🤍🎀
Bila melihat seseorang yang melakukan maksiat. Jangan benci pendosa itu. Jangan hukum pendosa itu. Jika nak benci,benci lah dosa yang dia lakukan. Bukan benci pendosa. Sebab kita sebagai manusia tak akan pernah lari dari melakukan kesilapan. Kita semua ada kesilapan. Bila ada kesilapan kita perlu perbaiki agar diri kita kembali bangkit untuk bertaubat kepadaNya.
🖤Nurin Arifah🎀💜
#JiwaSentapOfficial🔥
🖤telegram.me/dakwah_quotes
Sometimes Allah doesn’t give you what you think you deserve. Because Allah waits for you to realize that you deserve a lot more.
💜telegram.me/dakwah_quotes
°•●🕊🥀°•●
dear boy ;
nak anak orang jangan bawa couple tapi suruh family datang merisik . wanita ni mahal , bukan sekadar petik jari dah dapat ! kalau kau sayang dia, jangan bawa ke jalan zina tapi bawa dia ke jalan Allah hingga ke jannah
- sikecikkkkk🧸❤️
💜The annuraqisha
💜telegram.me/dakwah_quotes
Apa gunanya memiliki teman 1000 tetapi tak ada satupun yang dapat membimbingmu menuju syurgaNya Allah?
Carilah, karena teman yang baik bisa membantumu suatu saat nanti untuk masuk dalam syurgaNya.
🍯💕
🦋GadisSolehah
🦋telegram.me/dakwah_quotes
ஜ🥀ஜ
Setiap masalah yang melanda, Allah pasti datangkan bersama dengannya jalan keluar.
Cuma kita sebagai hambaNya seringkali terlupa untuk memohon petunjuk dan meminta pertolongan daripadaNya
🖋♥️
@TheKeyQuotes
@CahayaBulanOfficial
.
Saya suka dengan Quote ni.
Belum tentu Putih itu Tenang,
Belum tentu Hitam itu Kotor.
Lembaran Kain Kaabah itu berwarna Hitam,
Boleh menitiskn air mata bila melihatnya.
Sapa yang dah pergi Makkah Al Mukarromah?
Admin nak minta belanja Tiket ke sana.
Hihi.
In sha Allah,
Ada rezeki kita semua akan menjadi tetamu Dia.
Jangan takut.
Wallahu'a'lam
💜telegram.me/dakwah_quotes
ஜ🥀ஜ
Kita tidak akan menjadi manusia yang bersyukur selagi kita tidak belajar menjadi manusia yang redha
Kita tidak akan menjadi manusia yang redha, jika kita belum lagi ada sifat As-Sabar
🖋♥️
@TheKeyQuotes
@CahayaBulanOfficial
ஜ🥀ஜ
Jika kamu berteman dengan para pencinta dunia, mereka akan mengheret kamu mencintai dunia.
Jika engkau berteman dengan para pencinta akhirat, mereka akan membawa kamu mencintai Allah
🖋♥️
@TheKeyQuotes
@CahayaBulanOfficial
current mood;
366 of 366
glad to be here
alhamdulillah for everything
that happened in my life
i'm survived
i'm strong
i know that i can do it
you can do too
trust yourself
because you would never know
that you are 𝙨𝙥𝙚𝙘𝙞𝙖𝙡
✨🥰
www.hijrahsoul.com
🌸
Tahun 2020 telah banyak memberi aku memori. Memori itu ada yang indah. Ada yang pahit. Namun itulah kehidupan di dunia. Adakala kita akan diuji. Diuji bukan kerana benci. Tapi diuji kerana Dia amat mencintai kita. Dan Dia tahu kita mampu untuk laluinya walaupun perit itu terasa. Biarlah memori ini ku simpan agar dia menjadi sebuah pengajaran dalam hidupku. Sesiapa yang pernah buat aku terluka,sesiapa yang pernah menyakitiku. Aku maafkan dengan setulus hati. Minta maaf juga atas kesilapanku selama ini. Semoga tahun yang baru 2021 ini tahun yang memberi kebaikan kepada kita semua ").
💜telegram.me/dakwah_quotes
Keluarga Pilih Kasih🥀
Rasa sebak di hati,
Terluka bila disakiti,
Jiwa menanggung sakit,
Apabila keluarga terlalu pilih kasih,
Kasih untuk dikongsi,
Jangan sesekali memilih,
Takut nanti salah satu akan patah hati.
Hargai mereka sebelum pergi,
Bila dah sudah pergi,
Menyesal tiada guna lagi. ("
🦋Nurin Arifah
🦋 telegram.me/dakwahgirll
Menjadi seorang manusia itu,
Adakala perlu melalui episod hati yang bahagia dan hati yang berkecai kerana manusia.
Menjadi manusia itu,
Mengajar kita untuk memahami hidup manusia lain jua.
Kerana jika kita membuka mata untuk melihat hidup orang lain,
Kita akan nampak,
Adanya ujian yang terselit buat kita walau dalam hidup mereka.
Ujian manusia lain juga adalah ujian kita ☺️
Ujian 2021 🥀
Dunia dah tenat. Akhir zaman macam-macam dah berlaku. Ujian wabak penyakit covid-19 belum hilang. Ditambah pula dengan ujian banjir tahun 2021. Tapi semua ini pasti ada hikmahnya. Allah uji kita kerana Allah nak tegur kita. Di mana silap kita? Kita ni hamba pendosa yang sentiasa melakukan kesilapan. Adakalanya kita sedang terleka dengan cintakan dunia hingga kita lalai untuk mencari cintaNya. Sebab itu lah Allah hadirkan ujian ini supaya kita mengadu dan merintih kepadaNya.
Sebab itu bila Allah hadirkan ujian ini,jangan pernah mengeluh. Malah bersyukur lah sebab Allah uji kita. Allah uji bermakna Allah sayangkan kita. Untungnya kita ni dah lah diuji dengan penyakit covid kemudian diuji dengan banjir. Lepas diuji tu kita rasa syukur dan minta kekuatan serta pertolongan dari Allah. Kita redha dengan ujian yang Allah berikan kepada kita. Sedar tak sebenarnya itu semua boleh buat kita dapat ganjaran yang lebih banyak asbab dengan kesabaran kita bila menghadapi ujian ini. Nampak tak hikmahnya? Sebab itu bersangka baik lah terhadap Allah. Dia berikan ujian yang mungkin perit. Namun pengakhirannya ada hikmah dan kemanisan yang terindah.
Bersabar lah ketika diuji. Kerana orang yang sabar itu adalah orang Allah sayang. Kunci untuk masuk syurga juga adalah asbab kesabaran kita. That's why betapa pentingnya sabar ni. Ujian ini buat kita lebih dekat dengan Allah. Sebab hanya Allah saja yang mampu menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Bergantung pada Allah,maka kita akan hidup dengan tenang.
🖤Nurin Arifah🎀💜
🖤telegram.me/dakwah_quotes
Jika berharap lebih pada manusia, kekecewaan💔 akan hadir.
Jika berharap lebih kpd Allah, ketenangan akan hadir dalam hati❤️.
Tapi! kena berfikir sblm menyesal dalam berharap😊. Nak kecewa @ ketenangan. Pilihan di tgn anda🔥
💜telegram.me/dakwah_quotes
Teguran Buat Remaja Yang Ketagihan Video Pornografi🔥
Akhir zaman ini ramai remaja yang ketagihan dengan pornografi. Apatah lagi terlibat dalam adegan video pornografi. Tak kisah lelaki atau perempuan. Sama-sama perlu mainkan peranan. Bagaimana remaja sekarang ini boleh terlibat dengan video pornografi kalau dah media teknologi semakin canggih. Iklan lucah di mana-mana saja mesti akan timbul. Dengan drama yang melibatkan pergaulan bebas,seks dan lucah. Jadi jangan tanya kenapa remaja sekarang ini boleh terlibat dalam pornografi ni. Yahudi dan Nasrani memang nak sesatkan kita. Tapi kita sendiri tak nak usaha untuk tinggalkan semua benda ini. Bayangkan Rasulullah SAW melihat umat remaja seperti ini. Sudah pastinya perasaan baginda amat sedih dan kecewa sekali.
Nur sedih sangat dengar luahan ramai remaja. Macam-macam mereka luah. Jadi Nur sebagai saudara kepada umat Islam,Nur wajib untuk menegur kita semua. Tinggalkan pornografi ni. Kalau dah ketagih memang payah nak berhenti. Tapi kalau kita betul-betul nak berubah dan usaha untuk berubah. In shaa Allah,Allah akan memberi jalan petunjuk untuk kita berubah dari jahil kepada hijrah yang lebih baik. Kalau rasa nak tengok video pornografi,ambil wudhuk,banyakkan istighfar dan kalau boleh buat solat sunat dua rakaat. Kemudian doa lah minta perlindungan dari Allah. Allah ni baik. Dia pastinya akan mudahkan urusan kita jika kita meminta kepadaNya. Kalau kita sendiri yang tak nak usaha berubah,macam mana Allah nak mudahkan urusan kita?
Akhir sekali,jaga lah pandangan kita daripada melihat perkara yang haram bagi kita. Allah bagi nikmat mat untuk kita melihat dengan kebaikan bukannya melihat dengan benda yang haram. Firman Allah dalam surah an-Nur ayat 31:
"Katakanlah kepada orang-orang yang beriman supaya menyekat pandangan mereka daripada melihat perkara yang haram baginya."
Jelas? Kalau dah jelas,cukup lah buang masa dengan video pornografi. Ambil masa lapang untuk beribadat. Bukannya bila masa lapang kita melihat perkara yang bukan-bukan.
Hadam🔥
🦋Nurin Arifah♥️✨
#TeguranBuatRemajaAkhirZaman🔥
#DakwahDemiGenerasiUmmah✊🏻
🦋telegram.me/dakwahgirll
ஜ🥀ஜ
Biar tiada harta tetapi ada ilmu agama didada
Kenapa ?
Kerana, itu sudah cukup untuk membezakan amalan yang mana dapat membawa ke syurga atau neraka
🖋♥️
@TheKeyQuotes
@CahayaBulanOfficial
ஜ🥀ஜ
Prayer is invisible but it makes the impossible possible. And It’s Allah job to work the wonders.
Our part is simple,
Pray, believe and wait.
🖋♥️
@TheKeyQuotes
@CahayaBulanOfficial
Manusia memang suka dipuji. Dengan pujian lah kita mampu bangkit dan menjadi insan yang positif. Namun, kita perlu didik diri, tanya diri dengan siapa aku harus dipuji? Wahai wanita, malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana, tetapi ia mampu menjaga diri tiada siapa yang akan boleh merampasnya, melainkan..kau sendiri yang pergi menyerah diri.
-
Tag semua kawan perempuan korang & share dekat story❤
Fatamorgana - @munifhijjazofficial @hijjaz_official
-
Daripada Usamah bin Zaid RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
-
مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ
-
Maksudnya: “Tidak aku tinggalkan selepas daripadaku yang lebih berbahaya ke atas kaum lelaki daripada wanita.” [Riwayat al-Bukhari (5096) dan Muslim (2740)]
-
Jauhkanlah diri kamu dari terfitnah dengan dunia dan juga orang perempuan.’’ [Lihat al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi, 17/213]
-
Wahai para lelaki, jaga lah pergaulan dengan para wanita. Itu je pesanan dari hamba yang hina ni.
ஜ🥀ஜ
Kamu,
Pilihlah untuk menjaga aurat dan maruah , disaat wanita lain lebih suka berpakaian ketat
🖋♥️
@TheKeyQuotes
@CahayaBulanOfficial
ஜ🥀ஜ
Walaupun hidup kita singkat,
Jangan lepaskan segala keindahan yang lalu depan mata kita.
🖋♥️
@TheKeyQuotes
@CahayaBulanOfficial
Dalam membelek sisa helaian bab terakhir ini, ingatan mula mengimbau memori.
Tempoh waktu yang telah dikurnia, dihias dengan retakan duka juga butiran bahagia.
Mungkin 12 purnama tidak lah terlalu panjang, namun telah banyak mengajar diri erti pengajaran.
Pengajaran yang membawa diri hingga ke detik ini, maka – segalanya syukur pada Ilahi.✨
#aksara
T.me/syuhaisme
Selamat Tinggal Tahun 2020🎈
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi. Masih berkesempatan untuk menulis kata-kata indah. Semoga kata-kata ini menusuk dalam hati buat pembaca yang dimuliakan. Pada akhir tahun 2020 ini nisa' ingin memohon maaf atas kesilapan secara sengaja atau tidak sengaja. Maafkan lah atas kekhilafan nisa' ini. Kerana mungkin tak sedar,Nur pergi menjemput Ilahi. Sahabat, akhir tahun ni apa yang kita buat? Jika kita pernah menyakitkan hati seseorang. Minta lah maaf kepada orang yang pernah kita sakitkan hati dia. Jika kita pernah buat dosa. Jika kita pernah terjebak dalam lembah kemaksiatan. Bertaubat dan perbaiki lah diri. Agar diri kita tetap utuh taat akan perintah Allah SWT.
Jika kita rasa bersalah,maka minta ampun lah pada Ilahi. Allah ni sangat baik. Walaupun kita lupakan Dia. Walaupun kita menzalimi Allah. Tapi Dia tetap ampunkan kita. Dia tetap hulurkan pertolonganNya terhadap kita. Cuma kita ni sebagai hamba Allah,berubah lah jadi hamba yang sebenar. Hamba yang taat akan perintah Allah. Jadikan akhir tahun 2020 ini tahun yang boleh beri kita peluang untuk terus berubah dan perbaiki diri. Jangan mudah putus asa teman,kerana pengakhirannya bukan di sini. Masih ada lagi peluang untuk kita terus mengejar syurgaNya. Selagi pintu taubat masih dibuka. Ayuh raih peluang ini sampai dapat. Supaya tahun 2021 kita dapat mulakan azam dan kehidupan yang baru.
Akhir kata,berhenti lah daripada melakukan kemaksiatan. Kerana hidup kita ni tak lama mana. Boleh jadi esok atau lusa kita dijemput ajal. Jadi sebelum nyawa menjemput,selagi pintu taubat masih dibuka untuk kita bertaubat. Maka kita perlu lah bertaubat kepada Allah SWT. Beriman dan bertakwa lah kepada Dia. Jadikan kehidupan akhir tahun 2020 ini adalah sebagai pengalaman atau pengajaran untuk kita. Supaya di tahun baru 2021 nanti akan menjadi yang lebih baik. In shaa Allah. Semoga bermanfaat. Selamat tinggal 2020🥀Selamat datang 2021✨
🦋telegram.me/dakwahgirll
Perpisahan, selalu saja bisa membuatkan hati yang beku menjadi cair,
Selalu saja mampu membuat jiwa yang teguh menjadi longlai,
Selalu saja akan membuat air mata mengalir laju.
Perpisahan, selalu saja akan membuat manusia terduduk,
Bukan kerana tidak redha dengan takdir ,
Namun kadang terfikir bagaimana untuk membiasakan hidup selepas kehilangan.
Perpisahan, selalu saja buat manusia hilang arah,
Bukan kerana membentak dengan takdir Tuhan,
Cuma kadang diri masih mencari kekuatan.
Perpisahan, selalu saja menyakitkan,
Bukan kerana tidak merelakan pemergian,
Tapi kadang hati terlalu mengharap untuk punya waktu bersama lagi.
Dan aku tak pernah sanggup untuk perpisahan lagi dan lagi.
🦋 telegram.me/dakwahgirll
Ilmu dan faham adalah dua perkara yang berbeza. Orang yang berilmu belum tentu faham tetapi orang yang faham itu petanda dia memiliki ilmu, adab dan akhlak.
Ilmu boleh diambil daripada makhluk tetapi kefahaman hanya diperolehi daripada khaliq (Allah).
Ilmu didahulukan daripada faham tetapi kefahamanlah yang akan membaikkan setiap ilmu.
Tidak ada ilmu yang lebih utama melainkan ilmu mengenal Allah.
Tidak ada kefahaman yang lebih baik melainkan faham dalam urusan agama.
💜saiyyidatul
💜 t.me/dakwah_quotes