Salah satu mahalnya hidayah adalah apabila sering membaca post dakwah dan agama, namun perubahan diri sama sekali tiada 🍂
- Ustazah Halimah Alaydrus
@dakwahonz
Sesungguhnya maksiat itu menghilangkan nikmat ketika beribadah
- Habib Ali Zaenal Abidin
@dakwahon
Kaki itu melangkah laju saat janjian sama teman,
Namun sengaja dilambatkan saat mendengar seruan azan,
Surau berlambak, masjid berselerak
Tapi kenapa bilangan jemaahnya sentiasa rongak?
@dakwahonz
"Aku meminta kekuatan, dan Allah memberiku kesulitan untuk membuatku kuat"
- Salahuddin Al Ayubi
@dakwahonz
Tidak mengapa kelihatan rendah di mata manusia, kerana 'mata' Allah yang memberi markah
@dakwahonz
Be a good Muslim, try your best.
Sometimes you win, sometimes syaitan win.
Don't use Allah's nikmat to buat dosa
Lebih baik tak dapat nikmat tu.
Use it to gain redha Allah.
Don't use it to buy haram things.
Use it in halal way.
In this world, not everything you want you will get.
But in paradise you can get anything you want, believe Him.
"Dan siapakah lagi yang menyempurnakan janjinya selain Allah?"
(At-Taubah: 111)
- Ustaz Hassan
@dakwahonz
Melangkahlah semahumu, tapi jangan ada rasa sombong dalam diri
Sebarlah ilmu ke pelosok dunia, tapi pastikan niat hanya untuk capai redha Ilahi
Tinggikan darjatmu di depan Yang Maha Tinggi, bukan atas nama duniawi
@dakwahonz
"Dan orang-orang yang beriman, berserta anak cucu mereka yang mengikuti mereka dalam keimanan, Kami pertemukan mereka dengan anak cucu mereka (di dalam syurga), dan Kami tidak mengurangi sedikit pun pahala amalan (kebajikan) mereka. Setiap orang terikat dengan apa yang dikerjakannya".
(Al-Tur: 21)
@dakwahonz
Setiap kali masuk kelas, niatkan لله تعالى. Biar rasa penat semua tu berbaloi. Buat kerana Allah.
Jadikan عادة to عبادة
Apa beza org Islam dengan orang bukan Islam? Belajar mereka "عادة", kita "عبادة"
Macam mana nak jadikan belajar kita ibadah? Niat kerana Allah.
- Ustaz Latiff
@dakwahonz
Hati-hati dengan setiap perkataan kamu. Apa yang terbiasa keluar dari mulutmu, itulah yang akan menentukan cara kematianmu
- Ustaz Abdul Somad
@dakwahonz
"Syukur dan sabar itu seperti dua sayap. Sayap yang kanan adalah rasa syukur. Sayap yang kiri adalah kesabaran. Jika patah salah satunya, jatuhlah kita".
- Hamka
@dakwahonz
Orang yang paling bahagia adalah orang yang mampu memaafkan dan tersenyum walaupun dia dalam keadaan yang tersakiti
- Dato' Dr Fadzilah Kamsah
@dakwahonz
Kenapa ada orang terus-menerus jatuh cinta?
Itu kerana hatinya kosong dari kecintaan Allah. Hatinya kosong dari cinta Allah sehingga hatinya penuh dengan cinta makhluknya.
- Ustazah Oki Setiana Dewi
@dakwahonz
Disangka baik kerana pakaian, sedangkan aib diri ditutupi Tuhan
Disangka berilmu kerana tempat belajar yang baik, sedangkan ilmu yang dapat sekadar didengar namun tidak diamalkan
Disangka islamik kerana attitude, sedangkan pura-pura baik di keramaian menjadi kebiasaan
Andai mereka tahu personaliti sebenar di sebalik semua itu, masihkah mereka mahu mengagumiku?
Tuhan, rezekikanlah aku menjadi lebih baik dari apa yang mereka sangkakan.
Kerana aku mahu terus menjadi hamba Tuhan, bukan hamba kepada sangkaan dan harapan manusia yang tidak selari dengan kenyataan.
@dakwahonz
"Bersyukur bukan sekadar mengucapkan 'Alhamdulillah'. Bersyukur adalah sikap. Bersyukur adalah gaya hidup. Bersyukur adalah pola fikir. Maka, teruskan bersyukur".
- Nouman Ali Khan
@dakwahonz
Jangan pernah membenci kawanmu yang datang ketika dia memerlukan sahaja, kerana tanpa kau sedari kau juga melakukan hal yang sama terhadap Allah
- Habib Ahmad Al Alaydrus
@dakwahonz
Apakah kamu merasa seronok dengan maksiat yang diulang-ulang?
Setiap hari tanpa henti,
Setiap saat tanpa taubat?
Hati yang tercemar itu, adakah masih punya rasa untuk kembali kepada Tuhan?
@dakwahonz
Salam Jumaat, jom perbanyakkan selawat🌷
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله سيدنا محمد
@dakwahonz
Pernah di fasa sibuk scroll tiktok nak beli baju ikut fashion
Tak lama tu tertanya sendiri,
"Sampai bila aku nak biarkan dunia menguasai diri?"
@dakwahonz
Jika kita mencari seratus peratus keamanan, kedamaian, ketenangan & kebahagiaan dengan makhluk, maka jadilah itu satu pencarian yang sia-sia..kerana kita tak akan bertemu dengan hasilnya sampai kita mati
Sebab apa?
Tak mungkin. Tak boleh. Manusia tak ada keupayaan untuk beri kita seratus peratus rasa ketenangan itu
Habis tu, kalau rasa tak nyaman macam mana ustazah?
Alhamdulillah, Allah nak mengalihkan perhatian kita daripada bersandar kepada makhluk supaya kembali kepada sandaran yang sebenar
Kenapa dengan kita❓
Mencari sesuatu yang lemah beria-ria dan meninggalkan Allah Yang Maha Hebat 🍂
- Ustazah Norhafizah Musa
@dakwahonz
Tak ada yang benar-benar setia kepada manusia kecuali amal baiknya. Maka jatuh cintalah kepada setiap hal yang membuat amal baikmu itu tumbuh
- wahyuibnukoko
@dakwahonz
Syurga tu tempat yang tak boleh dibayangkan. Sebab tu, perlu mujahadah untuk sampai
Syurga bukan tempat untuk orang yang berterusan buat dosa, yang Islam sekadar pada ic je, yang tak ada takwa
Tapi syurga untuk mukmin & mukminah
Jadi, jom sama-sama melangkah ke syurga dengan hidup berlandaskan agama ✨
- Ustaz Hassan
@dakwahonz
Sekiranya dengan dugaan dan cabaran yang pelbagai dapat menjadikan kita lebih baik daripada sebelumnya, maka mengapa kita perlu mengeluh dan bersedih?
- Habib Ali Zaenal Abidin
@dakwahonz
Hidup ni bukan soal rupa, kerjaya atau status sosial, tapi tentang taqwa kita. Jangan sampai kita salah menentukan apa yang patut diutamakan
Apa yang akan kita tinggalkan, dikejar siang malam sedangkan apa yang akan menemani kita di alam kubur, dibuat acuh tak acuh. Betul, kita perlu majukan diri di dunia ni..tapi itu hanya sebatas bagi menjaga amanahNya
- Dwi Suwiknyo
@dakwahonz
Tuhan, andai hati ini terpaut dengan perasaan cinta kepada makhluk, kurangkanlah kadarnya.
Agar hati ini hanya terpaut dengan perasaan cinta kepadaMu dan RasulMu dengan kadar yang tidak mampu ditembusi sesiapa 🤍
@dakwahonz
Diam bukan tanda lemah, tapi diam daripada berkata sesuatu yang tidak berhemah.
Biarlah kurang bicara, asalkan hati yang mendengar terjaga dan yang berkata tidak terjebak kepada dosa.
@dakwahonz