Nak capai nikmat taat kena korbankan nafsu dan keinginan.
Jangan manjakan hawa nafsu, kerana taruhannya iman.
Semakin kita layan, semakin lemah iman.
Maka untuk kuat, belajarlah tahan nafsu dengan cara ingat Allah selalu.
@dakwahonz
Antara rahsia untuk senang, berjaya dan tenang dalam hidup ialah apabila kita menjadi orang yang paling banyak mengingati Allah 🤍
- Ustaz Wadi Annuar
@dakwahonz
"Berjuanglah dengan handphone kalian untuk jadikan Palestine sebagai trending topik"
- Ustaz Abdul Somad
@dakwahonz
Di Palestine, ada wanita yang rela dibunuh demi mempertahankan hijabnya, sementara di sini.. ada wanita yang rela melepas hijab demi memperlihatkan kecantikannya. Betapa lucunya hidup ini ketika manusia bermatian-matian mengejar sesuatu yang tidak bisa dibawa mati
cr: ig nurhijrahhh_
@dakwahonz
"Datangnya kematian tidak menunggu hingga kamu akan menjadi lebih baik. Jadilah orang baik dan tunggulah kematian".
- Ustaz Abdul Somad
@dakwahonz
Mereka yang utamakan dunia akan kalah dengan mereka yang utamakan akhirat 💫
@dakwahonz
Pintu berkat yang paling besar dalam dunia ini adalah memelihara dan menjaga serta berbuat baik kepada ibu ayah
- Ustaz Wadi Annuar
@dakwahonz
Bukan mudah untuk menjaga hati,
Jihad dalam menjaganya sangat susah,
Tetapi berusahalah sebaik mungkin dari kemaksiatan,
Kerana hati adalah cermin jiwa,
Yang perlu dijaga dengan sebaik-baiknya,
Supaya ia tetap suci dan tulus,
Dan mendekatkan diri kepada Allah yang Maha Esa.
@dakwahonz
Zaman yang dekatnya kiamat adalah zaman di mana terlalu ramai orang yang menipu daripada yang jujur
- Habib Ali Zaenal Abidin
@dakwahonz
"Sesiapa yang mengeluh dengan musibah yang menimpanya, maka ketahuilah sebenarnya dia mengeluh dengan Allah".
Seolah-olah dia mengeluh tentang Allah, dengan Allah dan tentang Allah tu beza
- Ustazah Norhafizah Musa
@dakwahonz
Jika kamu ingin memperbaiki hatimu, maka jagalah lidahmu. Semakin kamu berkata buruk, maka semakin buruk hatimu. Berkata baik membuatkan hatimu menjadi baik.
- Habib Ali Zaenal Abidin
@dakwahonz
Kalau tidurnya sudah di atas sejadah, bererti yang butuh istirahat hatinya, bukan badannya
- Ustaz Hanan Attaki
@dakwahonz
"Terluka macam mana sekalipun, janganlah pernah mencari kebahagiaan melalui maksiat".
cr: zuhairy._
@dakwahonz
Hari ni hari Jumaat, hari yang mulia
Ada satu waktu yang doanya makbul, lepas Asar. Waktu tu nanti, sama-samalah kita doakan kesejahteraan untuk warga & pejuang Palestin
Daripada Abu Sa'id dan Abu Hurairah r.a, Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda,
"Sesungguhnya terdapat satu waktu pada hari Jumaat apabila seorang hamba Muslim meminta kepada Allah akan kebaikan pada waktu tersebut, maka Allah akan memberinya apa yang dimintanya itu, waktu tersebut adalah selepas asar".
[Riwayat Ahmad]
Semoga mereka baik-baik saja & iman tetap terjaga walau sebanyak mana kehilangan yang disaksikan depan mata.
Ya Allah, berilah mereka kekuatan yang tiada tara,
Kebergantungan yang tiada ragu,
Iman yang teguh dan sentiasa mekar,
serta harapan yang tidak akan sirna
Kurniakanlah mereka keberanian dan titipkan rasa gerun dalam setiap hati Israel laknatullah
Biarlah rasa takut itu tidak berpenghujung, sehingga Islam itu dijunjung setinggi gunung
#freepalestine
#salamJumaat
@dakwahonz
Terus mara pejuang Palestin, akan tiba masa kemenangan buat kamu
Allah dah janji, dan tak akan mungkir janji
Sekarang dunia berpihak kepada Israel, akan datang seluruh dunia berpihak kepadamu dan ketika itu Islam yang akan memimpin dunia
الإسلام يعلو ولا يعلى ✊
#freepalestine
@dakwahonz
Jasad itu ingin taat,
Tapi mata dan hatinya bermaksiat,
Rohaninya turut bersubahat,
Adakah cara lain untuk jiwa yang berkarat itu selain taubat?
@dakwahonz
3.11.2023
Semoga Allah cabut rasa nikmat atas dosa dan maksiat yang diulang-ulang
يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك وطاعتك
Wahai Zat yang maha membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati ini atas jalan agamaMu dan ketaatan kepadaMu 🤲
@dakwahonz
Nak buat taat, buat baik memang banyak cabaran. Rasa tak kuat sesekali boleh, tapi jangan berhenti hanya kerana mulut manusia. Tak perlu rasa insecure dengan mereka yang cantik pada rupa, tinggi pada jawatan dan berharta. Cuma dunia, cuma dunia.
Yang hijrah itu kita, perjalanan kita, kita yang melaluinya, maka imanlah yang memandu dan hanya kepada Allah tempat kita bergantung..bukan manusia.
Yang dibawa mati amalan, bukan kecantikan
@dakwahonz
Salah satu sebab hati seseorang menjadi keras adalah kerana takabbur. Tidak mahu menerima nasihat dan berfikir bahawa dirinya lebih baik dari orang lain
- Habib Ali Zaenal Abidin
@dakwahonz
Tetaplah solat meski nikmat ibadah itu hampir tidak ada lagi. Tilawah Quranmu meski seolah mati rasa di dalam hati.
Sebab engkau tidak pernah tahu di rakaat mana Allah akan mendakapmu, dan di ayat mana Allah mulai melembutkan hatimu
- Ustaz Abul Azmy حفظه الله
@dakwahonz
Kerugian yang paling merugikan adalah kamu tidak berselawat kepada Nabi صلى الله عليه وسلم, sedangkan kamu tahu Baginda yang beri syafaat kepadamu di akhirat 🍂
- Habib Umar bin Hafidz
@dakwahonz
"Selagi kita belum beramal, kita tak akan tahu bagaimana rasa mesra dengan Allah."
- Syeikh Muhd Zainul Asri
@dakwahonz
Wahai anak-anakku, telah tiba masanya kamu semua kembali kepada Allah dengan meninggalkan keseronokan dan kealpaan dunia, dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kamu. Telah tiba masanya kamu bangun dan menunaikan solat Subuh secara berjemaah. Sudah sampai masanya untuk kamu menghiasi diri dengan akhlak mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم
- Syeikh Ahmad Yassin
@dakwahonz
Kamu kalau baca kitab Allah (al-Quran), tapi kamu tak yakin yang Allah mengampunkan kamu..itu umpama kamu mempersendakan ayat-ayat Allah S.W.T.
- Syeikh Wahb Munabbih
@dakwahonz
Kalau kita tak mampu buat benda baik, kita sokong orang buat benda baik. Tu cara nak jadi manusia.
- Ustaz Azhar Idrus
@dakwahonz
Kalian semua memegang telefon bimbit, dan majoriti dari kalian aktif di media sosial. Maka gunakanlah semua media sosial itu untuk menolong saudaramu yang terzalimi di Gaza, Palestin
- Habib Abdullah
#freepalestine
@dakwahonz
Semua dah tengok cerita Mat Kilau kan?
Mat Kilau tu pun nikmatnya, segala yang ada pada dia semuanya daripada Allah. Kekuatan, kecekalan & mujahadah beliau daripada Allah S.W.T
Jangan hanya memuja kilaunya, tapi lupa siapa yang mengilaukan kilauan tersebut iaitu Allah
- Ustazah Norhafizah Musa
@dakwahonz
Jika seseorang memperlakukanmu dengan buruk, maka perlakukanlah dia dengan baik supaya jangan kamu meniru dia, tetapi dia meniru kamu
cr: diary.nasihat
@dakwahonz
"Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju ke arah Tuhanmu, maka kamu akan menemuiNya. Maka orang yang catatannya diberikan daripada tangan kanan. Maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah. Dan dia akan kembali kepada keluarganya (yang sama-sama beriman) dengan gembira".
(Al-Insyiqaq: 6-9)
@dakwahonz