daieuntuksemua | Unsorted

Telegram-канал daieuntuksemua - Daie Untuk Semua

4412

Dakwah Itu Kewajipan Setiap Umat Islam, Kita Adalah Daie, Daie Untuk Semua, Semoga Allah Redha. . .

Subscribe to a channel

Daie Untuk Semua

Teman..

Janganlah malu untuk bertaubat walaupun selalu buat dosa. Sebab pintu taubat sentiasa terbuka selagi kita belum mati.

Tetapi malulah untuk buat dosa kerana banyak kali sudah bertaubat. Dan malulah apabila dah buat dosa, tetapi menangguhkan taubat.

Читать полностью…

Daie Untuk Semua

SUJUD LAMA BERDOA DALAM SEMBAHYANG

SOALAN :

Saya ingin bertanya tentang melamakan sujud di dalam rakaat yang terakhir.

Adakah disunatkan dalam solat berjemaah?

JAWAPAN :

Sungguhnya di antara tempat seorang hamba paling hampir dengan Tuhannya ialah pada waktu sujud. Oleh kerana itu sunat dibanyakkan berdoa ketika itu.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. sungguhnya Nabi saw telah bersabda :

أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ

Artinya : “Yang paling hampir seorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika dia sedang di dalam sujud. Maka hendaklah dia perbanyakkan berdoa.” (Hadith Muslim & Abu Daud)

Akan tetapi jika seorang itu menjadi imam hendaklah diringkaskan doanya kerana memelihara segala orang yang menjadi makmum dibelakangnya.

Ada pun jika solat sendirian maka tidak mengapa dia melamakan berdoa di dalam sujud sesuka hatinya.

Rasulullah saw telah bersabda :

إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ لِلنَّاسِ فَلْيُخَفِّفْ فَإِنَّ فِي النَّاسِ الضَّعِيفَ وَالسَّقِيمَ وَذَا الْحَاجَةِ وَإِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ لِنَفْسِهِ ، فَلْيُطَوِّلْ مَا شَاءَ

Artinya : “Apabila seorang kamu menjadi imam bagi manusia maka hendaklah dia ringankan solat dari kerana sungguhnya di kalangan manusia itu ada yang lemah dan yang sakit dan yang mempunyai hajat. Dan apabila solat seorang seorang kamu seorang diri maka panjangkanlah semahunya.” (Hadith Abu Daud)

KESIMPULAN

Di antara masa yang afdhal berdoa di dalam solat ialah ketika sujud dan sujud yang terakhir adalah yang paling utama.

Jika menjadi imam maka tidak afdhal dia memanjangkan sujud kerana berdoa bahkan berdoa dengan doa yang pendek supaya tidak memberatkan jemaah yang berada di belakangnya.

Jika solat seorang diri maka bebas dia hendak panjangkan doa di dalam sujud itu sekadar mana yang dia suka.

wallahu a’lam
ustaz azhar idrus

Читать полностью…

Daie Untuk Semua

betulll!

menjaga hati orang lebih sakit berbanding menjaga hati sendiri.

tapi hakikatnya kita akan merasa senang bila orang lain tersenyum.

tidak mengapa sayanggg ALLAH ada jaga hati kitaa☺️

Читать полностью…

Daie Untuk Semua

rindu kalau diluahkan pada seseorang bertambah rindu. tapi kann kalau rindu tu diluahkan dalam doa menjadi tenang.

insyaAllah☺️

Читать полностью…

Daie Untuk Semua

teruskannn berbuat baik, berkata baik, memberi nasihat yang baik, menaip yang baik baik saja.

walaupun tidak ramai orang mengenalimu, cukuplaa Allah mengenalimu lebih daripada yang lain.

jadilah seperti jantung yang tidak terlihat tetapi terus berdenyut setiap saat hingga membuat kita terus hidup menjelang akhir hayat.

setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri kita sendiri.

insyaAllah panjang umur jumpa lagi. maafkan kami admin admin daie untuk semua sebab lama tak kongsi ilmu di sini.

kita tetap sahabat. sayang korang selalu❤️.

Читать полностью…

Daie Untuk Semua

kurangkan berfikir apa manusia kata, banyakkan berfikir apa Allah mahu daripada kita. insyaAllah hati ini akan tenang dan tujuan hidup ini tiada lain selain mengharap redhaNYA.

wallahu a'lam

Читать полностью…

Daie Untuk Semua

alhamdulillah Allah beri peluang pada kita hidup lagi di dunia ini.

Allah beri peluang hidup bukan untuk bermaksiat TAPI untuk bertaubat.

sedarlah diri wahai umat.

Читать полностью…

Daie Untuk Semua

Assalammualaikum. Pagi.

Bersyukurlah masih dipinjamkan nafas, dapat menikmati nikmat Allah yang tak terhitung. Ucapkan Alhamdulillah, tanda terima kasih kita kepada Yang Maha Pencipta.

Alhamdulillah 💖
/channel/HadiahHati

Читать полностью…

Daie Untuk Semua

Manusia yang lupa pada kematian akan sentiasa rapat dengan maksiat.

Mengingati kematian itu menghidupkan jiwa untuk bertaubat.


#muhasabahdiri

Читать полностью…

Daie Untuk Semua

Allah terus memberi walaupon kita lupa meminta kerana Allah masih mencintai walaupon kita penuh dengan dosa.

Allahu😭

Читать полностью…

Daie Untuk Semua

Setiap hari umpama hari terakhir, andai bukan kiamat yang hadir mungkin nyawa akan berakhir. Nntah hari ini, esok mahupon lusa. Tiada siapa tahu melainkan DIA.

Читать полностью…

Daie Untuk Semua

Setiap kali baju kita kotor, kita akan basuh. Demikian pula, setiap kali kita berdosa kita akan bertaubat.

Читать полностью…

Daie Untuk Semua

Hati sunyi bukan sebab manusia tiada disisi tapi kita tidak meletakkan Allah di dalam hati.

Читать полностью…

Daie Untuk Semua

Daripada Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Manusia yang paling dekat denganku pada hari kiamat ialah mereka yang paling banyak membaca selawat untukku. "

( Hadis Riwayat Tirmizi )

Читать полностью…

Daie Untuk Semua

Kalau kita tidak jaga SOLAT percayalah yang lain pun akan terabai.

Читать полностью…

Daie Untuk Semua

FADHILAT BACA SURAH AL-KAFIRUN SEBELUM TIDUR

SOALAN :

Adakah benar membaca surah Qul ya ayuhal kafirun masa kita nak tidur terpelihara dari syirik?

Ia hadith atau bukan hadith?

Terima kasih ustaz.

JAWAPAN :

Memang benar amalan membaca ketika hendak tidur akan surah Al-Kafirun akan terpelihara dari syirik.

Telah diriwayatkan daripada Naufal bin Mu’awiyah r.a. Rasulullah saw bersabda :

إذا أخذتَ مَضجعَك منَ اللَّيلِ فاقرَأْ {قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ} ثُمَّ نَمْ على خاتمتِها فإنَّها براءةٌ منَ الشِّركِ

Artinya : “Apabila kamu hendak berbaring pada tempat tidurmu pada waktu malam maka hendaklah kamu membaca Qul Ya Ayyuhal Kafirun kemudian tidurlah selepas habis membacanya maka sungguhnya ia adalah kelepasan dari syirik.”

Hadith ini diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi dan dan Al-Baihaqi dan As-Suyuthi dan At-Tabrizi dan lainnya.

Semoga kita semua dimudahkan oleh Alllah mengamalkannya.

wallahu a’lam
ustaz azhar idrus

Читать полностью…

Daie Untuk Semua

jika kita mampu mengawal hati di dalam solat, insyaAllah kita akan mampu mengawal hati di luar solat.

hati yang berhubung dengan Allah tidak akan mudah terguris dengan kata kata dan karenah manusia.

jika hati masih liar dan sukar dikawal, itu petanda solat belum kyusuk, zikir belum mantap.

jika hati masih mudah terluka dengan kata kata dan karenah manusia, itu petunjuk hubungannya masih lemah dengan Allah.

( ustaz pahrol)

Читать полностью…

Daie Untuk Semua

barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.(Umar Al-Khattab RA )

Читать полностью…

Daie Untuk Semua

bersyukurlah kerana kau masih lagi berbumbungkan langit bukan tanah, kerana pintu taubat dan membuat kebaikan masih terbuka luas untuk mu.

Читать полностью…

Daie Untuk Semua

mencarut dan memaki bukan sunnah Rasullullah. jadiii elak dan jagalah mulut kita ini daripada menyebut perkataan yang sia sia.

kannn lebih baik kalau istighfar, terhapus juga sedikit dosa.

wallahu a' lam

Читать полностью…

Daie Untuk Semua

tidak pernah ada perkara yang menyenangkan di dunia ini melainkan yang akan kita lalui itu susah dulu.

makanya, bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian.

begitulah dengan kehidupan kita.

kita hidup di dunia ini bersusah payah demi kesenangan Syurga Allah di akhirat kelak.

wallahu a'lam

Читать полностью…

Daie Untuk Semua

assalammualaikum sahabat semua yang bahagia lagi membahagiakan😍

apa khabar IMAN kita hari ini? moga sentiasa meningkat walaupun penat😊

Читать полностью…

Daie Untuk Semua

Allah sentiasa dekat dengan kita tapiii kita yang selalu menjauh dari Allah.

Sedarlah wahai diri 😔


#muhasabahdiri

Читать полностью…

Daie Untuk Semua

Bukan tentang cantiknya rupa, melainkan tentang tertutupnya aurat sempurna. Maka anggunmu benar benar terjaga.

Cantik dalaman kerana ilmu di dada . Jelita luaran kerana aurat yang dipelihara dengan sempurna.

#muhasabahdiri

Читать полностью…

Daie Untuk Semua

Sibukkan diri dengan perkara perkara yang membawa kepada kebaikan dan ketaatan. Jika tidak kita akan disibukkan oleh perkara perkara yang membawa kepada kejahatan dan kemaksiatan.

Читать полностью…

Daie Untuk Semua

Selagi kita berada di atas muka bumi Allah ini selagi itulah kita akan di beri ujian oleh Nya.

Selagi kita hidup selagi itulah kita akan di beri ujian oleh Nya.

Selagi kedua dua belah kaki kita belum melangkah masuk ke Syurga , selagi itulah kita akan di beri ujian oleh Nya.

Kerana hakikat hidup di dunia yang fana ini kita takkan terlepas daripada ujian Nya.

Tanpa ujian kita tak akan kenal siapa diri kita.

Ujian itu pula tanda Allah Sayang kepada hamba Nya.

Читать полностью…

Daie Untuk Semua

Beribu nikmat dah Allah SWT kurniaakan. Takkan dalam sehari sekali pun susah nak ucap Alhamdulillah.

Читать полностью…

Daie Untuk Semua

Rezeki tidak akan pernah berkurang jika kita memberi. Jangan risau dengan rezeki kerana rezeki dari Allah. Allah dah aturkan semuanya.

Читать полностью…

Daie Untuk Semua

TIPS MUDAH BANGUN TAHAJJUD

Bila bangun memalam ni rasa liatkan. Sebab saya pon maciam tu jugak. So saya tau laa carne ghase payah nak bangun tahajjud tu.

Alhamdulillah sejak saya amal tips ni rasa automatik bangun dengan rela bukan terpaksa. Tapi kadang kita kena paksa diri jugak tau.

Ok laa saya kongsi antara tips yang membantu kita mudah bangun tahajjud.

1. ISTIGHFAR banyakkan istighfar kepada Allah dari pagi sampai malam. (buku FTR)

2. ‎SOLAT SUNAT TAUBAT sebelum tidur, dan mohon ampun segala dosa kita dan minta sungguh sungguh nak bangun tahajjud. (buku FTR)

3. Baca 10 AYAT AKHIR SURAH alKahfi sebelum tido.

4. Baca surah alMulk sebelum tido.

Kalau kali pertama tak jadi kena teruskan ISTIQAMAH sebab kadang Allah nak tengok kita ni bersungguh ke tak.

Ingat yaa KONSISTEN jalan menuju kejayaan.

Jom kejar KEMANISAN TAHAJJUD. Moga bermanfaat.


#peringatanuntukdirisendiri
#FORMULATARIKREZEKI
#teamMEP
#squadpinkMMG

Читать полностью…

Daie Untuk Semua

3 golongan pertama masuk neraka:

- pembaca Al- Quran yang bila dia baca, dia nak tunjuk suara dia merdu bukan baca kerana Allah.

- penyampai ilmu yang bila dia mengajar dia ingin dihormati bukan kerana Allah.

- jihad fisabilillah.. dia berjihad kerana ingin tunjuk yang dia berani dan gagah bukan kerana Allah.

Wallahu a'lam

Читать полностью…
Subscribe to a channel