brosyariefshares | Unsorted

Telegram-канал brosyariefshares - #BroSyariefShares

2784

A brother that loves to share.. 🤓 << linktr.ee/brosyarief >>

Subscribe to a channel

#BroSyariefShares

#NotaTerjemahanBSS

Kisah sahabat peminum arak

'Umar al-Khattab menyebutkan,

أَنَّ رَجُلاً، عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم كَانَ اسْمُهُ عَبْدَ اللَّهِ،

'Terdapat seorang lelaki di zaman Nabi yang bernama Abdullah.

وَكَانَ يُلَقَّبُ حِمَارًا، وَكَانَ يُضْحِكُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم،

Dia digelar 'Himar (Ertinya: Keldai)'. Dia juga selalu membuat Nabi tertawa.

وَكَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم قَدْ جَلَدَهُ فِي الشَّرَابِ،

Nabi saw pernah menyebatnya sebagai hukuman kerana meminum arak.

فَأُتِيَ بِهِ يَوْمًا فَأَمَرَ بِهِ فَجُلِدَ، فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ اللَّهُمَّ الْعَنْهُ مَا أَكْثَرَ مَا يُؤْتَى بِهِ‏.‏

Suatu hari, dia dibawa menghadap Nabi saw (kerana kesalahan meminum arak), lalu disebat.

Seorang lelaki dalam kalangan mereka yang berada di situ menyebutkan, 'Semoga Allah melaknatinya! Berapa kali dah dia ni ditangkap kerana minum arak!'

فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ لاَ تَلْعَنُوهُ، فَوَاللَّهِ مَا عَلِمْتُ أَنَّهُ يُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ‏"‌‏.‏

Lalu, Nabi saw menegur lelaki tersebut, "Jangan engkau melaknatnya. Demi Allah! Apa yang aku tahu.. dia mencintai Allah dan Rasul-Nya."

[HR al-Bukhari] #BSS

Faedah-faedah:

01 Arak itu haram. Terlibat dengan arak membawa kepada dosa besar. Nabi saw menetapkan hukuman takzir berbentuk sebatan bagi kesalahan meminum arak.

02 Bezakan antara pesalah & kesalahan. Kesalahan itu dibenci & dikecam, adapun pesalahnya walau dihukum, tetap dilayan selayaknya, malah didoakan kebaikan.

03 Cintakan Allah & Rasul adalah nilai yang sangat tinggi dalam agama, ia menjadi kayu ukur mengiktiraf hak sesama muslim walau banyak berbuat dosa sekalipun.

04 Islam agama harapan, sambil Allah juga menetapkan hukuman di atas kesalahan. Maka kita perlu berusaha seimbang antara harapkan rahmat & takutkan azab.

05 Boleh memberi gelaran kepada seseorang selama mana dia tidak membencinya, adapun jika sebaliknya maka ia dosa besar yang dilarang.

06 Boleh bergurau & membuat orang ketawa, selama mana ia tidak melibatkan penipuan, memperlekeh atau apa-apa yang bercanggah dengan syariat.

07 Dosa besar selain syirik tidak membawa kepada kekufuran. Nabi melarang melaknat walaupun orang yang melakukan dosa besar, selagi mereka beriman.

08 Segera pertahan maruah saudara beriman ketika mereka dicemuh & diperlekeh, walau pelaku maksiat sekalipun kerana hubungan iman jauh lebih bernilai.

<<t.me/brosyariefshares>>
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئا
#BroSyariefShares

Читать полностью…

#BroSyariefShares

#PesanTuhan

Kita hidup sekali ni je.. ‘enjoy’ la!

‎وَقَالُوا مَا هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا نَمُوتُ وَنَحْيَا وَمَا يُهْلِكُنَا إِلَّا الدَّهْرُ ۚ وَمَا لَهُم بِذَٰلِكَ مِنْ عِلْمٍ ۖ إِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ

“Mereka (orang yang ingkar) mengatakan: ‘Apa yang ada hanyalah kehidupan dunia ini. Kita mati & hidup (bersilih ganti di sini). Hanya masa yang menghancurkan kita!’ Hakikatnya mereka tidak tahu apapun tentang dunia ini. Mereka hanya bermain sangkaan sahaja.”

[al-Jathiyah(45):24] #BSS

Ibrah kalam-Nya: Demikian slogan dilafaz, atau dari tindakan, rakus mengejar dunia. Merasakan segalanya perlu dicapai di sini walau terdetik ia tak sempurna, perlu penilaian & pengadilan hakiki. Hanya cahaya iman mampu menyuluh, membuka mata melihat realiti akhirat yang pasti.

<<t.me/brosyariefshares>>
‎#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

Читать полностью…

#BroSyariefShares

Siri Bacaan Kitab ‘Begitu Rupanya Kisah Adam’ 🤔 | Sesi ke-034 | 31 Ogos 2025 |

📚 Tajuk: Allah Menegur Adam dan Hawa
🗣️ Pemudahcara: BroSyarief
⌚ Masa: 9.15 - 10.00 Malam
🔗 meet.google.com/eua-hhmn-niq

#BroSyariefShares
#IIUMOfficeOfJamalulLayl

Читать полностью…

#BroSyariefShares

#PesanNabi
#NotaTerjemahanBSS

• Perkara yang lebih Nabi saw risau berbanding fitnah dajjal •

Abu Sa'id al-Khudriy meriwayatkan, katanya:

خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ وَنَحْنُ نَتَذَاكَرُ الْمَسِيحَ الدَّجَّالَ

RasululLah saw bertemu kami ketika kami sedang sibuk berbincang tentang al-Masih ad-Dajjal.

فَقَالَ ‏"‏أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِمَا هُوَ أَخْوَفُ عَلَيْكُمْ عِنْدِي مِنَ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ"‏.‏ قَالَ قُلْنَا بَلَى‏

Tiba-tiba Nabi saw bertanya, 'Mahukah aku beritahu kalian sesuatu yang lebih aku risau menimpa kalian berbanding fitnah al-Masih ad-Dajjal?'

Kami menjawab, 'Ya, (kami nak tahu!)'

فَقَالَ ‏"‏الشِّرْكُ الْخَفِيُّ أَنْ يَقُومَ الرَّجُلُ يُصَلِّي فَيُزَيِّنُ صَلاَتَهُ لِمَا يَرَى مِنْ نَظَرِ رَجُلٍ‏"‏.‏

Lalu Nabi saw memberitahu, 'Syirik Khafiy! Apabila seseorang berdiri untuk melaksanakan solat, lalu dia mempercantik solatnya kerana perasan ada orang memerhatikannya.'

[HR Ibn Majah. Dinilai Hasan] #BSS

as-Sindi (w.1138H) menjelaskan maksud Syirik Khafiy di sini, katanya:

فَإِنَّهُ شِرْكٌ لَا يَظْهَرُ لِلنَّاسِ أَنَّهُ شِرْكٌ، بَلْ يَظْهَرُ لَهُمْ أَنَّهُ صَلَاحٌ

'Ia adalah syirik yang tidak jelas zahirnya kepada orang lain bahawa ianya syirik, malah terzahir luarannya ia suatu kebaikan.'

[Hasyiah as-Sindi 'ala Sunan Ibn Majah]

al-Amin al-Harari (w.1441H) menjelaskan tentang contoh yang diberikan Nabi saw tentang orang yang solat tersebut, katanya:

يكملها بأركانها وشروطها وآدابها (لما يرى من نظر رجل) آخر إلى صلاته؛

Dia menyempurnakan segala rukun, syarat dan adab solatnya, kerana sedar ada orang lain yang memerhatikan solatnya.

لِيُرِيه تزيينَ صلاته وإكمالها، فيحمده ذلك الآخر بإخلاصه وتحسين صلاته، #BSS

Dia perindahkan solat dia untuk menunjukkan betapa dia berusaha memperelok solatnya, lalu orang itu memujinya kerana ikhlasnya dan eloknya solatnya.

ولو كان وحده .. لم يكملها كذلك، فهذا هو الرياء والمحمدة.

Sedangkan kalau dia solat bersendirian (tidak dilihat sesiapa), dia pasti tidak akan menyempurnakan solatnya.

Inilah sifat RIYA & suka menagih pujian.

[Mursyid Zawi al-Hija wal-Hajah ila Sunan Ibn Majah]

<<t.me/brosyariefshares>>
‎#صحح_لي_إن_كنت_مخطئا
#BroSyariefShares

Читать полностью…

#BroSyariefShares

Siri Bacaan Kitab ‘Begitu Rupanya Kisah Adam’ 🤔 | Sesi ke-029 | 13 Julai 2025 |

📚 Tajuk: Peringatan kepada Nabi Adam dan Hawa tentang permusuhan Iblis.
🗣️ Pemudahcara: BroSyarief
⌚ Masa: 9.15 - 10.00 Malam
🔗 meet.google.com/eua-hhmn-niq

#BroSyariefShares
#IIUMOfficeOfJamalulLayl

Читать полностью…

#BroSyariefShares

#IngatFaktaNiTau Nabi saw terima wahyu selama 23 tahun. Sebelum hijrah selama 13 tahun & selepas hijrah selama 10 tahun. #OkTuJe #BSS

Читать полностью…

#BroSyariefShares

#NotaTerjemahanBSS

Bila dakwah dihalang keluarga sendiri

Rabi'ah bin 'Ibad Al-Dailiy menyebutkan,

رَأَيْتُ رَسُوْلَ اللَّهِ ﷺ بَصَرَ عَيْنِي بِسُوْقِ ذِي المَجَازِ يَقُولُ: «يَا أَيُّهَا النَّاسُ قُولُوا: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، تُفْلِحُوا»،

'Aku pernah melihat RasululLah saw dengan mataku sendiri di pasar Zul Majaz (di Arafah), sambil menyeru: "Wahai semua orang, katakanlah LA ILAAHA ILLA-ALLAH, kalian akan selamat!"

وَيَدْخُلُ فِي فِجَاجِهَا، وَالنَّاسُ مُتَقَصِّفُونَ عَلَيْهِ، فَمَا رَأَيْتُ أَحَدًا يَقُولُ شَيْئًا،

Nabi saw masuk ke lorong-lorong di pasar itu sambil semua orang mengerumuninya, namun aku tidak melihat sesiapapun yang memberi respon.

وَهُوَ لَا يَسْكُتُ يَقُولُ: «أَيُّهَا النَّاسُ قُولُوا: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ تُفْلِحُوا»، إِلَّا أَنَّ وَرَاءَهُ رَجُلٌ أَحْوَلُ وَضِيْءُ الوَجْهِ ذَا غَدِيْرَتَيْنِ يَقُولُ: إِنَّهُ صَابِئٌ كَاذِبٌ

Nabi terus mengajak dan mengajak sambil mengatakan: "Wahai semua orang! Sebutlah LA ILAAHA ILLA-ALLAH, kalian akan berjaya!",

sementara di belakangnya ada seorang lelaki bermata juling, wajahnya terang dan mempunyai 2 ikatan rambut, mengatakan, 'Dia ni murtad & pembohong!'

فَقُلْتُ: مَنْ هَذَا؟ قَالُوا: مُحَمَّدُ بنُ عَبْدِ اللَّهِ وَهُوَ يَذْكُرُ النُّبُوَةَ، قُلْتُ: مَنْ هَذَا الذِي يُكَذِّبُهُ؟ قَالُوا: عَمُّهُ أَبُو لَهَبٍ

Rabi'ah pun bertanya (orang di situ), 'Siapa orang ni (yang mengajak kepada tauhid)?'

Orang di situ menjawab, 'Itu Muhammad bin Abdullah yang mendakwa dirinya seorang Nabi.'

Rabi'ah bertanya lagi, 'Siapa pula orang yang mendustakannya tu?'

Orang di situ menjawab, 'Itu pakciknya Abu Lahab!'

[HR Ahmad & Ibn Hibban, disalin dari al-Lu'lu' al-Maknun fi sirat al-Nabiy al-Ma'mun] #BSS

Faedah:

Jangan putus asa mengajak kepada kebaikan.

Asas seruan dakwah ialah menyeru kepada tauhid.

Usaha ini perlu berterusan di mana dan bila pun waktunya.

Allah sentiasa uji dengan musuh yang tak putus asa mengganggu.

<<t.me/brosyariefshares>>
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

Читать полностью…

#BroSyariefShares

Jom pesta ibadah! #BSS

Читать полностью…

#BroSyariefShares

#NotaTerjemahanBSS

• Seni bicara & diam •

Pesan Ibn Rejab al-Hanbali (w.795H),

"Bicara tidak dituntut secara mutlak, apatah lagi diam.

Malah, kita dituntut untuk bicara yang baik dan diam dari menyebutkan kejahatan.

Ramai para salaf dahulu yang memuji usaha diam dari mengatakan keburukan, begitu juga dari menyebutkan apa-apa yang tidak berfaedah, kerana ia akan menjadi beban kepada jiwa.

Namun begitu, tetap ramai orang terjerumus ke dalamnya (berkata buruk dan yang tidak berfaedah), lalu mereka terpaksa berusaha merawat diri mereka sendiri dan berusaha untuk diam dalam urusan yang tidak memberi manfaat kepada mereka.

[Jami al-'Ulum wal-Hikam] #BSS

Faedah:

Kita dikurnia mulut untuk diguna. Namun ia perlu dikawal.

Bukan dibiar lepas. Bukan ditebat erat.

Ucap yang baik, raih redha Tuhan.

Atau.. diam & tahan.

<<t.me/brosyariefshares>>
‎#صحح_لي_ان_كنت_مخطئا
#BroSyariefShares

Читать полностью…

#BroSyariefShares

#PesanTuhan

Dia hampir & menyahut. Jadi, sahutlah seruan-Nya!

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

”Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku.. (ketahuilah,) Aku sangat hampir! Aku menjawab panggilan sesiapa sahaja ketika dia memanggil-Ku. Oleh itu, mereka juga seharusnya menyahut panggilanku (agar taat) dan beriman kepada-Ku, agar mereka terbimbing.”

[al-Baqarah(2):186] #BSS

Ibrah kalam-Nya: Dia dekat. Mintalah kepada-Nya. Setiap panggilan & permintaan akan dijawab-Nya. Dengan syarat kita juga menyahut seruan-Nya, taat perintah-Nya, patuh aturan-Nya, jauhi larangan-Nya. Barulah kita terbimbing di jalan-Nya.

<<t.me/brosyariefshares>>
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

Читать полностью…

#BroSyariefShares

#PesanTuhan

Iblis, syaitan tiada kekuatan apapun

إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلَّا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ

“Sungguh.. hakikat hamba-hambaku ini; engkau (wahai Iblis) tidak mempunyai sebarang kekuatanpun untuk menguasai mereka, melainkan orang yang berpaling mengikuti engkau di kalangan mereka yang sesat.”

[al-Hijr(15):42] #BSS

Ibrah kalam-Nya: Iblis & kuncunya tiada kuasa apa pun. Kita yang jadi lemah kerana ‘berpaling’ dari meyakini-Nya, lalai dalam ketaatan & cuai memahami agama-Nya. Kembalikan keyakinan, diiring taubat & istighfar. Kita dilindungi yang Maha Kuat, sedang mereka lemah!

<<t.me/brosyariefshares>>
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

Читать полностью…

#BroSyariefShares

#PesanTuhan

Ditarik nyawa hanya dengan izin-Nya

‎ وَما كانَ لِنَفسٍ أَن تَموتَ إِلّا بِإِذنِ اللَّهِ كِتابًا مُؤَجَّلًا وَمَن يُرِد ثَوابَ الدُّنيا نُؤتِهِ مِنها وَمَن يُرِد ثَوابَ الآخِرَةِ نُؤتِهِ مِنها وَسَنَجزِي الشّاكِرينَ #BSS

“Setiap jiwa itu hanya akan mati dengan izin Allah, pada waktu yang ditetapkan! Sesiapa yang inginkan balasan di dunia, Kami akan berikan kepadanya. Begitu juga siapa yang inginkan balasan kebaikan di akhirat, Kami akan berikan kepadanya. Kami pasti akan mengganjari orang yang bersyukur.“

[Ali-‘Imran(3):145] #BSS

Ibrah kalam-Nya: Tempoh hidup telah ditetapkan-Nya. Kita diganjari Tuhan, itu janji bagi setiap kebaikan yang tulus mengikut aturan-Nya. Sama ada ganjaran itu di dunia atau di akhirat, teruskan mensyukuri-Nya. Itu akan menambah kurniaan daripada-Nya. Mukmin itu tak pernah rugi.

<<t.me/brosyariefshares>>
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئا
#BroSyariefShares

Читать полностью…

#BroSyariefShares

#FaedahSesiBSS

Sembunyikan puasa sunat

Ibn Rejab al-Hanbalj (w.795H) berpesan,

‎لمَّا كَانَ الصِّيَامُ سِرًّا بَيْنَ العَبْدِ وَرَبِّهِ، اجْتَهَدَ المُخْلِصُونَ فِي إِخْفَائِهِ بِكُلِّ طَرِيقٍ حَتَّى لا يَطَّلِعَ عَلَيْهِ أَحَدٌ #BSS

Apabila puasa itu menjadi rahsia istimewa antara hamba dan Tuhannya, orang-orang yang ikhlas biasanya akan berusaha untuk menyembunyikannya dengan apa cara sekalipun supaya tiada siapa yang perasan mereka berpuasa.

Beliau juga menukilkan kisah berikut,

‎صَامَ بَعْضُ السَّلَفِ أَرْبَعِينَ سَنَةً لا يَعْلَمُ بِهِ أَحَدٌ. كَانَ لَهُ دُكَّانٌ، فَكَانَ كُلَّ يَوْمٍ يَأْخُذُ مِنْ بَيْتِهِ رَغِيفَيْنِ وَيَخْرُجُ إِلَىٰ دُكَّانِهِ فَيَتَصَدَّقُ بِهِمَا فِي طَرِيقِهِ، فَيَظُنُّ أَهْلُهُ أَنَّهُ يَأْكُلُهُمَا فِي السُّوقِ، وَيَظُنُّ أَهْلُ السُّوقِ أَنَّهُ قَدْ أَكَلَ فِي بَيْتِهِ قَبْلَ أَنْ يَجِيءَ #BSS

Terdapat seorang salaf yang rajin berpuasa sunat selama 40 tahun dalam keadaan tiada siapa yabg mengetahuinya.

Dia mempunyai sebuah kedai (di pasar).

Setiap hari, dia akan keluar rumah sambil membawa 2 potong roti untuk ke kedainya.

Dalam perjalanannya (ke pasar), dia sedekahkan 2 potong roti itu (kepada orang miskin).

Lalu, isterinya menyangka dia makan roti itu di pasar.

Manakala orang di pasar pula menyangka dia telah makan di rumah.

[Lathoif al-Ma’arif] #BSS

Faedah: Usaha sembunyikan amal sunat kita termasuk puasa syawal ini. Tak perlu tanya dah berapa hari puasa. Tak perlu beritahu dah raya puasa 6. Jadikan ia rahsia istimewa antara kita & Tuhan.

<<t.me/brosyariefshares>>
‎#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

Читать полностью…

#BroSyariefShares

Akhlaq mahal di zaman kini.. #BSS

Читать полностью…

#BroSyariefShares

الله أكبر! الله أكبر! الله أكبر!
الله أكبر ولله الحمد!

Ingat pagi ni.

Sunat mandi. Sunat makan dulu. Sunat berpakaian elok. Sunat berjalan ke tempat solat. Sunat bertakbir. Sunat lalu jalan berbeza pergi & balik dari solat. Sunat saling mendoakan.

#BroSyariefShares

Читать полностью…

#BroSyariefShares

Siri Bacaan Kitab ‘Begitu Rupanya Kisah Adam’ 🤔 | Sesi ke-038 | 5 Okt 2025 |

📚 Tajuk: Bagaimana Sikap Nabi Adam Berdepan dengan Kesilapannya.
🗣️ Pemudahcara: BroSyarief
⌚ Masa: 9.15 - 10.00 Malam
🔗 meet.google.com/eua-hhmn-niq

#BroSyariefShares
#IIUMOfficeOfJamalulLayl

Читать полностью…

#BroSyariefShares

Siri Bacaan Kitab ‘Begitu Rupanya Kisah Adam’ 🤔 | Sesi ke-035 | 7 Sept 2025 |

📚 Tajuk: Adam dan Hawa Setara dalam Pertanggungjawaban
🗣️ Pemudahcara: BroSyarief
⌚ Masa: 9.15 - 10.00 Malam
🔗 meet.google.com/eua-hhmn-niq

#BroSyariefShares
#IIUMOfficeOfJamalulLayl

Читать полностью…

#BroSyariefShares

BroSyarief terjemah kata-kata Dr Rozanizam:

‘Apa yang menyedihkan tentang buli?

1. Sehingga ke hari ini, ia masih berlaku.

2. Ramai pembuli tidak ingatpun apa yang pernah mereka lakukan & kepada siapa. Namun, bagi mangsa buli, ia seolah-olah berlaku semalam.

3. Mangsa buli disakiti bukan hanya dari 1 sudut, tapi banyak. Pertama, dari pembuli. Kedua, dari penonton yang hanya memerhati. Ketiga, dari orang-orang yang tidak percaya dakwaan mangsa buli. Keempat, dari pihak yang gagal melindungi mereka.’

Disalin dari fb.me/drrozanizam

#BroSyariefShares

Читать полностью…

#BroSyariefShares

Ingat Dia siapa & kita siapa.. #BSS

Читать полностью…

#BroSyariefShares

Hijrah tu apa?

#NotaTerjemahanBSS

Ibn Hajar (w.852H) menyebutkan,

الْهِجْرَةُ التَّرْكُ وَالْهِجْرَةُ إِلَى الشَّيْءِ الِانْتِقَالُ إِلَيْهِ عَنْ غَيْرِهِ

Hijrah berasal dari makna 'meninggalkan', jadi 'hijrah kepada sesuatu' ialah perpindahan kepada sesuatu sambil meninggalkan selainnya.

وَفِي الشَّرْعِ تَرْكُ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ

Mengikut syariat, hijrah ialah meninggalkan apa Allah larang, dari melakukannya.

وَقَدْ وَقَعَتْ فِي الْإِسْلَامِ عَلَى وَجْهَيْنِ #BSS

Hijrah juga telah berlaku di dalam sejarah Islam dalam 2 bentuk:

الْأَوَّلُ الِانْتِقَالُ مِنْ دَارِ الْخَوْفِ إِلَى دَارِ الْأَمْنِ كَمَا فِي هِجْرَتَيِ الْحَبَشَةِ وَابْتِدَاءِ الْهِجْرَةِ مِنْ مَكَّةَ إِلَى الْمَدِينَةِ

Pertama: Berpindah dari daerah yang penuh kebimbangan (kerana ditindas, diseksa) kepada daerah yang selamat (dari bahaya).

Sebagaimana dua hijrah yang berlaku (1) ke Habsyah dan (2) permulaan hijrah dari Mekah ke Madinah.

الثَّانِي الْهِجْرَةُ مِنْ دَارِ الْكُفْرِ إِلَى دَارِ الْإِيمَانِ وَذَلِكَ بَعْدَ أَنِ اسْتَقَرَّ النَّبِيُّ ﷺ بِالْمَدِينَةِ وَهَاجَرَ إِلَيْهِ مَنْ أَمْكَنَهُ ذَلِكَ مِنَ الْمُسْلِمِينَ #BSS

Kedua: Hijrah dari daerah kufur ke daerah iman.

Ianya berlaku selepas Nabi saw telah menetap di Madinah di mana orang Islam (yang masih di Mekah atau di daerah-daerah kufur yang lain) berhijrah ke Madinah.

وَكَانَتِ الْهِجْرَةُ إِذْ ذَاكَ تَخْتَصُّ بِالِانْتِقَالِ إِلَى الْمَدِينَةِ إِلَى أَنْ فُتِحَتْ مَكَّةُ فَانْقَطع الِاخْتِصَاصِ وَبَقِيَ عُمُومُ الِانْتِقَالِ مِنْ دَارِ الْكُفْرِ لِمَنْ قَدَرَ عَلَيْهِ بَاقِيًا

Hijrah ketika itu hanya khusus untuk perpindahan ke Madinah, sehinggalah kota Mekah dibuka, lalu terputusnya hijrah yang khusus dan yang kekal hanyalah konsep umum untuk berpindah dari daerah kufur (yang menindas) bagi yang mampu.

[Fathul Bari]

<<t.me/brosyariefshares>>
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

Читать полностью…

#BroSyariefShares

Jangan berhenti belajar al-Quran dengan bersungguh! #BSS

Читать полностью…

#BroSyariefShares

#PesanNabi

Puasa sunat awal Zulhijjah

‎كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَصُومُ تِسْعَ ذِي الْحِجَّةِ وَيَوْمَ عَاشُورَاءَ وَثَلاَثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ أَوَّلَ اثْنَيْنِ مِنَ الشَّهْرِ وَالْخَمِيسَ

“Dahulu RasululLah saw selalu berpuasa pada 9 hari awal bulan Zulhijjah, hari ‘Asyura (10 Muharram), 3 hari di setiap bulan, Isnin pertama setiap bulan & hari Khamis”

[HR Abu Dawud. Dinilai sahih oleh al-Albani] #BSS

Hikmah pesannya: Tampunglah kekurangan amal wajib dengan amal sunat. Antaranya, puasa sunat awal Zulhijjah bermula Khamis ini (29 Mei 2025) - Ahad (6 Jun 2025). Kita zahirkan cinta kita kepada RasululLah saw dengan mengikut sunnah hebat ini.

<<t.me/brosyariefshares>>
‎#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

Читать полностью…

#BroSyariefShares

#PesanTuhan

Janji Allah itu benar

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّ وَعْدَ ٱللَّهِ حَقٌّۭ ۖ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَا ۖ وَلَا يَغُرَّنَّكُم بِٱللَّهِ ٱلْغَرُورُ

"Wahai insan! Janji Allah itu benar. Janganlah kehidupan dunia ini memperdaya kalian dan jangan biarkan syaitan pembohong itu juga menipu kalian!"

[Fathir(35):5] #BSS

Ibrah kalam-Nya: Tuhan tidak akan mungkir janji. Segalanya pasti dibalas, baik atau buruk. Tidak di dunia, keadilan-Nya pasti terbukti di akhirat. Jangan mudah tertipu, mempertuhan nafsu.

<<t.me/brosyariefshares>>
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

Читать полностью…

#BroSyariefShares

#FaedahSesiBSS
#NotaTerjemahanBSS

Berhati-hatilah terhadap belitan Iblis

Pesan Ibn Rejab al-Hanbali (w.795H),

‘Berhati-hatilah terhadap musuh ketat ini yang telah mengeluarkan bapa kalian dari syurga.

Dia akan berusaha dengan pelbagai cara untuk menghalang kalian dari kembali ke syurga.

Permusuhan kalian dengannya telah lama wujud.

Dia dihalau dari syurga & dipecat dari khidmat di langit kerana angkuh terhadap ayah kalian ketika disuruh sujud kepadanya.

Dia telah memilih untuk berputus asa dari rahmat dan tidak berharap lagi untuk kembali ke syurga. #BSS

Malah, dia bersungguh untuk mengekalkan anak keturunan Adam bersamanya di neraka dengan menjadikan syirik itu terlihat elok.

Jika dia tak berjaya, paling kurangpun dia menjerumuskan anak Adam dalam dosa dan kemungkaran.

Tuhan kalian telah memberi amaran mengenainya & tiada yang boleh menyalahkan-Nya.

Berwaspadalah!

يَا بَنِي آدَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُم مِّنَ الْجَنَّةِ

“Wahai anak Adam! Jangan biarkan syaitan memperdaya kalian, sebagaimana dia telah mengeluarkan kedua orang tua kalian - Adam & Hawa - dari Syurga.” (7:27) #BSS

[Lathoif al-Ma’arif]

<<t.me/brosyariefshares>>
#صحح_لي_ان_كنت_مخطئا
#BroSyariefShares

Читать полностью…

#BroSyariefShares

Siri Bacaan Kitab ‘Begitu Rupanya Kisah Adam’ 🤔 | Sesi ke-024 | 11 Mei 2025 |

📚 Tajuk: Wajib Menjadikan Syaitan Sebagai Musuh
🗣️ Pemudahcara: BroSyarief
⌚ Masa: 9.15 - 10.00 Malam
🔗 meet.google.com/eua-hhmn-niq

#BroSyariefShares
#IIUMOfficeOfJamalulLayl

Читать полностью…

#BroSyariefShares

Hakikat sebenar raya.. #BSS

Читать полностью…

#BroSyariefShares

#PesanTuhan “Bersabarlah dengan apa yang sahaja musibah yang menimpamu.” (31:17). Faedah: Dunia ni medan ujian. Ujian perlu sabar. Sabar membantu kita berfikir & bertindak atas dasar iman, mencari redha Tuhan. #BroSyariefShares

Читать полностью…

#BroSyariefShares

#PesanTuhan

Siapa lagi yang boleh beri rezeki?

‎أَمَّنْ هَـٰذَا ٱلَّذِى يَرْزُقُكُمْ إِنْ أَمْسَكَ رِزْقَهُۥ ۚ بَل لَّجُّوا۟ فِى عُتُوٍّۢ وَنُفُورٍ

“Siapakah yang dapat mengurniakan engkau rezeki jika Allah menahan rezeki-Nya (dari sampai kepada engkau)? Malah mereka (yang kufur itu) tetap angkuh & lari (dari kebenaran).”

[al-Mulk(67):21] #BSS

Ibrah kalam-Nya: Tiada siapa layak perasan kunci rezeki itu di tangannya atau makhluq lain selain Tuhan. Betapa malang & ruginya mereka yang berterusan hidup memperdaya diri, mengingkari Tuhan pemberi rezeki.

<<t.me/brosyariefshares>>
‎#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

Читать полностью…

#BroSyariefShares

#PesanNabi
#JomPuasaSunat

Rebut ganjaran bagai puasa setahun

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ، ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ، كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

“Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian dia menyusulinya dengan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal; ganjarannya bagaikan berpuasa selama setahun”.

[HR Muslim] #BSS

Hikmah pesannya: Ramadhan berakhir bukan tanda amalan berakhir. Malah ada program susulan agar momentum amal diteruskan. Berturut atau berjarak. Gabung dengan puasa ganti atau asing. Yang pasti, usahalah untuk melaksanakannya.

<<subscribebss.wasap.my>>
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئا
#BroSyariefShares

Читать полностью…

#BroSyariefShares

Semoga Allah terima segala usaha kita walau sekecil apapun. #BSS

Читать полностью…
Subscribe to a channel