dakwahonz | Unsorted

Telegram-канал dakwahonz - Shareitdakwah✨

808

•Tegur tanda sayang •Sebarkan kebaikan dan manfaat

Subscribe to a channel

Shareitdakwah✨

"If you want to go to Jannah, the key🔑 is good of akhlak".

- Ustaz Abdullah Bukhari -

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

MALAM MUSTAJAB DOA & AMALAN DI BULAN REJAB.

“Para ulama mengatakan, “Bulan Rejab adalah bulan istighfar. Bulan Sya’ban adalah bulan berselawat ke atas Nabi ﷺ dan bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran.”

Di antara amalan yang dianjurkan dilakukan di bulan Rejab ini adalah:

1) Banyakkan doa, “Allahumma bariklanaa fii Rajaba wa Sya’ban wa balighna Ramadhan.”

(Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban serta sampaikanlah kami di bulan Ramadhan.)

2) Banyakkan beristighfar, bertaubat memohon keampunan daripada Allah سبحانه وتعالى.

3) Baca selepas solat fardhu Subuh dan selepas solat fardhu Isyak 70x, “Rabbighfirlii war hamnii watub a'layya.”

(Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan rahmatilah aku dan terimalah taubatku.)

4) Dan di antara amalan yang jangan kita tinggalkan walaupun ianya dilakukan di dalam bulan-bulan yang lain dan khusus juga di dalam bulan Rejab adalah kita membaca Sayyidul Istighfar 3x di waktu pagi dan membaca Sayyidul Istighfar 3x di waktu petang.

Sayyidul Istighfar ini adalah Penghulu Segala Istighfar yang mana di dalam hadis sahih Bukhari. Nabi ﷺ mengatakan, “Barangsiapa yang membacanya di waktu pagi maka dia akan dihapuskan segala dosanya walaupun dosanya sebanyak buih di lautan.” Dan Nabi ﷺ mengatakan, “Kalau dia baca, dia meninggal maka dia akan meninggal dalam keadaan senang, dalam husnul khatimah.” Maka besarnya fadhilat Sayyidul Istighfar ini.

5) Di dalam Rejab ini juga kita sangat dianjurkan untuk berpuasa. Bukan hanya di bulan Rejab sahaja sebenarnya kita nak berpuasa tetapi di bulan-bulan lainnya juga kita dianjurkan untuk berpuasa. Akan tetapi istimewanya bulan Rejab ini adalah dikeranakan ianya merupakan salah satu daripada 4 bulan haram.”

[Habib Najmuddin bin Othman Al-Khered]

#kalam_ulama
@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Keadaan Hari Kiamat

Daripada Aisyah r.anha, dia berkata, "Aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Manusia dikumpulkan pada hari kiamat dalam keadaan tidak beralas kaki, telanjang dan belum berkhitan". Aku bertanya "Wahai Rasulullah, wanita-wanita dan lelaki-lelaki semua saling melihat satu sama lain❔" . Baginda menjawab, "Wahai Aisyah, permasalahannya lebih sulit daripada sekadar saling melihat satu sama lain".

-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim-

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

قال الإمام الحبيب
أحمد بن حسن العطاس

إذا عجز الإنسان عن النيات يقول نويت مانواه السلف الصالح في أكل وفي شرب وفي عادة وفي زواج لأن لهم في كل عمل نيات صالحة والنية الصالحة ترد العادة إلىٰ عبادة ٠

Al-Imam Alhabib Ahmad bin Hasan Al atthos mengatakan : Apabila seseorang lemah/tidak mampu dari pada meniatkan beberapa niat dalam sebuah amal, maka cukup lah ia ucapkan Aku berniat sebagaimana niatnya para salafus sholeh di dalam makan, minum, setiap adat kebiasaan, dan di dalam berkawin. Sebab bagi mereka para salafus sholeh dalam setiap amal nya terdapat niat-niat yg baik. Dan niat yg baik itu akan menjadikan sebuah adat kebiasaan menjadi bernilai ibadah.

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Suara boleh jadi menyenangkan, boleh juga jadi sangat menyakitkan💘

Sebab kadang yang bercakap tak fikir perasaan yang mendengar malah sengaja timbulkan suasana amarah

Untuk tu, jagalah setiap satu tutur kata kita

Supaya kelak tak menyusahkan sesiapa
🙃

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Dulu setiap yang ditulis jadi asbab pahala, tapi sekarang setiap yang difikir jadi asbab dosa 🍂

Betul, masa yang bergerak...hakikatnya diri yang berubah

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Jika diberi dua pilihan, pasti salah satunya adalah yang terbaik untuk kita cuma tinggal mintak Allah tunjukkan je✨

Sebab pilihan manusia selalunya tak menjamin apa-apa 💘

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Science is organized knowledge

Wisdom is organized life

- Immanuel Kant -

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Titipkan harapan pada sesuatu yang 'last minute' baru jalan memang agak keterlaluan kan?

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Perjalanan menjadi lebih baik masih jauh jika di dalam hati masih ada rasa diri lebih baik daripada orang lain🍂

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Maafkanlah orang yang paling sukar kau maafkan....mungkin keampunan Allah ada di situ

Sesiapa yang sukar memaafkan orang lain, akan sukar memaafkan dirinya sendiri

Sedangkan manusia sangat dahagakan kemaafan🙃

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Assalamualaikum bakal ahli syurga semua🤲🏻💖

In Shaa Allah...start malam ni dah boleh mulakan selawat taw...In Shaa Allah...kita sama-sama selawat 1000 kali kepada junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam 🌹🌹🌹...semoga dengan berkat selawat kita diberikan syafaat baginda di akhirat kelak...Aaminnn Ya Mujibb 🤲🏻✨

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.”

[Sahih Muslim-0408]

Salam sayyidul ayyam

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

JANGAN LIPAT HUJUNG MUKA SURAT

Antara perkara yang dilarang secara Makruh ialah melipat hujung muka surat Al Quran (ثَنْیُ أَطْرَافِ الصَّفْحَۃِ). Ini disebutkan oleh Syeikh Ahmad Husin Abdul Karim di dalam kitabnya Adab At Taamul maal Quran.

Bahkan kata sebahagian ulama' Yaman: " ٍٍٍSiapa yang melipat muka surat kitabnya akan hilanglah keberkatan kitab itu darinya".

Gunakanlah penanda, stick notes dan sebagainya asalkan tidak melipat dengan apa cara lipatan sekalipun. Kalau anda penjual buku, dan ada kesan lipatan pada buku itu, sudah pasti pembeli menganggapnya buku lama atau telah digunakan. Difahami, melipat mengurangkan kemuliaan sesuatu.

Barakallahu fik Ust Hanif Azmir Hassim

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Berhenti untuk terlalu takjub dengan kelebihan orang lain

Bimbang syukur kian terhakis

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Tempat tidur yang selesa bukan penyebab lenanya kita

Akan tetapi , kerana kurniaNya

Barulah kita dapat merasa bahagia


@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

"Ilmu apa lagi yang nak dituntut? Awak dah dilahirkan dalam Islam. Keturunan awak semuanya orang Islam. Awak dah tau solat. Awak dah tau puasa. Saya rasa banyak hukum pun awak tahu. Apa lagi?"

"Lahir sebagai orang Islam dan hidup dalam keluarga Islam tak bermakna kita tau semua ilmu agama Islam. Masih banyak yang saya tak tau dan tak faham. Ustaz selalu kata, ilmu Allah sangat luas. Semakin banyak kita belajar semakin banyak yang kita tak tau. Dan saya adalah orang yang tak pernah belajar. Bayangkan betapa banyaknya yang saya tak tau".

"Huh! Saya makin keliru dengan pendirian awak." Nurlisa merengus kasar😤

"Saya sendiri keliru dengan iman saya. Iman kita ibarat bekal yang akan kita bawa mati. Kalau tak cukup, siapa yang akan tolong saya nak teruskan hidup di negeri akhirat tu". Suara Muhyi kedengaran sangat tenang, tak menggelabah walaupun kata-kata Nurlisa sangat kasar dan menyakitkan hati.

- MENCARI BUSANA -

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَـعْبَانَ وَبَلِّـغْنَا رَمَضَانَ

“Ya ALLAH, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya‘ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan.”

“BAGINDA NABI MUHAMMAD ﷺ memperbanyakkan doa ini apabila telah sampai di bulan Rejab.

Doa ini amat besar nilainya dan dapat menambahkan kerinduan kita untuk mendatangi bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.

Dengan memperbanyakkan doa ini juga dapat memanjangkan umur kita untuk berjaya sampai di bulan Ramadhan dan mengilhamkan kerinduan untuk beribadat pada bulan yang barakah ini dengan izin ALLAH سبحانه وتعالى.”

[Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid]

#kalamulama
@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Di Katakan bahwa Orang yang Berakal itu ada 4 :

Salah satu Nya adalah

من ترك الدنيا قبل أن تتركه
Orang yang Meninggalkan Dunia, Sebelum Dunia Meninggalkan Nya.

Ma'na Nya adalah :

Dia Bersedakah sampai Kaya, bukan Kaya baru Sedekah.

Dia Berdakwah sampai menjadi 'Alim, bukan menjadi 'Alim baru Berdakwah.

Dia datang Ke Masjid sampai Tua, bukan ketika Tua baru ke Masjid.

Dia Beramal sampai Ikhlas, bukan nunggu Ikhlas baru Beramal.

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Untuk taruh kepercayaan orang terhadap diri buat masa yang lama agak sukar sebenarnya

Kerana sifat sabar yang tinggi hanya dimiliki kekasih Ilahi

Tak ada yang mampu tandingi

Tapi ! Bukan alasan untuk berhenti mencontohi😉

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Cermin itu...

Pantulan diri,

Sahabat sejati yang sering menemani,

Barang utama bagi sang bidadari duniawi,

Kerana kecantikan yang sering menjadi prioriti diri

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Perumpamaan Hati Orang Munafik

Daripada Abu Sa'id r.a, dia berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Hati itu ada empat macam, pertama hati yang bersih. Dia seperti lentera yang bercahaya. Kedua, hati yang tertutup. Ia terikat dengan penutupnya. Ketiga, hati yang sakit. Dan keempat hati yang terbalik. Adapun hati yang bersih adalah hati orang yang beriman, dia seperti lentera yang bercahaya. Hati yang tertutup adalah hati orang kafir. Hati yang sakit adalah hati orang munafik, dia mengetahui yang baik namun mengingkari. Dan hati yang terbalik adalah hati yang Di dalamnya ada iman dan nifak. Contoh keimanan adalah seperti tanah yang dapat memberikan air yang bersih, sedangkan nifak adalah seperti bisul, di dalamnya hanya nanah dan darah. Maka di antara keduanya, yang paling kuat akan mengalahkan lainnya."

( Hadis Riwayat Ahmad )

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Ya Allah tenangkanlah hatinya💓, permudahkanlah setiap urusannya, pandanglah usahanya, tekadkanlah semangatnya dan ringankanlah bebannya 🤲

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

If you can't sleep, then get up and do something instead of lying there and worrying. It's the worry that gets you, not the loss of sleep🙂

- Dale Carnegie -

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Peluklah orang yang kau cintai dengan doa 🤲

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Petanda qalbun salim (hati yang sejahtera)💝itu ialah mampu memaafkan musuh dan rasa gembira dengan nikmat yang Allah beri kepada orang yang tidak kita sukai

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Ada dua amalan mudah yang dijamin masuk syurga namun sedikit yang mengamalkannya

Apa dia

1⃣ Setiap kali lepas solat, zikir Subhanallah 10 kali , Alhamdulillah 10 kali dan Allahuakbar 10 kali

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم bahawa jumlahnya ialah sebanyak 150 (untuk 5 waktu solat) tapi timbangan di sisi Allah sebanyak 1500☺️

2⃣ Sebelum tidur amalkan zikir Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan Allahuakbar 34 kali ....disusuli dengan
لا اله الا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شىء قدير
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم juga jumlah di lisan hanya 100 tapi timbangan di sisi Allah sebanyak 1000

Dan kalau kita totalkan jumlah yang pertama (1500) dan jumlah yang kedua (1000) maka akan dapat 2500, kita dah buat banyak kebaikan hanya dalam sehari🙂

Allah Maha Pemurah 🌻

- Syeikh Ali Jaber رحمه الله -

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

“Utarakanlah keinginanmu dalam hamparan doa-doamu, lalu biarkan ALLAH yang memberikan semua kebutuhanmu. Ingatlah bahwa tidak semua keinginanmu adalah kebutuhanmu. Jangan berhenti berharap, karena ALLAH lebih tahu waktu yang tepat mengabulkan permintaanmu.”

[Habib Syech bin Abdul Qodir Assegaf]

Sumber : IG almadad.yarosulallah

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Memilih untuk melalui satu jalan yang singkat tak bermakna pasti menjumpai jalan keluar

Kerana suatu pilihan tak menjamin kejayaan, melainkan jika ianya diiringi dengan kepercayaan, kepercayaan dan kepercayaan


@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Shine like a star🌟 then everyone will look at you with a blinking eyes

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Kita selalu lupa benda ni

Allah sayang kita💓

@dakwahonz

Читать полностью…
Subscribe to a channel