Orang macam mana yang patut dijadikan teman?
"Bukan rupanya, tapi akhlaknya. Bukan gelarannya, tapi agamanya".
cr: - alhayyin
@dakwahonz
Manusia itu mengecewakan.
Mereka mahu difahami, tetapi pada kebanyakan masa mereka sendiri tidak mahu memahami. Mereka mahu dilayan dengan baik, tetapi mereka sendiri tidak memberi layanan yang baik kepada orang lain. Mereka mahu dinasihati dengan baik, tetapi sebenarnya mereka tidak mahu pun menerima nasihat itu dengan baik.
Pada situasi ini, kita akan mula menyedari banyak perkara. Sesungguhnya manusia itu sombong, jika tidak mengenal agama. Mereka berlumba-lumba berebut untuk mencapai banyak hal, namun hakikatnya mereka tidak mampu untuk melakukannya. Mereka mahu apa yang dicapai itu terjadi dalam sekelip mata, tanpa berbuat apa-apa. Mereka mahukan kebaikan, tetapi tidak mahu berbuat baik.
Akhirnya mereka akan menyalahkan takdir dan lebih teruk, menyalahkan Allah terus.
- Dalam Sedihmu Berbaik Sangkalah kepada Allah
@dakwahonz
Di akhir zaman, ketika pembunuhan begitu liar, ketika kebenaran begitu pudar..orang-orang beriman akan dipandu melalui mimpi mereka
[Ustaz Wadi Annuar]
@dakwahonz
Dakwah itu memang menyinggung perasaan. Jika menyenangkan perasaan, itu namanya hiburan.
Kerana selembut apapun cara kita menyampaikan, jika hatinya sulit menerima kebenaran, maka akan terasa sangat menyakitkan.
cr: seketulirdina_
@dakwahonz
Tadi mak pesan, jangan tinggalkan tiga zikir ni lepas subuh dan maghrib..apa itu:
1) Selawat (100 kali)
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
اَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمَ
لَا إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّٰهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ ٱللَّٰهِ
Orang senang bukan orang yang banyak duit, tapi orang senang adalah orang yang apabila dengar azan, dia terus solat
Pesanan terakhir Rumi kepada murid-muridnya,
"Aku menasihatimu agar bertaqwa kepada Allah dalam keadaan terbuka dan rahsia. Aku menasihatimu untuk makan sedikit dan tidur sedikit, menjauhkan diri daripada dosa, teruskan berpuasa dan berdoa, menahan diri daripada hawa nafsu, bertahan dan bersabar terhadap semua ketidakselesaan dan penganiyaan daripada orang lain. Elakkan duduk dengan orang-orang yang jahil dan orang-orang yang sibuk memuaskan nafsu syahwat mereka. Duduklah bersama orang-orang yang murah hati dan soleh kerana manusia yang terbaik adalah yang memberi manfaat kepada orang lain. Kata-kata terbaik adalah yang ringkas tetapi padat".
- Rumi Filsuf Cinta Anatolia
@dakwahonz
Merasa sedih bukanlah petanda anda tak kuat iman. Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم juga bersedih atas pemergian Saidatina Khadijah r.anha. selama bertahun-tahun. Kita semua sebenarnya tak mampu kendalikan emosi sehinggalah Allah beri kita kekuatan untuk melakukannya.
Situasinya tak berubah. Kenyataannya tak berubah. Tapi hati kita berubah oleh campur tangan Allah. Allah sendiri yang akan beri kekuatan di hati kita untuk mengatasi ketakutan terbesar, kesakitan terdalam dan kesedihan yang terus-menerus.
Dia akan buat kita cukup kuat. Bukan bermaksud situasi itu akan hilang, cuma kita akan jadi lebih kuat untuk hadapinya, anda tak akan jatuh dan hati anda tak akan hancur.
[Nouman Ali Khan]
@dakwahonz
"Patutlah ada benda je yang tak kena je harini"
Apa tu?
"Aku terlalu banyak bergantung pada manusia, bukan Allah."
Sebab itu, kita kena sentiasa perbaiki niat..perbaharui niat kita..libatkan Allah dalam setiap gerakan. In Shaa Allah dalam setiap gerak geri kita tak akan ada istilah kekecewaan.
وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّهِ
@dakwahonz
Manusia sering diuji dengan nafsu,
Hati manusia mudah berbolak-balik,
Tapi bagaimana seseorang itu dapat menjaga hatinya jika dia sendiri tidak menjaga pandangannya?
- همبا الله
@dakwahonz
"Ya Tuhanku, ampunilah aku, ibu bapaku serta sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman, dan semua orang yang beriman lelaki dan perempuan".
(Nuh: 28)
@dakwahonz
Wahai diri yang sedang dilamun cinta, jadikanlah dirimu dan cintamu mekar dengan cinta yang baik, yang sentiasa memahami makna mencintai dengan sebenar-benarnya. MencintaiNya, mencintai keranaNya, dan dicintaiNya.
Jadikan cintamu umpama lembah kebaikan dan pemangkin kepada sesiapa sahaja.
- Andromeda Nisa
@dakwahonz
Tuhan,
Sudah lama jiwa ini tidak merasa manis ketika berbuat kebaikan,
Merasa rendah ketika sujud,
Merasa hina ketika berbuat dosa,
Dan merasa lazat ketika solat,
Aku mohon perbaharuilah kesucian hati dan keteguhan iman ini, kerana hati yang penuh dengan noda dosa tidak mungkin peroleh hakikat bahagia 🍂
@dakwahonz
Carilah sahabat yang betul-betul boleh memberi nasihat, walau mendengarnya terasa berat. Namun ia meringankan akhirat.
[Ustazah Asma' Harun]
@dakwahonz
Tak layak guna perkataan syurga kalau tak ada ketaatan kepada Allah Ta'ala
[Ustazah Norhafizah Musa]
@dakwahonz
Apabila nafsumu mengajakmu melakukan dosa, ingatlah kematian.
Mengingat kematian mampu mengurangi keinginan untuk bermaksiat. Mengingat kematian mampu menambah ketaatan.
Jika kematian tidak boleh menjadi penasihat dan pengingatmu, maka kamu sebenarnya sudah mati, hanya jasadmu saja yang masih berjalan💔.
[Syeikh Said Ramadhan al-Buthi]
@dakwahonz
Keselamatan adalah duduk bersama sahabat yang mengingatkan kita kepada Allah Ta'ala
- Rumi
@dakwahonz
Seseorang bertanya, "Apa itu arif billah?"
Hidup dengan Allah di hati.
"Apa yang hidup tetapi dimatikan, itulah jasad. Apa yang mati tetapi dihidupkan, itulah hati. Apa yang nyata tetapi dighaibkan, itulah duniawi. Apa yang ghaib tetapi dinyatakan, itulah ukhrawi. Apa yang wujud, tetapi ditiadakan, itulah hawa nafsu. Apa yang tidak nyata tetapi menghasilkan, itulah niat.
Ilmu hakikat wujud dalam hati manakala iman wujud di lidah. Khidmat pula ialah pekerjaan jasad. Jika engkau ingin terlepas dari neraka, berkhidmatlah. Jika engkau menginginkan madad (pertolongan Allah), perbetulkan niat. Jika engkau menginginkan Dia, palingkan wajah kepadaNya, nescaya engkau akan menjumpaiNya".
- Rumi Filsuf Cinta Anatolia
@dakwahonz
Semua kemurungan di dunia ini ialah akibat daripada cinta dunia. Sedarlah hakikat dirimu yang terpisah daripada dunia ini sebagai orang asing.
Semua perkara dan keindahan yang kau kenal dan lihat, nikmat keseronokan itu tidak akan kekal selama-lamanya.
Semuanya bersifat sementara.
Bila kau sedar kau akan pergi ke alam lain, kau akan lega daripada kemurungan.
Alangkah bernasib baiknya orang yang duduk bersama ahli makrifat yang tidak sombong takbur, bermuhasabah dengan kerendahan hati dan melihat betapa kerdilnya diri.
Lelaki yang bebas dan lelaki yang matang ialah orang yang tidak mencederakan seseorang yang mencederakannya.
Lelaki yang berani ialah orang yang tidak menyakiti orang yang ingin disakitinya.
Zaman sekarang anak muda terlalu sibuk memikirkan nikah muda, namun lupa dengan adanya mati muda.
Jodoh itu misteri, kematian itu pasti. Terlalu sibuk mempersiapkan diri untuk pujaan hati, tapi lupa untuk mempersiapkan diri untuk mati 🍂.
cr: nrzh.naa
@dakwahonz
"Bersahabatlah dengan orang yang beribadah kepada Allah pagi dan petang, jangan bersahabat dengan orang yang dilalaikan oleh Allah pada dirinya".
[Habib Ali Zaenal Abidin]
@dakwahonz
Menuntut ilmu di masa muda itu berat, tapi hidup dalam kejahilan di masa tua itu lebih berat lagi.
Istiqamah ibadah itu berat, tapi hidup dikuasai hawa nafsu itu lebih berat lagi.
Hidup akan selalu berat untuk siapapun, silakan pilih nak berat sekarang ringan kemudian atau ringan sebentar kemudian berat di masa yang panjang 🍃
[Ustazah Halimah Alaydrus]
@dakwahonz
Antara rahsia untuk senang dan berjaya dalam hidup adalah menjadi orang yang paling banyak mengingati Allah
Di antara amalan menghibur bagi orang-orang yang beriman adalah memberi makan orang yang lapar, mengangkat kesusahan orang yang susah, membantu membayarkan hutang orang yang tak mampu bayar hutang dan memenuhi hajat orang lain.
Amalan yang terkait dengan menggembirakan orang lain (memberi makan, mengangkat kesusahan orang, membantu membayarkan hutang, atau memenuhi hajat orang lain, amalan ini lebih baik daripada amalan beriktikaf di masjid Nabi selama sebulan
[Habib Ali Zaenal Abidin]
@dakwahonz