The beginning of healing is letting the pain seen as it is. Name the pain. Describe the pain. Respect the pain for carrying out its role of indicating that something is wrong. Sometimes we think we notice our pain, but we cover it with preconditioned assumptions that cloud what is happening in actuality.
So, do not try to take it lightly when it is heavy. Do not suppose it is shallow when it is deep.
It is not our place to distort the picture of our hurting if we try to be fair with its healing.
- Making Art Out Of Pain
@dakwahonz
Entah kenapa kita masih lebih banyak fikirkan perkara dunia berbanding perkara akhirat. Si dia lebih sering menari-nari dalam fikiran. Anak dan pasangan lebih sering dikhuatirkan. Sentiasa manusia dan manusia, sementara Allah hanya terlintas tatkala ujian sedang menghalang.
Melepak di kafe, restoran, atau gerai bersama-sama teman yang melalaikan lebih menyenangkan berbanding berlama-lama atas sejadah menghadap Tuhan. Tak tahan.
Luahkan perasaan kepada manusia berjam-jam terasa menyenangkan, tapi berkomunikasi dengan Allah terasa tak selesa. Menyanyi atau cakap perkara-perkara tak bermanfaat lebih hebat daripada melantunkan ayat al-Quran.
Adakah itu kita? Jika ya, dunia kita dah tergadai. Dunia yang sepatutnya kita huni berpaksikan keredhaan Allah, kita tukar dengan kelalaian yang sementara.
- Perempuan Limited Edition
@dakwahonz
Haruskah umur yang sangat terbatas dan begitu pendek ini habis sia-sia dengan kerja-kerja murahan dan penuh kemaksiatan?
Apakah kamu memiliki umur lain selain umur ini?
Apakah kamu memiliki hari-hari lain selain hari-harimu saat ini?
Apakah kamu memiliki perjanjian dengan Allah yang kamu tak akan mati?
(Dr A'idh Al-Qarny)
@dakwahonz
Dia tenang kerana dia percaya hujungnya ada cahaya
Bukan tak sakit, cuma berpura-pura sihat sehingga terbiasa kuat
Pergantungannya kepada Tuhan sangat tinggi, sehingga ujian itu terasa ringan buat hati
Selamanya diam itu lebih baik daripada kata-kata yang buruk, dan tenang adalah nikmat bagi orang yang sabar lalui ujian
@dakwahonz
"Tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan gurau senda, dan mereka telah tertipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah mereka dengan al-Quran agar setiap orang tidak terjerumus ke dalam neraka akibat perbuatannya sendiri. Tiada baginya pelindung dan pemberi syafaat selain Allah. Dan jika dia hendak menebus dengan segala tebusan pun, nescaya tak akan diterima. Mereka itu adalah orang yang dijerumuskan ke dalam neraka disebabkan perbuatan mereka sendiri. Mereka mendapat minuman daripada air yang mendidih dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka dahulu".
(Al-An'am: 70)
#muhasabahbersama
@dakwahonz
"Hendaknya engkau bersikap jujur pada dirimu dan bermuhasabah pada dirimu. Hisablah (muhasabah) diri kalian, sebelum kelak kalian dihisab. Timbanglah amal-amal kalian sebelum kelak kalian ditimbang. Kerana hari ini, waktunya beramal tanpa hisab (tak berkira) dan esok di akhirat waktunya dihisab tanpa boleh beramal lagi🍂".
(Syeikh Muhammad Zaghir)
@dakwahonz
"Tidak ada kebaikan daripada banyak percakapan rahsia mereka, kecuali percakapan rahsia daripada orang yang menyuruh bersedekah, atau membuat kebaikan, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Barang siapa berbuat demikian kerana mencari redha Allah, maka kelak Kami akan memberikannya pahala yang besar".
(An-Nisa' : 114)
@dakwahonz
Sebenarnya tujuan hidup semua orang yang beriman tu sama, syurga. Tapi tak semua ada usaha nak realisasikan dengan bersungguh. Sebab tu, Islam sangat menganjurkan untuk memilih pasangan yang luas pengetahuan agamanya, yang jadikan syurga tu tujuan utama..bukan sekadar berharap tanpa usaha.
cr video: ig senandikarine
@dakwahonz
Harta adalah rezeki yang paling rendah, kesihatan adalah rezeki yang paling tinggi, anak soleh adalah rezeki yang paling utama, dan mendapatkan redha Tuhan adalah rezeki yang sempurna
(Syeikh Mutawalli asy-Sya'rawi)
@dakwahonz
"Dan bersegeralah kamu mencari keampunan daripada Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa"
"Iaitu orang-orang yang berinfak pada waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan".
(Ali 'Imran: 133-134)
@dakwahonz
Jangan mengejar cinta wanita, kerana jika hatinya telah terisi.. susah untuk mereka berpindah hati.
Jangan mengejar cinta lelaki, kerana mereka mampu mencintai beberapa wanita dalam waktu yang sama.
Cintailah Allah, kerana mencintai Allah adalah hal yang sangat mudah dan jauh dari kecewa.
(Habib Novel Alaydrus)
@dakwahonz
Jangan tengok orang. Jangan dengar cakap orang.
Yang dihisab itu kita. Pilihan hidup pilihan kita.
Nak kerja, silakan. Kerja dalam bangunan? Kerja tepi jalan? Kerja bidang pendidikan? Silakan.
Itu pilihan.
Yang pasti, jangan pernah berbuat maksiat.
Kerana seseorang itu dimuliakan kerana amal solehnya.
Bukan dengan jawatannya, bukan dengan hartanya dan bukan dengan banyak ilmunya.
Tapi pada sejauh mana semua itu menjadikan dia dekat dengan Allah dan mampu beramal soleh.
(Ustaz Adi Hidayat)
@dakwahonz
Zaman ni zaman fitnah. Nilailah sesuatu mengikut hati kamu, siapa di antara mereka yang berbicara dengan nafsu dan siapa di antara mereka yang berbicara dengan agama dan ilmu.
(Habib Abu Bakar Al-Adni)
@dakwahonz
"Bertemanlah dengan sepi, berkawanlah dengan hati, bercakaplah dengan nurani dan berdamailah dengan diri sendiri".
- Ustazah Halimah Alaydrus
@dakwahonz
Kalau tak mampu menjernihkan, setidaknya jangan memperkeruh
Kalau tak boleh membantu, setidaknya jangan membebani
Dan kalau tidak boleh menciptakan tawa, setidaknya jangan menyebabkan luka
(Habib Luthfi bin Yahya)
@dakwahonz
Tidak semua orang yang tenang itu polos, dan tidak semua orang yang diam itu tidak peduli. Kerana dalam tenang dan diam, terdapat beribu-ribu cerita
(Ustazah Halimah Alaydrus)
@dakwahonz
Jika yang kita dengar adalah nasihat, maka jangan lihat siapa yang mengucapkan, tapi dengarlah apa yang diucapkan. Namun jika menyangkut suatu pemikiran atau pendapat.. lihatlah dulu siapa yang mengucapkan, baru dengar apa yang diucapkan
(Ustaz Adi Hidayat)
@dakwahonz
Allah ciptakan jarak supaya kita lebih hargai yang dekat dan sayangi yang jauh. Bukan untuk menyakiti yang dekat dan melukai yang jauh.
Selalu sakitkan orang?
Hati-hati, takut doanya terus naik ke langit supaya kita juga merasakan sakit
Ingat, akhirat itu pasti dan ketika itu Allah yang akan mengadili
@dakwahonz
Sekarang bahagia tu susah nak dicapai, nafsu semakin besar. Sebab nafsu tu dibesarkan dengan media sosial. Nampak orang mewah sikit, mula rasa hidup kurang, sibuk nak banding-bandingkan.
Allahuakbar. Muhasabah.
(Ustazah Asma' Harun)
@dakwahonz
Tuhan menguji hati, membentuk kekuatan, melalui situasi dan setiap keadaan yang terjadi, cubaan ibarat peringatan bagi yang lena, jalan menggapai pahala bagi yang sabar, dan pengingat akan rahmat Allah buat semua. 🥹❤️ Kuatlah duhai hati ..🌹
Читать полностью…Rezeki terindah bukanlah harta. Tapi ketenangan jiwa, cahaya pada akal, kesihatan tubuh, kebeningan hati, sihatnya fikiran, doa ibu, kasih ayah, keberadaan saudara, tawa riang anak-anak, perhatian teman dan doa orang-orang yang saling mencintai di jalan Allah ✨
(Syeikh Mutawalli asy-Sya'rawi)
@dakwahonz
Saat memandang diri sendiri, pakailah kacamata syariat sehingga ketat dalam beribadah.
Saat memandang orang lain, pakailah kacamata hakikat sehingga tidak mudah menuduh salah.
(KH. Hamin Tohari Djazuli)
@dakwahonz
Harus ada space agar tulisan boleh dibaca.
Harus ada jeda agar kalimat boleh tereja.
Harus ada henti agar langkah yang salah boleh diperbaiki.
Mari terus mendewasa, agar mengerti bila harus berhenti dan bila harus melangkah pergi.
(Ustazah Halimah Alaydrus)
@dakwahonz
Apabila dirimu terasa kosong, carilah salahnya di mana
Mungkin silapnya pada salah satu ibadahmu
Mungkin juga pada hubunganmu dengan orang sekelilingmu
Carilah, semoga ketemu
Andai sudah kau temui, perbaiki
- Tuhan, aku ingin sembuh
@dakwahonz