THE LAST EXORCISM Part II (2013) @vdoseram
Nell Sweetzer, a seventeen-year-old girl, is sent to a transition house when she is possessed by a demon. As she struggles to build a new life, she is haunted by the same ghost who tortured her.
CREEP 2 (2017) @vdoseram
A video artist who craves shocking stories realises she has made a mistake when she meets a serial killer in a cabin.
EX AKU PONTIANAK (2022)
Mengisahkan seorang playboy bernama Malik (Ikmal Amry) yang diburu oleh bekas teman wanitanya, Bella (Elizabeth Tan) kerana bermain kayu tiga.
Malik terkejut apabila mengetahui Bella sebenarnya ialah seekor pontianak dan dia mendapatkan bantuan Suraya (Raysha Rizrose), seorang pemburu pontianak yang mempunyai misi tersendiri untuk menghapuskan pontianak jahat seperti Bella yang cuba mengumpul kuasa baharu.
JUMLAH EPISOD : 10
TARIKH TAYANGAN : 19 Januari 2022
SKRIP : Anwar Hadi, Shamaine Othman, Suzanne Ong, Akmal Nahar
PENGARAH : Shamyl Othman
PELAKON : Ikmal Amry, Elizabeth Tan, Raysha Rizrose, Alicia Amin, Maya Hanum, Fikhree Bakar, Arwan, Nabil Zakaria, Fatimah Abu Bakar, Datuk Malek Noor
Kredit: DS, aCAP, JSH
HOSTEL: Part II (2007) @vdoseram
Three collegians accept the offer to travel to a hostel in Slovakia, unaware that the place holds terrifying and possibly deadly secrets.
BLOOD BORN (2021) @vdoseram
A couple who are about to give up on their dream of having children find a doula who promises a magical solution to their infertility problems, but when she moves in for a series of strange, taxing rituals, overseen by a charming - but dangerous - doctor, they find out that the magic is extremely risky and that the baby they're about to have might not be quite human.
Ketika dia tiba di tingkat atas, ternampak ada orang terbongkok depan TV sambil memutar-mutar tombol.
Diingatkan penceroboh mana, lalu Pak Amin mengherdik ‘HOI!’ dan alangkah terkejutnya, penceroboh persis wanita Cina itu pantas memanjat dinding, dan meloloskan tubuh memasuki lubang siling asbestos sebesar dua penumbuk, seperti kucing. Pak Amin perasan dua mata bersinar merenung dari lubang gelap sambil tersenyum.
Semasa pembinaan kuarters baru, banglo sepatutnya di robohkan dan tapak rumah dibina kawasan riadah lengkap dengan taman permainan. Namun begitu, rancangan itu dibatalkan kerana potongan dana. Itu kalau ikut laporan rasmi lah, ayah Baim tiba-tiba mencelah memberitahu, ada khabar angin mengatakan setiap kali pemaju datang ke rumah untuk memeriksa sebelum proses perobohan dilakukan, mereka akan terserempak dengan ‘wanita Cina’.
Tak tahu lah mungkin sebab suwey atau apa, pemaju seolah-olah sengaja melewatkan proses perobohan banglo sehinggalah pemotongan bajet dimaklumkan.
“Entah-entah hantu isteri Doktor India tu kot bang?” tanya ibu.
“Tak jugak, sebab mase dia kena panggil ngadap lembaga displin, isteri dia ade teman”
“Cina?”
“Eh kejap. Tak pasti pulak saye. Mazlan mase kat PKD Timur Laut kate isteri Anthony tu India” jawapan mengelirukan ayah mematikan perbualan mengenai banglo itu.
Baim bersandar dan melihat ke luar tingkap. Seperti Doktor Anthony, dia juga merahsiakan perkara penting terjadi semasa curi masuk banglo berpenunggu itu.
Baim mengenang semula kejadian di dalam rumah banglo, hampir 10 tahun dahulu. Semasa memutar tombol TV, ternampak refleksi sesuatu di skrin TV. Ia seperti labah-labah besar melekat di siling sudut berdekatan tangga. Baim perhatikan dari skrin TV bagaimana ‘labah-labah’ itu perlahan-lahan bergerak ke hujung bertentangan dan berhati-hati turun seperti Spider-Man. Jari Baim masih memutar tombol, berlagak seolah tidak sedar kehadiran makhluk. Dia toleh ke arah Hafiz yang sudah kaku seperti patung menghadap tangga.
Semakin dekat, semakin jelas wajah perempuan Cina di skrin TV. ‘Wanita’ itu tersenyum menampakkan gigi merah, seperti pengunyah sireh.
“Mau aunty betulkan TV?” makhluk itu bersuara dan waktu itulah Baim dan Hafiz bertempiaran masuk ke bilik tidur utama untuk turun dari balkoni.
Mungkin trauma menyebabkan samada Hafiz ataupun Baim tidak langsung menceritakan penampakkan itu. Bagi Baim, tiga bulan terlantar di rumah kerana patah kaki membuatkan dia hampir gila kerana sering terbayang-bayang ‘wanita Cina’ itu akan datang melawat.
Hari terakhir sebelum berpindah ke MRSM, Baim sempat mendekati banglo sementara menunggu ayah memanaskan enjin kereta.
Dia sumpah terdengar bunyi ‘tak’ ‘tak’ ‘tak’ seperti ada orang memutar tombol siaran TV dari dalam banglo.
Tamat.. 💀
PENUNGGU BANGLO LAMA
Kredit: Dammerung, FS
Tiba di perkarangan banglo, Baim dan Hafiz sekali lagi melihat sekeliling untuk memastikan tiada yang perasan kehadiran mereka di tempat larangan para ibubapa di kuarters kediaman pusat kesihatan.
Kata Baim, dia amat yakin semua orang dewasa di rumah masing-masing samada tidur siang atau melayan filem Hindustan. Hafiz memulakan dahulu. Besi berkeriut di panjatan pertama, dan setelah memastikan saluran air itu kukuh, seperti Spider-Man, pantas Hafiz mendaki dan akhirnya berada di dalam balkoni.
Baim mula panjat dengan mengikut cara pemanjatan Hafiz dan lebih kurang 5 minit kemudian, menyertai teman baik di tingkat dua banglo tinggal. Dalam keadaan berjalan itik, mereka mendekati pintu. Kata Baim, dia tak harap pun pintu balkoni boleh dibuka dan sudah berpuas hati dengan kejayaan memanjat masuk balkoni. Niatnya, untuk melepak sekejap dan kemudian turun semua. Perancangan seterusnya boleh difikirkan kemudian kerana banyak lagi masa dan…
“Kreeuukkk” pintu yang tak tahu bila terakhir di gerakkan menjerit sebaik di buka perlahan oleh Hafiz. Senyum lebar mengiringi kedua sahabat, ghairah dengan penemuan terbaru itu.
Kata Baim, balkoni sebahagian dari bilik tidur utama dan semasa berada di dalam, terdapat bingkai katil, almari dan meja solek semua diperbuat dari kayu. Kedua mereka menyelongkar setiap almari, laci di dalam bilik. Tiada apa ditemui kecuali kalendar lama memaparkan wanita berkimono tahun 1971.
Baim dan Hafiz merapati pintu bilik. Tombol ditekan kebawah dan ditolak perlahan. Tidak berkunci.Di luar adalah ruang keluarga lengkap dengan perabot rotan tidak berkusyen. Terdapat sebuah televisyen lama berjenama ‘National’ dan dua lagi pintu bilik bertentangan bilik tidur utama.
“Wah ini boleh jadi clubhouse Baim!” kata Hafiz dengan semangat. Seperti sebelum ini, laci-laci almari di ruangan di selongkar. Baim memasang plag ke soket dinding dan cuba menghidupkan TV.
Tekan punya tekan dan putar punya putar, masih tidak hidup TV nya.
LARI! Jerit Baim sebaik mendapati terdapat orang di dalam rumah. Kelam kabut Baim dengan Hafiz masuk ke dalam bilik tidur utama dengan niat nak keluar ikut cara bagaimana mereka masuk sebentar tadi.
Derapan tapak kaki orang berlari membuatkan Baim menggelongsor tanpa kawalan dan bunyi patah kedengaran sebaik tiba di bawah. Dilihat kaki kiri sudah terbalik ke belakang dan Hafiz sudah lari pulang ke rumah. Dia cuba berdiri tapi tidak dapat menggerakkan kaki kiri.
Jeritan Baim memecah keheningan dan dipendekkan cerita Baim terpaksa dibawa ke hospital di bandar kerana pusat kesihatan tidak mempunyai peralatan x-ray.
Dalam perjalanan Baim menceritakan bagaimana pengawal keselamatan perempuan Cina ‘menangkap’ dia dan Hafiz sewaktu bermain-main dalam banglo. Selesai di hospital, dan pulang ke rumah, sekali lagi dia dan Hafiz di soal siasat oleh penduduk. Sekali lagi itu juga kedua mereka menjelaskan cerita sama berulang kali. Cuma Hafiz tidak teruk disoal siasat kerana hanya Baim lihat pengawal keselamatan itu.
“Macam mana ko tau cina tu guard?” tanya salah seorang.
“Dah dia pakai uniform putih, seluar hitam?” balas Baim.
Seorang tuan haji tak dikenali oleh Baim datang menghampiri. Dia memeriksa wajah Baim sambil mulut terkumat kamit. Ibu Baim menghulur semangkuk air yang kemudian di lap seluruh muka Baim oleh tuan haji itu. Setelah itu, Baim dimandikan ibu menggunakan dua baldi berisi air dibawa dari luar tiga hari berturut-turut.
Baim cuti sakit hampir tiga bulan dan selepas itu, dia tidak lagi rapat dengan Hafiz. Baim seterusnya melanjutkan persekolahan di MRSM setelah mendapat keputusan PMR cemerlang dan keluarga berpindah lagi, kali ini ke Kuala Lumpur apabila ayah ditugaskan di HUKM.
Kejadian rumah banglo itu dilupakan begitu sahaja sehinggalah Baim pulang ke kampong bersama keluarga untuk melawat sepupu yang patah kaki gara-gara kemalangan motorsikal.
“Macam Baim dulu lah si Ajat ni, tapi bezanya Ajat elak lori, Baim elak hantu!” seloroh ibu mengundang hilai tawa saudara lain.
Kecuali Baim.
HECKLE (2020) @vdoseram
A stand up comedian encounters a seemingly insane heckler, who becomes his stalker. This is a heckle on a whole new level..
THE LAST EXORCISM (2010) @vdoseram
A disillusioned evangelical minister agrees to take part in a documentary designed to expose exorcism as a fraud. However, as they film his final exorcism, he has his faith restored by pure evil.
CREEP (2014) @vdoseram
Aaron answers an online ad and drives to a stranger's house to film him for the day. The man wants to make a movie for his unborn child, but his requests become more bizarre as the day goes along.
HOSTEL: Part III (2011) @vdoseram
Four friends are lured by a pair of escorts to a private party. However, they soon find themselves in a horrific game of torture organised by a hunting club.
HOSTEL (2005) @vdoseram
Three friends travelling across Europe meet a man who convinces them to visit a hostel. When they reach the hostel, they encounter terrifying situations.
MR. PEYII (2021) *Indian
-Malay sub @vdoseram
A Tamil horror comedy which revolves around the widely known Chinese 'jumping' vampire legend but set in modern days.
“Ma hantu ape ma? Ceritalah Ma” pertanyaan Baim kepada ibu dari kampong sehingga dalam kereta perjalanan pulang ke KL.
“Kesian, takda ada orang cerita kat dia selama ni” ejek Sofea.
Ini sudah lebih fikir Baim. Sedangkan Sofea pun boleh tahu. Apa cerita ni?
“Mama kene cerita juga. Kalau tak…”
Mungkin sudah rimas dengan Baim, akhirnya ibu menceritakan.
Di pusat kesihatan semasa mereka menetap disana, ayahnya sebagai doktor kanan terlibat dalam proses perlantikan pengawal keselamatan, tak pernah dia tahu ada pengawal keselamatan perempuan berketurunan Cina di upah. Ini juga disahkan oleh pengawal-pengawal keselamatan dimana banglo itu tersebut tidak termasuk dalam kawalan. Malah, mereka dilarang sama sekali untuk mendekati ‘stor ubat’ itu.
Jiran-jiran yang sudah lama bekerja dan menetap di pusat kesihatan memaklumkan ibubapa Baim bahawa banglo itu berpenunggu. Gangguan hanya bermula sebelum kedatangan Baim sekeluarga. Sebelum itu doktor-doktor yang menginap di banglo tidak mengalami apa-apa masalah, sehingga kedatangan doktor berketurunan India sepuluh tahun dahulu. Dikenali sebagai Doktor Anthony, dia ini tidak berapa disukai oleh kakitangan klinik. Doktor Anthony adalah seorang pemarah, semua orang dimaki hamun, dari staf sampai pesakit pun kena juga, lebih-lebih lagi kalau pesakit itu juga berketurunan India. Setiap hujung minggu dia akan meninggalkan rumah, seawal tengahari Jumaat hingga tengahari Isnin berikutnya. Menurut cerita ibu, walaupun mereka tahu isteri Doktor Anthony ikut bersama, tetapi mereka tidak pernah terserempak atau tahu siapa isterinya.
Apa yang mereka tahu melalui pemberitahuan kerani menguruskan fail peribadi doktor kanan pusat kesihatan, isteri Doktor Anthony berketurunan Cina.
Pada suatu hari, Doktor Anthony tidak datang ke klinik. Pada mulanya tidak diambil kisah kerana semua sudah sedia maklum perangai doktor kanan mereka. Tetapi apabila sudah tiga hari tak masuk kerja, mereka datang ke rumah. Dilihat, kereta Mitsubishi Galant milik Doktor Anthony tiada di garaj tetapi pintu belakang di dapur terbuka.
Awalnya mereka memanggil dari luar, setelah tiada jawapan, mereka mengambil keputusan untuk masuk. Mana lah tahu, kalau ada kecelakaan dalam rumah. Dari pengamatan, didapati Doktor Anthony tidak membawa banyak barang ketika berpindah. Pinggan mangkuk pun boleh kira dengan jari. Di ruang tamu utama, perabot-perabot masih tidak berkusyen walaupun sudah hampir dua tahun menginap.
Di tingkat atas, TV hidup tetapi suara dimatikan. Dua bilik bertentangan dengan bilik tidur utama berkunci. Dalam bilik tidur utama, baju-baju masih berselerakan di dalam bagasi. Apa yang agak mengejutkan, botol-botol minuman keras pelbagai bentuk, warna dan jenama memenuhi almari pakaian, dalam laci meja solek, atas sinki bilik air, sehingga tempat letak sabun buku itu pun ada botol vodka kecil.
Pada hari yang sama, laporan polis dibuat termasuk juga ke pejabat kesihatan daerah. Hampir dua minggu pencarian dilakukan sehingga pusat kesihatan mendapat tahu Doktor Anthony sudah ‘lari’ ke kampong halaman di Pulau Pinang. Dimaklumkan Doktor Anthony ‘tidak gembira’ di tugaskan di pusat kesihatan dan arahan perpindahan adalah satu bentuk sabotaj kepadanya kerana dia adalah seorang doktor pakar, sepatutnya ditempatkan di hospital-hospital besar, bukan pusat kesihatan daerah.
Selesai isu Doktor Anthony dan sementara menunggu kedatangan doktor kanan baru, pekerja am klinik membersihkan banglo. Pada hari pertama, pekerja terdengar ada suara wanita menangis minta bukakan pintu. Bila dibuka, didapati bilik tersebut kosong.
Tukang bersih juga ada terdengar suara wanita marah-marah dalam bahasa Cina di tingkat dua, sedangkan mana ada orang lain dalam rumah selain tukang-tukang cuci.
Paling angker, Pak Amin, pemandu ambulan merangkap pemegang kunci-kunci rumah banglo mengaku ternampak perempuan Cina di sana. Selesai kerja-kerja pembersihan, dia memeriksa rumah untuk memastikan semua dalam keadaan baik, dan juga untuk mengunci bilik-bilik.
Ibrahim atau ‘Baim’ menceritakan pengalaman beliau semasa berusia 13 tahun. Ketika itu Baim baru berpindah ke sebuah pekan terletak di pantai barat mengikut ayah yang ditugaskan menjadi doktor di sebuah klinik daerah.
Baim dan keluarga disediakan kediaman di sebuah apartment berhampiran pusat kesihatan tempat ayah bekerja. Apartment baru dibina sebagai kuarters pekerja pusat kesihatan menggantikan kuarter lama terbina sejak zaman pasca-Merdeka. Kebanyakkan rumah-rumah kuarters lama sudah pun dirobohkan kecuali banglo dua tingkat yang terletak bersebelahan apartment.
Berdasarkan rekabentuk, Baim merasakan ia dibina sebelum Merdeka kerana mengingatkannya kepada bangunan-bangunan zaman kolonial yang biasa dilihat semasa tinggal di Ipoh. Menurut cerita jiran, rumah tersebut merupakan kediaman rasmi doktor kanan pusat kesihatan dan sejak apartment dibina, rumah itu telah dijadikan stor. Dalam erti kata lain, kalau apartment itu tidak dibina, kemungkinan besar Baim akan tinggal disana.
Antara kawan baru Baim adalah Hafiz, jiran di tingkat bawah. Sebaya dengannya, Baim dan Hafiz dengan mudah menjadi kamceng. Ayah Hafiz merupakan doktor gigi dan telah menetap di situ setahun sebelum Baim, dimana sebelum itu dia tinggal di Johor Bahru.
Mereka berdua melalui hari-hari kehidupan remaja seperti biasa, pergi balek sekolah, main badminton di bawah, atau berlegar main basikal. Hujung minggu pula dihabiskan dengan curi-curi baca komik kungfu Hong Kong di Kedai Wahab atau curi masuk arkib mini klinik untuk mencari buku-buku kesihatan yang ada gambar perempuan bogel.
Ketika Baim senang dengan kehidupan baru, dia mula melupakan adik perempuannya, Sofea, berusia 7 tahun. Sebelum berpindah dua beradik itu amat rapat dan menghabiskan waktu bersama. Tidak lagi dilayan abang seperti dahulu, Sofea sering merajuk. Sikit-sikit menangis, lepas itu cari gaduh dengan Baim, tak nak pergi sekolah dan sebagainya. Baim pun jadi tertekan kerana mak dan ayah memaksa untuk bawa Sofea keluar bermain.
Nak tak nak, terpaksalah Baim angkut Sofea ketika melepak dengan Hafiz. Teman baik nya itu amat dibenci Sofea kerana kuat menyakat dan ada waktu hampir nak bergaduh juga Baim sama Hafiz gara-gara membuatkan Sofea menangis.
Tapi kalau ada waktu mereka semua okey, tak tahu pula hendak buat apa. Baim memang takkan libatkan adik dalam kegiatan tak beretika dia dan Hafiz kerana amat sedia maklum perangai kuat mengadu Sofea.
Ini sedikit sebanyak menganggu persahabatan Baim dan Hafiz. Pada zaman itu, mana ada internet, smartphone dan bagi kebanyakkan remaja ketika itu, mempunyai rakan sebaya adalah penting, lebih-lebih lagi Baim. Di sekolah dia tidak rapat dengan siapa-siapa kerana rata-rata sudah kenal antara satu sama lain sejak dari sekolah rendah, cuma Hafiz yang memahami kerana boleh dikatakan dia juga berada dalam situasi sama.
Dua remaja lelaki yang kesunyian.
Ibubapa Baim sejak dari awal perpindahan sudah memberi amaran untuk tidak sekali-kali bermain-main di banglo sebelah apartmen. Alasan orang tuanya menurut kata Baim disebabkan banyak menyimpan ubat-ubatan dan bahan-bahan kimia merbahaya. Kalau ikut logik, apa yang nak bahayanya, sedangkan pintu dan tingkap semua siap bermangga. Hafiz juga berkata sedemikian, ibubapa melarang bermain-main di situ.
Satu tengahari Ahad yang berbahang, Baim melepak dengan Hafiz di koridor depan rumah temannya itu. Kedua teman rapat ligat memikirkan apa hendak dibuat kerana bukan senang nak dapat peluang ketiadaan Sofea yang sedang tidur siang. Mahu keluar merayau, tak ada mood kerana hari panas. Kedai Wahab pula tutup dan klinik sudah mempunyai pengawal keselamatan.
“Ko rase pintu kat beranda tu kunci tak?” tanya Hafiz pada Baim sambil melihat ke arah balkoni tingkat atas banglo. Baim tidak menjawab, tetapi meneliti persekitaran kawasan, mencari cara untuk memecah masuk.
“Kalau kite panjat tiang besi tu, boleh cecah beranda” Baim mencadang untuk memanjat paip besi saluran air hujan terpasang di dinding berdekatan balkoni. Mereka berpandangan dan bingkas bangun.