07.
Tidak semua kenyataan harus dipersoalkan.
Kamu perlu sedar yang melakar dan mewarnai kehidupanmu itu bukan karyawan seni yang hebat, tapi Tuhan yang Maha Hebat.
Jalani saja tanpa hairan jika kamu percaya Tuhan sesekali tidak akan melukakan
- Noktah Yang Memujuk 2
@dakwahonz
Sebelum berlakunya hari kiamat, fitnah akan terjadi umpama malam yang menggelapkan. Malam itu sudah pun gelap, namun fitnah itu lebih gelap dari gelapnya malam.
- Habib Ali Zaenal Abidin
@dakwahonz
Persahabatan bukanlah tentang siapa yang kau kenal paling lama, tapi tentang dia yang datang dalam kehidupanmu dan berkata, "aku di sini untukmu" lalu membuktikannya.
naprmsti_
@dakwahonz
Kita lebih suka bagi masa pada makhluk, berbanding bagi masa pada Allah.
Scroll tiktok.. ralit tengok orang gelek sana sini. Sibuk tengok orang ni pakai kereta apa, pakai baju apa. Sedar tak sedar setengah jam dah kita kat situ. Ada faedah ke? Tak ada.
Kualiti kehidupan seorang Islam, adalah meninggalkan perkara-perkara yang tiada kaitan dengannya. Ini hadis Nabi.
Kalau nak Islam kita ada kualiti, iman kita ada kualiti.. benda tak ada kaitan dengan hidup kita tak payah dok sibuk.
Yang kita kena sibuk apa dia? Macam mana cara nak dekatkan diri dengan Allah. Dosa kita banyak. Kelalaian kita banyak.
Maka tumpukanlah segala fokus hidup kita untuk dekatkan diri dengan Allah.
- Ustazah Norhafizah Musa
@dakwahonz
Apa yang kita nak jaga bila kita diuji oleh Allah?
Hati kita terhadap Allah.
Siapa yang boleh terus bersangka baik dengan Allah, yakin segala yang baik dengan Allah...Allah amat dekat, amat redha dengan hambaNya yang seperti ini.
- Ustazah Norhafizah Musa
@dakwahonz
Kadang-kadang kita nampak benda tu macam masalah besar, tapi rupanya kerana masalah besar itulah kita mengenal Allah Yang Maha Besar.
Jadi, jangan dengki bila pandang orang yang nampak macam takde masalah.
Kita tak tau bagaimana hubungannya membesarkan Allah. Sebab bila seseorang diuji dengan masalah yang besar, tapi dia tetap membesarkan Allah...datanglah masalah apa pun tetap kecil di sisi dia.
Allahuakbar.
Orang sibuk tanya macam mana kau boleh bertahan itu ini, hati ni rasa nak bagitau. Tapi apa fadilatnya? Apa kebaikannya?
Kalau aku boleh syurga dengan ujian ni ya Allah, beri aku kesabaran sampai tarikh mati aku, beri aku kekuatan.
Bukalah mana-mana pintu syurgaMu sebab Engkau dah janji bahawa orang yang sabar, ada berita gembira untuknya. Moga-moga itu aku ya Allah, walaupun aku tak berapa gembira macam orang lain.
- Ustazah Muzayyanah Abdullah -
@dakwahonz
Bila tengok couple berjalan berpegangan tangan, ibarat teh dan gula..kedua-duanya mintak dijirus air panas 🫖
- Ustaz Azhar Idrus
@dakwahonz
Kebaikan akan menjadi cahaya di dalam hati dan kekuatan untuk beramal. Sedangkan keburukan akan menjadi kegelapan di dalam hati dan kelemahan dalam beramal.
- Sulaiman at-Taimi -
Maka, hati-hati dengan apa yang kita lihat, cakap dan dengar. Sebab itu yang akan tentukan kualiti rohani❤️🩹.
@dakwahonz
Cahaya adalah tentera bagi hati dan kegelapan adalah tentera bagi nafsu. Makin kita duduk dalam kegelapan, nafsu makin kuat. Makin kita duduk dalam cahaya, hati & iman makin kuat.
- Ustazah Norhafizah Musa -
@dakwahonz
Yang menyebabkan hati jadi keras adalah kerana bertindihan dosa demi dosa yang kita lakukan 🍃
- Syeikh Muhammad Zainul Asri
@dakwahonz
Allah terkadang beri hukuman kepada manusia bukan terhadap fizik dan kekayaan yang dia miliki. Mungkin kereta dia masih ada, rumah dia masih bagus, pakaian dia masih elok.
Tapi?
Allah cabut kenikmatan hatinya ketika beribadah kepada Allah. Dan cukuplah itu sebagai hukuman berat yang Allah berikan kepada seorang hamba.
- Ustaz Oemar Mita -
@dakwahonz
Maaf andai teguranku membuatmu terasa,
Aku cuma bimbang kamu terus lalai dengan dosa
@dakwahonz
Ketenangan badan ada pada sedikitnya makan, tenangnya hati saat tak melakukan dosa, dan ketenangan lisan saat tidak banyak bicara.
- Imam Al Ghazali
@dakwahonz
Duhai malaikat, sampaikanlah doaku pada Tuhan. Semoga urusan dunia akhiratku sentiasa dipermudahkan 🤲
@dakwahonz
Jangan berharap dengan dakwahmu semua orang akan mencintaimu, kerana berjayanya suatu dakwah adalah apabila ada segelintir masyarakat yang membencimu. Rasulullah صلى الله عليه وسلم saja dibenci oleh kaum Quraisy, bagaimana dengan kamu
- Habib Umar bin Hafidz
@dakwahonz
Lama hati ini cuba untuk bersabar dan bersangka baik..bukan kerana tak terima kenyataan tapi kerana percaya dengan angan-angan yang menjadi harapan
Sebaik saja aku melangkah, saat itu juga engkau punahkan harapan yang aku gubah
Tuhan, perbaikilah hubungan kami. Jauhkanlah hatinya dari tipu daya dunia dan seisinya
Kerana dia bukan kawan, tapi sahabat
Bukan pemberi luka, tapi pemberi ubat
Bukan sekadar 'jom makan', tapi juga 'jom solat'
Semoga hubungan kita macam dulu lagi sahabat ❣
@dakwahonz
Jaga-jaga, jangan sampai terpadam mata hati. Sehingga makhluk lebih kita pandang dari memandang Allah.
- Syeikh Zainul Asri
@dakwahonz
Jika manis, Allah mengajarku erti syukur.
Jika pahit, Allah mengajarku erti sabar.
Jika dikecewakan, aku sedang belajar hakikat tawakal.
Jika cemas, Allah mengajarku erti mengharap.
Dan bila sedikit, Allah mengajarku erti qanaah (rasa cukup dengan yang ada).
- Ustaz Pahrol Mohd Juoi
@dakwahonz
Kenapa otak ni sibuk fikir nak jaga perasaan orang, tapi tak fikir nak dapatkan redha Tuhan😔?
@dakwahonz
Kalau kawan kita malas solat, jangan buruk sangka kata dia malas..kemungkinan dia gila. Orang gila mana wajib solat.
- Ustaz Azhar Idrus
@dakwahonz
Tuhan selalu punya sesuatu untukmu. Kunci untuk setiap masalah, cahaya untuk setiap kegelapan, pertolongan untuk setiap kesedihan, dan rencana indah untuk setiap hari esok.
cr: inspirasi_bahagia
@dakwahonz
Aku berlindung kepada Allah atas ketidakpastian masa depan, dari keputusan yang keliru, dari perihnya kenyataan, dari pahitnya kekecewaan, dari hati yang berbolak-balik, dari pengkhianatan manusia dan dari cinta yang salah ❤️🩹
- Thalhah Syahidulhaq -
@dakwahonz
"Even if you study hard, memorize things and watch videos.. nothing beats the actual experience
That is why you should see more and experience more".
- Cha Eunjae
@dakwahonz
Jangan biarkan kecewa membuatmu benci.
Jangan biarkan luka membuatmu jahat.
Jangan biarkan kerasnya hidup membuatmu curang.
Dan jangan biarkan pahitnya hidup membuat manismu hilang.
Tetaplah jadi baik. Tutup matamu, diam dan tetaplah di sana.
- Ustazah Syarifah Aminah Al Attas
@dakwahonz
Dari satu sudut – atau banyak –, sangat perlu disyukuri jika kesilapan kita masih ditegur, bahkan jika dengan kecaman sekalipun.
Sekurang-kurangnya, kita sedar kita tersilap. Dan orang lain pun sedar kita tersilap.
Ada orang, kesilapannya menjadi hujah untuk menolak kebenaran. "Si anu buat begini, takkan silap kut?!"
Orang itu tidak tahu dia silap. Lebih teruk, orang lain menyangka kesilapannya adalah kebenaran. Sesat, lagi menyesatkan.
ضَلُّوا فأضلُّوا.
Diam bukan bermaksud tak kisah,
Cuma sedang memberimu ruang untuk fikirkan apa yang salah
@dakwahonz