➪ Luahan Hati seorang Da'ie pada zaman ini dalam berdakwah melembutkan hati insan ➪ 🅂🅄🄿🄿🄾🅁🅃 300+ ☜︎︎︎ ➪ 🄾🄵🄵🄸🄲🄸🄰🄻 🄱🄾🅃 @bicaradaiebot
عن أبى هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : يقول الله عز وجل : "أنا عند ظن عبدي بي وأنا معه حين يذكرني، إن ذكرني في نفسه، ذكرته في نفسي، وإن ذكرني في ملإ، ذكرته في ملإ هم خير منهم، و إن تقرب مني شبرا، تقربت إليه ذراعًا، وإن تقرب إليَّ ذراعا، تقربت منه باعا، وإن أتاني يمشي، أتيته هروله" - رواه البخاري
Sesungguhnya Aku berdasarkan pada prasangka hamba-Ku kepada-Ku. Aku akan selalu bersamanya jika ia mengingat-Ku.
Jika ia mengingat-Ku dalam hatinya, maka Aku akan mengingatnya dalam diri-Ku. Jika ia berdzikir mengingat-Ku dalam suatu jama’ah, maka Aku akan sebut-sebut dia dalam jama’ah yang lebih baik dari mereka.
Jika ia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Jika ia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Apabila ia mendekati-Ku dengan berjalan, maka Aku akan mendekatinya dengan lebih cepat.” (HR. Al-Bukhari).
jangan putus asa untuk kembali menjadi yang lebih baik walau berkali-kali jatuh ! 🤍
@bicaradaie05
Ajarkan hati untuk selalu bersyukur,
Kerana tidak semua orang dapat apa yang diberikan Allah kepadamu.
@bicaradaie05
7 TANDA ISRAEL AKAN HANCUR
Sumber: Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin
t.me/gsppmalaysia
Berpuasa dan Solat Tapi Munafik
عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ عَلَامَاتِ الْمُنَافِقِ ثَلَاثَةٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ
حَدَّثَنَا عُقْبَةُ بْنُ مُكْرَمٍ الْعَمِّيُّ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ قَيْسٍ أَبُو زُكَيْرٍ قَالَ سَمِعْتُ الْعَلَاءَ بْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ يُحَدِّثُ بِهَذَا الْإِسْنَادِ وَقَالَ آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ وَإِنْ صَامَ وَصَلَّى وَزَعَمَ أَنَّهُ مُسْلِمٌ
Daripada Abu Hurairah RA dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Di antara tanda orang munafik ada tiga: apabila dia bercakap, dia berbohong, apabila dia berjanji dia mengingkari, dan apabila dia diberi amanah, dia berkhianat."
Telah menceritakan kepada kami Uqbah bin Mukram al-Ammi telah menceritakan kepada kami Yahya bin Muhammad bin Qais Abu Zuhair dia berkata, saya mendengar al-Ala' bin Abdurrahman menceritakan dengan sanad ini seraya berkata, "Tanda-tanda orang munafik ada tiga, walaupun dia berpuasa dan solat serta menuntut atau mengaku bahawa dia seorang Muslim."
(HR Muslim No: 90)
Status: Hadis Sahih
@bicaradaie05
🍀Setiap sesuatu yang kita usahakan, apa yang kita pelajari, apa yang kita lalui, belum tentu akan membawa kepada hasrat dan impian yang ingin kita kecapi.
Mungkin perjalanan yang Allah gerakkan untuk kita harini, sebenarnya pembuka jalan untuk tempat yang lain.
.
.
Guru saya sendiri, melalui penulisan yang dia tunjukkan, dia mengambil SPM kelas perdagangan, Diploma Perbankan, Sarjana Muda Kewangan, pada akhirnya menjadi seorang guru Bahasa Inggeris dan sempat melatih saya dalam aktiviti badan beruniform.
Macam mana dengan solat seharian kita? Cukupkah lima waktu sehari semalam?
Macam mana pula dengan Al-quran kita? Adakah ia tersimpan di almari berhabuk dan terbiar begitu saja?
Macam mana dengan zikir dan doa serta munajat kita kepada Allah? Adakah dibuat sambalewa atau bermalas-malasan?
Bagaimanapula dengan pembelajaran kita? Berkenaan dengan ilmu sains, ilmu matematik, ilmu bahasa, ilmu hayat, ilmu pengurusan, dan juga semestinya ilmu agama itu sendiri?
Pada hakikatnya, semua yang demikian adalah satu langkah ulung yang diterapkan oleh pejuang Melayu dalam mencapai kemerdekaan, dimana mereka menjadikan agama sebagai teras kekuatan dan akademik pengetahuan sebagai tunjang kemajuan.
Semoga Allah menjaga kemerdekaan negara kita sehingga ke generasi yang akan datang.
.
.
.
Dan semoga Allah menjaga merdekanya kita sebagai seorang muslim, untuk senantiasa taat kepadaNya bagi meraih kebahagiaan di dunia, juga akhirat sana.
@bicaradaie05
Sebut sahaja berkenaan 'MERDEKA', sudah tentu membuatkan kita teringat peristiwa 31 Ogos. Peristiwa yang cukup bermakna buat penduduk Melayu, dimana erti kebebasan, kemakmuran dan kejayaan sudah berada di genggaman tangan. Namun apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan merdeka dalam konteks kita sebagai seorang muslim?
Читать полностью…Al-Quran Membantu Di Saat Kesusahan
Saat berada di hopital, jiwa aku berasa runsing. Ya lah, kita berdepan situasi dimana kita rasa sudah ingin putus harapan. Alhamdulillah Allah hadirkan insan-insan yang memberi kata-kata semangat satunya ialah ayat di atas yang benar-benar membantuku dalam mengharungi ujian Allah disertai dengan bait-bait Al-Quran yang aku baca berulang kali terutamanya ketika menjalani pembedahan. Benarlah, Allah tahu kadar kekuatan hambaNya dan tidak menguji melebihi kemampuan mereka itu
Allah berfirman
{ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَتَطۡمَىِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِكۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَىِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ }
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
[سُورَةُ الرَّعۡدِ: ٢٨]
Benarlah firmanNya, dalam kesempitan ada hikmahnya. Mungkin inilah masa yang Allah rezekikan padaku untuk mendekatkan diri kepadaNya sebagaimana ulama' terdahulu apabila mereka ditimpa kesusahan mereka gunakannya untuk mendekatkan diri lebih dekat dengan Allah
Sebagai contoh, Prof Hamka menulis kitab tafsir ketika berada di dalam penjara. Dengan asbab itu Allah buktikan firmanNya
{ یَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمۡ وَٱلَّذِینَ أُوتُوا۟ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتࣲۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِیرࣱ }
Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.
[سُورَةُ المُجَادلَةِ: ١١]
Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman dan berpengetahuan dalam agama. Buktinya, Professor Hamka dikenali sehingga ke hari ini. Begitu juga dengan ramai ulama' yang lain hidup namanya hingga ke hari ini dengan asbab ketinggian ilmu mereka.
Dengan itu, aku ambil nasihat murabbi aku untuk banyakkan zikir, mengingati Allah dan teruskan bacaan Al-Quran
Alhamdulillah, biiznillah Allah memberikanku ketenangan dan kekuatan sepanjang menjalani ujian tersebut. Sungguh hanya Allah yang mengetahui perasaan yang dilalui oleh hambaNya ketika itu. Semoga kita dapat istiqomah dalam melakukan amalan dan mengabdikan diri kepada Allah semata
Bacalah Quran disaat gelisah, di saat susah bahkan di saat anda berada dalam keadaan senang pun sentiasalah istiqomah dengan Al-Quran
Jadikanlah Al-Quran sebagai pedoman dan petunjuk dalam kehidupan kita. Sungguh Allah akan mempermudahkan urusan kita dalam pelbagai cara dan pelbagai jalan yang kita tidak sangka-sangka
Ittaqullah
Akhukum Fillah, Wallahua'lam 🤍
@bicaradaie05
Sebenarnya banyak lagi yang berlaku dalam tempoh 4 bulan ini tapi di sini aku ceritakan ringkasan ini bertujuan supaya kita sentiasa bersyukur pada Allah walau apa juga ujian yang diberikan kerana Allah memberikan ujian pada hambanya yang kuat dan mungkin ini cara Allah mahu ampunkan dosa kita
Imam al-Bukhari merekodkan satu riwayat yang bersumber daripada Abu Sa'id Khudri RA dan Abu Hurairah RA; bahawa Nabi SAW bersabda, "Tidaklah menimpa seseorang Muslim sama ada letih, sakit, kerisauan, kesedihan, kesusahan atau kebimbangan bahkan tusukan duri sekali pun melainkan Allah SWT akan menjadikan semua itu sebagai kifarah kepada dosa-dosanya."
Akhir sekali aku kongsikan sebuah potongan ayat Al-Quran
{ ۞ قُلۡ یَـٰعِبَادِیَ ٱلَّذِینَ أَسۡرَفُوا۟ عَلَىٰۤ أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُوا۟ مِن رَّحۡمَةِ ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ یَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِیعًاۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِیمُ }
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[Surah Az-Zumar: 53]
Sekian, itu sahaja untuk kali ini. apapun jangan pernah berputus asa dari rahmat Allah ya semua! Jangan lupa bersyukur harini atas segala nikmat yang diberikan🤍
Akhukum Fillah, Wallahua'lam
@bicaradaie05
merenung ke langit yang tidak berpenghujung
.
terfikir sejenak apa yang telah diri ini siapkan untuk Nya
.
mungkin telah banyak ibadah dikerja namun sekadar mengharap pahala
.
sedang pesuruhnya bersabda bukan itu yang membawa ke syurga
.
hanya rahmat Nya yang dapat menyelamatkan tiap satu dari kita
.
lihat betapa rendah iman yang mengharap syurga
.
teruslah berusaha hingga menggapai iman tertinggi
.
lantas segala yang dikerja hanya untuk ilahi
@bicaradaie05
Apa yang dapat kita pelajari daripada bulan?
.
.
.
Bulan akan melalui fasa-fasa tertentu, sebelum menjadi satu purnama yang indah untuk dilihat pada gelap dan nyamannya malam hari.
Daripada anak bulan, ke bulan sabit, ke separa bulan, ke seperempat bulan, sehinggalah tonjol sepurnama bulan yang cantik lagi menawan.
Begitulah juga kehidupan. Terkadang kita mungkin terlihat biasa dan seakan-akan tidak diperlukan, bukan?
Mungkin pada masa ini kita berada di fasa bulan sabit, hanya segelintir yang tahu dan ambil pandang, boleh jadi kita berada di fasa separa bulan, perlahan-lahan orang lain datang, mahu berbual, berkenalan, bermain-main sebagai kawan, sampailah kita sampai ke tahap purnamanya bulan. Barulah kita tahu, begitu ramai orang bukan sekadar mengenal kita, tapi malah dijadikan perbualan dan sumber rujukan yang paling dominan.
.
.
Setiap orang ada waktu gemilangnya yang tersendiri.
Hidup terkadang menyimpan sejuta cerita. Mungkin disebalik gelak tawa yang dizahirkan, bertujuan untuk menutup pahitnya ranjau pengalaman silam.
Tuhan tidak zalim dalam memberikan ujian, sebab dia Maha Tahu, kita mampu. Mungkin sejadah yang selama ini hanya di atas laluan, kali ini memerlukan dahi pesujud untuk tunduk kepada tuhan.
Pesan untuk diri, supaya sentiasa kuat dan agar istiqamah berada di atas jalan kebaikan. Kita kuat kerana Dia. InsyaAllah.
@bicaradaie05
"Jika niat seorang penuntut ilmu itu kotor atau dikotori oleh impian duniawi; agar terkenal, agar tersohor, agar dinobatkan menjadi alim atau agar menjadi pendekar da'wah atau yang sejenisnya, maka jangan berharap ilmunya berkah. "
✨𝗨𝘀𝘁𝗮𝗱𝘇 𝗠𝘂𝗯𝗮𝗿𝗼𝗸 𝗕𝗮𝗺𝘂𝗮𝗹𝗹𝗶𝗺 𝗟𝗰, 𝗠.𝗛.𝗜. حفظه الله
@bicaradaie05
Hadis Nabi Tentang Doa Memperbaiki Urusan Dunia dan Akhirat
(Ya Allah, perbaikilah bagiku agamaku yang menjadi benteng pelindung urusanku, perbaikilah bagiku duniaku yang menjadi tempat kehidupanku, perbaikilah bagiku akhiratku yang menjadi tempat kembaliku. Jadikanlah baki kehidupan ini sebagai tambahan (peluang) bagiku dalam segala kebaikan dan jadikanlah kematian sebagai kebebasanku daripada segala kejahatan. – Hadis Riwayat Muslim, an Nasaie & At Tabrani
@bucaradaie
✨𝗔𝗹-𝗤𝘂𝗿'𝗮𝗻
Al-qur'an banyak berkisah tentang generasi manusia pada masa lampau. Dari kisah-kisah itu, Al-qur'an memberi pelajaran yang sangat berharga kepada generasi ke generasi hingga kini. Penyembah manusia masih ada sampai hari ini, penyembah api, matahari, juga sapi. Bahkan penghinaan terhadap Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam juga terjadi pada zaman kita ! Perilaku para kafir senantiasa berulang, dan seolah ayat-ayat yang melaknat mereka baru diturunkan kemarin. Bukankah Al-qur'an benar-benar berlaku sepanjang masa, wahai orang-orang berakal?
🔁Status berfaedah
Tiba-tiba memori 10 tahun lepas ni naik kembali di FB. Saat itu saya baru selesai viva tesis Sarjana saya di Universiti King Saud Riyadh dan sedang bersiap-siap untuk pulang 'for good'. Anak perempuan saya dalam gambar itu pun dah remaja sekolah menengah sekarang.
Rindu sungguh zaman itu yang saya hanya meluangkan masa untuk belajar, jauh di bumi luar. Pelbagai kenangan dan cabaran untuk saya menimba ilmu di sana yang sebahagian kecilnya saya pernah ceritakan dalam buku "Ada Apa Dengan Kuliah Hadis?".
Belajar dan belajar..Itu sahaja yang saya inginkan. Belajar untuk kepuasan hati dan mengurangkan kejahilan diri. Jika mampu, saya hanya ingin dikenali sebagai pelajar, bukannya pengajar, jauh sekali ustaz atau ilmuwan. Saya tidak belajar ilmu ini untuk menjadi mufti atau selebriti. Tidak pernah menginginkan sebarang posisi atau jawatan daripadanya.
Saya belajar ilmu hadis bukan untuk jadi pakar hadis atau apa gelaran sekalipun. Bukan sebab seronok men'jarah' orang sana sini. Tapi sebab seronok dapat peluang mengenali dan "mendekati" Rasullullah SAW melalui hadisnya. Seronok mengambil ibrah daripada para perawinya. Seronok sebab ilmu hadis banyak mengajar tentang seni kehidupan.
Dulu saya jarang join usrah warga atau pelajar Malaysia di sana, sebab cuba mengelak daripada dijemput memberi kuliah atau tazkirah, dan sampai sekarang saya bukanlah orang yang mudah atau gemar menerima jemputan untuk bercakap di hadapan.
Mungkin saya jenis tak pandai bercakap. Mungkin juga saya rasa tak layak. Sampai sekarang saya tak pernah rasa layak dan rasa diri sangat jahil. Apatah lagi terpilih di barisan majlis fatwa yang tidak sepatutnya saya berada di situ. Hati saya sentiasa resah apabila perlu menjawab soalan hukum-hakam. Jiwa saya lebih suka mendengar daripada bercakap atau "berfatwa". Bercakap ni banyak bahana dan beban tanggungjawabnya. Setiap satu akan disoal di Mahsyar kelak.
Tapi qadarullāh entah kenapa beberapa tahun selepas saya pulang ke tanah air, saya "terperangkap" dalam dunia bercakap yang saya cuba elakkan selama ini.
Kebelakangan ini hati saya meronta-ronta untuk kembali semula ke zaman itu, dunia introvert saya yang lalu. Dunia yang saya tidak dikenali sesiapa dan jauh daripada realiti orang agama yang pernah saya benci suatu ketika dulu. Sebenarnya saya memang sudah banyak mengelakkan diri daripada mana-mana jemputan melainkan dengan syarat dan keadaan yang tertentu.
Mungkin saya ingin fokus untuk mengislah diri atau mungkin akan terus mengembara mencari hikmah jika Allah izinkan atau permudahkan laluannya.
Allah Maha Mengetahui..
-Dr. Kamilin Jamilin-
https://www.facebook.com/100044474502576/posts/pfbid02TZTSipebWHFmiMsXGRbk99eyzQ9Uu8EfVDCniRpNE3cHRDu24h1G1jZCoD55WnB3l/?mibextid=Nif5oz
Buatlah kebaikan biarpun kau bukan orang yang baik.
@bicaradaie05
Setiap yang terjadi, pasti ada hikmah disebaliknya. Sama seperti awan, Allah tidak ciptakan ia untuk menutup birunya langit, tapi sebagai sumber teduhan dikala panas melanda hidup seharian.
Samalah seperti manusia, Allah hadirkan mereka bukan semata-mata mengisi ruang kosong 'hubungan' manusia sesama manusia, tapi sudah pasti untuk tarbiah dan membimbing diri ke arah lebih baik.
@bicaradaie05
Nampak,kan? Setiap sesuatu proses yang kita lalui mungkin membawa kepada pengakhiran yang berbeza. Tidak seperti apa yang dirancang, walaupun sebenarnya Allah telah jawab persoalan itu melalui KalamNya.
.
.
"Kita merancang, Allah juga merancang, Dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya.
Kita hanya merancang dan Allah penentu segalanya".
.
.
.
Jadi tugas kita sebagai hamba, dan lazimnya sebagai penuntut ilmu, laluilah kehidupan dengan hati yang terbuka. Anggaplah semua yang berlaku kepada kita adalah yang terbaik untuk diri kita, dan insyaAllah kelak membawa kebaikan kepada orang yang kita akan bimbing di lain hari.
.
.
Ingat pesan Allah di bawah ni baik-baik, okay?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
.
.
Berdamailah dengan takdir, Allah tidak pernah salah menetapkan sesuatu untuk hamba dia kan? Kita sahaja manusia yang silap menafsir bentuk cinta yang Allah berikan pada kita.
.
.
Akhirul Kalam, semoga Allah sentiasa menjaga kita, walau dimanapun kita berada, walau apapun pekerjaan kita. Moga apa yang Allah berikan pada kita, selaras dengan apa yang sudah sekian lama termaktub dalam hati kita. 😇🤍🤍
Hanya Kerana Allah.
@bicaradaie05
عن أبى موسى رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم، مَثَلُ الَّذِيْ يَذْكُرُ رَبَّهُ وَالَّذِيْ لاَيَذْكُرُ رَبَّهُ مَثَلُ الْحَيِّ وَالْمَيِّتِ
Dari Abu Musa r.a. berkata bahwa Rasulullah saw bersabda, “Perumpamaan orang yang berdzikir kepada Rabbnya dengan orang yang tidak berdzikir kepada Rabbnya, adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati.” (HR Bukhari, Muslim dan Baihaqi)
.
setiap orang mencintai kehidupannya dan setiap prang juga takut akan mati. Rasulullah bersabda, sesiapa yang tidak mengingati Allah walaupun dia hidup, namun keadaanya seumpama orang yang telah mati, kehidupannya sia-sia.
.
sesetengah ulama berkata bahawa hadis tersebut adalah untuk menerangkan keadaan hati. sesiapa yang berzikir kepada Allah, hatinya hidup, manakala orang yang tidak berzikir hatinya mati.
.
sebahagian ulama yang lain pula mengatakan bahawa perbandingan ini adalah dari segi manfaat dan bahaya yakni sesiapa yang menyakiti orang yang berzikir adalah seumpama seseorang yang menyakiti orang yang hidup, maka dia pasti akan dibalas dan dia akan menerima akibat daripada perbuatannya itu. sesiapa yang menyakiti orang yang tidak berzikir adalah seumpama seseorang yang menyakiti orang yang mati yakni orang yang sudah mati tidak boleh bertindak terhadap orang yang menyakitinya itu.
.
ama tasawwuf pula mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan 'hidup' dalam hadis di atas ialah kehidupan yang kekal abadi yakni orang yang banyak berzikir dengan ikhlas tidak akan mati. Bahkan setelah dia meninggal dunia pun, dia mash juga dikira sebagai seorang yang hidup. Seperti yang disebulkan dalam al-quran mengenai orang yang mati syahid,
"bahkan mereka itu hidup di sisi tuhannya." (ali- 'Imran: 169) begitulah juga orang yang banyak berzikir dengan ikhlas pun akan mendapat suatu kehidupan yang khas (selepas dia mati).
.
hakim tirmizi berkata bahawa zikrullah membasahkan dan melembutkan hati. apabila hati lalai daripada mengingati allah maka akibat kepanasan nafsu dan api syahwat hati mulai kering lalu menjadi keras dan anggota-anggota lain juga turut menjadi keras, terhenti daripada mentaati dan mematuhi perintah perintah allah.
.
Jika anggota itu ditarik maka pasti akan terpatah seperti kayu yang kering tidak akan bengkok jika hendak dibengkokkan. Hanya boleh dipotong dan diguna untuk membakar saja."
.
.
.
@bicaradaie05
Tidak lain tidak bukan merdekanya seorang muslim bukan sahaja bebas daripada cengkaman kuasa asing, tapi turut menjulang daulatnya iman dan taqwa kepada Yang Memberi kemerdekaan itu sendiri.
Mari kita renungkan, adakah perjuangan pendekar Melayu terdahulu seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Dato Bahaman, Dol said, Tok Kenali dan yang lain-lain hanya untuk disia-siakan oleh anak muda kini yang lalai dengan didikan agama dan akademik seharian?
Andai Aku Mati
andai aku mati,
diriku berfikir sejenak,
adakah ini yang ku mahu,
adakah ini yang terbaik,
adakah ini jalanku
saat itu,
teringatku akan pejuang tanah air,
mampukahku sepertinya?
layakkahku sepertinya?
mendengar titisan darah mengalir,
sukmaku berteriak mendengarnya,
ibarat diriku di sana,
juang dijalanNya,
juang untuk bangsa,
juang untuk keluarga,
juang untuk negara
2023 saksi perjuangan mereka,
malaysia madani impian semua
tokoh-tokoh maju bersama,
demi ekakarsa,
merdeka tidak lipur semula
bangkitlah anak muda,
pemuda pemudi negara,
bersatulah kita,
tumpah taat setia,
menggadaikan nyawa,
menghulu syahmura
tinggalkan adicita durjana,
biar kita mati bermaruah,
jangan endoktrin dusta merosakkan kita,
moga sentausa negara malaysia.
karya mus'ab
untuk muhasabah merdeka saya untuk semua.
@bicaradaie05
HAKIKAT
Hai gais!! Wanna share somethin' about my experience so far as a student.
First of all , Alhamdulillah that I can further my study in Foundation in Science and Medicine at UniSZA. Oky kita sambung Melayu pulak hehe . Allah pilih saya untuk ke sini tanpa pengalaman dan teman di bumi Terengganu . Its kinda hard to face all the obstacles alone. However , Allah sent a lot of friends that always remind me to pray and do the best. Memang fitrah manusia yang iman kita ni ada naik turun , tapi kita as Muslim perlu cari someone or somethin' untuk jadi kekuatan kita supaya kita tak ada sebab untuk jatuh even kita jatuh sometimes.
So , saya nak tekankan di sini hiduplah dengan penuh manfaat waima banyak cabaran dugaan yang Allah uji. If you can get through all the obstacles with hikmah , it means that kamu adalah manusia terpilih yang Allah redha. Tak kisahlah kita ada jadual duniawi(akademik) yang padat, at least kita try hard curi masa untuk masa ukhrawi. Ingat je janji Allah dalam Quran Surah Muhammad ayat 7 :
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
Jadi , kita tak perlu lagi nak ragukan kepercayaan kita terhadapNya . Siapa kita untuk tentukan rezeki sendiri? Ingat , Allah akan sentiasa beri kita apa yang kita perlu dan apa yang terbaik untuk kita.
Honestly, saya memang sibuk dengan jadual asasi yang sangat padat masanya , tapi sedarnya kita bahawa hikmah yang lebih besar iaitu sejauh mana kita usaha untuk cari masa untuk jaga hablum min Allah . Semakin banyak kita cari masa untukNya, INSYAALLAH semakin mudah urusan kita seharian .
Last but not least , ramai orang kat luar sana masih tak tau dan masih ragu tentang janji-janji Allah. Sedangkan janji kita sebagai MUSLIM pun belum kita penuhi . Biar kita JIHAD FI SABILILLAH bukan INNALILLAH SETENGAH JALAN.
So , MUHASABAH!!
Akhukum Fillah, Wallahua'lam
@bicaradaie05
Syukuri segala nikmat yang diberikan
Topik yang dianggap cliche dalam kalangan pembaca kerana terlalu kerap dibahaskan tetapi dari segi hakikatnya dari segi praktik hanya segelintir yang melakukannya
Pengalaman mendewasakan, itu yang sering dikatakan. Di sini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman tentang ujian yang Allah berikan pada hambanya ini kerana Dia tahu bahawa saya mampu mengharunginya
24/4 satu detik bersejarah dalam kehidupan ini. Tatkala diberi tugas untuk membantu menjayakan rumah terbuka hari raya aidilfitri namun bertukar kepada haru biru keadaan. Saya terlibat dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah kereta dan motor tetapi Alhamdulillah Allah jaga diri ini daripada mengalami kecederaan yang terlalu parah cuma diuji dengan patah kaki yang agak teruk sahaja
Nampak tak? Kita perlu lihat semua sisi kejadian kerana mungkin ada maksud tersirat ataupun kesenangan disebalik kesulitan yang dihadapi. Selepas dilanggar, saya diangkat dan dikejarkan ke hospital. Waktu itu hanya Allah yang mengetahui kerana dalam benak fikiran berulang kali bermain "Adakah ini pengakhiranku?"
Ayahku yang turut sama dalam kereta yang membawa aku itu tidak habis-habis mengajarkanku syahadah dan menyuruhku beristighfar. Di situlah aku merasa betapa dhaifnya manusia ini, di saat aku tidak berdaya melakukan apa-apa hanya menahan kesakitan sambil membasahi mulut dengan zikrullah
Alhamdulillah, di saat-saat getir Allah hadirkan perasaan kehambaan untuk sentiasa ingat kepadaNya walau dalam keadaan sulit. Seminggu satu hari pengalamanku di wad hospital bertemu ramai orang yang pelbagai ragam tidak mungkin aku lupakan. Bagaimana tidak bermayanya diriku hingga makanpun dibantu oleh ibuku. Perasaan seperti kembali kepada waktu bayi, semuanya diuruskan oleh keluargaku
Bayangkan situasi itu, aku hanya mampu baring tanpa dapat menggerakkan badan bahkan aku hanya dapat duduk selepas seminggu berada di wad. Perasaan syukur tidak terhingga kepada Allah kerana mengurniakan diriku keluarga yang sangat penyayang
Susulan daripada itu, selepas discaj daripada hospital. Di rumah juga aku tidak berdaya melakukan apa-apa. Berjalan menggunakan tongkat selama 4 bulan. Dalam tempoh itu, pelbagai situasi sukar yang dihadapi tapi Alhamdulillah Allah berikan semangat yang kuat pada diriku. Tipulah kalau aku kata tidak malu untuk pergi temuduga, keluar berjalan dalam keadaan masih menggunakan tongkat tapi terpaksa ku gagahkan diri kerana aku hanya fikir perancangan Allah ini yang terbaik.
Waktu mula-mula masuk universiti merupakan detik yang sangat sukar buat diriku kerana terpaksa mendaftar walaupun masih menggunakan tongkat dan harus membiasakan diri untuk berjalan jauh dengan menggunakan tongkat setelah 3 bulan tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal. Tipulah kalau aku kata tidak malu untuk berjalan menggunakan tongkat tapi aku gagahkan dengan niat mencari ilmu.
Tetapi, syukur Allah hadirkan insan-insan yang baik sentiasa membantu diri ini dalam pelbagai keadaan. Dari situ, aku dapat lihat betapa cantiknya perancangan Allah dari pelbagai sudut, rezeki semua telah ditentukan olehNya
Sebulan berada di sini dalam mujahadah jihad mencari ilmu walau dalam keadaan sulit tapi ini hanyalah sedikit sahaja ujian yang Allah berikan pada hambaNya yang Dia sayang. Itulah ayat yang sering aku tetapkan di hati ini.
Alhamdulillah pada 21/8 yang lalu setelah temujanji di bulan yang ke 4 selepas kejadian tersebut Allah rezekikan aku merasa nikmat berjalan seperti biasa kembali. Di sini aku sedar bahawa Allah itu Maha baik. Sesempurna apapun kita menyusun rancangan hidup kita tetapi kita kena ingat bahawa Allah perancang yang terbaik. Apa yang penting ialah kita jangan pernah berputus asa dari rahmat Allah
Begitulah sedikit ringkasan peristiwa yang banyak mengajar diri ini.
Tidak mengapa, mungkin hari ini kita tidak berteman, mungkin hari ini kita penat kelelahan, mungkin hari ini kita tengah dilanda kesedihan, lagi-lagi kekecewaan, tapi yakinlah bahawa Allah sudah sediakan hadiah yang tidak ternilai istimewa untuk diri kita di masa hadapan.
Hanya perlu tunggu waktu, boleh?
Moga Allah kurniakan kita kebahagiaan, di dunia, juga akhirat sana. :)
@bicaradaie05
Luangkan Masa Untuk Akhirat
{ أَفَلَا یَتَدَبَّرُونَ ٱلۡقُرۡءَانَ أَمۡ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقۡفَالُهَاۤ }
(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?
[Surah Muḥammad: 24]
Pernah tak kita baca Al-Quran tapi ada yang tak kena. Kita rasa baca tu sekadar bacaan sahaja seperti burung kakak tua hanya mengalunkan bacaan tanpa memahami dan menghayati maksud tersebut
Ingatlah akan firman Allah di dalam surah Muhammad " Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)? "
Sesungguhnya Allah berfirman lagi dalam Surah Al-Baqarah
{ خَتَمَ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ وَعَلَىٰ سَمۡعِهِمۡۖ وَعَلَىٰۤ أَبۡصَـٰرِهِمۡ غِشَـٰوَةࣱۖ وَلَهُمۡ عَذَابٌ عَظِیمࣱ }
(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mengunci atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.
[Surah Al-Baqarah: 7]
Maka apa beza kita dengan golongan ini yang dikunci hati mereka daripada menerima hidayah daripada Allah sedangkan kalau kita lihat pada hari ini orang kafir itu sendiri ada yang mengkaji Al-Quran untuk membuktikan kepalsuannya namun pada akhirnya perbuatan mereka menyelidiki Al-Quran tersebut menjadi asbab merek menerima hidayah Allah
Apatah lagi kita yang lahir dalam keadaan islam, mengaku bahawa Al-Quran ialah kitab yang benar, tiada keraguan padanya tapi baca pun malas apatah lagi untuk memahami isi kandungannya
Apa salahnya kita luangkan sedikit masa untuk Al-Quran dalam seharian 24 jam yang Allah berikan pada kita sama rata pada semua makhluk di dunia ini cuma yang membezakannya adalah ke mana kita gunakan masa kurniaan Allah
Sehingga terdapat satu surah yang mengkhusukan tentang masa
{ وَٱلۡعَصۡرِ (1) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِی خُسۡرٍ (2) { إِلَّا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡا۟ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡا۟ بِٱلصَّبۡرِ(3) }
[Surah Al-ʿAṣr: 1-3]
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(3)
Surah yang menerangkan sungguh! manusia kerugian kerana masa itu sendiri
Lalu kemanakah kita bazirkan masa kita itu?
Adakah kepada hiburan² yang melampau?
Ataupun sibuk mengejar perkara keduniaan?
Fikir-Fikirkanlah
Allah peruntukkan masa 24 jam kepada semua makhluk tapi kenapa masih ada yang sering merasa tidak cukup. Itu bergantung kepada keberkatan masa itu. Sama ada kita menghabiskan masa kita
Tepuk dada, tanya iman
Akhukum Fillah, Wallahua'lam 🤍
@bicaradaie05
🍂Sebanyak apapun dosamu selagi masih bisa menghirup udara segar, berarti Allah masih memberikan kesempatan untukmu.
Maka kembalilah dan kejar Ridho-Nya Allah.
-Tulisan seseorang yg semoga Allah menjaganya
@bicaradaie05
🍁𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗯𝗮𝗿𝗹𝗮𝗵 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝘂𝗷𝗶𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗺𝗽𝗮𝗺𝘂
Ketika Allah timpakan ujian kepadamu, maka kuncinya ikhlas dan sabar. Allah mengujimu lewat rasa sakit, bukan berarti Allah tidak sayang. Justru dengan rasa sakitmu, Allah ingin menguji seberapa kamu sabar dalam menghadapi ujian dari-Nya. Allah sayang terhadap hamba yang selalu bersabar dalam menghadapi ujian-Nya. Makanya Dia ingin mengujimu. Jikalau kamu sabar dan ikhlas, kamus berhasil melewati ujian-Nya. Dan hadiahnya adalah surga, In syaa Allah.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Artinya: “Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung,” (QS. Ali Imran: 200).
Hadis Tentang Lidah yang Berdosa
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya seseorang hamba apabila mengucapkan sesuatu perkataan tanpa diteliti akan kebenarannya, akan membuatkannya terjerumus ke dalam neraka yang dalamnya sejauh antara jarak timur ke barat.” – Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad
@bicaradaie05
Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan keatas kamu pedihnya sebuah pengharapan supaya kamu mengetahui bahawa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain Dia. Maka Allah menghalangimu dari perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepadaNya.
Imam Syafi'e رحمة الله تعالى ~