โช Luahan Hati seorang Da'ie pada zaman ini dalam berdakwah melembutkan hati insan โช ๐ ๐ ๐ฟ๐ฟ๐พ๐ ๐ 300+ โ๏ธ๏ธ๏ธ โช ๐พ๐ต๐ต๐ธ๐ฒ๐ธ๐ฐ๐ป ๐ฑ๐พ๐ @bicaradaiebot
Kunci kebahagiaan adalah tenang, sabar dan redha.
Ingat pada Tuhan, nescaya halangan setinggi gunung-ganang, sedalam lautan, akan hilang tanpa kesan.
@bicaradaie05
Abu Darda radhiyallahu'anhu berkata,
"Jika pagi hari tiba, maka berkumpulah hawa nafsu, amal dan ilmu (akal) manusia. Jika dia berbuat mengikuti hawa nafsu, maka hari itu adalah hari yang buruk baginya. Dan jika dia berbuat dengan mengikuti ilmunya, maka hari itu adalah hari yang baik baginya."
@bicaradaie05
"Solatlah walaupun sejahat manapun diri kita. "
ะงะธัะฐัั ะฟะพะปะฝะพัััั…Sifat sombong yakni takabbur adalah sifat terkeji yang wujud dalam kehidupan makhluk Allah.
Lihat sahaja ketua para malaikat dahulu yang diturunkan kedudukannya kerana keangkuhan yang timbul dalam hatinya.
Semoga Allah pelihara kita daripada sifat takabbur biarpun ianya sekecil zarah.
@bicaradaie05
โจOptimis ialah :
๐ป Menyedari masalah serta mencari solusi.
๐ป Mengetahui kesulitan dan yakin ia dapat diatasi.
๐ป Melihat negatif tetapi menekankan positif.
๐ป Menghadapi yang terburuk namun mengharapkan yang terbaik.
๐ป Mempunyai alasan untuk mengeluh tetapi memilih untuk tersenyum.
๐ฆ Marilah sama-sama kita cuba terapkan dalam kehidupan seharian.
Untuk menjadi seorang muslimin yang berjaya. Kita perlukan usaha, doa, tawakal serta redho terhadap Allah. Selebihnya adalah sikap dan perspektif kita terhadap setiap sesuatu. ๐
Jika kita menganggap batu itu sekadar batu... Maka batu lah ia. Namun jika kita menganggap batu itu sebagai asas bagi setiap bangunan dan konkrit yang kita sanjungi, tidakkah nilainya juga mula berubah? ๐ชจ๐๏ธ
@bicaradaie05
"Isilah hari dengan Al-Quran."
ะงะธัะฐัั ะฟะพะปะฝะพัััั…Istiqamah. Siapapun boleh berubah kalau tergerak hati dia mahu berubah. Tapi tidak ramai yang mampu bertahan dengan perubahan diri dia tu.
Sebab itu pentingnya berubah disertakan dengan niat keranaNya. Betulkan niat kita dalam berubah, semoga kekuatan akan sentiasa terus bersama dengan kita.
@bicaradaie05
Macam mana kita letak Allah pada tiap-tiap keadaan. Itu paling jelas.
Ada orang yang tengah masak, dia tidak lupa mengucapkan basmalah, ada orang tengah tonton televisyen, tapi usaha tengok genre sesuai ataupun tidak, ada orang yang tidak sengaja mengeluarkan kata-kata kesat, terus dia beristighfar.
Tapi ada orang masa tengah berwudhu, dia selalu ketawa bercerita, ada orang tengah baca Quran, dia siap kuatkan volume telefon tanpa rasa segan.
Sebab itu orang yang celik akalnya, automatik hatinya juga celik. Dia peka dengan apa yang Tuhan suruh dan apa yang Tuhan benci, baik benda tu tidak terkait sangat dengan hal keagamaan.
@bicaradaie05
Terkadang kita buat ini dan itu, ada sahaja benda yang merunsingkan fikiran kita. Buat ini datang masalah itu, buat yang di sini, timbul kekangan di sebelah sana pula.
Tapi bukankah setiap satu kejadian yang menimpa kita mengandungi hikmah yang tersendiri? Sebab itu kita dituntut untuk BERSABAR.
Kenapa perlu bersabar? Bukankah orang yang bersabar itu dijamin kedudukan dia di sisi Allah? Allah lebih mencintai mereka yang kuat. Kuat dari segi apa? Dari segi dia mengawal emosi dan tingkah laku dengan kesabaran dirinya.
Lagipun, kenapa perlu bertindak melulu bukan? Bersabar tidak membawa kerugian sedikitpun. Kita fahami sesuatu dengan kesabaran, inshaAllah hati kita akan sentiasa tenang dan tenteram.
Allah Maha Tahu bukan?
@bicaradaie05
Setiap yang hadir pasti akan pergi, tidak mengenal tempat dan masa. Itulah hakikatnya yang bergelar kehidupan.
Tidak semanis yang diharapkan, tetapi tidak juga sepahit yang disangkakan.
Kita sebagai manusia, tidak perlu takut akan kematian, tetapi perlu fokus adakah perjalanan kehidupan menjamin pengakhiran yang menyenangkan.
Allahumma inna nas'aluka husnul khotimah.
@bicaradaie05
Sehinggalah suatu masa, perempuan tu datang ke nabi Musa dengan seorang bayi yakni anaknya. Melihat kejadian tu, nabi Musa hairan, lalu bertanyakan kepada Allah. "Ya Rabb, bukankah engkau berkata kepadaku bahawa dia sampai bilapun dia tidak akan punyai seorang anak? ".
Singkat Allah jawab, " ya Musa, dia itu selalu panjatkan doanya yang sama berkali kali kepadaku, dan engkau harus tahu, bahawa rahmatKu mendahului ketetapanKu".
Best cerita ni, mudah dan mendalam. Maka kita janganlah pernah penat untuk berdoa, siapa tahu, doa yang kita panjatkan satu satu masa itu, menembusi 7 lapis langit tapi kita sendiri pun tidak sedar. Moga Allah kurniakan kita nikmat untuk terus berdoa kepadaNya tanpa penat dan bosan.
@bicaradaie05
Dua-dua sama kuat.
Tapi harus difahami, takdir itu kehendak Allah, sementara doa itu kehendak kita.
Kadangkala Allah mengubah sesuatu takdir atas asbab doa yang selalu kita panjatkan.
Kenapa? Sebab Allah itu Maha Memberi. Allah malu kepada seorang hamba yang sentiasa berdoa tanpa putus kepadanya, tetapi dikembalikan doa tersebut dalam keadaan kosong dan hampa.
Terjemahan ayat di atas sudah cukup menggetarkan jiwa bagi mereka yang benar-benar bersyukur.
Lihat sahaja hari ini, berapa banyak nikmat yang telah Allah kurniakan kepada sekalian makhluk, baik mereka beriman mahupun tidak.
Bahkan kita yang dari bangun pagi, terlalu banyak sangat apa yang Allah beri.
Cuba kita listkan berapa banyak dan apa yang kita dapat(baru ataupun sedia ada) sekarang ini. Renungkan.
Moga Allah kurniakan kita sifat bersyukur sebagaimana mereka yang telah dimaktubkan dalam Al-Quran.
@bicaradaie05
Tapi adakah 7 hari tu masih sama dengan diri kita sewaktu di bulan Ramadan?
Masihkah diri membaca Quran sepertimana tadarus ramadan?
Masihkah diri bertahajjud sewaktu di sepertiga malam?
Masihkah bibir ini mengulang-ulang doa yang sentiasa dipohon?
Masihkah diri ini berdiri bersama sama menunaikan solat berjemaah?
Hanya diri kita sendiri sahaja yang tahu dan dapat nilaikan.
Moga Allah kurniakan kita kekuatan dan jalan yang berterusan di atas jalan kebaikan.
ุงูููููู ูู ุตูููู ุนูููู ู ูุญูู ููุฏู ููุนูููู ุขูู ู ูุญูู ููุฏู ๐ค
ะงะธัะฐัั ะฟะพะปะฝะพัััั…Orang bijaksana malu bila perkataannya melebihi kesanggupannya. Makin bijaksana seseorang makin pandailah dia menjaga mulutnya.
@bicaradaie05
Kerana dengan solat, hikayat seorang pemaksiat boleh berubah kepada ahli taubat.
Jangan pernah tinggal solat.
@bicaradaie05
Hidup ni bukan untuk diri sendiri
Kita kena terima kita hidup berMASYARAKAT ,
kalau betul hidup ni bersendirian ,
kenapa Allah tuntut kita sebagai hambaNya untuk saling mengenali antara satu sama lain ,
Bukan itu ja , kita kena rapatkan ukhuwwah untuk kekang masalah ii lain
Realiti umat kini memang banyak pentingkan diri sendiri ,
BUKTINYA ,
Umat sekarang hanya fikir tentang masa depan sendiri , nak kerja apa , nak buat apa , nak kahwin , nak itu nak ini ,
Dan akhirnya benda ni tak mendatangkan faedah pun ,
Sebab Allah ciptakan dunia untuk tengok siapakah hambaNya yang nak tegakkan ISLAM .
So , kita sebagai umat ISLAM yang perlu berdakwah ,
kena ada mindset untuk betulkan ummah ,
Tak semestinya orang perfect AGAMA je boleh berdakwah ,
Ramai orang tak pernah nak cabar diri sendiri dalam medan dakwah ,
Alasan nak jauhkan dosa dari hati , tak tahan la itula inila , nak dakwah kawan sendiri dulula ,
SEBENARNYA disebabkan itulah ISLAM semakin lemah .
Jadi Cubalah Berdakwah Sebaik Mungkin Untuk Sediakan Saham Sendiri Nak Masuk Syurga
#Kalau Bukan Kita Siapa Lagi?
@bicaradaie05
"Dan janganlah kamu berjalan di bumi ini dengan sombong.."
Surah Al-Isra': ayat 37
Jangan pernah kita tinggalkan Al-Quran walaupun sehari dalam hidup kita. Usaha.
Al-Quran ni bila kita sentiasa baca dia, dia akan sentiasa berdamping dengan kita sebab sudah suka bahkan jatuh cinta dengan pembacanya. Tapi kalau kita tinggalkan walaupun sehari, perlahan-lahan dia pula akan tinggalkan kita hari demi hari.
Itulah yang kekadang baca Quran pun sekat-sekat, sebab Quran seolah-olah tidak suka berada dengan orang yang tinggalkan dia.
@bicaradaie05
PEMUDA YANG TAK TERTANDINGI
Jika ingin menjadi pemuda idaman yang tak tertandingi, maka amalkanlah nasihat berikut ini:
1. Menyibukkan waktu dengan ibadah dan hal-hal yang bermanfaat untuk dunianya.
2. Memilih guru dengan baik.
3. Waspada dengan waktu senggang yang dimiliki.
4. Bersemangat dalam mencari ilmu.
5. Menjadikan akhirat sebagai obsesi terbesar.
6. Tidak mensia-siakan masa muda.
7. Memaksimakan potensi yang dimiliki, dari segi mental dan fizikal, untuk kebaikan.
8. Berusaha untuk tidak menjadi beban kepada orang lain.
9. Jangan sampai melupakan urusan solat.
10. Tidak memulai pertemuan kecuali dengan salam.
11. Menjadi orang yang rajin dan taat.
12. Jangan suka menunda-nunda.
(Disarikan dari kitab Washiyyatus Salaf lisy Syabaab karya Syekh Abdurrazzaq hafidzahullahu)
@bicaradaie05
"Apa yang lebih berat daripada berubah? "
ะงะธัะฐัั ะฟะพะปะฝะพัััั…"Macam mana mahu tahu kedudukan kita dengan Allah? "
ะงะธัะฐัั ะฟะพะปะฝะพัััั…"Sabar, mungkin ada sebabnya."
ะงะธัะฐัั ะฟะพะปะฝะพัััั…"Setiap yang hidup pasti akan merasai mati."
ะงะธัะฐัั ะฟะพะปะฝะพัััั…Kisah doa dan takdir
Pernah dengar kisah seorang perempuan dengan nabi Musa?
Yang ringkasnya, perempuan tersebut bertanya kepada nabi Musa adakah dia akan punyai anak?
Dan kita semua tahu bahawa nabi Musa boleh bercakap direct dengan Allah. Apa jawapan Allah ketika itu? "Beritahu dia Hai Musa, dia sampai bilapun tidak akan ada anak".
Mendengar jawapan Allah, perempuan tu nangis teresak-esak pulang ke rumah. Tapi apa perempuan tu buat? dia kembali ke rumah berdoa dan bertanyakan soalan yang sama berkali kali dan lagi dan lagi kepada nabi Musa.
Dan jawapan nabi Musa tetap sama.
"Antara doa dengan takdir, mana lagi kuat? "
ะงะธัะฐัั ะฟะพะปะฝะพัััั…"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tiadalah dapat kamu menghitungnya.. "
Surah An-Nahl: ayat 18
"7 hari menyambut Syawal, 7 hari telah perginya Ramadan".
Menjadi fitrah kepada kita semua untuk meraih kegembiraan apabila tibanya syawal, dapat bertemu sanak-saudara, bersua dengan sahabat handai lama, bahkan dapat menjamu pelbagai kuih raya yang beraneka rupa.
Assalamualaikum ๐ค
Apa khabar sahabat daie sekalian? moga sihat-sihat belaka harapnya.
Dukacita dimaklumkan bahawa admin @bicaradaie05 ditimpa musibah. Beliau terlibat dalam kemalangan pada pagi tadi lebih kurang dalam pukul 9:00 pagi. Beliau mengalami beberapa kecederaan yang agak parah pada bahagian kaki dan InnsyaAllah esok beliau akan menjalani operation.
Mohon kepada sahabat-sahabat yang berjiwa besar, sama-sama kita titipkan doa untuk beliau, agar diberikan kekuatan semangat dan kesembuhan daripada Allah swt. Terima Kasih๐ค ุฌุฒุงูู
ุงููู ุฎูุฑุง
ููุฃูููููุจู ุฅูุฐู ููุงุฏูููฐ ุฑูุจูููู ุฃููููู ู
ูุณูููููู ุงูุถููุฑูู ููุฃููุชู ุฃูุฑูุญูู
ู ุงูุฑููุงุญูู
ูููู
"Dan [sebutkanlah peristiwa] Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada tuhannya dengan berkata, 'sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkau sahajalah yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani'."
[anbiya 21|83]