Jangan nilai keilmuan seseorang melalui amal ibadahnya kerana ilmu itu soal antara hamba dengan Tuhannya
@dakwahonz
Syurga bukan angan - angan, tapi kenyataan yang akan dapat kita capai selepas pelbagai usaha dicurahkan ...
Iaitu beramal dengan kebaikan
@dakwahonz
Bunga yang subur biasanya beri persepsi baik pada kita, mungkin kita akan senyum je lepas tengok🙂atau mungkin mata kita tak nak lepas seinci pun daripada bunga tu
Same goes jugak dengan agama Islam, bila semua penganutnya hidupkan nilai yang ada, praktikkan setiap suruhan yang menjadi perintah Dia, malah sebarkan pula inti-intinya
Trust me, everyone from all over the world will respect and look up to us !
With or without we realize it..
Sebab memang jadi fitrah manusia akan tertarik dengan benda yang cantik, subur dan ada nilai 💐
Islam dicorakkan oleh kita😉
Let's pattern art on it
@dakwahonz
Jika Tuhan mencintai seseorang
Dia menyiksa mereka
Jika mereka bertahan dengan ketabahan
Tuhan memilih mereka
_jalaluddinrumi_
@dakwahonz
Biarlah jalan kehidupan ni tak ikut seperti yang diimpikan. Sekurang-kurangnya hati tak jauh dari Tuhan🍃
@dakwahonz
Bahagia ni bukan pada tingkah laku. Bukan dari senda tawa😁. Bukan dari wajah ceria tanpa air mata. Bukan dari zahir kelakuan manusia
Bahagia tu dekat hati...
Hati yang syukur, sangka baik dan redha dengan segala takdir yang telah pun ditulis untuknya
Itulah rahsia hati tenang dan bahagia💖. Walaupun zahirnya terluka tapi jiwanya hidup sentiasa
Hati yang hidup subur
- Hati ke Hati -
@dakwahonz
Belajar merendah diri...
Jadilah seperti padi, semakin berisi semakin tundukkan diri🌾, semakin berilmu, semakin merendah diri. Semakin berjaya, semakin merendah diri. Jangan jadi seperti lalang, makin lama makin tinggi. Akarnya mencengkam bumi,
lintuk liuknya menyakitkan hati😤
- Hati ke Hati -
@dakwahonz
Hati manusia yang mempunyai Allah di dalamnya adalah hati yang sentiasa bahagia
💝
- 💓 to 💓 -
@dakwahonz
"Setiap orang yang baik, ada masa silamnya. Setiap orang yang jahat, ada masa depannya."
- Runihara -
@dakwahonz
"Kita tak akan capai kebaikan, sehingga kita beri apa yang kita sayang💝"
- Ustaz Zul Ramli -
@dakwahonz
The life was never meant to be perfect.
And this world isn't Jannah(Paradise) and it isn't perfect.
Allah will test us with our emotions.
@dakwahonz
Bad Akhlak with Allah - neglecting solat
Between a man and disbelief and paganism is THE ABANDONMENT OF SOLAT
( Sahih Muslim, 116 )
@dakwahonz
Wanita tu sangat tinggi nilainya
Kalau nak dibandingkan dengan zaman Nabi dulu , terseksanya mereka
Harga diri wanita seolah dijual beli sesuka hati
Kerana itu, Nabi perjuangkan agama Islam yang mengangkat martabat wanita selayaknya
Setiap apa yang wanita buat, ada batas yang tak boleh lepas
Suaranya bahkan aurat jika sengaja dilenggokkan untuk menarik perhatian
Pergelangan tangan dan kakinya juga adalah aurat yang selalu diambil ringan
Hanya muka dan tapak tangan sahaja diberi kelonggaran
Betapa bernilainya seorang wanita🍀
Jagalah maruah, hargai usaha Nabiyullah
Mahalkan segalanya supaya pengorbanan Nabi tak sia-sia
Bukan nak suruh sombong bila berjumpa, hanyasanya jaga batas sebagai wanita selayaknya
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
اَلْمَرْأَةُ عَوْرَةٌ ، وَإِنَّهَا إِذَا خَرَجَتْ مِنْ بَيْتِهَا اِسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ، وَإِنَّهَا لاَتَكُوْنُ أَقْرَبَ إِلَى اللهِ مِنْهَا فِيْ قَعْرِ بَيْتِهَا
Wanita itu aurat, jika ia keluar dari rumahnya maka syaitan mengikutinya. Dan tidaklah ia lebih dekat kepada Allah (ketika solat) melainkan di dalam rumahnya
@dakwahonz
Pandangan mata adalah pantulan hati❤️, jika bercahaya maka berimanlah dia namun jika suram siramilah dalamannya 🚰
Iaitu dengan 'beramal untuk menghidupkannya'
Detik demi detik
Hari demi hari
Minggu demi minggu
Biarpun tahun demi tahun...
Sehingga sinar cahaya tu mula terpancar melalui mata✨
Ketenangan hati pun mula terasa
Hati yang hidup ialah hati yang takutkan Allah☺️
Dah alang-alang hidupkan hati tu, apa salahnya cantikkan dengan hidupkan sunnah Nabi jugak...ya tak?
@dakwahonz
Muhasabah Penyelamat Manusia
Daripada Ibnu Umar r.a, dia berkata, "Saya pernah mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Pada hari kiamat orang mukmin akan dihadapkan kepada Allah dengan sangat dekat sekali, hingga tubuhnya menyentuh Allah. Setelah itu, Allah akan menerangkan atas dosa-dosanya. Kemudian, Allah akan bertanya, "Apakah kamu tahu dosamu?". Orang mukmin itu menjawab: "Ya Tuhanku, saya tahu dosa saya". Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku telah menyembunyikannya untukmu ketika di dunia dan pada hari ini Aku telah mengampunimu". Lalu orang mukmin itu diberi catatan amal baiknya.
-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim-
@dakwahonz
Sandarlah kepada Allah setiap saat, kau akan temui betapa nikmatnya kehidupan apabila hati sentiasa terikat dengan Tuhan
@dakwahonz
Mustahil akan bahagia hati jika tak mencintai Allah sampai mati
- Iddin -
@dakwahonz
Dalam solat, hati masih terikat dengan dunia🌏 sehingga solat pun tak mampu leraikan dia dari ikatan tu. Dunia dah pegang hati dia . Dalam solat masih tak mampu merasakan ianya perintah raja segala kerajaan. Perintah Tuhan Yang Maha Agung
Sebab tu, jangan tanya kenapa tak bahagia...kalau solat kita masih huru-hara🍁
- Iddin Ramli -
@dakwahon
"Pelbagai perisa akan mengindahkan rasa, ujian akan mengindahkan kehidupan manusia".
- 💓 to 💓
@dakwahonz
"Saat ini kehidupan di dunia adalah realiti dan akhirat itu hanyalah satu cerita. Suatu saat nanti, akhirat akan menjadi realiti dan kehidupan dunia yang kita lalui sekarang akan menjadi satu cerita".
Berbahagialah mereka yang melalui kehidupan di dunia dengan penuh kecintaan kepada Nya❣
- Iddin Ramli -
@dakwahonz
"Tak ada manusia dan makhluk yang boleh berbuat sesuka hatinya. Cakerawala ini sendiri bergerak teratur kerana mereka berperaturan dan punya hukumnya. Bumi ini🌍, kita lihat mampu menampung kehidupan kerana ia punya peraturan dan hukumnya yang tersendiri. Sebagai manusia, kita ada kebebasan, tapi kebebasan Kita tak akan pernah mutlak."
- Afiqzuniya Sazlani -
@dakwahonz
Kawan, jangan sampai apabila ada orang lain yang berjaya mencapai sesuatu dalam dalam kehidupannya, membuatkan dirimu terpacu untuk segera mendapatkan perkara yang sama.
Saya cuma risau jika usaha yang kamu lakukan, disertai dengan rasa iri. Jangan sampai kamu meletakkan tujuan tersebut semata-mata untuk mendapatkan pujian yang melambung. Itu bukan cara yang benar, kawan. Sekali-kali tidak benar.
Tetaplah berjalan di jalan yang telah Allah tetapkan untukmu. Kita melakukan segala perkara dalam dunia ini tidak perlu meletakkan pendirian kepada orang lain bukan? Sedarlah kawan, setiap sesuatu yang kita usahakan, bukan dinilai dari cepat atau lambatnya untuk sampai kepada tujuan. Tetapi dinilai melalui bagaimana cara kita menjalani setiap satu prosesnya dengan benar. Dan yang paling penting adalah sebuah persoalan, adakah Allah redha dengan usaha kita itu ataupun tidak.
Sebab, apapun yang kita usahakan, ia adalah sebuah wasilah untuk diri kita mendapatkan keredhaan Allah. Hidup mesti ada prinsip. Apabila kita sudah berprinsip, jangan sesekali lari darinya.
Jika bukan kerana redha Allah, kita bukanlah siapa-siapa.
Jagalah maqam muraqabah dalam diri. Pentingnya menjaga muraqabah tidak hanya pada pengakuan yang diungkapkan oleh lisan, tidak juga pada tangan, kaki, mata, telinga dan hati. Muraqabah yang kuat dijaga oleh seseorang, akan menjadikan dirinya versi terbaik bagi kehidupan zahir dan batinnya, sebab dia sedar bahawa Allah sentiasa mengawasi sampailah dari bisik hatinya yang paling dalam.
ig ; bintu.rzz
@dakwahonz
AKHLAK WITH DIFFERENT GENDER
"Behold ! A man is not alone with a woman but the third of them is the devil👿"
(Sunan Al-Tirmidhi,1091)
@dakwahonz
AKHLAK IN FINANCIAL AFFAIR
When we appoint someone to an administrative post and provide him with an allowance, anything he takes beyond that is unfaithful dealing
( Sunan Abu Dawud, 2554 )
@dakwahonz