Di waktu seperti ini, belajarlah untuk menyendiri kerana tidak semua yang kamu cintai akan singgah dan selalu ada, dan tidak semua orang yang kamu percaya akan setia
(Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buthi)
@dakwahonz
Bersungguh-sungguhlah kamu sekalian dalam mendekatkan diri kepada orang-orang soleh, kerana sesungguhnya aku melihat di zaman ini kebanyakan penduduknya dalam keadaan malas dan lupa akan urusan akhirat
- Habib Umar bin Hafidz
@dakwahonz
Jagalah batinmu dengan merasai kehadiran Allah dan jagalah zahirmu dengan mengikuti Rasulullah
-Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani
@TheDakwahJourney🌵
Bersedih atas ketiadaan berbagai ketaatan, di saat itu juga disertai dengan ketiadaan usaha membangkitkan diri, yakni bersemangat tinggi untuk melakukan berbagai ketaatan itu di masa yang akan datang, adalah termasuk di antara tanda-tanda terpedaya oleh syaitan
- Syeikh Ibn Atha'illah as Sakandari
@dakwahonz
Siapa yang menjauhkan diri dari sifat suka mengeluh, maka ia akan mengundang kebahagiaan
- Abu Bakar as Siddiq
@dakwahonz
"Ikiy, akak tengok Ikiy asyik cakap pasal cita-cita Ikiy nak berbakti, nak tenang, nak itu, nak ini. Jangan sampai kita diuji dengan perkara² yang kita cintakan sangat tu. Yang mencukupkan itu Tuhan, bukan pekerjaan".
- Penulis Jalanan
@dakwahonz
Berhenti mengharapkan lebih dari manusia.
Kerana pada akhirnya yang akan setia itu cuma Dia✨
Pastikan 3 hal ni setiap kali sebelum bercakap:
1. Jangan bohong
2. Ada manfaatnya
3. Jangan sakitkan orang
- Ustazah Halimah Alaydrus
@dakwahonz
Kita akan mula bahagia bila kita mampu sederhanakan kebergantungan kepada manusia
Bukankah Allah lebih berhak jadi sandaran?
Manusia..masing-masing ada masalah untuk difikir, jadi tak ada jaminan masalah akan selesai bila kita share
Tapi tidak bagi Allah. Walau selautan manusia merintih dan bersandar padaNya, tak akan sedikitpun mengurangkan kemampuanNya sebagai Yang Maha Kuasa
Cuma dengan kun fayakun Allah, yang susah jadi mudah
Yang berat jadi ringan
Yang hilang kembali di pangkuan
Yang luka akan sembuh
Dan yang mustahil jadi mungkin
Cuma Dia solusinya❣
Bersandar pada Tuhan, Dia akan buka jalan
@dakwahonz
Yang paling penting adalah iman.
Jaga لا إله إلا الله محمد رسول الله.
Dan apabila dajjal datang menemui kalian untuk meragut iman, Nabi kata bacalah di hadapannya surah al-Kahfi ayat 1-10 atau ayat 101-110.
Maka dajjal tak boleh menghampiri kalian.
Iman itu kamu menjaga لا إله إلا الله محمد رسول الله (dirikan solat 5 waktu), menjaga tuntutannya dan meninggalkan larangannya.
- Ustaz Wadi Annuar
@dakwahonz
Andai kita tahu syurga itu seindah mana, nescaya dunia sekadar highway tanpa traffic.
Tiada yang halang jalan kita menuju Allah, melainkan nafsu dan dosa yang memberatkan langkah.
@dakwahonz
Bukanlah kesabaran jika masih mempunyai batas. Dan bukanlah keikhlasan jika masih merasakan sakit
@TheDakwahJourney🌵
💯. "Redha Allah bergantung pada redha ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua ibu bapa".
Diorg happy dengan apa yang kita buat, insya Allah dunia akhirat berkat ✨.
@dakwahonz
179.
Kerana dunia ini bukan syurga. Kenginanmu tidak akan tertunai semuanya.
Kamu akan diuji dengan pelbagai cara.
Jika kamu tahu apa yang Tuhan sembunyikan untukmu saat bertahan dan sabarmu diuji, pasti kamu akan memohon agar ujian itu kekal dan tidak pergi.
- Noktah Yang Memujuk 2
@dakwahonz
Jangan sabotaj diri sendiri tau. Kalau kita asyik rasa kita ni mangsa keadaan, asyik persoalkan kenapa semua ni jadi, terus meratap keputusan² kita yang dulu, kita akan zalimi diri sendiri...tak produktif.
Jangan asyik bandingkan diri ni dengan orang yang kita rasa lebih bernasib baik. Sekali-sekala, perlu bersyukur & bandingkan diri dengan orang yang lebih teruk keadaannya daripada kita. Selagi kita bernafas, selagi tu kita boleh buat yang terbaik.
- Penulis Jalanan
@dakwahonz
Seseorang bertanya, "Kepada siapa kami harus bergaul wahai Syeikh?"
Sufyan ats-Sauri menjawab, "Dengan orang-orang yang sentiasa mengingatkanmu untuk berzikir kepada Allah, dengan orang yang membuatmu gemar beramal untuk akhirat dan dengan orang-orang yang akan menambah ilmumu ketika kamu berbicara kepadanya".
- Sufyan ats Sauri
@dakwahonz
There will always be someone who can't see your worth, or undervalue you. Don't let that person be yourself. Know your worth. Put yourself amongst the people who know your value. And you will bloom like you can never imagine.
- Ahmad
@dakwahonz
"Jangan bersangka buruk terhadap Allah kerana demi Allah, jika kamu taat kepadaNya, akan Dia berikan kamu ketenangan dan jalan penyelesaian. Jika kamu berseorangan, Allah akan menemani kamu dalam kesunyian itu. Dan Allah akan menguatkan hati kamu dan mengukuhkannya dengan pertolongan"
-Sheikh Muhammad al-Mukhtar al-Shanqiti-
@dakwahonz
Allah pesan, jaga hidup kamu sampai akhir. Sebab yang Aku terima bukan yang awal-awal ni, yang Aku terima adalah yang akhir. Apa dalam hati kamu, apa niat terakhir kamu dalam hidup.
- Dr Robiah
@dakwahonz
Yang bagi rezeki tu Allah
Yang mudahkan urusan tu Allah
Yang tau apa yang terbaik untuk kita, Allah
Jangan pernah putus harap dan jangan pernah sangka yang usaha kita lah asbab segalanya. Betul, usaha akan membuahkan hasil tapi semuanya atas izin Allah.
@dakwahonz
As you feel like crying, let it be. Cry. Cry to Allah and let those tears be the witness of your thankfulness to Him. Do not wait for another minute to express your gratitude to Allah. You may not have tomorrow, but you have now.
- Talk to Allah
@dakwahonz
Siapa yang ingin menjadi insan yang kuat hendaklah dia bersandar kepada Allah, kerana sesungguhnya kekuatan itu tergantung siapakah sandarannya
(Salim A.Fillah)
@dakwahonz
Siapa yang susahkan kita? Siapa yang sakitkan kita? Allah ke?
Tak. Allah tak pernah sakitkan kita. Allah tak pernah zalim dengan kita. Allah tak pernah susahkan kita.
Allah lah yang jaga kita, yang paling cintakan kita.
Muka manis mana? Hati lapang mana? Hati syukur kita mana?
Tanya diri.
- Ustazah Norhafizah Musa
@dakwahonz
Benamkan nafsu yang melulu, biar hati terbiasa kuat melawan keinginan yang tak perlu
@dakwahonz
Jika tiada yang mendukung dari belakang, tidak mengapa jalan jauh sendiri.
Jika tiada yang mengiring untuk berjuang, tidak mengapa berpenat lelah sendiri.
Sesekali semesta memang begitu.
Sebelum menjadi sesiapa, kita hanya dilihat sebelah mata.
- Tenang dalam Runtuh
@dakwahonz
86.
Selama kamu mempercayai Allah, pastinya hatimu akan tenang tenteram.
Allah yang menetapkan awal perjalanan kamu di situ, maka Allah akan membimbing kamu untuk ke garisan penamat cerita itu.
Teramat pasti Allah akan menetapkan kamu bahagia dengan cara kamu.
- Noktah Yang Memujuk 2
@dakwahonz