"Syurga tidak akan diraih dengan bersikap malas, tidur dan bersantai. Namun syurga itu diraih dengan berletih-letih dalam amalan-amalan soleh".
[Syeikh Soleh Al-Fauzan]
@dakwahonz
Status kita tetap hamba, status Allah tetap Tuhan. Jangan kerana kita banyak dosa lalu kita malu menjadi hambaNya
[Gus Baha]
@dakwahonz
Doa agar diteguhkan hati daripada menjadi orang yang lalai:
اللهم إِنِّيْ أَصْبَحْتُ لاَ أَمْلِكُ لِنَفْسِيْ ضَرًا ولا نَفْعًا ولا مَوْتًا ولا حَيَاةً ولا نُشُورَا. وَلَا أَسْتَطِيْعُ أَنْ أَخَذَ إِلَا مَا كَانَ أَعْطَيْتَنِيْ، ولا أَتَّقِيْ إِلَا مَا وَقَيْتَنِي. اللهم وَفِّقْنِي بِمَا تُحِبُوْهُ وَتَرْضَاهُ، مِنَ القَوْلِ وَالْعَمَلِ فِيْ طَاعَتِكَ. إِنَّكَ ذُو الْفَضْلِ العَظِيْم
Ya Allah, kini aku berpagi-pagian dalam keadaan tidak memiliki kuasa bagi diriku untuk memberi mudarat atau manfaat, tidak juga mati, tidak juga hidup, tidak juga bangkit sesudah mati. Dan aku tidak mampu mengambil sesuatu kecuali yang Engkau beri, dan tidak dapat menghindari sesuatu kecuali yang Engkau hindarkan. Ya Allah, pimpinlah Aku kepada jalan yang Engkau cintai dan redhai, dari segi ucapan dan perbuatan dalam ketaatan kepadaMu. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Besar Kurniaannya.
@dakwahonz
Jika tujuanmu ingin menyentuh langit, tempatkan kepalamu terlebih dahulu pada sujud
Keikhlasan itu bermain dengan hati. Saat hati betul-betul serahkan segala hal padaNya, yakinlah apa yang ditakdirkan adalah yang terbaik.
[Amira Shahera]
@dakwahonz
"Perbanyaklah mengingat Allah, kerana itu adalah ubat. Jangan biarkan dirimu terlalu banyak mengingat manusia, kerana itu adalah penyakit".
[Saidina Umar bin Khattab]
@dakwahonz
Jangan tertipu dengan masa mudamu dan menganggap kuburan masih jauh.
Berapa banyak orang yang sihat wal'afiat ternyata esoknya sudah terkubur.
Tidak jarang pengantin yang dirias, ternyata bermalamnya di alam kubur.
[Ustaz Dzulqarnain Sunusi]
@dakwahonz
Ustaz Adi Hidayat kata:
Ada 3 Kurikulum Ramadhan Rasulullah s.a.w yang kita kena lakukan:
1. Meningkatkan kualiti solat
2. Membaca Al Quran
3. Berinfaq di bulan Ramadhan
Hamasah!✊🏻
@dakwahonz
Sederhanakan syarat bahagiamu, agar sedikit nikmat dariNya terasa berlimpah ruah.
Semoga dengan bersyukur, segala yang kurang terasa cukup dan apapun yang telah cukup tidak akan dicari kurangnya lagi 🪷
_wahyuibnukoko
@dakwahonz
Mereka yang paling beruntung adalah mereka yang membaca, menulis, melihat dan mendengar sesuatu yang bermanfaat kemudian beramal dan berubah 💫.
[Ustazah Asma' Harun]
@dakwahonz
Sabarmu akan terbayar, lelahmu akan hilang dan sakitmu akan sembuh.
Kamu harus ingat, Allah tidak buta.
[Gus Baha]
@dakwahonz
Tolong jaga apa yang patut dijaga wahai jiwa yang terlalu cintakan dunia 🥀
Nikmat dunia cuma sementara
@dakwahonz
Kata takut kiamat mendekat, tapi masih berpakaian mendedahkan aurat
Semoga terus kuat untuk tetap taat, wahai umat Nabi Muhammad 🌱
@dakwahonz
Menangislah,
Ini masih di hari-hari awal Ramadhan, tapi semangat iman sudah memudar 😔
cr: febriawanjauhari
@dakwahonz
Pacaran adalah jatuh cinta paling miskin kerana tak perlu akad, tak perlu mahar, tanpa iman, tanpa Allah..hanya perasaan 🥀
[Riski Athaillah]
@dakwahonz
Sudahkah engkau tenang dengan solat, sejuk dengan puasa, rindu membaca al-Quran dan nyaman dalam buaian ibadah?
Hisablah dirimu sebelum engkau dihisab.
[dzulqarnainms]
@dakwahonz
Nasihat itu pahit bagi orang yang mencintai hawa nafsu, tetapi bagi orang yang hatinya dipenuhi cahaya (nur), akan berterima kasih apabila nasihat diberikan kepadanya
[Habib Musa Kadzim Assegaf]
@dakwahonz
Risau terhadap dunia adalah kegagalan bagi hati, sedangkan risau terhadap akhirat adalah cahaya bagi hati
[Saidina Uthman bin Affan]
@dakwahonz
Sampai masa..hati yang selalu disakiti akan tenang dengan sendiri.
Jangan risau, masa memang terasa lama saat terluka tapi luka itu akan terasa ringan apabila kita mula temukan bahagia dalam duka.
Bagaimana?
Sembuhkan dengan ayat Qur'an, pengubat jiwa.
@dakwahonz
Ada tiga potret kesabaran: jangan ceritakan deritamu, jangan keluhkan musibah yang kau alami dan jangan anggap dirimu suci.
[Imam Sufyan At-Tsauri]
فَاسۡتَبِقُوا الۡخَيۡرٰتِؕ
Pernah tak kita rasa dalam hidup ni,
Once kalau kita nak buat suatu kebaikan..kita akan ada sifat suka menunda / menangguh?
Tak kiralah dari segi bab solat ke, zikir ke, sedekah ke, baca quran ke dan lain-lain..
Kata Ustaz Hanan Attaki;
"Lebih baik segerakan sesuatu kebaikan tu, daripada nak tunggu kesempurnaan datang"
Balasan terberat bagi orang yang berbuat dosa dan maksiat adalah ketika Allah telah mencampakkannya. Allah palingkan dia dari ketaatan sehingga semakin hari dia semakin jauh dari Allah 🥀
Wal'iyadzubillah
[Ustaz Khalid Basalamah]
@dakwahonz
Jiwa dusta..
Terlalu besar imej dunia dalam hati, sampai dalam solat pun tak fokus pada Ilahi.
Terlalu agungkan cinta dunia, sampai 5 waktu solat tak pernah sempurna.
Terlalu sibuk mengemis perhatian manusia, sampai redha Allah tak ambil kira.
Cuba refleksi diri..sebenarnya, kita hidup untuk apa?
Untuk capai kesejahteraan dunia atau kebahagiaan akhirat 🍂?
Tak salah nak usaha untuk dua-dua, tapi pastikan seimbang kerana dunia tempat bekerja dan syurga adalah hasilnya.
#muhasabahbersama
@dakwahonz
Jangan melupakan diri sendiri saat menyampaikan nasihat kepada orang lain
[Saidina Umar Al-Khattab]
Sebelum menjadi sebaik-baiknya seorang ibu, belajarlah menjadi sebaik-baiknya seorang isteri.
Sebelum menjadi sebaik-baiknya seorang isteri, belajarlah menjadi sebaik-baiknya seorang anak perempuan.
(bintabdullah)
cr: hijra.daily
@dakwahonz
Salah satu musibah yang paling besar Allah berikan iaitu rasa susah dan malas beribadah dikala sihat dan waktu begitu banyak
- fiqihwanita
@dakwahonz