➪ Luahan Hati seorang Da'ie pada zaman ini dalam berdakwah melembutkan hati insan ➪ 🅂🅄🄿🄿🄾🅁🅃 300+ ☜︎︎︎ ➪ 🄾🄵🄵🄸🄲🄸🄰🄻 🄱🄾🅃 @bicaradaiebot
الحمد لله الذي بنعمتة تطول الأعمار
Dalam setiap langkah kehidupan akan ada satu proses iaitu mendewasa. Proses yang memang tidak akan dapat dielakkan oleh sesiapa sahaja
Dalam fasa ini kita akan menyedari pelbagai hal dan terpaksa untuk menyesuaikan diri dengan kedewasaan tersebut.
Teruslah kuat sahabat dalam apa jua yang kita tempuhi, kerana ujian setiap orang itu berbeza
Maka teruslah melangkah kehadapan demi memberi manfaat kepada ummah
Jika penat, rehatlah. Kemudian bangkit semula terus dalam istiqomah di jalanNya
Apapun jangan lupa bersyukur kerana dalam bertambahnya usia, bertambahnya peluang kita untuk taat kepadaNya
Semoga kita semua terus kuat dalam mengharungi kedewasaan ini🤍
سيروا على بركة الله
@bicaradaie05 ✨
الحمدلله الذي بنعمته تتم الصالحات
Pernah suatu hari saya mempersoalkan apa sebenarnya tujuan dalam kehidupan kerana terasa kosong sahaja apatah lagi bila melalui satu tempoh cuti yang lama
Adakah ini sahaja erti untuk hidup?
Setelah melangkah semula masuk ke kampus dan menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti dan acara untuk mencari dimanakah erti kehidupan itu
Alhamdulillah, nikmat bila sentiasa disibukkan oleh Allah dalam perkara yang baik, banyak hikmah zahir mahupun tersembunyi yang dapat disedari. Mungkin perkara ini dianggap biasa umumnya tetapi di sudut hati ini sememangnya ada rasa nikmat disebalik semua kesibukan yang dilakukan
Jika dilihat secara holistiknya, dalam kesibukan dunia pun ada saja masa untuk menelaah ilmu sebagai diri yang bergelar pelajar, ada masa untuk mengembangkan bakat dan pimpinan melalui program² yang disertai mahupun diuruskan, ada masa untuk beribadah dan mengabdikan diri melalui penyertaan majlis - majlis ilmu dan ada masa untuk berehat merenung keindahan ciptaanNya atau menguruskan diri sendiri
Alhamdulillah, semalam saya direzekikan utk hadir ke Majlis Khatam Sahih Bukhari di Masjid Putra, Putrajaya
Begitu nikmatnya dirasai bila hadir ke majlis-majlis ilmu berdamping dengan para ulama' dan ambil berkat daripada ilmu mereka
Jika difikirkan semula, sebak terasa dihati kerana niat untuk hadir ke Majlis Sama' Hadith ni walau sekali tertunai dengan jalan yang begitu indah diatur oleh Allah
Dalam 10 hari berlangsungnya majlis tersebut, sudah banyak peluang dicari untuk hadir namun selalu ada penghalangnya dalam kesibukan di kampus
Terasa sedih juga kerana hati dambakan suasana majlis ta'lim tersebut dari semasa ke semasa
Banyak faktor yang difikirkan juga sebelum mahu berangkat. Antaranya adalah kewangan, atau kaedah untuk pergi ke tempat itu dan sebagainya
Tetapi aturan Allah itu sungguh cantik, seusai program pada rabu lalu berakhir, kampus saya mendapat jemputan untuk pergi ke Majlis tersebut. Tanpa fikir panjang saya terus mengisi nama untuk hadir.
Allahu, benarlah jika niat baik mengiringi, Allah akan buka jalan yang tak disangka - sangka
ويرزقه من حيث لا يحتسب
Daripada 1001 perkara yang hendak difikirkan kini semuanya telah tersedia, dengan pengangkutan, makanan dan sebagainya. Hanya tinggal duduk dan khusyuk di dalam ilmu yang disampaikan
Maka nikmat mana lagi yang didustakan?
Kepenatan yang mendekatkan diri kita lagi kepadaNya. Jika melihat dari kacamata peribadi, selain dapat menggunakan masa kurniaan Allah sebaiknya, dalam kesibukan jugalah terhindarnya dari melakukan maksiat secara sedar atau tidak
Dengan kurangnya masa kita untuk menghabiskan masa di hadapan skrin telefon pintar dan sebagainya, kuranglah masa untuk scroll benda² yang kurang bermanfaat di mana-mana platform media
Kuranglah kita memikirkan akan hal orang lain yang tidak perlu pun kita sibuk
Kuranglah kita membaca artikel² kontroversi yang tidak mendatangkan manfaat buat diri kita
Dalam kata lain, lebih banyak masa diluang untuk bersendiri
Tapi, seperti yang selalu dinasihatkan dari semua orang, jangan lupa juga untuk menjaga kesihatan dan rehat secukupnya kerana dengan nikmat kesihatanlah kita dapat melaksanakan semua ini
Semoga Allah memberi kesihatan dan kekuatan pada diri setiap kita dan sibukkan diri kita dengan perkara yang mendekatkan lagi diri padaNya
Semoga Allah berkati setiap langkah dalam permusafiran ilmu🤍
Satu lagi, jangan lupa selawat dan buat amalan sunnah pada hari jumaat
Salam jumaat
Akhukum fillah, Wallahua'lam
22 November 2024
20 Jamadilawwal 1446
@bicaradaie05 🍃
Dalam berkelana di dunia fana, pasti ada masa yang kita rasa syak dengan biah kita, adakah ini yang ku dambakan?
Cuba refleksikan kembali dengan ibadah
Sepertiga malam menjadi wadah rintihan kepadaNya. Kamu akan merasai ketenangan yang luar biasa, sama sekali tidak kamu dapati pada masa lain
Ingatlah, pada akhirnya semua akan kembali padaNya. Ada masa kita rasa melampaui batasNya dek kerana normalisasi yang berlaku sendiri di depan mata. Kita merasa lemah, tidak mampu berbuat apa-apa. Takut, menjadi asing dari yang lain dan akhirnya keseorangan.
Bagaimanapun, selagi kita masih ada tempat bergantung harapan. Kita tidak akan pernah keseorangan. Carilah biah yang mendekatkan diri kita kepadanya dan bukan yang menjauhkan. Sesekali kita merasai atau dianggap jumud oleh orang lain kerana terlalu menjaga batas.
Hakikatnya, adakah kita yang terlalu menjaga atau mereka yang terlalu berlebih - lebihan.
Fikir - fikirkanlah
Semoga kuat selalu dalam mujahadah nafsi sahabat
الله يهديهم 🤍
@bicaradaie05
الجمعة مبارك
Sesibuk mana pun kita,
Luangkan sedikit masa denganNya
Mengalunkan bait-bait pujian padaNya
Berselawat ke atas baginda
Apapun yang kita sedang lakukan dan dimanapun kita berada
In sya Allah, akan ada keberkatan dalam setiap langkah, setiap pilihan, setiap apa yang berlaku
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
@bicaradaie05✨
Perihal Takdir
Perihal takdir, usah dikhuatiri,
Jalannya telah ditentukan,
Hanya terus melangkah,
Usaha & Doa menjadi bekalan,
Usah berduka atas kesusahan,
Sebaliknya berbahagialah masih diberi ujian,
Jika tiada ujian bukanlah kehidupan namanya kan?
Maka, kuatlah dalam setiap langkah kita,
Teliti dalam setiap langkah yang diambil,
Menilai setiap sesuatu dengan neraca agama,
Agar tidak terpesong di esok hari,
Jika telah berlebihan,
Kembalilah, selagi pintu taubatNya masih belum tertutup,
Percayalah, peluang masih ada
Usah khuatiri bab takdir,
Walau kadang tidak seperti rencana nafsi,
وَعَسَىٰۤ أَن تَكۡرَهُوا۟ شَیۡـࣰٔا وَهُوَ خَیۡرࣱ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰۤ أَن تُحِبُّوا۟ شَیۡـࣰٔا وَهُوَ شَرࣱّ لَّكُمۡۚ
" Boleh jadi apa yang engkau benci, baik untuk kamu dan boleh jadi apa yang engkau sukai, buruk untuk kamu "
لَا یُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ
" Allah tidak membebani seseorang melebihi kemampuannya "
Janji yang termaktub di dalam wahyu,
Tidak cukupkah menjadi pegangan?
Siapa lagi yang mengenali batas kemampuan diri jika bukan Sang Pencipta?
فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ یُسۡرًا (5) إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ یُسۡرࣰا (6)
Dalam setiap kesultian disertai kemudahan, bait kata diulang dua kali menguatkan lagi kebenaran dalam janjinya
Tinggal manusia membuat keputusan,
Sama ada mengukur dengan neraca ilmu,
Atau mengukur dengan neraca nafsu,
Lihatlah setiap perkara secara holistik,
Nescaya, kita akan dapati perbezaan,
Hikmah yang tersembunyi sudah dapat dilihat
Di situlah kita akan mendapati ketenangan
Kuat terus ya sahabat,
Berkelana di medan ilmu sememangnya tidak mudah,
Tapi ingat setiap langkah kita tidak berseorangan,
Teruslah berharap kepada Yang Esa
Semoga dipermudahkan urusan semuanya🤍
Akhukum fillah, Wallahua'lam
11 November 2024
9 Jamadilawwal 1446
@bicaradaie05✨
الجمعة مبارك
Harini hari jumaat jangan lupa selawat pada baginda Nabi sebanyak mungkin ya
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Siapa tahu dengan amalan ini menjadi asbab kebaikan kita masuk ke syurga
Baca kahfi sekurangnya 10 ayat awal dan akhir jika x mampu baca semua
Jangan lupa juga untuk lakukan sunnah yang lain, kalau tak dapat buat semua, jangan tinggalkan semua!
@bicaradaie05🤍
Buat diri yang sedang berjuang 💌
Tenang, wahai diri
Kamu baik - baik saja,
Di setiap langkah mu
Ada Allah dalam setiapnya
Jangan pernah putus harapan padaNya,
Kamu mampu untuk menghadapinya,
Jika tidak mengapa Dia membawa mu sejauh ini?
Kegagalan berkala itu biasa,
Jadikan ia pemangkin untuk melangkah lebih jauh!!
Teruskan saja dengan rutin harian mu dan jangan lupa di akhir hari untuk kembali padaNya
Sungguh Dia adalah tempat kembali yang tiada pengecewaan
الله يفتح عليكم🤍
@bicaradaie05
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّاۤ إِلَیۡهِ رَ ٰجِعُونَ
Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan sesungguhnya kepada-Nya kami akan kembali.
🕰️ 11 Dhūlhijjah.
🕊️ (Everlasting Happiness) - السعادة الأبدية
In Quran, Allah says:
إن مع العسر يسرا
"Indeed with hardships comes ease." - 94:6
who is not happy, if God says that every hardship comes the pleasure twice.
@bicaradaie05
🕰️9 Dhūlhijjah.
🕊️(Acts of Kindness) - أعمال الخيرات
وأحسن كما أحسن الله إليك
-' and be good to others as Allah has been good to you.'
Al-Qasas:77
; do good to anyone, who knows, which good will take you true peace, deep tranquility, and guaranteed Jannah.
@bicaradaie05
🕰️ 7 Dhūlhijjah.
🕊️ (Sweetness of worship) - حلاوة الإيمان
Bishr b. Härith رحمه الله said: "You will not find the sweetness of worship until you place between you and your ego's desires a barrier of steel"¹
Ishaq al-Mawşlī said that (the caliph) al-Mu'taşim said to him, "O Ishaq, if the ego's desires overcome you, sound opinion will depart from you."*
Imam al-Ghazali رحمه الله said: "Never have I dealt with anything more difficult than my own soul, which sometimes helps me and sometimes opposes me."
@bicaradaie05
DOA UNTUK RAFAH
,اللهم انصر اخواننا المستضعفين في رفح وفي كل فلسطين
Allahummansur Ikhwananal Mustadh'afina Fi Rafah Wa Fi Kulli Filastin
Maksudnya :
Ya allah, engkau bantulah saudara-saudara kami di rafah dan di seluruh Palestin.
"Jangan terlalu banyak berfikir, tetapi perbanyakkanlah istighfar.
— Kerana dengan istighfar, Allah akan membuka pelbagai pintu keluar dari permasalahan yang tidak akan terbuka hanya dengan berfikir.
- Al Habib Umar bin Hafidz
Dari Abu Hurayrah RadiyaLlāhu 'anhu berkata: "Sesungguhnya Rasūlullah bersabda tentang Lailat-ul- Qadr :
إِنَّهَا لَيْلَةُ سَابِعَةٍ أَوْ تَاسِعَةٍ وَعِشْرِينَ إِنَّ الْمَلَائِكَةَ تِلْكَ اللَّيْلَةَ فِي الْأَرْضِ أَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ الْحَصَى.
"Sesungguhnya malam itu malam yang ke dua puluh tujuh atau ke dua puluh sembilan. Sesungguhnya malaikat pada malam itu lebih banyak dari jumlah butiran kerikil (pasir)"
Musnad Ahmad (2/519 no. 10745 dan 2/529 no. 10860) (Sahih al-Jami' no. 5473, dan Silsilah al- Sahihah 5/240).
أنَّ النَّبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم صَعِدَ المِنْبَرَ فَقَالَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ قِيْلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ إنَّكَ صَعِدْتَ المِنْبَرَ فَقُلْتَ آمِيْنَ آمِيْنَ آمِيْنَ فَقَالَ إنَّ جِبْرِيْلَ عَلَيْهِ السَّلَامُ أَتَانِيْ فَقَالَ مَنْ أَدْرَكَ شَهْرَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ فَدَخَلَ النَّارَ فَأَبْعَدَهُ اللَّهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ وَمَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ أَوْ أَحَدَهُمَا فَلَمْ يَبِرَّهُمَا فَمَاتَ فَدَخَلَ النَّارَ فَأَبْعَدَهُ اللهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ وَمَنْ ذُكِرْتَ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ فَأَبْعَدَهُ اللهُ قُلْ آمِيْنَ فَقُلْتُ آمِيْنَ
Maksudnya: Ketika Nabi SAW menaiki mimbar, Baginda SAW bersabda: “Amin, Amin , Amin (sebanyak 3 kali)”. Baginda SAW ditanya: “Wahai Rasulullah, apabila engkau menaiki mimbar, engkau telah berkata amin, amin , amin”. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepadaku, lalu dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang bertemu dengan bulan Ramadhan tetapi tidak diampunkan baginya maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin. Dan barangsiapa sempat dengan kedua orang tuanya tetapi tidak berlaku baik kepada meraka. Kemudian dia meninggal maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin. Dan barangsiapa yang disebut kepadanya dan dia tidak berselawat kepadaku, maka dia akan dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin”. [Lihat: al-Targhib wa al-Tarhib, 2/57]
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ✨
Читать полностью…Nikmat kesihatan merupakan nikmat yang paling sering didustai oleh manusia
Nikmat kesihatan juga adalah nikmat yang paling kurang disyukuri hinggalah tiba masa sakit, diri menjadi tidak keruan memikirkan mengapa ujian diberikan padanya sedangkan dia lupa nikmat kesihatan yang didustai selama ini, tidak diisi dengan perkara yang bermanfaat dan mendekatkan diri kita padaNya
Sungguh, itulah manusia bila susah merintih kepada Pencipta dan bila senang langsung tidak ingat padaNya
Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang lalai dalam mengingatinya dan sentiasa mensyukuri sekecil - kecil nikmat dan sebesar - besarnya
الله يفتح عليك
@bicaradaie05🤍
Semoga kita semua diberi kekuatan dalam mujahadah melawan hawa nafsu di udia muda walaupun masyarakat sekeliling menganggapnya normal. Bi'ah yang tidak mementingkan ikhtilat menjadi norma dalam kalangan remaja zaman ini. Jadilah orang yang asing walaupun dipandang serong kerna pandanganNya lebih mulia daripada pandangan semua ciptaanNya
Istiqomahlah dalam setiap perbuatan yang kita lakukan serta terus kuat mengharungi segala ujian
In syaa Allah, hasilnya jika tidak dilihat di dunia akan berbuah di akhirat nanti. Berpeganglah pada janji - janji Allah dan jangan pernah sesekali berputus asa padaNya
Selamat berjuang dalam medan permusafiran ilmu sahabat. Semoga setiap dari kita akan dapat memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara
Harungilah semuanya dengan doa dan tawakkal
الله المستعان 🤍
@bicaradaie05 🍃
قال الإمام الشافعي
أخي لن تنال العلم إلا بستة
سأنبيك علي تفاصيلها ببيان
ذكاء و حرص و اجتهد وبلغة
وصحبة أستاذ و طول زمان
“Saudaraku, kamu sesekali tidak berupaya untuk mencapai ilmu kecuali dengan enam perkara: kecerdasan, keinginan yang tinggi, bersungguh-sungguh, berkemampuan, bersahabat dengan guru dan sepanjang masa (memerlukan waktu yang sangat lama)”
- Imam As-Syafie
@bicaradaie05✨
Tentang masa lapang
Dulu saya ingatkan betapa seronoknya jika ada banyak masa lapang, boleh bersenang senang, menikmati kehidupan tanpa sebarang kerisauan dan kegelisahan
Tapi benarkah itu nikmat yang di dambakan oleh fitrah manusiawi?
Memang tidak dinafikan kita manusia perlu kan rehat, waktu untuk healing, self reward dan sebagainya tetapi adakah dengan membazirkan waktu yang dikurniakan dengan perkara yang tidak memberi manfaat bahkan membawa mudharat sesuatu keperluan?
Fikir - fikirkanlah implikasinya, dalam perjalanan kita menuju kedewasaan akan ada banyak buah fikiran yang timbul dari sudut hati dan minda kita, kita akan lebih memikirkan implikasi dan penyelesaian dari segala apa yang berlaku. Bukannya hendak mengatakan bahawa kitalah yang terpaling dewasa tetapi inilah realiti yang dirasai oleh setiap insan dalam perjalanan kehidupan mereka.
Terdapat banyak mudharat yang boleh berlaku jika masa lapang digunakan tanpa mengehadkannya. Antaranya, masa lapanglah tempat dimana hati kita akan dibisik oleh syaitan untuk mengerjakan maksiat lagi - lagi ketika berseorangan.
Nikmatilah masa lapang anda sekadarnya dan berpada - pada. Kalau mampu isilah ia dengan perkara yang bermanfaat seperti membaca buku ilmiah bahkan novel fizikal sekalipun kerana dalam pembacaan yang panjang dapat meningkatkan tempoh untuk kita fokus dalam sesuatu perkara. Jika hendak berehat, healing dan sebagainya kaitkanlah ia dengan unsur penciptaan oleh Allah seperti mengagumi keindahan alam ciptaanNya dan dihiasi dengan puji - pujian kepadaNya agar hati sentiasa di landasan yang benar
Saya membawa satu nukilan daripada Imam Syafie
Kelazatan sibuk melebihi kelazatan masa kosong. Imam Syafie pernah menasihatkan:
وانصب فان لذيذ العيش في النصب
"Berpenat-penatlah kamu kerana sesungguhnya kelazatan hidup terdapat pada kepenatan."
Bukannya hendak melarang tetapi hanya menasihati untuk berpada pada dalam apa sahaja perkara yang kita lakukan kerana semua tindakan akan ada implikasinya
Akhirulkalam, hiduplah dimuka bumi ini sebagai hamba kepadaNya dan hindarilah segala kemungkaran yang membawa kepada murkaNya
Maaf jika penulisan ini menyinggung mana - mana perasaan, hanya nukilan daripada seorang al - faqir yang dahagakan ilmu dan berjuang meraih cintaNya
Akhukum fillah🤍, Wallahua'lam
10 November 2024
8 Jamadilawal 1446
@bicaradaie05✨
Kalau boleh sebelum tidur kita usahakan muhasabah diri, fikir kembali apa nikmat yang kita syukuri hari ini, apa yang kita jalani hari ini, apa yang kita boleh perbaiki pada hari esok, perhati setiap bait perjalanan kehidupan kita. Lama - kelamaan, in sya Allah kita akan jadi orang yang bersyukur dan merasa cukup dengan segala pemberianNya
Walau seberat apapun hari anda, jangan sekali² putus pengharapan kepada Allah kerana janji Allah dalam setiap kesulitan adanya kemudahan kan..
Jangan putus asa ya!!
Satu lagi kalau mampu, usahakan hafal surah al-mulk sekurangnya. Biar kita sebelum tidur tu walaupun dah baca selepas isyak dan sebagainya, boleh baca lagi sampai tertidur.
In sya Allah, ada nilai tambah yang kita dapat terutamanya bila mengalunkan bait-bait Quran. Ini juga merupakan tips bagi diri yang sedang berjuang sendiri tanpa biah, tanpa sokongan, tapi meronta - ronta untuk hidup secara beragama
Ingat, bukan semua orang beruntung utk hidup dalam biah solehah. Kadang orang berusaha sedaya upaya, jatuh bangun itu biasa, tapi bagi kita yang telah hidup dalam biah sejak awal usia rasa benda yang dilakukan itu kecil sahaja. Apapun kita tidak tahu nilai usaha mereka di sisi Allah. Mungkin ini antara nikmat yang kurang kita syukuri.
نعوذ بالله من ذلك
Akhukum fillah🤍
Wallahua'lam
8 November 2024
@bicaradaie05 ✨
🌿 Niat Puasa Sunat Tasu'a (٩ محرم)
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءٍ سُنَّةِ التَسُوعَاءِ لِلَّهِ تَعَالَى
Aku berniat puasa sunat tasu'a pada esok hari kerana Allah Ta'ala
@bicaradaie05
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Читать полностью…🕰️ 10 Dhūlhijjah.
🕊️ (Sickness of heart) - قلب مريض
A man came to al-Hasan al-Başri رحمه الله and said: "O Abū Sa'id, I complain to you of the hardness of my heart!"
Al-Hasan رحمه الله said: "Discipline it with dhikr."
"Those who have faith and whose hearts find peace in the remembrance of God- truly it is in the remembrance of God that hearts find peace- those who believe and do righteous deeds: joy awaits these, and their final homecoming will be excellent." [Quran 13:28-29]
@bicaradaie05
🕰️ 8 Dhūlhijjah.
🕌Kelebihan Bulan Zulhijjah
Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibnu Abbas R.A, Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
"Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah-."Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?"Baginda bersabda,"Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali." (Riwayat Bukhari, Abu Daud, Ibn Majah & At-Tirmizi)
@bicaradaie05
🕰️ 6 Dhūlhijjah.
🕊️ (Destroyer of pleasure) - هاذم اللذات
The best among humanity are those who always remember death.
Because by doing so, the past can be corrected, the future can be faced, and the present can certainly be lived successfully.
@bicaradaie05
"Banyak orang yang telah meninggal, tapi nama baik mereka tetap kekal. Dan banyak orang yang masih hidup, tapi seakan mereka orang mati yang tak berguna." - Imam Syafi'i
__ Buatlah kebaikan walaupun sekecil zarah.
DOA AKHIR RAMADHAN
*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati-hati kami.
*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.
*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.
*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa kami.
*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak-jejak ke Syurga untuk kami.
*Ya Allah...* janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami.
*Ya Allah...* lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan.
*Ya Allah...* sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.
*Ya Allah...*
▪️Lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. ▪️Selamatkanlah setiap seorang dari kami dengan Iman dan Taqwa.
▪️Jadikanlah kami calon Syurga Mu.
▪️Sempurnakanlah akhlak kami dan lindungilah kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.
*Ya Mujibbasailin...*
▪️Limpahilah kami dengan sifat-sifat kebaikan dan terpuji.
▪️Jadikanlah kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.
*Ya Allah...*
Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak yang akan datang.
*Ya Allah...*
Janganlah Kau jadikan Ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang.
*Andainya ini Ramadhan terakhir buat kami...*
▪️Jadikanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati
▪️Jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayang Mu
▪️Jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus segala dosa-dosa kami
*Ya Allah…*
Temukanlah kami dengan Lailatul Qadr dan Kau pilihlah kami dikalangan hamba Mu yang dapat beramal di malam Al-Qadr
*Ya Allah...*
▪️Terimalah amalan kami
▪️Terimalah taubat kami
▪️Ampunkanlah dosa kami
▪️Amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi
▪️Kurniakanlah kepada kami Syurga Mu yang maha luas nikmatnya
*Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni* (dibaca 3 kali)
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
*Silalah dikongsikan DOA ini agar sama-sama peroleh pahala dan dirahmati oleh-Nya.*
Andai ini malam Ramadan yang terakhir, semoga Allah jadikan kita dalam kalangan hamba yang dibebaskan daripada api neraka pada bulan ini.
Sebab Rasulullah SAW bersabda:
ولله عتقاء من النار وذلك كل ليلة
" ... dan Allah membebaskan hamba-hamba daripada neraka, dan ini berlaku pada setiap malam Ramadan."
- HR Ibn Majah 1633
Kita mohon ampun kepada Allah SWT atas segala kesilapan dan kesalahan yang kita pernah lakukan.
Kita mengulang munajat yang pernah dipanjatkan oleh al-Imam al-Suhaili dalam sebuah syair beliau:
يا من يَرى ما في الضمير ويسمَعُ ... أنت المُعّدُّ لكل ما يتُوقَّع
Wahai yang melihat apa yang berada di dalam jiwa dan mendengar … Engkau yang dipersiapkan untuk menghadapi segala yang dijangka
يا من يُرجَّى للشدائِد كلَّها ... يا مَن إليه المُشتكَى والمَفزَع
Wahai yang diharapkan ketika kesusahan kesemuanya … wahai yang kepada-Nya tempat mengadu dan berlindung
يا من خزائنُ رِزْقه في قولِ كُن ... امنُنْ فإن الخيرَ عندك أَجمع
Wahai yang khazanah rezekinya di kalimah kun … kurniakanlah nikmat maka sesungguhnya kebaikan di sisi-Mu terhimpun
ما لي سِوَى فقرِي إليك وسيلةٌ ... فبالافتقارِ إليك فَقْرِي أدفع
Tidak ada pada kefakiranku kepada-Mu sebarang wasilah … Maka dengan kefakiran kepada-Mu aku menolak kefakiranku
ما لي سوى قَرْعِي لبابِك حِيلةٌ ... فلئنْ رَدَدْتَ فأيَّ بابٍ أقرع
Tidak ada bagiku sebarang helah daripada mengetuk pintu-Mu … jika aku ditolak maka pintu siapa lagi akan kuketuk?
ومَن الذي أدعُو وأهْتِف باسمه ... إن كان فَضْلُكَ عن فقيرٍ يُمنع
Dan siapa lagi yang aku berdoa dan mengulang namanya … jika kurniaan-Mu daripada seorang yang fakir dihalang?
إِن كانَ لا يرٍجوك إلا محسن ... فالمذنٍبُ العاصى إلى مَن يرجع
Jika tidak mengharapkanmu melainkan orang yang baik … maka orang yang berdosa dan bermaksiat kepada siapa dia akan kembali?
حاشا لجودك أن تُقنّط عاصياً ... الفَضْلُ أجزلُ والمَواهبُ أوسع
Tidak sama sekali dengan kemurahan-Mu engkau akan mematahkan harapan sang pendosa … kelebihan melimpah dan kurniaan meluas.
Terjemahan bebas: Fakhri Fadzli (t.me/fakhrifadzli)
Gunakan peluang yang ada di hujung Ramadhan ini utk meningkatkan ibadah, Jangan tinggalkan Ramadhan dalam keadaan tidak mendapa apa-apa darinya
Читать полностью…