١٠٦]
" Al Munziri menjawab tentangnya bahawa beliau mungkin mengikuti cara orang yang berpandangan, hadis yang dhaif apabila digabungkan sebahagian kepada sebahagian lain akan menimbulkan kekuatan "
Imam ibnu Taimiyah ada menyebut konsep sokongan pada hadis yang dhaif dengan panjang lebar. Menarik untuk diperhatikan. Antara penyataannya:
فإن تعدد الطرق وكثرتها يقوى بعضها بعضا حتى قد يحصل العلم بها ولو كان الناقلون فجارا فساقا فكيف إذا كانوا علماء عدولا
" Sesungguhnya kepelbagaian jalur dan banyaknya menguatkan sebahagiannya dengan sebahagian lain sehingga mungkin boleh terbit keyakinan dengannya, walaupun orang-orang yang menukilnya adalah orang jahat fasi
engambil berkat dengan solat di tempat solat Rasulullah SAW di Raudhah yang mulia, masuk ke gua yang pernah dimasuki oleh Nabi SAW dan lain lain lagi ]
Menurut al Maqqari (m/s 482), ulama mazhab Maliki di Maghrib yang berbuat demikian kepada lakaran capal sebenarnya bertaklid kepada pendapat yang membolehkannya.
6. Mungkin contoh terdekat untuk memahami bagaimana keharusan mengusap dan mencium lakaran capal ialah apa yang dibuat pada kubur Baginda SAW. Ini pada pandangan yang mengharuskan demikian. Kubur Nabi SAW yang merujuk tanah dan binaan di atasnya, bukanlah athar peninggalan, barang pemilikan atau benda yang pernah disentuh oleh Baginda SAW. Ia dikaitkan dengan Baginda kerana jauh bawahnya bersemadi jasad Rasulullah SAW. Begitu juga dengan lakaran capal. Ia bukan athar peninggalan, barang pemilikan atau benda yang pernah disentuh oleh Baginda SAW. Ia terkait kerana itu adalah gambar salah satu pakaian baginda SAW. Matlamat pada keduanya ialah pada Baginda SAW yang dikaitkan.
Oleh itu, ketika sahabat Abu Ayub al Ansari ditanya kenapa meletakkan wajahnya ke kubur Nabi SAW, beliau menjawab:
جِئْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَمْ آتِ الْحَجَرَ
[الحاكم، أبو عبد الله، المستدرك على الصحيحين للحاكم، ٥٦٠/٤]
[ Aku datang kepada Rasulullah SAW. Aku bukan datang kepada batu ]
Makna yang sama pada mereka yang bertawassul dengan lakaran capal. Abul Yumn Ibnu Asakir meriwayatkan dengan sanadnya daripada Abu Ja'far Ahmad bin Abdul Majid, sebuah doa tawasul yang berbunyi:
اللهم أرني بركة صاحب هذه النعل
[ Ya Allah. Perlihatkan kepadaku keberkatan tuan punya capal ini ]
Kata penyair
ما حب النعال شغفن قلبي * ولكـن حب من لبـس النعالا
[ Bukanlah kasih kepada capal yang menjerut hatiku
Tetapi kasih kepada orang yang memakai capal ]
Perlu ditekankan sekali lagi, pandangan kedua ini hanya mengharuskan. Bukan sunat, sunnah mahupun wajib.
7. Kedapatan ulama yang meluaskan ruang lingkup tabarruk. Antaranya ibnu Qudamah, muhaqqiq mazhab Hanbali, menulis pada awal kitab al Mughni;
فنتبرك بكتابه ونجعل الشرح مرتبا على مسائله وأبوابه
[ Kami bertabaruk dengan kitabnya dan menjadikan syarah tersusun mengikut masalah dan babnya ]
Sekadar pandangan dan pemerhatian peribadi.
Wallahualam
ku melihat kamu melakukan empat perkara yang aku tidak pernah melihat seorang pun di kalangan sahabat kamu berbuat demikian. Kata Abdullah bin Umar: Apakah dia wahai ibnu Juraij. Kata ibnu Juraij: Aku melihat kamu tidak menyentuh penjuru Kaabah kecuali dua penjuru Yamani. Aku melihat kamu memakai capal sibtiyyah ..... Kata Abdullah bin Umar: Adapun penjuru Kaabah, aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW menyentuh kecuali dua penjuru Yamani. Adapun capal sibtiyyah, aku melihat Rasulullah SAW memakai capal yang tiada berbulu dan berwuduk dengannya, maka aku juga suka memakainya ]
عَدِيُّ بْنُ الْفَضْلِ قَالَ: قَالَ لِي أَيُّوبُ، " احْذُ نَعْلَيْنِ عَلَى نَحْوِ حَذْوِ نَعْلِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: فَفَعَلْتُ فَلَبِسَهَا أَيَّامًا ثُمَّ تَرَكَهَا فَقُلْتُ لَهُ فِي ذَلِكَ فَقَالَ: لَمْ أَرَ النَّاسَ يَلْبَسُونَهَا "
[ابن أبي الدنيا، التواضع والخمول لابن أبي الدنيا، صفحة ٨٦]
[ Adiy bin al Fadhl berkata: Ayub berkata kepadaku: Buatkan sepasang capal sama seperti capal Rasulullah SAW. Adiy berkata: Aku lakukannya dan beliau memakainya beberapa hari kemudian meninggalkannya. Lalu aku bertanya kepadanya mengenai perkara tersebut. Ayub menjawab: Aku tidak melihat orang ramai memakainya ]
عن الحسين بن الوليد .... فسألتُ عن الصّاعِ فقالوا: صاعُنا هَذا صاعُ رسولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-. قُلتُ لَهُم: ما حُجَّتُكُم في ذَلِكَ؟ فقالوا: نأتيكَ بالحُجَّةِ عَندَنا. فلَمّا أصبَحتُ أتانِى نَحوٌ مِن خَمسينَ شَيخًا مِن أبناءِ المُهاجِرينَ والأنصارِ مَعَ كُلِّ رَجُلٍ مِنهُمُ الصّاعُ تَحتَ رِدائِه، كُلُّ رَجُلٍ مِنهُم يُخبِرُ عن أبيه أو أهلِ بَيتِه، أنَّ هَذا صاعُ رسولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-. فنَظَرتُ فإِذا هِىَ سَواءٌ.
[أبو بكر البيهقي، السنن الكبرى للبيهقي ت التركي، ٢٩٨/٨]
[ Dari Hussein bin Walid .... Beliau bertanya mengenai sa' (sejenis sukatan). Mereka (penduduk Madinah) berkata: Sa' kami ini adalah sa' Rasulullah SAW. Aku berkata: Apakah hujah kamu mengenainya?. Mereka berkata: Kami akan bawa hujah kami. Apabila aku bangun pagi esok, lebih kurang 50 orang veteran dari anak pinak Muhajirin dan Ansar dan setiap seorang membawa satu sa' di bawah kain selendang. Setiap seorang memberitahu (menukilkan) dari bapanya atau ahli keluarganya bahawa ini adalah sa' Rasulullah SAW. Aku melihat dan mendapati semuanya adalah sama ]
Antara aktiviti duplikasi ialah bekas 'Mud' yang digunakan oleh Zaid bin Thabit bagi pihak Nabi SAW. Ia telah di duplikasi secara turun temurun dan diriwayatkan secara bersanad. Musnid Mekah sekarang, Sheikh Abdul Wakil al Hasyimi antara yang popular meriwayatkan hadis musalsal ini.
4. Mungkin timbul persoalan, mengapa ramai ulama membuat lakaran capal sedangkan capal Nabi SAW masih wujud, walaupun sekadar dakwaan? Mengapa ada yang membesarkan capal atau lakarannya, sedangkan para sahabat tidak berbuat demikian?
Membandingkan para sahabat dengan umat Islam terkemudian atau menuntut tauladan mereka dalam hal ini tidak begitu tepat. Ini kerana para sahabat telah berjumpa, bersahabat, berinteraksi, berbual mesra, memandang ke wajahnya, melihatnya tersenyum, mengambil berkat dari peluh, bekas, sentuhan, darah, rambut, doa dan lain lain secara langsung dengan Baginda SAW. Sahabat seperti Abdul Rahman bin Auf dan Aisyah RA melihat makanan pun boleh menangis terkenang kembali kenangan bersama Baginda SAW. Abu Hurairah apabila menyapu hingus pun boleh terkenang kembali Rasulullah SAW. Begitu rapat dan beruntung para sahabat RA yang berkesempatan hidup bersama Baginda SAW.
Manakala umat terkemudian bermula dari tabien langsung tidak mempunyai kesempatan seperti ini kecuali membaca dan mendengar kisahnya, mengikuti sirah kehidupannya, memperingati peristiwa penting dalam kehidupan, bertabaruk dengan kesan peninggalannya, membaca sabdanya dan berusaha untuk mengikutinya dan lain lain yang bukan interaksi langsung dengan Baginda SAW.
Perbezaan kesempatan dalam mendapatkan habuan dan barakah yang mulia ini menyebabkan perbezaan dari sudut keupayaan, ruang lingkup dan kesempatan untuk mengingati, memuliakan dan menghormati Baginda SAW.
Neraca inilah yang difahami oleh imam al Zahabi ket
1. Heboh seketika mengenai pameran yang menayangkan barang yang didakwa sebagai athar Nabi SAW. Perasan berbaur baur ketika mengikuti perkembangan ini. Terkejut, kebingungan dan hairan. Hairan apabila melihat pelbagai barangan yang sebahagiannya meragukan. Terkejut kerana dikatakan pernah dianjurkan juga oleh pihak berautoriti.
Dakwaan sebegini perlu kepada pembuktian. Bukan pembuktian tahap yakin pun, kerana urusan nisbah dan pemilikan hatta di kalangan manusia hidup juga masih berkisar pada tahap kemungkinan besar sahaja. Dakwaan perlu disertakan dengan asal usul atau susur galur, walaupun lemah seperti yang dibangkitkan oleh imam ibnul Ajami terhadap dakwaan bekas kaki Nabi SAW di batu batan. Dakwaan tanpa asal dan sanad atau tidak ditemui dalam catatan hadis dan sejarah; tidak boleh diterima. Pada pandangan Sheikh Abdul Ghani al Nabulsi, populariti dan tersebar luas dalam pengetahuan ramai sejak berzaman juga sudah mencukupi. Ini tentunya perlu dibuktikan pada athar yang muncul tiba tiba di hari pameran.
2. Minat dan kasih kepada Nabi SAW nampaknya perlu dipandu. Jika pilihan terpaksa dibuat antara pelbagai athar Nabi SAW untuk dirasai oleh pancaindera bagi melepas dan melegakan rindu dan cinta, secara peribadi saya cenderung kepada lakaran capal Nabi SAW.
Athar Nabawi di Mesir walaupun susur galurnya dimaklumi dan disebut oleh ulama dalam kitab mereka, ia diluar jangkauan dan kemampuan majoriti umat. Tambahan lagi ia bukan untuk tatapan umum. Athar di Muzium Turki pula sebahagiannya meragukan, walaupun sebahagian lagi kemungkinan benar dan mempunyai jalur sejarah pada catatan sejarawan khilafah Uthmaniyah.
Lakaran capal pula sanad dan susur galur sejarahnya jelas. Ditambah lagi dengan capaian yang mudah. Lakaran capal, walaupun ia bukan asli dan boleh dikategori sebagai duplicate, ia peniruan yang benar kepada athar yang benar. Sekurang kurangnya terdapat 2 jalur sejarah pada lakaran capal, iaitu;
a) jalur Ismail bin Abi Uwais (W226h)
Abul Qasim ibnu Asakir meriwayatkan dari beberapa gurunya dari Abdul Aziz bin Ahmad al Kattani dari Abu Talib al Anbari al Basri sehingga Ismail bin Abdullah bin Uwais; setiap perawi bermula Abu Talib al Basri telah melakarkan gambar capal berdasarkan gambar capal gurunya sehingga ke lakaran capal Nabi SAW yang di miliki oleh Ismail bin Abdullah bin Uwais. Berikut adalah nasnya tanpa terjemahan:
قال عبد العزيز وأخرج الي أبو طالب عبد الله بن الحسن تمثالا فذكر أن أبا بكر محمد بن عدي بن علي بن زحر المنقري أخرج إليه تمثالا فذكر أن أبا عثمان سعيد بن الحسن بن علي التستري أخرج إليه تمثالا فذكر أنه تمثال لنعل رسول الله (صلى الله عليه وسلم) وأن أحمد بن محمد ألفزاري أخرج ذلك إليه بأصبهان وحدثه به قال ونا أبو طالب قال وحدثني محمد بن عدي بن علي بن زحر المنقري حدثني سعيد بن الحسن التستري بتستر أنا أحمد بن محمد ألفزاري قال قال أبو اسحاق إبراهيم بن الحسن قال قال أبو عبد الله إسماعيل بن أبي أويس واسم أبي أويس عبد الله بن عبد الله بن أويس بن مالك بن أبي عامر الأصبحي قال كانت نعل رسول الله (صلى الله عليه وسلم) الذي حذيت هذه النعل على مثالها عند إسماعيل بن عبد الله بن أويس الحذاء فحذا مثال هذا النعل بحضرته على مثال نعل رسول الله (صلى الله عليه وسلم) مثلها سواء ولها قبالان
[ابن عساكر، أبو القاسم، تاريخ دمشق لابن عساكر، ٣٦٣/٢٧]
Ibnu Abdil Malik al Marakisyi juga meriwayatkan dengan sanad yang berbeza dari jalur Ismail bin Abdullah bin Uwais. Setiap perawinya juga melakarkan gambar capal dari gurunya sehingga ke Ismail bin Abi Uwais. Menurut Ismail bin Abi Uwais, capal Nabi SAW yang asal berada pada Ismail bin Ibrahim bin Abdullah bin Abdul Rahman bin Abi Rabi'ah al Makhzumi. Abdullah bin Abdul Rahman al Makhzumi merupakan suami kepada saudara perempuan Aishah RA iaitu Ummu Kalthum yang memiliki capal Nabi SAW dari Aishah RA isteri Baginda SAW.
[ابن عبد الملك المراكشي، الذيل والتكملة لكتابي الموصول والصلة، ٥٠٤/١]
b) jalur capal ibnu Abil Hadid di Darul Hadis al Asyrafiyyah.
Capal Nabi SAW yang diletakkan dalam pusat pengajian hadis yang masyhur di Damsyik ini amat popular. Ia telah diletakkan disitu sejak awal penubuhannya oleh al Malik al Asyraf. Ibnu Kathir dalam al Bidayah menukilkan, Darul H
Dalam salah satu sesi daurah kitab Nuzhatun Nazor,
salah seorang bertanya: Mengapa Imam al-Bukhari dan Muslim masukkan juga hadis yang terdapat 'illah dalam kitab mereka sedangkan jika mengikut definisi, hadis sahih tidak sepatutnya mengandungi 'illah?
Apa yang hamba boleh jawab: Imam al-Bukhari dan Muslim (Syaikhan) memasukkan hadis begitu dalam kitab mereka kerana beberapa sebab:
1. Kerana sanad yang mempunyai 'illah itu lebih tinggi.
Dengan kata lain: Hadis itu diriwayatkan dengan dua sanad. Sanad yang pertama sahih dan tiada 'illah manakala yang kedua ada 'illah. Namun Syaikhan memilih sanad yang ada 'illah untuk dimasukkan dalam kitab mereka kerana sanad tersebut lebih tinggi (para ulama hadis memang lebih menggemari sanad yang lebih tinggi). Perkara ini dijelaskan oleh al-Hafiz Abu Bakr al-Hazimi dengan katanya:
قد يكون الحديث عند البخاري ثابتا وله طرق أخرى بعضها أرفع من بعض، غير أنه يحيد أحيانا عن الطريق الأصح لنزوله.
2. Kerana sanad tersebut hanya semata sebagai sokongan (mutaba'at) dan bukannya hadis utama.
3. Kerana ingin mengambil perhatian para pembaca untuk melihat kepada 'illah-nya. Perkara ini seperti yang dijelaskan oleh Syeikhuna al-Muhaddith Dr Mahmud Sa'id Mamduh dalam kitabnya Tanbih al-Muslim Ila Ta'addi al-Albani 'Ala Sahih Muslim (hal. 19) :
وعذر مسلم في إخراج هذا السند هو كونه في المتابعات وليلفت النظر إلى علته.
Selain daripada tiga sebab di atas, terdapat sebab-sebab lain yang dijelaskan oleh para ulama. Seperkara lagi, sebenarnya hadis-hadis Sahihain yang dikritik dan didakwa mengandungi 'illah sebenarnya telah dijawab oleh para ulama seperti Ibn Hajar dan al-Nawawi dalam syarah mereka ke atas Sahihain. Berkata al-Hafiz al-Suyuti dalam Alfiyah-nya:
وانتقدوا عليهما يسيرا --- فكم ترى نحوهما نصيرا
"Dan mereka telah mengkritik sedikit ke atas keduanya (iaitu Sahihain). Kemudian kamu dapat lihat betapa ramai ulama yang menjadi pembela terhadap keduanya".
Semoga tulisan yang ringkas ini bermanfaat.
Ustaz Abdul Rahman
SYARAH SUNAN NASAIE
1. Syarah Sunan al-Nasaie karya Abi al-Hasan, Ali bin Abdullah bin Khalaf, Ibnu al-Ni’mah, al-Ansari al-Andalusi (m. 567H).
2. Syarah Sunan al-Nasaie karya Abi al-‘Abbas, Ahmad bin al-Walid bin Rasyid (m. 563H).
3. Syarah Sunan al-Nasaie karya Sirajuddin Ibnu al-Mulaqqin (m. 804H).
4. Zuhr al-Ruba ‘Ala al-Mujtaba karya Jalaluddin Abdul Rahman bin Abi Bakr al-Sayuthi (m. 911H).
5. ‘Azf Zuhr al-Ruba karya ‘Ali bin Sulaiman al-Dimnati al-Bujam’awi al-Maghribi (m. 1306H).
6. Hashiyah al-Sindi ‘Ala al-Mujtaba karya Abi al-Hasan, Muhammad Abdul Hadi al-Sindi al-Hinddi (m. 1134H).
7. Syuruq Anwar al-Minan al-Kubra al-Ilahiyyah Bi Kasyf Asrar al-Sunan al-Sughra al-Nasaieyyah karya Muhammad al-Mukhtar bin Muhammad bin Ahmad Mazid al-Jakni al-Syanqithi (m. 1405 H).
8. Al-Ta’liqat al-Salafiyyah ‘Ala Sunan al-Nasaie karya Abi al-Tayyib Muhammad ‘Athaillah Hanif al-Fujani (m. 1409H).
9. Al-Faidh al-Sama’ie ‘Ala Sunan al-Nasaie karya Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi (m. 1302H).
10. Hasyiah As-Suyuthi.
Dan banyak lagi. Kitab paling terkenal ialah no.6 dan no.10.SYARAH SUNAN IBNU MAJAH
1. Syarah Sunan Ibnu Majah karya Ali bin Abdullah bin al-Ni’mah al-Ansari al-Balansi (m. 750H).
2. Syarah Sunan Ibnu Majah karya Muwaffiq al-Din , Abi Muhammad, Abdul Latif al-Baghdadi al-Syafi’e (m. 629H).
3. Syarah Sunan Ibnu Majah karya Sa’d al-Din, Abi Muhammad, Mas’ud bin Ahmad al-‘Iraqi al-Misri al-Hanbali (m. 711H).
4. Al-I’lam Bi Sunnatihi ‘Alaihi al-Salam karya ‘Ala’ al-Din, Mughlathai bin Qulaij al-Hanafi (m. 762 H).
5. Ma Tamassa Ilaihi al-Hajah ‘Ala Sunan Ibnu Majah karya Sirajuddin ‘Umar bin Ali ibnu al-Mulaqqin al-Misri (m. 804H).
6. Al-Dibajah Fi Syarh Sunan Ibnu Majah karya Muhammad bin Musa bin Isa bin ‘Ali al-Kamal, Abi al-Baqa’ al-Damiri al-Syafi’e (m. 808H).
7. Misbah al-Zujajah Fi Zawaid Ibnu Majah karya Ahmad bin Abi Bakar bin Ismail al-Busiri (m. 840H).
8. Ta’liq ‘Ala Sunan Ibnu Majah karya Ibrahim bin Muhammad bin Khalil al-Burhan al-Tharabulusi, dikenali sebagai Sabth ibnu al-‘Ajmi al-Halabi (m. 841H).
9. Syarah Sunan Ibnu Majah karya Muhammad bin Rajab bin Abdul ‘Aal bin Musan bin Ahmad bin Muhammad bin Abdul Karim, Syamsuddin al-Zubairi.
10. Misbah al-Zujajah ‘Ala Sunan Ibnu Majah karya Jalaluddin Abdul Rahman ibnu Abi Bakr al-Sayuthi (m. 911H).
11. Ma Tad’u Ilaihi al-Hajah ‘Ala Sunan Ibnu Majah karya Syamsuddin, Abi al-Rida Muhammad bin Hasan al-Zabidi al-Syafi’e.
12. Syarah Sunan Ibnu Majah karya Abi al-Hasan, Nur al-Din Muhammad bin Abdul Hadi al-Sindi al-Hanafi (m. 1138H).
13. Injah al-Hajah karya Abdul Ghani al-Dehlawi bin Abi Sa’id al-Mujaddidi (m. 1296H).
14. Nur Misbah al-Zujajah ‘Ala Sunan Ibnu Majah karya Ali bin Sulaiman al-Dimnati al-Maliki al-Maghribi (m. 1306H).
15. Hashiyyah ‘Ala Sunan Ibnu Majah karya Fakhr al-Hasan bin Abdul Rahman bin Habib Allah al-Kankuhi (m. 1315H).
16. Miftah al-Hajah Bi Syarh Sunan Ibnu Majah karya Syeikh Muhammad al-‘Alawi al-Hairadabadi (m. 1366H).
17. Ihda’ al-Dibajah Bi Syarh Sunan Ibnu Majah karya Sofa’ al-Dhawwi Ahmad al-‘Adawi
17. Syarah Sunan Ibnu Majah karya Syeikh Muhammad Al-Amin Al-Harari.
Dan banyak lagi. Syarah paling tebal ialah no.17 iaitu 26 jilid.
Disediakan oleh:
Hafiz Al-Za'farani {HAZA}
[Live@Home: 40 HADIS JAWAMI' AL-KALIM : siri II]
Assalamualaikum WBT,
Institut kajian hadis & akidah (INHAD) akan mengadakan Live Talk “40 HADIS JAWAMI' AL-KALIM : siri II”
📌 Bersama panel kita:
👉🏻 Panel : Dr. Mohd Khafidz bin Soroni
Ketua Unit Hadis Institut Kajian Hadis & Akidah (INHAD), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS).
🗓 Tarikh: 27 April 2020
Hari : Isnin
🏛Tempat: Facebook
Institut kajian hadis & akidah
🕗 Masa: 10:30 AM
INSTITUT KAJIAN HADIS & AKIDAH (INHAD), KUIS
MENJAWAB KEKELIRUAN SEBAHAGIAN TOP 5 LEMAH ATAU PALSU TENTANG RAMADHAN
🔴Soalan : Assalamu'alaikum ustaz, mohon pencerahan mengenai video yang ditularkan di atas. Seolah-olah salah besar mengamalkan sebahagian hadis-hadis yang disebutkan ?
🔵ULASAN : Dr Mohd Khafidz bin Soroni
Oleh kerana berlaku kekeliruan dalam sesetengah masyarakat, maka izinkan saya untuk mengulas sedikit pada hadis-hadis yang diutarakan. Tanpa menafikan ada penilaian hadis yang sama-sama dipersetujui, namun ada dua buah hadis yang perlu kepada penjelasan dan ulasan lanjut kerana kedaifan hadis-hadis tersebut secara umum tidak terlalu teruk dan masih boleh diguna pakai sebagai fadhail amal sekurang-kurangnya, iaitu;
Hadis i: TIDUR ORANG YANG BERPUASA ADALAH IBADAH
Iaitu hadis:
" نوم الصائم عبادة وصمته تسبيح وعمله مضاعف ودعاؤه مستجاب وذنبه مغفور"
Hadis ini riwayat al-Baihaqi dlm Syu‘ab al-Iman drpd ‘Abdullah bin Abi Awfa RA melalui 3 jalan riwayat. Kata al-Baihaqi bagi jalan riwayat ke 2 dan ke 3: “Ma‘ruf bin Hassan, daif dan Sulaiman bin ‘Amru al-Nakha‘i, lbh daif lagi daripadanya”. Manakala, jalan riwayat pertama tidak diulas oleh al-Baihaqi. Namun, kelemahannya masih ada kerana ‘Abd al-Malik bin ‘Umair menurut Ahmad adalah bercelaru hadisnya, dan menurut Ibn Ma‘in, seorg yg bercampur aduk hafazannya, dan menurut Abu Hatim, bukan hafiz. Demikian ulasan al-Munawi di dlm Faidh al-Qadir. al-Hafiz as-Suyuti di dalam al-Jami‘ as-Saghir mengisyaratkan hadis ini sebagai daif. Demikian juga penilaian Mulla al-Qari di dalam al-Asrar al-Marfu‘ah.
al-Hafiz al-‘Iraqi menambah bahawa hadis ini turut diriwayatkan dalam Amali Ibn Mandah daripada riwayat Ibn al-Mughirah daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA dengan sanad yg daif. Cuma lafaz (الصائم) ditukar kepada lafaz (العالم). Kata al-‘Iraqi: “Boleh jadi ‘Abdullah bin ‘Amru RA, kerana ulama tidak menyebut bagi Ibn al-Mughirah sebarang riwayat lain melainkan daripadanya”. Kata al-‘Iraqi lagi: “Juga diriwayatkan oleh Abu Mansur ad-Dailami dlm Musnad al-Firdaus daripada hadis ‘Abdullah bin Abi Awfa RA, namun pada sanadnya ada Sulaiman bin ‘Amru al-Nakha‘i, salah seorg pendusta”. Iaitu sepertimana dalam salah satu jalan riwayat al-Baihaqi di atas.
Sayyidi Ahmad al-Ghumari (w. 1380H) di dlm kitab al-Mudawi telah membawakan dua riwayat sokongan drpd hadis Ibn Mas‘ud RA [riwayat Abu Nu‘aim dlm al-Hilyah];
dan hadis ‘Ali bin Abi Talib RA [riwayat Hamzah as-Sahmi dalam Tarikh Jurjan dan Abu Talib al-Haruni dlm Amalinya].
Namun, kedua-duanya bersanad daif. Apa pun, kesemua jalan riwayat ini saling kuat menguatkan antara satu sama lain dan kemungkinan menunjukkan hadis ini ada asalnya daripada Nabi SAW.
Dikatakan, hadis ini bercanggah dengan hadis sahih: (من قام رمضان ايمانا واحتسابا). Namun, saya tidak pasti apa percanggahannya kerana hadis di atas tentang kelebihan orang yang berpuasa secara umum, sedangkan hadis sahih tersebut berkaitan qiyam Ramadhan (solat tarawih). Apakah orang yang berqiyam tidak tidur sepanjang malam dan siang?
al-Hafiz Ibn Rajab (w. 795H) dlm Lata’if al-Ma‘arif ada memberikan penjelasan yg cukup baik berkenaan maksud hadis ini. Kata beliau: “Jika dia berniat dengan makan dan minumnya supaya kuat badannya untuk berqiyam dan puasa, maka dia beroleh pahala dengan sebab itu. Sepertimana jika dia berniat dengan tidurnya pada malam dan siang hari supaya kuat untuk beramal, maka tidurnya itu adalah ibadah. Di dalam sebuah hadis marfu‘: ‘Tidur orang yang berpuasa itu ibadah’. Kata Hafsah binti Sirin: Menurut Abu al-‘Aliyah: ‘Org yang berpuasa itu di dalam ibadah selama mana dia tidak mengumpat seseorg, walau dia tidur di atas tilamnya sekalipun’. Lalu Hafsah sering berkata: ‘Alangkah untungnya ibadah, sedang aku tidur di atas tilamku’. Ia dikeluarkan oleh ‘Abd al-Razzaq.”
KAEDAH KETUJUH
Sekiranya terdapat mana-mana hadis dhaif yang( muayyad bit ta’amul) yakni amalan Para Sahabat dan Tabien terbukti berdasarkan hadis itu, maka hadis itu adalah layak untuk dijadikan dalil walaupun ianya dhaif (sepertimana yang dijelaskan oleh Imam Al-jassas dalam “Ahkamul Quran” dan ramai di kalangan Muhaddisin dan Usuliyyin). Contohnya hadis “Talak bagi hamba perempuan adalah dua talak dan iddahnya dua haidh” adalah dhaif. Akan tetapi disebabkan (ta’amul), hadis ini adalah layak untuk dijadikan dalil. Oleh itu, Imam Tirmizi menulis di bawah hadis ini : “Hadis ini gharib dan kita tidak mengetahuinya sebagai marfu’ melainkan dari hadis Mazahir Bin Aslam dan Ahli Ilmu di kalangan Sahabat NAbi saw mengamalkan hadis ini." (Tirmizi Jilid 1, Abwabut Talak). Begitu juga dengan hadis “Tiada wasiat bagi waris” dan dan hadis “ Pembunuh tidak boleh mewarisi” kedua-duanya terdapat sanad yang dhaif, akan tetapi disebabkan mendapat penerimaan ulamak menyebabkan ianya layak dijadikan dalil.
KAEDAH KELAPAN
Sekiranya terdapat dua hadis yang layak dijadikan dalil bertembung di antara keduanya, maka sebahagian Fuqaha dan Muhaddisin secara mutlaknya mereka mentarjih (mengutamakan) hadis yang mempunyai sanad yang paling kuat dan menganggapnya sebagai “Asahhu Ma Fil Bab” yang paling sahih di dalam bab demikian. Akan tetapi di sisi Imam Abu HAnifah Rh.a, beliau akan mengutamakan hadis-hadis yang paling menepati Al-Quran dan Usul Syariat samada dari segi sanad ianya kuat ataupun tidak.
(MAULANA TAQI UTHMANI HAFIZAHULLAHU TAALA MUQADDIMAH DARS TIRMIZI)
ABU LAIBAH
MIFTAHUL ULOOM HULU LANGAT
(40)
KAEDAH KEENAM
Hafiz Ibnu Solah Rh.a telah menerangkan di dalam Muqaddimahnya, apabila kita melabelkan sesuatu hadis itu sebagai sahih, maka ianya tidak bermaksud bahawa hadis itu juga sahih pada nafsul amar (hakikatnya). Malah ianya membawa maksud hadis itu telah melepasi syarat yang telah ditetapkan oleh ulamak hadis untuk diklasifikasikan sebagai sahih. Oleh itu secara ghalib zhon (sangkaan yang kuat) juga bahawa hadis tersebut juga sahih pada hakikatnya. Ini kerana untuk menetapkan sesuatu hadis sebagai sahih pada nafsul amar dengan yakin hanyalah dengan kaedah tawatur. Oleh itu pada hadis sahih juga ada kemungkinan terdapat kesilapan dan kesalahan pada nafsul amar kerana kesilapan dan kelupaan mungkin boleh berlaku walaupun pada seorang yang tsiqah ataupun telah berlaku kecelaruan pada seorang perawi. Oleh itu jika sekiranya telah terbukti melalui dalil-dalil yang lain yang lebih kuat bahawa telah berlaku kecelaruan perawi di dalam satu hadis yang sahih maka hadis sahih itu juga akan ditinggalkan. Misalnya terdapat hadis sahih yang lain bercanggah dengan hadis itu atau hadis itu berselisih dengan mana-mana ayat di dalam Quranul Karim .
Begitu juga bilamana kita mengatakan suatu hadis itu sebagai dhaif, maka ianya tidak semestinya juga dhaif atau bersifat dusta pada nafsul amar. Malah ianya membawa maksud hadis itu tidak melepasi syarat yang telah disepakati ulamak hadis untuk menjadikannya sebagai sahih atau hasan sehingga kita layak untuk beriktimad padanya dengan menjadikannya sebagai asas kepada syariat. Ini kerana adalah berkemungkinan besar bahawa seorang perawi yang dhaif menukilkan perkara yang benar disebabkan seorang perawi yang dhaif itu tidak semestinya sentiasa membuat kesilapan. Akan tetapi adalah tidak harus untuk kita beramal hanya bersandarkan kemungkinan ini selagi mana ianya tidak sabitkan dengan dalil-dalil yang kuat. Oleh itu kadang-kadang kita kita jumpai seorang mujtahid yang mempunyai dalil yang kuat dan dengan berasaskan itu beliau mengutamakan hadis yang berkemungkinan dhaif itu sehingga terpaksa meninggalkan hadis yang sahih. Maka pada waktu itu kita tidak boleh menggelarkan mujtahid itu sebagai seorang yang suka mengamalkan hadis dhaif atau seorang yang meninggalkan hadis sahih. Misal dibawah akan menjelaskan lebih lanjut lagi mengenai masalah ini :-
Imam Tirmizi Rh.a telah menulis di dalam “Kitabul Ilal” bahawa dalam kitabku terdapat dua hadis sahih yang mana tidak diguna pakai oleh mana-mana faqeh. Satunya adalah sebuah hadis riwayat Ibnu Abbas r.a:
“Telah menjamakkan Rasulullah saw di antara zohor dan asar dan diantara maghrib dan isyak di Madinah tanpa sebarang (asbab) ketakutan, ataupun sebab hujan.” (Tirmizi Bab Ma Jaa Fil Jam’ak bainas solatain)
Sedangkan hadis ini dari segi sanadnya adalah layak untuk dijadikan dalil.
Hadis yang kedua adalah hadis Amir Muawwiyah r.a.:-
Sabda Nabi saw,” barangsiapa yang meminum khamar, maka hendak merotannya, dan sekiranya dia mengulanginya pada kali keempat, maka hendaklah ia dibunuh.”
Kedua-dua zahir hadis ini telah ditinggalkan pengamalannya secara ijmak ulamak. Ini kerana terdapat dalil lain yang lebih kuat yang menyebabkan ulamak meninggalkan hadis tersebut. Akan tetapi tidak seorangpun dianggap peninggal Sunnah semata-mata meninggalkan hadis ini.
KAEDAH KETIGA
Kadang-kadang kita dapati dalam satu hadis ulamak berikhtilaf mengenai seorang perawi yang sama. Sebahagian ulamak mentadh’ifkannya dan sebahagian lagi mentausiqkannya (melabelnya sebagai thiqah). Persoalannya pada waktu ini qaul siapakah yang perlu diktibarkan?
Bagi menjawab persoalan ini Maulana Abdul Hay Al Laknowy Rh.a telah membahaskannya secara terperinci di dalam kitabnya “ Al Ajwibah Al Fadhilah” mukasurat 161 sehingga mukasurat 180 yang mana secara kesimpulannya terdapat tiga tarikah untuk mentarjihkan aqwal itu :-
TARIKAH PERTAMA
Jika sekiranya terdapat dua ulamak yang mana salah seorangnya Mutasaahil (bermudah-mudah) di dalam mentashihkan suatu hadis manakala seorang lagi terlalu Muhtaat (berhati-hati) maka pada waktu ini qaul ulamak yang kedua akan diiktibarkan. Contohnya satu hadis telah di tashihkan oleh Hakim Rh.a manakala hadis yang sama telah ditadh’ifkan oleh Hafiz Zahabi Rh.a, maka pada waktu ini qaul Hafiz Zahabi Rh.a akan diiktibarkan.
TARIKAH KEDUA
Sekiranya terdapat dua Muhaddisin yang mana salah seorangnya Mutasyaddid (Keras) dan seorang lagi Mu’tadil (pertengahan) maka pada waktu ini qaul kedua akan diiktibarkan. Contohnya Ibnul Jauzi Rh.a adalah seorang yang mutasyaddid manakala Hafiz Ibnu Hajar Rh.a dan Hafiz Zahabi Rh.a adalah keduanya Mu’tadil. Maka apabila bertembung keduanya, waktu itu qaul kedua Hazrat itu akan diutamakan.
Maulana Abdul Hay Al Lakhnowy Rh.a telah munukilkan dari Hafiz Ibnu Hajar Rh.a bahawa di antara Aimmah Jarh wa Ta’dil mengikut zaman tertentu mempunyai empat Tabqah (generasi). Di dalam tabqah ini Hafiz Ibnu Hajar Rh.a menyatakan diantara Aimmah ini siapa mutasyaddid dan siapa pula mu’tadil.
TABQAH PERTAMA
Syu’bah Rh.a dan Sufyan Thauri Rh.a diantara keduanya Syu’bah adalah lebih mutasyaddid.
TABQAH KEDUA
Yahya Bin Said Qattan Rh.a dan Abdul Rahman Bin Mahdi Rh.a, diantara keduanya Yahya adalah mutasyaddid.
TABQAH KETIGA
Yahya Bin Main Rh.a dan Ali Ibnul Madini Rh.a, di antara keduanya Yahya Bin Main adalah mutasyaddid.
TABQAH KEEMPAT
Ibnu Abi Hatim Rh.a dan Imam Bukhari Rh.a, diantara keduanya Ibnu Abi Hatim adalah mutasyaddid. Oleh itu di mana Hazrat-hazrat ini berselisih di dalam menentukan status seorang perawi, maka qaul mutasyaddid akan ditinggalkan.
Maulana Lakhnowy Rh.a berkata selepas tabqah ini yang dianggap mutasyaddid adalah Allamah Ibnul Jauzi Rh.a, Allamah Juzqani Rh.a, Hafiz Saghani Rh.a, Sahibus Safrus Saadah dan Abul Fattah Azdi Rh.a serta Allamah Ibnu Taimiyyah Rh.a juga dianggap mutasyaddid. Manakala Hafiz Ibnu Hajar Rh.a, Hafiz Zahabi Rh.a, Hafiz Iraqi Rh.a dikira sebagai mu’tadil.
TARIKAH KETIGA
Dengan merenungkan dalil-dalil daripada kedua-dua belah pihak dan dalil yang mana didapati kuat maka qaul itu akan diambil kira. Akan tetapi bukan semua ulamak yang dapat kedudukan ini bagi mengukur dalil kedua belah pihak. Hanya mereka yang mempunyai Kedalaman ilmu di dalam Ilmu Hadis sahaja yang dapat membuat kerja ini. Tarikah ketiga inilah diguna pakai apabila berlaku pertembungan diantara dua muhaddisin yang mu’tadil yakni jika seseorang yang dapat menilai dan mempunyai kebolehan di dalam mengukur kekuatan dalil diantara dua belah pihak, maka dia boleh mentarjihkan salah satu dari dua dalil tersebut.
Maulana pesan:
Bilamana orang dah mula pertikai Kitab Hadis Saheh Al-Bukhari dan Muslim, maka dia akan membawa kepada HILANGNYA KEPERCAYAAN KEPADA HADIS NABI. Maka yang demikian itu sedikit demi sedikit aka membawa kepada KELUAR DARIPADA ISLAM. نعوذ بالله من ذلك
3. Tentang kitab2 hadis seperti Sunan al-Tirmizi dan sebagainya.
-Ada sebahagian manusia yang suka mempertikai. Dia berani mempertikaikan Imam al-Tirmizi dengan mengatakan bahawa Imam al-Tirmizi ini tidak pandai mengumpulkan hadis2. Kerana kata mereka beliau bukan sahaja mengumpulkan hadis2 sebaliknya mencampur adukkan sekali dengan pandangan ulama2 besar dan sebagainya.
Maka jawab Maulana:
Kalaulah apa yang dilakukan oleh Imam al-Tirmizi itu tidak betul sudah tentu beliau akan ditegur oleh Imam al-Bukhari, iaitu guru beliau sendiri. Sebenarnya di dalam Shaheh Al-Bukhari pun Imam Al-Bukhari juga memasukkan pandangan2 para tabiein seperti Imam Hasan Al-Basri dan sebagainya di samping beliau mengumpulkan hadis2 di dalam kitab beliau.
Tujuan sebenar Imam al-Tirmizi membukukan kitab (سنن الترمذي) ini adalah untuk menjelaskan mazhab2 (بيان المذاهب). Bukanlah semata2 menghimpunkan hadis sahaja. Kerana itulah beliau memasukkan di dalam kitab beliau pandangan ulama2 muktabar, khususnya Imam2 mazhab.
-Adapun Imam al-Bukhari pula menghimpunkan hadis2 di dalam صحيح البخاري tujuannya adalah untuk mengijtihad hukum. Bukanlah semata2 nak himpunkan. Kerana itulah kita dapati di dalam Saheh Al-Bukhari ini terhadap hadis yang pendek2. Adapun hadis yang pendek2 yang dimasukkan di dalam Saheh Al-Bukhari ini dinamakan sebagai تقطيع.
-Adapun Imam Muslim membukukan Kitab (صحيح مسلم) ini adalah tujuannya ingin mengumpulkan hadis 2 yang sama di dalam sanad yang pelbagai.
-Adapun Imam Abu Daud membukukan kitab سنن أبي داود ini tujuannya adalah untuk menghimpunkan hadis2 yang menjadi dalil bagi Imam2 Mazhab. Tidak kiralah hadis itu dhaif hasan dan sebagainya.
-Adapun Imam al-Nasaie pula membukukan kitab سنن النسائي ini tujuannnya adalah بيان العلة.
Begitulah seterusnya. Setiap Ulama hadis ini ada manhaj dan tujuannya di dalam membukukan sesebuah kitab. Janganlah kita jangan memandai2 di dalam mempertikai para Ulama ini. Ukurlah diri kita ini betapa jauhnya daripada mereka.
Al-Faqir Amidi Syeikh Muhd Zainul Asri
Kompleks Wadi Muhammady,
Mujamma Darul Hadis,
Kuala Nerang, Kedah.
30/10/16.
Website :
http://www.darulhadis.edu.my