dakwahonz | Unsorted

Telegram-канал dakwahonz - Shareitdakwah✨

808

•Tegur tanda sayang •Sebarkan kebaikan dan manfaat

Subscribe to a channel

Shareitdakwah✨

Segalanya menunggu tepat pada detiknya,
Tak ada mawar yang mekar sebelum waktunya,
Matahari juga tidak terbit sebelum masanya,
Apa yang menjadi milik mu pasti akan datang tepat kepadamu.

-Jalaluddin Rumi

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Pencapaian itu bukanlah tentang mengalahkan orang lain, tapi tentang berjuang mengalahkan ego, emosi, impian dan keinginan sendiri.. hingga redha Allah bertakhta dalam hati

- Ustazah Halimah Alaydrus

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Kita selalu filter apa yang kita nak makan, apa yang kita nak minum. Tapi kenapa apa yang kita nak fikir, apa yang kita nak rasa kita tak filter?

Tak nak.. kita kena rasa diri kita ni mahal. Kata nak dapat cinta Allah, nak jadi wanita high class. Jangan jadi tong sampah, semua benda kita nak fikir, semua benda nak masuk, semua benda nak rasa. Tak nak. Kita yang buat keputusan pada diri kita sendiri.

Hati ni bukan untuk simpan luka & kecewa. Hati ni untuk cinta Allah. Nak letak mana semua beban emosi tu? Letak dalam doa.

- Ustazah Norhafizah Musa

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Cinta Allah sepatutnya di carta pertama hati kita. Bukan manusia, bukan harta benda. Allah, Nabi utamakan..supaya kelak kita dapat perlindungan.

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Malaikat tak pernah salah, syaitan tak pernah betul. Manusia boleh betul, boleh salah. Maka kita dianjurkan untuk saling mengingatkan, bukan saling menyalahkan.

- KH. Mustofa Basri

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Salam Jumaat, jangan lupa banyakkan selawat.

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله سيدنا محمد ✨

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Ya Rabb, bimbinglah hatinya. Luruskanlah pandangannya, teguhkan jiwanya, pandulah jalannya, dan peliharalah niatnya. Agar hidup dan matinya mendapat redhaMu jua.

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Tuhan, andai langkahku kian goyah, tegarkanlah 🦋

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Nak hijrah perlukan istiqomah, dan istiqomah perlukan mujahadah. Jangan pernah putus asa untuk berubah, sebab setiap langkah yang baik akan dimudahkan Allah.

cr video: ig silvianingsih96_

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Jika tidak dapat membalas, janganlah berlebihan. Lebih baik diam, lebih baik lagi bersabar, lebih baik lagi ikhlaskan dan lebih sempurna lagi memaafkan

- Syeikh Ali Jaber رحمه الله

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Siapa yang tak menguruskan keinginan hidup dia, kat situ dia akan lelah. Dia harap orang layan dia macam ni, angkat dia macam ni. Mata dia takkan berhenti melihat orang tu buat tak macam mana yang dia nak.

Tapi ada orang.. yang dia inginkan adalah sesuatu yang ada di sisi Allah. Apa yang ada di sisi Allah lebih baik dan lebih kekal. Apa dia?

Ketaatan, kebajikan, zikir, tasbih. Kita semua sedang bergerak sama ada merana atau bahagia dengan apa yang kita inginkan.

Kita bukan berperang dengan orang atau benda yang jauh, tapi kita berperang dengan keinginan kita sendiri.

Kata Ibn Ajibah, "Boleh jadi Allah bagi semua yang kamu inginkan. Tapi kamu kena ingat apa yang terhalang".

Terhalang daripada apa?

Terhalang daripada Allah. Kerana kecintaan kamu kepada nikmat² dan benda² tersebut, kamu terhalang daripada sesuatu yang ada di sisi Allah.

- Ustazah Norhafizah Musa

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Setiap kegagalan yang kita sangka sebagai jalan mati, boleh jadi ia adalah pondok istirahat sebelum kita melompat lebih tinggi. Jeda yang memang sudah ditakdirkan buat persiapan kendiri sebelum menempuh cabaran yang lebih hebat menuju ke puncak nanti.

Maka, beruntunglah mereka yang lekas bangun mengasah pedang sebelum terlempar semula ke medan penentuan.

Yakinilah pada setiap berita buruk, adanya berita baik yang tertangguh.

Ingatlah, dua kali Allah memujuk hambaNya dalam al-Quran,

”Maka sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan”.

(Al-Syarh: 5-6)

- Teme Abdullah

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

If you want to focus more on Allah in your prayers, focus more on Him outside your prayers

(Yasmin Mogahed)

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Jika engkau dapati dirimu
Berada di medan perang
Jadi fahamilah bahawa Dia
Menganggapmu sebagai tenteraNya


-Asyqin Al Shaeir-

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Jangan bersandar kepada yang lemah. Saat ia menjauh, kamu akan patah.

Bersandarlah kepada Yang Perkasa, Yang Maha Kuasa, yang tak akan tinggalkan siapapun yang bersandar kepadaNya.

- Ustazah Halimah Alaydrus

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Kelebihan membaca surah Al-Kahfi setiap hari Jumaat

1. Terhindari diri dari fitnah dajjal
2. Mendapat redha Allah
3. Diampuni dosa 2 Jumaat
4. Dijaga dari gangguan syaitan
5. Disinari cahaya kebaikan

Luangkanlah masa kita sekejap jee .. tinggalkan duniawi seketika & fikirkan pasal akhirat ☺️❤️.

🍄 @dakwahukhteaa

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Bahagian terpenting dari perbaikan diri adalah membaiki pergaulan. Tinggalkan kawan yang berpengaruh buruk bagimu dan jangan takut kesepian. Selagi kamu baik, kamu akan dipertemukan dengan orang-orang baik 💫

- Ustazah Halimah Alaydrus

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Jangan jauh dari mencintai Allah dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Jaga hati, jangan terlalu cintakan dunia dan manusia. Ditinggalin sesiapapun tidak masalah jika Allah masih bersamamu. Dicintai sesiapapun tak akan jadi istimewa jika tidak dicintai Allah dan Rasulullah.

- Ustazah Halimah Alaydrus

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Tegaskan pada diri, hati ni perlu ditarbiah setiap hari. Jangan kerana rimas, kita jauhi medium dakwah.

Saling mengingatkan..tu tanggungjawab setiap daripada kita kan?

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Berdakwah bukan untuk meraih perhatian manusia, tapi untuk mengajak jiwa yang celaru itu kembali pada Yang Esa

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Jarang kan sebut nama sahabat dalam doa?

Sebab dalam otak cuma aku, aku dan aku

Sebutlah nama sahabatmu dalam doa. Siapa tau antara banyak² doa, itu yang paling didengari Allah 🌹

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Tiada apa yang aku harapkan, selain doa yang didengari Tuhan

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Biar kita diketawakan manusia kerana mengikut syariat Allah, asalkan tidak diketawakan syaitan kerana jadi peneman di neraka

- Al Marhum Dato' Haji Haron Din

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Kadang teringin nak jadi awan. Suci luar dalam, tinggi kedudukan, tak mudah digapai, always hias langit dengan pesona tersendiri & jadi asbab setiap mata yang melihat puji Sang Ilahi.

Tuhan, izinkan aku memiliki sifat awan. Agar mampu sebar kebaikan dan manfaat pada orang sekeliling tanpa ragu, disegani dan tidak mudah jatuh hati. Beramal dengan ilmu dan membawa imej Islam sejati 🤲

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

وَمَا هٰذِهِ الْحَيٰوةُ الدُّنْيَآ اِلَّا لَهْوٌ وَّلَعِبٌۗ وَاِنَّ الدَّارَ الْاٰخِرَةَ لَهِيَ الْحَيَوَانُۘ لَوْ كَانُوْا يَعْلَمُوْنَ

"Dan kehidupan dunia ini hanyalah senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya jika mereka mengetahui"

(29:64)

@dakwahonz

Читать полностью…

Shareitdakwah✨

Salam Jumaat, jom perbanyakkan selawat ✨

@dakwahonz

Читать полностью…
Subscribe to a channel