LARANGAN MENGGUNAKAN TANGKAL
Ulama sepakat bahawa tangkal yang tertulis perkataan-perkataan yang tidak difahami maksud atau perkataan yang syirik adalah haram.
Mereka khilaf tentang tangkal yang mempunyai ayat al-Quran atau jampi yang meminta kepada Allah.
Ulama yang membenarkan berhujah dengan riwayat berikut:
Daripada 'Amru bin al-'As radiallahu 'anhu, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Apabila salah seorang daripada kalian berasa takut ketika tidur, hendaklah dia membaca:
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ وَشَرِّ عِبَادِهِ وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَنْ يَحْضُرُونِ .
Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaanNya, hukumanNya, kejahatan hamba-hambaNya, daripada bisikan syaitan dan daripada hadirnya (syaitan) kepada ku.
فَإِنَّهَا لَنْ تَضُرَّهُ " .
Sesungguhnya semua itu tidak akan dapat memudharatkannya.
قَالَ وَكَانَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَمْرٍو يُلَقِّنُهَا مَنْ بَلَغَ مِنْ وَلَدِهِ وَمَنْ لَمْ يَبْلُغْ مِنْهُمْ كَتَبَهَا فِي صَكٍّ ثُمَّ عَلَّقَهَا فِي عُنُقِهِ .
'Abdullah bin 'Amru mengajarkan bacaan ini kepada anaknya yang telah besar, dan untuk anaknya yang masih kecil, beliau menuliskan doa ini di atas kertas dan menggantungkannya di lehernya.
[Jami' at-Tirmizi, Kitab ad-Da'awat, hadis no: 3528, hasan gharib]
Ulama yang melarang pula berhujah dengan keumuman dalil-dalil melarang penggunaan tangkal seperti berikut:
عَنْ عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ أَنَّ أَبَا بَشِيرٍ الْأَنْصَارِيَّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، أَخْبَرَهُ أَنَّهُ كَانَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي بَعْضِ أَسْفَارِهِ ، قَالَ عَبْدُ اللَّهِ : حَسِبْتُ أَنَّهُ ، قَالَ : وَالنَّاسُ فِي مَبِيتِهِمْ ، فَأَرْسَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَسُولًا " أَنْ لَا يَبْقَيَنَّ فِي رَقَبَةِ بَعِيرٍ قِلَادَةٌ مِنْ وَتَرٍ أَوْ قِلَادَةٌ إِلَّا قُطِعَتْ " .
Daripada Abu Basyir al-Ansori radiallahu ‘anhu, beliau menyatakan bahawa beliau pernah bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dalam sebahagian musafir baginda. -Abdullah (perawi hadis) berkata: Aku rasa Abu Basyir ada berkata: orang ramai ketika itu berada di tempat tidur mereka-. Lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menghantar utusan untuk memastikan tiada sebarang kalung di leher unta melainkan ia mesti dipotong.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jihad, hadis no: 2799]
عَنْ عِيسَى أَخِيهِ ، قَالَ : دَخَلْتُ عَلَى عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُكَيْمٍ أَبِي مَعْبَدِ الْجُهَنِيِّ أَعُودُهُ وَبِهِ حُمْرَةٌ ، فَقُلْنَا : أَلَا تُعَلِّقُ شَيْئًا ، قَالَ : الْمَوْتُ أَقْرَبُ مِنْ ذَلِكَ ، قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَنْ تَعَلَّقَ شَيْئًا وُكِلَ إِلَيْهِ "
Isa bin Abdul Rahman berkata: Aku pernah menemui ‘Abdullah bin ‘Ukaim Abu Ma’bad al-Juhaniy untuk menziarahinya, dan dia menghidap penyakit Humrah. Aku pun berkata: Tidakkah sewajarnya engkau menggantungkan sesuatu? ‘Abdullah bin ‘Ukaim menjawab: Mati lebih baik daripada hal itu. Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang menggantungkan sesuatu, dia akan diwakilkan kepadanya.
[Sunan at-Tirmizi, Kitab at-Tibb, hadis no: 1998 dan Musnad Ahmad, Hadis Abdullah bin ‘Ukaim, hadis no: 18401. Imam at-Tirmizi berkata: Abdullah bin Ukaim tidak pernah mendengar daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam walaupun dia hidup di zaman nabi. Shaikh Syu’aib al-Arnaouth berkata: Hasan Lighairihi dan Abdullah bin Ukaim tidak pernah mendengar daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam]
عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ ، قَالَ : مَنْ قَطَعَ تَمِيمَةً عَنْ إِنْسَانٍ كَانَ كَعِدْلِ رَقَبَةٍ.
Sa’id bin Jubair berkata: Sesiapa yang memotong tangkal daripada seseorang, seolah-olah dia membebaskan seorang hamba.
[Musannaf Ibn Abi Syaibah, Fi Ta’liq at-Tamaim wa ar-Ruqo, no : 23939]
عَنْ إِبْرَاهِيمَ ، قَالَ : كَانُوا يَكْرَهُونَ التَّمَائِمَ كُلَّهَا ، مِنَ الْقُرْآنِ وَغَيْرِ الْقُرْآنِ.
Ibrahim Nakhaie berkata: Mereka membenci kesemua jenis tangkal, tidak kira ia diperbuat daripada ayat al-Quran atau bukan al-Quran [Musannaf Ibn Abi Syaibah, Fi Ta’liq at-Tamaim wa ar-Ruqo, no: 23933].
semak video untuk tahu garis panduan untuk menggunapakai hadith dhaif dalam fadhail amal
Читать полностью…Bagi mereka yang meninggalkan solat di samping mengqadhanya hendaklah membanyakkan amalan yang soleh seperti doa, sedekah, istighfar dan taubat.
Kenyataan Mufti Wilayah
Kami melihat isu ini dan juga menekuninya dan mendapati bahawa pendapat jumhur ulama adalah lebih kuat dan lebih tepat serta arjah. Ini kerana pendapat tersebut:
Lebih ahwat atau dari sudut ihtiyatnya lebih baik.
Meraikan pengangan mazhab Syafie di negara kita.
Jika seseorang yang terlupa pun wajib qadha solat maka adalah lebih utama bagi orang yang sengaja untuk mengqadhakan solatnya. Ini dinamakan sebagai Qias Aula.
Sebahagian ulama menukilkan sebagai ijma’[5] seperti Imam al-Nawawi, Imam Ibn Qudamah dan lain-lain. Justeru hujahan ijma’ adalah mempunyai kekuatan yang tersendiri.
Penggunaan kaedah mafhum al-Mukhalafah sepatutnya tidak bercanggah dengan semua syarat-syaratnya. Ini memberi maksud meninggalkan solat secara sengaja lebih aula daripada mantuq dengannya iaitu meninggal solat dengan sebab lupa. Kerana itu qadha adalah wajib bagi yang meninggalkan solat dengan uzur seperti tidur atau lupa yang diangkat qalam dan gugur taklif, maka wajib ke atas yang meninggalkan solat tanpa uzur mim bab al-aula (lebih utama).
Justeru situasi khilaf seperti ini sudah berlaku semenjak zaman salaf lagi sehingga kini. Ia berkisar kepada sudut pandangan pendalilan atau wajh al-Istidlal dalam kalangan fuqaha’ dan ulama usul.
Kami mengingsafi perselisihan yang berlaku antara para ulama ummah ini. Justeru itu kami cuba mengambil sikap untuk mengharmonikan perselisihan yang berlaku. Kami nukilkan di sini daripada kitab Siyar A'laam al-Nubala:
Al-Imam Al Izz Ibn Abd al-Salam Rahimahullah berkata:
“Tidak pernah aku melihat pada kitab-kitab ilmu di dalam Islam ini yang seumpama dengan Al-Muhalla karya Ibn Hazm serta kitab Al-Mughni karya Ibn Qudamah.”
Imam al-Zahabi berkata: “Benar kata-kata Syeikh Izzuddin. Yang ketiganya adalah Sunan al-Kubrakarya Al-Baihaqi dan yang keempatnya adalah al-Tamhid karya Ibn Abd al-Barr.”
فمن حصل هذه الدواوين وكان من أذكياء المفتين وأدمن المطالعة فيها فهو العالم حقا
Maksudnya: “Maka sesiapa yang mendapati karya-karya ini dan dia merupakan antara mufti yang paling bijak serta dia berterusan dalam menelaah kitab-kitab ini maka dialah sebenar-benar orang alim.
Lihat: Siyar A'laam al-Nubala (18/193).
Alangkah indahnya mauqif dan sifat ulama terdahulu dalam memahami nas dan menyanjungi dalam ruang lingkup kefahaman ilmu masing-masing maka saling hormat menghormati pendapat yang berlawanan tanpa melukakan maruah sementelahan dengan bahasa yang amat tidak sesuai.
Semoga dengan jawapan ini akan memberikan sebuah kelegaan dalam berinteraksi dengan dalil dan nas serta kefahaman yang diasaskan oleh kaedah usuliyyah dan fiqhiyyah.
Kami sejujurnya mengharapkan dengan penjelasan ini akan dapat merungkai isu ini dengan lebih baik. Kami mengakhiri dengan doa:
اَللّهُمَّ فَقِّهْنَا فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْنَا التَّأْوِيْلَ
اَللّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ وَأَرِنَا الْبَاطَلَ بَاطِلًا وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ
Akhukum Fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
[1] Pada bahasa bahasa mafhum al-mukhalafah bermaksud makna yang difahami daripada lafaz secara berlawanan. Manakala pada istilah pula bermaksud makna yang ditunjuk oleh lafaz pada tempat yang tidak disebut berlawanan dengan yang ditunjuk oleh lafaz pada tempat percakapan. Secara umumnya juga mafhum al-mukhalafah ialah makna yang tersirat berlawanan dengan makna daripada lafaz yang tersurat.
[2] Ulama Usul berkata: “Jika ijma’ mustanadnya daripada kitab dan sunnah secara nas maka ia adalah harus dengan sepakat dalam kalangan ulama. Sebaliknya jika ianya dengan qias maka hukumnya harus di sisi kebanyakkan ulama.[3] Ia merupakan antara martabat dalam ibarat nafi khilaf yang paling tinggi dan kuat.
Ini kerana orang kafir tidak diperintahkan untuk melakukan qadha terhadap apa yang dia tinggalkan semasa dia berada dalam kekufurannya.
Kedua: Sekiranya beliau tidak menganggap kufur terhadap seseorang yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya beliau berpendapat bahawa Allah SWT telah memfardhukan solat ke atas seseorang itu pada waktunya yang tertentu. Maka apabila dia meninggalkannya sehingga terkeluar waktunya, sesungguhnya dia telah melakukan maksiat. Disebabkan dia meninggalkan suatu kefardhuan pada waktu yang dia diperintahkan untuk melakukannya. Maka apabila dia menunaikan solat selepas waktunya yang diperintahkan, maka tidak ada manfaat dia lakukan sesuatu yang tidak diperintahkan.
Kata Al-Marwazi: Ini adalah pendapat yang tidak dapat disanggah, kecuali para ulama telah bersepakat dalam pendapat yang berbeza dengan ini. Rujuk Fath al-Bari, Ibn Rajab (5/137-138) serta Ta’zhim Qadr al-Solat, Muhammad Bin Nasr Al-Marwazi (2/1000).
Kata Imam Ibn Rajab al-Hanbali lagi: Dan tidak diketahui suatu pendapat pun daripada kalangan para sahabat yang mengatakan adanya qadha ke atas sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja. Bahkan aku tidak mendapati suatu pun pendapat yang sarih daripada para tabiin, melainkan daripada Imam al-Nakhaie. Lihat Fath al-Bari, Ibn Rajab al-Hanbali (5/139).
Kata al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani Rahimahullah: Dan orang yang berpandangan bahawa sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja tidak perlu untuk qadha tidaklah memaksudkan bahawa dia itu lebih ringan keadaannya berbanding orang yang lupa. Bahkan dia berpandangan bahawa sekiranya disyariatkan qadha ke atas orang yang meninggalkan solat dengan sengaja maka itu akan menjadikan dirinya sama dengan orang yang terlupa sedangkan orang yang lupa itu tidak berdosa berbeza keadaannya dengan orang yang sengaja meninggalkan. Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja lagi buruk keadaannya berbanding orang yang terlupa, bagaimana mereka menjadi sama ? Lihat Fath al-Bari, Ibn Hajar al-Asqalani (2/71).
Ibn Bint al-Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/308).
Abu Abd al-Rahman (Al-Asy’ari al-Syafie) sebagaimana yang disebutkan oleh Ibn al-Qassar (Rujuk Tafsir al-Qurthubi (11/119).
Hadis Berkenaan Dengan Qadha
Kami kemukakan di sini beberapa hadis antaranya: Daripada Anas bin Malik RA, Nabi SAW bersabda:
مَنْ نَسِيَ صَلَاةً أَوْ نَامَ عَنْهَا، فَكَفَّارَتُهَا أَنْ يُصَلِّيَهَا إِذَا ذَكَرَهَا
Maksudnya: “Sesiapa yang terlupa menunaikan solat atau tertidur daripada mengerjakan solat, maka kaffarahnya hendaklah ia menunaikan solat apabila ia mengingatinya.”
Riwayat al-Bukhari (597) dan Muslim (684)
Nabi SAW bersabda:
مَنْ نَسِيَ صَلاَةً فَلْيُصَلِّ إِذَا ذَكَرَهَا، لاَ كَفَّارَةَ لَهَا
Maksudnya: “Sesiapa yang terlupa menunaikan tidak ada kaffarah baginya melainkan ia solat apabila mengingatinya.”
Riwayat al-Bukhari (597)
Nabi SAW bersabda:
مَنْ نَسِيَ صَلَاةً فَلْيُصَلِّهَا إِذَا ذَكَرَهَا
Maksudnya: “Sesiapa yang terlupa menunaikan solat, maka hendaklah ia mengerjakannya apabila mengingatinya.”
Riwayat Abu Daud (442), al-Tirmizi (178) al-Nasaie (613), Ibn Majah (576) dan Ibn Hibban (1555)
Nabi SAW bersabda:
إِذَا رَقَدَ أَحَدُكُمْ عَنِ الصَّلَاةِ، أَوْ غَفَلَ عَنْهَا، فَلْيُصَلِّهَا إِذَا ذَكَرَهَا
Maksudnya: “Jika salah seorang daripada kamu tertidur daripada mengerjakan solat atau terleka dari mengerjakannya maka hendaklah ia mengerjakan solatnya apabila ia mengingatinya.”
Riwayat Muslim (684) dan Ahmad (12909
Titik Perselisihan dan Sebab Berlaku Khilaf
Kami nukilkan di sini daripada Ibn Rushd:
Pertama: Harus qias dalam Syara’.
Kedua: Qias orang yang sengaja kepada orang yang lupa jika diterima keharusan qias.Lihat Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid (2/402)
Hujah Pendapat Yang Mewajibkannya
Berdasarkan hadis di atas antara hujah yang mewajibkannya ialah:
Maksudnya: Maka binasalah bagi orang-orang yang solat. Yang mana mereka itu lalai terhadap solat mereka.
Surah Al-Ma’uun (4-5)
Sekiranya seorang yang meninggalkan solat dengan sengaja itu dikira mudrik (orang yang melakukan solat) setelah keluar dari waktunya, nescaya tidak akan ada kebinasaan untuknya.
Beliau juga turut berhujah bahawa: Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan bagi setiap solat fardhu itu waktunya yang tertentu kepada dua bahagian. Ia masuk pada waktu yang tertentu dan ia juga terbatal pada waktu yang tertentu. Maka tidak ada beza seseorang yang melakukan solat sebelum masuk waktunya dengan seseorang yang solat setelah tamat waktunya kerana kedua-duanya menunaikan solat bukan pada waktunya. Dan ini bukanlah qiyas salah satu ke atas yang lainnya, bahkan kedua-duanya sama telah melanggar batasan-batasan Allah. Allah SWT telah berfirman:
وَمَنْ يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَقَدْ ظَلَمَ نَفْسَهُ
Maksudnya: Sesiapa yang melanggar batasan-batasan Allah maka sesungguhnya dia telah menzalimi dirinya sendiri.
Surah al-Talaq (1)
Ibn Hazm juga menyebutkan bahawa qadha itu adalah mewajibkan suatu syariat. Sedangkan syariat itu tidak boleh datang daripada selain Allah melalui lidah Rasul-Nya. Maka kita tanyakan kepada kumpulan yang mewajibkan qadha ke atas orang yang meninggalkan solat dengan sengaja, beritahu kepada kami tentang solat yang kamu suruh lakukan kepada orang yang sengaja meninggalkannya, adakah ia solat yang Allah SWT perintahkan untuk lakukan ataupun yang selainnya? Sekiranya mereka menjawab: Ia adalah solat yang Allah SWT perintahkan. Maka kita katakan kepada mereka: Maka orang yang sengaja meninggalkannya tidaklah dianggap bermaksiat, kerana dia telah melakukan apa yang Allah perintahkan (solat qadha). Dan tidak ada dosa mengikut pendapat kalian serta tidak ada celaan kepada sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja sehingga tamat waktunya (kerana terdapatnya solat qadha).
Sekiranya mereka menjawab: Ia bukanlah solat yang Allah SWT perintahkan untuk dilakukan. Maka kami katakan: Kamu telah benar. Ini sahaja sudah mencukupi tatkala mereka sendiri mengakui bahawa mereka mengarahkannya melakukan apa yang Allah SWT sendiri tidak perintahkan.
Kemudian kita tanyakan lagi kepada mereka: Adakah meninggalkan solat dengan sengaja sehingga keluar waktunya itu suatu ketaatan atau maksiat ? Maka jika mereka menjawab ia adalah ketaatan, mereka telah menyanggahi ijma keseluruhan umat islam serta menyelisihi al-Quran dan al-Sunnah yang thabit. Jika mereka katakan perbuatan tersebut adalah maksiat, maka mereka telah benar. Dan di antara perkara yang batil itu adalah perbuatan maksiat menggantikan perbuatan taat.
Begitu juga Allah SWT telah menetapkan waktu-waktu solat melalui lidah Rasulullah S.A.W. Serta menjadikan bagi setiap waktu solat itu ada waktu awalnya yang mana sebelumnya bukanlah waktu untuk melakukannya. Serta ada waktu terakhir bagi solat yang mana waktu selepasnya bukanlah masa untuk melaksanakannya. Ini merupakan suatu perkara yang tidak diperselisihkan oleh para imam. Sekiranya boleh untuk dilakukan setelah daripada waktunya, maka sudah tentulah penentuan Nabi S.A.W terhadap akhir waktu solat menjadi tidak bermakna. Maka nescaya ia menjadi ucapan yang lagha (sia-sia). Maha Suci Allah dari perkara sebegini.
Hujah lain adalah, setiap amalan yang terikat dengan waktu yang tertentu, maka tidak sah dilakukan pada selain waktunya. Sekiranya ia sah dilakukan pada selain waktunya, nescayalah waktu tersebut tidak menjadi waktu untuk ia dilakukan dan ini merupakan suatu yang jelas. Rujuk Al-Muhalla Bil Athar, Ibn Hazm (2/10-11).
Pendapat seperti ini juga menurut Ibn Hazm dinisbahkan kepada para sahabat dan tabien antaranya:
Umar al-Khattab
Abdullah bin Umar al-KhattabSa’ad Bin Abu Waqas
Salman al-Farisi
Abdullah bin Mas’ud
Dan mereka berbeza pendapat berkenaan isu qadha ke atas sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja ataupun disebabkan pengsan.
Kata beliau lagi: Sesiapa yang meninggalkan solat sehingga keluar waktunya, maka jumhur ulama menganggapnya sebagai berdosa serta wajib qadha ke atas dirinya. Manakala sebahagian ahli zahir (mazhab zahiri) berpendapat bahawa tidak wajib qadha ke atasnya dan dia dianggap sebagai berdosa. Salah seorang yang berpendapat sedemikian adalah Abu Muhammad Ibn Hazm.
Imam Ibn Rushd Rahimahullah turut menyatakan sebab-sebab perbezaan pendapat di antara dua kumpulan tersebut. Kata beliau Rahimahullah: Sebab-sebab perselisihan pendapat di antara mereka adalah pada dua perkara:
Pertama: Keharusan menggunakan al-Qiyas di dalam syara’.
Kedua: Sekiranya diharuskan penggunaan qiyas, adakah boleh untuk diqiyaskan di antara seseorang yang meninggalkan solat secara sengaja dengan seseorang yang meninggalkannya disebabkan terlupa.
Kata Ibn Rushd lagi: Maka sesiapa yang melihat apabila seseorang yang terlupa itupun diwajibkan qadha ke atasnya sedangkan dalam banyak perkara mereka diberikan keuzuran, maka seseorang yang sengaja adalah lebih utama untuk diwajibkan ke atasnya untuk melakukan qadha kerana tidak ada keuzuran buat dirinya. Maka kumpulan ini mewajibkan qadha kepada orang yang meninggalkan solat dengan sengaja.
Manakala sesiapa yang berpendapat bahawa orang yang terlupa dan orang yang sengaja itu sifatnya berlawanan dan tidak boleh untuk diqiyaskan di antara satu sama lain kerana hukum hakam mereka berbeza. Maka golongan ini tidak membenarkan qiyas orang yang sengaja kepada orang yang terlupa. Rujuk Bidayah al-Mujtahid, Ibn Rushd (1/192-193).
Kata al-Imam al-Qurthubi Rahimahullah: Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka jumhur fuqaha mengatakan wajib ke atasnya untuk melakukan qadha sekalipun dia dianggap sebagai pelaku maksiat kecuali diperselisihi oleh Daud dan pendapatnya itu turut dipersetujui oleh Abu Abd al-Rahman al-Asy’ari al-Syafi’e sebagaimana yang telah diceritakan darinya oleh Ibn al-Qassar.
Kemudian Imam al-Qurthubi memberikan beberapa hujah untuk menguatkan lagi pendapat jumhur. Kata beliau: Telah sabit perintah kepada orang yang tidur dan terlupa untuk melakukan qadha, dalam keadaan kedua-duanya tidak dianggap berdosa, maka orang yang sengaja meninggalkan solat adalah lebih utama (untuk melakukan qadha).
Di antara hujah lain bagi jumhur fuqaha adalah berdasarkan sebuah hadis:
مَنْ نَامَ عَنْ صَلَاةٍ أَوْ نَسِيَهَا
Maksudnya: “Sesiapa yang tertidur sehingga terlepas solat ataupun dia terlupa untuk solat.”
Lalu kata al-Qurthubi: Yang dimaksudkan dengan lupa adalah meninggalkan. Ini kerana, Allah SWT berfirman:
نَسُوا اللَّهَ فَنَسِيَهُمْ
Maksudnya: Mereka meninggalkan Allah maka Allah meninggalkan mereka.
Surah al-Taubah (67)
Perkataan نَسِي di dalam ayat tersebut bukan bermaksud lupa kerana Allah SWT sama sekali tidak bersifat pelupa. Akan tetapi yang dimaksudkan di situ adalah Allah SWT meninggalkan mereka.
Kami katakan di sini, bahawa perkataan نَسِي yang dimaksudkan di dalam hadis tersebut juga membawa erti meninggalkan. Sama ada solat itu ditinggalkan dengan sengaja atau tidak sengaja, maka wajib qadha ke atas sesiapa yang meninggalkannya.
Imam al-Qurthubi juga menyebutkan beberapa hujah lain seperti katanya yang berikut: Sesungguhnya hutang-hutang bagi anak Adam, sekiranya ia berkaitan dengan waktu, maka tidak gugur kewajipan untuk melangsaikannya apabila telah sampai tempohnya. Demikian hutang-hutang kepada Allah adalah lebih utama untuk tidak gugur dalam melangsaikannya melainkan dengan izin daripada-Nya sendiri.
Demikian juga al-Qurthubi mengatakan: Kita telah sepakat bahawa sekiranya ditinggalkan berpuasa dalam sehari pada bulan Ramadan dengan sengaja tanpa sebarang keuzuran, maka wajib ke atas orang yang meninggalkannya itu untuk melakukan qadha.Begitulah juga halnya dengan solat. Lihat al-Jaami’ Li Ahkam al-Quran, al-Qurthubi (11/119-120).
hingga mereka bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasulullah, menegakkan solat, menunaikan zakat. Jika mereka melakukan hal itu maka darah dan harta mereka akan dilindungi kecuali dengan hak Islam dan perhitungan mereka ada pada Allah SWT.”
Riwayat al-Bukhari (25) dan Muslim (20)
Nabi SAW bersabda:
مَنْ حافظَ عليْهَا كانَتْ له نورًا وبرهانًا ونجاةً يومَ القيامةِ، ومَنْ لمْ يحافظْ عليهَا لمْ يكنْ لَهُ نورٌ ولا برهانٌ ولا نجاةٌ وحُشِرَ يومَ القيامةِ معَ فرعَونَ وهامانَ وقارونَ وأُبَيِّ بنِ خلفٍ
Maksudnya:
“Sesiapa yang menjaga solatnya, maka solatnya itu akan menjadi cahaya baginya, dan bukti serta penyelamat pada hari kiamat. Dan sesiapa yang tidak menjaga solatnya maka tiadalah baginya mendapat cahaya, bukti dan keselamatan pada hari kiamat, malah pada hari itu dia akan (dibangkitkan) bersama-sama dengan Firaun, Qarun, Haman, dan Ubai bin Khalaf.”
Riwayat Ahmad (6540) dan al-Darimi (2721)
Umar bin Khattab RA berkata: “Seseorang itu tidak akan bernasib baik di dalam Islam jika dia meninggalkan solat.”
Ali RA telah ditanya tentang wanita yang tidak solat, maka beliau menjawab: “Sesiapa yang tidak solat, maka dia sebagai tidak beragama.” Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim.
Ibn Mas’ud RA berkata: “Sesiapa yang tidak solat maka dia tidak beragama.”
Ibn Abbas R.Anhuma berkata: “Sesiapa yang meninggalkan solat sekali sahaja dengan sengaja, maka dia akan mengadap Allah SWT dalam keadaan mendapat kemurkaan.” Riwayat Ahmad dan Abu Daud.
Ibn Hazm Rahimahullah berkata: “Tidak ada dosa yang lebih besar sesudah syirik, kecuali bagi orang yang melewatkan solatnya dari waktunya yang sebenar, atau dia membunuh seorang mukmin dengan cara yang salah.”
Ibrahim al-Nakhaie Rahimahullah berkata: “Sesiapa yang meninggalkan solat, maka sungguh dia telah menjadi kafir.” Demikian juga pendapat Ayyub al-Sakhtiani.
Aun bin Abdullah Rahimahullah berkata: “Sesungguhnya seseorang itu jika telah memasuki alam kubur, maka yang ditanyakan adalah tentang solatnya, dan itulah yang pertama ditanyakan. Jika telah lulus maka akan dilihat pada amalnya yang lain. Dan jika solatnya tidak memenuhi syarat, maka amalnya yang lain tidak akan dilihatnya lagi.” Lihat al-Kabair oleh Imam al-Zahabi (30-36) t.
Hukum Meninggalkan Solat Daripada Kitab al-Fiqh al-Manhaji
Kami nukilkan pendapat Ashab al-Fadhilah guru-guru kami ini:
Orang yang meninggalkan solat sama ada kerana malas, cuai, ingkar dan sengaja meringan-ringankannya. Sesiapa yang meninggalkan solat kerana mengingkari hukum wajibnya atau sengaja mempersenda-sendakannya akan menjadi kafir dan terkeluar daripada agama Islam. Pihak pemerintah wajib menyuruhnya bertaubat dan tidak membiarkannya demikian sehingga dia bertaubat dan kembali mendirikan solat. Jika terus mengingkarinya dia akan dihukum bunuh sebagai seorang murtad dan mayatnya tidak harus dimandikan, dikapankan dan disembahyangkan. Malah tidak harus dikebumikan di tanah perkuburan orang Islam kerana dia bukan lagi di kalangan mereka.
Sementara orang yang meninggalkan solat kerana malas tetapi masih meyakini hukum wajibnya, pihak pemerintah hendaklah memaksanya mengqadha’kan solat, dan bertaubat daripada kesalahan meninggalkannya.
Jika masih ingkar mengqadha’nya dia wajib dihukum bunuh mengikut hukuman yang disyariatkan atas orang Islam yang melakukan maksiat. Ini kerana hukuman atas orang yang meninggalkan fardhu adalah wajib diperangi tetapi selepas dibunuh, dia masih dianggap seorang Islam. Justeru, jenazahnya, pengkebumiannya, dan pembahagian hartanya hendaklah diuruskan menurut tatacara Islam.
Ini berdasarkan hadis, daripada Ibn Umar RA, Rasulullah SAW bersabda:
أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَيُقِيمُوا الصَّلاَةَ، وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ، فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّى دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلاَّ بِحَقِّ الإِسْلاَمِ، وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللَّهِMaksudnya:
TAHQIQ AL-MASA’IL SIRI KE-1: HUKUM QADHA BAGI SESEORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT DENGAN SENGAJA
TAHQIQ AL-MASA’IL SIRI KE-1: HUKUM QADHA BAGI SESEORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT DENGAN SENGAJA
Mukadimah
Kami dapati bahawa sesuatu isu yang dikemukakan kadang-kadang menjadi polemik yang begitu hangat dalam kalangan masyarakat. Sebagai contohnya, isu qadha solat bagi sesiapa yang meninggalkannya secara sengaja.
Walaupun kami telah menjelaskan berkenaan isu ini secara sepintas lalu di dalam beberapa penulisan sebelum ini, namun kami tetap merasakan amat penting untuk ianya ditekuni dengan lebih tuntas dan mendalam. Justeru, kami menamakan ruangan baharu ini sebagai: Tahqiq Al-Masa’il, khusus dalam memberikan penjelasan yang tuntas bagi setiap bentuk permasalahan yang menjadi khilaf yang muktabar.
Pada ruangan kali ini, kami mengangkat suatu tajuk yang penting untuk dibahas secara terperinci iaitu: Hukum Qadha’ Solat Bagi Sesiapa Yang Meninggalkannya Dengan Sengaja.
Ancaman Bagi Yang Meninggalkan Solat Dengan Sengaja
Kami nukilkan daripada kitab al-Kabair oleh Imam al-Zahabi:
“Solat adalah diumpamakan seperti pertalian hamba dengan Tuhannya, yang mana orang yang memutuskan pertalian itu dikira berdosa besar, apatah lagi jika dia mengingkari kewajipannya atau memperkecilkan-kecilkan orang yang mengikat pertalian itu sehingga boleh dianggap kafir, jika tidak perlu bertaubat dan kembali kepada Tuhan-Nya.
Allah SWT berfirman:
فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيّاً (٥٩) إِلَّا مَن تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ صَالِحاً
Maksudnya: Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka), kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh.
(Surah Maryam: 59-60)
Ibn Abbas RA berkata: “Pengertian ‘meninggalkan solat’ tersebut bukanlah beerti meninggalkan solat itu sama sekali, malah yang dimaksudkan ialah mengakhirkannya dari waktunya.”
Said bin Musayyib Rahimahullah pula berkata: “Maksud ‘meninggalkan solat’ adalah seseorang yang yang tidak solat zohor kecuali sehingga datangnya waktu asar, dan tidak solar asar sehingga datangnya waktu maghrib, dan tidak solat maghrib sehingga datangnya waktu isya’ dan tidak solat isya’ sehingga datangnya waktu fajar solat subuh, kemudian tidak menunaikan solat subuh sehingga terbitnya matahari. Maka sesiapa yang mati di atas cara yang sedemikian itu dan tidak bertaubat (sebelum matinya), maka Allah SWT akan meletakkannya sebagai orang yang berdosa, dan kerana itu juga dia akan dimasukkan ke dalam neraka jahannam pada bahagian yang paling dalam sekali.
Firman Allah SWT:
فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ، الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ
Maksudnya: (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang. (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya.
(Surah al-Ma’un: 4-5)
Iaitu lalai daripada menunaikan solat serta mensia-siakan solat.”
Sa’ad bin Abi Waqqas RA berkata: “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang orang yang melalaikan solatnya, maka Baginda menjawab: “Iaitu mengakhirkan waktu solat (daripada waktunya yang asal sehingga sampai kepada waktu solat yang lain). Mereka itu tetap dinamakan orang-orang yang menunaikan solat iaitu sebagai musalliin. Akan tetapi kerana mereka telah mensia-siakan dan mengakhirkan waktu solat tersebut, maka mereka diancam dengan neraka Wail, iaitu seksaan yang teramat pedih di dalamnya. Ada juga yang mengatakan Wail itu adalah sebuah lembah di dalam neraka Jahannam, yang sekiranya gunung-gunung di dunia ini dicampakkan ke dalamnya, maka gunung-gunung itu akan menjadi cair akibat kepanasannnya yang teramat. Maka itulah tempat bagi mereka yang mensia-siakan solatnya dan mengakhirkan solatnya sehingga keluar dari waktunya. Kecuali jika dia telah bertaubat kepada Allah SWT dan menyesal akan kesalahannya itu.Firman Allah SWT:
Bolehkah muslim memiliki anjing?
Dalam al-Quran, Allah menyebut: (maksudnya) “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" bagi menjawabnya: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang baik-baik, dan (buruan ang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu, oleh itu makanlah dari apa yang mereka (binatang-binatang buruan) itu tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha cepat hitungan hisabNya" (Surah al-Maidah, ayat 4)
Binatang pemburu yang biasa digunakan ialah anjing. Kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir dan selainnya akan menyebut anjing sebagai pemburu utama. Juga perkataan mukallibin dalam ayat ini boleh bermaksud tuan-tuan empunya anjing seperti yang disenarai oleh al-Imam Ibn al-Jauzi ( meninggal 597H) dalam Zad al-Masir.
Ertinya, muslim memiliki anjing buruan. Demikian dia boleh memiliki anjing yang menemaninya berjalan atau menjaga keselamatan rumah seperti anjing Ashab al-Kahfi yang disebutkan tadi.
Bolehkah Muslim Memegang Anjing?
Ada yang menyatakan haram memegang anjing kerana najis. Kalau kerana ia najis haram dipegang, maka haram juga seseorang menyentuh najis dirinya, ataupun anaknya ataupun sesiapa di bawah jagaannya ketika membersihkannya. Haramlah juga mereka yang berkerja yang membabitkan bahan-bahan bernajis seperti mencuci tandas ataupun darah ataupun nanah dan lain-lain. Begitu juga dengan doctor veterinar. Maka
itu kesimpulan hukum
Sebenarnya, para ulama berbeza pendapat mengenai hukum menyentuh najis tanpa keperluan. Mereka bersepakat membolehkan menyentuh najis jika ada keperluan. Dalam kalangan fuqaha ada yang memakruhkan menyentuh najis tanpa keperluan. Ada mengharamkan jika tanpa keperluan. Adapun menyentuh najis disebabkan keperluan tertentu maka semuanya sepakat dibolehkan.
Apakah anjing itu najis jika disentuh?
Menyentuh anjing yang kering sepakat ulama tidak memindah najis. Ini sehingga disebut oleh para fuqaha جاف على جاف طاهر بلا خلاف bermaksud sesuatu yang kering menyentuh yang kering maka bersih (tidak memindahkan najis) tanpa perbezaan pendapat. (lihat: Abu Harith al-Ghazzi, Mausu’ah al-Qawa’id al-Fiqhiyyah, 11/1177, Beirut: al-Risalah).
Adapun menyentuh anjing yang basah berlaku khilaf pendapat dalam kalangan fuqaha (sarjana fekah). Pendapat Mazhab Syafie dan salah satu riwayat dalam Mazhab Ahmad bin Hanbal ialah anjing keseluruhannya adalah najis, termasuk bulunya. Sementara pendapat Mazhab Malik, anjing itu kesemuanya bersih termasuk air liurnya. Adapun Mazhab Hanafi dan salah satu pendapat lain daripada al-Imam Ahmad bahawa bulu anjing itu bersih, sementara air liurnya najis. (lihat: Ibn Taimiyyah, al-Fatawa al-Kubra, 1/264. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah)
Maka dengan itu, majoriti fuqaha (ahli fekah) iaitu jumhur Mazhab Hanafi, Malik dan salah satu riwayat Mazhab Ahmad bin Hanbal berpendapat menyentuh badan atau bulu anjing sekalipun basah adalah tidak najis. Adapun air liur anjing mereka khilaf mengenainya. Pada pendapat kita ia najis berdasarkan hadis: “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Memelihara Anjing Dalam Rumah
Adapun memelihara anjing dalam rumah tanpa sebab adalah tidak digalakkan oleh Islam. Nabi s.a.w bersabda:
مَنْ أَمْسَكَ كَلْبًا يَنْقُصْ مِنْ عَمَلِهِ كُلَّ يَوْمٍ قِيرَاطٌ إِلَّا كَلْبَ حَرْثٍ، أَوْ كَلْبَ مَاشِيَةٍ
“Sesiapa yang memelihara anjing maka berkurangan pahalanya setiap hari sebesar qirat kecuali anjing (jaga) tanaman ataupun (jaga) ternakan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).Qirat itu sebesar Bukit Uhud. Berdasarkan hadis ini, maka sekurang-kurangnya memelihara anjing tanpa sebab yang disebutkan berada pada hukum makruh. Ada ulama yang mengharamkan.
IRSYAD AL-FATWA KHAS RAMADHAN #84: HUKUM MENGGANTIKAN PUASA BAGI YANG TELAH MENINGGAL DUNIA
IRSYAD AL-FATWA KHAS RAMADHAN #84: HUKUM MENGGANTIKAN PUASA BAGI YANG TELAH MENINGGAL DUNIA
Soalan:
Apakah hukumnya menggantikan puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia? Orang yang telah meninggal dunia tersebut ketika hayatnya masih ada baki-baki qadha’ puasa yang belum dilunaskan namun telah meninggal dunia terlebih dahulu.
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Bagi persoalan di atas, sekiranya berterusan keuzuran seseorang itu sehingga dia meninggal dunia seperti sakitnya yang berterusan, berpanjangan safarnya, pengsannya, hamilnya, menyusunya dan semisalnya, maka ia tidak dikira berdosa. Tidak wajib keatasnya sesuatupun dan begitu juga bagi pihak walinya (saudara terdekat) kerana kewajipan berpuasa tidak dapat dilaksanakan sehinggalah dia meninggal dunia maka telah gugur hukum berpuasa buatnya.[1]
Sekiranya seseorang itu mampu untuk mengqadha’kan puasa yang ditinggalkan sama ada sebab uzur ataupun tidak, namun tidak diqadha’kan sehingga dia mati, adapun mazhab al-Qadim (dan ia adalah yang rajih dan disahihkan oleh golongan muhaqqiq), dalam keadaan begini dibolehkan bagi wali untuk berpuasa bagi pihak si mati namun tidaklah dilazimi (wajib) akan perbuatan tersebut. Ini berdasarkan hadis Aisyah R.Anha yang mana Nabi SAW telah bersabda:
Abbas R.Anhuma, telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya ibuku telah mati dan masih ada padanya baki puasa sebulan (yang belum diqadha’kan). Adakah aku perlu menggantikannya?. Jawab Nabi SAW:
مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ صِيَامٌ صَامَ عَنْهُ وَلِيُّهُ
Maksudnya: Siapa yang mati dan padanya terdapat puasa yang belum digantikan, maka berpuasa bagi pihak (si mati) walinya.
Riwayat al-Bukhari (1952) & Muslim (1147)
Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah di dalam kitabnya al-Minhaj menyebutkan bahawa bagi mereka yang berbuka puasa kerana uzur dan berpanjangan uzur atau sakitnya itu sehinggalah mati, maka tidak ada puasa keatasnya, dan tidak perlu membayar fidyah baginya dan tidak pula orang lain berpuasa baginya.[2]
Dalam sebuah hadis yang lain, daripada Ibn
فَدَيْنُ اللَّهِ أَحَقُّ أَنْ يُقْضَى
Maksudnya: Adapun hutang Allah itu lebih berhak untuk dilunaskan.
Riwayat Abu Daud (3310)
Puasa tersebut boleh digantikan oleh wali si mati dari kalangan ahli keluarga yang terdekat dan boleh juga untuk mengupah orang lain berpuasa bagi si mati. Sekiranya terdapat orang luar (bukan dari kalangan wali si mati) yang berpuasa bagi si mati tanpa izin atau tiada wasiat dari si mati maka tidak sah puasa tersebut.[3]
Sekiranya wali tidak berpuasa bagi si mati, dan tidak juga orang yang lain, maka dikeluarkan dari bahagian yang ditinggalkan puasa tersebut fidyah bagi setiap hari yang ditinggalkan dengan satu mud (cupak). Sekiranya si mati tiada meninggalkan harta maka dibolehkan untuk orang lain mengeluarkan hartanya bagi menyelesaikan hutang puasa si mati dalam bentuk fidyah. Wallahu a’lam.
Akhukum fillah,
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
24 Mei 2017 bersamaan 27 Syaban 1438H
tamad fi al-Fiqh al-Shafi
[1] Lihat Al-Mue. Dar al-Qalam, 2/201.
Arabiy, 8/23.
[2] Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim. Dar Ihya’ al-Turath al-
[3] Lihat Al-Mutamad fi al-Fiqh al-Shafi
e. Dar al-Qalam, 2/202.
Irsyad Fatwa
إِنَّ عَبْدًا أَصَابَ ذَنْبًا ، وَرُبَّمَا قَالَ : أَذْنَبَ ذَنْبًا ، فَقَالَ : رَبِّ أَذْنَبْتُ ، وَرُبَّمَا قَالَ : أَصَبْتُ ، فَاغْفِرْ لِي ، فَقَالَ رَبُّهُ : أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي ، ثُمَّ مَكَثَ مَا شَاءَ اللَّهُ ، ثُمَّ أَصَابَ ذَنْبًا أَوْ أَذْنَبَ ذَنْبًا ، فَقَالَ : رَبِّ ، أَذْنَبْتُ أَوْ أَصَبْتُ آخَرَ ، فَاغْفِرْهُ ، فَقَالَ : أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي ، ثُمَّ مَكَثَ مَا شَاءَ اللَّهُ ، ثُمَّ أَذْنَبَ ذَنْبًا ، وَرُبَّمَا قَالَ : أَصَابَ ذَنْبًا ، قَالَ : قَالَ رَبِّ ، أَصَبْتُ أَوْ قَالَ أَذْنَبْتُ آخَرَ : فَاغْفِرْهُ لِي ، فَقَالَ : أَعَلِمَ عَبْدِي أَنَّ لَهُ رَبًّا يَغْفِرُ الذَّنْبَ وَيَأْخُذُ بِهِ ، غَفَرْتُ لِعَبْدِي ثَلَاثًا ، فَلْيَعْمَلْ مَا شَاءَ
Maksudnya: Sesungguhnya seorang hamba melakukan dosa lalu dia berkata: “Ya Tuhan, aku telah berdosa. Ampunilah diri ku.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dan menghukum dosanya? Aku telah mengampuni hamba-Ku.”
Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: “Tuhan ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hamba-Ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba-Ku.”
Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: “Tuhan-ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hamba ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba-Ku. sebanyak tiga kali. Maka biarlah dia lakukan apa yang dia kehendaki.
Riwayat al-Bukhari (7507)
Imam al-Nawawi berkata: “Hadis ini jelas pada sisi dalalahnya, bahawa walaupun dosa walaupun terulang seratus malah seribu atau lebih, dan dia bertaubat setiap kali daripadanya, maka taubatnya diterima dan gugur dosanya. Meskipun dia bertaubat dari semua (dosa) dengan sekali taubat setelah semua (dosa), maka taubatnya sah.” (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 9/128)
Namun, taubat yang dilakukan tersebut hendaklah benar-benar dilakukan dengan sepenuh hati dan perasaan serta merupakan satu keinsafan yang sesungguhnya. Bukan hanya menyebut istighfar semata-mata sedangkan hatinya masih ingin berterusan melakukan maksiat.
Inilah yang disebut oleh al-Imam al-Qurtubi sepertimana dinukilkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari, beliau berkata: “Hadis (di atas) menunjukkan betapa besarnya faedah istighfar, betapa agungnya kurniaan Allah, betapa luasnya rahmat, kelembutan dan kemurahan Allah. Akan tetapi istigfar ini ialah istighfar dimana hatinya mempunyai niat yang sama dengan apa yang lidah lafazkan untuk meninggalkan maksiat, dan ia disertai dengan rasa penyesalan. Inilah maksud taubat.”
“Ia bermaksud sesiapa yang mengulangi dosa dan taubat, setiap kali terjebak ke dalam dosa dia akan kembali bertaubat. Ia bukan bermaksud sesiapa yang lidahnya memohon ampun kepada Allah, sedangkan hatinya berterusan mahu melakukan maksiat itu.” (Lihat Fath al-Bari, 21/89)
Oleh itu, apabila bertaubat, ia hendaklah dilakukan dengan sepenuh hati dan perasaan. Apabila kemudiannya tergelincir lagi melakukan maksiat, mohonlah keampunan kepada Allah atas ketergelinciran. Jangan merasa berputus asa daripada istighfar.
Seseorang berkata kepada al-Hasan al-Basri: “Apakah salah seorang daripada kita tidak merasa malu kepada Tuhan-Nya. Dia memohon ampun terhadap dosanya kemudian dia mengulangi lagi, memohon ampun kemudian mengulangi lagi?”
Lalu Imam al-Hasan al-Basri berkata: “Syaitan berharap jika dia berjaya menjadikan kamu merasa sedemikian. Maka janganlah jemu daripada istighfar (memohon keampunan).” (Lihat Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam, 19/26)
Allah SWT juga berfirman:
وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّـهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّـهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ
(Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/95)
Ini bertepatan dengan Firman Allah SWT:
وَإِنْ خِفْتُمْ شِقَاقَ بَيْنِهِمَا فَابْعَثُوا حَكَمًا مِّنْ أَهْلِهِ وَحَكَمًا مِّنْ أَهْلِهَا إِن يُرِيدَا إِصْلَاحًا يُوَفِّقِ اللَّـهُ بَيْنَهُمَا ۗ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ عَلِيمًا خَبِيرًا
Maksudnya: Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua "orang tengah" itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam pengetahuanNya.
(Surah al-Nisa’, 35)
Kesimpulan
Berdasarkan kepada persoalan dan penerangan yang diberikan, sekiranya permasalah ini masih berlanjutan, kami menasihati agar melakukan beberapa langkah seperti berikut:
Isteri boleh menasihati suami tentang tanggungjawabnya dan memberi amaran kepadanya tentang balasan Allah SWT dengan perbuatan zalimnya.
Selain itu, sekiranya suami masih tidak berubah maka isteri boleh meminta hakim mengenakan tindakan yang sesuai untuk memperbaikinya.
Sekiranya belum mampu mengubahnya, kedua-dua belah pihak boleh menghantar wakil sebagai orang tengah untuk mendamaikan atau memisahkan mereka.
Sebaiknya di dalam permasalahan rumah tangga hendaklah dirujuk kepada pihak-pihak yang berautoriti di dalam membantu menyelesaikan permasalah ini seperti mahkamah syariah. Perkara ini bertujuan untuk menjalankan proses sulh yang terdapat dalam enakmen undang-undang keluarga islam di setiap negeri. Hal ini bertujuan mengadakan perbincangan damai serta menyelesaikan perselisihan rumah tangga.
Justeru, suami dan isteri wajib meningkatkan pengetahuan mengenai perihal hukum hakam nusyuz. Ini bertujuan memberi kesedaran kepada suami dan isteri tentang keburukan dan kesan melakukannya.
Dalam memahami tugas dan tanggungjawab serta realiti kehidupan dalam mengasuh dan mendidik generasi seterusnya persepahaman dan toleransi di antara suami isteri akan melahirkan kebahagiaan dalam membentuk baiti jannati. Firman Allah SWT:
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
(Surah al-Furqan, 74)
Semoga penjelasan ini memberi manfaat kepada penanya. Kami berdoa agar Allah memberikan sakinah kepada keluarga.
Selain itu, bolehlah rujuk artikel berikut:
AL-KAFI #1258: ISTERI KELUAR DARI RUMAH DAN MENGHILANGKAN DIRI, APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN?
AL-KAFI #1290: SUAMI MEMBIARKAN ISTERI MENANGGUNG NAFKAH KELUARGA
AL-KAFI #:1366 ADAKAH WAJIB BAGI SUAMI MEMBERI NAFKAH KEPADA ISTERI YANG TIDAK MEMBERI NAFKAH BATIN (EDISI KEMASKINI)
IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-206: NUSYUZ JIKA MERTUA MEMBAWA ISTERI KELUAR TANPA KEBENARAN SUAMI
IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-175: TINGGAL ISTERI TANPA NAFKAH, ADAKAH JATUH TALAQ
Irsyad Fatwa
Irsyad Fatwa Umum
Nafkah yang diberikan berdasarkan kiraan mengikut kebiasaan masyarakat setempat seseorang perempuan itu (Lihat Tafsir al-Maraghi, 2/187)
Suami memberi Nafkah Kepada Isteri
Tanggungjawab seorang suami dalam melayari bahtera rumah tangga adalah dengan menunaikan nafkah dari segi zahir dan batin serta melayani isteri dengan keadaan yang baik.
Oleh itu, kewajipan sorang suami di dalam membayar nafkah adalah selepas berlakunya akad nikah serta isteri menunaikan syaratnya iaitu:
Merelakan dirinya untuk bermesra dan bersetubuh dalan keadaan yang diizinkan syara’.
Isteri mengikut suaminya tinggal di dalam rumah yang dipilih suaminya dan keadaan rumah itu sesuai didiaminya mengikut syara’
Jika kedua syarat ini dipenuhi isterinya, maka wajib bagi suami untuk menunaikan setiap nafkah yang diperlukan oleh isterinya. (Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/278-280)
Dalam kontek kemampuan suami memberi nafkah kepada isterinya, al-Fiqh al-Manhaji menggariskan bahawa di antara perkara yang waijb diberikan suami kepada isteri adalah:
Makanan asasi penduduk tempatan pada setiap hari mengikut keperluan untuk dijadikan makanan. Hal ini berdasarkan kemampuan bagi seorang suami sama ada ia kaya, sederhana dan miskin.
Lauk yang menjadi kebiasaan masyarakat umum mengikut kemampuan suami
Pakaian yang bersesuaian mengikut syara’ dan menutup aurat serta tempat tinggal dan perkakas dapur mengikut kemampuan suami dan keperluan isteri.
Selain itu, sebagai tambahan kepada nafkah Isteri dan perlu mengambil kira kemampuan suami adalah sepert iberikut:
Rumah dan tempat tinggal yang bersesuaian dan sekurang-kurangnya mempunyai keperluan asas yang sewajarnya.
Peralatan bertujuan kebersihan tempat tinggal. Begitu juga alat perhiasan diri sekiranya suami meminta untuk isterinya berhias.
Pembantu rumah sekiranya isterinya mempunyai pembantu rumah sebelum ia berkahwin. Oleh itu suami perlu menyediakan khidmat pembantu rumah sekadar mengikut keperluan isterinya.
(Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/281-284 dan al-Fiqh al-Manhaji, 4/182-184)
Pemberian nafkah suami kepada isterinya adalah bergantung kepada kemampuan dan pendapatan seorang suami. Ini seperti mana hadis daripada Mu’awiyah al-Qusyairi katanya:
أَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقُلْتُ مَا تَقُولُ فِي نِسَائِنَا قَالَ: أَطْعِمُوهُنَّ مِمَّا تَأْكُلُونَ وَاكْسُوهُنَّ مِمَّا تَكْتَسُونَ وَلاَ تَضْرِبُوهُنَّ وَلاَ تُقَبِّحُوهُنَّ
Maksudnya: Aku menemui Rasulullah SAW dan bertanya: Apakah pandanganmu tentang isteri-isteri kami?” Rasulullah SAW menjawab: “Berilah mereka makan, sama seperti yang kamu makan, berilah mereka pakaian, sama seperti yang kamu pakai dan janganlah pukul serta hina mereka
Riwayat Abu Daud (2144)
Nusyuz
Para fuqaha’ berpendapat perbuatan nusyuz seseorang isteri kepada suaminya adalah diharamkan, begitu juga sebaliknya. Ini disebabkan kedua-duanya tidak menunaikan tanggungjawab mereka terhadap pasangan masing-masing. Nusyuz seseorang itu memberi kesan selepas selesainya akad nikah. Dan ia juga membabitkan ke atas lelaki dan juga perempuan.
Dr Muhammad Zuhaili memberi takrifan nusyuz di dalam kitabnya: “Nusyuz bermaksud derhaka dan kebiasaannya dilakukan oleh wanita. Seseorang perempuan nusyuz itu ialah derhaka kepada suaminya dengan mengingkari ketaatan terhadap suaminya. Selain itu, nusyuz bagi suami ke atas isterinya adalah meninggalkan tanggungjawabnya serta menyakiti pasangannya”.
(Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e: 4/90)
Firman Allah SWT:
وَإِنِ امْرَأَةٌ خَافَتْ مِن بَعْلِهَا نُشُوزًا أَوْ إِعْرَاضًا فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَن يُصْلِحَا بَيْنَهُمَا صُلْحًا
Maksudnya: Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya "nusyuz" (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya)
MENELAN SISA MAKANAN DI MULUT PADA SIANG HARI (SAAT BERPUASA)
Pertanyaan
Ketika seseorang bangun tidur waktu pagi dan dia sedang berpuasa, didapati di mulutnya sisa (makan) sahur. Apa hukumnya kalau (sisa makanan tersebut) ditelannya?
Teks Jawaban
Alhamdulillah.
Tidak diragukan lagi bahwa makan adalah salah satu pembatal puasa.
Allah Ta’ala berfirman:
( وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ) سورة البقرة: 187
“Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar.” (QS. Al-Baqarah: 187).
Sebagaimana diketahui oleh umat Islam, bahwa puasa adalah menahan dari makan, minum dan berhubungan badan dan seluruh pembatal (puasa). (Majmu Fatawa Syaikhul Islam, 25/219)
Pengertian makan adalah sampainya sesuatu yang keras (makanan dan semisalnya) ke lambung lewat mulut. (Silahkan lihat Hasyiyah Ibnu Qasim Ala Raudhil Al-Murbi, 3/389)
Tidak disyaratkan dalam makanan ini, harus bermanfaat atau banyak. Kalau sekiranya menelan sesuatu yang tidak bermanfaat (seperti permata) atau menelan sedikit sekali (dari sisa makanan), maka dia telah berbuka dan puasanya rusak. Menelan sisa makanan yang ada di sela-sela gigi termasuk makan, maka ia dapat merusak puasa. Hal ini kalau orang yang berpuasa menelannya dengan sengaja, yang sekiranya masih memungkinkan baginya untuk mengeluarkannya, namun sengaja dia ditelan. Adapun, jika tiba-tiba masuk ke tenggorokan dan tertelan, dan tidak memungkinkan baginya untuk mengeluarkannya, maka hal ini tidak mengapa dan puasanya sah. Karena semua pembatal puasa disyaratkan bahwa orang yang berpuasa melakukannya dengan sengaja. Kalau dilakukan dengan terpaksa tanpa keinginannya maka puasanya sah dan tidak ada apa-apa sedikitpun baginya. Telah ada penjelasan hal itu di soal jawab no. 22981.
Ibnu Qudamah rahimahullah berkata dalam kitab Al-Mugni, 3/260: “Barangsiapa yang di waktu paginya mendapatkan makanan di antara giginya, maka tidak akan lepas dari dua kondisi, salah satunya adalah jika sedikit, tidak mungkin diludahkan lalu tertelan, maka hal itu tidak membatalkan (puasa). Karena dia tidak mungkin mencegahnya, seperti air liur. Ibnu Munzir berkata: Para Ahli Ilmu telah sepakat (ijma) dalam masalah ini.
Kedua, jika makanannya banyak dan memungkinkan untuk diludahkan, maka kalau diludahkan tidak membatalkan puasanya. Kalau dia telan dengan sengaja, maka puasanya rusak menurut pendapat mayoritas ulama. Karena dia telah menelan makanan yang masih memungkin untuk diludahkan berdasarkan pilihannya dan dalam keadaan sadar bahwa dia sedang berpuasa, maka dengan demikian dia dianggap berbuka. Sebagaimana halnya kalau dia memulai makan.”
Kesimpulannya adalah kalau memungkinkan baginya untuk mengeluarkannya dari mulut, namun dia tidak melakukannya dan justeru menelannya, maka puasanya rusak. Kalau tertelan tanpa keinginannya, maka puasanya sah dan tidak ada apa-apa baginya.
Wallahu’alam .
sumber : https://islamqa.info/id/answers/78438/menelan-sisa-makanan-di-mulut-pada-siang-hari-saat-berpuasa
Via HijrahApp
Kerana perbuatan menyetubuhi disandarkan kepada lelaki, maka wajib ke atasnya kaffarah.Oleh itu, perempuan hanya wajib mengqada puasanya sahaja.” (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/204)
Begitu juga yang dinyatakan dalam al-fiqh al-Manhaji:
“Kaffarah kerana membatalkan puasa bulan Ramadhan wajib ke atas suami sahaja dan tidak wajib ke atas isteri walaupun dia sedang berpuasa. Ini kerana kesalahan suami lebih berat dan lebih buruk.” (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, 3/116)
Qada’ Puasa dan Fidyah
Dan di antara perkara yang membatalkan puasa adalah melakukan persetubuhan di siang hari. Ini sepertimana Firman Allah SWT:
أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَائِكُمْ
Maksudnya: Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu
(Surah al-Baqarah, 187)
Dr. Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya menyatakan,
Selain itu, berkenaan dengan hal menggantikan puasa maka diwajib untuk menunaikannya sehingga sebelum masuk pada bulan Ramadhan yang akan datang. Dan dikenakan Fidyah sekiranya tidak sempat menunaikannya sehingga masuk pada Ramadhan yang akan datang. Ini seperti yang dinyatakan oleh Dr. Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya: bersetubuh adalah perkara yang membatalkan puasa, ini seperti makan, sama ada keluar mani atau tidak. (Lihat: al-mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/184)
“Dan sekiranya diwajibkan atasnya untuk qada’ puasa Ramadhan, akan tetapi sekiranya tidak sempat menunaikannya sehingga masuk pada bulan Ramadhan pada tahun hadapan maka diwajibkan ke atasnya qada’ dan fidyah mengikut bilangan hari yang di tinggalkan.” (Lihat: al-mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/203)
Kesimpulan
Berbalik kepada persoalan yang di ajukan di atas dan berdasarkan pandangan ulama’ yang diberikan dapat disimpulkan bahawa:
Seorang Isteri tidak dikenakan kaffarah dan kaffarah hanya dikenakan ke atas suami. Isteri hanya diwajibkan menggantikan puasanya sahaja mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
Tidak dikenakan kaffarah kepada sesiapa yang melakukan persetubuhan di siang hari pada bulan Ramadhan disebabkan oleh kejahilannya atau tidak mengetahui hukum haramnya
Berkenaan dengan puasa yang di tinggalkan, maka diwajibkan ke atas keduanya untuk menggantikannya mengikut bilangan hari dan dikenakan fidyah sekiranya melebihi tahun yang mendatang serta fidyahnya bertambah mengikut bilangan tahun yang ditinggalkan.
Oleh itu, perbuatan bersetubuh ketika berpuasa di bulan Ramadhan merupakan kesalahan yang besar dan diharamkan syara’ serta wajib bertaubat untuk tidak mengulanginya kembali. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosa kita serta mengurniakan kepada kita kefahaman dalam mengamalkan suruhan-Nya.
Selain itu, bolehlah rujuk artikel berikut:
AL-KAFI #759: ADAKAH WAJIB KAFFARAH JIKA BERSETUBUH KETIKA PUASA GANTI RAMADHAN
AL-KAFI #1299: ADAKAH DIKENAKAN KAFFARAH MEMBATALKAN PUASA DENGAN BERJIMAK KETIKA SUAMI PUASA ENAM DAN ISTERI PUASA QADA’
IRSYAD AL-FATWA KHAS RAMADHAN SIRI KE- 147: BERBUKA PUASA KERANA MUSAFIR KEMUDIAN BERJIMAK SELEPAS SAMPAI DI RUMAH, ADAKAH DIKENAKAN KAFFARAH?
Edisi Ramadhan
:80
IRSYAD AL-FATWA KE-194: HUKUM MEMEGANG TAFSIR AL-QURAN DALAM KEADAAN BERHADAS
Soalan:
Bolehkah seseorang yang berada di dalam keadaan berhadas (besar atau kecil) untuk memegang tafsir Al-Quran?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Jumhur ulama mengatakan dibolehkan bagi menyentuh, membawa dan mengulangkaji tafsir al-Quran yang mana padanya terdapat ayat-ayat al-Quran meskipun dalam keadaan berjunub. Ini kerana yang dimaksudkan tafsir itu adalah makna-makna dari al-Quran dan bukan membacanya. Makanya, hukum al-Quran tidak terpakai kepadanya.
Ini adalah pendapat yang zahir dari mazhab Maliki dan juga Hanbali. Disebutkan di dalam Syarh Mukhtasar Khalil[1] oleh al-Imam al-Kharasyi al-Maliki Rahimahullah:
يَجُوزُ لِلْمُحْدِثِ مَسُّ التَّفْسِيرِ
Maksudnya: Dibolehkan bagi mereka yang berhadas untuk menyentuh tafsir.
Begitu juga disebutkan oleh al-Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi di dalam kitabnya al-Mughni[2]:
وَيَجُوزُ مَسُّ كُتُبِ التَّفْسِيرِ وَالْفِقْهِ وَغَيْرِهَا، وَالرَّسَائِلِ، وَإِنْ كَانَ فِيهَا آيَاتٌ مِنْ الْقُرْآنِ، بِدَلِيلِ أَنَّ النَّبِيَّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - كَتَبَ إلَى قَيْصَرَ كِتَابًا فِيهِ آيَةٌ؛ وَلِأَنَّهَا لَا يَقَعُ عَلَيْهَا اسْمُ مُصْحَفٍ، وَلَا تَثْبُتُ لَهَا حُرْمَتُهُ
Maksudnya: Dan dibolehkan menyentuh kitab-kitab tafsir, fiqh, risalah-risalah yang lainnya sekiranya padanya terdapat ayat-ayat daripada Al-Quran berdalilkan bahawasanya Nabi SAW pernah menulis surat kepada maharaja Rom dan pada surat tersebut terdapat ayat Al-Quran kerana ia tidak dinamakan dengan mushaf dan tidak sabit keharaman padanya.
Adapun di sisi mazhab Syafi’e, yang sahih di sisi mereka adalah haram menyentuh dan membawa tafsir sekiranya ayat al-Quran lebih banyak dari tafsirnya. Sekira tafsirnya lebih banyak dari ayat al-Quran, maka hukumnya dibolehkan.
Ini sepertimana yang disebutkan oleh al-Imam al-Nawawi Rahimahullah di dalam kitabnya al-Majmu[3]:
كِتَابُ تَفْسِيرِ الْقُرْآنِ إنْ كَانَ الْقُرْآنُ فِيهِ أَكْثَرَ كَبَعْضِ كُتُبِ غَرِيبِ الْقُرْآنِ حُرِّمَ مَسُّهُ وَحَمْلُهُ وَجْهًا وَاحِدًا كَذَا ذَكَرَهُ الْمَاوَرْدِيُّ وَغَيْرُهُ وَنَقَلَهُ الرُّويَانِيُّ عَنْ الْأَصْحَابِ وَإِنْ كَانَ التَّفْسِيرُ أَكْثَرَ كَمَا هُوَ الْغَالِبُ فَفِيهِ أَوْجُهٌ أَصَحُّهَا لَا يَحْرُمُ لِأَنَّهُ لَيْسَ بِمُصْحَفٍ
Maksudnya: Kitab tafsir al-Quran, sekiranya pada tafsir itu terdapat banyaknya al-Quran (ayat-ayatnya) seperti sebahagian kitab-kitab gharib al-Quran, maka diharamkan untuk menyentuh dan membawanya pada pendapat yang satu. Ini seperti yang disebutkan oleh al-Mawardi dan selainnya dan dinaqalkan juga oleh al-Ruyani daripada ashab. Sekiranya tafsir itu lebih banyak daripada kebiasaannya, maka padanya ada beberapa pendapat dan yang paling sahih adalah tidak diharamkan (untuk menyentuh dan membawanya) kerana ia bukanlah maushaf.
Perkara yang sama juga disebutkan oleh al-Imam al-Nawawi di dalam Raudhah al-Tolibin[4] dan Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansari di dalam kitabnya Asnaa al-Matolib[5].
Kesimpulan
Melihat kepada perbahasan di atas, kami berpendapat dibolehkan bagi mereka yang berhadas untuk menyentuh dan membawa tafsir al-Quran begitu juga untuk mengulangkajinya. Namun, mestilah tafsirnya itu melebihi kandungan ayat al-Quran dan pendapat ini juga sesuai dengan pendapat yang sahih di sisi mazhab Syafie. Menyentuh tafsir seperti ini tidaklah mengurangkan pengagungan terhadap al-Quran. Adapun yang terbaiknya adalah dengan berwuduk. Wallahu alam.
Akhukum fillah,
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
[1] Lihat Syarh Mukhtasar Khalil. Dar al-Fikr, 1/161.
[2] Lihat Al-Mughni. Maktabah al-Qaherah, (1/109).
[3] Lihat Al-Majmu Syarh al-Muhazzab. Dar al-Fikr, (2/69).
[4] Lihat Raudhah al-Tolibin wa `Umdah al-Muftiin. Al-Maktab al-Islami, (1/80)
[5] Lihat Asnaa al-Matolib fi Syarh Raudh al-Tolib. Dar al-Kitab al-Islami, (1/61)
Rujukan: mantan menteri agama dan mufti wilayah
Irsyad Fatwa Umum
[4] Perkataan ini mengikut kaedah usul termasuk dalam ijma’ yang sarih (nyata) selama mana tidak ada qarinah sebaliknya. Ia memberi maksud pendapat jumhur atau ijma’ yang terbatas pada mazhab yang tertentu atau negeri yang tertentu.
[5] Dalam perbincangan kami dengan al-Syeikh Habib Umar bin Hamid al-Jailani salah seorang ulama Syafie yang terkenal di kota Suci Mekah pada 4 Februari 2017 antara menyebut: “Ijma’ juga perlu dilihat dalam bentuk mazhab dan juga sebagian tempat tertentu. Bukan dengan maksud ijma’ qatie dan sarih yang menjadi hujah yang mutlak.”
Tahqiq al-Masail
Qias yang orang sengaja dengan yang lupa. Jika sekiranya wajib qadha kepada orang yang lupa dimana syara’ menguzurkannya maka yang sengaja lebih aula dan utama.
Kewajipan tersebut pada bab al-taghliz (memberatkan).
Hukum berkenaan wajib qadha bagi yang lupa dan tidur adalah bersifat hukum ghalib kerana orang yang beriman tidak akan tinggal solat. Justeru bukanlah darurat atau semestinya mentansiskan atas setiap hal. Ini kerana memadai bagi syara’ mentansiskan sebahagian sahaja dan diqiaskan yang lain.
Hadis berkenaan dengan qadha bagi yang lupa dan yang tidur dikehendaki dengannya adalah menerangkan hukum waqie yang berlaku dan bukan dikehendaki dengan nafi hukum selain daripadanya.
Rasulullah SAW dalam hadis yang sahih menyebut tentang hutang Allah wajib diqadha ini berdasarkan berkenaan dengan wajib qadha haji bagi si mati.
Sabda Rasulullah SAW:
لَوْ كَانَ عَلَيْهَا دَيْنٌ أَكُنْتَ قَاضِيَهُ. قَالَ: نَعَمْ، قَالَ: فَاقْضِ اللهَ، فَهُوَ أَحَقُّ بِالْقَضَاءِ
Maksudnya: “Kalaulah atas saudara perempuan kamu hutang adakah kamu membayarnya? Jawabnya: “Ia”. Sabda Baginda SAW: “Maka tunailah hutang Allah kerana ia lebih berhak dibayar.”
Riwayat al-Bukhari (6699)
Hujah Pendapat Yang Tidak Mewajibkannya
Antaranya ialah:
Zahir nas tidak menunjukkan kepada orang yang sengaja. Ini kerana istidlal dengan mantuq al-hadis.
Istidlal dengan mafhum al-mukhalafah[1]. Dengan makna kalaulah wajib kepada orang yang lupa dan tidur dengan sebab ada nas maka ketiadaan nas secara mafhumnya tidak diwajibkan.
Ia berdasarkan kaedah:
انتفاء الشرط يستلزم انتفاء المشروط
Maksudnya: “Penafian syarat membawa kepada penafian masyrut yang disyaratkan.”
Sesuatu perintah dengan tunai bukanlah perintah dengan qadha. Ini memberi maksud qadha yang telah luput berhajat kepada perintah yang baru.
Kalaulah qadha menjadi kewajipan ke atas orang yang sengaja sudah tentulah Allah tidak lupa dan rasulnya untuk memberi penerangan benarlah firman Allah SWT:
وَمَا كَانَ رَبُّكَ نَسِيًّا
Maksudnya: Dan tiadalah Tuhanmu itu lupa.
(Surah Maryam: 64)
Tarjih
Setelah diteliti kami lebih cenderung kepada pendapat yang mewajibkannya qadha solat bagi orang yang sengaja meninggalkannya. Ini kerana banyak hujahan yang dikemukakan, antaranya ialah ijma’[2].
Dinukilkan daripada Ibn Qudamah berkata:
لا نعلم بين المسلمين خلافاً في أن تارك الصلاة يجب عليه قضاؤها
Maksudnya: “Kami tidak mengetahui dalam kalangan umat Islam sebarang khilaf[3] bahawa orang yang meninggalkan solat dengan sengaja hendaklah qadha.” Lihat al-Mughni (2/158)
Imam al-Nawawi juga berkata: “Telah ijma’[4] bahawa orang yang meninggalkan solat dengan sengaja wajib qadha.”
Hujah dari segi bahasa: Dalam Lisan al-Arab oleh Ibn Manzur menyebut: “Maksud nisyan (lupa) terbahagi kepada dua pertama dengan makna lupa dan yang kedua dengan makna sengaja meninggalkannya.” Justeru bahasa sendiri juga menunjukkan bahawa wajib qadha berdasarkan kepada makna yang kedua.
Hujahan berkenaan dengan mafhum al-Mukhalafah, maka ia adalah lemah di sisi ulama usul. Dikatakan hanya boleh berhujah dengan mafhum al-Mukhalafah jika menepati enam syarat. Sedangkan jika ternafi satu sahaja maka mereka membatalkan beramal dengan mafhum al-Mukhalafah. Atas asas inilah mereka sepakat untuk tidak beramal dengan mafhum al-Mukhalafahdalam hadis ini. ini kerana tiga syarat telah terbatal iaitu:
Janganlah yang bersifat maskut (didiamkan) itu lebih aula hukum daripada yang mantuq (yang dinyatakan). Contohnya: Memukul ibu bapa adalah harus berbanding dengan haram menyatakan uff.
Janganlah yang bersifat maskut (didiamkan) itu ditinggalkan kerana jahil dengannya. Contoh: Seorang berkata: Nafqah wajib bagi usul dan furu’, sedangkan dia jahil berkenaan hukum nafqah ke atas cabangan seperti adik beradik. Justeru tidak boleh beramal dengan mafhum seperti itu.Janganlah yang mantuq keluar daripada hukum ghalib. Contoh: Anak tiri jika bukan dibawah jagaannya harus nikahnya melainkan mafhum bukan berkehendak begitu.
Al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar
Budail al-‘Uqaili
Muhammad bin Sirin
Mutarrif bin Abdullah
Umar bin Abdul Aziz.
Antara pendapat Umar RA ialah:
أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ قَالَ فِي خُطْبَتِهِ بِالْجَابِيَةِ: أَلَا، وَإِنَّ الصَّلَاةَ لَهَا وَقْتٌ شَرَطَهُ اللَّهُ لَا تَصْلُحُ إلَّا بِهِ.
Maksudnya: “Bahawa Umar bin al-Khattab berkata dalam khutbahnya di Jabiah: “Ketahuilah sesungguhnya solat baginya waktu yang Allah syaratkan dengannya dan tidak sesuai kecuali dengannya.”
Abdullah bin Mas’ud RA berkata:
إنَّ لِلصَّلَاةِ وَقْتًا كَوَقْتِ الْحَجِّ؛ فَصَلُّوا الصَّلَاةَ؛ لِمِيقَاتِهَا.
Maksudnya: “Sesungguhnya bagi solat adalah waktu seperti waktu haji, maka solatlah kamu dalam waktunya.”
(Lihat al-Muhalla 2/13)
Ibn Rajab al-Hanbali.
Imam Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullah berkata: Adapun meninggalkan solat dengan sengaja maka majoriti ulama berpendapat bahawa wajib qadha buatnya dan sebahagian mereka ada yang mengatakan ijma akan hal tersebut.
Sebahagian mereka berdalilkan ucapan Nabi S.A.W:
اقْضُوا اللهَ الَّذِي لَهُ، فَاللهُ أَحَقُّ بِالقَضَاءِ
Maksudnya: “Langsaikanlah hak-hak bagi Allah, Sesungguhnya Allah lebih berhak untuk dilangsaikan hutang kepada-Nya.”
Sebahagian lain pula berhujah bahawa apabila kumpulan yang ada keuzuran seperti terlupa dan tertidur pun diperintahkan untuk qadha, maka golongan yang tiada keuzuran adalah lebih utama.
Imam Ibn Rajab mengkritik pendapat ini dengan katanya: Sesungguhnya orang yang mempunyai keuzuran diperintahkan untuk qadha kerana qadha tersebut menjadi kaffarah baginya. Manakala orang yang meninggalkan solat dengan sengaja, qadha yang dilakukannya tidak menjadi kaffarah buat dirinya. Ini kerana dia dianggap sebagai pelaku maksiat yang memerlukan dia untuk bertaubat. Oleh kerana itulah kebanyakan ulama berpendapat, tidak ada kaffarah ke atas seseorang yang membunuh dengan sengaja serta tiada kaffarah ke atas seseorang yang bersumpah secara dusta dengan sengaja. Ini kerana kaffarah tidak menghapuskan dosa ini.
Beliau juga berkata: Demikian tidak ada dalil yang menunjukkan wajibnya qadha, kerana kita tidak mendapatkan suatu perintah baharu yang membawa kepada perlunya qadha ke atas sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, seperti terdapatnya perintah qadha ke atas orang yang tidur dan terlupa.
Imam Ibn Rajab juga berkata: Mazhab Zahiriyyah atau kebanyakan mereka berpendapat bahawa tidak ada qadha ke atas sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja. Serta dihikayatkan daripada Abd al-Rahman yang merupakan tokoh mazhab al-Syafie di Iraq, juga Ibn Bint al-Syafie, dan ia merupakan pendapat Abu Bakr al-Humaidi berkenaan puasa dan solat apabila seseorang itu meninggalkan keduanya dengan sengaja, maka ianya tidak sah apabila diqadhakan. Inilah yang beliau sebutkan di akhir kitab Musnadnya. Rujuk Fath al-Bari, Ibn Rajab al-Hanbali (5/135).
Ibn Rajab turut mengatakan: Inilah yang terdapat dalam ucapan-ucapan para ulama kami (Al-Hanabilah) yang terdahulu. Di antara mereka adalah: Al-Juzjaani, Abu Muhammad al-Barbahari, dan Ibn Batthah.
Kata Ibn Batthah: Ketahuilah bahawa sesungguhnya solat itu mempunyai waktu-waktunya. Maka sesiapa yang mendahulukannya ke atas waktunya, tidak ada fardhu buatnya sama ada dengan keuzuran atau selainnya. Dan sesiapa yang melewatkannya dari waktu yang telah dipilih untuknya tanpa sebarang keuzuran, maka tidak ada fardhu baginya.
Maka beliau menjadikan solat setelah tamat waktunya tanpa sebarang keuzuran sama seperti solat sebelum masuknya waktu. Manakala ucapan beliau pada keduanya: Ia bukan fardhu. Ini bererti beliau berpendapat bahawa ia menjadi solat sunat dalam kedua-dua keadaan.
Imam Ibn Rajab juga menukilkan kata-kata Imam Hasan al-Basri yang dinukilkan daripada Muhammad bin Nasr al-Marwazi. Kata al-Hasan: Apabila seseorang lelaki itu meninggalkan satu solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia tidak mengqadhakannya. Kata Muhammad Bin Nasr: Kata-kata al-Hasan ini mengandungi dua makna:Pertama: Sesungguhnya beliau menganggap kufur bagi sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja. Demikian itulah dia menganggap tidak adanya qadha.
Kata Imam al-Nawawi Rahimahullah: Telah ijma para ulama bahawasanya sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja wajib untuknya qadha. Dan ia diperselisihi oleh Abu Muhammad Ali Bin Hazm. Beliau berkata: Seseorang yang meninggalkan solat dengan sengaja tidak mampu untuk mengqadhakannya selama-lamanya, dan tidak sah melakukannya. Beliau berkata, bahkan orang tersebut memperbanyakkan amalan kebaikan dan solat-solat sunat supaya dapat memberatkan timbangannya pada hari kiamat dan dia beristighfar kepada Allah serta bertaubat.
Dan pendapat yang beliau katakan ini bersama-sama dengan bercanggahnya ia dengan ijma ulama adalah suatu yang batil dari sudut dalil. Bahkan dia memanjangkan perbahasan dalam beristidlal dengannya dalam keadaan tidak ada sebarang dalil pada asalnya.
Imam al-Nawawi menyatakan satu hujah bagi pandangan yang mewajibkan qadha iaitu berdalilkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah R.anh bahawa Nabi S.A.W:
أَمَرَ الْمُجَامِعَ فِي نَهَارِ رَمَضَانَ أَنْ يَصُومَ يَوْمًا مَعَ الْكَفَّارَةِ أَيْ بَدَلَ الْيَوْمِ الَّذِي أَفْسَدَهُ بِالْجِمَاعِ عَمْدًا
Maksudnya: “Nabi S.A.W memerintahkan orang yang bersetubuh pada siang hari bulan Ramadan supaya dia berpuasa sehari bersama dengan kaffarah iaitu mengganti hari yang dia rosakkan dengan bersetubuh secara sengaja.”
Maka apabila diwajibkan qadha ke atas sesiapa yang meninggalkan kerana terlupa maka bagi orang yang sengaja adalah lebih utama. Lihat Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (3/71).
Imam Ibn Hajar al-Asqalani Rahimahullah juga turut mengulas hadis yang berkenaan, iaitu hadis riwayat Anas bin Malik R.anh bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
مَنْ نَسِيَ صَلاَةً فَلْيُصَلِّ إِذَا ذَكَرَهَا، لاَ كَفَّارَةَ لَهَا إِلَّا ذَلِكَ
Maksudnya: “Sesiapa yang terlupa solat, maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat akannya. Tidak ada kaffarah untuknya melainkan hal tersebut.”
Riwayat al-Bukhari (597)
Kata al-Hafiz Ibn Hajar: Golongan yang berpendapat bahawa seseorang yang meninggalkan solat tidak perlu mengqadhakannya berpegang dengan dalil ucapan yang terdapat di dalam hadis ini. Ini kerana, ternafinya syarat membawa kelaziman kepada ternafinya perkara yang disyaratkan. Maka menjadi kelaziman bahawa sesiapa yang tidak terlupa, dia tidak perlu solat.
Manakala golongan yang berpendapat bahawa sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja perlu untuk qadha berhujah bahawa ia diambil daripada mafhum al-khitab (mafhum di dalam hadis). Maka ia menjadi suatu tanbih (peringatan) dengan sesuatu yang rendah kepada sesuatu yang lebih tinggi. Ini kerana, apabila diwajibkan kepada orang yang terlupa untuk melakukan qadha sedangkan dosa terangkat darinya, maka adalah lebih utama untuk orang yang meninggalkannya dengan sengaja melakukan qadha.
Kata beliau lagi: Wajibnya qadha ke atas sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja adalah berdasarkan khitab (ucapan) yang awal. Ini kerana, dia diperintahkan untuk melakukan solat serta ia menjadi suatu tanggungjawab ke atas dirinya. Maka apabila ia ditinggalkan, ia menjadi satu hutang di atas dirinya dan hutang sama sekali tidak akan gugur kecuali setelah ia dilangsaikan. Rujuk Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, Ibn Hajar al-Asqalani (2/71).
Kedua: Pendapat yang tidak mewajibkan qadha solat:
Antara ulama yang berpendapat seperti ini ialah:
Imam Ibn Hazm al-Andalusi (Al-Muhalla, 11/376).
Kata Imam Ibn Hazm Rahimahullah: Sesiapa yang sengaja meninggalkan solat sehingga keluar dari waktunya maka orang ini tidak akan mampu untuk mengqadhakannya buat selamanya. Hendaklah dia memperbanyakkan amalan kebaikan dan solat-solat sunat untuk dia memberatkan timbangan amalannya pada hari kiamat. Serta dia perlulah bertaubat dan beristighfar kepada Allah.
Kata beliau lagi: Hujah bagi membenarkan pendapat kami adalah firman Allah SWT:فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُونَ
“Aku diperintahkan memerangi manusia hingga mereka mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan mengaku bahawa Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. Apabila mereka telah melakukannya terpeliharalah darah dan harta benda mereka daripada tindakan aku, kecuali dengan kebenaran Islam dan terserahlah perhitungan mereka itu kepada Allah.”
Riwayat al-Bukhari (25) dan Muslim (22)
Hadis tersebut menunjukkan sesiapa yang telah berikrar dengan dua kalimah syahadah, tetap diperangi jika dia tidak mendirikan solat tetapi tidak dihukum sebagai kafir berdalilkan hadis yang berikut:
Daripada Ubadah bin al-Somit RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
خَمْسُ صَلَوَاتٍ كَتَبَهُنَّ اللَّهُ عَلَى الْعِبَادِ فَمَنْ جَاءَ بِهِنَّ لَمْ يُضَيِّعْ مِنْهُنَّ شَيْئًا اسْتِخْفَافًا بِحَقِّهِنَّ كَانَ لَهُ عِنْدَ اللَّهِ عَهْدٌ أَنْ يُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ وَمَنْ لَمْ يَأْتِ بِهِنَّ فَلَيْسَ لَهُ عِنْدَ اللَّهِ عَهْدٌ إِنْ شَاءَ عَذَّبَهُ وَإِنْ شَاءَ أَدْخَلَهُ الْجَنَّةَ
Maksudnya: “Allah telah mewajibkan solat lima waktu atas hamba-hamba-Nya. Sesiapa yang tetap melakukannya tanpa meninggalkan satu pun daripadanya lantaran meringan-ringankan hukum wajibnya, Allah berjanji akan memasukkannya ke dalam syurga. Sebaliknya sesiapa yang tidak melakukannya, Allah tidak menjanjikan apa-apa pun kepada-Nya sama ada mengazabkannya atau memasukkannya ke dalam syurga mengikut kehendak-Nya.”
Riwayat Abu Daud (1420)
Hadis ini menunjukkan orang yang meninggalkan solat tidak dihukumkan kafir kerana jika dihukumkan demikian tentulah tidak termasuk dalam maksud sabda Nabi SAW, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga mengikut kehendak-Nya. Ini kerana hanya orang kafir yang tidak akan masuk ke dalam syurga sama sekali. Justeru, maksud tidak kafir adalah ditujukan kepada mereka yang meninggalkan solat disebabkan malas bagi menerima pakai semua dalil tersebut.
Ini berdasarkan hadis, daripada Jabir RA katanya, aku mendengar Nabi SAW bersabda:
إِنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكَ الصَّلاَةِ
Maksudnya: “Yang membezakan seseorang Islam dengan syirik dan kafir itu ialah meninggalkan solat.”
Riwayat Muslim (82) dan yang lainnya
Maksud hadis ini ditujukan kepada orang yang meninggalkan solat kerana mengingkari hukum wajibnya atau mempersenda-sendakan dan meremehkannya.
Pendapat Ulama Berkenaan Qadha Solat Yang Ditinggalkan Dengan Sengaja
Dalam menjawab persoalan ini, kami kemukakan kepada beberapa noktah penting:
Pertama: Pendapat yang mewajibkan qadha solat:
Berikut kami nyatakan beberapa tokoh ulama yang berpandangan bahawa sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja maka wajib ke atasnya untuk qadha solat tersebut.
Inilah pendapat jumhur ulama. Antaranya, Imam Syafie, Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Ahmad dan kebanyakkan para ulama dalam kalangan ahli tafsir, ahli hadis, ahli fiqh, ahli usul dan lain-lain.
Berikut kami nyatakan secara terperinci beberapa tokoh ulama dan hujah-hujah bagi yang berpandangan bahawa sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja maka wajib ke atasnya untuk qadha solat tersebut.
Tokoh besar dari kalangan ulama salaf iaitu Imam Muhammad Bin Nasr al-Marwazi berkata: Apabila seorang lelaki itu meninggalkan solat dengan sengaja sehingga telah tamat waktunya, maka ke atasnya qadha. Kami tidak mengetahui sebarang khilaf dalam hal ini. Sesiapa yang mengkafirkannya disebabkan dia meninggalkan solat dengan sengaja, maka perlu memintanya untuk bertaubat. Dan apabila dia bertaubat dan menunaikan qadha dianggap sebagai dia telah kembali kepada Islam. Dan sesiapa yang tidak menganggap perbuatan meninggalkan solat itu suatu kekufuran, maka orang yang meninggalkan solat dianggap sebagai pelaku maksiat, dan wajib ke atasnya untuk melakukan qadha. Rujuk Fath al-Bari, Ibn Rajab al-Hanbali (5/136).Imam Ibn Rushd Rahimahullah menyatakan: Para ulama sepakat bahawa sesiapa yang meninggalkan solat disebabkan terlupa atau tertidur, maka wajib ke atasnya qadha.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ ۚ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
(Surah al-Munafiqun: 9)
Menurut ahli tafsir, katanya: “Zikir kepada Allah atau mengingati Allah itu di dalam ayat ini, iaitu mengerjakan solat lima waktu. Sesiapa yang disibukkan oleh hartanya ataupun anak-anaknya atau urusan perniagaan jual beli dan mencari saraan hidup ataupun disibukkan dengan pengurusan tanah kebunnya sehingga membuatkannya lalai dari mengerjakan solat sehingga keluar daripada waktunya, maka mereka itu akan tergolong dalam kategori orang-orang yang paling rugi, ini kerana Nabi SAW telah bersabda:
إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلَاتُهُ، فَإِنْ صَلَحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ
Maksudnya: “Perkara pertama yang akan dihisab pada diri seseorang pada orang hari akhirat daripada sekalian amalnya ialah solatnya. Jika solatnya benar (sempurna), maka jika baik solatnya maka dia akan berjaya dan menang, dan jika solatnya kurang (iaitu tidak benar) maka dia akan rugi dan menyesal.”
Riwayat al-Tirmizi (413), Ahmad (8017), Abu Daud (864) dan Ibn Majah (1425)
Allah SWT telah menyebut di dalam al-Quran tentang kedudukan penghuni neraka yang tidak mengerjakan solat. Firman Allah SWT:
مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ (٤٢) قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ (٤٣) وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ الْمِسْكِينَ (٤٤) وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ الْخَائِضِينَ (٤٥) وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوْمِ الدِّينِ (٤٦) حَتَّى أَتَانَا الْيَقِينُ (٤٧) فَمَا تَنْفَعُهُمْ شَفَاعَةُ الشَّافِعِينَ
Maksudnya: (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar? Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang; Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin; Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya; Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan, sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini. Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.
(Surah al-Mudassir: 42-48)
Nabi SAW bersabda lagi:
الْعَهْدُ الَّذِي بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمُ الصَّلَاةُ، فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ
Maksudnya: “Perjanjian diantara kami dan mereka (orang-orang munafiq itu), ialah dengan solat. Maka sesiapa yang yang meninggalkannya sungguh dia telah menjadi kafir.”
Riwayat Ahmad (23403), al-Nasaie (326), al-Tirmizi (2621) dan Ibn Hibban (1454)
Dan Nabi SAW juga bersabda:
وبين الشرك والكفر ترك الصلاة
Maksudnya: “Yang membezakan antara seorang hamba (yang mukmin) dengan seorang yang kafir, iaitu meninggalkan solat.”
Riwayat Muslim (82) dan Ahmad (14947)
Yang memberi makna bahawa jika seseorang meninggalkan solat dengan sengaja serta mengingkarinya akan membawa kepada kafir. Di dalam Sahih al-Bukhari terdapat sabda Nabi SAW:
مَنْ فَاتَتْهُ صَلَاةُ الْعَصْرِ حَبِطَ عَمَلُهُ
Maksudnya: “Sesiapa yang meninggalkan solat asar, maka sia-sialah amalnya.”
Riwayat al-Bukhari (553)
Sabda Nabi SAW lagi:
مَنْ تَرَكَ الصلاةَ متعمِّدًا فقَدْ بَرِئَتْ منْهُ ذِمَّةُ اللهِ
Maksudnya: “Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja maka dia terlepas dari perlindungan Allah.”
Riwayat al-Baihaqi (14895) dan Ahmad (28007)
Nabi SAW bersabda lagi:
أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّداً رَسُوْلُ اللهِ، وَيُقِيْمُوا الصَّلاَةَ وَيُؤْتُوا الزَّكاَةَ، فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلاَّ بِحَقِّ الإِسْلاَمِ وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللهِ تَعَالىَMaksudnya: “Aku diperintahkan untuk memerangi manusia
Namun hadis di atas tidak menyebut dosa, tetapi pengurang pahala sahaja. Maka, hukum makruh dipilih oleh sebahagian fuqaha. Hikmahnya, mungkin atas beberapa sebab yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakat.
Islam menyuruh kita mengalukan tetamu. Bukan semua orang suka dengan anjing. Baunya dan juga salakannya boleh menakutkan sesetengah orang. Sesiapa yang pernah pergi ke rumah pemelihara anjing, atau menaiki kenderaan yang ada anjing dia akan tahu baunya yang bukan semua orang dapat bertahan. Salakan anjing dan bulu-bulu di sana-sini bagaikan tidak mengalu-alukan tetamu. Sedangkan Islam agama kemasyarakatan dan hubungan baik antara jiran, saudara-mara dan sahabat handai.
Dari segi keselamatan dan kesihatan juga mempunyai kemerbahayaannya. Gigitan anjing, najis serta jilatannya merbahaya. Banyak research yang telah dibuat tentang hal ini. Apabila Islam cuba mengelakkan bahaya anjing yang dipelihara dalam rumah dengan melarang penganutnya berbuat demikian, bukan itu bererti penindasan terhadap anjing. Betapa banyak binatang yang manusia elakkan dari menghampirinya kerana kemerbahayaannya. Itu semua bukan bererti penindasan atau kekejaman!
Dalam hadis tadi, Nabi s.a.w bersabda: “Apabila anjing menjilat bekas seseorang kamu, maka basuhlah sebanyak tujuh kali. Salah satunya dengan tanah”
Untuk mengelakkan jilatan anjing yang sentiasa menjelir lidah, yang dianggap najis dari segi agama dan juga bahaya dari segi scientific maka Islam melarang untuk kita memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang diizinkan.
Maka ini ringkasan yang sempat saya coretkan petang ini berhubung dengan sisi pandangan nas-nas Islam berkaitan dengan anjing.
Mufti perlis
Anjing Dan Isu Masyarakat Malaysia
Prof Dato Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
Anjing Dan Isu Masyarakat Malaysia :
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin -
mufti Dalam masyarakat yang rencam agama dan budaya, pelbagai perkara sensitif mudah timbul. Di zaman teknologi maklumat, bermacam sudut pandang akan muncul. Sememangnya inilah realiti masyarakat ‘era baru’ kini yang mempunyai pelbagai dimensi dan perspektif baru yang tidak dimiliki oleh generasi yang hidup dalam era yang lepas. Ramai yang meminta saya mencoretkan sesuatu tentang anjing pada pandangan muslim. Dalam ruang yang terbatas ini, saya ingin sebutkan secara ringkas isu-isu berikut;
Samakan Dengan Anjing
Walaupun manusia mempunyai pelbagai latar budaya dan agama, namun secara umumnya kesemua masyarakat menganggap menyamakan mana-mana individu dan pihak dengan anjing merupakan satu penghinaan. Sekalipun masyarakat Barat ramai yang menganggap ‘a dog is a man’s best friend’ namun jika kita berkata ‘you are like a dog’ ia merupakan satu penghinaan. Jika pun ada yang memahami dengan maksud kesetiaan ataupun loyalty namun ia bermaksud kesetiaan yang membuta tuli.
Al-Quran juga menjadikan anjing sebagai satu perumpamaan yang buruk bagi golongan ulama penjilat dunia yang menjual prinsip kebenaran demi kepentingan diri. Firman Allah:
(maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka dia dari kalangan yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami angkat kedudukannya dengan (berpegang) ayat-ayat itu, tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya, ia menghulurkan lidahnya, dan jika Engkau membiarkannya, ia juga menghulurkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (Surah al-’Araf: 175-176).
Jadi, jika masyarakat muslim sensitive apabila mereka ataupun amalan mereka dibandingkan dengan anjing, maka itu memang sepatutnya. Mereka yang membuat apa-apa provokasi dalam hal yang seperti itu memang membuat onar dan ingin menimbul permusuhan dengan masyarakat muslim tanpa sebab. Perbuatan itu merosakkan keharmonian masyarakat di negara ini.
Islam Benci Anjing?
Ada orang bertanya pula, jadi apakah Islam membenci anjing dan melarang muslim berbuat baik kepada binatang berkenaan?
Dalam al-Quran Allah menceritakan tentang anjing yang mengiring para pemuda al-Kahfi dan turut bersama mereka semasa berjuang menghadapi rejim yang zalim pada zaman mereka. Firman Allah:
(maksudnya) “dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedangkan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa amat gerun takut kepada mereka.” (Surah al-Kahfi, ayat 18).
Anjing tersebut melambangkan binatang yang bersahabat dengan para pejuang kebenaran. Anjing itu lambang kemuliaan. Sesetengah riwayat yahudi menamakan anjing itu ‘qidmir’.
Sementara dalam hadis pula, Nabi s.a.w bersabda: “Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).
Betapa seorang pelacur yang buruk sekalipun diampuni dosanya oleh Allah kerana dengan ikhlas memberikan minum kepada seekor anjing.Bagaimana mungkin untuk kita menganggap bahawa Islam tidak menilai sebagai satu perbuatan yang baik jika muslim memberi makan dan minum kepada anjing?!! Jika ada orang muslim yang memberi makan kepada anjing patutlah dipuji.
Maksudnya: Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
(Surah Ali Imran: 135)
Ibnu Kathir menyebut, berkenaan firman-Nya, (وَهُمْ يَعْلَمُونَ) “sedang mereka mengetahui,” Mujahid dan ‘Abdullah bin ‘Ubaid bin ‘Umair berkata: “Mereka mengetahui bahawa sesiapa yang bertaubat kepada Allah, nescaya Allah akan menerima taubatnya.” Ayat ini seperti firman-Nya:
أَلَمْ يَعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ هُوَ يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ
Maksudnya: Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah Dia lah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya,
(Surah Al-Taubah: 104)
Dan juga firman-Nya:
وَمَن يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّـهَ يَجِدِ اللَّـهَ غَفُورًا رَّحِيمًا
Maksudnya: Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah al-Nisa’: 110)
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, taubat yang dilakukan dengan berulang-ulang serta istighfar yang dilakukan berulang-ulang adalah diterima selagimana tidak terdapat pengulangan dosa setelah bertaubat dan memenuhi syarat taubat yang disebutkan.
Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّـهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan “Taubat Nasuha”, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
(Surah al-Tahrim: 8)
Ibn Kathir berkata: Iaitu taubat yang sebenarnya dengan tekad yang penuh, yang dapat menghapuskan pelbagai keburukan yang pernah ada sebelumnya, yang akan menyatukan dan mengumpulkan orang yang bertaubat, juga menahan dirinya daripada pelbagai perbuatan hina.
Disebabkan itu, para ulama menyebut: Taubat nasuha adalah bertekad untuk meninggalkan dosa yang akan datang dan menyesali dosa-dosa yang telah lalu, dan kemudian berazam bersungguh-sungguh untuk tidak mengerjakannya kembali pada masa depan. Kemudian, jika dosa tersebut berkait dengan hak manusia, hendaklah dia kembalikan (hak) apa yang telah dia ambil. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 14/60-61)
Akhir sekali, semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosa kita serta mengurniakan kepada kita kefahaman dalam mengamalkan suruhan-Nya.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang isu ini, kami pernah menjawabnya dalam Irsyad Al-Fatwa Ke-49: Maksud Taubat Dan Syarat-Syaratnya[2] dan Al-Kafi #651 : Tatacara Solat Sunat Taubat.[3] Bolehlah merujuk pada kedua-duanya.
Wallahua’lam.
[2] Lihat http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1951-irsyad-fatwa-ke-49-maksud-taubat-dan-syarat-syaratnya
[3] Lihat http://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/725-al-kafi-651-tatacara-solat-sunat-taubat
Irsyad Fatwa Umum
Irsyad Fatwa
Umum
IRSYAD AL-FATWA #251 : TAUBAT BERULANG-ULANG KALI
IRSYAD AL-FATWA #251 : TAUBAT BERULANG-ULANG KALI
Soalan
Seseorang bertaubat atas sesuatu maksiat, kemudian nafsunya kembali menguasai dirinya sehingga dia kembali mengulangi melakukan maksiat. Adakah taubatnya diterima?
Jawapan
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Konsep Taubat dalam Islam
Ibn Manzur berkata, taubat ialah kembali kepada Allah daripada dosa, kembali kepada Allah sahaja atau kembali mentaati selepas melakukan dosa, atau memberi maksud kembali daripada dosa. (Lihat Lisan al-Arab, 2/61)
Menurut Kamus Dewan, taubat ialah sesal akan dosa (perbuatan jahat dan lain-lain) dan berazam tidak akan berbuat dosa (jahat) lagi, perasaan tidak senang (rasa kesal) kerana telah melakukan kesalahan dan berazam tidak akan mengulanginya lagi. Ia juga bermaksud kembali kepada Tuhan (dengan meninggalkan perbuatan -dan lain-lain- yg dilarang dan membuat apa-apa yang disuruh). (Lihat Kamus Dewan Edisi Keempat)[1]
Bertaubat daripada dosa hukumnya adalah wajib. Allah SWT berfirman:
وَتُوبُوا إِلَى اللَّـهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya: dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(Surah al-Nur: 31)
Ibn Kathir berkata: Yakni, lakukanlah apa yang telah diperintahkan kepadamu daripada sifat-sifat yang indah dan akhlak-akhlak yang mulia. Tinggalkanlah kebiasaan kaum Jahiliyyah yang memiliki akhlak dan sifat yang tercela, kerana kejayaan hanya dapat dicapai dengan mengerjakan apa yang telah diperintahkan Allah dan Rasul-Nya serta meninggalkan apa yang telah dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 10/225)
Allah SWT juga berfirman:
وَأَنِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُم مَّتَاعًا حَسَنًا إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ
Maksudnya: Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu;
(Surah Hud: 3)
Ibn Kathir berkata: Maksudnya, dan aku memerintah kamu untuk memohon keampunan kepada Allah SWT atas dosa-dosa yang telah berlalu serta bertaubat kepada-Nya daripada perbuatan tersebut, dan kamu tetap dan berterusan atas hal yang demikian. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 7/411)
Imam al-Nawawi menyebut dalam kitab Riyadh al-Salihin: “Para ulama berkata, bertaubat dari setiap dosa hukumnya adalah wajib. Jika maksiat (dosa) itu antara hamba dengan Allah SWT - yang tidak ada sangkut pautnya dengan hak manusia - maka syaratnya ada tiga:
Menjauhi dan meninggalkan maksiat
Menyesal kerana telah melakukan maksiat tersebut.
Berazam dan bertekad untuk tidak mengulangi perbuatan maksiat itu selama-lamanya.
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubatnya tidak sah.
Namun, sekiranya maksiat itu berkaitan dengan hak manusia yang lain, maka syaratnya ada empat. Iaitu ketiga-tiga syarat di atas (dan ditambah satu syarat lagi, iaitu):
Hendaklah dia meminta dibebaskan daripada hak orang yang dizaliminya. Jika berbentuk harta benda atau sejenisnya maka dia harus mengembalikannya (kepada orang yang diambil hartanya). Jika dalam bentuk tuduhan palsu atau seumpamanya, maka hendaklah dipulihkan namanya atau meminta maaf kepadanya. Jika ia berbentuk ghibah, maka harus minta dihalalkan. (Lihat Riyadh al-Salihin, hlm. 41-42)
Hukum Taubat Berulang Kali
Dalam sebuah hadis yang driwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
(Surah al-Nisa’, 128)
Mengikut keterangan daripada firman Allah SWT, Syeikh Sya’rawi menyatakan bahawa terdapat nusyuz bagi seseorang lelaki terhadap isterinya (Lihat Tafsir al-Sya’rawi, 5/2682)
Syeikah al-Maraghi menerangkan ayat di atas dengan menyatakan, “Yang dimaksudkan ayat di atas kebimbangan seorang isteri akan berlakunya nusyuz suami terhadap dirinya, iaitu suami menghalang kehendak dirinya, nafkahnya dan kasih sayangnya terhadap isterinya atau menzaliminya dengan memukul serta melakukan kekerasan yang lain.” (Lihat Tafsir al-Maraghi, 5/171)
Nusyuz Seorang Suami
Hukum nusyuz tidak tertakluk kepada isteri sahaja, malah ia juga berlaku kepada seorang suami. Ini seperti apabila seseorang suami itu tidak memberi hak dan tanggungjawab kepada isterinya dari segi zahir dan batin seperti tidak memberi nafkah serta melakukan kezaliman.
Hal ini dinyatakan di dalam al-Fiqh al-Manhaji menyatakan, “Suami yang menganiaya isteri dan tidak menyukainya, seperti tidak memberikannya giliran bermalam, nafkah atau mengasarinya dengan perkataan atau perbuatan, isteri hendaklah menasihati suami dan mengingatkan tanggungjawab” (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 4/109)
Syeikh Ibrahim Baijuri menceritakan tentang nusyuz bagi suami di dalam kitabnya, bahawa nusyuz bagi seorang suami adalah tidak melakukan tanggunjawab yang wajib terhadap isterinya iaitu menggaulinya dengan baik, memberikan giliran bermalam sekiranya beristeri ramai, memberi mahar, memberi nafkah, pakaian dan keperluan hidup yang lain… sekiranya suami itu seorang yang berakhlak buruk dan melakukan kekerasan seperti memukulnya tanpa sebab, dibenarkan untuk mengadu kepada hakim untuk memberikan hukuman ta’zir terhadapnya. (Lihat Hasyiah Syeikh Ibrahim al-Baijuri, 2251)
Tindakan Isteri Kepada Suami Yang Nusyuz
Sekiranya seseorang suami itu nusyuz terhadap isterinya, maka isteri hendaklah bersabar serta menasihati dan memperingati tindakkan yang dilakukan oleh suaminya dengan menceritakan firman Allah SWT tentang kewajipan seorang suami untuk menggauli isterinya dengan cara yang baik. Ini seperti firman Allah SWT:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ فَإِن كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّـهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرً
Maksudnya: Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).
(Surah al-Nisa’, 19)
Jika keadaan masih lagi belum berubah dan tidak Berjaya menasihatinya, maka isteri boleh mengadu kepada hakim atau pemerintah di atas apa yang dilakukan oleh suaminya terhadap dirinya. Ini seperti yang dinyatakan Dr Muhammad Zuhaili serta terdapat di dalam al-Fiqh al-Manhaji:
“Isteri juga hendaklah memberi amaran kepada suami tentang balasan perbuatan zalimnya. Jika suami berubah baik, itulah sebaik-baiknya. Jika tidak, dia hendaklah mengadu kepada hakim untuk mendapat haknya. Ini kerana hakim diwujudkan untuk mengembalikan hak kepada yang berhak disebabkan isteri tidak mampu mendapatkan haknya bersendirian… jika suami masih lagi mengulangi perbuatannya, maka isteri boleh meminta hakim mengenakan hukuman terhadap suaminya.”
(Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 4/109-110 dan al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/95)
Namun, sekiranya masih lagi tidak dapat diselesaikan maka wakil bagi kedua-dua belah pihak hendaklah dihantar supaya diadakan perbincangan berkenaan hala tuju rumahtangga pasangan tersebut. Dr Muhamma Zuhaili menyebut di dalam kitabnya:
“Sekiranya peranan hakim masih lagi tidak dapat mendamaikan keduanya, maka hendaklah memanggil wakil yang dipercayai dari kedua-dua pihak bagi menyelesaikan permasalah ini sama ada mendamaikan keduanya atau memisahkannya...untuk menjatuhkan hukuman terhadap pasangan itu wajib dilakukan oleh qadi atau hakim.”
IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-371: NUSYUZ BAGI SEORANG SUAMI
IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-371: NUSYUZ BAGI SEORANG SUAMI
Apakah hukumnya isteri ingkar suruhan seorang suami yang zalim dan tidak menunaikan tanggungjawab? Sebagai contoh jika suami tidak mengizinkannya keluar rumah untuk membeli barang keperluan sedangkan si suami tidak pernah membeli barang keperluan yang mencukupi. Suami juga sentiasa menengking isteri hanya disebabkan kesalahan kecil seperti marah kerana masakan isteri kurang sedap. Selain itu suami juga tidak memberi duit belanja walaupun dia mempunyai gaji dan kerja baik. Bolehkah isteri keluar pindah ke rumah yang lain disebabkan tidak tahan dengan perangai suami.
Jawapan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT dan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.
Aktikel pada kali ini, kami lebih memberi penekanan terhadap tanggungjawab dan nusyuz seorang suami. Justeru, tugas seorang suami adalah memimpin rumah tangga serta membimbing ahli keluarganya mengikut panduan yang ditetapkan syara’.
Firman Allah SWT:
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا ۖ لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا ۖ نَّحْنُ نَرْزُقُكَ ۗ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ
Maksudnya: Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa
(Surah Toha, 132)
Perkahwinan merupakan satu institusi yang memerlukan perlaksaan tanggungjawab dan kewajipan di atas hak sebagai suami dan isteri. Selain itu, panduan yang diajar oleh agama Islam supaya sentiasa bergaul dan bertoleransi di antara keduanya bagi melahirkan hubungan yang mahabbah. Ini kerana pasangan suami isteri itu saling melengkapi antara satu sama lain. Firman Allah SWT:
هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ
Maksudnya: Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka
(Surah al-Baqarah, 187)
Begitu juga kewajipan seorang suami adalah menunaikan nafkah dari segi zahir atau batin kepada isteri dan anak-anaknya. Ini sepertimana yang dinyatakan oleh Dr. Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya bahawa para fuqaha bersepakat kewajipan suami memberi nafkah terhadap isterinya, tanpa ada perselisihan pandangan terhadapnya. (Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/277)
Firman Allah SWT
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّـهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ
Maksudnya: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.
(Surah al-Nisa’, 34)
Dr. Wahbah Zuhaili menafsirkan ayat ini dengan menyatakan, seseorang lelaki itu dipertanggungjawabkan untuk memberi nafkah serta tempat tinggal kepada Isterinya... dan bagi lelaki ia merupakan ketua bagi memudahkan urusan kekeluargaan. (Lihat al-Tafsir al-Wasit li Zuhaili, 1/316-317)
Selain itu, Firman Allah SWT:
وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ ۖ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ ۚ وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.
(Surah al-Baqarah 233)
Syeikh al-Maraghi di dalam tafsirnya menyatakan, tanggungjawab isteri adalah mengandung dan melahirkan serta menyusukan anak. Manakala tanggungjawab suami adalah menyediakan kelengkapan dari segi makanan, minuman dan pakaian untuk melaksanakan tugas sebagai isteri. Begitu juga menjaga keselamatan dan segala urusannya.
IRSYAD AL-FATWA KHAS RAMADHAN SIRI KE-161: KAFFARAH BAGI ORANG YANG MELAKUKAN PERSETUBUHAN KETIKA BERPUASA RAMADHAN DALAM KEADAAN JAHIL
IRSYAD AL-FATWA KHAS RAMADHAN SIRI KE-161: KAFFARAH BAGI ORANG YANG MELAKUKAN PERSETUBUHAN KETIKA BERPUASA RAMADHAN DALAM KEADAAN JAHIL
Soalan
Assalamualaikum Dato, Saya pernah melakukan hubungan seks bersama suami ketika belajar bersama sama di luar negara dan ianya dalam bulan Ramadhan. Kami berdua pada ketika itu sememangnya jahil tentang Kaffarah tertib ini sehingga rakan sekelas yang memberitahu. Saya dan suami melakukan persetubuhan pada bulan Ramadhan 2017 selama sehari. Saya faham ada 3 cara untuk mebayar Kaffarah:
membebaskan hamba, berpuasa 2 bulan berturut-turut dan memberi makan kepada fakir miskin
Cumanya saya ada beberapa kemusykilan:
1) bagaimana seorang perempuan itu ingin mengira tempoh 2 bulan puasanya itu sekiranya mereka didatangi haid?
2) saya melakukan persetubuhan itu pada 2017 dan sekarang sudah 2019. Adakah saya perlu menggandakan Kaffarah yang perlu diganti? Dan adakah saya masih perlu mengganti puasa qada'?
3) saya rasa saya tidak mampu untuk berpuasa selama 2 bulan tetapi bukan atas dasar tua atau sakit. Dan adakah bolehkah memberi makan 60 orang fakir miskin dan adakah harga di kira mengikut negara yang kita lakukan persetubuhan itu?
4) kami sememangnya tidak mengetahui langsung tentang Kaffarah ini. Jadi apakah hukumnya buat kami?
Jawapan
Waalaikumsalam. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T dengan kurniaan nikmat Iman dan Islam. Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga, sahabat-sahabat Baginda, serta seluruh kaum Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah S.W.T sekalian.
Puasa Ramdhan merupakan satu kewajipan yang dikenakan bagi setiap umat Islam. Dan ia merupakan salah satu rukun daripada rukun Islam. Allah SWT telah memerintahkan umat Islam serta umat terdahulu untuk melakukan ibadah puasa sepertimana Firman-Nya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Surah al-Baqarah, 183)
Kaffarah Puasa Ramadhan
Kaffarah puasa hanya dikenakan kepada sesiapa yang melakukan jimak pada siang hari di bulan Ramadhan.
Dr. Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya menyatakan tidak dikenakan kaffarah kepada seseorang itu dalam beberapa keadaan seperti berikut:
“Sekiranya membatalkan puasa, tidak dikenakan kaffarah seperti membatalkan puasa dalam keadaan uzur, terlupa ianya berpuasa kemudian melakukan jimak, jahil tentang pengharamannya (jimak di siang Ramadhan), membatalkan dengan makan dan minum kemudian melakukan jimak, musafir atau membatalkan puasa bukan dibulan Ramadhan maka dalam kesemua keadaan ini diwajibkan qada’ puasa sahaja.” (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e 2/203).
Di antara syarat yang diwajibkan membayar kaffarah ialah sedar ia sedang berpuasa, mengetahui hukum membatalkan puasa adalah haram dan bukan dalam keadaan rukhsah (keringanan) ketika musafir atau sakit.
Selain itu, Sesiapa yang melakukan persetubuhan semasa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana terlupa atau tidak mengetahui hukumnya haram, atau membatalkan puasa yang bukan puasa bulan Ramadhan, atau sengaja membatalkan puasa. Tetapi tidak dengan bersetubuh atau bersetubuh semasa bermusafir yang diharuskan berbuka puasa, maka semua yang tersebut tidak wajib kaffarah dan hanya wajib menggantikan puasanya sahaja.
(Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, 3/116)
Orang Yang Diwajibkan Kaffarah
Kaffarah hanya dikenakan ke atas suami sahaja dan tidak dikenakan terhadap Isteri. Ini seperti yang dinyatakan Dr. Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya:
“Wajib seseorang suami membayar kaffarah. Dan tidak dikenakan ke atas perempuan walaupun ia berpuasa. Ini kerana hak yang membayar kaffarah jimak dikhususkan ke atas lelaki bukan perempuan seperti mahar.