Selamat Datang ke Buletin Info 1 Malaysia Channel ini akan berkongsi info tentang... 🔍🚓🚑🚒INFO ROADBLOCK 1 MALAYSIA & KEMALANGAN DALAM DAN LUAR NEGARA TERKINI
BULETIN INFO 1 MALAYSIA🇲🇾
BERITA»Nasional
Sabtu, 27 Januari 2018 | ⏰12:22pm
Kes baharu 🐕anjing gila di Sarawak
➖▪️➖▪️➖▪️➖▪️➖▪️➖▪️➖
KUCHING: Jabatan Kesihatan Sarawak mengesahkan satu lagi kes rabies atau anjing gila membabitkan seorang lelaki berusia 59 tahun dari Jalan Batu Kawa-Matang dekat sini.
Dalam satu kenyataan hari ini, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata Jabatan Kesihatan Sarawak mengesahkan kes terbaharu itu hasil ujian makmal yang diperoleh semalam.
"Lelaki itu mempunyai sejarah digigit anjing pada 27 November tahun lalu. Kes telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Kuching pada hari yang sama tetapi tidak dirujuk ke fasiliti kesihatan kerajaan untuk vaksinasi.
"Pada 20 Januari lalu, kes mengalami sakit serta lemah anggota kaki dan dimasukkan ke sebuah hospital swasta empat hari kemudian (24 Januari).
"Keesokannya, kes dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut selepas mangsa menunjukkan gejala hidrofobia, halusinasi dan agresif," demikian menurut kenyataan itu.
Jurucakap JPBNS berkata kes terbaharu ini menjadikan sejumlah tujuh kes rabies manusia dilaporkan di negeri ini sejak 30 Jun tahun lalu.
"Lima daripada mangsa telah meninggal dunia manakala dua lagi kes masih di rawat di HUS," katanya. -- BERNAMA
2017 © BH Online | New Straits Times Press (M) Berhad (4485-H) | Hak Cipta Terpelihara
Siapakah mak bapak budak ni selamba biar anak sendiri untuk dilanggar orang?
....................................
Shahrol Shiro ‘Sekolahkan’ Budak Basikal Lajak
TULAR sebuah rakaman menyaksikan pelawak, Shahrol Shiro membantu seorang budak lelaki jatuh daripada basikal dalam satu kejadian di Kluang, Johor.
Menerusi video yang sedang tular di media sosial tersebut, Shahrol dilihat yang berada di dalam kereta terserempak dengan lima orang budak lelaki menaiki basikal lajak sedang ‘layan’ perasaan turun bukit.
Tidak lama kemudian, salah seorang daripada budak lelaki itu dilihat terjatuh di tengah jalan. Shahrol yang sedar akan insiden itu, segera memberhentikan kereta dan membantu budak lelaki terbabit.
Kejadian itu telah dikongsi oleh Neelofa menerusi laman Instagram miliknya pada Khamis berserta kapsyen ringkas yang mana menasihati para ibu bapa agar sentiasa mengawasi gerak-geri serta kegiatan anak-anak.
“Mula-mula ternampak 5 budak-budak basikal lajak tengah layan turun bukit lantas @yusry_tapah mengeluarkanhandphone untuk merakam aksi mereka. Tahu-tahu sorang tumbang.
“Dik… Abang tahu hati adik kering. Hati kering biar kena dengan tempat. Kalau abang laju tu, dah tentu awak kat bawah kereta. Confirm abang ke dalam dulu untuk siasatan.
“Kepada ibu bapa, saya minta tolong sangat-sangat pantaulah anak-anak. Mereka adalah harta yang tidak ternilai buat kita. Kepada adik-adik basikal lajak, kalau member tanya “Nak berembat OnxOn??”
“JANGAN KASI ON!!! Adik-adik mampu merubahnya👍 #TaknakBahayakanDiri #MyGeneration #Shiro #Success #Humble #Intelligent#Respect #OrangKampung,” tulis pelawak itu menerusi entri berkenaan.
Sehingga kini, rakaman yang mendapat lebih 400,000 tontonan itu terus menjadi perhatian khususnya di laman Instagram dan YouTube. –
MAKLUMAN AWAL CUBAAN BUNUH DIRI.
Tarikh : 26/01/2018
Masa : 0045hrs
Lokasi : Dataran Pahlawan Melaka Megamall
- Pada jam lebih kurang 0045hrs Konstabel PB Hafiz Kassim memaklumkan pada Bilik Gerakan terdapat 1x Cubaan membunuh diri di Tingkat 5 tangga kecemasan.
- Kpl Rafaae & L/kpl Azizul menerima makluman dan bergegas ke lokasi kejadian & dapati 1x (L) (M) separuh badan telah terkeluar daripada tingkap Tingkat 5 berhampiran lift GSC.
- Suspek sempat diselamatkan oleh anggota PB & juga orang awam yang berdekatan.
- Hasil pemeriksaan badan tiddak terdapat barangan terlarang ditubuh suspek, lelaki tersebut kemungkinan dibawah pengaruh dadah.
- Membawa suspek ke bilik gerakan dan jam 0200hrs pihak MPV Melaka Tengah tiba untuk mengambil suspek tersebut.
#KeselamatanDiutamakan
#BuildingTomorrowTogether
#SediaBerkhidmat 👮
Sabtu
27 Januari 2018
Jam 0730 Pagi
KM 17 POST KAWALAN POLIS BANTUAN GENTING HIGHLANDS
JLN GENTING / KL
Kes Kemalangan
Sebuah Mkar terbabas langgar Tembok Penghadang Post Kawalan & Sebuah Msikal
Tiada Kechederaan di Lapurkan
Kes Di Respon:
1 X Anggota Angkatan Pertahanan Awam APM ( KL )
Di Bantu bersama
Anggota PB Unit Mobile Genting Highlands
Anggota Post Kawalan PB
Berhati 2 Di Jlnraya
Pandu Chermat Jiwa Selamat
Sekian info kemalangan
Kmalngan ats jmbatan tloh
Lbh kurng 3 pg td
Mngse mninggal dunia
aran air Sungai Simin hampiran Taman Tunku Jaafar, Senawang, Negeri Sembilan, bertukar biru Isnin lalu supaya menghentikan operasinya serta merta. Notis di bawah Seksyen 31 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 itu dikeluarkan hari ini menerusi Jabatan Alam Sekitar.
51. KUALA LUMPUR 26 Jan.- Sempena final Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang akan berlansung pada 11 Februari depan, satu sesi ramah mesra dengan finalis akan diadakan esok di Tapak Busking Sogo. Antara finalis AJL 32 yang akan menyertai aktiviti busking itu adalah Azmi Caliph Buskers, Haqiem Rusli dan Hazama.
52. KEMAMAN 26 Jan. - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan dua buah bot bersama 20 nelayan asing di perairan negeri ini semalam yang disyaki menjalankan kegiatan membawa keluar hasil tangkapan ikan ke Vietnam.
53. PULAU PINANG 26 Jan. - Nasib yang menimpa ADUN DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu yang ditekan Kerajaan DAP Pulau Pinang turut mendapat perhatian dan simpati ADUN Penanti, Dr. Norlela Arifin. Beliau berharap Kerajaan DAP Pulau Pinang dapat mempertimbangkan untuk memaafkan Yee Cheu yang disifatkan seorang wakil rakyat yang prihatin berkenaan isu alam sekitar dan tadbir urus negeri yang baik.
54. KUALA LUMPUR 26 Jan. - Kerajaan diminta mempertimbangkan harga bijirin yang lebih rendah terutamanya gandum yang kini penggunaannya didapati mengatasi beras sebagai makanan asasi di negara ini. Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI MLC), Datuk Mohamed Shafie BP Mammal berkata, ini kerana di pasaran dunia didapati harga komoditi bahan tersebut semakin menurun.
55. SHAH ALAM 26 Jan. - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 22 Februari ini keputusan permohonan bekas MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri Selangor untuk membatalkan tuntutan saman Puncak Niaga Holdings Bhd. (Puncak Niaga) berjumlah RM14 bilion terhadap mereka berhubung penstrukturan semula industri air di Selangor.
56. PASIR MAS 26 Jan. – PRU-14 yang bakal berlangsung pada bila-bila masa dilihat lebih menjurus kepada pertembungan dua parti sahaja di negeri ini iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pas. Pakatan Harapan dilihat tidak mempunyai kekuatan jentera sebagaimana BN serta Pas.
57. GUA MUSANG 26 Jan. – BN tidak akan bekerjasama dengan Pas bagi menghadapi PRU-14 akan datang. Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, malah BN negeri ini sudah mendapat lampu hijau daripada PM, Datuk Seri Najib Razak untuk menentang Pas habis-habisan.
58. LARUT 26 Jan. - Kedai Rakyat 1Malaysia yang distrukturkan semula sebagai KR1M 2.0 akan dilancarkan secara rasmi di Temerloh, Pahang pada 4 Februari ini. Menteri PDNKK, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, selaras dengan pelancaran tersebut, turut diadakan pelancaran logo baharu KR1M 2.0 yang akan menggunakan warna biru.
59. PULAU PINANG 26 Jan. - Polis berjaya menumpaskan sindiket klon kereta tempatan dan luar negara dengan tertangkapnya lapan lelaki kumpulan Geng Jeff Klon di beberapa lokasi berasingan di negeri ini dan Kedah. Kesemua suspek berusia antara 33 hingga 56 tahun itu diberkas sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Barat Daya dalam operasi yang dijalankan sejak Sabtu lalu.
60. PULAU PINANG 26 Jan. – Seolah-olah tertekan dengan kontroversi projek terowong dasar laut di negeri ini, Ketua Menteri, Lim Guan Eng menghamburkan rasa tidak puas hatinya terhadap media arus perdana. Guan Eng melabelkan media arus perdana dengan pelbagai gelaran seperti kononnya tidak profesional, tidak beretika dan tidak mempunyai nilai moral.
BERITA SUKAN:
1. KUNSHAN, China 26 Jan. – Akram Afif menjaringkan gol tunggal perlawanan manakala kejayaan Yousof Hassan menyelamatkan sepakan penalti membantu Qatar menewaskan Korea Selatan untuk meraih tempat ketiga dalam Kejohanan AFC Bawah 23 di sini hari ini tetapi tumpuan peminat tetap terarah kepada dua pasukan penuh kejutan Uzbekistan dan Viet¬nam yang akan bertemu dalam perlawanan akhir esok.
2. KUALA LUMPUR 26 Jan. - Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menegaskan mereka sudah lama melupakan
ak-kanak perempuan berusia tujuh tahun ditemukan rentung manakala ibunya parah akibat melecur selepas kediaman mereka di Kg. Tembongon, di sini musnah dalam kebakaran membabitkan empat buah rumah, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, ibu mangsa, Siti Sarta Mohd. Azmi, 26, parah selepas melecur hampir 50 peratus di seluruh badan.
26. KUALA LUMPUR 26 Jan. - Tindakan membuta tuli Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menyelar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai individu yang mengeluarkan kenyataan tidak logik berhubung projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) boleh dianggap lebih kepada sifat cemburu.
27. SHAH ALAM 26 Jan. - Timbalan Pengetua MRSM Kuala Kubu Bharu yang ditahan SPRM semalam direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan. Turut ditahan reman bersama wanita berusia 48 tahun itu adalah anak lelaki suspek yang berusia 24 tahun dan seorang pemilik syarikat berusia 40 tahun.
28. KUALA LUMPUR 26 Jan. – TPM Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir menyaksikan majlis menandatangani nota kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Maktab PDRM di sini hari ini.
29. SEOUL 26 Jan. - Sekurang-kurangnya 31 orang terbunuh dalam kebakaran sebuah hospital di Korea Selatan hari ini. Agensi berita Yonhap melaporkan, jumlah yang cedera belum dapat dipastikan. Laporan awal oleh pasukan bomba menyatakan 19 orang terbunuh, tetapi Yonhap melaporkan 31 orang terbunuh.
30. SHAH ALAM 26 Jan. - Seramai 78 pengamal media daripada pelbagai agensi di negeri ini menyertai taklimat mengenai proses serta perjalanan pilihan raya di Hotel Concorde, di sini hari ini. Taklimat merangkumi peranan, fungsi serta kaedah-kaedah yang digunapakai oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam melaksanakan pilihan raya di negara ini.
31. KANGAR 26 Jan. - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah melantik Ahmad Sirajuddin Abdul Satar sebagai Imam Besar negeri ini dalam satu majlis di Surau Abi Kubang Badak, Jalan Padang Melangit di sini, malam tadi.
32. KUALA LUMPUR 26 Jan.- Bapa kepada pelakon era 80-an, Datuk Seri Shah Rezza,56, meninggal dunia pagi tadi. Berita ini dikongsi pelakon itu sendiri menerusi laman sosial sebentar tadi. “Al-Fatihah buat ayahanda saya Tengku Seri Kelana Diraja Kelantan Raja Aman Shah bin Raja Haji Shaharh Shah yang baru meninggal awal pagi ini,” kongsinya.
33. BINTULU, 26 Jan - APMM merampas pelbagai barangan bernilai RM1 juta berikutan penahanan lapan nelayan Vietnam di perairan Bintulu, pagi semalam. Lapan nelayan terbabit terdiri daripada seorang tekong serta tujuh awak-awak ditangkap ketika melakukan aktiviti penangkapan ikan di perairan Bintulu menggunakan bot dengan nombor pendaftaran TH99355TS.
34. JAKARTA, 26 Jan - Hari Media Indonesia atau Hari Pers Nasional Indonesia 2018 (HPN 2018) di Padang, Sumatera Barat, pada 9 Feb ini, bakal menghimpunkan para peneraju pengamal media dari seluruh Indonesia, serta jemputan delegasi dari Malaysia.
35. KUCHING, 26 Jan - Semua projek-projek kecil Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di kawasan Parlimen Santubong yang dirancang sejak dua tahun kebelakangan ini berjaya disempunakan dengan cemerlang tanpa sebarang masalah.
36. NEW DELHI, 26 Jan - Penari dan koreografer tarian klasik India terkenal Malaysia, Datuk Ramli Ibrahim, dinobatkan sebagai antara penerima anugerah sempena Hari Republik India tahun ini, sebagai pengiktirafan di atas sumbangannya selama ini.
37. KANGAR 26 Jan - Jabatan Pertanian Perlis hari ini mengeluarkan satu garis panduan kepada para petani di negeri ini bagi mencegah tanaman mereka daripada diserang penyakit 'padi angin.' Pengarahnya Zulkifli Amin Mohd Jusoh berkata garis panduan itu perlu dipatuhi sepenuhnya.
38. KUALA LUMPUR, 26 Jan - Mahkamah Sesyen hari ini memerintahkan bekas timbalan pengerusi eksekutif Malaysian Merchant Marine Berhad membela diri atas tiga pertuduhan memiliki maklumat dalaman saham syarikat perkapalan itu, lapan tahun lepas. Ha
BERITA HARI INI -27/1/2018 (by: MJI)
1. KUALA LUMPUR 26 Jan. - Kerajaan boleh mempertimbangkan keperluan untuk mengguna pakai peruntukan yang terdapat di dalam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dalam menangani ancaman berita palsu, kata Dekan Fakulti Undang-Undang, UiTM, Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad.
2. NEW DELHI 26 Jan. – PM, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia dan India akan meningkatkan kerjasama dalam bidang pertahanan dan mena¬ngani isu-isu keganasan. Dalam pertemuan bilateral bersama PM India, Narenda Modi, mereka berdua bersetuju agar latihan udara dijalankan bersama tentera udara kedua-dua negara terutamanya dari segi penugasan taktikal pesawat Sukhoi.
3. KUALA LUMPUR 26 Jan. - Hak pekerja wanita beragama Islam yang bertudung di negara ini perlu dipertahankan selari dengan kebebasan amalan beragama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Timbalan Menteri KPWKM, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, pihak bertanggungjawab perlu mengambil tindakan serta-merta ke atas 13 hotel bertaraf empat dan lima bintang yang mengamalkan polisi larangan bertudung semasa bekerja.
4. TANJONG KARANG 26 Jan. - Seorang wanita maut manakala anak perempuannya cedera selepas kenderaan dipandunya terbabas dan melanggar tiang elektrik sebelum terjunam ke sungai dalam kejadian di Lorong Nenas, Jalan Terusan Utama (Ban Kenal) dekat Sungai Burong, di sini pagi ini.
5. KOTA BHARU 26 Jan. - Seorang lelaki yang ditahan kerana disyaki memukul pesara polis hingga maut di Kampung Apa-Apa, Meranti, Pasir Mas dekat sini semalam didapati positif dadah. KPD Pasir Mas, ACP Abdullah Mohammad Piah berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis pil kuda atau methamphetamine.
6. ALOR SETAR 26 Jan. - Jabatan Kesihatan negeri hari ini mengesahkan pegawai penguatkuasa yang menjalankan pemeriksaan jentik-jentik di sebuah rumah di Taman Sri Menanti, Kubang Pasu semalam adalah kakitangan jabatan itu. Pihaknya juga menafikan berita yang tular di media sosial sejak semalam itu bahawa pegawai demikian bertindak cabut lari setelah penghuni rumah berkenaan bertindak memanggil suaminya.
7. KUCHING 26 Jan. - Warga Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) perlu sentiasa berada dalam keadaan cergas dan siap siaga untuk digerakkan menghadapi segala bentuk ancaman musuh. Panglimanya, Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw berkata, kecergasan perlu dibudayakan melalui latihan dan cara tentera pada setiap hari.
8. BATU PAHAT 26 Jan. - Dua beranak maut apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabas ke dalam parit dipercayai akibat tayar pecah di Kilometer 4, Jalan Parit Karjo, di sini tengah hari tadi. Dalam kejadian pukul 12.15 tengah hari itu, pemandu Nissan X-Trail, Lim Jhin Soon, 28, dan bapanya, Lim Eng Hok, 74, mati di tempat kejadian.
9. PULAU PINANG 26 – Pengorbanan dua wanita yang mengedar dadah untuk mendapatkan wang ikat jamin untuk kekasih masing-masing memakan diri selepas mereka ditahan dalam serbuan AADK negeri di sini semalam. Kedua-dua wanita berusia awal 20-an itu ditahan di sebuah hotel bajet di Batu Feringghi di sini kira-kira pukul 5 petang semalam bersama dua lagi rakan lelaki mereka.
10. KUALA LUMPUR 26 Jan. – Suruhanjaya Pilihan Raya menyeru para pengundi pada PRU-14 akan datang tidak sia-siakan undi masing-masing dengan menyertai kempen #UndiRosak. Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah berkata, peluang mengundi harus digunakan dengan sebaiknya kerana ia adalah hak yang diberikan kepada setiap rakyat negara ini mengikut Perlembagaan.
11. TANJONG KARANG 26 Jan. - Lebih 50 peneroka Ladang Hopeful di sini mengadakan perhimpunam secara aman bagi menuntut hak mereka ke atas 17 hektar tanah yang sudah diusahakan sejak 30 tahun lalu tetapi telah dijual kepada syarikat swasta. Sejak tahun 1986 mereka sudah membuka tanah di kawasan itu dan telah beberapa kali memohon supaya diberikan geran tetapi tidak diendahkan oleh kerajaan negeri.
12. KOTA BELUD 26 Jan.- Negeri Sabah mampu terus kekal menjadi simpanan tetap parti UMNO dan BN pada PRU 1
Kemalangan Bas Rapid KL..
Dekat bawah Stesen Mrt Taman Midah..naik divider.
#kongsiInfo🇲🇾
Kenyataan media berkenaan isu guru tular mengamuk di sebuah sekolah. @KemPendidikan
#kongsiInfo🇲🇾
Keta langgar pam minyak petron k. Brg
Ganu👆🏻
Depan Kilang Terbesar Eco Jementah Ada Lori Terbabas hala segamat .
Читать полностью…EHH Food Industry Sdn Bhd didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana menjual laksa dengan jenama 'Laksa Pendek' yang didapati mengandungi asid benzoik yang tidak dibenarkan mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Asid benzoik adalah bahan pengawet yang boleh menyebabkan kerengsaan serta penyakit kanser jika dimakan di dalam tempoh masa yang panjang.
#kongsiInfo🇲🇾
Penang
Turun Jambatan kedua(JSAHMS) Menghala Ke QBay.
Nk selfi tu boleh..Tapi tengok tempat dan waktu yg sesuai...
Читать полностью…BULETIN INFO 1 MALAYSIA🇲🇾
BERITA»Nasional
Sabtu, 27 Januari 2018 |⏰ 11:48am
Ubat 💊dan vaksin 💉halal - Dr Hilmi
➖▪️➖▪️➖▪️➖▪️➖▪️➖
GEORGE TOWN: Kementerian Kesihatan menegaskan semua ubat-ubatan dan vaksin yang diberikan kepada pesakit halal dan selamat digunakan.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata dakwaan menyatakan ada ubat-ubatan dan vaksin yang diberikan oleh kementerian itu mengandungi 'deoxyribonucleic acid' (DNA) babi tidak berasas.
"Dulu lagi kita dengar ada kumpulan tertentu yang antivaksin kerana mendakwa ia mengandungi DNA babi tapi sekarang ini timbul pula isu kata bukan saja vaksin, malah ubat-ubatan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan turut mengandungi perkara sama.
"Mereka yang membuat tuduhan itu tidak mendapatkan maklumat yang betul dan sahih, hanya mencari menerusi Internet saja. Mudah untuk mereka jadi 'doktor google' dan bagi maklumat tidak betul kepada masyarakat.
"Apa yang mengecewakan saya ada segelintir masyarakat kita yang percaya," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) Pulau Pinang, di sini malam tadi.
Sementara itu, Dr Hilmi yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau berkata, hampir 90 peratus daripada 856 klinik kesihatan sudah menubuhkan PPKK yang dapat mengukuhkan strategi menggembleng pembabitan komuniti bagi menyebarkan perkhidmatan kesihatan.
Beliau berkata, PPKK yang dilancarkan pada 1995 dan mempunyai 14,665 anggota panel itu juga bertujuan memupuk kerjasama erat antara masyarakat serta anggota kesihatan demi meningkatkan kesihatan komuniti setempat.
"PPKK memainkan peranan penting sebagai rakan kongsi kepada Kementerian Kesihatan dalam menghadapi cabaran baharu melalui perkongsian pintar, melatih masyarakat memperkasa dalam penjagaan kesihatan diri dan sekali gus mengubah tingkah laku ke arah hidup yang sihat," katanya.
Beliau berkata, bagi menyokong usaha PPKK dalam menjalankan aktiviti mereka, Kementerian Kesihatan meluluskan peruntukan RM5,000 bagi setiap klinik yang mempunyai panel berkenaan dan tahun lalu saja sebanyak RM4.175 juta disalurkan kepada mereka. - BERNAMA
2017 © BH Online | New Straits Times Press (M) Berhad (4485-H) | Hak Cipta Terpelihara
Biasa kita dengan suami yang menjual isterinya, namun kes kali ini adalah sebaliknya.
Seorang isteri dari Surabaya, Indonesia telah ditangkap polis kerana menjual suaminya melalui Facebook.
Perbuatannya terbongkar selepas pasangan tersebut ditangkap ketika menunggu pelanggan di sebuah hotel.
Jurucakap polis Surabaya, Rudi Setiawan berkata, “Isteri yang jual suami. Lelaki itu diperdaya dan wanita itu menawarkan suaminya untuk tujuan seks di FB.
“Wanita itu menawarkan suaminya dengan harga Rp500,000 (RM147) kepada mana-mana lelaki yang berminat.
“Lebih mengejutkan lagi wanita itu kadangkala melayan pelanggan bersama suaminya.”
TribunJatim.com. melaporkan, wanita berusia 20 tahun itu mengaku sudah menjual suaminya sebanyak tiga kali kepada lelaki lain.
“Wanita itu mengiklan suaminya di satu kumpulan di FB dengan menawarkan lelaki itu atau dirinya sekali.
“Ketika ditanya tujuannya itu, wanita berkenaan mengaku dia melakukan perkara itu kerana wang,” tambahnya.
🌏 *_Lelaki tertinggi dan wanita terpendek di dunia bertemu di Mesir_*
💫Agensi | Diterjemahkan oleh: Dania Zainuddin
LELAKI tertinggi dan wanita terpendek di dunia bertemu di Mesir untuk satu sesi penggambaran yang luar biasa.
Perbezaan ketinggian mereka begitu menakjubkan kerana wanita itu kelihatan seperti saiz kaki lelaki tersebut.
Berdasarkan Rekod Dunia Guinnes (GWR), Sultan Kosen yang berusia 35 tahun, berasal dari Turki adalah lelaki tertinggi dengan ketinggian lebih kurang 244 cm (8'1 kaki).
Perbezaan ketinggian mereka begita menakjubkan kerana Amge kelihatan seperti sama saiz dengan kaki Kosen.
Sementara itu, wanita Dan Jyoti Amge, 24 tahun pula berasal dari India dan hanya berukur 60 cm (6 kaki).
Kedua-dua mereka mendapat gelaran masing-masing pada 2011 itu telah dijemput untuk satu sesi penggambaran di hadapan piramid oleh Lembaga Promosi Pelancongan Mesir.
Kosen merupakan individu pertama yang diukur oleh GWR dalam tempoh 20 tahun lalu, namun hanya 10 orang sahaja pernah mencapai ketinggian lebih 243 cm (8 kaki).
Dia juga merupakan pemegang rekod saiz tangan terbesar.
Ketika menerima gelaran oleh GWR itu, Kosen berkata beliau tidak sangka dapat disenaraikan dalam rekod tersebut.
Ketinggian Kosen itu adalah disebabkan kondisi yang dipanggit Gigantisem Putuitari, iaitu berpunca dari penghasilan hormon pertumbahan berlebihan.
Sementara itu, Amge pula menerima gelaran wanita terpendek ketika berusia 18 tahun dan hanya berat 5 kilogram.
Amge berdepan kondisi Dwarfisme yang dipanggil Achondroplasia, dan tidak akan meninggi.
Oleh itu, kesemua pakaian perlu direka khas, termasuk perkakas pinggan.
⛱hmetro
Akibat Live di Facebook? Pengusaha Komestik di Samun dan di Tembak
Seorang pengusaha alat komestik iaitu Mohd Irfan atau lebih dikenali Sifu Cempaka telah menjadi mangsa samun dan tembak pada awal pagi tadi di Rantau Panjang Kelantan.
Sifu Cempaka merupakan seorang pengusaha kunyit skincare dan seorang peniaga online di laman sosial
Menurut laman sosial Facebook, Anak Jati Rantau Panjang, mangsa telah disamun seawal jam 2-3 pagi, dipermis peniagaan mangsa. Mangsa disamun dan ditembak dikaki. Kemungkinan mangsa juga dipukul bahagian kepala dengan mengunakan objek tumpul.
Dikatakan semua barang kemas dan duit telah di samun oleh 3 orang perompak bermotosikal dan bersenjata. Menurut page AJRP juga, berkemungkinan kejadian in berlaku diatas kekerapan mangsa yang membuat live di Facebook. Mangsa sememangnya terkenal dengan perniagaan live di Facebook dan selalu menuunjukkan duit dan barang kemas yang banyak.
Mungkin kejadian ini merupakan iktibar dan pengajaran kepada peniaga agar lebih berhati hati dengan keadaan sekeliling.
Aliff Syukri Terlajak Laris
isu berhubung kegagalan mendapatkan Stadium Shah Alam sebagai gelanggang sendiri, selain mampu bergerak tanpa bantuan kerajaan negeri.
3. BARCELONA 26 Jan. - Ernesto Valverde meletakkan harapan tinggi terhadap Philippe Coutinho selepas bintang antarabangsa Brazil itu melakukan penampilan sulung bersama Barcelona pada perlawanan Copa del Rey yang berkesudahan Catalan menundukkan Espanyol 2-0, hari ini.
4. LIVERPOOL 26 Jan. – Danny Ings bakal melengkapkan kepula¬ngannya ke pangkuan skuad utama Liverpool dengan penyerang itu dijangka diturunkan dalam kesebelasan utama untuk perlawanan Piala FA menentang West Brom Ahad ini.
5. PUTRAJAYA 26 Jan. – TPM Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran bahawa Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pemain, jurulatih dan pengurusan Liga Malaysia yang bertindak menjual perlawanan.
6. PUTRAJAYA 26 Jan. – RM500,000 menanti pasukan PDRM sekiranya berjaya muncul juara Liga Perdana musim ini. Habuan lumayan itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap penaung Persatuan Bola Sepak PDRM (PBPDRM), Datuk Seri Zahid Hamidi dalam majlis pelancaran jersi dan memperkenalkan pemain pasukan The Cops musim 2018.
7. KOTA BHARU 26 Jan. - Kelab Peminat Red Warriors Kelantan (KRWC) hari ini tampil membuat laporan polis berhubung tindakan pihak tertentu yang sengaja menularkan jersi rasmi baharu pasukan bola sepak negeri itu. Pengerusi KRWC, Syed Abdullah Syed Mahmod Bukhari berkata, tindakan individu berkenaan sengaja menjatuhkan moral seluruh peminat bola sepak negeri ini.
8. JEDDAH 26 Jan. - Mark Clattenburg pengadil yang mengendalikan perlawanan bola sepak di Arab Saudi iaitu Al Feiha menentang Al-Fateh pada Rabu (24/1) menjadi tular di media sosial kerana beliau menghentikan perlawanan ketika azan berkumandang.
9. MANCHESTER 26 Jan. - Jose Mourinho tidak menolak kemungkinan bahawa Manchester United bakal memperoleh kembali khidmat Cristiano Ronaldo di Old Trafford pada musim ini. Sumber dalaman memberitahu ESPN FC bahawa penyerang Real Madrid itu sudah membuka peluang buat kelab dalam kancah Liga Perdana Inggeris bagi mendapatkan khidmatnya selepas kecewa dengan perjanjian baharu di Bernabeu.
10. BARCELONA 26 Jan. - Penyandang juara, Barcelona melangkah ke saingan separuh akhir Piala Raja Sepanyol (Copa del Rey) selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas Espanyol yang turut menyaksikan penampilan pertama Philippe Coutinho bersama Catalan. Kemenangan dalam aksi suku akhir kedua itu membolehkan Barcelona meraih kemenangan dengan agregat 2-1.
kim Azman Ahmad membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap R. Ramesh, 55, dan menetapkan 16 April ini untuk tertuduh membela diri atas pertuduhan tersebut.
39. SEPANG, 26 Jan - Seramai 23 penggiat seni antaranya Sahara Yaacob, Zaiton Sameon, Ayati Tasrip, Ibnor Riza Ibrahim, Zaleha Hamid, Sulaiman Yassin (Mat Over) dan Baharuddin Buyong Kahar, hari ini berangkat ke Makkah di bawah Program Umrah Penggiat Seni.
40. KUALA LUMPUR, 26 Jan - Sepuluh jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup secara berperingkat mulai 12.30 tengah malam, Selasa ini bagi memberi laluan perarakan 'Pedati Perak' sempena sambutan Thaipusam pada 31 Jan. Laluan terlibat ialah Jalan Sultan, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Lebuh Ampang, Jalan Ampang, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Sogo, Jalan Raja Laut dan Jalan Sri Amar.
41. KUALA LUMPUR, 26 Jan - Sebuah syarikat pengilang makanan, EHH Food Industry Sdn Bhd hari ini didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menjual laksa mengandungi bahan pengawet tidak dibenarkan, yang boleh menyebabkan penyakit kanser.
42. GUA MUSANG, 26 Jan - Kerajaan persekutuan membelanjakan sejumlah RM58 juta setiap tahun untuk membayar elaun kepada 5,252 guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Kelantan. Pengarah Jabatan Pendidikan Kelantan Muhammad Zahari Othman berkata justeru, beliau mahu setiap guru Kafa yang dilantik sentiasa ikhlas dalam mendidik pelajar beragama Islam mengenai asas agama sebagaimana sukatan pelajaran yang ditetapkan.
43. KUALA LUMPUR, 26 Jan - Seorang penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan mengendalikan harta milik pengganas dengan membuat pengeluaran wang daripada akaun banknya untuk kegunaan pengganas, tahun lepas. Ahmad Junaidi Omar, 30, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.
44. KUALA LUMPUR, 26 Jan - Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M) mempelawa syarikat-syarikat korporat termasuk syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk bekerjasama dalam menerbitkan buku MYTN50. Penerbitan buku tersebut bagi menyokong hasrat kerajaan dalam memperkasakan agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50).
45. IPOH, 26 Jan - Usaha memperkasa wanita adalah tanggungjawab semua pihak dan tidak hanya terletak di bahu atau tanggungjawab satu pihak sahaja, kata Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perak S. Kavaramma. Golongan wanita adalah individu penting dalam kehidupan dan perlu dihormati oleh semua pihak bagi melahirkan keluarga serta masyarakat yang berharmoni.
46. IPOH, 26 Jan - Insiden kes rempuhan sebuah kereta ke atas gerai burger di sini malam yang tular dalam media sosial tidak melibatkan sebarang kecederaan serius sehingga perlu dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Semua yang terlibat dalam kejadian berhampiran Stadium Hoki Azlan Shah kira-kira 8.40 malam itu hanya mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di HRPB.
47. MARANG 26 Jan. - Meskipun Terengganu mencatatkan penurunan ketara kes demam denggi apabila hanya 10 kes sejak 1 Januari lalu berbanding 29 kes dalam tempoh serupa tahun lalu, namun orang ramai dinasihatkan berwaspada memandangkan tempoh serta trend wabak masih belum berakhir.
48. MELAKA 26 Jan. - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa tiba bersama rombongan ketua-ketua perkhidmatan awam negara bagi Program Pemukiman Ketua Jabatan Perkhidmatan Awam antara Malaysia dan Singapura hingga Ahad di negeri ini.
49. SIMUNJAN 26 Jan. - Seorang pemuda dikejarkan ke hospital akibat melecur setelah membakar diri dengan minyak petrol di rumah teman wanitanya di Kampung Sageng di sini pagi ini. Pihak bomba yang menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 9.42 pagi telah menghantar sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan untuk operasi menyelamat.
50. KUALA LUMPUR 26 Jan. - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengarahkan premis yang menjadi punca pencem
4 nanti. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, walaubagaimanapun, apa yang penting seluruh ahli dan pemimpin perlu bekerja sebagai satu pasukan dan menganggap parti itu sebagai sebuah keluar besar dalam kalangan mereka.
13. PARIT 26 Jan. - Pelakon Hairul Azreen hadir di IPD Perak Tengah di sini hari ini untuk memberi keterangan kes dia melepaskan dua das tembakan ke udara dua tahun lalu. Pelakon berusia 30 tahun itu tiba di IPD Perak Tengah di sini pada pukul 2.05 petang diiringi dua rakan.
14. KUALA LUMPUR 26 Jan. - Kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM 13 juta bagi membaikpulih dan menaiktaraf 15 blok berek polis Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) di Cheras di sini. TPM Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, daripada jumlah itu, RM8 juta daripadanya adalah daripada PM Datuk Seri Najib Tun Razak.
15. PUTRAJAYA 26 Jan. – KPDNKK akan menguatkuasakan garis panduan pematuhan standard keselamatan untuk penggunaan bateri sekunder atau bateri cas semula. Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, bateri sekunder digunakan untuk 'power bank', telefon bimbit, rokok elektronik, permainan elektronik dan dron serta ia juga adalah bateri yang boleh menghasilkan tenaga elektrik dalam jangka masa panjang.
16. KUALA LUMPUR 26 an. - Polis hari ini melakukan soal siasat ke atas Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali yang juga isteri kepada Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Siti Hasmah, 91, disoal siasat di Yayasan AlBukhary di ibu negara dipercayai berkaitan penyertaan beliau dalam perhimpunan 'Wanita Bantah Politik Toksik" di Kuala Lumpur September lepas.
17. KUALA LUMPUR 26 Jan.-Seorang guru di sebuah sekolah di Kulim, Kedah yang mengamuk dalam satu mesyuarat guru dan tular di media sosial telah ditukarkan ke Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baru hari ini. Dalam satu kenyataan, Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, tindakan guru tersebut didapati tidak melambangkan profesionalisme seorang guru.
18. PUTRAJAYA 26 Jan. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) belum menerima laporan penuh hasil siasatan daripada agensi-agensi terlibat berhubung kandungan susu bayi tiruan yang dirampas pada awal Disember lalu.
19. NEW DELHI 26 Jan. – PM Datuk Seri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama semua kepimpinan ASEAN menghadiri sambutan Hari Republik India ke-69 di Rajpath, di sini hari ini. Beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang tiba pada pukul 9.40 pagi disambut oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi.
20. LUNDU 26 Jan. - Seorang lelaki warga Indonesia mengalami cedera parah setelah lori membawa muatan buah kelapa sawit dipandunya terbabas di Jalan Lundu-Sematan berhampiran Kampung Selarat di sini pagi ini. Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Sardi, 48, mengalami cedera parah akibat tersepit dalam lori berkenaan.
21. KUCHING 26 Jan. - Sarawak Forestry Corporation (SFC) membongkarkan aktiviti penebangan kayu hutan untuk dijadikan tiang tanpa lesen dalam serbuan menerusi operasi pembalakan haram di Bukit Berangan Tengah, Jalan Kuap di sini, pagi semalam.
22. PUTRAJAYA 26 Jan. - Mahkamah Rayuan sebentar tadi menangguhkan keputusan rayuan MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengeluarkan perintah injunksi sementara menghalang beliau daripada terus menerbitkan kenyataan dan klip video yang didakwa memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak.
23. KUCHING 26 Jan. - Orang ramai yang mempunyai saman tertunggak kompaun letak kereta Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) boleh mengambil peluang menyelesaikan saman itu apabila pihak berkuasa tempatan itu menawarkan bayaran diskaun bermula hari ini.
24. KUALA LUMPUR 26 Jan. - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bercadang mahu meluaskan perniagaan yang diusahakan oleh rakyat Malaysia menerusi kod QR. Ini kerana penggunaan teknik berkenaan seperti China telah menunjukkan prestasi yang baik terutamanya untuk melakukan jual beli secara atas talian tanpa sempadan.
25. PUTATAN 26 Jan. - Seorang kan
💕 Jom KITA JOIN CHANNEL² DIBAWAH 💕
==============================
👉 @quotephotovideo
💛 NASIHAT² KEHIDUPAN
👉 @PeriukKitaResepiKita
💜 Medan Resepi Seantero Dunia
👉 @islamitu_indah
💚 Islam Itu Indah
👉 @kitabdoa
💙 HIMPUNAN DOA
👉 @buletininfo1malaysia
💛 INFO SEMASA DLM DAN LUARNEGARA
👉 @ketenanganumat
💚 Ketenangan Umat
👉 @dakwahsteady
💛 Tarbiah HATI Didik JIWA Bersih DIRI
👉 @ukirancahayahati
💜 HATI, PERASAAN & AGAMA.
👉 @AyatStatus
💚 Random Post. Macam-macam ada!
👉 @mrdoityourself
❤ DIY ~ Do It YOURSELF
😎 SEMOGA IANYA MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA DALAM MELAYARI KEHIDUPAN DIDUNIA INI
TERIMAKASIH...💖
❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Lokasi tak pasti
Perkara yang Admin bimbang, berulang lagi.
Mujurnya abang lajak ni tak digilis oleh mana2 jentera.
Kalau tak, lagi panjang cerita.
Abang lajak, sudah2 dulu. Jangan buat mak abah kita " terkorban" dengan perangai kita.
Malam2 ni tak sesuai utk abang lajak buat aksi2 begini...bahaya sangat..
❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Kredit video gp VPM
*Bacaan Hangat Terkini Viral*
HOME · INFO · SAFE · TEKNOLOGI
*Betul Ke Kena Cas Telefon 8 Jam Sebelum Guna Untuk Kali Pertama?, Baca Panduan Ini Untuk Guna Peranti Anda Secara Selamat*
Kongsikan di Group Group WhatsApp milik anda.
🐬 *MEDIA SIKAKI JALANAN*🦅🌈
🌞 *MAYA SARI*🌞
Beli gajet baru mesti kena cas 8 jam sebelum guna. Betul ke? Tapi kita selalu dengar ayat ni setiap kali lepas beli telefon bimbit baru. Jadi sebenarnya perlu atau tidak?
Jawapannya mestilah.........,
"TIDAK"
Namun kenyataan itu boleh diguna pakai suatu masa dulu apabila semua peranti telefon bimbit menggunakan bateri jenis Nikel Kadmium (NICd) dan Nikel Logam Hidrida (NiMH).
Berbalik kepada persoalan tadi, mitos perlu cas sampai 8 jam ini adalah sama sekali tidak benar. Sebaiknya baca dulu panduan penggunaan telefon bimbit, laptop atau apa-apa peranti elektronik yang lain. Jika tidak terdapat arahan untuk mengecas peranti tersebut, janganglah rajin sangat nak cas juga.
Seiring teknologi maju, kebanyakkan peranti atau gajet moden kini menggunakan Li-Ion yang tidak memerlukan pengguna untuk mengecas sehingga 8 jam. Sekadar cas hingga penuh, dah boleh cabut.
Yang pastinya, bateri anda akan mempunyai kapasiti berkurangan dengan masa. Antara sebabnya adalah pergerakan ion Litium dalam bateri tersebut yang bertindakbalas dengan unsur sekitar terminal katodnya membentuk lapisan separa penebat pada terminal anod, yang akhirnya menyebabkan bateri tersebut hilang keupayaannya. - Rootofscience.com
Sebaiknya cas bateri telefon anda apabila ia sudah turun pada paras 40% kerana ianya membantu meningkatkan jangka hayat bateri dan menjadikannya lebih lama.
Oleh dengan ini, sebaik sahaja beli sebarang peranti, baca arahan penggunaan sebelum melakukan sesuatu yang mampu memberi kesan buruk kepada peranti tersebut. Baca tips dan panduan daripada pakar-pakar teknologi untuk mengekalkan keupayaan gajet anda. Jangan terlebih cas pula ya!
Siakapkeli.my
Sumber: Root of Science
31 terbunuh, hospital di Korea Selatan terbakar
SEOUL 26 Jan. - Sekurang-kurangnya 31 orang terbunuh dalam kebakaran sebuah hospital di Korea Selatan hari ini.
Agensi berita Yonhap melaporkan, jumlah yang cedera belum dapat dipastikan.
Visual yang disiarkan di televisyen menunjukkan bangunan di Miryang itu diselubungi asap tebal dan beberapa buah kenderaan bomba tiba di tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran.
Laporan awal oleh pasukan bomba menyatakan 19 orang terbunuh, tetapi Yonhap melaporkan 31 orang terbunuh.
"Dua jururawat memberitahu api marak tiba-tiba dari bilik kecemasan,” kata ketua pasukan bomba, Choi Man-Woo.
Semua pesakit telah dikeluarkan daripada bangunan berkenaan, katanya, dan setakat ini punca kebakaran belum diketahui. - AFP
Pengasuh x berhati perut...
Diharaplah yg rakam vdio ni ambik tindakan pada pengasuh tersebut..
Maaf lokasi tidak dinyatakn
Kalau terlepas ni , naya la kome kena tolan😅😅
#ipc🇲🇾
24/01/18 Mayat seorang lelaki ditemui berhampiran jeti nelayan Pangkalan Rinting, Tampoi, Johor Bahru, jam 9 pagi tadi.
Lelaki berumur 56 tahun dari Kampung Batu 6, Skudai itu dipercayai terjatuh ke Sungai Skudai sebelum mayatnya ditemui.