Selamat Datang ke Buletin Info 1 Malaysia Channel ini akan berkongsi info tentang... 🔍🚓🚑🚒INFO ROADBLOCK 1 MALAYSIA & KEMALANGAN DALAM DAN LUAR NEGARA TERKINI
Kejadian pecah rumah di Taman Nora Ulu tiram
#KongsiInfo🇲🇾✍
❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Info global
Angin kuat di Belanda.
Kelajuan 140km/ h
Jentera pun boleh tumbang.
Orang pun boleh terbang.
❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Kredit video gp VPM
Kemalangan maut langgar lari di Puchong lebih kurang pukul 6 ptg semalam.
Walau bagaimana pun, kereta tersebut berjaya dikejar oleh orang-orang awam yg melihat kejadian tersebut.
Tahniah kepada semua orang awam yg terlibat membantu menahan kereta tersebut. Anda adalah masyarakat yg prihatin. #salute
Like page & Share Kisah Masyarakat
, Nursajat Kamaruzzaman. Dijangkakan tempoh itu dalam sebulan paling minima.
52. KUALA SELANGOR, 20 Jan – KPKT akan menggiatkan pelbagai kempen kesedaran bagi mengurangkan risiko kemalangan akibat sikap penghuni PPR yang membaling barang dari tingkat atas. Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, kempen menanam budaya menjaga keselamatan bersama itu amat penting agar kejadian buruk termasuk kes meragut nyawa yang berlaku di PPR Sri Pantai, Pantai Dalam, tidak kembali berulang.
53. PUCHONG, 20 Jan - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan membuka penutup longkang yang dibina penduduk di Jalan 11, Taman Bukit Kuchai bagi membolehkansistem saliran di kawasan itu berfungsi dengan sempurna. Ahli Majlis, E Mehanathan berkata, kerja-kerja membuka struktur berkenaan akan dijalankan Isnin ini membabitkan tiga kediaman.
54. KUANTAN - Keriangan tiga sahabat keluar memancing bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka, Mohd Danish Haikal Semar, 12, terjatuh ke dalam Sungai Belat, di Kampung Jaya Gading, kira-kira jam 2.15 petang tadi. Mohd Danish Haikal dipercayai terjatuh di sungai itu selepas berdiri pada sebatang kayu ketika mula memancing. Bapa mangsa, Semar Osman, 46, berkata, sebelum kejadian, dia beberapa kali memanggil anaknya yang ketika itu berada di luar rumah supaya masuk ke dalam kerana hujan.
55. ALOR SETAR, 20 Jan – MB Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengakui saingan PRU14 dijangka lebih sengit berbanding pilihan raya umum (PRU) sebelum ini kerana BN berdepan pencabar yang pernah terajui parti itu. Ini menyebabkan persediaan jentera BN kali ini dibuat lebih rapi, termasuk mengukuhkan perpaduan kalangan ahlinya.
56. KAMPAR, 20 Jan - Ketelitian dan ketekunan sepasukan anggota bomba berjaya menyelamatkan jari seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang tersepit pada jek hidraulik kereta, dalam satu kejadian di RPT Tualang Sekah, di sini, hari ini. Kejadian sekitar jam 12.20 tengah hari itu dipercayai berlaku, apabila kanak-kanak terbabit bermain di bilik tidur yang turut menempatkan peralatan berkenaan.
57. KUANTAN, 20 Jan – JKM Negeri menyiasat aduan orang ramai berkenaan satu keluarga yang tidur di bawah jambatan Tanjung Lumpur, Kuantan. Pengarah JKM Pahang, Zulkhairi Zainol Abidin berkata, hasil temubual dengan lelaki iaitu ketua keluarga mendapati dia bersama seorang anak lelaki berusia empat tahun telah bermalam selama tiga hari di bawah Jambatan Tanjung Lumpur dengan tujuan untuk membawa anak berehat dan keluar dari rumah.
58. IPOH, 20 Jan - “Saya paling suka Ferrari dan Lamborghini, sebab ada lampu. Sekejap saya tarik ke belakang lepas tu ke depan, lepas tu saya main balik, jadi hilanglah stress saya.” Itu reaksi penceramah terkemuka, Datuk Mohd Kazim Elias apabila ditanya mengenai hobinya bermain kereta mainan yang mula tular di laman sosial.
59. SHAH ALAM, 20 Jan - Penyelesaian secara 'reset' pemilikan tanah Felda di Jalan Semarak menimbulkan lebih banyak persoalan. MP Segambut, Lim Lip Eng berkata, sebarang jual beli hartanah sepatutnya melibatkan duti setem dan Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) perlu membayar kerajaan sebanyak RM8 juta bagi mendapatkan hak milik tanah terbabit.
60. ALOR SETAR - Kerajaan Negeri bersedia memberi kerjasama kepada SPRM berhubung isu pembalakan Bukit Enggang dan Projek Bekalan Air Masyarakat Daerah Sik. MB Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, memandangkan laporan berhubung perkara itu telah dibuat di pejabat SPRM, pihaknya tidak akan mencampuri urusan berkaitan.
BERITA SUKAN:
1. KUNSHAN, China 20 Jan. - Walaupun jaringan N. Thanabalan gagal membantu Malaysia layak ke separuh akhir Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 (B-23), namun penyerang itu berkata Malaysia sudah membuktikan mereka tidak mudah patah semangat meskipun terlebih dahulu ketinggalan satu gol. Malaysia gagal menempatkan diri dalam empat pasukan terakhir apabila tewas 1-2 kepada Korea Selatan dalam perlawanan suku akhir di Stadium Kunshan, hari ini.
2. KUALA LUMPUR 20 Jan. - Malaysia membuktikan mampu pergi lebih jauh selepas sekadar tewas tipis
n diri tanpa sebarang kecederaan.
27. KUALA LUMPUR 20 Jan. - Sebuah kilang perabot musnah 80 peratus dalam kebakaran di Jalan Welfare, Kg. Baru Sungai Buloh malam tadi. Pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian terbabit pada pukul 10.37 malam dan operasi terbabit melibatkan BBP Sungai Buloh, BBP Damansara, BBP Kota Anggerik dan BBP Selayang.
28. KUALA LUMPUR 20 Jan.- Parti Rakyat Malaysia (PRM) menyindir tindakan Pakatan Harapan yang mencalonkan seorang individu yang sudah berusia 92 tahun sebagai PM sementara, seolah-olah gabungan itu tiada calon lain. Adalah sesuatu yang tidak masuk akal untuk mencalonkan seseorang bagi mengisi jawatan tersebut sebelum mengetahui pihak yang akan menang dalam PRU-14 ini.
29. KUALA LUMPUR 20 Jan. - Program Jualan Ikan Harga Patut anjuran Gabungan NGO Malaysia dengan kerjasama Barisan Nasional (BN) yang berlangsung di Jalan Pahang, di sini mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran lebih 3,000 pengunjung.
30. PULAU PINANG 20 Jan. - Seorang pegawai ATM berpangkat Mejar direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan beberapa kes penyelewangan pembekalan inap desa di Kem Batu Feringghi, di sini pagi tadi. Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 43 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen Georgetown, Ameera Mastura Khamis.
31. KUALA LUMPUR 20 Jan.- Kerajaan akan memastikan harga barang keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula dan tepung sentiasa terkawal. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ini antara usaha kerajaan bagi mengimbangi senario ekonomi semasa agar rakyat tidak terjejas menerusi kawalan harga ke atas barangan keperluan asas.
32. KUALA LUMPUR, 20 Jan - Hanya 24 peratus daripada ibu bapa memeriksa kandungan gajet anak-anak mereka yang berusia tiga hingga 17 tahun, kata Menteri KPWKM Datuk Seri Rohani Abdul Karim. Keputusan itu diperoleh daripada 1,165 responden yang terdiri daripada ibu bapa yang mengikuti program sepanjang sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia pada November tahun lepas.
33. SUBANG JAYA, 20 Jan - Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan satu polisi kebangsaan mengenai kamera litar tertutup (CCTV) bagi menangani isu jenayah di negara ini. Naib Pengerusinya Datuk Seri Ayub Yaakob berkata cadangan itu merupakan hasil perbincangan Town Hall MCPF Selangor mengenai strategi berkesan mencegah jenayah dan penyalahgunaan dadah yang berlangsung selama sehari di sini hari ini.
34. KOTA KINABALU, 20 Jan - Hari Terbuka Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) di The Klagan Regency 1Borneo Hypermall di sini, sehingga esok, adalah platform terbaik dalam memudahkan urusan membeli rumah terutama kepada pembeli rumah pertama di Sabah.
35. KUALA LUMPUR, 20 Jan - Persetujuan tentang penghantaran pulang pelarian Rohingya ke tanah air mereka yang dicapai antara Myanmar dan Bangladesh perlu menjelaskan tentang isu berkaitan kewarganegaraan dan jaminan keselamatan, sebelum ia boleh dilaksanakan, kata Bekas Duta Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi Myanmar Tan Sri Syed Hamid Albar.
36. GEORGE TOWN, 20 Jan - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang menahan 24 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan di dua pusat hiburan di Jalan Kedah dan Jalan Burma, di sini malam tadi.
37. KEPALA BATAS, 20 Jan - Tiga restoran masakan Thailand di kawasan Bertam, di sini diarah tutup serta-merta kerana mengabaikan aspek kebersihan dalam operasi yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang semalam.
38. BUKIT MERTAJAM, 20 Jan - Seorang peniaga bukan sahaja berniaga makanan di kedainya malah turut di kesan menjual air ketum kepada pelanggan tetapnya di Medan Selera Taman Sembilang, Seberang Jaya, di sini.
Hasil risikan dan intipan sejak seminggu lepas, sepasukan anggota polis menyerbu kedai lelaki berusia 58 tahun itu kira-kira pukul jam 11 malam, Khamis lalu, dan menahan peniaga berkenaan.
39. PAPAR, 20 Jan - Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menasihatkan rakyat negara ini yang menerima tawaran ker
BERITA HARI INI – 21/1/2018 (by: MJI)
1. PUTRAJAYA 20 Jan.- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah mengenal pasti 5,000 syarikat yang didapati menipu membuat tuntutan termasuk mengelak daripada membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sejak sistem pencukaian itu dilaksanakan pada 2015. Pihak terbabit merupakan daripada 465,000 syarikat yang berdaftar di bawah GST dan kertas siasatan telah dibuka terhadap pihak terlibat.
2. KEPALA BATAS 20 Jan. - Dua daripada tiga penghuni Sekolah Tunas Bakti Teluk Air Tawar di sini yang melarikan diri pada 16 Januari lalu berjaya ditahan semula oleh pihak polis. Kedua-dua remaja berkenaan ditahan berhampiran Sekolah Model Khas Bukit Jenun, Pendang, Kedah pukul 1.45 pagi tadi.
3. KOTA BHARU 20 Jan. - Pekarangan Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, di sini dilanda banjir kilat akibat hujan yang turun berterusan sejak pagi ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang, perkarangan bangunan lama HRPZ II dinaiki air setinggi kira-kira paras betis.
4. TAWAU 20 Jan. – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan lapan lelaki termasuk tiga warga Indonesia kerana cuba menyeludup keluar barangan kawalan dan kosmetik bernilai RM24,000 di perairan timur laut Sungai Haji Kuning, di sini semalam.
5. TANJUNG MALIM 20 Jan. – KPDNKK bakal mewujudkan lapan tapak My Hot Spot di seluruh negara bagi memanfaatkan 100 peniaga food truck. Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tapak berkenaan yang dilaksana menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), bakal diwujudkan di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan umum termasuk kawasan pelancongan.
6. KUALA LUMPUR 20 Jan. – Kerajaan yakin mampu melahirkan lebih banyak usahawan dalam kalangan penduduk desa dan luar bandar dilahirkan pada masa akan datang menerusi rancangan realiti tv sebagai langkah meningkatkan taraf hidup dan pendapatan mereka, kata Menteri KLBW, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
7. KUALA TERENGGANU 20 Jan. - Rangkaian makanan segera terkemuka, McDonald’s Malaysia merancang untuk menyediakan kemudahan surau di semua restoran baharu yang bakal dibuka dan diubahsuai di seluruh negara. Reka bentuk restoran akan disesuaikan dengan kemudahan itu bagi memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan beragama Islam di premis sajian makanan yang menjadi tumpuan keluarga.
8. KUALA LUMPUR 20 Jan. - Lebih ramai pegawai kanan polis wanita diharap dapat menyertai misi di bawah PBB pada masa akan datang. Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman (StaRT), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, PDRM sebelum ini pernah menghantar pegawai wanita ke Timor Leste dengan PBB dan mahu melihat lebih ramai lagi terlibat dalam misi begini.
9. KUALA LUMPUR 20 Jan.- Sebuah masjid baharu bakal dibina di Taman Aman Putra, Jinjang Utara bagi menampung 3,000 jemaah di kawasan tersebut. Ketua UMNO Bahagian Kepong, Datuk Seri Rizuan Abd. Hamid berkata, hasrat itu akhirnya tercapai setelah lebih lima tahun menanti.
10. KUALA LUMPUR 2O Jan. – Kerajaan perlu memperhebatkan kempen kesedaran sivik secara menyeluruh bagi memastikan insiden malang meragut nyawa seorang remaja akibat dihempap kerusi yang dicampak dari tingkat atas tidak berulang, kata aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye.
11. HULU TERENGGANU 20 Jan.- Sepanjang tahun ini, lebih 165,000 penduduk kawasan pedalaman di beberapa lokasi seluruh negara bakal mendapat akses kepada perkhidmatan internet, siaran televisyen dan radio melalui 52 program Menghubung dan Menyatu (CTU), kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari.
12. KLUANG 20 Jan. - UMNO Sembrong membuat laporan polis terhadap Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berhubung kenyataan fitnah yang dilemparkan berkaitan kononnya berlaku pergerakan anggota tentera di kawasan parlimen itu. Laporan tersebut dibuat ekoran kenyataan fitnah Chin Tong yang dikhuatiri boleh membawa kepada politik kebencian di Parlimen Sembrong.
13. KOTA BHARU 20 Jan. - Projek lembangan Sungai Kelantan bernilai RM500 juta oleh kerajaan Persekutuan bakal menjadi mercu tanda baharu
PAHANG
16:38pm
Lori bawa sawit terbalik di jln lama temerloh ke triang.keadaan mangsa kecerderaan pada kaki.punca kejadian terbabas.
#📰NEWS&TERKINI
PAHANG
20 JAN 2018
Kemalangan kereta truck 4x4 dengan Lorry Treler Lokasi jln utama, bt 31 , kg oa sg gapoi, Karak.
#📰NEWS&TERKINI
*~🇲🇾MONORACKPATAH🇲🇾~*
🌏🌏🌏🌏🌏🌏🌏🌏
🦅🔅🦅🔅🦅🔅🦅🔅
📆 *20 JANUARI 2018*
ℹ *Bakar rumah ibu kerana berang tidak beri wang*
*KUANTAN* - Seorang penganggur tergamak membakar rumah keluarganya di Jengka 11, Maran semalam, selepas marah apabila ibunya engg@n memberinya wang, kata Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman.
*Beliau berkata, suspek berusia 37 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dipercayai melakukan perbuatan itu pada 2 petang, dan difahamkan telah dua hari mengugut untuk berbuat demikian.*
"Kebakaran itu bagaimanapun tidak menyebabkan kecederaan kerana ibu suspek yang berusia 66 tahun keluar untuk menetap bersama seorang lagi anaknya kerana bimbang dengan kelakuannya yang agresif.
"Suspek berjaya ditahan berhampiran kawasan rumah itu dan daripada siasatan awal, suspek dipercayai memulakan kebakaran dengan membakar tilam di dalam rumah itu," katanya kepada pemberita hari ini.
Norzamri berkata rumah separa kayu dan batu itu musnah 80 peratus dan kerugian dianggarkan kira-kira RM90,000.
Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat menggunakan api yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
*~🔰MONORACKiNfO🔰~*
http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/bakar-rumah-ibu-kerana-berang-tidak-beri-wang-1.786410#.WmLa2WYcfSc.whatsapp
Paparan muka surat Akhbar Tempatan Friday , 19 January , 2018. .. Watsapp Group...
Читать полностью…jual wanita di kedai pakaian itu.*
📽 *PELAKON Datuk Farid Kamil, 37, yang dibebaskan dengan jaminan Selasa lalu, kini menjalani rawatan kesihatan di pusat perubatan di Kuala Lumpur.*
*Perkara itu dikongsi adiknya, Fadzil Zahari ketika dihubungi petang smlm.*
*“Dia tidak membantah apabila saya dan adik, Anis mengambil keputusan untuk menghantarnya melakukan pemeriksaan kesihatan.*
🐬 *AKUARIUM gergasi SEA LIFE Malaysia bakal menjadi tarikan terbaru dalam kalangan pengunjung di taman tema LEGOLAND@MALAYSIA Resort di Medini, Iskandar Puteri, Johor sebelum hujung tahun ini.*
*Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri Datuk Tee Siew Kiong berkata, ia akan dibangunkan dengan nilai RM50juta.*
*“Ia bakal memiliki 25 ruangan, 11 zon habitat selain mempamerkan kira-kira 1,000 hidupan laut.*
🚘 *PETALING JAYA: Volvo Car Malaysia melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz pertengahan XC60 baharu dengan model enjin berkembar T8 Inscription Plus diimport sepenuhnya (CBU) dari Sweden di sini, hari ini.*
*Model yang terjual lebih sejuta unit di seluruh dunia, kini ditawarkan dengan Plug-In Hybdrid Vehicles (PHEV) serta enjin 2.0 liter pengecas turbo dan supercharger.*
*SUV itu dibina di atas platform Scalable Product Architecture (SPA) untuk sentuhan ciri signatur daripada model siri 90 mereka.*
⚰ *SEBUAH akhbar Mexico menerima kecaman peminat dan pengguna media sosial kerana menggunakan ‘Now She’s Zombie’ sebagai tajuk kematian penyanyi kumpulan Cranberries, Dolores O’Riordan.*
*Akhbar sensasi itu dikritik dan dianggap tidak sensitif dalam memilih tajuk sesuai berhubung kematian penyanyi berasal dari Limerick, Republik Ireland itu.*
*Lagu Zombie merujuk kepada hit terbesar Cranberries mendapat inpirasi daripada dua kanak kanak yang maut akibat serangan bom Tentera Republikan Ireland (IRA).*
*Bapa kepada mangsa bom IRA yang mencetus inspirasi penulisan lagu Zombie melahirkan penghargaan kepada mendiang Dolores, 46 selepas dia ditemui mati di sebuah hotel di London, Isnin lalu.*
*CERITERA ATLET* ⏱
================
⭐ *LONDON: Penyerang Arsenal, Alexis Sanchez sudah bersetuju dengan terma peribadi dalam kontrak yang menjadikannya pemain dengan gaji tahunan paling mahal di Manchester United sebanyak STG14 juta (RM76.5 juta) selepas cukai, menurut laporan semalam.*
*Sanchez dilaporkan semakin hampir menyertai United selepas skuad kendalian Jose Mourinho itu membuat tawaran besar mengatasi pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City.*
🏆 *PARIS: Neymar meledak empat gol ketika Edinson Cavani menyamai rekod jaringan sepanjang zaman Paris Saint-Germain milik Zlatan Ibrahimovic apabila pendahulu Ligue 1 itu membelasah Dijon 8-0 awal pagi smlm.*
*Angel Di Maria menyumbang dua gol dalam suku jam pertama di Parc des Princes sebelum pemain Argentina itu melakukan hantaran silang yang disudahkan Cavani bagi gol ke-156 bersama PSG.*
🏌🏾 *ABU DHABI: Pemain nombor satu dunia, Dustin Johnson mengetuai barisan pemain ternama pada Kejuaraan HSBC Abu Dhabi di Emiriah Arab Bersatu smlm namun fikirannya terarah ke Masters Amerika Syarikat.*
*Johnson akan menentang bekas pemain nombor satu Rory McIlroy, pemain nombor enam semasa Justin Rose dan Henrik Stenson, Paul Casey serta Matt Kuchar yang berada dalam kelompok 15 pemain terbaik.*
⚽ *MANCHESTER, England: Manchester City berhasrat meneruskan kempen seperti biasa apabila mereka berdepan Newcastle United pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, Sabtu ini.*
*Kekalahan 3-4 City kepada Liverpool di Anfield Ahad lalu membolehkan Manchester United merapatkan jurang kepada 12 mata dan menamatkan catatan 22 perlawanan tanpa kalah skuad Pep Guardiola dalam liga musim ini.*
🎾 *MELBOURNE: Ju
maut selepas motosikal tiga roda ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) berhampiran Pasar Raya Keluargaku, di sini, tengah malam smlm.*
📌 *LELAKI warga emas maut selepas kereta KIA Spectra dipandunya terbabas dan melanggar tembok batu rumah di Taman Seri Sentosa, Ayer Tawar, Manjung malam semalam.*
📌 *DUA beradik yang meragut suri rumah di Kampung Sri Rebana, Machang, 10 Januari lalu turut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu dengan melulu atau membahayakan.*
📌 *JEMAAH wanita warga emas kerugian kira-kira RM20,000 apabila beg tangannya berisi barang kemas dan wang tunai RM3,000 dilarikan pencuri di Masjid Kota, Kota Bharu, kelmarin.*
📌 *TENOM: Dua beradik maut manakala tiga lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan lori tiga tan di Kilometer 2 Jalan Lagud Seberang, di sini, pagi smlm.*
📌 *BINTULU: Penduduk yang tinggal rumah panjang di sepanjang Sungai Sebauh, di sini, bimbang keselamatan mereka berikutan beberapa kes serangan buaya terhadap haiwan peliharaan, sejak beberapa bulan lalu.*
📌 *Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dapati kematian tahanan Soh Kai Chiok, 49, di lokap IPD Bera pada 18 Jan 2017 kerana kecuaian pengurusan ubat oleh pihak polis.*
📌 *LELAKI nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas dan terhumban ke landasan komuter di Kilometer 22.3 antara Batu Tiga-Shah Alam berdekatan Jalan Persiaran Tengku Ampuan, Shah Alam, 9.58 pagi smlm.*
📌 *Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dapati kematian tahanan S Balamurugan di lokap IPD Klang Utara, Selangor pada 7 Feb 2017 disebabkan oleh kekerasan fizikal polis.*
📌 *KULAI: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulai, smlm, atas tuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, awal bulan ini.*
📌 *PETALING JAYA: Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menahan 16 individu dalam serbuan Ops Noda, di Damansara Perdana, di sini, malam smlm.*
📌 *KUANTAN: Banjir kilat di Raub sejak awal pagi menyebabkan 24 mangsa membabitkan tujuh keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 10 pagi smlm.*
📌 *KUCHING: Lima sekolah rendah di pedalaman negeri ini masih belum dibenarkan beroperasi smlm akibat banjir yang melanda sejak beberapa hari lalu.*
📌 *Seorang ahli perniagaan mendakwa kerugian RM780,000 selepas terpedaya dengan panggilan daripada tiga individu yang menyamar sebagai sebagai pegawai daripada pelbagai agensi berbeza, Selasa lalu.*
📌 *POLIS menahan tiga lelaki termasuk dua beranak dan merampas 139 gram dadah dalam dua serbuan berasingan di Kampung Bendang, Selising, semalam dan Kampung Changgai, Bukit Yong, Pasir Puteh, smlm.*
📌 *BERLAKU kesesakan lalu lintas lebih dua jam di Lebuh Raya PLUS arah selatan berikutan berlaku kemalangan membabitkan dua treler dan sebuah lori di Kilometer 15.4 berhampiran Plaza Tol Skudai, smlm.*
📌 *PENGURUS syarikat swasta yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selasa lalu kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Segamat, tiga tahun lalu, direman seminggu mulai smlm.*
📌 *BERANG pintu kereta ditendang, seorang lelaki bertindak menetak sepupunya dengan senjata dipercayai pedang dalam kejadian di Kampung Tal Tujoh, Pasir Mas, smlm.*
📌 *POLIS menumpaskan sindiket pengedaran dadah dalam serbuk minuman bernilai RM4 juta selepas menahan tiga individu dalam dua serbuan berasingan di Jalan Kuchai Maju dan Sunway Perdana, 15 dan 16 Januari lalu.*
📌 *SURI rumah cedera dipukul suaminya dalam kejadian di rumah keluarga mereka di Penaga, Kepala Batas, pagi Selasa lalu, selepas wanit
Rasa nya Klau di tengok mcm baru lepas xcident.
Tapi sempat selfi lagi..x sakit ker 😰
Polis serbu mini kasino
AYER KEROH: Polis menyerbu sebuah mini kasino menjalankan kegiatan judi 'Ngau' yang berselindung di sebalik premis hiburan di Melaka Raya, di sini, awal pagi ini.
Ops Dadu yang bermula jam 11.30 malam hingga 2 pagi itu dijalankan oleh Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG), Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.
Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Jalil Hasan, berkata seramai 27 individu ditahan termasuk tiga penjaga premis yang seorang daripada mereka lelaki warga Bangladesh.
Tahanan lain termasuk 15 wanita warga Vietnam, China, Laos dan Thailand berusia lingkungan 20 hingga 54 tahun.
Polis turut merampas wang tunai, daun terup, dan kepingan cip pertaruhan dengan jumlah keseluruhan bernilai RM46,353.
"Berdasarkan pemeriksaan awal, premis itu menjalankan operasi perjudian jenis 'Ngau' di mini kasino dan kegiatan pelayan pelanggan (GRO) secara 'butterfly' menggunakan lesen pusat hiburan sejak enam bulan lalu.
"Mini kasino ini aktif beroperasi pada hujung minggu, manakala wanita warga asing menyalahgunakan pas lawatan dan dikesan mengenakan caj perkhidmatan sekitar RM50 hingga RM100," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Bukit Beruang, di sini, hari ini.
Kesemua ditahan mengikut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63.
Jabatan Imigresen Nafi 'Nak Masuk Bandar Malaysia Perlu Pasport'
KENYATAAN PALSU
PENAFIAN
Dimaklumkan bahawa kenyataan yang disebar melalui media sosial adalah PALSU dan Pegawai Imigresen TIDAK mengeluarkan kenyataan tersebut.
1-2 kepada Korea Selatan dalam saingan suku akhir Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 (B-23) di Stadium Kunshan, China sebentar tadi.
3. KUALA LUMPUR 20 Jan.- Pendatang baharu Liga Super Kuala Lumpur (KL) malam ini melancarkan jersi yang bakal digunakan pasukan tersebut bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini. Majlis pelancaran di ruang legar Berjaya Times Square disempurnakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak KL (KLFA), Datuk Seri Adnan Md. Ikhsan.
4. KUALA LUMPUR 20 Jan. - Tidak sampai seminit skuad kebangsaan dikejutkan dengan jaringan pembukaan daripada Korea Selatan dalam saingan suku akhir Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 (B-23) di Stadium Kunshan, China sebentar tadi.
5. KUNSHAN, China 20 Jan. - Skuad bawah 23 (B-23) negara menerima suntikan motivasi daripada Yakult sebagai penaja minuman rasmi minuman probiotik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjelang pertemuan menentang Korea Selatan dalam aksi suku akhir Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) (B-23) di Stadium Kunshan, hari ini.
6. KUALA LUMPUR 20 Jan. - Goh V Shem-Tan Wee Kiong mara ke final beregu lelaki kejohanan badminton Malaysia Masters selepas mengetepikan cabaran Chen Hung Lin-Wang Chi Lin dari Taiwan, sebentar tadi. Dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini menyaksikan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu menampilkan aksi bertenaga untuk menewaskan pilihan kelapan itu dengan keputusan 21-16, 21-17 dalam tempoh 34 minit.
7. MELBOURNE 20 Jan. - Maria Sharapova masih gagal mengalahkan Angelique Kerber selepas lima tahun apabila tumpas kepada bekas pemain No. 1 dunia dari Jerman itu 1-6, 3-6 dalam pertarungan dua bekas juara pada pusingan ketiga kejohanan tenis Terbuka Australia, sebentar tadi.
8. Kangar 20 Jan. - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat bercemar duli menyampaikan hadiah kepada para pemenang kejohanan golf ‘PGM Perlis Closed Championship 2018' di Kelab Golf Putra (KGP) Perlis di Sungai Batu Pahat di sini hari ini.
9. PARIT BUNTAR, 20 Jan - Padang Bandaran di sini, bakal dinaik taraf menjadi stadium bola sepak yang menggunakan rumput sintetik setelah terpilih sebagai salah satu venue acara bola sepak pada Sukan Malaysia (Sukma) 2018. SUK Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Nayan berkata inisiatif menaik taraf padang itu membabitkan kos keseluruhan RM9 juta dengan penggunaan rumput sintetik mengikut spesifikasi FIFA dan stadium itu mampu memuatkan 3,000 penonton.
10. KUALA BERANG, 20 Jan - Terengganu menyasarkan untuk mengutip 60 pingat emas sekali gus muncul juara Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 yang bakal berlangsung di Perak pada September ini. Kali terakhir Terengganu menjuarai temasya sukan dwitahunan itu adalah pada 2012 selepas bergelar juara bertahan bermula edisi 2008.
ja di luar negara supaya mendapatkan maklumat sahih termasuk syarat untuk bekerja di negara itu menerusi kedutaan negara tersebut di Malaysia atau Kedutaan Malaysia di negara terbabit.
40. GEORGE TOWN, 20 Jan - Seorang anggota polis mengalami kecederaan patah kaki kanan selepas dirempuh sebuah kereta yang enggan berhenti untuk pemeriksaan di Jalan Ria, di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul jam 1 pagi itu, Lans Koperal Norman Sani sedang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan bersama seorang lagi anggota polis.
41. TUARAN, 20 Jan - Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman hari ini membidas tindakan seorang pemimpin pembangkang di negeri ini yang memperkecilkan peranan dan sumbangan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). Beliau menasihatkan pemimpin itu yang dahulunya memegang jawatan menteri dalam kabinet Persekutuan, supaya tidak bersikap sombong dan lupa diri sehingga berani menghina anggota RELA.
42. KUALA LUMPUR, 20 Jan - Anak panda kedua yang dilahirkan enam hari lepas di Zoo Negara, Hulu Kelang, Selangor adalah betina. Perkara itu diumumkan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
43. KOTA BHARU, 20 Jan - Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperkukuhkan kerjasama dengan Usains Tech Services Sdn Bhd (UTS) menerusi perkhidmatan eksekutifnya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini. Perkhidmatan eksekutif itu mula beroperasi Disember lepas dengan kos keseluruhan RM6 juta.
44. JOHOR BAHRU, 20 Jan - Perjanjian dua hala yang ditandatangani Malaysia dan Singapura minggu lepas bagi memuktamadkan pelaksanaan projek Sistem Transit Rapid (RTS) disifatkan penting dalam menjayakan ekonomi rentas sempadan membabitkan Johor Bahru dan republik itu.
45. TUARAN, 20 Jan - Sumbangan kerajaan negeri Sabah sebanyak RM6 juta kepada Jabatan RELA negeri bukti kerajaan negeri sentiasa menghargai peranan dan jasa anggota jabatan itu, kata Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman. Beliau tidak teragak-agak untuk meluluskan jumlah yang begitu besar, khususnya dalam menjayakan penugasan pasukan RELA di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) sejak 1 Jan lalu.
46. MELAKA, 20 Jan - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka menyasarkan kutipan cukai RM1.96 bilion pada tahun ini, kata Pengarahnya Datuk Mohd Noor Yusoff. Jumlah itu mampu dicapai berdasarkan kejayaan pihaknya mengumpul RM1.93 bilion pada tahun lepas berbanding RM1.58 bilion pada tahun 2016.
47. KUANTAN, 20 Jan - Skuad Muda Jabatan Pengangkutan Jalan (SMJPJ) menyasarkan untuk mencapai 1 juta keahlian menjelang 2030 bagi memberi impak lebih berkesan dalam memainkan peranan membantu mendidik orang ramai mematuhi peraturan jalan raya.
48. KUANTAN, 20 Jan - Seorang penganggur tergamak membakar rumah keluarganya di Jengka 11, Maran semalam, selepas marah apabila ibunya enggan memberinya wang, kata KPD Maran DSP Norzamri Abd Rahman. Suspek berusia 37 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dipercayai melakukan perbuatan itu pada 2 petang, dan difahamkan telah dua hari mengugut untuk berbuat demikian.
49. KUALA LUMPUR, 20 Jan - DBKL sedia mengkaji langkah terbaik dalam menangani isu kesesakan trafik di Taman Lucky di Bangsar selain turut menaik taraf infrastruktur awam di sini dengan segera. Masalah kesesakan trafik itu timbul selepas penduduk di taman berkenaan mengadu mengenai sikap pelanggan gerai makan berdekatan yang meletakkan kenderaan di bahu jalan sesuka hati hingga mengakibatkan kesesakan serius sejak pertengahan tahun lalu.
50. NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT, 20 Jan - Seorang lelaki dengan bangga mengaku kepada mahkamah dia mencekik neneknya yang berusia 95 tahun kerana kasihan dengan mangsa yang 'sudah terlalu tua'. Spectrum Local melaporkan Kevin Gonyea membunuh neneknya kerana mangsa sudah nyanyuk, menghidap dementia dan selalu jatuh sakit.
51. SHAH ALAM, 20 Jan - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dijangka mengambil tempoh yang agak panjang bagi mengesahkan identiti sebenar usahawan kosmetik
pembangunan di negeri ini pada masa depan. Majlis pecah tanah projek tersebut akan dilakukan oleh PM Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Januari ini.
14. KUALA LUMPUR 20 Jan. - Walaupun beberapa kali ditahan kerana kes penyalahgunaan dadah, seorang lelaki masih tidak serik apabila dia sekali lagi diberkas kerana memiliki lima peket dadah jenis heroin di luar Kuil Sri Muniswarar Amman Alayam, Batu 2 1/2, Cheras di sini dua hari lalu.
15. JOHOR BAHRU 20 Jan. - Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Daerah Johor Bahru hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang didakwa mempersoalkan kredibiliti dan memperlekeh peranan anggota jabatan itu baru-baru ini.
16. KOTA BHARU 20 Jan. - Klip-klip video lelaki-lelaki berpakaian wanita yang sering tular di media sosial ketika ini merupakan antara budaya tidak bermanfaat dan merosakkan pemikiran rakyat. Timbalan Menteri di JPM, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, selain sia-sia, perbuatan itu tidak dapat membangunkan pemikiran dan jati diri rakyat.
17. MEMBAKUT 20 Jan. - Sebanyak 420 murid daripada 14 buah sekolah di sekitar daerah ini menerima sumbangan kelengkapan persekolahan. Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman berkata, sumbangan tersebut bertujuan membantu meringankan beban kos ibu bapa serta memberi semangat kepada murid-murid dengan pemberian peralatan sekolah yang baharu.
18. PADANG BESAR 20 Jan. - Petronas Dagangan Berhad (PDB) telah membelanjakan sebanyak RM1.4 juta untuk program ‘Water For Life’ melibatkan 14 kawasan pedalaman dan kampung di seluruh negara sejak tahun 2013.
19. BONGAWAN 20 Jan. - Sebanyak 51,521 pekebun kecil getah di seluruh Negeri Sabah bakal menerima insentif Bantuan Musim Tengkujuh (BMT). Pengurus Besar Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), Datuk Harris Mathews berkata, jumlah tersebut adalah daripada 158,575 pekebun kecil getah yang layak menerima sumbangan berkenaan.
20. KOTA BHARU 20 Jan. - Dua maut dalam nahas melibatkan sebuah kereta Nissan Sunny dan Honda Civic di Jalan Kota Bharu-Pasir Mas, dekat Salor, di sini pagi ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi, pemandu Nissan Sunny, Mahidin Hamat, 57, dan rakannya, Mohd. Azlan Mohd., 32 maut di lokasi akibat tersepit.
21. KUALA LUMPUR, 20 Jan - Peruntukan yang diberikan kepada pesara PDRM membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan golongan itu dan keluarga mereka yang tidak lagi berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Menyambut baik perkara itu, bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar berkata peruntukan itu mampu memberi manfaat kepada kira-kira 123,000 pesara PDRM di negara ini.
22. JERAI 20 Jan. -Polis memburu seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang menjadi suspek kes samun di sebuah kedai dobi di Guar Chempedak di sini, Khamis lalu. Timbalan KPD Yan, ASP Hamid Isa berkata, melalui keterangan saksi, pihaknya sudah mengenalpasti suspek dan kini memburunya.
23. KEMAMAN 20 Jan. - Seorang budak lelaki yang dalam perjalanan pulang dari rumah rakannya maut dirempuh oleh dua buah motosikal ketika sedang melintas jalan di kilometer 1 Jalan Chukai - Air Puteh, malam tadi. Muhammad Adib Ashraf Badrul Hisyam, 10, murid tahun empat SK Chukai meninggal dunia lebih sejam kemudian di Hospital Kemaman.
24. KOTA BHARU 20 Jan. - Kira-kira 100 pengamal media yang bernaung di bawah Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) hari ini melakar sejarah apabila melafazkan dan menandatangi Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sempena Mesyuarat Agung Tahunan Kemudi kali ke-6 di Hotel GRV di sini.
25. KUALA LUMPUR 20 Jan. - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak menetapkan sebarang tempoh bagi menyiasat Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang didakwa menyebarkan kandungan jelik menerusi laman media sosialnya, kata Pengerusinya, Tan Sri Dr. Halim Shafie.
26. KUCHING 20 Jan. - Sebuah keluarga hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Taman Sukma di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 pagi itu, seramai 11 orang yang mendiami rumah berkenaan sempat menyelamatka
Amaran Ribut Petir
Dikeluarkan pada : 03:30pm pada 20 Januari 2018
Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Perak (Daerah Kerian, Larut,Matang&Selama, Kuala Kangsar dan Kinta), Selangor (Daerah Gombak, Petaling, Klang, Kuala Langat, Sepang dan Hulu Langat), WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, N. Sembilan (Daerah Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Rembau dan Seremban), Johor (Daerah Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kulai), Pahang (Daerah Cameron Highlands, Rompin, Pekan dan Kuantan) dan Kelantan (Daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh) dijangka sehingga 7:00 malam, Sabtu 20 Januari 2018.
Budk lemas lelaki umur 12 tahun
Mancing jatuh
Sungai belat
*~🇲🇾MONORACKPATAH🇲🇾~*
🌏🌏🌏🌏🌏🌏🌏🌏
🦅🔅🦅🔅🦅🔅🦅🔅
📆 *20 JANUARI 2018*
ℹ *Dua maut kemalangan di Solar*
*KOTA BHARU* - Dua maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Kota Bharu-Pasir Mas, Salor, di sini, awal pagi tadi.
*Pemandu kereta jenis Nissan Sunny, Mahidin Hamat, 57, dan penumpang hadapan, Mohd Adzlan Mohd, 32, maut di tempat kejadian akibat tersepit dalam kenderaan yang remuk.*
Seorang lagi pemandu kereta jenis Honda Civic yang juga seorang Pegawai Imigresen Rantau Panjang, Muhammad Nazrie Mohd Asri, 27, mengalami
kecederaan parah.
Pihak bomba dan jentera yang bergegas ke lokasi berusaha mengeluarkan mangsa-mangsa yang tersepit.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, kejadian berlaku pada jam 5.45 pagi selepas kereta jenis Nissan Sunny yang dipandu dari arah Pasir Mas ke Kota Bharu bertembung denga kereta jenis Honda Civic yang dipercayai sedang memotong.
Katanya, ketika kereta jenis Nissan Sunny yang dipandu tiba di tempat kejadian sebelum lampu Isyarat Pendek di Jalan Salor Baru, sebuah kereta jenis Honda Civic dipercayai memotong sebuah kenderaan lain di hadapan dan memasuki laluan bertentangan dan berembung dengan kereta jenis Nissan Sunny.
"Pertembungan menyebabkan kedua-dua mangsa yang menaiki kereta Nissan Sunny tersepit dan terpaksa dikeluarkan dengan bantuan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Tunjong.
"Mereka yang maut dihantar hospital untuk bedah siasatan, manakala yang cedera parah menerima rawatan di Zon Kecemasan HUSM (Hospital Universiti Sains Malaysia) Kubang Kerian," katanya.
*~🔰MONORACKiNfO🔰~*
http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/dua-maut-kemalangan-di-salor-1.786437#.WmLZTkDw-pg.whatsapp
Trganu.
Selekoh kt bukit lps petronas..mercang.
👉Info :
19Jan2018/N. Sembilan
1000hrs - Makluman Awal Kemalangan
(KJR) di KM269.5 Lebuhraya PLUS berhampiran Hentian Rehat Seremban menghala utara. Lalu lintas mulai sesak teruk yg menghala utara..
#inforoadblock
ara Wimbledon, Garbine Muguruza muncul korban terbesar dalam Terbuka Australia setakat ini apabila tewas kepada pemain Taiwan, Hsieh Su-Wei dalam dua set smlm.*
*Pilihan ketiga kejohanan yang berdepan kecederaan paha menjelang kejohanan itu, gagal menyaingi pemain nombor 88 dunia sebelum tersingkir 7-6 (7/1), 6-4 dalam tempoh satu jam 59 minit di Arena Rod Laver.*
🏸 *BEREGU lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong menyifatkan pertemuan menentang juara dunia 2017 dari China, Liu Chen-Zhang Nan pada aksi suku akhir Malaysia Masters, hari ini sebagai ujian sebenar buat mereka selepas kembali digandingkan awal bulan ini.*
*Terdahulu, pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu mara ke suku akhir selepas menewaskan rakan senegara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin 21-17, 21-17 manakala Liu Chen-Zhang Nan mengetepikan cabaran Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe 21-11, 21-13 pada aksi pusingan kedua di Arena Axiata, smlm.*
🐯 *TONGGAK pertahanan, Dominic Tan menegaskan mereka tidak perlu takut dengan reputasi Korea Selatan apabila kedua-dua pasukan membuat perhitungan pada suku akhir Kejohanan AFC Bawah 23 Tahun di Stadium Kunshan, China, Sabtu ini.*
*Skuad negara terpaksa berdepan Korea Selatan selepas skuad naib juara 2016 itu menamatkan kempen Kumpulan D selaku juara dengan menewaskan Australia 3-2 pada aksi terakhir semalam.*
🏸 *KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menegaskan dia rela membayar denda daripada terpaksa memenuhi komitmen beraksi dalam 12 kejohanan diwajibkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk setahun.*
*Selepas masih tidak menerima maklum balas BWF berhubung permohonan pengecualian dikemukakannya, Chong Wei berkata, jalan terbaik adalah membayar denda kerana mustahil untuknya memenuhi peraturan baharu ditetapkan badan induk dunia itu memandangkan usianya kini 36 tahun.*
*Dalam situasi ini, Chong Wei kemungkinan besar secara keseluruhannya perlu beraksi 19 kejohanan tahun ini termasuk Kejohanan Dunia, Piala Thomas, Kejohanan Berpasukan Asia, Jelajah Akhir Dunia, Kejohanan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Asia.*
*SOLAT DIWAKTUNYA* 🕌
==================
*KAWASAN SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA*
*IMSAK : 05:56* *SUBUH : 06:06* *SYURUK : 07:23* *ZOHOR : 13:27* *ASAR : 16:49* *MAGHRIB : 19:24* *ISYAK : 20:38*
*19 JAN 2018 MASIHI*
*2 JAMADILAWAL 1439 HIJRAH*
*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*
a itu dituduh meniduri lelaki lain.*
*SEANTERO BENUA* 🌍
================
🇮🇳 *KECEWA suami menangguhkan rancangan membeli-belah daripada Sabtu ke Ahad kerana sibuk dengan keja, seorang wanita di Lucknow, India, membunuh diri dengan menggantung dirinya.*
*Daily Mail melaporkan, dalam kejadian Sabtu lalu, Deepak Dwivedi memberitahu isterinya, Deepika, 23, mereka tidak dapat keluar bersama kerana dia sibuk dengan kerja.*
*Pegawai polis, Cantt Tannu Upadhyay, berkata keluarga wanita terbabit tidak menyalahkan Deepak atau keluarganya atas kejadian itu.*
🇨🇳 *DEMI mengelak disaman polis trafik, seorang lelaki di Guizhou, China, sanggup memakan lesen memandunya selepas merampas lesen itu daripada anggota polis terbabit.*
*Bagaimanapun, selepas mengunyah, dia gagal menelan lesen memandu berkenaan dan terpaksa mengeluarkan dokumen itu dari mulutnya.*
*Polis mendapati pikap dipandunya tidak dihantar untuk pemeriksaan dan dia juga tidak mempamerkan plat percubaan.*
🇰🇿 *SERAMAI 52 terkorban selepas bas dinaiki terbakar di kawasan terpencil Kazakhstan berhampiran sempadan Uzbekistan, smlm.*
*Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri Kazakhstan, bas terbabit terbakar ketika melalui jalan di Aktau yang menghubungkan Samara ke Shymkent, iaitu sebuah bandar di selatan Kazakhstan berhampiran sempadan Uzbekistan.*
*Destinasi bas berkenaan belum dapat dipastikan namun laluan itu biasanya digunakan untuk mengangkut pekerja migran Uzbekistan ke Russia bagi melakukan kerja di tapak binaan.*
🇮🇳 *MISTERI remaja 15 tahun yang mayatnya ditemui dalam terusan di Dalit, India, selepas dipercayai dirogol beramai-ramai dan diseksa semakin kusut apabila remaja lelaki berusia 18 tahun yang sebelum ini menjadi suspek utama, juga ditemui mati.*
*Mayat Gulshan, juga dari dari Dalit, yang sudah mereput ditemui semalam, dalam terusan yang sama di Jind, 100 kilometer dari kampung mereka selepas mayat remaja perempuan itu ditemui pada 13 Januari lalu.*
*Menurut polis, Gulshan dan remaja perempuan itu sering berhubung antara satu sama lain sejak beberapa bulan lalu, termasuk pada hari mereka hilang.*
🇷🇺 *SEORANG wanita yang diserang lelaki dalam kelab malam di Neryungri, timur Russia, terkejut apabila ke hospital untuk merawat kecederaannya mendapati doktor yang merawatnya ialah penyerang terbabit.*
*Malah, rakaman video kejadian di hospital itu oleh seorang jururawat menunjukkan doktor berkenaan yang marah-marah, sekali lagi memukul wanita itu dalam bilik rawatan namun berjaya dileraikan jururawat.*
*Menurut Daily Mail, dalam kejadian awal minggu ini, wanita berusia awal 20-an dikenali sebagai Dmitrieva itu diserang di sebuah kelab malam dan keesokannya dia ke hospital untuk mendapatkan rawatan.*
🇺🇸 *ATLANTA: Sekurang-kurangnya empat maut apabila ribut salji melanda selatan Amerika Syarikat (AS), yang turut merekodkan bacaan suhu terendah di rantau itu, Rabu.*
*Cuaca beku menyebabkan jalan raya diselaputi ais, memutuskan bekalan kuasa dan turut mengakibatkan sekolah ditutup.*
*Salji dan suhu paras beku juga diramalkan berlaku di wilayah tengah Atlantik dan sebahagian besar New England hingga smlm.*
*TULAR / POPULAR* 📡
================
🤦🏻♂ *LELAKI yang menunjukkan kemaluannya di kedai menjual pakaian di Jalan Orkid 1B, Bukit Beruntung pagi semalam akan dipanggil untuk siasatan dan rakaman percakapan dalam tempoh beberapa hari lagi.*
*Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bhak Pai berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan (KK).*
*Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) perbuatan lelaki berdurasi 10 saat itu turut tular dalam media sosial selepas dimuat naik di Facebook milik seorang daripada juru
*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI®*
*SINCE 2011* *#anni07*
😁 *ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*
📝 *TAZKIRAH PENGHULU HARI*
📎 *TAJUK: SIFAT MALU ADALAH SALAH SATU DARIPADA CABANG CABANG IMAN*
✏ *عن أبي هريرة – رضي الله عنه – عن النبي – صلَّى الله عليه وسلَّم – قال:
((الإيمان بضعٌ وستون شُعْبة، والحياء شُعْبة من الإيمان))*
*Daripada [Sayyidina] Abu Hurairah r.a, daripada Nabi s.a.w bersabda:*
*"Iman itu mempunyai cabang yang berjumlah sekitar 63-69 cabang. Malu adalah satu cabang daripada (cabang-cabang) iman”*
*(Hadis Riwayat Imam Bukhari)*
*Beberapa pengajaran penting:*
1. *Sifat malu adalah sebahagian daripada iman, maka tidak akan sempurna iman seseorang itu jika tidak memiliki sifat ini.*
2. *Rasulullah s.a.w hanya meyatakan bahawa sifat malu adalah salah satu daripada cabang-cabang iman sedangkan baginda tidak pula menerangkan cabang-cabang iman yang lain. Ini adalah kerana dengan sifat malulah seseorang itu akan tergerak hatinya untuk melakukan kebaikan serta menjauhi dirinya daripada melakukan kemungkaran.*
3. *Malu di sisi syarak adalah satu akhlak yang amat terpuji di mana kita dituntut untuk megamalkannya di dalam setiap tingkah laku kita. Seseorang yang memiliki sifat ini akan sentiasa menghindarkan dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang buruk kerana dia yakin bahawa Allah sentiasa memerhati setiap gerak-geri hambanya.*
4. *Tanda-tanda orang yang hilang sifat malunya kepada Allah s.w.t ialah mereka tidak segan silu melakukan perbuatan-perbuatan dosa serta bangga pula mempamerkan segala perbuatan dosa tersebut di depan khalayak ramai.*
5. *Malu pada dasarnya adalah sifat yang amat terpuji di dalam Islam, namun boleh juga menjadi tercela jika ia menghalangi seseorang itu untuk mendapatkan ilmu agama dan mencari kebenaran seperti malu bertanya kepada para ulama di dalam perkara-perkara yang tidak difahami dan lain-lain.*
*Ayuhlah bersama-sama kita mengamalkan sifat ini kerana ia adalah merupakan salah satu daripada cabang-cabang iman, namun jangan sampai pula sifat ini menghalangi kita untuk menuntut ilmu, melakukan yang haq serta menjauhi kesalahan dan dosa.*
*(Copy paste: mks.org.sg)*
🗓 *JUMAAT 19 JANUARI 2018 MASIHI BERSAMAAN 2 JAMADILAWAL 1439 HIJRAH, CUACA PAGI INI AGAK LEMBAB DAN BERAT DISEKITAR KILANG 100 PLUS ISOTONIK SHAH ALAM, SARI BERITA ONLINE TERKINI KHAS UNTUK SEMUA AHLI GROUP TERSAYANG.*
*TERKINI SETEMPAT* 🇲🇾
=================
📌 *MUAR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar smlm mengesyorkan sebarang pindaan perlembagaan yang dilakukan pada masa lalu dan memberi kesan tidak baik pada masa ini, supaya diperbetulkan demi menjamin keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.*
📌 *KOTA BHARU: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan menimbangkan kenaikan gaji penjawat awam bagi menangani isu kos sara hidup yang semakin meningkat.*
📌 *IPOH: Seorang lelaki yang dikehendaki bagi tiga kes, termasuk samun membabitkan seorang pegawai dan tiga anggota polis di Kampung Rapat pada 27 Disember lalu, ditahan awal pagi smlm.*
📌 *PASIR MAS: "Tiada persiapan untuk Tahun Baharu Cina dilakukan kerana hidup kami dalam kebimbangan apabila tanah di hadapan rumah semakin terhakis oleh air sungai," kata bapa kepada sembilan anak, Tiu Hock Tong.*
📌 *DUDA berusia 47 tahun ditahan bersama rampasan syabu dan heroin serta wang tunai berjumlah RM39,422 di FELDA Kota Gelanggi 3, Jerantut, kelmarin.*
📌 *MARANG: Helah seorang buruh menyorokkan 1,000 pil kuda di dalam bakul yang diletakkan di dapur, gagal selepas dadah itu ditemui di dalam sebuah rumah di Jambu Bongkok, Merchang di sini, Ahad lalu.*
📌 *TERENGGANU menjadi negeri pertama akan menggunakan bas elektrik menerusi Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST).*
📌 *MELAKA: Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU)
*ASSALAMUALAIKUM...SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI CEPAT DAN MESRA*
_JENIS INSIDEN : KEBAKARAN STOR KASUT BATA_(ULANGAN)
_ALAMAT: KOMPLEKS SHOW SENTRAL KLANG.BANDAR BARU KLANG_
_TARIKH: 17 JAN 2018_
_TERIMA PANGGILAN: 2257 HRS_
_JENTERA KELUAR: 2258 HRS_
_JENTERA SAMPAI LOKASI: 2302 HRS_
_TAMAT OPERASI: 0039
_JENTERA SAMPAI BALAI : 0055
_KETUA OPERASI : PB MAWARDI BIN AHMAD
_KEANGGOTAAN : 5
*_LAPORAN KEJADIAN: DIDAPATI KEBAKARAN ULANGAN MELIBATKAN LONGGOKAN KERTAS_*
*_TINDAKAN OPERASI :ANGGOTA BERTUGAS MEMADAM KEBAKARAN DENGAN MENGGUNAKAN 1 ALIRAN HOSE REEL SEHINGGA PADAM_*
_JARAK KE TEMPAT KEJADIAN : 2 KM_
*LONGTITUD : 101.447526*
*LATITUD : 3.048184*
_MANGSA: TIADA MANGSA_
*SEKIAN,TERIMA KASIH*
minta jasa baik warga taiping kalau nampak nouvo merah AJY 347 , kalau nampak pegang. motor hilang. apa apa call 0143378697 . area kamunting (speedmart) . tolong sangat sangat. jasa hampa aku kenang 🙏🏻
tolong sebarkan