bicarathtl | Unsorted

Telegram-канал bicarathtl - UiTO Channel: Bicara THTL

917

Pandangan dan perkongsian THTL Web Rasmi uito.org Channel rasmi @UiTO2017 @BicaraThtl

Subscribe to a channel

UiTO Channel: Bicara THTL

SOALJAWAB SEPUTAR KARMA

🔴 Bagaimanakah caranya untuk saya terangkan kepada kawan saya yang kita tidak boleh menggunakan perkataan "karma". Saya kurang pasti apakah maksudnya ("man jadda wajada") atau setiap perbuatan akan dibalas. Bukankah tidak elok orang Islam menggunakan istilah "karma" sebagai filosofi hidup?



Karma merupakan akidah dalam agama Hindu. Maka soal akidah kita hendaklah rujuk kepada Islam sahaja.

Terdapat dua hukum karma:

1⃣ Hukum "cause and effect" yang berlaku di dunia.

‼️Segala perbuatan buruk mendapat balasan secara tunai di dunia.

Contohnya jika seseorang ditimpa sakit atau kemalangan disebabkan oleh perbuatannya yang buruk.


2⃣ Hukum reinkarnasi: Roh kembali semula dalam bentuk yang lain

⚠️ Oleh sebab itu, apa jua isu akidah, kita jangan cuba-cuba mencarinya dalam agama lain. Rosak nanti.


🔴 Sekiranya seseorang itu sedang menjalani pembedahan dan ada risiko kompilasi. Teori saya sama ada keberangkalian untuk mendapatkan kompilasi itu berkadar terus dengan amalan pahala dan dosa maksiat yang dilakukan di masa lalu. Jika lebih banyak pahala, maka kurang komplikasi dan jika lebih banyak dosa, maka tinggi keberangkalian komplikasi.

Benarkah pemikiran sebegini?


Ya sahih. Manhaj salaf berpendapat musibah ada kaitan dengan maksiat. Manakala dalam agama lain ia dinamakan Hukum Karma (orang yang melakukan dosa akan dikenakan komplikasi dalam bentuk azab di dunia).

Dalilnya banyak sekali, antaranya:

مَا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللَّهِ ۖ وَمَا أَصَابَكَ مِنْ سَيِّئَةٍ فَمِنْ نَفْسِكَ
[ Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah daripada Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka daripada (kesalahan) dirimu sendiri]. [An-Nisaa`/4:79].

وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ
[Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (daripada kesalahan-kesalahanmu). [Asy-Syuura/42:30].

Juga hadith:

- كلُّ ذنوبٍ يؤخِرُ اللهُ منها ما شاءَ إلى يومِ القيامةِ إلَّا البَغيَ وعقوقَ الوالدَينِ ، أو قطيعةَ الرَّحمِ ، يُعجِلُ لصاحبِها في الدُّنيا قبلَ المَوتِ
الراوي : أبو بكرة نفيع بن الحارث | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح الأدب المفرد

الصفحة أو الرقم: 459 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

"Setiap dosa akan diakhirkan (seksanya) oleh Allah ‎ﷻ sesuai dengan kehendak-Nya sampai hari kiamat kecuali perbuatan aniaya derhaka terhadap kedua orang tua atau memutuskan tali silaturrahim, maka Allah ‎ﷻ menyegerakan (seksaan-Nya) kepada pelakunya di dunia sebelum meninggal." (Al-Albani, sahih Adab Al Mufrod 459)

Orang Hindu menamakan ia Hukum Karma. Orang Islam tidak bolehlah memanggil hukum karma, sebab ia dinamakan dosa yang disegerakan pembalasannya sebelum dia meninggal supaya dia ada kesempatan untuk bertaubat.

Walaupun begitu, tugas seorang doktor pakar adalah mengurangkan komplikasi pesakit, jangan pula anda bertindak sebagai penghukum dengan berkata, "Padan dengan muka kamu." Atau berkata, "Kamu mampus pun lagi baik!"

Cuma kita sebagai muslim percaya hikmah musibah atau komplikasi yang menimpa pesakit muslim adalah sebagai kafarah ke atasnya iaitu proses mencuci dosa.

@bicarathtl
#SnJbicarasunnahC

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

SIRI MANHAJ DR YUSOF ABDULLAH AL-QARDHAWI 1:
Usul dakwah (Enam (6) jenis fiqih baru)

Fiqh Ikhtilaf (Bahagian 6)

Kata Syaikh Mustafa Malaikah (murid senior Dr Yusof Al-Qardhawi), "aku mengenali satu aliran baru yang menyeru kepada berpegang kepada satu pendapat sahaja, kebenaran hanya satu, tak ada khilafiah dalam agama dengan harapan semua mazhab-mazhab sedia ada dan khilafiah akan terhapus secara total. Yang sebenarnya, mereka cuba membenteras taqlid kepada mazhab-mazhab yang lain, akan tetapi sebenarnya mereka mengajak manusia bertaqlid kepada mazhab baru ciptaan mereka." Sikap tiada khilaf dan kebenaran hanya satu adalah suatu sikap yang ghuluw (melampau/ekstrim) yang bertentangan dengan apa yang dirintis oleh semua ulama sepanjang zaman, bahawa di sana ada perselisihan dalam banyak isu cabang agama dan ia semua dibenarkan syarak.

Rumusan: dakwaan aliran baru dengan slogan: kebenaran hanya satu, khilafiah boleh dihapuskan secara total dan hanya kami yang berada di atas landasan salaf adalah ciri-ciri pelampau agama.

Ref: Mustafa Malaikah, fiqh usul dakwah DYQ, maktabah wahbah, cairo)

@bicarathtl
#Ilmu
#Amal
#Prihatin
#DYQ
#fiqhikhtilaf

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

SIRI MANHAJ DR YUSOF ABDULLAH AL-QARDHAWI 1:
Usyul Dakwah (Enam (6) Jenis Fiqih Baru)

Fiqh Ikhtilaf (Bahagian 4)

Kata Dr Yusof Al-Qardhawi, berlaku khilaf (perselisihan) dalam perkara cabang adalah pasti berlaku dan tidak dapat dielakkan. Sebab Allah telah design syariatnya, ada yang qat'iy (tiada ruang untuk khilaf) vs ada hukum yang zanni (pasti berlaku khilaf).

Ahli fiqih dan muhaqqiqin (penganalisa) yang unggul seperti Syaikhul Islam Ibn Taymiyah, muridnya Ibn Qayyim, Ibn Hajar, an Nawawi, al Syun'ani, al Syaukani, Waliyullah al Dihlavi, Ben Baz, Ben Othaimin dan Allamah al Albani sendiri tidak mampu menghilangkan khilaf.

Contoh: Sambutan Maulidul Rasul, pesta kelahiran Nabi saw. Ia menjadi khilaf yang besar dan kesemua mereka tidak mampu menghilangkan khilaf dalam Hukum Maulid ar Rasul.

*Ref:
في أصول الدعوة مقتبسة من كتوب القرضاوى
(الشيخ مسطفي ملائكة ) مكتبة وهبة القاهرة، مصر

@bicarathtl
#Ilmu
#Amal
#Prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

SIRI MANHAJ DR YUSOF ABDULLAH AL-QARDHAWI (DYQ) 1
Usul Dakwah (Enam (6) Jenis Fiqih Baru)

Fiqh Ikhtilaf (Bahagian 2)

Kesalahan fatal bagi pendakwah/ahli ilmu ialah menetapkan hukum hukum syarak hanya pada satu level sahaja dan menutup semua ruang khilaf. Slogan keramat mereka ialah kebenaran cuma satu sahaja, atau apa yang ditetapkan di sisi manhaj salafiyah. Sedangkan di dalam agama ada hukum hakam yang bersifat dzanni (yang masih samar) dan terbuka kepada perselisihan. Perselisihan dalam hukum hakam dzanni tidak memudharatkan agama dan ukhuwwah. Yang memudharatkan agama ialah perselisihan dalam hukum hakam yang qat'iyah (yang bersifat pasti dan tetap).
(Fiqh Dr. Yusof al Qardhawi, Mustafa Malaikah, Maktabah Wahbah , Kaherah)

@bicarathtl
#Ilmu
#Amal
#Prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴

Apakah komentar Tuan Hasan Tuan Lah sekiranya imam mendapat jemputan salat hajat?

🟢
Perlu rai uruf mazhab lokal apabila dilantik imam memang perlu mengikuti mazhab lokal.
Untuk berdakwah kepada massa, isu salat hajat jamaiy dimaafkan Fi Fiqh Awlawiyaat.( في الفقه الأولاويات)

@bicarathtl
#ilmu
#amal
#prihatin.

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

📍PENGUMUMAN
Kutipan Dana Gantirugi Mangsa 'Scammer' Penggodam Akaun Telegram Panelis Ukhuwah Sheikh THTL Al-Jazani

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Ukhuwah melahirkan rasa dukacita atas musibah yang menimpa Panelis THTL yang mengakibatkan akaun telegram beliau terpaksa dinyahaktif dan kuliah harian online beliau di semua bilik telegram UiTO diberhentikan sertamerta.

Sehubungan dengan itu atas rasa prihatin dan tanggungjawab, Ukhuwah dengan ini melancarkan kempen kutipan dana bagi tujuan meringankan beban serta membayar balik kerugian yang ditanggung oleh mangsa penggodam akaun THTL berjumlah sebanyak RM4,000.00.

Besarlah harapan Ukhuwah agar semua penuntut ilmu bilik telegram UiTO khasnya penuntut ilmu kuliah harian beliau agar dapat sama-sama membantu menghulurkan sumbangan ikhlas ke atas usaha tersebut. Kutipan dana akan dihentikan sebaik sahaja jumlah yang disasarkan diperolehi. Sumbangan tuan/puan boleh dibuat terus ke akaun Ukhuwah seperti berikut:

Maybank
562058070928
Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia
Ruj: bantuthtl

atau klik pautan dibawah:

https://ukhuwahteguh.onpay.my/order/form/infaqkebajikan02

🟢 Sebarang pertanyaan lanjut mengenai pembayaran sila hubungi En Zahiri di https://www.wasap.my/60195662946/bantuTHTL

Jazakumullahu khayr. Baarakallahu fik.

AZLIZAN MOHD NAYAN
Pengerusi
Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia

#Ilmu#Prihatin#Amal

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

HUKUM MENGHADIRI KONSERT

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

KENAPA PARA NABI DAN RASUL DIANGKAT DARIPADA BANGSA ARAB


🔴 Apakah sebab Nabi dan Rasul terakhir dilahirkan di Arab Saudi? Dari segi keimanan kita wajib menerima sahaja apa yang dirancang oleh Allah ‎ﷻ tetapi dalam masa yang sama adakah ada alasan yang kukuh dari segi logikal dalam hal ini?

✅ Antara dua sebab utama Nabi dan Rasul terakhir dilahirkan di Arab Saudi:

1⃣ Allah ‎ﷻ mahu mengangkat darjat keturunan Nabi Ibrahim عليه السلام yang melahirkan Nabi Ismail عليه السلام hasil perkahwinan baginda dengan Siti Hajar. Daripada keturunan Nabi Ismail عليه السلام pula maka lahirlah Nabi Muhammad ﷺ.

2⃣ Menamatkan dominasi bani Israel kerana dosa-dosa mereka dan memberi tugas nubuwah kepada bangsa arab.

@bicarathtl
#ilmu
#amal
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Adakah perbuatan menjerit di pasar malam dilarang agama?


Ya.

Dalil hadith Nabi ﷺ:
Daripada Ibnu Mas’ud bahawa Nabi ﷺ bersabda:

وَإِيَّاكُمْ وَهَيْشَاتِ الْأَسْوَاقِ

"Jauhilah kamu daripada perbuatan hiruk pikuk di pasar-pasar."
( HR muslim)

@bicarathtl
#ilmu
#amal
#prihatin.

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Apakah hukum seseorang yang bermimpi melakukan persetubuhan sehingga keluar air maninya (dalam mimpi sahaja keluar) tetapi tidak ada tanda-tanda basahan pada seluar setelah sedar dari mimpi tersebut dalam keadaan dia berpuasa. Adakah perlu mandi junub?



Tidak perlu mandi wajib (junub) sebab tidak keluar mani.

Dalil hadith Nabi ﷺ:

هَلْ عَلَى الْمَرْأَةِ غُسْلٌ إِذَا احْتَلَمَتْ قَالَ ‏ نَعَمْ إِذَا رَأَتِ الْمَاءَ
"Adakah seorang perempuan perlu mandi wajib apabila dia bermimpi? Maka Nabi ﷺ menjawab: Ya, sekiranya dia melihat air (mendapati keluarnya air mani)"
(HR Al-Bukhari (6091)


@bicarathtlfiqh
#ilmu
#amal
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴

Adakah hukumnya haram atau syubhah jika seseorang suka bermain game judi online, kemudian hasil duit pertaruhan itu dibelikan makanan dan sebagainya?


Ini adalah asas halal dan haram.
Sama ada yang haram itu sedikit atau banyak pertaruhan tidak merubah hukum asalnya haram.

▶️Judi banyak atau banyak "betting" (pertaruhan) keduanya sama sahaja, tetap haram.

▶️Riba adalah interest (faedah) sedikit atau banyak keduanya haram.

🔴
Bagaimana pula jika duit itu diguna untuk baiki rumah, kereta dan membeli makanan haiwan dengan menggunakan duit tersebut?


لَيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لاَ يُبَالِى الْمَرْءُ بِمَا أَخَذَ الْمَالَ ، أَمِنْ حَلاَلٍ أَمْ مِنْ حَرَامٍ

“Akan datang suatu zaman di mana manusia tidak lagi peduli dari mana mereka mendapatkan harta, apakah daripada usaha yang halal atau yang haram.”
(HR. Bukhari no. 2083, daripada Abu Hurairah رضى الله عنه).

Hadith Ka’ab رضى الله عنه:

يَا كَعْبُ بْنَ عُجْرَةَ إِنَّهُ لاَ يَرْبُو لَحْمٌ نَبَتَ مِنْ سُحْتٍ إِلاَّ كَانَتِ النَّارُ أَوْلَى بِهِ

“Wahai Ka’ab bin ‘Ujroh, sesungguhnya daging badan yang tumbuh daripada sesuatu yang haram akan berhak dibakar dalam api neraka.”
(HR. Tirmidzi, no. 614. Albani: Sahih ).

☝️Dua hadith itu sudah cukup keras amaran daripada Nabi ﷺ.

@bicarathtl
#fiqhsunnah
#ilmu
#amal
#prihatin.

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Adakah boleh menerima hadiah jika seseorang menghadiahkan kita sejumlah wang tetapi wang itu syubhah ?


Boleh, dengan syarat:
1. Kita kena tahu dengan pasti kenapa ia syubhah.
2. Jika memang jelas syubhah, maka boleh guna tetapi ada risiko.

Dalil hadith Nabi ﷺ:

عَنْ اَلنُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ -رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا- قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اَللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَقُولُ- وَأَهْوَى اَلنُّعْمَانُ بِإِصْبَعَيْهِ إِلَى أُذُنَيْهِ: – إِنَّ اَلْحَلَالَ بَيِّنٌ, وَإِنَّ اَلْحَرَامَ بَيِّنٌ, وَبَيْنَهُمَا مُشْتَبِهَاتٌ, لَا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنْ اَلنَّاسِ, فَمَنِ اتَّقَى اَلشُّبُهَاتِ, فَقَدِ اِسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ.

Daripada An-Nu’man bin Basyir رضى الله عنه telah berkata, “Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda dan Nu’man memasukkan jarinya ke dalam dua telinganya, ‘Sesungguhnya yang halal itu jelas, sebagaimana yang haram pun jelas. Di antara keduanya terdapat perkara syubhat yang masih samar dan yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Barangsiapa yang menghindarkan diri daripada perkara syubhat, maka ia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Barangsiapa yang terjerumus ke dalam perkara syubhat, maka ia boleh terjatuh kepada perkara haram."
(Matan Arba'in. No 6)

3. Jika takut terjerumus dalam perkara yang haram, maka ambil duit itu dan dermalah kepada rumah anak yatim, Pusat Tahfiz.

Kaedah Usyul:
Duit haram atau syubhah ianya haram untuk individu tetapi halal untuk orang ramai. Asalnya duit itu suci, diperbuat daripada kertas dan dakwat sahaja.


@bicarathtl
#fiqhsunnah
#ilmu
#amal
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Adakah dibolehkan jika seseorang yang mengerjakan umrah untuk dirinya itu melaksanakan dua badal haji untuk orang yang sudah meninggal dunia?

Contoh seseorang selesai mengerjakan ibadah umrah kemudian dia laksanakan badal haji untuk si A dan keesokan harinya melaksanakan lagi badal haji untuk si B.


Ada dua isu hukum yang anda jadikan dua dalam satu:

1. Hukum badal Umrah

Maksudnya, ada orang yang tidak sempat mengerjakan umrah (dan haji), sehinggalah dia meninggal dunia maka, apakah anaknya boleh melakukan badal umrah untuk ibubapanya yang sudah meninggal dunia.

Ia adalah isu khilaf, sebab penggunaan hukum Qias dalam ibadah. Asalnya badal Haji, maka diqiaskan juga dengan Umrah, maksudnya, jika haji pun boleh badal, maka umrah juga boleh.

Pendapat empat Mazhab:

1. Mazhab Imam Hanafi:
Jika si mati ada mewasiatkan untuk umrahnya daripada harta pusaka, maka barulah boleh badal umrah.

2. Mazhab Imam Maliki:
Hukumnya makruh (sebab tidak diamalkan oleh salaf)

3. As-Syafi'iy dan Hanbali, hukumnya boleh.


4. Isu melakukan tiga umrah dalam satu perjalanan KLIA ke Jeddah atau Madinah.

Ia adalah khilaf:
1. Makruh.
Pendapat Imam Maliki, Hanafi dan Syaikhul Islam Ibn Taimiyah, juga Ibn Qayim Al-Jauziah dan Lajnah Daimah KSA.

2. Harus.
Pendapat Jumhur: As- Syafi'iy dan Hanbali mengerjakan umrah setiap hari kerana tiada larangan daripada Nabi ﷺ benda baik apa salahnya

Menjawab soalan anda:
Jika anda mengikut As-Syafi'iyah.

1. Boleh badal umrah.

2. Boleh melakukan beberapa umrah dalam satu perjalanan.

Jika mengikut fiqh sunnah:
Tidak boleh badal umrah dan tidak boleh mengerjakan umrah banyak kali dalam satu trip ke Mekah.


@bicarathtl
#bicarasunahSnJ
#ilmu
#amal
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Adakah benar kenyataan ini daripada Saidina Ali رضى الله عنه?

Saidina Ali Ibn Abi Thalib رضى الله عنه berkata : “Sebahagian golongan daripada umat Islam ini ketika kiamat telah dekat akan kembali menjadi orang-orang kafir (kufur dalam i’tiqad)”. Seseorang bertanya kepadanya: “Wahai Amirul Mukminin apakah sebab kekufuran mereka? Adakah kerana membuat ajaran baru atau kerana pengingkaran?” Saidina Ali Ibn Abi Thalib رضى الله عنه menjawab.“Mereka menjadi kafir (kufur dalam i’tiqad) kerana pengingkaran. Mereka mengingkari Pencipta mereka (Allah ﷻ) dan mensifati-Nya dengan sifat-sifat benda dan anggota-anggota badan.” (Imam Ibn Al-Mu’allim Al-Qurasyi(w. 725 H) dalam Kitab Najm Al-Muhtadi Wa Rajm Al-Mu’tadi).


Ini adalah rujukan untuk ulama' Ahli Sunah Wal Jamah (Aswaja). Allah‎ ﷻ wujud tanpa tempat.
Mereka hendak membuktikan Ali bin Abu Thalib رضى الله عنه adalah Asyairah.

@bicarathtl
#bicarasunnahSnJ
#ilmu
#amal
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Bolehkah qadha' salat dilakukan secara berjama'ah?


Boleh, asalkan jangan dijadikan rutin.

@bicarathtl
#bicarafiqhsunnah.
#ilmu
#amal
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

SIRI MANHAJ DR YUSOF AL-QARDHAWI 1:
Usul Dakwah (Enam (6) Jenis Fiqih Baru)

Fiqh Ikhtilaf (Bahagian 7)

Kata Syaikh Mustafa Malaikah (murid senior DYQ), ada seorang pelajar IPTA memberi satu syor, Kenapa umat Islam seluruh dunia tidak berpegang dengan pendapat yang disokong oleh nas sahaja. jawabnya: impossible (tidak mungkin) sebab: 1. Nas tersebut mesti sahih dan diterima secara ijmak
2. Penjelasan atau fiqihnya mesti membawa satu makna sahaja
3. Ia selamat dari sebarang perselisihan pendapat.
4. Ada nas dalam bentuk kulli vs juz'iy;
5. Ada nas yang sahih di sisi mazhab A, dhaif di sisi mazhab B;
6. Ada nas yang bersifat khusus vs umum
7. Ada nas bersifat mutlaq (umum) vs muqayyad (terikat)
8. Ada nas yang bermaksud wajib vs sunat
9. Ada nas yang bermaksud haram vs cuma makruh tanzih atau tahrim
10. Ada nas yang bermaksud muhkamat vs mansukh

Rujukan: Mustafa Malaikah, في أصول دعوة للقرضاوى، Maktabah Wahbah, Kaherah

@bicarathtl
#Ilmu
#Amal
#Prihatin
#DYQ
#fiqhikhtilaf

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

SIRI MANHAJ DR YUSOF ABDULLAH AL-QARDHAWI 1:
Usul Dakwah (Enam (6) Jenis Fiqih Baru)

Fiqh Ikhtilaf (Bahagian 5)

Fiqh Ikhtilaf bermula di kampung bani Quraizah. Selepas perang khandak berakhir, Nabi saw dan tentera madinah bergerak ke kampung bani quraizah, suku yahudi Madinah yang melanggar piagam Madinah dan menyokong tentera bersekutu Quraish. Nabi saw berpesan kepada tenteranya "jangan solat kecuali di perkampungan Bani quraizah."
Akan tetapi, semasa diperjalanan, sebahagian sahabat berhenti solat asar di perjalanan dan sebahagian lagi solat di kampung bani quraizah sebagaimana yang nabi perintahkan. Bila Nabi mendapat tahu akan hal ini, beliau tidak berkata apa-apa, 'no comment'.

Ulasan Dr Yusof Al-Qardhawi:
Fiqh Ikhtilaf yang pertama kali tercipta di kampung bani quraizah, dengan lahirnya ahli zahir (yang ikut perintah Nabi secara zahir atau literal) vs ahli maqosyid (yang tersirat). Maka dari sini tercetusnya dua aliran besar dalam fiqh: aliran literal, zahir, VS aliran maqosyid atau ahli ra'yi vs ahli atsari.

Ref: syaikh Mustafa Malaikah, usul fiqh DYQ مقتبسة, maktabah wahbah, Cairo)

@bicarathtl
#Ilmu
#Amal
#Prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

SIRI MANHAJ DR YUSOF ABDULLAH AL-QARDHAWI 1:
Usyul Dakwah (Enam (6) Jenis Fiqih Baru)

Fiqh Ikhtilaf (Bahagian 3)

Fiqh Ikhtilaf bukan sahaja berlaku antara mazhab fiqih, malah berlaku dalam satu mazhab itu sendiri. Sebagai contoh dalam mazhab syafi'iy ada qaul Qadim vs qaul jadid (pendapat imam syafi'iy yg lama dan baru), ada khilaf antara imam al ghazali, imam al Nawawi, kemudian di kalangan fiqh syafi'iy Egypt, Jordan, Nusantara dan Malabari, India. Sama juga dalam fiqh Hanafi, fiqh Maliki dan Hanabilah, ada khilaf dalam mazhab itu sendiri dalam menentukan apa qaul yang paling kuat.
(Ref: Fiqh Dr. Yusof Al-Qardhawi, Mustafa Malaikah, Maktabah Wahbah Kaherah)
في أصول الدعوة مقتبسة من كتوب القرضاوى
(الشيخ مسطفي ملائكة ) مكتبة وهبة القاهرة، مصر

@bicarathtl
#Ilmu
#Amal
#Prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

SIRI MANHAJ DR YUSOF ABDULLAH AL-QARDHAWI (DYQ)

Pengenalan

Terdapat enam (6) jenis fiqh baru yang diperkenalkan oleh Syeikh Ad Dr Al Imam Yuouf Abdullah Al Qardhawi رحمه الله, (DYQ), warga Qatar, wafat 26 Sept, 2022, Doha, Qatar.

Murid senior beliau, iaitu Syeikh Mustafa Malaikah (مصطفى ملائكة) dalam kitabnya "Fi Usyul Dakwah Muqtasabat Min Kutub Ad Doktor Yusof Al Qardhawi atau memahami pokok-pokok seni dakwah yang disaring daripada penulisan Dr Yusof Al Qardhawi (في أصول الدعوة- مقتبسات من كتب الدكتور يوسف القرضاوي) terbitan Maktabah Wahbah, Cairo.

1️⃣ Usul Pertama: Fiqh al Ikhtilaf (Seni dan Sains berbeza pendapat) dalam Islam.

Fiqh pertama yang kalian perlu miliki ialah fiqh perselisihan, harus menyelisihi orang lain dalam masalah rantingan agama kerana Kaum Salaf As Soleh amat memahami dan beramal dengan fiqh ikhtilaf yang tidak pernah memudaratkan mereka. Generasi akhir zaman pula ramai yang lupa atau jahil dengan fiqh perselisihan, ikhtilaf, maka tidak hairanlah berlaku permusuhan sesama kita sehingga ada yang dituduh kufur atau dilabel sebagai wahabi.

@bicarathtl
#Ilmu
#Amal
#Prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Apakah tindakan suami yang sewajarnya?

Zaman sekarang zaman fitnah Tik Tok, WeChat, Facebook ada kes isteri terjatuh cinta dengan warga Indonesia atau dari negara lain. Contohnya kes di Lombok.
Sekiranya suami pasti dan ada bukti isteri terjerat dengan cinta warganegara asing ini.

Berapa fasa baru, dia patut menceraikan isterinya walaupun isteri lazimnya keliru untuk pilih siapa yg patut menjadi teman hidup.

Ni adalah kes yang menjadi trend zaman sekarang.

🟢
Curang dan nusyuz.
Isteri tidak boleh lagi bercinta sekiranya masih berstatus isteri.
1. Nasihat dan berbincang dari hati ke hati.
2. Jika enggan, boleh berpisah tempat tidur.
3. Jika gagal perlu berunding tara, hakam.
4. Jika semua gagal, maka talaq.

@bicarathtl
#ilmu
#amal
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔊🔊 PENGUMUMAN RASMI UITO

HARAP MAKLUM UNTUK SEMUA AHLI UITO.

AKAUN TELEGRAM SHEIKH THTL TELAH DI HACK. MOHON JANGAN TERPEDAYA JIKA DAPAT PM DARI AKAUN BELIAU.

KAMI DALAM USAHA UNTUK RECOVER AKAUN SHEIKH THTL.

DOAKAN AGAR SEMUA URUSAN DAPAT DISELESAIKAN SEGERA.

TERIMA KASIH.

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

HUKUM MENYERTAI KONSERT

🔴 Apakah hukum pergi konsert?

Rumusan untuk fiqh muzik dan nyanyian:

1⃣ Hukumnya adalah haram mutlak menurut empat mazhab utama suni kerana menghadiri konsert merupakan perbuatan yang lagha dan ia adalah amalan golongan fasiq dan non muslim untuk semua konsert termasuk konsert pop, balada, dangdut ataupun nasyid.

2⃣ Manakala menurut golongan mujtahid seperti Ibn Hazam, Al Ghazali, Mahmud Syaltut, Al Qardhawi pula berpendapat harus menghadiri konsert dengan empat syarat:

✴️ Perlu dilihat kepada "content" atau intipati konsert itu, apakah motif konsert dan genrenya. Sekiranya konsert berkonsep nasyid seperti Maher Zain, Raihan, Rabbani atau The Brothers, maka hukumnya adalah harus, kerana ia adalah muzikal alternatif.

✴️ Bagaimanakah penampilan penyanyi dan "band boys" di dalamnya?

✴️ Adakah terdapat pencampuran di antara lelaki dan wanita di dalamnya?

✴️ Adakah ada unsur haram di dalamnya seperti merokok, alkohol dan sebagainya?

Isu muzik, nyanyian dan konsert

Ketika zaman klasik, empat mazhab telah menghukum muzik sebagai haram mutlak.

Apabila Islam menakluki Egypt, Iran, India, Eropah (Sepanyol, Balkan), amalan muzik dan nyanyian sudah sebati dengan negara-negara baru Islam ini. Mereka tidak boleh meninggalkan muzik dan nyanyian. Negara Islam seperti Malaysia, Indonesia, Borneo juga tidak dapat dipisahkan dengan muzik dan nyanyian.

Sementara negara-negara ortodoks seperti Arab Saudi sejak 2018 telah menghapuskan hukum haram muzik dan nyanyian di bawah pemerintahan Prince Muhammad bin Salman MBS, maka sekarang konsert dibenarkan di Arab Saudi.

Hukum muzik, nyanyian dan konsert di Malaysia

Hukumnya adalah harus dan diperkuatkan pula oleh pihak pemerintah. Pihak pemerintah juga menyanjungi ahli muzik dan penyanyi dengan mengurniakan pelbagai gelaran anugerah kebesaran seperti Tan Sri dan Datuk. Artis dijaga kebajikan mereka dan masyarakat mencintai artis dan mengikuti perkembangan mereka dengan tekun. Artis menjadi ikon dan idola. Kekayaan dan kemasyhuran mereka menjadi idaman manusia. Media penyiaran sentiasa mengeluarkan program-program mencungkil bakat penyanyi serrta pertandingan menyanyi juga sentiasa menjanjikan hadiah yang lumayan. Begitu juga dengan industri lawak.

Oleh hal yang demikian, fatwa empat mazhab yang mengatakan muzik dan nyanyian adalah haram semuanya sudah dibakulsampahkan oleh penguasa dan majoriti manusia di atas muka bumi ini.

‼️ Inilah realiti yang anda harus fahami.


Apabila penguasa, budaya bangsa dan majoriti penduduk sesebuah negara telah menerima industri muzik dan artis sebagai suatu industri yang penting, maka orang yang tegar berpegang dengan sunnah tidak lagi mampu mengulangi fatwa empat mazhab bahawa muzik, nyanyian dan konsert adalah Haram. Anda tidak lagi mampu merubahnya. Arab Saudi sebagai benteng terakhir menghalang konsert pun sudah dirobohkan, apatah lagi Malaysia yang sudah lama mencintai dunia muzik hiburan.  Tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Ia ibarat kanser tahap empat dan ini sudah menjadi tanda-tanda kecil kiamat.

#fiqhwanita101
#fiqhsunnah01
#Amal
#Ilmu
#Prihatin
@bicarathtl

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Wajibkah seorang anak lelaki yang sudah berkahwin patuhi pada arahan ibunya supaya tinggal bersama padahal ibunya sihat walafiat dan masih mempunyai suami dan ramai anak lelaki yang belum berkahwin.


Hukum ibu meminta anak lelaki yang berkahwin menetap di rumah ibu.

Hukum asal: Wajib taat kepada ibu dalam semua perkara kecuali yang berlawanan dengan hak asasi manusia.
Hak asasi manusia yang berkahwin ialah mereka sepatutnya duduk di rumah sendiri (rumah sewa atau beli) untuk lebih kebebasan, dapat melepaskan aurat (isteri) dan pendidikan anak anak.

Dalam kes ibu yang mahukan anaknya berkahwin, boleh jika rumah adalah saiz Villa dan mempunyai dapur sendiri, di mana isterinya boleh memasak.
Jika rumah biasa, perlu bersemuka dengan ibu, perlu berbincang dari hati ke hati, anak dengan ibu.

Paling penting usaha maksima supaya ibu boleh merima keadannya, atau jika tidak boleh cuba dahulu menetap setahun dua dirumahnya.


@bicarathtlfiqh.
#ilmu
#amal
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Apakah keputusan muktamad tanpa khilaf apabila seseorang terbuka puasa atas sebab kelalaian orang lain contohnya, stesen radio tersilap siarkan azan awal 5 minit, ramai pendengar telah berbuka puasa.
Wajibkah diqadha' atau masih sah hukumnya?


Di dalam Islam, sekiranya tersilap maka ia dimaafkan, puasa adalah sah.

Dalil firman Allah ﷻ:

رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah”
[Al-Baqarah: 286].

Begitu juga firman Allah ﷻ:
وَلَيسَ عَلَيكم جُنَاحٌ فِيمَا أَخطَأتُم بِهِۦ وَلَـٰكِن مَّا تَعَمَّدَت قُلُوبُكُم

“Kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya"
[Al-Ahzab: 5].

Dalil Hadith Nabi ﷺ:
Dalam hadith riwayat Ibn Majah, Ibn Hibban & lain-lain:

إِنَّ اللَّهَ قَدْ تَجَاوَزَ عَنْ أُمَّتِي الْخَطَأَ، وَالنِّسْيَانَ، وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ
“Sesungguhnya Allah tidak mengambil kira pada umatku kesilapan, keterlupaan, dan apa yang mereka dipaksakan”.


@bicarathtlfiqh
#ilmu
#amal
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Anak saya merupakan anak yatim dan mewarisi duit faraid, bahagiannya saya simpan di dalam bank anak sendiri setiap tahun akan mendapat dividen.
Adakah boleh duit dividen itu saya ambil dan membeli emas untuk simpanannya sebagai aset akan datang?


Boleh.

Dalil hadith Nabi ﷺ:

عن جابر بن عبد الله أن رجلا قال يا رسول الله إن لي مالا وولدا. وإن أبي يريد أن يجتاح مالي. فقال: ( أنت ومالك لأبيك )

Daripada Jabir bin Abdillah, ada seorang berkata kepada Rasulullah, “Ya Rasulullah, sesungguhnya aku memiliki harta dan anak namun ayahku ingin mengambil habis hartaku.” Rasulullah bersabda, “Engkau dan semua hartamu adalah milik ayahmu.”
(HR. Ibnu Majah, no. 2291, dinilai sahih oleh Al-Albani)

@bicarasunnahthtl
#ilmu
#amal
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴

Adakah berdosa jika seorang isteri menolak ajakan seorang suami untuk bersalat berjemaah kerana merasakan salat bersendirian lebih khusyuk?


Tidak berdosa sebab seorang suami salatnya adalah di masjid dan wanita salatnya sendirian.

Dalil hadith Nabi ﷺ:

خَيْرُ مَسَاجِدِ النِّسَاءِ قَعْرُ بُيُوتِهِنَّ

“Sebaik-baik masjid bagi para wanita adalah di bahagian dalam rumah mereka.”
(HR. Ahmad, 6: 297. Syaikh Syu’aib Al-Arnauth mengatakan bahawa hadith ini hasan dengan berbagai penguatnya).
Lagi tersembunyi bilik salatnya lagi bagus.

@bicarathtl
#fiqhsunnah
#Ilmu
#amal
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

HUKUM MEMILIKI DAN MENYIMPAN PATUNG REPLIKA DALAM RUMAH

🔴
Adakah boleh seseorang itu memiliki dan menyimpan replika seseorang watak sebagai contoh kartun Jepun kerana minat?


Ia di bawah hukum halal dan haram menyimpan arca atau ukiran dalam Islam.

Isu pertama: Kenapa Islam melarang pepatung, replika watak.

Tujuan Islam melarangnya adalah kerana mengikut Al-Qardhawi, umat Islam salaf baru sahaja keluar daripada agama pagan atau agama menyembah berhala di mana orang arab Quraisy menyimpan banyak berhala di dalam rumah dan banyak berhala di dalam masjidil haram. Maka Nabi ﷺ mengharamkan apa juga bentuk ukiran dan pepatungan kerana dikhuatiri umat akan kembali menyembah berhala itu adalah tujuan asal atau maqosyid.

Kemudian isu kedua ialah isu fanni atau seni pahat, seni ukir yang popular di Barat, khususnya di Perancis, Itali, India ialah seni membuat ukiran khususnya patung manusia dan haiwan. Sejak larangan Nabi ﷺ, kesenian ukiran dalam Islam tidak ada unsur replika manusia dan haiwan, semuanya tema tumbuhan berdasarkan hadith:

لاَ تَدَعْ تِمْثَالاً إِلاَّ طَمَسْتَهُ

“Janganlah engkau tinggalkan patung kecuali engkau telah membuatnya menjadi tidak berbentuk.”
(HR Muslim (969)

Kemudian ada pengecualian atau dalam istilah fiqh: Istisna'iyah (pengecualian):
Apa yang dinamakan sebagai patung atau mainan atau tujuannya adalah permainan kanak kanak, daripada Aisyah ر ضى الله عنها.

كُنْتُ أَلْعَبُ بِالْبَنَاتِ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَ لِي صَوَاحِبُ يَلْعَبْنَ مَعِي فَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ يَتَقَمَّعْنَ مِنْهُ فَيُسَرِّبُهُنَّ إِلَيَّ فَيَلْعَبْنَ مَعِي

“Aku pernah bermain patung permainan ketika tinggal bersama Nabi ﷺ, sedangkan aku memiliki beberapa sahabat yang biasa bermain bersamaku. Maka, ketika Rasulullah ﷺ masuk dalam rumah, sahabat-sahabat aku itu pun bersembunyi daripada Baginda. Lalu Baginda menyerahkan mainan padaku satu demi satu lantas mereka pun bermain bersamaku.”
(HR al-Bukhari (6130)

Mengenai kisah Aisyah رضى الله عنها yang memiliki anak patung (kerana beliau masih remaja ketika berkahwin dengan Nabi ﷺ), maka beliau ada memiliki anak patung mainan, maka Nabi ﷺ tidak mencegah, jika untuk permainan.

Maka kembali kepada maqosyid, tujuan seseorang menyimpan replika atau patungan, sama ada untuk dimuliakan atau untuk bermain.
Sekiranya untuk dimuliakan, disanjung, maka ia tidak boleh, kalau untuk mainan, maka ia dibolehkan.

Sekarang isu apakah orang dewasa dibolehkan bermain dengan patung, seperti Gundam, Power Rangers, Ultraman, Transformers.
Ini adalah hukum baru dan benda ini tidak wujud di zaman silam, orang dewasa tidak ada hobi begini sebab ia produk zaman moden. Maka ia dikembalikan kepada:

1. Hukum asal, ia tidak wujud di zaman silam, maka dikembalikan kepada harus, maka kaedah, asal dalam muamalat dan adat adalah harus.
2. Dikembalikan kepada maqosyid dan tujuan seseorang menyimpan, samada untuk pemujaan, penghormatan atau hobi.
3. Apakah ada unsur pembaziran kewangan dan mengabaikan nafkah jika menanggung keluarga.
4. Ada unsur pembaziran masa.

Rujukan:
Jika anda ingin fatwa yang lengkap: fatwa Muasirat, halal & haram, Fiqh Lahwun oleh Al-Qardhawi.

@bicarathtl.
#bicarasunnahSnJ
#ilmu
#amal
#prihatin.

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Adakah puasa enam Syawal bid'ah di sisi Imam Malik dan Imam Abu Hanifah?

✅ Dalil hadith puasa enam Syawal :

عَنْ أبِي أَيُّوْبَ اْلأَنْصَارِيِّ – رضي الله عنه – أَنَّ رَسُوْلُ اللهِ – صلى الله عليه و سلّم- قَالَ: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَ أَْتبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَهْرِ.

Daripada Abu Ayub Al-Anshari رضى الله عنه bahwasanya Rasulullah ﷺ bersabda, “Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.” (HR Muslim dalam Sahihnya 1164, Ahmad dalam Musnadnya, 419, Tirmizi, 759, Abu Daud, 2433, Nasai dalam Sunan Al-Kubro 2862-2864, Ibnu Majah 1716) komen Imam Abu Isa hadith hasan sahih (حَدِيثُ أَبِي أَيُّوبَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ).

Namun hadith ini menjadi kontroversi walaupun berada dalam sahih Muslim, ia didhaifkan oleh Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad, Imam An-Nasa'iy, Ibn Ma'in.

Hukum puasa Enam syawal:

1. Makruh, bid'ah di sisi Mazhab Maliki, Mazhab Hanafi. 2. Sunnah di sisi Mazhab Syafi'i, Hanbali, Ibn Taimiah, Zahiri dan Ibn Qayyim, Al-Bani, lajnah daimah arab saudi.
Makruh di sisi imam malik dan mazhab hanafi kerana ditakuti orang awam tersalah faham, bahawa puasa Ramadhan masih cacat dan mesti disambung enam hari lagi di bulan Syawal.

Isu kedua, amalan menyambung puasa pada 2 Syawal secara mutaba'ah atau terus menerus sehingga enam hari ia adalah bid'ah di sisi mazhab tersebut. Manakala di sisi Mazhab Syafi'i, ia tidak makruh, bahkan boleh mulai puasa enam pada 2 Syawal, hingga sampai tamat pada 7 Syawal. Yang jelas bid'ah ialah merayakan Eid kedua kerana selesai puasa enam. Ini adalah bid'ah kerana perayaan Eid hanya sekali sahaja iaitu 1 Syawal.

Bagaimanakah cara kita untuk tajammu' (mendamaikan) dua pendapat yang saling bertentangan? Makruh di sisi dua mazhab, manakala sunat di sisi dua mazhab yang lain?

Caranya adalah berpuasa pada Isnin Khamis bulan Syawal ditambah puasa hari putih (ايام البيض) 13,14,15 Syawal. Maka anda memenuhi puasa enam Syawal tanpa memberi nama puasa enam. Itu adalah cara untuk menghilangkan kemakruhanya di sisi Imam Malik dan Mazhab Imam Abu Hanifah.

@bicarathtl
#bicarasunnahSnj

#ilmu
#amal
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Adakah sahih kisah para sahabat bertemu Raja Herucules dan melihat koleksi gambar-gambar 14 Nabi dan Rasul?


Dhaif.
Fatwa Syaikh Muqbil رحمه الله salafi Yamani.

ما مدى صحة الحديث الوارد في ( تفسير ابن كثير ) في سورة الأعراف عند قوله تعالى : " الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِيَّ الْأُمِّيَّ الَّذِي يَجِدُونَهُ مَكْتُوبًا عِندَهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنجِيلِ " [ الأعراف : 157 ] الآية هذا الحديث الطويل الذي عزاه إلى الحاكم في مستدركة عن قصة هشام بن العاص الأموي عند هرقل الروم وفي آخر القصة ذكر أن هرقل أراهم صوراً للأنبياء واحداً واحداً فنود التوضيح ؟
Ia dinukil oleh Imam Ibn Katsir dalam tafsirnya pada surah Al-A'raf ayat 157 di mana Ibn Katsir memaparkan sebuah hadith panjang (berasal daripada Al-Haakim, Al-Mustadrak Al- Hakim) akan kisah Hisham bin Al-Asy Al-Umawi yang mengadap Heraqil (Heraclius, maharaja Rome Timur di Constantinople (Istanbul) di mana Heraclius menunjukkan koleksi baginda akan poster-poster para Nabi.

Berkata Syaikh Muqbil:
لحديث لا يثبت ، وقد حققه أخوان وقد قاما بتحقيق جزء من < تفسير ابن كثير > فهو لا يثبت ، والغالب على ما يتفرد به الحاكم رحمه الله الضعف ، والحافظ ابن كثير كما ذكره في < تفسيره > فقد ذكره في < البداية والنهاية > أيضاً ، لكنه لا يثبت
Hadith atau athar ini tidak tsabit , sudah ditahqiq dalam tafsir Ibn Kathir, Al-Haakim menyendiri dalam meriwayatkan kisah ini, juga ada dalam Al-Bidayah Wal Nihayah Ibn Kathir, juga tidak thabit sahih.


@bicarathtl
#bicarasunnahSnJ
#ilmu
#amal
#prihatin

Читать полностью…

UiTO Channel: Bicara THTL

🔴
Seorang penjual pisang goreng tepi jalan merasuah pegawai majlis perbandaran supaya perniagaannya dapat diteruskan.
Apakah hukum pembeli yang membeli jualan si pelaku?


Pembeli tidak memikul dosa penjual.

@bicarathtl
#bicarasunnahSnJ
#ilmu
#amal
#prihatin

Читать полностью…
Subscribe to a channel