cprckkm | Unsorted

Telegram-канал cprckkm - CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

558344

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

Subscribe to a channel

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Cuci tangan anda dengan betul menggunakan air dan sabun atau pensanitasi tangan bagi mengelak penyebaran penyakit yang boleh membahayakan nyawa.

Ikuti saranan KKM untuk mencuci tangan dengan betul terutamanya pada musim perayaan ini bagi mengurangkan risiko jangkitan penyakit dari tangan yang tercemar.

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Selamat menyambut Tahun Baharu Cina.
Bina kemesraan dengan saling berkunjungan tetapi elakkan diri daripada dijangkiti demam denggi.
Lindungi diri daripada gigitan nyamuk dengan menggunakan produk penghalau nyamuk.
Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala jangkitan demam denggi.

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

❗️Amalan mencuci tangan merupakan salah satu cara yang paling berkesan untuk mencegah penyebaran kuman yang boleh menyebabkan penyakit.

💦Tangan yang bersih boleh mengelakkan kuman daripada merebak daripada seseorang individu kepada individu yang lain dan dalam kalangan komuniti termasuk di dalam persekitaran rumah, tempat kerja dan sekolah.

Oleh itu, amalkan kebersihan tangan dengan kerap membasuh tangan menggunakan sabun dan air atau pensanitasi tangan (hand sanitizer)

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Pemberian imunisasi pneumokokal adalah bertujuan untuk mencegah penyakit yang berpunca daripada jangkitan bakteria Streptococcus pneumoniae yang boleh mengakibatkan radang telinga tengah, radang paru-paru (pneumonia), radang selaput otak dan saraf tunjang (meningitis).

Pemberian vaksin pneumokokal dapat mengoptimumkan perlindungan daripada penyakit pneumokokal invasif dalam kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.

Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mendapat suntikan imunisasi pneumokokal dengan membuat janji temu di klinik kesihatan berhampiran.

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan Monsun Timur Laut (MTL) dijangka bermula pada 11 November hingga Mac 2024. Peningkatan curahan hujan berikutan Musim Monsun Timur Laut ini boleh menyumbang kepada peningkatan bekas berpotensi pembiakan nyamuk Aedes.

Justeru, masyarakat disarankan bersama-sama melakukan aktiviti pencegahan dan kawalan jangkitan denggi semasa dan selepas banjir.

Masyarakat perlu mengambil cakna mengenai masalah denggi dan sentiasa memastikan persekitaran tempat tinggal bebas dari tempat pembiakan nyamuk Aedes. Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika.

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Dengan rawatan yang sempurna penyakit kusta boleh disembuhkan sepenuhnya.

Lakukan saringan kusta sekiranya anda seorang kontak kepada pesakit kusta atau mengalami tanda seperti dikongsikan.

Saringan boleh dibuat di semua fasiliti kesihatan Kerajaan sekiranya anda mempunyai tanda atau simptom pada kulit dan tubuh badan anda.

#hentikanKusta
#beatleprosy

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Di Malaysia 🇲🇾, kanser prostat merupakan kanser yang paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki selepas kanser kolon dan paru-paru.
📌Dikongsikan amalan pencegahan kanser prostat sebagai panduan. Sekiranya anda mengalami tanda-tanda kanser prostat, mohon agar segera ke klinik kesihatan terdekat untuk menjalani pemeriksaan. Jika penyakit ini dapat dikesan pada peringkat awal, peluang sembuh adalah tinggi.

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

⚽️🏀⛹️‍♀️Aktiviti fizikal yang bersesuaian mengikut tahap umur banyak memberi pelbagai manfaat khususnya dari kesihatan fizikal, sahsiah dan kesihatan mental.

Penglibatan yang aktif dalam aktiviti fizikal mampu menyumbang ke arah pencapaian kecergasan pada tahap optimum dan kesejahteraan kehidupan secara menyeluruh.

Mari bersama-sama dalam mengamalkan tingkah laku budaya hidup sihat demi kelestarian kehidupan.

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

🩺Setiap lapisan masyarakat perlu bertanggungjawab, bertindak proaktif dan memainkan peranan masing-masing dalam usaha membantu mengurangkan kejadian kes demam denggi yang sedang meningkat.

𝐓𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐞𝐝𝐞𝐬, 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐠𝐢, 𝐜𝐡𝐢𝐤𝐮𝐧𝐠𝐮𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐳𝐢𝐤𝐚.

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

👥Ramai ibu bapa tidak sedar makanan manis ini boleh membuatkan kanak-kanak ketagih kepada gula.
📢Salah faham dan kurangnya kesedaran ibu bapa mengenai kepentingan kawalan pengambilan gula sejak kecil, boleh menyebabkan gigi rosak dan obesiti akibat makanan dan minuman manis yang tidak terkawal.

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

COVID-19 akan kekal berada dengan kita. Walau bagaimanapun, kita boleh mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan risiko jangkitan dan risiko mendapat komplikasi teruk sekiranya dijangkiti.

Lima (5) tindakan utama yang boleh dilakukan adalah:

1) Pemakaian pelitup muka mengikut saranan semasa KKM.
2) Melakukan ujian COVID-19 sekiranya bergejala.
3) Melakukan pengasingan kendiri atau menjalani HSO jika positif COVID-19.
4) Mendapatkan rawatan awal dan ubat antiviral Paxlovid bagi golongan berisiko tinggi yang layak.
5) Digalakkan mengambil vaksin COVID-19 bagi golongan berisiko tinggi.

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata. Konjunktivitis selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria dan virus.
Konjunktivitis boleh menular dari seorang pesakit kepada orang lain melalui sentuhan secara langsung, berkongsi tuala atau bantal, sentuhan muka atau berkongsi barang peribadi.
Maka, langkah pencegahan bagi mengelakkan penyebaran jangkitan adalah penting untuk dipraktikkan kerana sesetengah konjunktivitis boleh mengakibatkan komplikasi pada kornea.

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

🌡Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membeli dan menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 yang sudah tamat tarikh luput. Penggunaan kit ujian yang telah melebihi tarikh luput boleh memberi keputusan ujian yang tidak tepat. Untuk makluman, tiada kelulusan diberikan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) kepada pelanjutan tarikh luput untuk mana-mana kit ujian kendiri COVID-19.
Namun demikian, MDA ada memberikan kelulusan kepada perubahan jangka hayat dan kestabilan peranti perubatan yang telah berdaftar termasuk kit ujian kendiri Covid-19. Jangka hayat ialah tempoh masa sehingga tarikh luput, di mana reagen in vitro dalam pembungkusan asalnya, mengekalkan kestabilannya di bawah keadaan penyimpanan yang ditentukan oleh pembuat.

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan COVID-19 kekal berada di sekeliling kita. Amalkan 3W (Wash, Wear, Warn) sebagai langkah pencegahan kesihatan awam yang efektif.

Manakala, elakkan 3S (Sesak, Sempit, Sembang Dekat) bagi mengurangkan risiko penularan penyakit dalam komuniti.

"BERTINDAK SEGERA"
"BERSAMA MENCEGAH PENULARAN COVID-19"

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

🇲🇾 Mari bersama laksanakan tanggungjawab kendiri untuk melindungi golongan berisiko tinggi daripada risiko COVID-19.
Lakukan langkah-langkah pencegahan kesihatan awam bagi mengurangkan penularan jangkitan dalam komuniti.

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Nampak sihat tidak semestinya anda sihat.
Lakukan saringan kesihatan, cegah awal, sihat sepanjang hayat.
#ANMS #sihatmilikku

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Jom amalkan "berjalan 10,000 langkah" setiap hari sebagai budaya hidup sihat anda disamping dapat mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit.

Jangan bertangguh lagi!
Ayuh kita mulakan SEKARANG

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Tonsil adalah kelenjar yang bekerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh. Ia terletak di tepi sebelah belakang tekak.

Ketahui apakah yang menyebabkan radang tonsil dan rawatan yang boleh dilakukakan ke atas pesakit sebagai langkah pencegahan.

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

𝐓𝐀𝐇𝐔𝐊𝐀𝐇 𝐀𝐍𝐃𝐀?
📌Penyakit yaws adalah antara Penyakit Tropika Terabai (NTD) yang masih lagi terdapat dan dikesan di sekitar kawasan pedalaman. Penghidap penyakit ini boleh membawa kepada kecatatan kekal sekiranya tidak dirawat dengan sempurna.
"Bersatu, Bertindak dan Hapuskan"
"Ke arah Eliminasi Yaws di Malaysia Menjelang 2030"

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

📌Seharian di tempat kerja kadang kala menyebabkan pekerja berasa mudah stress dan kepenatan.
💪😍 Jom kita lakukan bersama tip seperti yang dikongsikan ini sebagai panduan untuk kita meningkatkan flesibiliti diri terutamanya dalam melakukan aktiviti yang boleh menyumbang kepada produktiviti ketika bekerja.

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Pemberian imunisasi pneumokokal adalah bertujuan untuk mencegah penyakit yang berpunca daripada jangkitan bakteria Streptococcus pneumoniae yang boleh mengakibatkan radang telinga tengah, radang paru-paru (pneumonia), radang selaput otak dan saraf tunjang (meningitis).

Pemberian vaksin pneumokokal dapat mengoptimumkan perlindungan daripada penyakit pneumokokal invasif dalam kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.

Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mendapat suntikan imunisasi pneumokokal dengan membuat janji temu di klinik kesihatan berhampiran.

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Bagi mangsa-mangsa yang terkesan teruk akibat bencana banjir serta mengalami perubahan emosi dan psikologi, anda tidak keseorangan.❤️

☎️Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental sedia membantu anda dengan menyediakan Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental HEAL 15555 (Heal with Empathy And Love), yang beroperasi setiap hari termasuk cuti umum baru 08:00 pagi sehingga 12:00 tengah malam

"Hentikan Stigma"
"Kesihatan Mental Milik Semua"

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

😇Stres adalah keadaan resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat tekanan mental atau fizikal.
Stres adalah normal pada situasi tertentu. Namun cara anda mengurus stres mampu memberikan impak positif atau sebaliknya kepada diri.
Amalkan tip seperti di atas bagi menangani stres yang dialami.
💪☎️Untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bantuan sokongan sosial, hubungi Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental- Talian HEAL 15555 (Help with Empathy And Love) yang beroperasi setiap hari termasuk cuti umum bermula 08:00 pagi hingga 12.00 tengah malam.
"KESIHATAN MENTAL MILIK SEMUA"
"HENTIKAN STIGMA"

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

KENYATAAN MEDIA
TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
MESYUARAT JAWATANKUASA KABINET MENANGANI DENGGI
1. Pada tahun 2023, sejumlah 123,133 kes #denggi telah dilaporkan berbanding 66,102 kes bagi tempoh sama tahun 2022, iaitu peningkatan sebanyak 86.3%. Namun berkurang 5.4% berbanding tahun 2019 (sebelum pandemik COVID-19). Jumlah kematian akibat komplikasi demam denggi adalah sebanyak 100 kematian dilaporkan pada tahun 2023 berbanding 56 kematian bagi tempoh yang sama tahun 2022.
2. Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi ini adalah mesyuarat kali pertama pada tahun ini dan bertujuan untuk menggembleng usaha dan tindakan bersepadu dalam pencegahan dan kawalan denggi di Malaysia, melibatkan pelbagai kementerian dan agensi strategik melibatkan 14 kementerian, semua Pejabat Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi menangani isu denggi di Malaysia.
3. Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi Bilangan 1/2024 ini telah memutuskan perkara-perkara berikut:
a. Meningkatkan keupayaan sumber melalui kolaborasi dengan agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan termasuk penubuhan Task Force bersama GLC.
b. Mempertingkatkan keupayaan sumber melalui penyumberluaran2 aktiviti kawalan dan pencegahan denggi seperti semburan dan larvisiding.
c. Memperkukuhkan kepimpinan setempat melalui penglibatan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dalam jawatankuasa kawalan dan pencegahan denggi peringkat negeri dan daerah.
d. Program pelepasan nyamuk #aedes #berwolbachia telah dilaksanakan di 32 lokaliti melibatkan 7 negeri bermula tahun 2019. Dari ini sebanyak 19 lokaliti telah lengkap 2 tahun 6 minggu dan penilaian keberkesanan menunjukkan penurunan kes denggi 45% hingga 100% berbanding sebelum pelepasan. Jawatankuasa Kabinet mencadangkan perluasan pengoperasian nyamuk Aedes berWolbachia melalui pertambahan 10 lokaliti baru bagi pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia yang memerlukan dana sebanyak 4 juta setahun bagi menampung kos operasi.
e. Jawatankuasa Kabinet juga mencadangkan penglibatan PBT dengan menjadikan pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia sebagai Projek Angkat oleh PBT.
f. Aktiviti #gotongroyongroyong secara berjadual di premis seliaan kementerian, jabatan dan agensi dijadikan agenda tetap dalam Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Peringkat Daerah dan Negeri. Selain itu, kempen dan gotong royong secara besarbesaran melibatkan pelbagai agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan, pemimpin setempat dan masyarakat akan dilaksanakan pada tahun 2024.
g. Satu kertas Memorandum Jemaah Menteri (MJM) akan dikemukakan dalam tempoh dua (2) minggu yang menggariskan langkah-langkah menangani denggi untuk persetujuaan Jemaah menteri.
4. Diharapkan dengan keputusan-keputusan yang diambil ini dapat meningkatkan pelaksanaan langkah-langkah kawalan dan pencegahan denggi sebelum ia menjadi lebih serius.
5. Saya menyeru semua rakyat mengambil cakna mengenai masalah denggi dan sentiasa memastikan persekitaran tempat tinggal bebas dari tempat pembiakan nyamuk Aedes. Tiada Aedes, tiada denggi, #Chikungunya dan #zika .
Sekian, terima kasih.
TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
PUTRAJAYA
15 JANUARI 2024
#kkmmalaysia #bebasdenggi

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Perkataan 'ditidurkan' menjadi ketakutan ramai sejak kebelakangan ini. Tanggapan ini hanyalah salah faham yang wajar dibetulkan agar informasi tidak tepat dapat dibendung penyebarannya.
Orang ramai dinasihatkan untuk menyemak kesahihan video yang ditularkan agar ianya tidak menyebabkan kebimbangan atau kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Maklumat sahih hanya boleh diperolehi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Pemakaian pelitup muka adalah dikehendaki bagi kes positif COVID-19 dan individu termasuk pelawat, pesakit, penjaga dan anggota kesihatan ketika berada di fasiliti kesihatan apabila berhadapan, berinteraksi dengan atau merawat pesakit.
Manakala, pemakaian pelitup muka amat digalakkan bagi individu yang bergejala respiratori, individu berisiko tinggi, terutama ketika berada di tempat yang sesak dan semasa berada dalam pengangkutan awam, berdasarkan penilaian kendiri.
BERSAMA KITA CAKNA TERHADAP LANGKAH PENCEGAHAN PENULARAN COVID-19

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

📌Pemilihan makanan yang bersih dan selamat perlu dititikberatkan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti penyakit bawaan air dan makanan, khususnya keracunan makanan.
⚠️Punca utama keracunan makanan adalah apabila seseorang individu memakan makanan atau meminum minuman yang telah tercemar dengan bahan pencemar seperti kuman, serpihan kaca, logam dan sebagainya akibat amalan pengendalian makanan yang kurang bersih dan tidak selamat.
Pengguna dinasihatkan untuk perhati dan pilih sebelum membeli makanan atau minuman. Sekiranya pengguna mempunyai kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

1️⃣ dalam 1️⃣0️⃣ wanita mempunyai penyakit kronik sebelum hamil dan terdedah dengan penyakit berisiko seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan asma.

👸Wanita perlu mengambil perhatian terhadap faktor risiko kesihatan yang boleh menyumbang kepada penyakit tidak berjangkit dengan mengambil makanan seimbang untuk memenuhi keperluan nutrisi badan, aktiviti fizikal yang sesuai untuk wanita hamil, tidak merokok dan menjaga kesihatan mental.

🩺Selain daripada itu, wanita dengan penyakit kronik yang berhasrat untuk hamil boleh mendapatkan nasihat dan penilaian menerusi Klinik Pra Kehamilan (Pre-Pregnancy Clinic) yang tersedia di Klinik-Klinik Kesihatan dan hospital-hospital berpakar KKM di seluruh negara.

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

🇲🇾 Mari bersama laksanakan tanggungjawab kendiri untuk melindungi golongan berisiko tinggi daripada risiko COVID-19.
Lakukan langkah-langkah pencegahan kesihatan awam bagi mengurangkan penularan jangkitan dalam komuniti.

Читать полностью…

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

Melioidosis disebabkan jangkitan bakteria Burkholderia Pseudomallei dan boleh menjangkiti manusia dan haiwan.

Individu boleh dijangkiti melalui pendedahan secara langsung dengan tanah atau air tercemar atau menyedut debu / titisan air yang tercemar.

Cegah jangkitan Melioidosis
semasa banjir, pakai peralatan perlindungan diri yang bersesuaian. Dapatkan rawatan segera jika bergejala.

Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

Читать полностью…
Subscribe to a channel