14 Januari 2024|14 Rejab 1446,
Tuhan, peliharalah hati kami dari kecenderungan untuk berbuat dosa dan maksiat.
Apalah gunanya diberi peluang untuk hidup di bulan mulia Rejab jika hatinya tetap sama.
اللَّهُمَّ أَصْلِحْ فَسَادَ قُلُوبِنَا وَأَصْلِحْ أَقْوَالَنَا وَأَصْلِحْ أَعْمَالَنَا وَارْزُقْنَا تَوْبَةً نَصُوحًا.
Ya Allah, perbaikilah kerosakan hati kami, perbaikilah perkataan kami, perbaikilah amalan kami, dan kurniakanlah kami taubat yang sebenar-benarnya (taubat nasuha).
@dakwahonz
Taqwa itu adalah keadaan terdekat seseorang dengan Allah. Jalannya dibina melalui ibadah. Untuk capai taqwa, melalui ibadah. Salah satunya solat. Tingkatkan bilangan solat (sunat) untuk capai darjat taqwa.
Apa hubungan taqwa dengan ilmu? Lihat hujung surah al-Baqarah ayat 282,
وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۖ وَيُعَلِّمُكُمُ ٱللَّهُ ۗ
"Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan Allah mengajar kamu.."
Jadi, kecepatan pengetahuan tu bukan hanya ditempuh dengan ikhtiar kita untuk menghafal dan belajar. Kalau nak cepat dapat aksesnya, dekati pemiliknya. Pemilik ilmu siapa? Allah. Dekati Dia.
[Ustaz Adi Hidayat]
@dakwahonz
Syaitan itu sangat licik,
Perkara yang nampak salah,
Dia kata betul,
Perkara yang nampak betul,
Dia kata salah,
Sekecil-kecil kelemahan yang ada tu lah dia boleh hasut kita sampaikan kita fikir benda tu "halal & boleh".
Firman Allah dalam Surah Al Araf ayat 16-17;
16. Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;
17. "Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".
Ada banyak ketidakpastian di dunia yang fana ini. Maka dari itu wahai diri, demi ketenanganmu, teruslah tanamkan dalam jiwa bahawa hanya Allah sebaik-baik tempat untuk berserah dan berharap
cr: ig dailyreminder_forme
@dakwahonz
1.1.2025
Selamat datang tahun, umur & azam baru.
Semoga apa jua yang kita hajatkan ke depannya, diiringi dengan rasa percaya bahawa semuanya akan baik-baik saja.
@dakwahoz
Penawar bagi seluruh penyakit hati adalah makrifatullah, iaitu dengan mendekatkan diri kepada Allah, mengenali sifat-sifat-Nya, dan memahami tujuan hidup yang sebenar.
Jangan lupa berdoa untuk akhirat. Jangan fokus pasal dunia je. Rumah, jiran, kawan, harta, makanan kat dunia.
Akhirat jadi macam mana esok?
Kediaman kita yang mana?
Siapa circle kita dekat akhirat nanti?
Siapa yang dalam doa dia cuma minta untuk hal dunia, Allah bagi dunia, akhirat tak dapat apa-apa 🍂
[Ustazah Norhafizah Musa]
@dakwahonz
Kebahagiaan itu akan ada ketika mana seseorang itu mampu menguasai nafsunya
[Imam Ghazali رحمه الله]
@dakwahonz
Point ustaz: Banyakkan zikir & selawat sebagai bekalan akhirat
[Ustaz Wadi Annuar]
@dakwahonz
Setiap orang akan bawa sebanyak mana ilmu yang dia ada. Jadi siapa yang tahu perjalanan mahsyar, sampai di mahsyar nanti dia ada ilmu tu. Cuma mulia ataupun hina dia, itu bukan berdasarkan ilmu..tapi berdasarkan ibadat dia.
[Ustaz Wadi Annuar]
@dakwahonz
We call ourselves slaves of Allah, right?
The Quran describes that you will be a slave no matter what. But you decide what you want to be a slave to. Whether it is a slave to fashion, a slave to money, a slave to people, a slave to culture, a slave to standards, a slave to popularity, a slave to your ego or a slave to Allah. If you do not choose Allah, there will be something else you will be a slave to. But if you choose Allah, you will be free from all other slavery. That is freedom.
- Nouman Ali Khan
@dakwahonz
Young women, when you are learning in university stop having anxiety on who is going to marry me, when am I gonna get married, when is qadar of Allah gonna happen. Stop. Just do your assignment.
When you live a purposeful life, when you accomplish purpose and you live that way, then good people of purpose will come in your life. You would not have to look for that spouse, that spouse will look for you. You just have to become purposeful.
You can do it. You are smart. You are creative. Allah has given you opportunity. You are a Muslim. You have the perfect life. This is not a challenge.
Sibuk cari dunia, solat hujung2 masa. Sibuk cari dunia, solat hujung2 tenaga. Semuanya diberi sisa. Itu bermakna kita masih belum sepenuhnya mengabdikan diri kepada Allah🥀
[Ustazah Norhafizah Musa]
@dakwahonz
Untuk ubah diri jadi lebih baik, kita kena jelas untuk pilih siapakah ikon atau idola kepada perubahan tersebut.
Menggambarkan sosok peribadi yang hidup dalam fikiran, itu sangat membantu untuk kita berubah jadi lebih baik ✨.
[Ustazah Norhafizah Musa]
@dakwahonz
Jika kita mahu ada keajaiban dalam diam, maka isilah diam kita dengan zikrullah 📿
[Ustaz Hanan Attaki]
@dakwahonz
Kata Ustaz Adi Hidayat:
"Cinta Allah itu kalau diberikan maka ia tidak kenal batas, bahkan pendosa yang paling buruk pun dalam hidupnya Allah akan beri peluang kepada dia untuk mendapat cintaNya Allah. Ketika Allah mencintai anda, maka Allah limpahkan kasih sayangNya dengan mengampuni semua dosa-dosa anda"
Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 31:
يُحْبِبْكُمُ ٱللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ
"...nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Bersangka baiklah pada Allah, Allah Ya A'alimm.
@dakwahonz
Allah bagi kita peluang untuk kelip mata, bernafas, jantung yang berdenyut dengan elok, makan dengan selera, tidur lena. Macam-macam Dia bagi kat kita, itupon tak hargai, masih lagi nak buat dosa 💘
[Syeikh Nik Bakri Nik Mat]
@dakwahonz
Ayat yang paling relate dengan manusia. Begitulah manusia, acapkali melupakan nikmat yang diberikan ketika mereka menghadapi ujian, dan seolah-olah ujian tersebut adalah yang paling berat. Padahal, Allah selalu menilai kesanggupan hamba-Nya dalam menghadapi segala peristiwa yang berlaku.
15. Maka adapun manusia, apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya dan memberinya kesenangan, maka dia berkata, “Tuhanku telah memuliakanku.”
16. Namun apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata, “Tuhanku telah menghinaku.”
Jika harimu terasa berat, tenangkan dengan;
'Jangan berlebihan pada hal yang tidak dibawa mati'.
- Reisyavitani
@dakwahonz
Life is a lot more fragile than we think. So you should treat others in a way that leaves no regrets. Fairly, and if possible, sincerely.
- Haruki Murakami
@dakwahonz
Hati masing-masing akan menanggung perbuatan masing-masing.
Belajar lapangkan hati untuk maafkan semua kesilapan orang, kerana orang yang bahagia ialah yang tak ada dendam dalam hatinya terhadap sesiapa
[Ustazah Norhafizah Musa]
@dakwahonz
Harini Jumaat terakhir tahun 2024, jom banyakkan selawat
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله سيدنا محمد ☘
@dakwahonz
Bawa hati kita kepada Allah. Bawa dalam bentuk macam mana?
Bawa dalam bentuk keimanan, kepercayaan & kebergantungan yang sebenarnya hanya kepada Allah.
Dunia ni adalah tempat ujian, tapi ujian dunia ni dia tak lama. Kerana dunia tu sendiri adalah sementara.
Dunia ni kalau nak dibandingkan dengan kita, kita lagi sementara. Berapa ramai orang yang pernah ada atas muka bumi ni dah tak ada, sedangkan dunia masih ada.
Sebab tu disebut 'meninggal dunia', bukan 'dunia meninggal'. Apa maksud? Kita yang tinggalkan dunia bukan sebaliknya.
[Syeikh Bakri Nik Mat]
@dakwahonz
Manusia yang paling dekat dengan Nabi adalah yang paling banyak mengamalkan sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم
[Ustaz Wadi Annuar]
@dakwahonz
"Sesiapa yang menghendaki kesenangan hidup dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki. Kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah".
"Dan sesiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya".
(Al-Isra': 17 & 18)
@dakwahonz
Siapa orang yang bahagia?
"Orang yang berhenti nafasnya tapi tidak berhenti kebaikannya".
- Ibnu Qudaimah
@dakwahonz
Semakin dekat dengan kiamat, semakin luntur iman umat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم & semakin banyak maksiat. Maka pastikan diri duduk dalam circle yang Islam, biah islamiah, suasana persekitaran yang ingat Allah, kawan-kawan yang ingat Allah, tempat kerja yang ingat Allah, keluarga yang agungkan Allah dan akhirat.
InshaAllah kita akan selamat sampai akhir hayat, mati dalam keadaan mampu untuk sebut
لا إله إلا الله محمد رسول الله ☘
[Ustaz Wadi Annuar]
@dakwahonz