•Tegur tanda sayang •Sebarkan kebaikan dan manfaat
Jiwa dusta..
Terlalu besar imej dunia dalam hati, sampai dalam solat pun tak fokus pada Ilahi.
Terlalu agungkan cinta dunia, sampai 5 waktu solat tak pernah sempurna.
Terlalu sibuk mengemis perhatian manusia, sampai redha Allah tak ambil kira.
Cuba refleksi diri..sebenarnya, kita hidup untuk apa?
Untuk capai kesejahteraan dunia atau kebahagiaan akhirat 🍂?
Tak salah nak usaha untuk dua-dua, tapi pastikan seimbang kerana dunia tempat bekerja dan syurga adalah hasilnya.
#muhasabahbersama
@dakwahonz
Jangan melupakan diri sendiri saat menyampaikan nasihat kepada orang lain
[Saidina Umar Al-Khattab]
Sebelum menjadi sebaik-baiknya seorang ibu, belajarlah menjadi sebaik-baiknya seorang isteri.
Sebelum menjadi sebaik-baiknya seorang isteri, belajarlah menjadi sebaik-baiknya seorang anak perempuan.
(bintabdullah)
cr: hijra.daily
@dakwahonz
Salah satu musibah yang paling besar Allah berikan iaitu rasa susah dan malas beribadah dikala sihat dan waktu begitu banyak
- fiqihwanita
@dakwahonz
"Jangan hitung berapa kali orang menyakitimu, tapi hitunglah berapa kali kau menyakiti Allah, tapi Allah tidak meninggalkanmu".
[Habib Umar bin Hafidz]
@dakwahonz
Nikmat agama tu dapat kita rasa bila hati ni dekat denganNya. Setiap tindak-tanduk, perbuatan, percakapan selari dengan suruhan agama.
Betulkan mindset.
Islam bukan semua benda tak boleh, tapi Islam..semua yang memudaratkan hati, jasad & rohani Allah suruh kita menjauh selagi boleh.
Tanda cinta Allah pada hambaNya, sweet kan? Lagi sweet dari cinta dunia dan seisinya 🥀
Biar cara hidup kita melambangkan kemuliaan agama, bukan sebaliknya
#muhasabahbersama
@dakwahonz
Barangsiapa merendahkan saudaranya kerana perbuatan dosa yang dilakukannya, maka dia tidak akan mati sehingga dia juga melakukan dosa tersebut
[Hadis Riwayat Tirmidzi: 2505]
@dakwahonz
"Rasa malu terletak pada mata. Perempuan yang merenung lelaki dan mengedarkan pandangannya kepada orang yang lalu lalang, akan kehilangan sesuatu dari kecantikannya".
[Imam al-Qurtubi]
@dakwahonz
Buatlah diri kamu sesibuk mungkin dalam hal kebaikan dan hal yang bermanfaat agar kamu sentiasa tidak memiliki waktu dan peluang untuk bermaksiat
[Ustaz Handy Bonny]
Kalau nak tengok iman kita kuat atau tak kuat, senang je. Tengok cara kita bangun subuh, lebih cintakan sejadah atau selimut
[Ustaz Azhar Idrus]
@dakwahonz
Allah is close and He answers all, but it is us who are distant and who have put up a wall 🌾
- Nearness to You
@dakwahonz
Teruslah berharap ampunan, wahai jiwa yang penuh dosa.
Teruslah berharap rahmat, wahai jiwa yang pernah patah.
Ketahuilah bahawasanya kasih sayang Allah jauh lebih besar dari murkaNya
[Ustaz Syafiq Riza Basamalah]
@dakwahonz
Tujuan joging atau senam aereobik agar badan sihat dan langsing, tapi banyak yang pakai pakaian ketat, mendedahkan aurat, bahkan live di media sosial.
Inilah zaman di mana orang lebih takut kepada beratnya badan daripada beratnya dosa 🍂
[Habibie Quotes]
cr: Ahmad Taqy
@dakwahonz
Bacaan yang ditakuti syaitan adalah selawat. Ketika seseorang berselawat, cahaya (nur) Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم terpancar dan membuat syaitan terbakar tak berdaya
[Habib Umar bin Hafidz]
@dakwahonz
Ketika seseorang meluangkan waktunya untuk mendengar ceritamu, membaca chatmu, memberi nasihat padamu dan mengunjungimu bererti dia memberikan bahagian dari hidupnya, yang tidak bisa dia ambil kembali.
Berterima kasihlah, hargailah. Pemberian tidak melulu soal harta benda
[Ustazah Mufidah Al-Jufry]
@dakwahonz
Sabarmu akan terbayar, lelahmu akan hilang dan sakitmu akan sembuh.
Kamu harus ingat, Allah tidak buta.
[Gus Baha]
@dakwahonz
Tolong jaga apa yang patut dijaga wahai jiwa yang terlalu cintakan dunia 🥀
Nikmat dunia cuma sementara
@dakwahonz
Kata takut kiamat mendekat, tapi masih berpakaian mendedahkan aurat
Semoga terus kuat untuk tetap taat, wahai umat Nabi Muhammad 🌱
@dakwahonz
Jika kamu ingin perbaiki hatimu dan ingin mendapatkan redha Tuhanmu, maka hati-hati. Jauhkanlah diri kamu daripada duduk dengan orang-orang yang lalai, dan jangan relakan mata kamu untuk memandang kecuali memandang wajah-wajah yang soleh
[Habib Umar]
Yang paling menyesakkan dada itu bukan putus cinta..tapi ketika mana kita solat, zikir dan baca al-Quran namun sedikitpun tidak merasa nikmat. Solat seakan hanya demi menunaikan kewajipan, lisan berzikir dan al-Quran dibaca tapi hati dan fikiran hanyalah dunia, dunia dan dunia 💔
-hsyasyarina
@dakwahonz
Allah memberikan nikmat kesenangan dan kekayaan kepada orang-orang yang Dia cinta dan Dia tidak cinta. Tetapi, Allah hanya memberikan nikmat agama kepada orang yang Dia cinta sahaja 🍃
[Habib Umar bin Hafidz]
Berpalinglah dirimu daripada kepenatan memburu kasih sayang manusia, tapi rebutlah kasih sayang Allah.
Jika kamu disayangi, bersyukurlah.
Jika kasih sayangmu tidak dihargai, ingatlah Allah sentiasa menyayangimu.
Dia akan lebih menyayangimu jika segala perbuatanmu hanya demi mencari cintaNya
cr: nidzham.A
@dakwahonz
Kita dah jarang berhubung,
Dulu sama-sama saling mengingatkan,
Sama-sama kongsi doa yang boleh dijadikan amalan,
Sama-sama berterima kasih atas teguran dan manfaat,
Saat ini..keadaan imanku semakin goyah,
Saban hari menanti notification dari dia yang ku gelar sahabat
Ingat lagi tak janji kita untuk menjadi sahabat akhirat?
@dakwahonz
Menikah adalah bersatu dalam taat, mengalah dalam ego serta melangkah dalam amal soleh
Kerana menikah adalah ibadah, bukan hanya semata mengejar kesenangan. Tapi ia adalah pengorbanan meraih redha Allah.
cr: _ahmadtaqy
@dakwahonz
Religion exists not to make you feel awesome about yourself.
It exists to mould you to become the best person you were made to be, and for you to witness how awesome Allah S.W.T is
[Nur Fadhilah Wahid]
@dakwahonz
Di saat aku menasihatimu, jangan ambil kesimpulan bahawa aku sempurna dan seakan-akan tidak pernah salah, kerana aku menasihatimu bertujuan agar kamu menjadi lebih baik dariku.
Nasihat adalah cinta, nasihat bukan membuktikan bahawa aku lebih baik.
- ن ر -
@dakwahonz
Nak buat baik jangan tunggu masa, harta dan kesihatan kerana tiga perkara ni takkan terhimpun dalam satu masa. Segera buat baik, jangan bertangguh.
[Ustaz Dr Bashir Mohamed Al-Azhari]
@dakwahonz
Cara pandangan seorang anak terhadap dunia akan berubah apabila ibu dan ayah sering menyebut kepada anaknya untuk melebihkan dan mendahului akhirat 🍀
[Ustaz Wadi Annuar]
@dakwahonz
Hiasi ibadahmu dengan ilmu seperti kamu hiasi tubuhmu dengan pakaian, kerana ibadah yang dilakukan tanpa ilmu seperti kamu berjalan seharian tanpa pakaian
[Habib Ali Zainal Abidin Al-Jufri]
@dakwahonz