buletininfo1malaysia | Unsorted

Telegram-канал buletininfo1malaysia - Buletin Info 1 Malaysia

3369

Selamat Datang ke Buletin Info 1 Malaysia Channel ini akan berkongsi info tentang... 🔍🚓🚑🚒INFO ROADBLOCK 1 MALAYSIA & KEMALANGAN DALAM DAN LUAR NEGARA TERKINI

Subscribe to a channel

Buletin Info 1 Malaysia

*Amaran Ribut Petir*

Dikeluarkan pada : 03:45pm pada 23 Januari 2018

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri *Perlis, Kedah, P. Pinang, Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, N. Sembilan, Melaka, Johor (Daerah Tangkak dan Muar),* Sabah : Bahagian Pantai Barat, Kudat dan Sandakan; dan Sarawak : Bahagian Miri, Bintulu, Sibu dan Sarikei dijangka berterusan sehingga 7:00 malam, Selasa 23 Januari 2018.

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

🎭N9RADAR
🎭2.41PTG
🎭23JANUARI2K18
[23-1 2:39 PM] +604 : Jalan rasah jem terok
[23-1 2:39 PM] +60: Dpan mawar
[23-1 2:39 PM] +60: Minyak tumpah lgi
#KURTHEMLET
#CREWN9RADAR

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

❤️❤️❤️PART 3 - 1610❤️❤️❤️

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

CHANNEL2 TELEGRAM TERBAIK DAN TERKINI.

🍀🍀🍀SUPER PROMOTE BY ILLYANA BOT🍀🍀🍀

🔴🔴🔴FOLLOW US NOW!!🔴🔴🔴

89. @jualan_gudang
BIG SALE, OVER 70% DISCOUNT

90. @ababyshopdropship
AGENT PELBAGAI BARANG DIRECT SUPPLIER

91. @prettyjourney
YOUR BEAUTY BEGINS HERE

92. @adanacollection
AGENT PELBAGAI BAJU DIRECT SUPPLIER

93. @jaripenamenulis
ALKISAH TENTANG MATA, OPTOMETRIST

94. @ala_korean
CASUAL, DINNER, EVENING APPAREL

95. @beloncenter
BELON PARTY SUPPLIES

96. @Dropship_PakaianRayaNIBC
PAKAIAN RAYA MURAH & TERKINI

97. @DropshipBeg_KasutMurah
BEG & KASUT YANG TERKINI

98. @DropshipJam_Aksesori_GadgetMurah
AKSESORI, JAM DAN GADGET TERKINI

99. @ALLitemRm50AndBelow
SEMUA ITEM RM50 DAN KEBAWAH

100. @mutiara_kata
HIMPUNANKATA-KATA

101. @sukehatisaye
AKHLAK, FORMULA PENTING UNTUK DAKWAH

102. @love4hijab
TUDUNG BORONG MURAH GILER

103. @sexyheels
GORGEOUS HEELS HERE, READY & PREORDER

104. @glssheart
YOUR SMILE IS MY HAPPINESS

105. @nashabc_team
SNEAKERS MURAH! CONFIRM NGAM!

106. @coklatbertarbiah
YANG MANIS2 SAHAJA

107. @BeautyInjection
INJECTION VIT C & SERVICE MOBILE SPA

108. @soulofiman
PURIFICATION OF HEART & SOUL

109. @kamiinfo
MEMBERI INFO DALAM & LUAR NEGARA

110. @janganbersedihdontbesad لا تَحزَن إنَّ الَلهَ مَعَنَا

111. @skinnybyme
LOST 10KG SEMINGGU

112. @zarifcullenshoppe1
CUSTOM PHONE CASING MUROH PUASHATI!

113. @imanqowiyy
TARBIAH HATIMU BANGKIT DEMI ILAHI

114. @sikijangmerah
PAKAT BUAL SEK KITO

115. @makeupmurahbyalya
MAKEUP MURAH TAK MASUK AKAL

116. @plastikposmurah
READY STOCK & PREORDER PELBAGAI SAIZ

117. @sneakers_dropship
KAW2 MURAH. READY STOCK!

118. @flyingcolours
NOTHING CAN'T BE SOLVED

119. @sweetquotes
CHOOSE PEOPLE WHO CHOOSE YOU

120. @worldofprankster
CHAT AND PLAY GAMES HERE

121. @tangkaplentoq
MUZIK HIT TERHANGAT SEPANJANG MASA

122. @tudungcentral
PUSAT TUDUNG RETAIL SEANTERO

123. @King_MusicWorld
MUZIK² TEMPATAN & ANTARABANGSA TERBAIK

124. @King_AppsWorld
APLIKASI & GAMES UNTUK ANDROID & PC

125. @King_AmazingWorld
GAMBAR² MENGUJAKAN DARI SELURUH DUNIA

126. @Motivation_Psychology
NAK JADI HEBAT KENA BERUBAH !!!

127. t.me/Dakwah_JariJemari
DARI JARI SAMPAI KE HATI

128. @Maqam_Nurani
LEMBARAN DIARI SEORANG UKHTI

129. @RisalahCinta
C.I.N.T.A ITU ANUGERAH ALLAH SWT

130. @HomeStay_Malaysia
INFO HOMESTAY & PELANCONGAN MALAYSIA

131. @Silat_Melayu
INFO PERSILATAN , BUDAYA & WARISAN MELAYU

132. @Shoutul_Ummah
GEMERSIK ALUNAN SENTUHAN NURANI INSAN


🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀

‼️Nak join ILLYANA SUPER PROMOTE?‼️

SYARAT2 WAJIB UNTUK JOIN SP ILLYANA BOT

❗️CHANEL MEMBERS WAJIB LEBIH >500
❗️GROUP MEMBERS WAJIB LEBIH >200

BERMINAT?

🌿KLIK SINI 👉🏻 @ViralChannelAnda 🌿

🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

👉Update :
Pahang side
23/1/2018

▶️Kejadian dalam felda jengka 6 pukul 7.15am td.. owner moto parah. rxz vs audi

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

KUNAK
LAHAD DATU

23 JAN 2018

Kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori kontena terbabas di Bukit Ular.
#📰NEWS&TERKINI

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*Permohonan pengundi pos di luar negara dibuka esok*

Warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pemilih dan layak mengundi boleh memohon untuk mengundi melalui pos mulai esok.

PUTRAJAYA: Warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pemilih dan layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang tetapi berada di luar negara, boleh memohon untuk mengundi melalui pos mulai esok.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata untuk memohon kemudahan mengundi melalui pos, warganegara Malaysia yang berada di luar negara hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Syarat-syarat berkenaan adalah mereka mestilah seorang pemilih berdaftar (kategori: Pengundi Biasa atau bukan Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara), pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang dari 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa serta menetap di luar negara.

“Mereka yang layak serta menepati syarat-syarat boleh memohon kemudahan mengundi melalui pos menggunakan Borang 1B,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya, mereka yang tinggal di selatan Thailand (wilayah Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan wilayah Kalimantan Indonesia tidak layak diberi kemudahan mengundi melalui pos dan mereka perlu pulang mengundi pada hari pengundian dijalankan.

Mohd Hashim berkata SPR telah memuat naik Borang 1B – Borang Permohonan Kertas Undi Pos (Pengundi Pos Luar Negara) di laman sesawang SPR di www.spr.gov.my.

“Garis panduan untuk mengisi borang berkenaan juga boleh dimuat turun dari laman sesawang SPR,” katanya.

Beliau berkata permohonan melalui borang 1B yang diisi dengan lengkap hendaklah dihantar kepada Ibu Pejabat SPR di Putrajaya melalui kaedah-kaedah yang berikut:

i.melalui emel kepada upup@spr.gov.my; atau

ii. melalui faks ke 03-8881 0424/ 0399/ 0394/ 0386/ 0369; atau

iii. melalui pos ke alamat; Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Menara SPR, No.2 Jalan P2T, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62100 Putrajaya (u.p. Unit Pengurusan Undi Pos Luar Negara)

Mohd Hashim berkata permohonan mengundi melalui pos dari luar negara akan ditutup pada hari pembubaran Parlimen.

Beliau berkata permohonan yang diterima selepas jam 12 malam pada hari pembubaran Parlimen tidak akan diproses.

“Setiap permohonan yang diterima akan diproses oleh SPR dan pemohon akan dimaklumkan status permohonan itu sama ada diluluskan atau sebaliknya.

“Bagaimanapun, warganegara Malaysia yang mendaftar sebagai PTH di luar negara adalah pengundi pos dan oleh itu tidak perlu memohon,” katanya.

SPR turut menasihatkan semua warganegara Malaysia yang telah berdaftar sebagai PTH Luar Negara untuk mengemas kini alamat terkini di luar negara melalui Sistem Aduan dan Pertanyaan SPR di portal rasmi SPR.

Mohd Hashim berkata permohonan kemas kini alamat terkini di luar negara hendaklak dimuat naik bersama salinan passport sebagai pengesahan pengenalan diri oleh pemohon.

“Pengemaskinian alamat terkini di luar negara adalah bagi tujuan penghantaran kertas undi pos untuk PRU Ke-14 yang akan datang,”katanya.

Bagi maksud PRU14 akan datang, beliau berkata penghantaran kertas undi pos akan diuruskan sepenuhnya oleh Pos Malaysia Bhd dan tidak lagi melalui Kementerian Luar (Wisma Putra).

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, orang ramai boleh menghubungi talian 03-88810081 atau emel ke upup@spr.gov.my.

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

semakin menyerlah terutama ketika tirai saingan Liga Super semakin hampir untuk disingkap.*
*Segala-galanya dibuktikan ketika perlawanan persahabatan menentang Pulau Pinang di Stadium Negeri, Batu Kawan malam smlm yang menyaksikan Lang Merah menang 2-1.*
*“Persiapan Kedah tidak akan terhenti begitu saja kerana kami bakal bertemu JDT bagi merebut Piala Sumbangsih pada 3 Februari,” katanya.*

🐃 *SEREMBAN: Negeri Sembilan yakin pengalaman pemain Korea Selatan, Kim Do Heon memudahkannya menggalas tugas selaku kapten pasukan itu, bagi mengharung saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.*
*Pengurus pasukan, Datuk Mohamad Haslah Mohd Amin, berkata pengalaman pemain berusia 35 tahun itu yang pernah beraksi dua kali di pentas Piala Dunia dan sekali di Olimpik, diyakini dapat membantu memantapkan lagi kekuatan skuad Hobin Jang Hobin, yang kembali bersaing dalam Liga Super.*


*SOLAT DIWAKTUNYA* 🕌
==================

*KAWASAN SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA*

*IMSAK : 05:57* *SUBUH : 06:07* *SYURUK : 07:24* *ZOHOR : 13:28* *ASAR : 16:50* *MAGHRIB : 19:26* *ISYAK : 20:38*

*23 JAN 2018 MASIHI*
*6 JAMADILAWAL 1439 HIJRAH*

*piloi_hani al_linggi*
*#repoterataspokok*

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

) menahan enam pendatang asing tanpa izin (PATI) di perkampungan atas air Batu 4 Jalan Apas di sini, awal pagi smlm.*

📌 *KUALA LUMPUR: Institut Automotif Malaysia (MAI) menjangkakan sebanyak 29,641 pekerjaan baharu diwujudkan dalam industri automotif tahun ini.*

📌 *PONTIAN: Enam nelayan tempatan yang ditahan di Indonesia kerana menceroboh perairan negara republik berkenaan dijangka dibebaskan hujung bulan ini.*

📌 *ALOR SETAR: Bank Negara Malaysia (BNM) mencatatkan peningkatan lebih 90 peratus membabitkan pertanyaan mengenai panggilan palsu sejak dua tahun lalu.*

📌 *SEORANG pengarah syarikat pembekal produk akuakultur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Tawau smlm, atas pertuduhan melupuskan harta syarikatnya berjumlah RM800,000, tanpa kebenaran atau kelulusan mesyuarat agung syarikat itu.*


*SEANTERO BENUA* 🌍
================


🇹🇭 *BANGKOK - THAILAND. Dua lelaki warganegara Israel ditangkap di Lapangan Terbang Don Mueang di sini, smlm kerana disyaki melakukan pembunuhan ala gengster terhadap seorang lelaki senegara mereka di Koh Samui pada Ahad lalu.*
*Penangkapan Dolev Zuarez, 24, Dad Eyal Bokal, 26, mengakhiri operasi memburu besar-besaran yang dilancarkan pihak berkuasa Thailand berikutan pembunuhan Maor Malil, 34, yang dirakam kamera litar tertutup berhampiran tempat  kejadian.*

🇲🇽 *MEXICO CITY: Mexico menyaksikan sejumlah 25,339 orang dibunuh tahun lalu, dengan 2017 dianggap tahun mencatat rekod terbanyak berdasarkan insiden pembunuhan sehingga November.*
*Kementerian Dalam Negeri berkata semalam, 2,219 orang dibunuh di negara itu pada Disember 2017.*
*Pihak berkuasa mula mengumpul data pada 1997 dengan rekod tertinggi sebelumnya, dicatat pada 2011 dengan 22,409 pembunuhan.*

🇦🇺 *SYDNEY: Sekurang-kurangnya 15 orang cedera hari ini apabila sebuah kereta api merempuh penghadang di barat laut Sydney, kata jurucakap perkhidmatan ambulans.*
*Stesen televisyen menyiarkan gambar kereta api melanggar penghadang di penghujung landasan dekat Richmond, kira-kira 65 kilometer di barat laut tengah Sydney.*

🇨🇴 *BOGOTA: Satu kejadian tanah runtuh mengakibatkan sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh, termasuk seorang bayi, smlm, apabila bas yang dinaiki terjatuh ke dalam gaung di barat daya Colombia, kata agensi bantuan bencana.*
*Nahas berlaku di lebuh raya berlatarkan kawasan pergunungan yang menghubungkan bandar Pasto dan Tumaco dekat wilayah Narino di sepanjang sempadan negara itu dengan Ecuador.*

🇹🇭 *BANGKOK: Tiga maut sementara 18 yang lain cedera akibat letupan bom di sebuah pasar di wilayah Yala, selatan Thailand smlm, kata Pusat Arahan Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC).*
*Wilayah Narathiwat, Pattani dan Yala di selatan Thailand yang didiami majoriti penduduk Muslim, sekian lama menjadi lokasi pemberontakan etnik Muslim Melayu yang berjuang bagi mendapatkan kuasa autonomi.*


*TULAR / POPULAR* 📡
================


👧🏻 *SUNGAI PETANI: Polis memburu seorang lelaki dalam klip video yang tular di media sosial, memaparkan tindakannya yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun.*
*Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid, berkata suspek yang juga kenalan kepada keluarga kanak-kanak perempuan itu dikatakan melakukan perbuatan itu antara jam 11 malam hingga 1 pagi semalam ketika membawa mangsa ke tapak pesta di Taman Ria, di sini.*
*Beliau berkata, perbuatan suspek hanya disedari ibu mangsa selepas menyaksikan klip video yang tersebar melalui Facebook sebelum tampil membuat laporan polis.*
*Berdasarkan klip video itu, lelaki terbabit dilihat memeluk kanak-kanak perempuan berkenaan yang berada di atas pangkunya, sambil tangannya berada di dalam baju mangsa.*

👊🏻 *Lelaki didakwa terbabit dalam kes langg

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*GARAPAN ONLINE AL_LINGGI®*
*SINCE 2011* *#anni07*

*"SELEMAH LEMAH MANUSIA IALAH ORANG YANG TAK BOLEH MENCARI SAHABAT DAN ORANG YANG LEBIH LEMAH DARI ITU IALAH ORANG YANG MENSIA SIAKAN SAHABAT YANG TELAH DICARI.."*

😁 *ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH KEPADA MUSLIMIN SERTA MUSLIMAT YANG DIKASIHI, SELAMAT PAGI KEPADA TEMAN2 YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM YG DIHORMATI SEKALIAN*

🗓 *SELASA 23 JANUARI 2018 MASIHI BERSAMAAN 6 JAMADILAWAL 1439 HIJRAH, CUACA PAGI INI AGAK BAIK DAN BERSEMANGAT DISEKITAR TAMAN SENTOSA KLANG, SARI BERITA ONLINE TERKINI KHAS UNTUK SEMUA AHLI GROUP TERSAYANG.*


*TERKINI SETEMPAT* 🇲🇾
=================


📌 *TARIKH Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak lagi menjadi teka-teki yang sukar dijawab kerana ruang yang ada iaitu antara Mac hingga Mei tahun ini, tidak memberikan julat pilihan yang besar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen.*

📌 *KUALA LUMPUR: Malaysia bakal mempunyai bangunan pencakar langit yang baharu apabila menara, The Exchange 106, yang dibangunkan menerusi projek mega The Razak Exchange (TRX) siap menjelang pertengahan tahun ini.*

📌 *KUALA LUMPUR: Beberapa laluan berhampiran tapak projek Tun Razak Exchange (TRX) akan ditutup dan dilencongkan sementara secara berperingkat bermula hari ini bagi memberi laluan kepada kerja pembinaan zon kewangan terulung negara itu.*

📌 *KUALA LUMPUR - Polis telah merakam percakapan 43 individu berhubung kes remaja 15 tahun maut ditimpa kerusi yang disyaki dicampak dari tingkat 21, Blok 102, flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai di Pantai Dalam di sini pada Isnin lalu.*

📌 *KLANG: Seorang jurukimpal maut selepas motosikal ditungganginya merempuh belakang lori di Kilometer 23.7 Lebuhraya KESAS, arah Klang menghala ke Shah Alam, petang smlm.*

📌 *SHAH ALAM: Mayat warga Indonesia ditemui terapung berhampiran perangkap sampah Sungai Kandis Batu 4 Kampung Jawa, di sini, pagi smlm.*

📌 *KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempertingkatkan kawalan keselamatan di semua lokasi sambutan perayaan Thaipusam yang akan disambut penganut Hindu pada 31 Januari ini.*

📌 *KUANTAN: Mayat murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Jaya Gading, Mohd Danish Haikal Semar, yang lemas di Sungai Belat, dekat Kampung Jaya Gading, di sini, ditemui kira-kira jam 11.15 pagi smlm.*

📌 *IPOH - Dua penjenayah bukan sahaja melarikan wang tetapi sempat mengambil sebotol minyak rambut, dua botol deodoran dan sebungkus kuaci dalam kejadian samun di sebuah kedai serbaneka, Jalan Silibin, Taman Alkaf di sini, malam smlm.*

📌 *TEMERLOH: Seorang pelajar perempuan Kolej Vokasional Temerloh, di sini, maut apabila digilis sebuah lori di Kilometer 4 Jalan Temerloh-Jerantut, pagi smlm.*

📌 *SEREMBAN - Polis berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian kebakaran sebuah tokong di Temiang yang berlaku awal pagi kelmarin.*

📌 *BACHOK - Seorang wanita Melayu berusia 24 tahun ditemui mati terdampar di tepi pantai selepas menghantar mesej kepada ahli keluarganya kira-kira jam 8 pagi smlm.*

📌 *WANITA yang juga kontraktor direman tiga hari sehingga Rabu ini selepas dipercayai memuat naik status menghina Menteri Besar Terengganu di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.*

📌 *KUALA LUMPUR - Seorang warga Indonesia antara dua individu yang ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) ekoran disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas Daesh.*

📌 *TUJUH penjawat awam terdiri daripada empat anggota polis, anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), jururawat dan pembantu tadbir di tahan selepas didapati positif syabu dalam operasi khas di pusat hiburan di Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur, smlm.*

📌 *DUNGUN - Sebuah keluarga hilang tempat tinggal apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Felda K

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Ratusan ikan lumba-lumba dikesan di Kuala Perlis

KANGAR 22 Jan. - Lebih 100 ekor ikan lumba-lumba dikesan di kawasan Boya Tukun, iaitu kira-kira dua kilometer dari Jeti Kuala Perlis hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Pertanian negeri, Zulkefli Amin Mat Jusoh yang melihat kelibat spesies tersebut ketika memancing bersama rakan-rakannya kira-kira pukul 5 petang.

Katanya, ikan itu ditemukan dalam kumpulan besar yang menghampiri bot mereka yang pada masa itu keadaan lautnya tenang.

“Ikan tersebut sedang bergerak menghampiri pantai. Biasanya kalau kita memancing kita akan mengelak daripada ikan lumba-lumba kerana dikhuatiri ikan lain tidak ada,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Alam Sekitar dan Hidupan Liar Perlis (PNW), Syamil Abdul Rahman turut mengakui perkara sama selepas menerima laporan daripada dua orang nelayan yang melihat lebih 30 ikan lumba-lumba ketika menangkap ikan di Pulau Batu Layang, kira-kira dua minggu lalu.

Katanya, kelibat ikan berkenaan dilihat oleh nelayan itu kira-kira pukul 12.30 tengah hari menuju ke bot mereka sebelum beredar ke arah Sungai Baru.

“Hampir 15 minit ikan tersebut bermain-main di sekitar bot itu. Ikan yang ditemukan itu dikatakan daripada spesies Indo-Pacific.

“Selain itu, ikan lumba-lumba ini juga ditemukan di pesisir Kuala Sungai Baru dan Pantai Kurung Tengar oleh penduduk kampung dan pemancing,” katanya ketika temui di sini hari ini.

Tambah Syamil, ikan lumba-lumba itu mula dikesan pada April sehingga Disember lalu iaitu ketika cuaca panas melanda negeri ini.

“Punca utama tarikan ikan lumba-lumba berhijrah sementara di Kuala Perlis ialah sumber makanan yang banyak seperti anak-anak ikan belanak, ikan kedera dan udang sepanjang laut Kuala Perlis selain faktor perubahan suhu air laut,” katanya.

Tambahnya lagi, penduduk Perlis sendiri kebanyakannya tidak mengetahui kewujudan hidupan mamalia itu sekitar kawasan perairan di Kuala Perlis sejak sekian lama.

“Saya sendiri pernah melihat berpuluh-puluh ikan lumba-lumba ini ketika membuat tinjauan di Pulau Batu Layang tahun lalu,” katanya.- 

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

BULETIN INFO 1 MALAYSIA🇲🇾
BERITA»Kes

Isnin, 22 Januari 2018 | ⏰1:51pm

GAMBAR tular lelaki mencabul kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di kawasan 'Fun Fair' di Taman Ria, Sungai Petani. - Foto Tular Media Sosial

Polis buru lelaki cabul budak di 'fun fair'
➖▪️➖▪️➖▪️➖▪️➖▪️➖▪️➖▪️➖
Oleh Omar Osman
bhnews@bh.com.my

SUNGAI PETANI: Polis memburu seorang lelaki dalam klip video yang viral di media sosial, memaparkan tindakannya yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid, berkata suspek yang juga kenalan kepada keluarga kanak-kanak perempuan itu dikatakan melakukan perbuatan itu antara jam 11 malam hingga 1 pagi semalam ketika membawa mangsa ke tapak pesta di Taman Ria, di sini.

Beliau berkata, perbuatan suspek hanya disedari ibu mangsa selepas menyaksikan klip video yang tersebar melalui Facebook sebelum tampil membuat laporan polis.

Berdasarkan klip video itu, lelaki terbabit dilihat memeluk kanak-kanak perempuan berkenaan yang berada di atas pangkunya, sambil tangannya berada di dalam baju mangsa.

Saifi berkata, ibu mangsa mengesahkan sebelum kejadian suspek datang ke rumahnya di Sungai Lalang, di sini dan meminta kebenaran untuk membawa kanak-kanak itu keluar bagi membeli makanan di Taman Bandar Baru, di sini.

"Mangsa hanya dihantar pulang ke rumah oleh suspek kira-kira jam 1 pagi, ...ibu mangsa yang menyedari perbuatan suspek melalui klip video yang tersebar bertanya kepada lelaki itu dan suspek mengaku melakukannya serta memohon maaf.

"Susulan laporan diterima di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda jam 2.50 pagi semalam, mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk pemeriksaan kesihatan," katanya di sini, hari ini.

Saifi berkata siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai sebarang hubungan dengan keluarga mangsa, kecuali sebagai kenalan.

"Polis kini sedang mengesan suspek untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.

2017 © BH Online | New Straits Times Press (M) Berhad (4485-H) | Hak Cipta Terpelihara

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Amaran Ribut Petir

Dikeluarkan pada : 03:31pm pada 21 Januari 2018

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Daerah Kerian, Larut Matang & Selama, Kuala Kangsar, Manjung dan Perak Tengah), Terengganu (Daerah Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Marang dan Dungun) dan Sarawak (Bahagian Bintulu dan Miri) dijangka berterusan sehingga 7:00 malam, Ahad 21 Januari 2018.

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Ahad
21 Januari 2018
Jam lk 1015 Hrs
Km 33 Lebuhraya Karak KL Kuantan
Kes kemalangan
Perodua Kenari terbalik ( Arah Genting Sempah )
Pemandu mendapat kechederaan di hantar ke Hospital Selayang oleh Ambulan Hos Selayang
Kes Di Respon
Ambulan Hospital Selayang
Peronda Lebuhraya PDRM (BA)
Peronda Lebuhraya Karak (LPT)
Di Bantu
1X Anggota Angkatan Pertahanan Awam ( KL )
Sekian info kemalangan
Berhati 2 Di Jlnraya
Pandu Chermat Jiwa Selamat
Ingat Orang Tersayang

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*[21-1 12:06 PM] #JohoRespondTeam🇲🇾🇧🇳*

*UPDATE] Mangsa kemalangan dikenal pasti*

*utama / Muhammad Apendy Issahak*
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

EMPAT mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 278.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Plaza Tol Ipoh Selatan, hari ini berusia antara 21 hingga 33 tahun.

Identiti mangsa yang meninggal dunia dalam kemalangan 5.36 pagi itu adalah Rafiq Hafizi Rahmi, 21, berasal dari Kampung Sungai Siput, Kuala Kangsar dan Mohamad Syarif Mohamad Said, 30, berasal dari Kampung Muhibah, Sungai Siput yang kedua-duanya meninggal dunia dilokasi kejadian.

Dua lagi mangsa yang meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh adalah Muhsin Muhamad Wazer, 23, berasal dari Layang Layang Kiri, Parit dan Mohamad Hafiz Jabon, 33, dari FELCRA Nasaruddin (B).

Semua keluarga mangsa kini berada di Jabatan Forensik HRPB untuk menuntut jenazah dan difahamkan bedah siasat sedang dijalankan.

*Berita berkaitan:*

• Empat maut kemalangan

[21-1 12:07 PM] #JohoRespondTeam: https://www.hmetro.com.my/utama/2018/01/305745/update-mangsa-kemalangan-dikenal-pasti

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*[21-1 11:59 AM] #JohoRespondTeam🇲🇾🇧🇳*

*Banjir: 348 penduduk Simpang Renggam dipindahkan*

*BH Online - Semasa / Oleh Mohamed Farid Noh*
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

KLUANG: Hujan lebat lebih dua jam semalam menyebabkan tiga kampung di Simpang Renggam, dekat sini, banjir dan 348 penduduk dipindahkan.

Kampung Chokro, Kampung Shaari dan Kampung Kolam Air banjir akibat limpahan Sungai Chokro dan Sungai Benut.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Kesihatan, Penerangan dan Pendidikan negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di setiap kampung berkenaan.

Ia membabitkan PPS Balai Raya Kampung Chokro, Masjid As-Sobirin Kampung Shaari dan Dewan Kampung Kolam Air.

"Sebanyak 348 mangsa daripada 82 keluarga itu membabitkan 179 penduduk (41 keluarga) di Kampung Chokro, 127 orang (32 keluarga) Kampung Shaari dan 42 orang (sembilan keluarga) di Kampung Kolam Air.

"Ketika ini masih hujan renyai-renyai, namun paras air Sungai Chokro didapati sudah surut, manakala paras air di Sungai Benut masih dipantau berikutan sudah melepasi tahap bahaya, " katanya.

[21-1 12:00 PM] #JohoRespondTeam: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/01/378360/banjir-348-penduduk-simpang-renggam-dipindahkan

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Aksi pekerja ladang kelapa sawit membunuh buaya di dalam parit. Setakat ini lokasi kejadian masih lagi tidak diketahui.

#kongsiInfo🇲🇾

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Anak Derhaka! Cium Kaki Ibu Mohon Pengampunan Taksub dengan permainan atas talian, lelaki berusia 23 tahun ini terjerat 6 orang Ahlong dengan nilai pinjaman mencecah RM16,000 sejak akhir tahun lalu. Lebih mengecewakan, ibunya yang hanya berkerja sebagai seorang Juru Jual terpaksa membayar segala pinjaman bagi mengelakkan Ahlong membuat kacau dirumahnya. Nantikan laporan penuh dalam Segmen Dari Fail PPIM “Anak Derhaka! Cium Kaki Ibu Mohon Pengampunan” pada 29 Januari ini jam 9 malam. “Sekiranya anda atau kenalan mempunyai masalah berkaitan Ah Long, kami nasihatkan anda untuk segera melaporkan aduan kepada Unit Banteras Ceti Haram PPIM bagi mendapatkan bantuan" Hubungi: Unit Banteras Ceti Haram Persatuan Pengguna Islam Malaysia 70X, Jalan Keramat Hujung Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur 013-3071 999 / 019-3458 444 / 03-4257 7222 / 03-4256 6618 Layari ahlong.ppim.org.my bagi melaporkan aduan & menetapkan temujanji. Sebarkan agar maklumat ini sampai kepada mereka yang memerlukan.

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

❤️❤️❤️PART 2 - 1310❤️❤️❤️

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

CHANNEL2 TELEGRAM TERBAIK DAN TERKINI.

🍀🍀🍀SUPER PROMOTE BY ILLYANA BOT🍀🍀🍀

🔴🔴🔴FOLLOW US NOW!!🔴🔴🔴

45. @the_galleriancap
TOPI/SNAPBACK HOT & TRENDY

46. @Qifara_Gadgets
GADGETS PRE ORDER & IPHONE MURAH

47. @GudangChina
BARANG RARE HARGA PECAH KEPALA

48. @sagajammurah
JAM MENARIK HARGA TERTARIK

49. @WorldOfAlQuran
EVERYTHING ABOUT AL QURAN HERE

50. @MoneyTimezMalaysia
JOGGERPANTS, HOODIES, SWEATPANTS RM17

51. @calaAnn
SELLING BLOUSE, TOP, SKIRT & PANTS.

52. t.me/MomBabyHouse_Dropship
BARANG MURAH MURAH DIRECT SUPPLIER

53. @dropshipbyruhanis
PAKAIAN MURAH CLEARANCE SALES

54. @handbagsmurah_dleya
MENJUAL HANDBAG BERJENAMA COPY ORI

55. @jubahmurahbawah80
BAJU WANITA & LELAKI ADA DISINI

56. @kasut_awesome
KASUT2 LELAKI READY DAN PREORDER

57. @Shoesoxikl
KASUT PALING MURAH DI TELEGRAM

58. @masslisa_shoppe
HANDBAG MURAH DIRECT SUPPLIER

59. @below_rm25
RM25 AJE. TOLONGLAH PERCAYA!

60. @bijakempire
ANDROID HACKING, TRICKS N TIPS

61. @uptotoe
BAWAL2 MERELIP DISINI

62. @melawawomen
PAKAIAN WANITA DIRECT SUPPLIER

63. @polaroid4u
POLAROID PRINTING SERVICE SERENDAH RM0.80/PC

64. @themostdelichious
MENJUAL CHOCOJAR & PELBAGAI COKLAT

65. @syurgacinta
CINTA ALLAH CINTA HAKIKI

66. @jam_hotz
JAM BRANDED, MURAH. AGENT WANTED

67. @deep_usrah
CINTAILAH ALLAH, INSHAALAH BAHAGIA

68. @jualanmuslimah01
AURAT ADALAH MAHKOTA SEORANG WANITA

69. @coretansigadis
ALLAH ADA BERSAMA AKU

70. @alyacollections
BAJU MURAH² DIRECT SUPPLIER.

71. @allbagrm35
SEMUA BEG RM35. PILIH SAHAJA

72. @penagadismerah
SPREAD POSITIVITY TO EVERYONE

73. @Shopping_king
SHOPPING PELBAGAI BARANG, OPEN DROPSHIP

74. @handbagbyruhanis
HANDBAG GRED LAWA MAMPU MILIK

75. @onlinepersonalshopper
DROPSHIPPING DIRECT CHINA MURAH & RARE

76. @koleksipelbagaihanis
MENJUAL PELBAGAI BARANG ONLINE

77. @agenjammurah
JAM MURAH PD HARGA DROPSHIP

78. @BeautyForLife
TIP KEHIDUPAN SEHARIAN

79. @BimbinganHidup
MEMPERTINGKATKAN AMALAN SEHARIAN KITA

80. @theluahanhati
BICARA DARI HATI KE HATI

81. @milalaattire
MUSLIMAH SCARF, COVER YOUR AURAH

82. @hanna_dyxycosmetics
MAGIC FOUNDATION DYXY

83. @shoesrack
SNEAKERS COLLECTION

84. @sandalzarabysr
ZARA SANDAL COLLECTIONS

85. @lubuk_makeup
GILER MAKEUP? CARI KAT SINI

86. @wardrobefarha
KOLEKSI BAJU2 TERKINI

87. @inspirasisahabat
SEBARKAN IBRAH

88. @dropship_broochkorea
DROPSHIP NEEDED, BROOCH KOREA MURAH

🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀

‼️Nak join ILLYANA SUPER PROMOTE?‼️

SYARAT2 WAJIB UNTUK JOIN SP ILLYANA BOT

❗️CHANEL MEMBERS WAJIB LEBIH >500
❗️GROUP MEMBERS WAJIB LEBIH >200

BERMINAT?

🌿KLIK SINI 👉🏻 @VIRALCHANNELANDA 🌿

🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

BULETIN INFO 1 MALAYSIA🇲🇾
BERITA»Nasional

Selasa, 23 Januari 2018 |⏰ 9:26am

SK Kuala Kenyana di pedalaman bahagian Mukah, kini satu-satunya sekolah yang terjejas akibat banjir. - Foto ihsan APM

Banjir termenung:🏫 SK Kuala Kenyana masih tutup
➖▪️➖▪️➖▪️➖▪️➖▪️➖▪️➖▪️➖▪️
Oleh Mohd Roji Kawi
mdroji@bh.com.my

KUCHING: Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Kenyana di pedalaman bahagian Mukah, kini satu-satunya sekolah yang terjejas akibat banjir di negeri ini.

Sekolah yang hanya ada 40 murid itu gagal beroperasi sejak dua minggu lalu berikutan paras air di laluan masuk dan sekitarnya masih pada paras 1.5 meter.

Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), 17 sekolah lain yang terjejas semalam sudah pulih sepenuhnya hari ini.

Katanya, bacaan paras air di stesen telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga menunjukkan petanda positif apabila hanya dua mencatatkan bacaan mendatar, iaitu Stesen Marudi dan Long Panai di Miri, manakala stesen lain mencatat penurunan.

"Laporan Jabatan Meteorologi juga meramalkan cuaca baik di seluruh negeri pagi ini," katanya.

2017 © BH Online | New Straits Times Press (M) Berhad (4485-H) | Hak Cipta Terpelihara

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*~🇲🇾MONORACKPATAH🇲🇾~*
🌏🌏🌏🌏🌏🌏🌏🌏
🦅🔅🦅🔅🦅🔅🦅🔅

📆 *23 JANUARI 2018*

ℹ *Empat direman kes rasuah projek kereta api*

SEORANG timbalan pengarah agensi kerajaan di Sabah antara empat direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pemberian rasuah berkaitan projek kereta api.

*Tiga lagi yang direman membabitkan dua penolong jurutera jabatan itu dan seorang pengarah syarikat.*

Mereka dipercayai memonopoli projek berkaitan kereta api bermula 2012 hingga 2017.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Cindy Mc Juce Balitus di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu hari ini.
Keempat-empatnya berusia 37 hingga 58 tahun.

Prosiding dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Faliq Basirudin manakala empat individu terbabit tidak diwakili peguam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Terdahulu, semua tertuduh ditahan di sekitar Kota Kinabalu bermula 12.05 tengah hari sehingga 11.20 malam semalam.

Pada peringkat awal, SPRM membekukan beberapa akaun dan menyita beberapa kenderaan serta merampas wang di kediaman individu terbabit.
Bagaimanapun, jumlah serta nilai rampasan berhubung kes ini masih belum diketahui.

*~🔰MONORACKiNFO🔰~*

http://fw.to/KD1zxVd

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*~🇲🇾MONORACKPATAH🇲🇾~*
🌏🌏🌏🌏🌏🌏🌏🌏
🦅🔅🦅🔅🦅🔅🦅🔅

📆 *23 JANUARI 2018*

ℹ *Acu pisau lepas isi petrol*

TUMPAT - "Saya hanya ingat mati." Demikian menurut seorang pekerja stesen minyak apabila diacukan pisau oleh penjenayah dalam kejadian cubaan samun bersenjata di sebuah stesen minyak di Kampung Belukar, malam kelmarin.

*Dalam kejadian jam 9.05 malam itu, mangsa, Maheran Hashim, 33, turut bergelut dengan penjenayah terbabit demi menyelamatkan wang jualan petrol RM40 di tangannya.*

Bagaimanapun, cubaan samun itu gagal apabila rakan sekerja mangsa menjerit meminta tolong dan kebetulan ada pelanggan datang mahu mengisi minyak.

Menurut Maheran, ketika kejadian, dia didatangi dua lelaki menunggang motosikal Honda EX5 yang mahu mengisi petrol di pam.

"Saya tak syak apa-apa, dan layan mereka seperti pelanggan lain bila mereka minta isikan petrol di tangki motosikal sebanyak RM5.

"Dia (pembonceng) bayar petrol itu tapi sebaik saya berpusing ke belakang, dia keluarkan pisau dan acukan di pinggang saya. Seorang lagi tunggu atas motor berhampiran pam minyak," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, panik dengan situasi itu, dia segera lari menyelamatkan diri ke pam sebelah tetapi ditolak lelaki itu menyebabkannya terjatuh.
"Ketika kami bergelut kerana dia mahu rampas wang di tangan saya, pisau lelaki itu terjatuh.

"Saya hanya ingat mati bila nampak pisau di tangan lelaki itu. Mujurlah rakan sekerja saya menjerit minta tolong. Nasib ada sebuah kereta masuk untuk isi petrol menyebabkan dua lelaki itu melarikan diri," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud mengesahkan kejadian tersebut.
Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan dan siasatan masih diteruskan mengesan penjenayah terbabit.

*~🔰MONORACKiNFO🔰~*

- Kelantan - Sinar Harian http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/kelantan/acu-pisau-lepas-isi-petrol-1.787620#.WmaOuR4rfZs.whatsapp

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

ar lari di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), dekat Batu 13, Subang Jaya, 7 malam semalam sehingga video dia dipukul dan cedera di muka tular di laman sosial membuat laporan polis.*
*Lelaki berusia 39 tahun itu bukan saja membuat laporan polis kerana dipukul, malah membuat laporan, barang miliknya, antaranya telefon pintar, Smart Tag, dompet, dokumen peribadi dan kunci kenderaan serta kunci rumah di dalam kereta Myvinya, hilang.*
*“Polis akan mengenal pasti dan mengesan suspek serta saksi awam di dalam rakaman video ketika kejadian yang tular di media sosial terbabit untuk siasatan lanjut.*


*CERITERA ATLET* ⏱
================


⭐ *SOUTHAMPTON, United Kingdom: Mauricio Pochettino menafikan spekulasi berhubung bidaan STG200 juta (RM1.09 bilion) Real Madrid untuk mendapatkan Harry Kane selepas penyerang England itu menjaringkan gol ke-99 Liga Perdana Inggeris sewaktu seri 1-1 dengan Southampton.*
*"Saya tidak akan bercakap mengenai khabar angin kerana jika saya memberi maklumat terhadap satu khabar angin, saya perlu melakukannya pada semua sidang media. Bukan masalah saya untuk bercakap mengenai khabar angin," katanya.*

🏌🏻‍♀ *SHANGHAI: Ketika Shanshan Feng disahkan menduduki tangga teratas kedudukan pemain golf wanita dunia, dia menyambut kejayaan itu dengan sepinggan daging panggang yang dibeli dari lapangan terbang Dallas dan menghantar gambar makanan berkenaan kepada ibu bapanya.*
*Pemain berusia 28 tahun itu mempunyai pelbagai alasan untuk menyambut kejayaannya walaupun ketika itu dia sedang dalam perjalanan menaiki pesawat kerana dia adalah atlet China pertama - tidak kira lelaki atau wanita - yang menduduki ranking pertama dunia.*
*Shanshan mula menyerlah selaku pemain golf terkemuka selepas setahun bergelar profesional dan dia memenangi dua gelaran LPGA berturut-turut tahun lalu - di Jepun dan Pulau Hainan.*

⚽ *BERLIN: Robert Lewandowski dan Thomas Mueller mencatat sejarah tersendiri selaku peledak jaringan bagi membolehkan Bayern Munich mendahului 16 mata di puncak Bundesliga dengan kemenangan 4-2 ke atas Werder Bremen.*
*Mueller kini menjaringkan 100 gol Bundesliga sepanjang kariernya manakala Lewandowski mengumpul 94 jaringan liga utama Jerman itu, menjadikannya penjaring import terbanyak dalam sejarah kelab itu, menerusi jaringan berganda kedua-dua penyerang Bayern itu pada separuh masa kedua.*

🎾 *MELBOURNE: Madison Keys mengetepikan pemain Perancis yang juga pilihan kelapan, Caroline Garcia 6-3 6-2 dalam tempoh 68 minit sekali gus layak ke suku akhir Terbuka Australia buat kali kedua, semalam.*
*Pemain berusia 22 tahun itu yang juga satu-satunya wakil Amerika Syarikat yang masih bersaing, tewas perlawanan pertama tetapi bangkit dengan cemerlang untuk menempah tiket bertemu juara 2016, Angelique Kerber atau pemain Taiwan, Hsieh Su-wei di suku akhir nanti.*

🏌🏾 *LOS ANGELES: Pemain Sepanyol, Jon Rahm membenam birdie di lubang playoff keempat untuk mengetepikan Andrew Landry sekali gus menjulang gelaran Jelajah AS PGA keduanya di Cabaran CareerBuilder di California.*
*Rahm yang dijangka bakal melonjak ke tangga kedua dunia apabila senarai ranking terbaru dikeluarkan lewat hari ini, melakar lima birdie untuk mencatat lima di bawah 67 di lapangan Stadium di La Quinta dan bergelar pendahulu semalam dengan keseluruhan 22 di bawah par 266.*

🏸 *KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih beregu lelaki, Cheah Soon Kit menyifatkan status sebagai beregu kedua yang disandang Goh V Shem-Tan Wee Kiong mampu memberi kelebihan buat skuad negara menjelang saingan Kejohanan Berpasukan Asia di Alor Setar, Kedah, bulan depan.*
*Berdasarkan kedudukan ranking ketika ini, Teo Eei Yi-Ong Yew Sin yang menghuni tangga ke-21 dunia bakal menggalas tugas sebagai beregu pertama negara manakala V Shem-Wee Kiong (24) kedua.*

🦅 *PENGENDALI Kedah, Ramon Marcote gembira dengan prestasi anak buahnya yang

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

erteh 6, di sini, awal pagi smlm.*

📌 *KOTA BHARU - Padah merompak dua wanita dalam sebuah rumah pada 9 Januari lalu, seorang penganggur dihukum penjara tujuh tahun dan empat sebatan oleh mahkamah sesyen, di sini, smlm.*

📌 *KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) merekodkan purata 43 kes kematian pencarum dalam sehari membabitkan kemalangan industri dan penyakit bukan berjangkit pada tahun lalu.*

📌 *WANITA yang juga kontraktor direman tiga hari sehingga Rabu ini selepas dipercayai memuat naik status menghina Menteri Besar Terengganu di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.*

📌 *REMAJA lelaki berusia 18 tahun ditangkap pemilik rumah di Taman Nora, Ulu Tiram, Johor Bahru, selepas disyaki menceroboh kediaman itu, kira-kira 9.30 pagi, smlm.*

📌 *BATU PAHAT: Seorang warga tua dari Parit Lapis Bangas, Seri Medan, dekat sini, hilang dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Parit Lapis Bangas Laut, petang semalam.*

📌 *PORT DICKSON: Seorang juruteknik pergigian ditemui mati di dalam rumahnya di Kuarters Klinik Kesihatan (KK) Lukut di sini, pagi smlm.*

📌 *DUA beranak yang ditahan berhubung kes penemuan mayat lelaki yang disyaki dibunuh di sebuah rumah di Jalan Nusa Bestari 2 3/6, Taman Nusa Bestari, Skudai, Johor, minggu lalu, ditahan reman tiga hari lagi.*

📌 *KUANTAN: Polis mengesahkan kejadian seorang suri rumah dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di FELDA Jengka 15, Maran semalam, sebagai palsu.*

📌 *SERAMAI 13 warga asing termasuk enam daripadanya wanita berusia antara 21 hingga 48 tahun ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah di sebuah hotel bajet di Jalan Jerai, Sungai Petani smlm kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pelacuran.*

📌 *TIGA beradik lelaki antara enam individu ditahan Agensi Penguatkuasaan Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam Ops Cegah di beberapa kampung di Keningau, tengah malam smlm.*

📌 *KUCHING: Satu sekolah di negeri ini masih ditutup akibat banjir yang berlarutan sejak dua minggu lalu.*

📌 *IPOH: Seorang pekerja sebuah kedai serbaneka 24 jam antara tiga lelaki ditahan kerana merancang kejadian samun hasil wang syarikat membabitkan kerugian bernilai RM3,060 pada jam 9.30 pagi semalam.*

📌 *BATU PAHAT: Pusat Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Bukit Payong, di Parit Sulong, dekat sini, dijangka beroperasi mulai 2020.*

📌 *SIBU: Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sarawak mahu bekerjasama dengan persatuan pemilik limbungan kapal dan pelbagai agensi lain, termasuk institusi pengajian tinggi (IPT) bagi menjalankan pelbagai program untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti industri perkapalan negeri.*

📌 *KOTA KINABALU: Polis Sabah menahan 15 individu disyaki anggota sebuah pertubuhan dikenali sebagai 'Pemuda Panca Marga' dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Tas, Anderasi, Tawau, Sabtu lalu.*

📌 *KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menggesa penubuhan klinik senaman di setiap daerah sebagai usaha untuk mencegah Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) yang semakin meningkat.*

📌 *PETALING JAYA: Empat remaja berusia 14 tahun dan 15 tahun ditahan kerana disyaki menunggang basikal yang diubah suai secara berbahaya, petang semalam.*

📌 *NILAI: Empat lelaki parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta dan sebuah motosikal di depan Kolej Tuanku Ja'afar, Mantin di sini, malam smlm.*

📌 *KUALA TERENGGANU - Seorang buruh dijatuhi hukuman setahun penjara oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, smlm, kerana merosakkan motosikal adik sendiri disebabkan menghalang hajatnya untuk mendapatkan wang daripada ibu mereka.*

📌 *KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan kegiatan perjudian bookie lumba kuda yang beroperasi di restoran di Taman Cahaya, Ampang Jaya dekat sini, petang smlm.*

📌 *TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

❤️❤️❤️PART 1 - 1010❤️❤️❤️

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

CHANNEL2 TELEGRAM TERBAIK DAN TERKINI.

🍀🍀🍀SUPER PROMOTE BY ILLYANA BOT🍀🍀🍀

🔴🔴🔴FOLLOW US NOW!!🔴🔴🔴

1. @printingbylyaa
SERVICE PRINTING PALAROID

2. @petuadanpenjagaan
TIPS2 DAN PETUA2 AMALAN TERBAIK

3. @misssmile
ALLAH SENTIASA ADA, KEEP STRONG!

4. @jamjenamamurah
MURAH TAPI BERJENAMA GUYS

5. @chocobylyasyukry
COKLAT HARGA STUDENT DI SINI

6. @melawababynkids
BARANGAN BAYI & KANAK2 DIRECT SUPPLIER

7. @sportshoesgojes
JOM USHA! PELBAGAI GRADE ADA

8. @illyanaempire
MAKEUP | SHOES | HANDBAG | WATCH | APPAREL

9. @lyacasing
CUSTOM CASE BERMULA RM38

10. @dropshipbydaisy
DROPSHIP PELBAGAI MOM & KIDS

11. @Mekaptutorial
TAK DAPAT BANYAK, SIKIT PUN JADILAH

12. @sentapwords
KOLEKSI AYAT2 SENTAP. TAHAN? STAY!

13. @sstaystrong
AWESOME MOTIVATIONAL QUOTES FOR YOU

14. @khayalanrealiti
BERHENTILAH BERKHAYAL SERTA GAPAILAH REALITI!

15. @islamitu_indah
ISLAM ITU INDAH

16. @kitabdoa
HIMPUNAN DOA

17. t.me/dropshipduchess
AGENT DROPSHIP SENTIASA DIPERLUKAN

18. @JustBeYourSelfTruly
LEBIH BAIK SAKIT KERANA KEJUJURAN

19. @masakapaharini
RESEPI MASAKAN HARI INI

20. @teammakeupasha
DROPSHIP MAKEUP DIPERLUKAN

21. @teddybear_supermurah
TEDDY BEAR BESAR, MURAH, COMEL

22. @bayanghitam
SUCIKAN HATI, BERSIHKAN JIWA

23. @cantikbersamaAuoliya
GEL RAWATAN KULIT,TERJAMIN SELAMAT

24. @vampyrashoesteam
JUAL 10 PASANG FREE KASUT

25. @lailascarves
PELBAGAI KOLEKSI TUDUNG HARGA BORONG

26. @wawawax_organic
WAWAWAX ORGANIC HAIR REMOVAL DISINI

27. @frombabytoadult
RANDOM QUOTES

28. @allcanbepretty
MEDINA TEA & PRODUK JSD

29. @sumberilmu
KATA NASIHAT AGAMA & TARBIYAH

30. @jubahexclusivefarsya
PELBAGAI PAKAIAN LELAKI, WANITA, KANAK2

31. @handbag_murah2
PELBAGAI JENIS BEG & JAM

32. @fullhousefarsya
BARANGAN RUMAH & BAYI

33. @bdsneakers
KASUT TRENDY BAWAH RM100

34. @bdheels
HEELS MURAH, DESIGN LETUPS DISINI

35. @themusicalstory ❤️
INSPIRING QUOTES HERE

36. @tarbiyyahhatiaawok ❤️
HATI YANG SUNYI PERLUKAN TABIYYAH

37. @zapsstore
PEMBORONG BARANG MURAH CHINA

38. @Hot_Iteam
LAWAK JENAKA, TROLL, SEKADAR HIBURAN

39. @BestSong_Lyric
MP3 & LAGU + LIRIK

40. @butikexclusive769
BUTIK EXCLUSIVE SEISI KELUARGA

41. @scarfcenter_borongretail
TUDUNG EXCLUSIVE & MAMPU MILIK

42. @galeribajumurah
GALERI BAJU MURAH TERKINI

43. @kosmetik_kesihatan
NAK SIHAT? NAK CANTIK?

44. @Stock_Qifara
JADI DROPSHIP KAMI SEKARANG!


🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀

‼️Nak join ILLYANA SUPER PROMOTE?‼️

SYARAT2 WAJIB UNTUK JOIN SP ILLYANA BOT

❗️CHANEL MEMBERS WAJIB LEBIH >500
❗️GROUP MEMBERS WAJIB LEBIH >200

BERMINAT?

🌿KLIK SINI 👉🏻 @VIRALCHANNELANDA 🌿

🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Amaran Ribut Petir

Dikeluarkan pada : 05:30pm pada 22 Januari 2018

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri *N. Sembilan (Daerah Jempol, Tampin dan Kuala Pilah), Johor (Daerah Segamat, Tangkak , Muar, Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi dan Kulai)* dan Sarawak : Bahagian Limbang (Daerah Limbang), Miri, Bintulu, Mukah (Daerah Mukah), Sibu (Daerah Selangau), Betong (Daerah Betong), Sri Aman (Daerah Sri Aman) dan Samarahan (Daerah Simunjan) dijangka berterusan sehingga 9:00 malam, Isnin 22 Januari 2018.

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Jom warga Penang dan Kedah semua..
Malam ni kita pi Stadium Batu Kawan sana..
Tiket masuk dewasa RM 5, budak percuma..

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

2 beradik disyaki lemas semasa menjala...kerja2 mencari/menyelamat sedang dilakukan...
Lokasi Ckt Lada Kg Gajah

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*[21-1 12:15 PM] #JohoRespondTeam🇲🇾🇧🇳*

*Maut rempuh belakang treler*

*BH Online - Terkini / Oleh Rosman Shamsudin*
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

SLIM RIVER: Seorang juruvideo yang juga penerbit sambilan maut apabila kenderaan yang dipandunya merempuh belakang treler di Kilometer 90, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh arah utara, dekat sini, tengah malam tadi.

Ketika nahas jam 12.30 tengah malam itu, mangsa, B Subramaniam, 44, dipercayai dalam perjalanan pulang dari pekan Slim River ke rumahnya di FELDA Trolak Utara.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata siasatan awal mendapati sebelum kejadian, pemandu treler berumur 49 tahun yang dalam perjalanan dari Bukit Beruntung ke Ipoh, memberhentikan kenderaan di lorong kanan jalan akibat rosak, kira-kira jam 7 malam.

Katanya, pemandu berkenaan memasang kon dan lampu kecemasan di belakang treler sebelum sebuah trak tunda datang untuk menunda kenderaan itu ke bengkel berdekatan.

"Ketika memasang alat untuk menunda treler, tiba-tiba datang sebuah van yang dipandu mangsa melanggar kon yang diletakkan sepanjang jalan lalu merempuh belakang kenderaan berat itu.

"Pemandu treler yang ketika itu berada di belakang kenderaannya sempat mengelak dan lari menyelamatkan diri manakala mangsa tersepit akibat pelanggaran dan maut di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, semua pekerja trak tunda tidak cedera dan mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1)(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

[21-1 12:15 PM] #JohoRespondTeam: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/01/378430/maut-rempuh-belakang-treler

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

*[21-1 12:04 PM] #JohoRespondTeam🇲🇾🇧🇳*

*Empat maut kemalangan*

*utama / Muhammad Apendy Issahak*
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

EMPAT maut dalam kemalangan dua motosikal dan kereta di Kilometer 278.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Plaza Tol Ipoh Selatan, hari ini.

Dalam kejadian 5.36 pagi itu, kemalangan membabitkan Kawasaki Ninja dan Yamaha RXZ serta Proton Iswara.

Kemalangan dipercayai berlaku akibat dua motosikal berkenaan yang bergesel sebelum hilang kawalan dan merempuh belakang kereta terbabit.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, akibat kemalangan itu dua penunggang motosikal maut di tempat kejadian dan dua pembonceng meninggal dunia ketika dirawat di hospital.

“Hasil siasatan awal yang yang diperoleh daripada saksi kejadian, iaitu dari pemandu kereta berusia 33 tahun mendapati dua motosikal berkenaan ditunggang dari arah Simpang Pulai ke Ipoh.

“Ketika sedang berkonvoi dan apabila sampai di tempat kejadian dua motosikal berkenaan dipercayai bergesel sesama sendiri dalam kelajuan yang agak tinggi sebelum terbabas dan melanggar belakang Proton Iswara berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, akibat pelanggaran itu motosikal RXZ melambung dan tercampak ke jalan kecul tepi lebuh raya.

“Penunggang Kawasaki Ninja dan Yamaha RXZ maut ditempat kejadian manakala dua pembonceng meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

“Bedah siasat sedang dijalankan dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

[21-1 12:04 PM] #JohoRespondTeam: Empat maut kemalangan https://www.hmetro.com.my/utama/2018/01/305732/empat-maut-kemalangan

Читать полностью…

Buletin Info 1 Malaysia

Assalammualaikum...kemalangan yg brlaku pada pagi ini di alamat kg banjar jalan beruas perak...mangsa yg trlibat 5 orng 2 dewasa dan 3 kanak2...2 mangsa yg trsempit

Читать полностью…
Subscribe to a channel