"Ikhlas adalah rahsia antara Allah dan hambaNya. Ia tidak diketahui oleh malaikat sehingga tidak dapat dicatat, tidak diketahui oleh syaitan sehingga tidak dapat dirosak, dan tidak pula diketahui oleh hawa nafsu sehingga tidak dapat condong kepadanya".
- Ibn Al Qayyim
@dakwahonz
"We don't want people who are merely seekers of Islamic knowledge without understanding the world around them.
What's the point of the knowledge you have if you’re not going to use it to transform your environment and society?
We don’t just want صالحين (righteous individuals), we want مصلحين (reformers). We want righteous individuals who actively work to change society and address the evils they witness around them."
- Zaid El Omar
@dakwahonz
Allah tak akan pernah mensia-siakan kita. Yang mensia-siakan kita adalah diri kita sendiri.
Sebenarnya yang menyusahkan kita adalah pemikiran kita sendiri. Asyik fikir 'susah la', 'tak boleh la', 'tak boleh buat la'. Orang lain boleh je buat. Kenapa kita susah sangat? Sebab selalu fikir negatif, letak sandaran hanya sekadar kemampuan kita yang lemah, ilmu kita yang terbatas.
Apa masalah di akhir zaman ni? Jiwa dia kosong, tak tau dia isi apa dalam diri. Kalau dia isi Allah dalam diri dia, maksudnya ingatan, keyakinan & pergantungan dia hanya kepada Allah, dia tak akan rasa lemah dalam kehidupan.
[Syeikh Nik Bakri Nik Mat]
Untuk ubah diri jadi lebih baik, kita kena jelas untuk pilih siapakah ikon atau idola kepada perubahan tersebut.
Menggambarkan sosok peribadi yang hidup dalam fikiran, itu sangat membantu untuk kita berubah jadi lebih baik ✨.
[Ustazah Norhafizah Musa]
@dakwahonz
Jika kita mahu ada keajaiban dalam diam, maka isilah diam kita dengan zikrullah 📿
[Ustaz Hanan Attaki]
@dakwahonz
Kata Ustaz Adi Hidayat:
"Cinta Allah itu kalau diberikan maka ia tidak kenal batas, bahkan pendosa yang paling buruk pun dalam hidupnya Allah akan beri peluang kepada dia untuk mendapat cintaNya Allah. Ketika Allah mencintai anda, maka Allah limpahkan kasih sayangNya dengan mengampuni semua dosa-dosa anda"
Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 31:
يُحْبِبْكُمُ ٱللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ
"...nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Bersangka baiklah pada Allah, Allah Ya A'alimm.
@dakwahonz
Allah bagi kita peluang untuk kelip mata, bernafas, jantung yang berdenyut dengan elok, makan dengan selera, tidur lena. Macam-macam Dia bagi kat kita, itupon tak hargai, masih lagi nak buat dosa 💘
[Syeikh Nik Bakri Nik Mat]
@dakwahonz
Ayat yang paling relate dengan manusia. Begitulah manusia, acapkali melupakan nikmat yang diberikan ketika mereka menghadapi ujian, dan seolah-olah ujian tersebut adalah yang paling berat. Padahal, Allah selalu menilai kesanggupan hamba-Nya dalam menghadapi segala peristiwa yang berlaku.
15. Maka adapun manusia, apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya dan memberinya kesenangan, maka dia berkata, “Tuhanku telah memuliakanku.”
16. Namun apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata, “Tuhanku telah menghinaku.”
Jika harimu terasa berat, tenangkan dengan;
'Jangan berlebihan pada hal yang tidak dibawa mati'.
- Reisyavitani
@dakwahonz
Life is a lot more fragile than we think. So you should treat others in a way that leaves no regrets. Fairly, and if possible, sincerely.
- Haruki Murakami
@dakwahonz
Hati masing-masing akan menanggung perbuatan masing-masing.
Belajar lapangkan hati untuk maafkan semua kesilapan orang, kerana orang yang bahagia ialah yang tak ada dendam dalam hatinya terhadap sesiapa
[Ustazah Norhafizah Musa]
@dakwahonz
Harini Jumaat terakhir tahun 2024, jom banyakkan selawat
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله سيدنا محمد ☘
@dakwahonz
Bawa hati kita kepada Allah. Bawa dalam bentuk macam mana?
Bawa dalam bentuk keimanan, kepercayaan & kebergantungan yang sebenarnya hanya kepada Allah.
Dunia ni adalah tempat ujian, tapi ujian dunia ni dia tak lama. Kerana dunia tu sendiri adalah sementara.
Dunia ni kalau nak dibandingkan dengan kita, kita lagi sementara. Berapa ramai orang yang pernah ada atas muka bumi ni dah tak ada, sedangkan dunia masih ada.
Sebab tu disebut 'meninggal dunia', bukan 'dunia meninggal'. Apa maksud? Kita yang tinggalkan dunia bukan sebaliknya.
[Syeikh Bakri Nik Mat]
@dakwahonz
Doa yang nabi ajar untuk jadi istimewa:
رَبِّ زِدْنَا وَلَا تَنْقُصْنَا، وَأَكْرِمْنَا وَلَا تُهِنَّا، وَأَعْطِنَا وَلَا تَحْرِمْنَا، وَآثِرْنَا وَلَا تُؤْثِرْ عَلَيْنَا، وَارْضِنَا وَارْضَ عَنَّا.
"Wahai Tuhan kami, tambahkanlah kepada kami dan jangan kurangi kami, muliakanlah kami dan jangan hinakan kami, berilah kami dan jangan halangi kami, utamakanlah kami dan jangan engkau tinggalkan kami. Redhailah kami dan redhalah terhadap kami".
Doa ni senjata orang beriman. Mudah-mudahan dengan doa ni, kita dapat tengok kelebihan orang tanpa rasa sakit hati, tengok kekurangan sendiri tanpa rasa kecewa & tengok kelebihan diri tanpa melampaui batas
[Ustazah Norhafizah Musa]
@dakwahonz
Siapa yang terasa seolah-olah tak cukup dihargai di dalam rumahnya sendiri?
Kalau dilayan perasaan tu, kita berperang dengan diri sendiri. Sendiri sedih, sendiri monyok, sendiri takde semangat. Sendiri, sedangkan dunia terus berjalan.
Sebab tu, kena yakin dengan janji Allah,
إِنْ أَحْسَنتُمْ أَحْسَنتُمْ لِأَنفُسِكُمْ ۖ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا ۚ
"Jika kamu berbuat baik, kamu membuat kebaikan untuk dirimu sendiri, dan jika kamu berbuat kejahatan, maka itu adalah untuk dirimu sendiri". [Al-Isra': 7]
Kalau kamu buat baik, kamu dah buat baik pada diri kamu, bagi nilai pada diri kamu sendiri & serahkan pada Allah yang akan mengganjari.
Tak ada kurangnya pada orang yang buat baik, walaupun orang yang menerima kebaikan itu tidak cukup sempurna dalam berterima kasih, dalam memuji, dalam menghargai. Bebaskan. Bila kita dah buat amal baik, bebaskan diri kita daripada menanti penghargaan orang. Sebab yang paling sempurna dalam membalas kebaikan kita adalah Allah, jadi tak ada masalah.
[Ustazah Norhafizah Musa]
Kita sentiasa perlukan Allah. Setiap masa, walau di mana dan dalam apa jua keadaan. Tidak kira sekaya, sealim, sekuat atau semasyhur mana pun, kita tetap perlukan Allah. Apatah lagi jika tidak kaya atau tidak alim.
Dalam setiap aspek kehidupan, sama ada individu, keluarga atau masyarakat, Allah tetap jadi keperluan utama. Setiap detik di dunia dan di akhirat hanya akan bermakna dengan kebergantungan kepada Allah.
Contoh, dia banyak baca al-Quran dan solat malam, adakah dia patut berharap pada amalannya untuk selamat di akhirat? Tidak. Harapan perlu diletakkan kepada Allah, yang berfirman dalam al-Quran.
Amalan adalah tugas kita sebagai hamba. Tapi keselamatan, keampunan dan keredhaan cuma datang dari Dia. Yang selamatkan kita bukan amalan, tapi Allah - pemilik dunia dan akhirat, syurga dan neraka.
Maka serahkan amalan kita kepada Allah dan berdoalah agar Dia menerimanya sebagai persembahan seorang hamba yang ikhlas.
[Syeikh Nik Bakri Nik Mat]
@dakwahonz
14 Januari 2024|14 Rejab 1446,
Tuhan, peliharalah hati kami dari kecenderungan untuk berbuat dosa dan maksiat.
Apalah gunanya diberi peluang untuk hidup di bulan mulia Rejab jika hatinya tetap sama.
اللَّهُمَّ أَصْلِحْ فَسَادَ قُلُوبِنَا وَأَصْلِحْ أَقْوَالَنَا وَأَصْلِحْ أَعْمَالَنَا وَارْزُقْنَا تَوْبَةً نَصُوحًا.
Ya Allah, perbaikilah kerosakan hati kami, perbaikilah perkataan kami, perbaikilah amalan kami, dan kurniakanlah kami taubat yang sebenar-benarnya (taubat nasuha).
@dakwahonz
Taqwa itu adalah keadaan terdekat seseorang dengan Allah. Jalannya dibina melalui ibadah. Untuk capai taqwa, melalui ibadah. Salah satunya solat. Tingkatkan bilangan solat (sunat) untuk capai darjat taqwa.
Apa hubungan taqwa dengan ilmu? Lihat hujung surah al-Baqarah ayat 282,
وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۖ وَيُعَلِّمُكُمُ ٱللَّهُ ۗ
"Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan Allah mengajar kamu.."
Jadi, kecepatan pengetahuan tu bukan hanya ditempuh dengan ikhtiar kita untuk menghafal dan belajar. Kalau nak cepat dapat aksesnya, dekati pemiliknya. Pemilik ilmu siapa? Allah. Dekati Dia.
[Ustaz Adi Hidayat]
@dakwahonz
Syaitan itu sangat licik,
Perkara yang nampak salah,
Dia kata betul,
Perkara yang nampak betul,
Dia kata salah,
Sekecil-kecil kelemahan yang ada tu lah dia boleh hasut kita sampaikan kita fikir benda tu "halal & boleh".
Firman Allah dalam Surah Al Araf ayat 16-17;
16. Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;
17. "Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".
Ada banyak ketidakpastian di dunia yang fana ini. Maka dari itu wahai diri, demi ketenanganmu, teruslah tanamkan dalam jiwa bahawa hanya Allah sebaik-baik tempat untuk berserah dan berharap
cr: ig dailyreminder_forme
@dakwahonz
1.1.2025
Selamat datang tahun, umur & azam baru.
Semoga apa jua yang kita hajatkan ke depannya, diiringi dengan rasa percaya bahawa semuanya akan baik-baik saja.
@dakwahoz
Penawar bagi seluruh penyakit hati adalah makrifatullah, iaitu dengan mendekatkan diri kepada Allah, mengenali sifat-sifat-Nya, dan memahami tujuan hidup yang sebenar.
Jangan lupa berdoa untuk akhirat. Jangan fokus pasal dunia je. Rumah, jiran, kawan, harta, makanan kat dunia.
Akhirat jadi macam mana esok?
Kediaman kita yang mana?
Siapa circle kita dekat akhirat nanti?
Siapa yang dalam doa dia cuma minta untuk hal dunia, Allah bagi dunia, akhirat tak dapat apa-apa 🍂
[Ustazah Norhafizah Musa]
@dakwahonz
Kebahagiaan itu akan ada ketika mana seseorang itu mampu menguasai nafsunya
[Imam Ghazali رحمه الله]
@dakwahonz
Point ustaz: Banyakkan zikir & selawat sebagai bekalan akhirat
[Ustaz Wadi Annuar]
@dakwahonz
Setiap orang akan bawa sebanyak mana ilmu yang dia ada. Jadi siapa yang tahu perjalanan mahsyar, sampai di mahsyar nanti dia ada ilmu tu. Cuma mulia ataupun hina dia, itu bukan berdasarkan ilmu..tapi berdasarkan ibadat dia.
[Ustaz Wadi Annuar]
@dakwahonz