Diam sampai kau diminta untuk berbicara itu lebih baik daripada kau berbicara sampai diminta untuk diam
- Ali bin Abi Talib
@dakwahonz
Dulu baca Quran antara maghrib isyak terasa nikmat, sekarang baca sekejap terasa berat
Dulu sibuk kejar waktu solat, sekarang dah dengar azan pun masih lewatkan solat
Dulu baca Quran sambil menghayati, sekarang baca Quran sekadar di mulut, tak sampai ke hati
Dulu solat lambat rasa bersalah, sekarang solat lambat rasa biasa
Makan sambil tengok movie terasa nikmat, solat sambil cuba fahamkan makna bacaan terasa berat
Ya Allah, atas sekian banyak nikmat janganlah Engkau tarik nikmat taat 🍃
Peliharalah iman kami hingga hari kiamat dan bantulah diri ini untuk istiqamah dalam taat
@dakwahonz
Salah dengan Allah diselesaikan dengan taubat, dan salah dengan manusia diselesaikan dengan maaf.
Jangan terlalu yakin dengan kuantiti amalan, kerana Allah lihat pada kualitinya. Dan jangan remehkan sakit yang kita beri pada orang, sebab di akhirat nanti bayarannya bukan dengan kata-kata, tapi pahala.
Buat baik dengan semua orang, biar urusan dunia akhirat kita senang
@dakwahonz
Wanita yang baik bukanlah dia tak punya dosa dan kesalahan, tetapi dia sedar dia seorang yang memiliki masa lalu yang gelap, dia tetap terus berusaha menjadi wanita yang diredhai Allah dan Rasul walaupun sering terjatuh dan bertatih, dia tetap terus melawan hawa nafsunya untuk meniti jejak Sayyidah Fatimah, Sayyidah Khadijah dan wanita-wanita agung yang lainnya.
- Habib Umar bin Hafidz
@dakwahonz
Jadikanlah televisi, handphone, internet, dan alat-alat lainnya sebagai pelayan dan pembantu untuk agamamu. Jika tidak, alat-alat itu akan menghancurkan dirimu sedangkan engkau malah tertawa (kerana tidak menyedarinya).
Ia akan merusak hatimu, akalmu, akhlakmu dan fikiranmu tanpa kau sedari.
Engkau tertawa bahagia, padahal alat-alat itu telah merusak hal-hal paling berharga yang kau miliki.
- Habib Umar bin Hafidz
@dakwahonz
Kita mungkin tak boleh baiki penerimaan kita terhadap benda lain, tapi pertama sekali baiki sangkaan kita terhadap Allah
- Ustazah Norhafizah Musa
@dakwahonz
29.8.2023
Semoga Allah cabut dari hati ketaksuban untuk tagih perhatian dan cinta manusia
@dakwahonz
Akan datang saatnya di mana engkau sesali setiap waktu tanpa taat, dan engkau tangisi tiap waktu yang mana di dalamnya engkau bermaksiat
- Habib Umar bin Hafidz
@dakwahonz
Tersenyumlah, tak ada yang perlu engkau sesali. Tuhanmu ada, rezekimu telah ditentukan dan umurmu telah digariskan. Indahkan saja dirimu, nescaya engkau akan menyaksikan keindahan di sekelilingmu
- Habib Umar bin Hafidz
@dakwahonz
Kamu letak akhirat atas kepala, pegang dunia di tangan.
Andai akhirat bergoyang, lepaskan dunia dari tangan dan junjung akhirat dengan genggaman
- Syeikh Muhd Zainul Asri
@dakwahonz
Mau seperti siapapun, atau wanita manapun, intinya jadilah yang bermanfaat bagi orang lain di manapun kamu berada. Jadilah wanita yang keberadaannya membuat perubahan yang baik di sekelilingmu, wanita yang menginspirasi banyak orang dengan ilmumu dan akhlakmu
- Ustazah Mufidah Assagaf
@dakwahonz
Dakwah bukan cuma dengan kata-kata, dengan penampilan pun boleh juga. Pastikan ada rasa tanggungjawab untuk bawa imej Islam dalam penampilan.
Sebab Islam bukan sekadar kerana warisan, tapi kerana menggalas tugas untuk mengajak manusia kenal Tuhan.
@dakwahonz
Hidup atas dunia ni semua penat. Tambah-tambah lagi penat buat kebaikan. Ingatlah setiap kepenatan ada ganjaran pahala.
Mujahadah itu bukan mudah, punya payah.
Dunia tempat penat, akhirat tempat berehat.
(Syeikh Muhd Zainul Asri)
@dakwahonz
Wanita itu cantik ketika tinggi sifat malunya
Wanita itu indah di saat baik akhlaknya
Wanita itu anggun tatkala sopan tutur bicaranya
Wanita itu menawan ketika dirinya dekat kepada Tuhan
Jadilah wanita yang disyariatkan Islam,
Bukan sekadar menjadi tatapan dunia yang tidak berkesudahan
- MirzaHanin & AinnSaid
@dakwahonz
Berbuat baiklah semampu kita, tapi jangan rasa berjasa dan mengharap balasan dari manusia.
Sebab pada akhirnya kita akan penat apabila terlalu berharap.
Kena sedar yang paling menghargai setiap kebaikan, bahkan membalas dengan kebaikan juga cuma Allah
Hanya Dia yang tahu menjaga hati dan jiwa kita daripada rasa kecewa.
Dialah ubat dan sandaran buat manusia 🤍
@dakwahonz
Daripada Abu Hurairah r.a., dia berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Dekatlah pada Allah, ikutilah kebenaran, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada seorangpun daripada kalian yang selamat kerana amalnya". Mereka bertanya, "Tidak juga engkau wahai Rasulullah?". Baginda menjawab, "Tidak juga aku, kecuali bila Rabbmu melimpahkan rahmat dan kurnia padaku".
(Hadis Riwayat Muslim)
@dakwahonz
Orang yang paling bankrup itu adalah ketika dia kembali kepada Allah, dia menyangka bahawa pahala puasa, mengaji, umrah, haji dan qiamullailnya diterima. Dia bawa ibadah-ibadah dia, tapi lupa bahawa di dunia dia pernah menyakiti seseorang dan belum minta maaf sedangkan orang itu belum redha atas perbuatan zalimnya
- Ustazah Oki Setiana Dewi
@dakwahonz
Wanita apabila dididik untuk mencintai akhirat, maka mereka akan lebih hebat dari kaum lelaki
- Habib Ali Zaenal Abidin
@dakwahonz
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, "Aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang menimpa umat-umat terdahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat terdahulu itu?". Nabi menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah terlalu banyak berseronok, terlalu bermewah, menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu-menipu dalam merebut harta dunia, saling memarahi dan hasut-menghasut sehingga terjadi zalim-menzalimi".
(Riwayat al-Hakim)
@dakwahonz
It will not be easy to move on, but moving on will be necessary to set ourselves free. Moving on can be such a struggle. Two similarly uneasy paths present themselves in front of us which we have to choose, the pain of discipline of taking action or the pain of regrets of staying stagnant.
- Making Art Out Of Pain
@dakwahonz
"Barang siapa beramal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka pasti Kami akan berikan kepadanya kehidupan yang baik dan akan Kami berikan balasan dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka lakukan".
[ An-Nahl: 97 ]
@dakwahonz
Walau sebanyak mana ibadah zahir kita buat, tapi ada sifat sombong dalam diri..Allah tak terima
- Ustazah Norhafizah Musa
@dakwahonz
Nabi pesan, 'Sampaikan dariku walau hanya satu ayat'
Kalau kau rasa kau umat Nabi, kau wajib untuk jalankan kerja mulia dakwah.
Kita sama-sama manusia yang ada potensi untuk buat jahat dan ada peluang untuk kumpul kebaikan. Kadangkala kita tewas menjaga iman kerana godaan dunia lebih indah dan menawan.
Jadi pesanku, jangan penat berdakwah dan jangan berhenti untuk terima tarbiah.
Apabila ada pihak yang mengajak, pasti akan ada satu lagi pihak yang diajak. Jadi, orang yang diajak itu sedang ditarbiah hatinya. Sebab tu dakwah dan tarbiah perlu selari. Ada dakwah, wujudnya tarbiah. Tarbiah tak akan boleh tertegak jika tak ada dakwah.
Jangan bagi alasan. Kalau nak hujah bab ilmu, ulama yang ilmunya hebat, yang hafal al-Quran beserta terjemahan, yang khatam beribu-ribu kitab, mereka juga masih menafikan yang mereka banyak ilmu.
Bila bincang soal ketebalan ilmu dalam dada, sampai ke sudah bab ni takkan jumpa noktahnya. Jika alasan ni kau gunakan untuk lari daripada buat kerja mulia dakwah, sampai ke sudah Islam takkan bangun. Jadi, untuk bangunkan Islam umatnya dulu perlu bangun.
Tak ada ilmu? Pergi berguru.
Bertalaqi dengan mereka yang bersanad. Yang pegang al-Quran, hadis, ijmak, qisas dalam kehidupan.
Kalau ilmu dunia boleh dapat dekan, takkan ilmu akhirat cuma cukup-cukup makan 🍂
- Bidadari Tersalah Syurga
@dakwahonz
Aku cemburu kepada mereka yang bukan Islam tapi mencari Islam. Kerja dakwah mereka lebih padu, cara tarbiah mereka lebih menusuk kalbu.
Kerana mereka mencari tarbiah dan menghidupkan dakwah.
Tapi kita yang asal-asal Islam, hanya sekadar Islam kerana warisan
- Liyana Farok
@dakwahonz
Jika mata dibiasakan melihat yang tidak baik, ketika datang kebaikan kepadamu, maka hatimu tak akan peka dan sulit menerimanya
(Ustaz Adi Hidayat)
@dakwahonz