dalilalqurandanassunnah | Unsorted

Telegram-канал dalilalqurandanassunnah - INFO DALIL AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

-

Informasi CHANNEL INI UNTUK MENYAMPAIKAN DAKWAH ILMU SALAF DAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W. DALIL-DALIL USUL FIQH,AL QURAN DAN HADITH 4 MAZHAB. @dalilalqurandanassunnah https://t.me/joinchat/AAAAAEicQLFvkSspvdAe9w

Subscribe to a channel

INFO DALIL AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

6. Adapun hadis-hadis yang sahih yang menyebut tentang ubat-ubat tertentu seperti hadis habbatus sauda’ (jintan hitam), berbekam, air kencing unta, susu unta, oud hindi dan seumpamanya; para ulama berbeza pendapat tentangnya. Ada yang berpendapat hadis-hadis ini berasaskan wahyu. Ada pula yang berpendapat bahawa hadis-hadis ini Nabi s.a.w sebut berasaskan pengalaman, persekitaran dan zaman baginda hidup, bukanlah wahyu daripada Allah S.W.T.

Secara umumnya, ulama Hadis cenderung kepada pendapat bahawa hadis-hadis perubatan yang sahih itu berasaskan wahyu. Dalam ertikata lain ia adalah perkhabaran daripada Allah S.W.T kepada nabiNya s.a.w. Maka, semuanya kandungannya benar tepat dan untuk diamalkkan. Ertinya, ia perubatan yang mendapat pengiktirafan daripada Allah S.W.T sendiri. Maka, dalam kitab-kitab hadis didetilkan perkara-perkara ini sehingga dalam Sahih al-Bukhari ada Kitab al-Tibb (Kitab Perubatan). Ibn al-Qayyim dalam al-Tibb al-Nabawi berpegang dengan pendapat ini.
Golongan kedua seperti al-Qadi ‘Iyadh, Ibn Khaldun, Muhammad Abu Zahrah berpendapat bahawa hadis-hadis perubatan ini bukan berteraskan wahyu, sebaliknya Nabi s.a.w bercakap berdasarkan pengalaman dan persekitaran baginda ketika itu. Bagi ulama yang berpegang dengan pendapat ini mereka menyatakan bahawa Nabi s.a.w tidak diutuskan sebagai ahli perubatan dan itu bukan tujuan baginda diutuskan. Maka, ucapan atau tindakan baginda dalam perubatan sama seperti ahli masyarakat Arab lain ketika itu dan tidak semestinya tepat dengan realiti perubatan. Antara yang berpegang dengan fahaman ini al-Imam Ibn Khaldun (w. 808H) dalam kitabnya al-Muqaddimah. Kata Ibn Khaldun:

والطب المنقول في الشرعيات من هذا القبيل، وليس من الوحي في شىء وإنما هو أمر كان عادياً للعرب. ووقع في ذكر أحوال النبي صلى الله عليه وسلم، من نوع ذكر أحواله التي هي عادة وجبلة، لا من جهة أن ذلك مشروع على ذلك النحو من العمل. فإنه صلى الله عليه وسلم إنما بعث ليعلمنا الشرائع، ولم يبعث لتعريف الطب ولا غيره من العاديات. وقد وقع له في شأن تلقيح النخل ما وقع، فقال: " أنتم أعلم بأمور دنياكم . فلا ينبغي أن يحمل شيء من الذي وقع من الطب الذي وقع في الأحاديث الصحيحة المنقولة على أنه مشروع، فليس هناك ما يدل عليه ، اللهم إلا إن استعمل على جهة التبرك وصدق العقد الإيماني ، فيكون له أثر عظيم في النفع

“Maka perubatan yang diriwayatkan dalam syarak (hadis) kepada kita adalah dari jenis ini (perubatan Arab), sedikit pun bukan dari wahyu. Ia hanyalah perkara yang menjadi kebiasaan arab. Apa yang disebut keadaan Nabi s.a.w dalam hal ini termasuk dalam jenis adat dan jibiliyyah (tabiat kebiasaan) bukan kerana ia disyariatkan amal sedemikian rupa. Ini kerana Nabi s.a.w diutuskan untuk mengajar syariat, bukan untuk memperkenalkan perubatan atau adat kebiasaan yang lain. Ini telah dibuktikan dalam kes pendebungan tamar, lalu baginda bersabda: ‘Kamu lebih tahu urusan dunia kamu’. Tidak wajar untuk difahami sedikit pun perkara perubatan yang terdapat dalam hadis-hadis sahih yang diriiwayatkan sebagai sesuatu yang disyariatkan. Tiada bukti yang menunjukkan demikian. Melainkanlah jika hendak beramal atas dasar mendapat berkat dan keyakinan ikatan iman, maka baginya kesan manfaat yang besar.” (Ibn Khaldun, al-Muqaddimah, 493-494. Beirut: Dar al-Fikr).

Seperti yang Ibn Khaldun sebut, antara alasan golongan yang berpendapat bahawa perubatan Nabi s.a.w berasaskan kebiasaan dan pengalaman bukannya wahyu ialah hadis sahih yang mana Nabi s.a.w pernah melihat sahabat mengahwinkan pokok tamar, lalu baginda bersabda:

مَا تَصْنَعُونَ؟. قَالُوا كُنَّا نَصْنَعُهُ قَالَ لَعَلَّكُمْ لَوْ لَمْ تَفْعَلُوا كَانَ خَيْرًا . فَتَرَكُوهُ فَنَفَضَتْ أَوْ فَنَقَصَتْ - قَالَ - فَذَكَرُوا ذَلِكَ لَهُ فَقَالَ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ إِذَا أَمَرْتُكُمْ بِشَىْءٍ مِنْ دِينِكُمْ فَخُذُوا بِهِ وَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِشَىْءٍ مِنْ رَأْىٍ فَإِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ

“Apa yang sedang kamu lakukan?”. Jawab mereka: “Kami telah lakukannya sebelum ini”. Jawab baginda: “Barangkali jika kamu tidak buat ia lebih baik”. Maka mereka pun tidak melakukannya, lalu pokok tidak berbuah. Mereka menyebut hal tersebut kepada Nabi s.a.w, lalu baginda bersabda: “Aku ini manusia.

Читать полностью…

INFO DALIL AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Informasi CHANNEL INI DAKWAH ILMU SALAF,SUNNAH RASULULLAH S.A.W, DALIL-DALIL USUL FIQH,AL QURAN,HADITH DAN FIQH 4 MAZHAB.


@dalilalqurandanassunnah

@dalilalqurandanassunnah
/channel/dalilalqurandanassunnah

Читать полностью…

INFO DALIL AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Al Kafi li al-Fatawi


AL-KAFI #1698 : HUKUM MENJAUHKAN DIRI DARI KAWAN BAGI MENGELAKKAN SAKIT HATI DENGAN PERBUATAN DAN KATA-KATANYA
AL-KAFI #1698 : HUKUM MENJAUHKAN DIRI DARI KAWAN BAGI MENGELAKKAN SAKIT HATI DENGAN PERBUATAN DAN KATA-KATANYA


Soalan :
Assalamualaikum ustaz, apa hukum jika kita menjauhkan diri dari seseorang kawan dengan sebab untuk mengelakkan diri kita dari sakit hati dengan kata-kata dan perbuatannya.

Jawapan :
Wa’alaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapakan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikut jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Dalam isu ini kita perlu sedar bahawa sebagai seorang muslim hendaklah seseorang itu menjaga lidahnya dan juga anggota badannya dari menyakiti saudara muslimnya yang lain. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn ‘Amru R.Anhuma beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ

Maksudnya : Seorang muslim itu adalah mereka yang membuatkan muslim yang lain selamat dari kejahatan lidahnya dan juga tangannya.
Riwayat Al-Bukhari (6484)
Imam Ibn Battal dalam syarahan beliau ke atas hadis ini berkata :

والمراد بهذا الحديث الحض على ترك أذى المسلمين باللسان واليد والأذى كله

Maksudnya :
Yang dimaksudkan dengan hadis ini adalah tuntutan supaya meninggalkan perbuatan menyakiti umat Islam dengan lidah, tangan, dan juga semua yang menyakitkan.
Rujuk Syarah Sahih Al-Bukhari, Ibn Battal (1/62)
Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan di atas, perbuatan menjauhkan diri daripada seseorang yang menyebabkan berlakunya kesakitan ke atas diri kita sama ada menerusi lidahnya atau perbuatannya, adalah suatu perkara yang dianjurkan di sisi syarak. Ini dapat dilihat berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Mu’adz bin Jabal R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

خَمْسٌ مَنْ فَعَلَ وَاحِدَةً مِنْهُنَّ كَانَ ضَامِنًا عَلَى اللهِ مَنْ عَادَ مَرِيضًا، أَوْ خَرَجَ مَعَ جَنَازَةٍ، أَوْ خَرَجَ غَازِيًا، أَوْ دَخَلَ عَلَى إِمَامِهِ يُرِيدُ تَعْزِيزهُ وَتَوْقِيرَهُ، أَوْ قَعَدَ فِي بَيْتِهِ فَسَلِمَ النَّاسُ مِنْهُ وَسَلِمَ مِنَ النَّاسِ

Maksudnya : Lima perkara yang mana jika seseorang itu melakukan salah satu daripadanya maka dia akan mendapat perlindungan dari Allah, iaitu seseorang yang menziarahi orang sakit, atau keluar mengiringi jenazah (ke perkuburan), keluar berperang di medan jihad, pergi kepada seorang pemimpin dengan tujuan untuk menghormati dan memuliakannya,  atau seseorang yang duduk di dalam rumahnya lalu manusia selamat darinya (kejahatan lidah dan tangannya) dan dia juga selamat dari (kejahatan lidah dan tangan) manusia.
Riwayat Al-Thabrani dalam Al-Mu’jam Al-Kabir (55)
Kita dapat melihat bahawa Rasulullah S.A.W menyebutkan :

أَوْ قَعَدَ فِي بَيْتِهِ فَسَلِمَ النَّاسُ مِنْهُ وَسَلِمَ مِنَ النَّاسِ

Maksudnya : Atau seseorang yang duduk di dalam rumahnya lalu manusia selamat darinya (kejahatan lidah dan tangannya) dan dia juga selamat dari (kejahatan lidah dan tangan) manusia.
Maka ini adalah isyarat yang zahir bahawa perbuatan duduk di rumah itu merupakan suatu bentuk penjarakan sosial (social distancing) bagi mengelakkan keburukan berlaku ke atas diri kita dan begitu juga dari menghalang kita melakukan keburukan kepada orang lain.
Begitu juga terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy’ari R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

‏ مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالْجَلِيسِ السَّوْءِ كَمَثَلِ صَاحِبِ الْمِسْكِ، وَكِيرِ الْحَدَّادِ، لاَ يَعْدَمُكَ مِنْ صَاحِبِ الْمِسْكِ إِمَّا تَشْتَرِيهِ، أَوْ تَجِدُ رِيحَهُ، وَكِيرُ الْحَدَّادِ يُحْرِقُ بَدَنَكَ أَوْ ثَوْبَكَ أَوْ تَجِدُ مِنْهُ رِيحًا خَبِيثَةً

Читать полностью…

INFO DALIL AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Mestilah berhati-hati di dalam menyampaikan sesuatu berita
Memastikan tidak akan berlakunya salah faham dan kesalahan dalam fakta yang boleh menyebabkan fitnah
Memastikan kesahihan dan kebenaran berita yang diterima atau yang akan disampaikan.
Tidak terburu-buru dalam membuat kesimpulan sesuatu berita
Menanamkan prasangka yang baik dan menjauhi su’u zhan (prasangka buruk) sesama manusia.
Menjaga silaturrahim dan tidak memutuskan hubungan silaturrahim diantara masyarakat.
Allah SWT melarang menyakiti saudara muslim dan menjanjikan azab yang berat kepada siapa yang mencemarkan kehormatan saudaranya. Firman Allah SWT:

وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينًا
Maksudnya: Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata.
(Surah al-Ahzab: 58)
Kami akhiri untuk sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT agar kita sentiasa mendapat petunjuk dan dihindari daripada didedahkan aib.

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِنَا وَدُنْيَانَا وَأَهْلِنَا وَمَالِنَا اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِنَا وَآمِنْ رَوْعَاتِنَا وَاحْفَظْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيْنَا وَمِنْ خَلْفِنَا وَعَنْ يَمِينِنَا وَعَنْ شِمَالِنَا
وَمِنْ فَوْقِنَا وَنَعُوذُ بِكَ أَنْ نُغْتَالَ مِنْ تَحْتِنَا

Maksudnya: Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu keampunan dan afiat di dunia dan akhirat. Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu keampunan dan afiat pada urusan agama kami dan dunia kami. Begitu juga keluarga kami dan harta kami. Ya Allah! Tutuplah aib dan aurat kami. Amankanlah perasaan takut kami. Ya Allah! Peliharalah kami dari arah depan kami, belakang kami, kanan kami, kiri kami, atas kami dan kami berlindung dengan-Mu daripada kami dibala melalui bawah kami.
 
Akhukum fillah.
SS Dato’ Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan


Nota Hujung:
[1] Ini merupakan pendapat ulama' dalam bidang adab al-bahth wa al-munazarah. Ia telah dinyatakan oleh Fadilatu al-Syeikh al-Allamah Abd al-Rahman Habannakah dalam kitabnya Dawabit al-Ma'rifah wa Usul al-Istidlal wa al-Munazarah (hlm. 368 dan 381).
[2] Ini merupakan ucapan yang dinyatakan dalam kitab karya Imam al-Zamakhsyari. (Lihat Hada'iq al-Daqa'iq Syarh Risalah Alamah al-Haqaiq, hlm. 70)

Читать полностью…

INFO DALIL AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Riwayat Muslim (1017)
Berdasarkan hadith ini, sekiranya sunnah sayyiah atau perbuatan buruk itu seperti menyebarkan berita palsu itu, disebarkan pula kepada orang lain dan ianya makin berkembang dan bertingkat-tingkat, maka orang yang memulakan perbuatan buruk dan berdosa itu akan menanggung dosa yang dilakukan oleh orang yang lain disebabkan perbuatannya membuka aib orang lain dan menyebarkan berita yang palsu dan tidak benar.
 
Adab Dalam Menerima Berita
Antaranya:
Pertama: Menyemak berita tersebut serta bertabayyun mengenainya dengan konsep tabayyun di dalam Islam. Berita atau sebarang maklumat yang diterima seharusnya diteliti dan dipastikan dahulu kebenarannya dan ketepatan informasi bagi mengelakkan sebarang agenda atau perkara yang tidak baik berlaku seperti menfitnah, menipu dan memburukkan seseorang yang lain berlandaskan hawa nafsu dan sifat kebenciaan. Perkara ini menjadi salah satu agenda al-Quran di mana Allah SWT berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
Surah al-Hujurat (6)
Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya berkata: “Allah memerintahkan agar kita benar-benar menyemak berita dari orang fasik dengan mewaspadainya supaya tidak berlaku sebarang pendustaan dan kekeliruan. Kebanyyakan ahli tafsir menyebut turunya ayat ini kepada al-Walid bin ‘Uqbah bin Abi Mu’ith ketika menjadi utusan Rasulullah untuk memungut zakat daripada Bani Mustaliq.(Lihat Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 7/476)
Imam al-Syaukani rahimahullah berkata: “Yang dimaksudkan dengan tabayyun adakah memeriksa dengan teliti yang dimaksudkan dengan tatsabbut adalah berhati-hati dan tidak tergesa-gesa, melihat dengan keilmuan yang dalam terhadap sebuah peristiwa dan khabar yang datang, sampai menjadi jelas dan terang baginya.” (Lihat Fath al-Qadir, 5/65).
Kedua: Tidak menerima berita daripada orang yang fasiq dan juga sumber berita yang tidak berautoriti. Dalam menerima maklumat, lihatlah kepada mereka yang berautoriti agar maklumat yang diberikan benar dan tepat. Hal Ini bagi mendidik masyarakat untuk merujuk serta menerima berita dan juga menyemaknya kepada yang sepatutnya.
Syeikh Ali al-Sobuni berkata: Jika datang kepada kamu seorang lelaki fasiq yang mana ia tidak boleh dipercayai dengan kebenaran dan keadilannnya, dengan apa yang diberitaka, maka hendaklah kamu menyemak akan kesahihan berita. Ini supaya kamu tidak mengenakan hukuman atau musibah kepada satu-satu kaum sedangkan kamu jahil tentang hakikat sebenar. Ketika itu, jadilah kamu menyesal tak sudah atas perbuatan kamu. (Lihat Sofwah al-Tafasir, 3/216)
Ketiga: Tidak mudah menyebarkan berita yang diterima sewenang-wenangnya terutama jika ianya melibatkan aib dan maruah orang lain. Hal ini berdasarkan hadith yang riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:لَا يَسْتُرُ عَبْدٌ عَبْدًا فِي الدُّنْيَا، إِلَّا سَتَرَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba yang pertama tadi di Hari Kiamat.
Riwayat Muslim (2590)
Demikianlah akhlak dan prinsip al-Quran untuk sentiasa berakhlak dan bersangka baik dan tidak gopoh dalam membuat kesimpulan akan sesuatu perkhabaran. Kegagalan mengamalkan dalam menerima dan menyebarkan berita yang tidak berlandaskan syariat Islam dan konsep tabayyun akan menatijahkan musibah kepada diri dan ummah sehingga membawa kepada penyesalan diri yang teramat di dunia dan akhirat. Inilah diisyaratkan Allah SWT dalam Surah al-Hujurat ayat keenam sebagaimana ulasan di atas.

Читать полностью…

INFO DALIL AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

لَيْسَ الْكَذَّابُ الَّذِي يُصْلِحُ بَيْنَ النَّاسِ فَيَنْمِي خَيْرًا أَوْ يَقُولُ خَيْرًا
Maksudnya: “Tidaklah dikira orang yang banyak berdusta, siapa yang mahu mendamaikan antara dua orang yang berselisih, lalu diterbitkan daripadanya segala yang baik-baik atau dia berkata apa yang baik.”
Riwayat al-Bukhari (2692) dan Muslim (4724)
Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: Bukanlah yang melakukan kebaikan dan mendamaikan sesama manusia dianggap sebagai pendusta. Kemudian beliau juga berkata, membina ucapan bertujuan untuk mengislahkan dan mencari kebaikan, itulah yang dimaksudkan dalam hadis. Sebaliknya, apabila membawa kerosakan dan umpat keji, maka itulah yang dilarang. (Lihat Fath al-Bari, 5/299)
Islam sangat marah terhadap orang yang gemar mendengar perkataan yang buruk, lalu segera menyampaikan kepada orang lain untuk bermusuh-musuhan atau kerana ingin menimbulkan fitnah, atau bertujuan untuk memporak perandakan hubungan antara satu sama yang lain supaya hancur binasa.
Orang seperti ini tidak hanya cukup untuk menyampaikan apa yang didengarnya sahaja, malahan perasaan ingin memporak perandakan yang ada pada diri mereka itu akan mendorong mereka untuk menambah sesuatu benda yang lain daripada apa yang mereka dengar, iaitu dengan mencipta sesuatu yang tidak didengarnya itu.
إِنْ يَسْمَعُوا الخَيْرَ أَخْفَوْهُ, وَإِنْ سَمِعُوا شَرّاً أَذَاعُوا وَإِنْ لَمْ يَسْمَعُوا كَذِبُوا
Maksudnya: “Jika dengar baik mereka sembunyikan, sebaliknya dengar yang buruk mereka hebahkan, jika tidak dengar, lalu dusta.” (Lihat al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hlm. 606)
Suatu ketika seorang lelaki datang kepada Umar bin Abdul Aziz RA, lalu dia menyampaikan sesuatu yang tidak baik tentang seorang temannya. Lalu Umar bin Abdul Aziz RA berkata kepadanya: Sekarang kami terpaska menyiasat perkara ini! Jika kamu dusta, maka kamu termasuk dalam golongan orang yang dinyatakan dalam firman Allah SWT:
إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا
Maksudnya: “Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa suatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya.”
(Surah al-Hujurat: 6)
Jika sekiranya kamu bercakap benar, maka kamu tergolong dalam kumpulan orang yang dikatakan dalam firman Allah SWT:
هَمَّازٍ مَّشَّاءٍ بِنَمِيمٍ
Maksudnya: “Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai)”
(Surah al-Qalam: 11)
Tetapi, jika kami memaafkan kamu dengan syarat kamu tidak akan melakukannya lagi? Lelaki itu menjawab: Maafkan sahaja, hai Amirul Mukminin, saya tidak akan mengulanginya lagi perbuatan itu. (Lihat: al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, 604-606)
 
Adab Menulis dan Menerima Berita
Kemelut pada zaman ini menyaksikan fitnah dan penyampaian berita sudah berkembang dengan pantas melalui media sosial yang membolehkan sesiapa sahaja melayarinya dan menerima berita di seluruh dunia pada sepanjang masa.
Kecanggihan pelbagai alat komunikasi dibantu media sosial seperti WhatsApp, Facebook, Twitter, Instagram, blog, dan seumpamanya mempercepat penyampaian segala maklumat dan juga berita media sosial seperti ini adalah termasuk alat komunikasi bagi memudahkan perhubungan sesama manusia. Hukum asal menggunakannya adalah HARUS jika tujuan dan kaedah penggunaannya tidak melanggar mana-mana hukum syarak. Ini berdasarkan kaedah fiqh:
الأَصْلُ فِي الأَشْيَاءِ الإِبَاحَةMaksudnya: Asal bagi sesuatu perkara adalah harus. (Rujuk Al-Asybaah wal-Nazhair, Al-Suyuthi (1/133).
Namun, sesetengah masyarakat menggunakan media sosial ini dengan menyampaikan berita dan juga menerimanya tanpa memeriksa kesahihan sumber dan maklumat dalam berita tersebut. Maklumat atau berita yang diperoleh itu adakalanya membawa kepada perselisihan dan ada juga yang menyatakan kebenaran.
Secara pastinya, limpahan maklumat pada hari ini yang mudah untuk diperoleh, tidak lagi mampu untuk ditapis dan dipastikan kebenarannya. Segala berita atau perkhabaran yang diperoleh tanpa asas kebenaran dan kepastian yang jitu, dapat mengundang kepada permusuhan dan perselisihan sesama kita.

Читать полностью…

INFO DALIL AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Maksudnya: Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya
(Surah Ali-Imran: 103)
Oleh itu penelitian di dalam menerima sesuatu berita itu mestilah diambil berat bagi memastikan kebenarannya. Ini supaya dapat mengelak daripada berlakunya penyebaran berita palsu dan perbuatan ini akan mendatangkan kemurkaan Allah SWT serta tergolong dalam golongan yang pendusta. Sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Hafs bin Asim RA, sabda Nabi SAW:
كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ
Maksudnya: Cukuplah bagi seseorang itu digelar pendusta apabila menceritakan semua yang didengarinya (tanpa tabayyun)
Riwayat Muslim (5)
Hadis ini telah diletakkan pada bab khusus oleh Imam Nawawi dengan tajuk: "Larangan terhadap menceritakan semua perkara yang didengari”. Dalam menjelaskan hadis ini, Imam Nawawi berkata: Seseorang boleh dikatakan berdusta disebabkan berita yang didengar boleh jadi ditambah-tambah. Adapun makna hadis ini mengandungi peringatan daripada membicarakan setiap yang didengari. Ini kerana ia boleh jadi benar dan boleh jadi dusta. (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 1/75)
Ibn Hibban pula berkata: Dalam hadis ini terdapat larangan bagi seseorang untuk menyebarkan semua berita yang dia dengar sehinggalah dia mengetahui secara yakin akan kesahihannya. (Lihat Kitab al-Majruhin, 1/25)
 
Adab Menyampaikan Berita
Dalam menyampaikan berita, seseorang itu mesti bertanggungjawab dalam segala ucapan dan penyampaiannya. Oleh itu seharusnya berhati-hati dalam setiap aspek yang dilakukannya. Hal ini kerana Allah SWT memandang berat terhadap perbuatan ini dan Nabi SAW memperingati umatnya supaya berhati-hati di dalam menyampaikan sesuatu berita seperti hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, sabda Nabi SAW:
إِنَّ الرَّجُلَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ لَا يَرَى بِهَا بَأْسًا، يَهْوِي بِهَا سَبْعِينَ خَرِيفًا فِي النَّارِ
Maksudnya: “Sesungguhnya seseorang terkadang berbicara dengan kata-kata yang dia sangkakan tidak mengapa, lalu (tanpa diduga) dia terjerumus dengan sebabnya ke dalam neraka (yang kedalamannya) sejauh perjalanan tujuh puluh tahun.”
Riwayat al-Tirmizi (2314)
Berdasarkan hadith ini, al-Imam al-Mubarakfuri menjelaskan bahawa sebahagian manusia memandang remeh perkataan yang diucapkannya sehingga dia tidak menyangka perkataan tersebut menjadi penyebab kepada dia dihumban ke neraka. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 12/79)
Selain itu, berita yang disampaikan itu mestilah benar serta tidak akan mengundang kepada keaiban dan pembohongan. Ini supaya tidak mengundang kemurkaan daripada Allah SWT dan berlaku kekacauan di dalam masyarakat. Firman Allah SWT:
إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِّنكُمْ ۚ لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَّكُم ۖ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُم مَّا اكْتَسَبَ مِنَ الْإِثْمِ ۚ وَالَّذِي تَوَلَّىٰ كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu.Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

Читать полностью…

INFO DALIL AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

BAYAN LINNAS SIRI KE 184: TABAYYUN DALAM PENERIMAAN DAN PENYAMPAIAN BERITA
BAYAN LINNAS SIRI KE 184: TABAYYUN DALAM PENERIMAAN DAN PENYAMPAIAN BERITA

 
Mukaddimah
Mutakhir kini, dalam era globalisasi yang serba maju, seiring dengan kecangihan teknologi global, tidak menjadi satu kemustahilan dan kesukaran bagi seseorang untuk menyebarluaskan sesuatu maklumat untuk disampaikan kepada masyarakat. Bahkan manusia kini lebih banyak berinteraksi kepada alam maya yang terkumpul didalamnya limpahan berita yang diperoleh melalui pelbagai saluran seperti surat khabar, majalah, Media massa (WhatsApp, Facebook, Instagram, YouTube) dan sebagainya. Taip sahaja kata kunci pada enjin carian internet, setiap perincian maklumat yang diperlukan akan dipamerkan. Isunya, adakah maklumat yang mudah untuk diperoleh ini, mampu untuk ditapis dan dipastikan kebenarannya?. Jika perkhabaran itu merupakan satu kebenaran, maka ia adalah baik bagi yang menerimanya, namun jika ia adalah sebaliknya maka pasti mengundang kepada permusuhan dan perselisihan.
Kehidupan bermasyarakat pada hari ini tidak lekang daripada membincangkan isu-isu semasa sebagai bahan gosip dan hujah dalam mengadu domba diantara manusia. Keadaan ini diperkeruhkan dengan kehadiran sekelompok masyarakat yang menjadikan gosip dan aib orang lain sebagai bahan dagangan untuk mengaut keuntungan dunia dalam meraih populariti. Akhirnya, masyarakat akan hidup dalam keadaan bermusuhan dan kucar kacir.
Kita sering terlupa bahawa Allah SWT berpesan di dalam firmanNya bahawa umat Islam perlu bersikap hati-hati dengan cara meneliti dan mencari bukti yang berkait dengan isu mengenai sesuatu tuduhan atau hal yang menyangkut tentang identiti seseorang. Adab atau sikap yang terkait dengan “tabayyun” ini ditekankan agar kita tidak terjerumus dalam kancah fitnah termasuk juga mengelakkan daripada mendengar atau membaca berita yang membahas keaiban dan membahayakan pemikiran. Demikianlah akhlak dan prinsip al-Quran untuk sentiasa bersangka baik dan tidak gopoh dalam membuat kesimpulan akan sesuatu perkhabaran.
Justeru penulisan Bayan Linnas pada kali ini bertujuan untuk menyebarluaskan kefahaman dalam memahami konsep tabayyun dalam menerima segala berita dan maklumat, seterusnya diharapkan penulisan ini dapat dihayati dan sedikit sebanyak memberi kefahaman. Kami tajukkannya dengan Tabayyun Dalam Penerimaan Dan Penyampaian Berita. Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua dalam melayari bahtera kehidupan dengan aman sentosa serta harmoni. Amin.
 
Definisi Tabayyun
Tabayyun merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud menthabitkan dan menyemak asas kebenarannya. Berita atau sebarang maklumat yang diterima seharusnya diteliti dan dipastikan terlebih dahulu kebenarannya dan ketepatan informasi bagi mengelakkan sebarang agenda atau perkara yang tidak baik berlaku seperti fitnah, menipu dan memburukkan seseorang yang lain berlandaskan hawa nafsu dan sifat kebenciaan. Perintah untuk “tabayyun” merupakan perintah yang sangat penting agar kita dapat mengelakkan dari berprasangka.
Imam al-Syaukani berkata, “Yang dimaksud dengan tabayyun adalah memeriksa dengan teliti dan yang dimaksud dengan tatsabbut adalah berhati-hati dan tidak tergesa-gesa, melihat dengan keilmuan yang dalam terhadap sebuah peristiwa dan kabar yang datang, sampai menjadi jelas dan terang baginya.” (Lihat Fath al-Qadir, 5/65)
 
Syariat Tabayyun
Allah SWT memerintahkan supaya menyelidik serta mendapat kebenaran berita yang disampaikan seseorang. Ini kerana bagi mengelak daripada terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku. Allah SWT menjelaskan perkara ini di dalam al-Quran, firmannya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَMaksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) -

Читать полностью…

INFO DALIL AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Ini kerana, hanya Allah layak menjanjikan dan berhak memberikan pahala serta ganjaran kepada hamba-hamba-Nya yang melakukan ketaatan.Dikalangan manusia pula, hanya Rasulullah yang berhak untuk menjanjikan sebarang kelebihan terhadap amalan tertentu, kerana beliau sahaja yang diberikan wahyu oleh Allah. Adapun kita manusia biasa ini tidak berhal mencipta sebarang bentuk ibadah dan menjanjikan ganjaran melainkan kita hanya disuruh untuk menyampaikan apayang dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya  berdasarkan dalil-dalil yang sahih.

Jika kita ingin berdoa untuk kesejahteraan dan kebaikan hidup, berdoalah pada bila-bila masa sahaja tanpa mengkhususkan waktu dan diadakan dalam majlis khas.

Cuma jika kita ingin memilih waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa, ia tidak menjadi kesalahan kerana waktu mustajab doa itu adalah berdasarkan dalil-dalil yang benar.

Jangan pula ada yang tersalah faham bahawa tidak boleh atau salah untuk berdoa demi kebaikan dan kesejanteraan hidup. Berdoa dan pohonlah segala hajat kita, kerana Dia adalah Tuhan Yang Maha Mendengar akan permintaan hamba-hamba-Nya.

Apa yang penting, pastikan doa dan ibadah kita dilakukan dengan penuh ikhlas dan menepati syariat dan sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah.

sumber :
40 hadis Palsu Popular,
Abdul Razak Muthalib.

Читать полностью…

INFO DALIL AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Inilah doa meminta ketakwaan dan sifat qona’ah

Segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam. Shalawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad, keluarga, dan sahabatnya serta orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik hingga akhir zaman.

Setelah sebelumnya kami kemukakan tentang keunggulan do’a yang ringkas, namun syarat makna. Begitu pula kami telah kemukakan mengenai keutamaan do’a sapu jagad yang paling sering Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam panjatkan (yaitu do’a: Robbana aatina fid dunya hasanah wa fil akhiroti hasanah wa qina ‘adzaban naar), selanjutnya kita lihat beberapa do’a lainnya yang diangkat oleh Imam An Nawawi (Yahya bin Syarf An Nawawi) dalam kitab beliau Riyadhus Shalihin. Kami pun akan mengutarakan faedah do’a tersebut. Semoga bermanfaat.


Do’a Meminta Ketakwaan dan Sifat Qona’ah

1. Faedah hadits:
Do’a Meminta Ketakwaan dan Sifat Qona’ah
اللَّهُمَّ إنِّي أسْألُكَ الهُدَى ، والتُّقَى ، والعَفَافَ ، والغِنَى

“Allahumma inni as-alukal huda wat tuqo wal ‘afaf wal ghina.” Artinya: Ya Allah, aku meminta pada-Mu petunjuk, ketakwaan, diberikan sifat ‘afaf dan ghina.

Dari Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata,

أنَّ النبيَّ – صلى الله عليه وسلم – كَانَ يقول : (( اللَّهُمَّ إنِّي أسْألُكَ الهُدَى ، والتُّقَى ، والعَفَافَ ، والغِنَى

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa membaca do’a: “Allahumma inni as-alukal huda wat tuqo wal ‘afaf wal ghina”.” (HR. Muslim no. 2721)

Faedah hadits:
Pertama: Yang dimaksud dengan “al huda” adalah petunjuk dalam ilmu dan amal. Yang dimaksud “al ‘afaf” adalah dijauhkan dari yang tidak halal dan menahan diri darinya. Yang dimaksud “al ghina” adalah kaya hati, yaitu hati yang selalu merasa cukup dan tidak butuh pada harta yang ada di tangan orang lain.

An Nawawi –rahimahullah- mengatakan, “ ’Afaf dan ‘iffah bermakna menjauhkan dan menahan diri dari hal yang tidak diperbolehkan. Sedangkan al ghina adalah hati yang selalu merasa cukup dan tidak perlu pada apa yang ada di sisi manusia.” (Syarh Muslim, 17/41)

Kedua: Keutamaan meminta petunjuk ilmu sekaligus amal kerana yang dimaksud al huda adalah petunjuk dalam ilmu dan amal.

Ketiga: Keutamaan meminta ketakwaan. Yang dimaksud takwa adalah menjalankan perintah dan menjauhi larangan Allah. Takwa diambil dari kata “wiqoyah” yang maknanya melindungi, yaitu maksudnya seseorang boleh mendapatkan perlindungan dari seksa neraka hanya dengan menjalankan setiap perintah dan menjauhi setiap larangan.

Keempat: Keutamaan meminta sifat ‘afaf atau ‘iffah yaitu agar dijauhkan dari hal-hal yang diharamkan semacam zina. Berarti do’a ini mencakup meminta dijauhkan dari pandangan yang haram, dari bersentuhan yang haram, dari zina dengan kemaluan dan segala bentuk zina lainnya. Kerana yang namanya zina adalah termasuk perbuatan keji.

Kelima: Keutamaan meminta pada Allah sifat al ghina yaitu dicukupkan oleh Allah dari apa yang ada di sisi manusia dengan selalu qona’ah, selalu merasa cukup ketika Allah memberinya harta sedikit atau pun banyak. Kerana ingatlah bahwa kekayaan hakiki adalah hati yang selalu merasa cukup. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ

“Kekayaan (yang hakiki) bukanlah dengan banyaknya harta. Namun kekayaan (yang hakiki) adalah hati yang selalu merasa cukup.” (HR. Bukhari no. 6446 dan Muslim no. 1051)

Keenam: Dianjurkannya merutinkan membaca do’a ini.

Semoga bermanfaat.

RUJUKAN:

Al Minhaj Syarh Shahih Muslim bin Al Hajjaj, Yahya bin Syarf An Nawawi, Dar Ihya’ At Turots, cetakan kedua, 1392

Bahjatun Naazhirin Syarh Riyadhish Sholihin, Salim bin ‘Ied Al Hilali, cetakan Dar Ibnul Jauzi, jilid I dan II, cetakan pertama, tahun 1430 H.

Syarh Riyadhish Sholihin, Syaikh Muhammad bin Sholih Al ‘Utsaimin, Darul Kutub Al ‘Ilmiyyah, jilid IV, cetakan ketiga, tahun 1424 H



Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal

Читать полностью…

INFO DALIL AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Irsyad al-Hadith
IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-258: DOA SELEPAS BACAAN TAHIYYAT
IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-258: DOA SELEPAS BACAAN TAHIYYAT

 
 

 
Soalan: Apakah bacaan atau doa yang boleh dibaca selepas daripada membaca tahiyyat akhir dan sebelum daripada memberi salam?
 
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
 
Solat merupakan di antara ibadah yang paling agung dan ia merupakan perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah SWT kepada hamba-Nya di akhirat kelak berdasarkan hadith Nabi SAW:
 
إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ بِصَلَاتِهِ، فَإِنْ صَلَحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ
Maksudnya: “Sesungguhnya perkara pertama yang akan dihisab dengannya oleh seorang hamba itu adalah solatnya. Jika sempurna (solatnya) maka dia akan beruntung dan berjaya. Namun, jika rosak solatnya maka dia binasa dan rugi.” [Riwayat al-Nasa’ie (465)]
 
Selain itu juga, solat juga bermaksud doa dari sudut bahasa. Ini kerana, di dalam solat terdapat tempat-tempat yang dituntut untuk kita memperbanyakkan berdoa padanya. Berdasarkan soalan di atas, di sini kami nukilkan beberapa doa daripada dua kitab yang paling sahih selepas al-Qur’an iaitu Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim yang boleh diamalkan sebelum seseorang itu memberi salam:
 
Daripada Abu Hurairah RA, beliau mendengar bahawa Nabi SAW bersabda:
 
إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ الْآخِرِ، فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللهِ مِنْ أَرْبَعٍ: مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
Maksudnya: “Apabila kamu selesai membaca tasyahhud akhir, maka mohonlah berlindung dengan Allah daripada empat perkara: daripada seksaan kubur, seksaan neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan kematian, serta daripada kejahatan al-masih al-Dajjal.” [Riwayat Muslim (588)]
 
Daripada Aisyah R.anha menceritakan bahawa:
 
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَدْعُو فِي الصَّلاَةِ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ المَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ المَحْيَا، وَفِتْنَةِ المَمَاتِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ المَأْثَمِ وَالمَغْرَمِ
Maksudnya: “Adapun Rasullah SAW berdoa di dalam solatnya (selesai membaca tasyahhud akhir): Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada seksaan kubur, aku berlindung dengan -Mu daripada daripada fitnah al-masih al-Dajjal, aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah kehidupan dan kematian, serta aku berlindung dengan-Mu daripada perbuatan dosa dan hutang.” [Riwayat al-Bukhari (832)]
 
Daripada Ali bin Abi Thalib RA berkata:
 
ثُمَّ يَكُونُ مِنْ آخِرِ مَا يَقُولُ بَيْنَ التَّشَهُّدِ وَالتَّسْلِيمِ: اللهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَسْرَفْتُ، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ
Maksudnya: “Kemudian apa yang dibaca di antara tasyahhud dan juga salam adalah: “Ya Allah, ampunilah (dosa) aku yang telah aku lakukan dan yang aku telah tangguhkan. Dan apa yang telah aku rahsiakan serta apa yang telah aku zahirkan. Dan apa yang telah aku bazirkan, sesungguhnya Engkau lebih mengetahuinya lebih daripadaku. Engkau yang mendahulukan serta Engkau yang mengakhirkan. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.” [Riwayat Muslim (771)]
 
 
Daripada Abu Bakar RA, beliau bertanya kepada Rasulullah SAW: Ajarkanlah kepadaku satu doa untuk aku membacanya di dalam solatku, lalu Nabi SAW bersabda:
 
اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا، وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الغَفُورُ الرَّحِيمُMaksudnya: “Ya Allah, Sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku dan tidak ada yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau. Maka, Kau ampunilah dosa-dosaku serta rahmatilah aku.

Читать полностью…

INFO DALIL AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Maksudnya: “Dan Ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
 
Huraian mengenai al-Khaba’ith ialah :
Apa jua perkara yang menjijikan dan tidak sukai oleh tabiat suci atau pembawaan normal manusia, seperti bangkai dan darah yang mengalir.
Sesuatu yang menjadi sebab kerosakkan dan bahaya atau daripada sumber-sumber yang memudharatkan kepada tubuh badan, seperti babi yang boleh memberi kesan buruk kepada pemakanan.
Sesuatu yang mememudharatkan dari segi agama seperti binatang sembelihan yang disembelih untuk menghampirkan diri kepada selain Allah swt.
Sementara jijik (keji dan buruk) dari segi harta benda pula ialah segala harta benda yang diperoleh bukan dengan jalan hak dan halal, seperti riba’,rasuah, mencuri, merompak dan lain-lain usaha yang menjijikkan.[1]
 
 
Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan
Sesungguhnya isu merokok adalah isu yang dipandang remeh oleh sesetengah orang  tetapi sebenarnya besar kesan terhadap individu yang terbabit. Perlu dinyatakan di sini banyak akibat yang mudarat dan tidak baik berlaku kepada perokok dan orang sekelilingnya. Antaranya pembaziran yang ketara yang melibatkan jutaan ringgit pada setiap tahun di peringkat negara di billion dollar pada peringkat dunia. Begitu juga dengan kematian kadarnya seperti 2014 menunjukkan hampir 6 juta kepada perokok dan juga yang berada di sekelilingnya kerana terkesan akibat asap rokok. Angka tersebut bertambah dari setahun ke setahun.
Sekali lagi suka saya pertegaskan bahawa pendapat yang paling kuat dan rajih bahawa merokok hukumnya haram. Saya nukilkan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang mengumpul sejumlah tokoh ulama’ dalam kitabnya Min Hady al-Islam Fatawa Mu’asirah 1/693-710[2] antaranya:
Ulama Mesir: Syeikhul Islam Ahmad al-Sanhuri al-Buhuti al-Hanbali dan Syeikhul Malikiyyah Ibrahim al-Laqqani.
Ulama Maghribi: Syeikh Abu Ghaith al-Qasyasyi al-Maliki
Ulama Syam: Syeikh Najmuddin bin Badruddin bin Mufassir al-Qur’an al-Arabi al-Ghazzi al-Amiri al-Syafie
Ulama Yaman: Syeikh Ibrahim bin Jam’an dan muridnya Syeikh Abu Bakar bin Ahdal
Ulama al-Haramain: al-Muhaqqiq Abdul Malik al-Ishami dan muridnya Muhammad bin Allamah dan Sayyid Umar al-Basri
Ulama Turki: Syeikh al-A’zham Muhammad al-Khawajah, Syeikh Isa al-Sahwah al-Hanafi, Syeikh Makki bin Faruh al-Makki dan Sayyid Sa’d al-Balkhi al-Madani.
Saya mengucapkan syabas kepada Kementerian Kesihatan yang bersungguh-sungguh melaksanakan Kempen Anti-Merokok dengan pelbagai cara telah diusahakan. Justeru, amatlah penting semua pihak menggerakkan program anti-merokok di peringkat sekolah rendah lagi sehingga ke pada orang dewasa. Alangkah baiknya kita hidup dalam tahap kesihatan yang terbaik dan selamat daripada pembaziran yang mungkin boleh dimanfaatkan harta tersebut untuk pembangunan ummah. Semoga kita semua diberi kefahaman yang mendalam untuk mengelakkan daripada terjebak dengan aktiviti merokok.
 
Jalan Penyelesaian
Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan. Antara yang dicadangkan adalah:[3]
Tetapkan tarikh untuk berhenti
Yakin diri
Buatkan nota peringatan
Katakan pada diri anda "saya bukan perokok"
Sentiasa berfikiran positif
Dapatkan sokongan
Gunakan terapi penganti nikotin
Amalkan 12M untuk berhenti merokok
 
Tip Berhenti Merokok 12 M :
Melengah-lengahkan
Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
Menarik nafas panjang
Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
Minum air
Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein
Menyibukkan diri
Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokokMenjauhkan diri
Daripada orang yang merokok
Mengelakkan diri
Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok
Mengunyah sesuatu
Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis

Читать полностью…

INFO DALIL AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

“ Aku khuatir akan orang yang tidak bertaubat daripada merokok sebelum matinya, dia akan mati dalam keadaan su’ al-khatimah (mati yang berkesudahan buruk).”
Al-Qalyubi : Dalam Majmu ‘ah Sab’ah Kutub Mufidah ada menyebut kenyataan al-Qalyubi:
“Bahawa sultan (pada zaman al-Qalyubi) telah memerintahkan naib sultan membuat pengisytiharan kepada orang ramai supaya tidak merokok di pasar-pasar dan dikedai kopi. Mereka yang melanggar perintah itu adalah berdosa. Oleh kerana itu, sekarang (pada zaman al-Qalyubi) diharamkan merokok kerana taat kepada perintah raja.”
 Kedua: Fatwa Mutakhir atau semasa
Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf (mantan Mufti al-Diyar al-Misriyyah) dalam kitabnya Fatawa Syariyyah wa Buhuth Islamiyyah, mengupas hukum merokok itu:
“Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini, dahulunya belumlah dikenali. Apabila tembakau diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, ulama fiqah dari pelbagai mazhab Islam pun membincangkannya untuk untuk menetapkan hukum berdasarkan prinsip(kaedah) yang telah ditetapkan. Mereka mengatakan: “ Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu ialah harus.” Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal(keharusan ini), melainkan adanya perkara-perkara mendatang(luaran) yang mengubah hukumnya menjadi haram dan makruh.”
Al-Imam al-Akhbar Mahmud Syaltut: Syeikh al-Azhar Mesir dalam Al-Fatawa Dirasah li Musykilat al-Muslim al-Mu’asir fi Hayatihi al-Yaumiyyah wa al ‘Ammah, (hlm. 384) menyebut mengenai bahaya merokok terhadap kesihatan dan harta:
“Walaupun menghisap tembakau itu tidak memabukkan dan tidak merosakkan akal, namun wujud pelbagai kesan yang membahayakan kepada kesihatan perokok itu sendiri dan juga terhadap orang lain yang tidak merokok.”
Sheikh Abdullah Babatein memfatwakan: Kami mengharamkan rokok dengan dua sebab utama:
Boleh memabukkan apabila dihisap atau boleh mengkhayalkan.
Tembakau atau rokok adalah benda keji, kotor(busuk dan buruk) dan dikategorikan oleh syarak sebagai: “Benda keji, benda kotor dan boleh membinasakan.”
Benda seperti ini nyata diharamkan oleh syarak sebagaimana firman Allah SWT:
وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ
Maksudnya: “Ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk…”
       (Surah al-A’raf 7:157)
Syeikh Muhammad bin Shalih al-Uthaimin: “Merokok adalah haram hukumnya berdasarkan makna yang terdapat daripada zahir ayat al-Quran dan al-Sunnah serta iktibar yang benar.”
Firman Allah SWT:
وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ
Maksudnya: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil)”
 (Surah al-Baqarah 2: 195)
Maknanya, janganlah kamu melakukan sebab yang menjadi kebinasaanmu. Wajh ad-dilalah (aspek penilaian) daripada ayat tersebutadalah merokok termasuk perbuatan yang mencampakkan diri sendiri ke dalam kebinasaan.
Keputusan Majlis Fatwa
Haiah Kibar Ulama: Dari Lajnah Daimah Lil Buhuth al-Ilmiah wa Ifta’, Arab Saudi yang dibukukan melalui majalah al-Buhuth al-Islamiyyah5/289 telah mengharamkan rokok.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor: Mewartakan fatwa pengharaman rokok berkuat kuasa pada 7 Dis 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989. Di dalam Enakmen tersebut dijelaskan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi orang Islam.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia: Muzakarah kali ke-37 pada 23 Mac 1995 telah memutuskan tabiat merokok itu haram mengikut pandangan Islam.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah: Berpegang kepada fatwa merokok adalah haram. Walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan, merokok boleh mendatangkan mudharat.Kementerian Kehakiman dan Hal Ehwal Islam Emiriah Arab Bersatu(UAE) mengeluarkan fatwa bahawa merokok adalah haram. Para Imam umumnya menyatakan sokongan terhadap fatwa ini menerusi khutbah Jumaat.

Читать полностью…

INFO DALIL AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

https://youtu.be/X6cDGbB5n3c


orang yang sentiasa berdoa agar mati di jalan Allah
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ سَأَلَ اللَّهَ الشَّهَادَةَ مِنْ قَلْبِهِ صَادِقًا بَلَّغَهُ اللَّهُ مَنَازِلَ الشُّهَدَاءِ وَإِنْ مَاتَ عَلَى فِرَاشِهِ (رواه مسلم)

Dari Nabi Saw., beliau bersabda: “Barangsiapa yang memohon mati syahid kepada Allah dengan jujur dari dalam hatinya, maka Allah akan memberinya pahala syuhada meskipun ia meninggal di atas katil” (HR. Muslim)

Читать полностью…

INFO DALIL AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

 
Jenis-jenis Ijmak
Ijmak terbahagi kepada dua:
Ijmak Soreh (jelas): Iaitu para mujtahid membentangkan pendapat-pendapat mereka secara jelas, kemudian mereka bersepakat ke atas suatu pendapat tanpa ada sebarang bantahan. Maka ijmak seperti ini merupakan hujah yang qath’ie. Tidak boleh dibantah dan diperselisihi.
Ijmak Sukuti: Iaitu seorang mujtahid mengeluarkan pendapatnya berkenaan sesuatu permasalahan. Pendapat ini diketahui, tersebar luas, dan sampai kepada mujtahidin yang lain. Kemudian mereka diam dan tidak mengingkari pendapat ini secara jelas dan tidak pula mereka menyetujuinya secara jelas.
 
4- Al-Qiyas
Definisi al-Qiyas dari sudut istilah sebagaimana yang disebutkan oleh para usuliyyuun adalah: Menghubungkan apa-apa yang tidak warid padanya nas atas hukumnya dengan apa-apa yang telah warid ke atasnya nas hukum disebabkan persamaan illah di antara keduanya. Lihat Syarah al-Waraqat Fil Usul. Hlm. 197-198.
 
Sumber-Sumber Hukum Yang Diperselisihkan:
1- Al-Istihsan:
Kata al-Faqih al-Halwani al-Hanafi, Istihsan adalah: Meninggalkan qiyas kerana satu dalil yang lebih kuat darinya daripada Kitab ataupun Sunnah atau Ijmak.
Imam al-Karkhi al-Hanafi pula mendefinisikannya sebagai: Seseorang berpatah semula daripada menghukum sesuatu permasalahan seperti yang dia hukumkan pada permasalahan yang hampir sama kepada hukum yang berbeza dengannya. Ini disebabkan ada suatu bentuk yang membawa perbezaan antaranya dengan yang awal.
Keautoritian al-Istihsan: Majoriti para ulama menggunapakai al-istihsan dan menganggapnya sebagai satu dalil daripada dalil-dalil hukum. Manakala sebahagian fuqaha lain pula mengingkarinya seperti golongan al-Syafieeyyah. Sehingga dinukilkan daripada Imam al-Syafie bahawa beliau berkata: Istihsan adalah berseronok-seronok dan berkata mengikut hawa nafsu. Kata beliau lagi: Sesiapa yang melakukan istihsan sesungguhnya dia telah membuat syariat. Lihat al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, Saifuddin al-Amidi (4/209).
 
2- Al-Maslahah al-Mursalah:
Kata Imam al-Ghazali: Al-Maslahah adalah mendatangkan manfaat dan menolak kemudharatan iaitu mafsadah. Lihat al-Mustasfa min Ilmi al-Usul, al-Ghazali (2/139).
Maslahah terbahagi kepada tiga:
Al-Masolih al-Mu’tabarah (maslahah-maslahah yang diambil kira): Iaitu apa yang Allah mengambil kira akannya dari sudut Dia mensyariatkan baginya hukum-hakam yang sampai kepadanya. Seperti menjaga agama, nyawa, akal, maruah, dan juga harta.
Al-Masolih al-Mulghah (maslahah yang tidak diambil kira): Sekalipun pada perkara-perkara ini dianggap ada kemaslahatan, akan tetapi syarak tidak mengambil kiranya sebagai maslahah. Contohnya hak samarata di antara anak lelaki dan anak perempuan di dalam mirath. Demikian juga maslahah yang akan diperoleh daripada orang yang melakukan riba dalam menambahkan hartanya. Ini juga maslahah yang tidak diambil kira oleh syarak lalu ianya dibatalkan.
Al-Masolih al-Mursalah: Maslahah-maslahah ini tidak terdapat nas yang menyatakan ke atasnya. Tidak pula terdapat nas-nas yang menbantahnya. Makai a dianggap sebagai maslahah mursalah di sisi usuliyyuun.
 
3- Sadd al-Zaraai’:
Definisi al-Zaraai’: Ia adalah kata banyak dari perkataan zari’ah yang bermaksud jalan. Ia merupakan jalan yang membawa kepada mafsadah ataupun maslahah. Akan tetapi penggunaanya lebih banyak kepada jalan yang membawa kepada kerosakan. Oleh itu sad al-zarai’e adalah menutup jalan-jalan yang boleh membawa kepada kerosakan ataupun keburukan.
Contoh-contoh Sadd al-Zaraaie’:
Pengharaman berkhalwat dengan ajnabi untuk mengelakkan berzina.
Larangan untuk seorang lelaki meminang pinangan orang lain. Untuk mengelakkan permusuhan dan kebencian.
Larangan untuk melakukan ihtikar (monopoli). Kerana ia merupakan satu jalan untuk menyempitkan urusan manusia dalam makanan asasi mereka. 
4- Al-‘Urf
Definisi Uruf: Apa-apa yang telah menjadi adat kebiasaan di sisi masyarakat dan diamalkan di dalam kehidupan daripada ucapan atau perbuatan. Uruf dan adat merupakan istilah yang sama di sisi fuqaha.

Читать полностью…

INFO DALIL AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Prof Dato Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin


Tiada istilah ‘perubatan Islam’ yang hanya merujuk kepada jampi atau bahan-bahan yang disebutkan oleh Nabi s.a.w semata. Berubat memang disuruh oleh Islam. Apa sahaja ubat yang mengikut kaedah perubatan yang betul maka ia adalah perubatan yang diizinkan oleh syarak. Ini termasuk perubatan dan ubat yang disebut oleh Nabi s.a.w, atau selainnya yang mengikut disiplin ilmu perubatan. Maka, perubatan moden, atau cina, atau india, atau melayu yang berasaskan kaedah yang benar, bukan haram, khurafat atau syirik maka ia adalah perubatan yang diizinkan oleh Islam. Bahkan jika diyakini boleh menyembuhkan seseorang yang sakit, maka ia disuruh oleh Islam tanpa mengira asal usul perubatan tersebut.
Nabi s.a.w dalam hadis menyebut perubatan dan ubat secara umum, tanpa menghadkannya. Maka, setiap orang hendaklah berusaha mencari ubat yang paling berkesan. Dalam hadis yang sahih Nabi s.a.w bersabda:
عِبَادَ اللَّهِ ، تَدَاوَوْا فَإِنَّ اللَّهَ لَمْ يَضَعْ دَاءً إِلاَّ وَضَعَ لَهُ دَوَاءً إِلاَّ دَاءً وَاحِدًا الْهَرَمُ

“Berubatlah wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit, melainkan meletakkan untuknya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah).

Juga sabda baginda:

لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءٌ فَإِذَا أُصِيبَ دَوَاءُ الدَّاءِ بَرَأَ بِإِذْنِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ

“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim).

Kata Al-Imam Nawawi (meninggal 676H): “Hadis ini memberi isyarat disunatkan mengubat penyakit. Inilah mazhab ashab kita (aliran mazhab al-Syafii), kebanyakan salaf dan keseluruhan khalaf. Kata al-Qadi ‘Iyadh: Dalam hadis-hadis ini terkandung beberapa ilmu-ilmu agama dan dunia, antaranya; benarnya ilmu perubatan, diharuskan berubat secara keseluruhannya..” (Al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 359/14, Beirut: Dar al-Khair).

Kemudian, satu perkara yang perlu diperingatkan bahawa bukan semua hadis-hadis tentang perubatan itu sahih, bahkan banyak yang palsu. Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (w. 751H) yang menulis kitab al-Tibb al-Nabawi (perubatan kenabian) sendiri mengingatkan dalam kitabnya al-Manar al-Munif bahawa salah satu ciri hadis palsu itu; hadis yang lebih berunsur ungkapan para pengamal perubatan yang dibuktikan oleh pancaindera atau fakta yang sahih tentang kepalsuannya. Dalam ertikata lain, di zaman sekarang jika fakta sains berjaya membuktikan kesalahan fakta hadis tersebut, maka itu salah satu ciri bahawa ia hadis yang palsu. Satu contoh yang jelas hadis: “Terung itu mengikut hajat ia dimakan” dan hadis “Terung itu ubat untuk segala penyakit”. Ini adalah riwayat palsu. Kata al-Imam Ibn al-Qayyim: “Semoga Allah menghodohkan pereka kedua hadis di atas. Perkara seperti ini jika disebut oleh orang yang paling pakar dalam perubatan pun, orang ramai akan mentertawakannya. Jika dimakan terung untuk demam panas, kemurungan dan banyak penyakit lain, ia hanya menambahkan keburukan lagi. Jika orang fakir makan agar dia kaya, dia tidak akan kaya. Jika orang jahil makan untuk pandai, dia tidak akan pandai” (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Da‘if, s. 51. Syria: Maktab al-Matbu
at al-Islamiyyat).
Maka, banyak dakwaan yang dikatakan bersumberkan hadis, seperti makan kismis menguatkan ingatan tiada dalil yang sahih daripada Nabi s.a.w mengenainya. Ibn al-Qayyim sendiri menyebut dalam al-Tibb al-Nabawi bahawa ada dua hadis yang disebut tentang kelebihan kismis, tetapi kedua-duanya tidak sahih. Cumanya, ada riwayat daripada al-Zuhri beliau menyatakan kismis bermanfaat untuk ingatan. (lihat: Ibn al-Qayyim, Zad al-Ma’ad, 4/318
Apa yang disebut oleh al-Quran seperti khasiat madu dan minyak zaitun tiada sebarang syak tentang kewahyuannya (divinity). Ini kerana madu dan minyak zaitun jelas diakui oleh al-Quran dan al-Sunnah sebagai bahan yang baik untuk kesihatan. Cumanya, bagaimanakah proses perubatan itu hendak dikendalikan atau kadar dan caranya memerlukan kajian ilmiah perubatan.

Читать полностью…

INFO DALIL AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Maksudnya : Perumpamaan seorang individu yang baik (yang duduk bersama dengan kita) dan juga individu yang buruk adalah seperti penjual minyak wangi dan juga tukang besi. Duduk bersama penjual minyak wangi sama ada kamu akan membelinya atau kami dapat menikmati bauan wanginya. Manakala duduk bersama tukang besi pula sama ada menyebabkan terpercik api ke badan atau baju kamu, atau kamu mendapati bauan yang busuk darinya.
Riwayat Al-Bukhari (2101)
Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam syarahan beliau ke atas hadis ini berkata :

وَفِي الْحَدِيثِ النَّهْيُ عَنْ مُجَالَسَةِ مَنْ يُتَأَذَّى بِمُجَالَسَتِهِ فِي الدِّينِ وَالدُّنْيَا وَالتَّرْغِيبُ فِي مُجَالَسَةِ مِنْ يُنْتَفَعُ بِمُجَالَسَتِهِ فِيهِمَا

Maksudnya : Pada hadis ini terdapatnya larangan bermajlis dengan mereka yang memberi gangguan (atau menyakiti) menerusi majlis bersamanya sama ada gangguan itu pada agama atau pada dunia seseorang. Begitu juga (hadis ini) menganjurkan supaya duduk bersama dengan mereka yang kita mendapat manfaat dari mereka dalam urusan agama dan juga urusan dunia.
Rujuk Fath al-Bari, Ibn Hajar (4/324)


Penutup
Sebagai kesimpulan, kami menyatakan bahawa dibenarkan untuk seseorang itu menjauhi individu-individu yang menyakitinya sama ada secara lisan atau secara fizikal, bagi mengelakkan sebarang keburukan yang lebih teruk berlaku kepada kedua belah pihak. Bahkan menjauhkan diri dari bermajlis bersama seseorang yang menyakiti kita sama ada dalam hal agama atau urusan keduniaan merupakan suatu perkara yang dituntut di sisi syarak.
Namun kami mencadangkan bahawa dalam masa yang sama, hendaklah teguran dengan cara yang terbaik diberikan kepadanya agar menghentikan perbuatan dan perkataan yang boleh mengguris perasaan dan menyakitkan hati orang lain. Selain itu juga, perbanyakkanlah doa semoga Allah S.W.T memelihara hubungan persahabatan serta mengurniakan kita sahabat-sahabat yang baik.
Akhir kalam kami berdoa kepada Allah S.W.T agar memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Bayan Linnas
Irsyad Fatwa
Al Kafi li al-Fatawi
Irsyad al-Hadith
Irsyad Usul Fiqh
Tahqiq al-Masail
Al-Afkar
Bayan Li al-Haj
Tashih al-Mafahim

Читать полностью…

INFO DALIL AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Dua Jenis Orang Fasiq Menurut Imam Al-Ghazali
[ad_1]

Imam Al-Ghazali dalam karyanya, Kitab Mukasyafatul Qulub, menyebutkan pengertian fasik yang sering kita temukan dan kita dengar ketika orang membaca Al-Qur’an. Menurutnya, fasik adalah orang yang berbuat durhaka, melanggar janji, serta keluar dari jalan hidayah, rahmat, dan ampunan-Nya.


Imam Al-Ghazali membagi dua jenis orang fasik.

والفاسق على نوعين فاسق كافر وفاسق فاجر


Artinya, “Orang fasik terbagi atas dua jenis: yaitu fasik kafir dan fasik,” (Imam Al-Ghazali, Kitab Mukasyafatul Qulub, [Beirut, Darul Kutub Al-Ilmiyyah: 2019 M/1440 H], halaman 27).


Orang fasik yang kafir adalah mereka yang tidak beriman kepada Allah dan rasul SAW. Mereka keluar dari hidayah dan masuk ke dalam kesesatan sebagaimana “fa fasaqa ‘an amri rabbihi” atau “ia mendurhakai perintah Tuhannya,” (Surat Al-Kahfi ayat 50), yaitu keluar dari perintah Allah untuk beriman.


Adapun fasik fajir adalah mereka yang meminum khamar, mengonsumsi makanan yang diharamkan, berzina, mendurhakai perintah Allah lainnya, keluar dari jalan ibadah, masuk ke dalam kemaksiatan. Tetapi mereka tidak menyekutukan-Nya. (Imam Al-Ghazali, 2019 M/1440 H: 27).


Meski memiliki kesamaan, keduanya memiliki perbedaan mendasar. Pengampunan atas dosa orang fasik kafir tidak dapat diharapkan kecuali melalui dua kalimat syahadat dan pertobatan sebelum wafat. Sedangkan pengampunan atas dosa orang fasik fajir dapat diharapkan melalui pertobatan sebelum wafat.


Dosa dan kemaksiatan orang fasik fajir umumnya berasal dari dorongan nafsu syahwat yang dapat diharapkan pengampunannya. Sedangkan kemaksiatan orang fasik kafir umumnya berasal dari kesombongan yang tidak dapat diharapkan pengampunan atasnya. Maksiat Iblis berasal dari kesombongan.


Imam Al-Ghazali menganjurkan kepada kita untuk bertobat sebelum wafat dengan harapan Allah menerima pertobatan kita sebagaimana kandungan Surat As-Syura ayat 25, yaitu Allah memaafkan kesalahan yang mereka lakukan dengan penerimaan atas pertobatan mereka.

وَهُوَ ٱلَّذِى يَقْبَلُ ٱلتَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِۦ وَيَعْفُوا۟ عَنِ ٱلسَّيِّـَٔاتِ وَيَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ


Artinya, “Dialah yang menerima tobat para hamba-Nya, memaafkan kesalahan, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan,” (Surat As-Syura ayat 25).


Imam Al-Ghazali juga mengutip hadits, “At-tā’ibu minad dzanbi ka man lā dzanba lahū” atau “Orang yang bertobat dari sebuah dosa itu seperti orang yang tidak memiliki dosa.” Demikian penjelasan Imam Al-Ghazali terkait dua jenis fasik.

Wallahu a’lam.

Читать полностью…

INFO DALIL AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Justeru dalam berhadapan dengan zaman fitnah ini, dengan bantuan teknologi maklumat begitu canggih masa kini, umat Islam seharusnya lebih berhati-hati dan mengamalkan prinsip tabayyun sebelum menyebarkan, menerima, mahupun berkongsi satu-satu berita.    
Di samping itu juga, pemberitaan atau perkhabaran yang mudah diterima pada hari ini melalui Facebook, emel, twitter, surat khabar, majalah atau sebagainya tidak pasti akan ketepatan dan kesahihan maklumat.
Tambahan dari itu juga, medium seperti ini juga dijadikan tempat untuk memburukkan seseorang individu, penyebaran berita palsu yang boleh membawa kepada perpecahan dan permusuhan sesama manusia. Oleh itu satu kaedah menyatakan:

إِنْ كُنْتَ نَاقِلًا فَعَلَيْكَ بِالتَّصْحِيحِ        وَإِنْ كُنْتَ مُدَّعِيًا فَعَلَيْكَ باِلدَّلِيلِ
Maksudnya: “Jika sekiranya kamu menyatakan sesuatu hendaklah kamu mensahihkan dahulu berita itu, dan sekiranya kamu mendakwa hendaklah kamu menyatakan dalil atau bukti.”
Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah SWT agar memberikan kepada kita semua kefahaman yang tepat dalam beragama. Ameen.
 
Isu Perundangan Berkaitan Fitnah
Kami lampirkan di sini isu perundangan yang berkaitan dengan fitnah. Seksyen 499 Kanun Keseksaan (Akta 574) mendefinisikan “fitnah” sebagai:
“Barang siapa, sama ada dengan perkataan yang dituturkan atau yang dimaksudkan untuk dibaca atau dengan isyarat, atau denganpenyataan zahir, membuat atau menyiarkan apa-apa tohmahan mengenai seseorang, dengan maksud hendak merosakkan, atau dengan mengetahui atau dengan ada sebab mempercayai bahawa tohmahan itu akan merosakkan nama baik orang itu, adalah dikatakan, kecuali dalam hal-hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, memfitnah orang itu.“
Selain itu, penyebaran maklumat berunsur fitnah atau menjatuhkan maruah orang lain boleh dikenakan tindakan mengikut Kanun Keseksaan. Seksyen 499 turut menghuraikan bahawa:
"Tiadalah apa-apa jua tohmahan dikatakan merosakkan nama baik seseorang, melainkan tohmahan itu, sama ada dengan tepatnya atau tidak, pada hemat orang lain, menjatuhkan watak akhlak atau watak kecerdikan orang itu atau menjatuhkan watak orang itu mengenai kastanya atau pekerjaannya, atau menjatuhkan keamanahan orang itu, atau menyebabkan supaya dipercayai bahawa tubuh orang itu ada dalam keadaan menjijikkan, atau dalam keadaan yang pada amnya dipandang keji."
Manakala Seksyen 500 memperuntukkan hukuman bagi kesalahan fitnah sebagai: “Barang siapa memfitnah seseorang hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.”
Selain itu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (Akta 588) telah memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat palsu menerusi media sosial kerana ianya adalah kesalahan di bawah Seksyen 211 Akta tersebut.[1] Seksyen berkenaan memperuntukkan:
Larangan terhadap pemberian kandungan jelik
Tiada pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan, atau orang lain yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan, boleh memberikan kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang.Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
 
Kesimpulan
Dalam konsep menerima atau menyampaikan sesuatu berita itu, untuk memastikan kebenaran dan keabsahan sesuatu berita itu mestilah melalui beberapa proses supaya dapat memperhalusi dan meneliti khabar itu. Oleh itu, beberapa faktor-faktor yang patut diambil berat ialah:

Читать полностью…

INFO DALIL AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Oleh itu, khabar yang benar, maklumat yang tepat dapat menjadikan kita sebagai seorang yang mampu untuk menilai, berfikir dan yang paling utama adalah bertindak di atas asas kebenaran yang kukuh dan menepati kehendak umum. Perselisihan yang berlaku akibat daripada kekaburan maklumat atau berita yang diperoleh menjadikan seluruh masyarakat hidup dalam keadaan sentiasa syak wasangka terhadap sesama sendiri, namun lebih mudarat lagi apabila melibatkan keluarga atau kerabat yang terdekat. Inilah bala dan perkara yang mesti di ambil peduli dan sikap yang tegas dalam mencari dan menyampaikan maklumat dan berita yang betul dan tepat. 
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat berita bermaksud perkhabaran laporan tentang sesuatu hal atau kejadian. 
 
Adab Dalam Menulis Dan Menyampaikan Berita
Antaranya:
Pertama: Tidak tergesa-gesa menyampaikan khabar dan berita tanpa mengetahui selok belok serta kepastian berita tersebut. Hal ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ
Maksudnya: “Cukuplah seseorang dikatakan sebagai pendusta apabila dia bercakap mengenai semua yang didengar.”
Riwayat Muslim (4)
Begitu juga dengan sikap terburu-buru dalam menyampaikan berita, kerana sikap tergesa-gesa itu datang daripada syaitan sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
التَّأَنِّي مِنَ اللهِ، وَالْعَجَلَةُ مِنَ الشَّيْطَانِ
Maksudnya: “Ketenangan datangnya dari Allah, sedangkan tergesa-gesa datangnya dari syaitan.”
Riwayat al-Baihaqi (20270)
Kedua: Tidak menyampaikan berita dengan tujuan al-Namimah (mengadu domba). Sesungguhnya perbuatan al-Namimah itu sangat dicela di dalam Islam kerana ianya boleh memecah belahkan masyarakat, sebagaimana larangan Nabi SAW berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
أَلَا أُنَبِّئُكُمْ مَا الْعَضْهُ؟ هِيَ النَّمِيمَةُ الْقَالَةُ بَيْنَ النَّاسِ
Maksudnya: “Mahukah aku ceritakan kepada kamu apa itu al’adhhu (الْعَضْهُ)? Itulah namimah, perbuatan menyebarkan berita untuk merosakkan hubungan antara sesama manusia.”
Riwayat Muslim (2606)
Imam al-Nawawi dalam syarahnya menukilkan kata-kata ulama’ mengenai makna al-Namimah:
النَّمِيمَةُ نَقْلُ كَلَامِ النَّاسِ بَعْضِهِمْ إِلَى بَعْضٍ عَلَى جِهَةِ الْإِفْسَادِ بَيْنَهُمْ
Maksudnya: “Al-Namimah adalah menyampaikan perkataan seseorang kepada orang lain dengan tujuan merosakkan hubungan di antara mereka” (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 2/112)
Ketiga: Penyampaian berita itu tidak membuka aib orang lain. Dalam sebuah hadith daripada Ibn Umar R.Anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ تَتَبَّعَ عَوْرَةَ أَخِيهِ المُسْلِمِ تَتَبَّعَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ، وَمَنْ تَتَبَّعَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ وَلَوْ فِي جَوْفِ رَحْلِهِ
Maksudnya: Barangsiapa yang mencari-cari aib (atau kelemahan) saudaranya yang Muslim, nescaya Allah akan membuka aibnya walaupun dia berada di dalam rumahnya.
Riwayat al-Tirmizi (2032)
Perbuatan menyebarkan aib orang lain termasuk dalam sunnah sayyi’ah (sunnah yang keji dan buruk) yang berdosa jika diteruskan oleh orang lain. Daripada Jarir bin Abdullah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً، فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا، وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ، وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً، فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا، وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ
Maksudnya: Barangsiapa yang memulakan suatu perbuatan dalam Islam suatu sunnah yang baik, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan bagi pemulanya pahala orang yang beramal denganya, dan tidak akan berkurang daripada pahala mereka suatu pun, dan barangsiapa yang memulakan dalam Islam suatu sunnah yang buruk, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan baginya dosa sesiapa yang beramal dengannya, tanpa berkurang dengan satu dosa suatu apa pun.

Читать полностью…

INFO DALIL AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

(Surah An-Nur, 11)
Syeikh al-Maraghi berkata: Allah SWT turut menerangkan hukuman yang menimpa ke atas orang yang ikut serta menyebarkan berita dusta; mereka semua akan mendapat hukuman yang setimpal dengan peranan yang dimainkan. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 9/4730)
 
Kaedah Menerima Berita
Akhlak dan prinsip yang terkandung di dalam al-Quran mengajar manusia sentiasa bersangka baik dan tidak terburu-buru dalam membuat kesimpulan dalam sesuatu pengkhabaran. Hal ini ditekankan oleh Baginda SAW di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Sabda Nabi SAW:
إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ، وَلاَ تَحَسَّسُوا، وَلاَ تَجَسَّسُوا، وَلاَ تَبَاغَضُوا، وَلاَ تَدَابَرُوا، وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا ‏
Maksudnya: Jauhilah daripada berprasangka buruk, kerana prasangka buruk merupakan dusta yang besar. Dan janganlah melihat kesalahan orang lain, dan janganlah suka mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah saling membenci, dan janganlah memutuskan hubungan persaudaraan (atau berkonspirasi) akan tetapi jadilah kamu semua sebagai hamba Allah yang bersaudara.
Riwayat al-Bukhari (6724)
Allah SWT memperingati bahawa janganlah meyakini sesuatu perkara itu sebelum memastikan kebenarannya. Dan tidak mengikuti prasangka dan khabar berita yang buruk. Ini kerana setiap pancaindera dan hati manusia akan diperhitungkan di hari Akhirat kelak. Firman Allah SWT:
وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَـٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
Maksudnya: Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
(Surah al-Isra’, 36)
Syeikh Abdul Rahman al-Sa’di menyatakan “Janganlah mengikuti apa yang tidak kamu ketahui. Bahkan perkara ini bergantung di atas apa yang dikatakan dan dilakukan. Ini kerana setiap perbuatan serta anggota tubuh itu akan di pertanggungjawabkan sama ada dari segi perbuatan atau percakapan. Dan tujuan penciptaannya adalah bertujuan untuk ibadah kepada Allah SWT dan berkerja untuk agama”. (Lihat Taisir al-Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan, 1/457)
Oleh itu, memastikan sesuatu pengkhabaran itu merupakan satu tuntutan bagi mengelak terjadinya fitnah dan permusuhan diantara manusia. Satu kaedah yang masyhur ada menyebut:
إِنْ كُنْتَ نَاقِلًا فَعَلَيْكَ بِالتَّصْحِيحِ    وَإِنْ كُنْتَ مُدَّعِيًا فَعَلَيْكَ باِلدَّلِيلِ
Maksudnya: “Jika sekiranya kamu menyatakan sesuatu hendaklah kamu mensahihkan dahulu berita itu, dan sekiranya kamu mendakwa hendaklah kamu menyatakan dalil atau bukti.”[1]
Selain itu, terdapat kata-kata hukama’ yang menyatakan:
وَاتْرُكِ القَالَ وَ القِيلَ
Maksudnya: Tinggalkanlah apa yang orang kata, dan apa yang dikatakannya.[2]
Justeru, cakapan yang dinukilkan tanpa sebarang dalil, hujah dan nisbah yang sahih hendaklah ditinggalkan, bukan menjadi pegangan utama. Apatah lagi sebagai hujah dan bukti.
 
Peringatan Oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi
Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyatakan di dalam kitabnya “Al-Halal Wa Al-Haram” di mana Rasulullah SAW bersabda:
شِرَارُ عِبَادَ اللهِ المَشَّاؤُونَ بِالنَمِيمَةِ، المُفَرِّقُونَ بَيْنَ الأَحِبَّةِ، البَاغُونَ لِلبُرَءاءِ العَيْبَ
Maksudnya: Sejahat-jahat hamba Allah SWT ialah mereka yang berjalan membawa mulut, iaitu mengadu domba, yang suka memecah belah antara orang-orang yang berkasih sayang, yang melampau dan mengenakan keburukan serta aib terhadap orang-orang yang suci dengan kata-kata yang jahat.Riwayat Imam Ahmad
Pada hakikatnya apabila Islam berperanan untuk melenyapkan permusuhan dan mendamaikan antara dua orang yang berselisih faham, juga membenarkan pendamai itu menyembunyikan apa yang didengar dari kata-kata yang buruk, yang dikatakan seseorang itu kepada yang lain, dan menambah pula kata-kata yang baik dari mulutnya sendiri, yang tidak didengarnya dari salah seoarang antara kedua dalam suatu hal atau perkara, kerana hal tersebut dinyatakan di dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda:

Читать полностью…

INFO DALIL AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”
Ibn Jarir berkata: Hendaklah kamu tabayyun dengan makna tangguh seketika maklumat atau berita yang sampai kepada kamu sehingga kamu makrifah dan yakin akan kebenarannnya. Jangan sekali-kali kamu gelojoh untuk menerimanya. (Lihat Jami' al-Bayan fi Ta'wil al-Quran, 22/286)
Ibn Kathir berkata: Allah perintahkan supaya kita thabitkan dahulu perkhabaran orang fasiq sebagai ihtiyat. Ini kerana supaya seseorang tidak berhukum dengan ucapannya menyebabkan dalam keadaan begitu boleh membawa kepada dusta atau tersilap. (Lihat Tafsir al-Quran al-'Azim, 7/370)
Syeikh al-Maraghi dalam mentafsirkan ayat ini menyatakan bahawa Allah SWT telah mengajar hambanya supaya beradab mulia dalam soal agama ataupun dunia. Dan berhubung dengan perkara itu, apabila seseorang yang fasik datang memberitahu sesuatu berita yang bertentangan dengan syiar agama. Oleh itu jangan mempercayai beritanya itu melainkan dengan menyelidik serta menelitinya dahulu. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 26/126)
Syeikh Ali al-Sobuni di dalam tafsirnya menyatakan jika datang kepada kamu seorang lelaki fasiq yang mana ia tidak boleh dipercayai dengan kebenaran dan keadilannnya, dengan apa yang diberitakan, maka hendaklah kamu menyemak akan kesahihan beritanya itu. Ini supaya kamu tidak menghukum atau menuduh sesuatu kaum sedangkan kamu jahil tentang hakikat sebenar. Ketika itu, jadilah kamu menyesal tak sudah atas perbuatan kamu. (Lihat Sofwah al-Tafasir, 3/216)
Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam mentafsirkan ayat di atas menyatakan: Allah SWT menyeru kepada umatnya yang beriman, apabila datang orang fasik menyampaikan berita sebaiknya mencari kebenaran berkenaan dengan berita itu dan janganlah terlalu cepat menghukumnya dan menyebarnya. Ini kerana takut akan keburukan dan perkara yang tidak diingini berlaku di atas keputusan yang salah serta memberi kemudharatan ke atas orang lain. (Lihat al-Tafsir al-Munir, 26/227)
 
Akibat Tidak Tabayyun
Tidak bertabayyun di dalam sesuatu berita itu boleh menyebabkan terjadinya prasangka yang buruk berlaku di kalangan masyarakat serta keadaan yang kurang tenang. Allah SWT melarang daripada melakukan perbuatan ini sepertimana firmannya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
(Surah al-Hujurat, 12)
Syeikh Abdul Rahman al-Sa’di mentafsirkan akan di atas bahawa Allah SWT melarang berprasangka buruk terhadap saudara muslimnya. Dengan sebab berprasangka buruk ini akan menyebabkan berlaku pengumpatan dan mencerca. Melakukan perkara yang diharamkan sehingga tertanam di dalam hatinya perasaan yang buruk terhadap rakan muslimnya dan menimbulkan permusuhan sesamanya. (Lihat Taisir al-Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan, 1/801)
Ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya mengetahui kebenaran sesuatu berita yang disampaikan. Ia bagi menjaga ikatan persaudaraan sesama muslim itu satu perkara yang harus dititikberatkan. Firman Allah SWT di dalam al-Quran:وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّـهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّـهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّـهُ

Читать полностью…

INFO DALIL AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

/channel/dalilalqurandanassunnah

Читать полностью…

INFO DALIL AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Dzikir dan Syukur yang Sebenarnya



Ya Allah, tolonglah aku agar selalu berdzikir mengingat-Mu, bersyukur pada-Mu, dan memperbagus ibadah pada-Mu
Agama Itu Dibangun Di Atas Dzikir dan Syukur
Ibnul Qoyyim mengatakan bahwa agama ini dibangun di atas 2 landasan yaitu dzikir dan syukur.

Lantas beliau rahimahullah membawakan firman Allah,

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلا تَكْفُرُونِ
Berdzikirlah pada-Ku, nescaya Aku akan mengingat kalian. Bersyukurlah pada-ku, janganlah kalian kufur.” (QS. Al Baqoroh : 152)

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda pada Mu’adz, “Demi Allah, aku sungguh mencintaimu. Aku wasiatkan padamu, janganlah engkau lupa untuk mengucapkan pada akhir solat (sebelum salam):
اللَّهُمَّ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
ALLAHUMMA A’INNI ‘ALA DZIKRIKA WA SYUKRIKA WA HUSNI ‘IBADATIK [Ya Allah, tolonglah aku agar selalu berdzikir/mengingat-Mu, bersyukur pada-Mu, dan memperbagus ibadah pada-Mu].” (HR. Abu Daud dan Ahmad, shahih)

Itulah beberapa dalil yang menunjukkan bahwa agama ini dibangun dan boleh tegak dengan dzikir dan syukur.

Namun, apa yang dimaksud dengan dzikir?

Apakah cukup dengan mulut yang komat-kamit? Beliau rahimahullah memberi penjelasan yang sangat bagus sekali. Beliau mengatakan bahwa zikir bukanlah hanya dengan lisan yang komat-kamit. Namun, zikir yang sebenarnya adalah dengan hadirnya hati disertai ucapan lisan. Dalam zikir kita juga harus meresapi makna nama dan sifat Allah, mengingat perintah dan larangan-Nya, dan mengingat Allah dengan merenungkan kalamullah yaitu Al Qur’an.
Ini semua boleh digapai jika seseorang mengimani nama dan sifat-Nya, serta mengagungkan-Nya, juga memuji-Nya dengan berbagai macam sanjungan. Semua ini boleh digapai jika seseorang bertauhid dengan benar. zikir yang hakiki harus terkandung ini semua. Juga zikir ini haruslah dicapai dengan sentiasa mengingat nikmat Allah dan mengingat kebaikan Allah pada makhluk-Nya.
Itulah zikir yang sebenarnya dan yang semestinya dilakukan setiap muslim.

Lalu apa yang dimaksud dengan syukur?

Syukur adalah melaksanakan ketaatan kepada Allah, mendekatkan diri kepada-Nya dengan rasa cinta lahir maupun batin. Sehingga syukur bukanlah hanya di lisan semata, namun haruslah direalisasikan dalam ketaatan dan amal perbuatan.
Inilah dua perkara yang akan menegakkan agama seseorang.
Dalam dzikir kepada-Nya harus terdapat ma’rifah atau keimanan yang hakiki. Sedangkan dalam syukur harus terdapat ketaatan kepada-Nya.
Kedua perkara inilah tujuan diciptakannya jin dan manusia, juga langit dan bumi. Dengan dua hal ini baru akan ada pahala dan hukuman, juga sebab diturunkannya kitab suci dan para rasul.
Dalam berbagai ayat disebutkan bahwa tujuan penciptaan makhluk adalah agar kita senantiasa berzikir (mengingat-Nya) dengan iman, dan juga bersyukur kepada-Nya dengan melakukan ketaatan. Tujuan penciptaan bukanlah untuk melupakan-Nya dan mengufuri-Nya. Ingatlah, Allah akan sentiasa mengingat hamba-Nya jika mereka selalu berzikir pada-Nya, juga akan senantiasa mensyukuri hamba-Nya, jika mereka bersyukur pada-Nya.
zikir adalah sebab Allah mengingat hamba-Nya dan syukur adalah sebab Allah akan selalu menambah nikmat dan karnia.
zikir dilakukan dengan lisan dan hati. Sedangkan syukur dilakukan dengan rasa cinta dalam hati, pujian dalam lisan, dan melakukan ketaatan dengan anggota badan.
Semoga Allah membalas kebaikan Ibnul Qoyyim kerana telah menyampaikan faedah yang berharga ini.

Semoga kita termasuk orang-orang yg mengingat dan bersyukur pada-Nya. AMIN …


Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal

Читать полностью…

INFO DALIL AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [Riwayat al-Bukhari (834)]
 
Riwayat yang pertama dan kedua jelas menunjukkan kepada kita bahawa sunat bagi setiap orang yang bersolat agar membaca doa ini setelah selesai membaca tahiyyat akhir dan sebelum memberi salam. Tambahan pula,  riwayat Ali bin Abi Thalib RA yang menerangkan berkaitan bacaan-bacaan Nabi SAW di dalam solat, jelas menunjukkan bahawa Nabi SAW membaca doa tersebut di antara tasyahhud dan juga salam. Akan tetapi, jika dilihat di dalam Sunan Abi Daud menunjukkan Nabi SAW membaca doa ini setelah Baginda SAW memberi salam. Adapun riwayat keempat pula, Imam al-Bukhari meletakkan hadith ini di dalam bab doa sebelum daripada memberi salam.
 
Penutup
Kesimpulannya, terdapat banyak lagi doa-doa yang boleh diamalkan dan boleh dibaca ketika di dalam solat. Untuk itu, kami sarankan kepada sidang pembaca sekalian agar merujuk kepada kitab himpunan doa seperti Hisnul Muslim atau Perisai Muslim yang telah banyak diterjemahkan. Ini kerana, di sana terdapat banyak lagi doa yang dinyatakan oleh penulis di dalam kitab tersebut yang boleh dibaca sebelum daripada memberi salam. Semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dalam mengamalkan doa-doa yang diajar oleh Nabi SAW. Amin.
 
Wallahua’lam
 
 
 
Irsyad al-Hadith

Читать полностью…

INFO DALIL AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Membasuh tangan selalu
Mandi dengan kerap
Meregangkan otot
Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk
Meditasi
Memohon doa
Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha
 
Penutup
Menyebut amat mudah sekali, namun belum tentu mudah untuk melaksanakannya. Walaupun sudah terlalu banya fakta mengenai kesan tabiat merokok dengan komplikasi kesihatan, adakalanya ia sekadar dibaca tetapi tidak diaplikasikan dalam kehidupan. Malah kaitan kesan penggunaan tembakau dengan komplikasi kesihatan sebenarnya sudah mula diperkatakan sejak tahun 1600.
Akhir sekali, marilah sama-sama kita berganding bahu dan bekerjasama untuk membuang tabiat merokok dalam masyarakat kita di Malaysia. Perlu diingat penyakit jangan dicari kerana akibatnya amat buruk pada kesudahannya. Marilah sama-sama kita menginsafi diri untuk membuang tabiat yang buruk ini. Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita dalam melayari bahtera kehidupan mengikut yang diredhai-Nya. Amin.
 
Akhukum fillah
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

Читать полностью…

INFO DALIL AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Mereka mengemukakan dalil syari’ serta bukti perubatan dan saintifik yang menunjukkan merokok adalah punca sekurang-kurangnya 25 jenis penyakit yang boleh menyebabkan maut, sebagai contoh penyakit kanser.
Imam menyebut firman dan hadis sebagai bukti kukuh bahawa merokok dilarang oleh syarak. Merokok termasuk dalam perbuatan yang dibenci oleh Allah SWT. Ini berdasarkan hakikat bahawa apa jua yang membawa kepada kerosakan kepada diri dan harta serta masyarakat dianggap maksiat. Oleh itu merokok termasuk didalam perkara-perkara yang dilarang dalam Islam
Alasan & Hujahan Pengharaman Rokok
Membahayakan kesihatan
Firman Allah SWT:
وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ
Maksudnya: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil)”
 (Surah al-Baqarah 2: 195)
 Dr. Muhammad Ali al-Bar seorang doktor yang juga penulis Hal al-Tabgh wa al-Tadkhin min al-Muharramat terkenal dalam bidang ini. Beliau menegaskan:
“Kesan buruk ke atas kesihatan disebabkan rokok sekarang adalah lebih berbahaya daripada penyakit taun, kolera, cacar penyakit paru-paru dan kusta.”
Memberi mudharat kepada yang lain
Sabda Rasulullah SAW:
لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ
Maksudnya: “Tidak ada kemudharatan dan tidak boleh berbuat kemudharatan.”
Riwayat Ahmad (2865) dan Ibnu Majah (2340)
Rokok mempunyai racun:
Menurut buku Rokok dan Keharamannya yang memuatkan tulisan Abdullah bin Abdul Rahman al-Sind:
“ Nikotin merupakan suatu bahan beracun(sejenis dadah yang terdapat dalam daun tembakau) yang lebih bias(keras) kesannya daripada segala racun.
Seandainya setitik daripada nikotin diletakkan di atas lidah seekor anjing, nescaya anjing itu akan matio serta merta, sedangkan anjing itu sejenis haiwan yang lebih tahan menghadapi racun daripada manusia. (Satu suntikan yang mengandungi 70 miligram nikotin dapat membunuh manusia dalam beberapa minit sahaja.”
Menurut Pengarah Pusat Racun Negara (PRN) Universiti Sains Malaysia, Prof. Dr. Dzulkifli Abdul Razak, bahawa setiap rokok mengandungi 4000 jenis bahan kimia dan sebahagian besar daripadanya adalah beracun.
Membazir harta :
Firman Allah swt dalam surah al-Isra’ ayat 26-27 :
وَلَا تُبَذِّرْ تَبْذِيرًا ﴿٢٦﴾ إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ ۖ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا
Maksudnya: “Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”
 
Imam Ibnu Hazm dalam kitabnya al-Muhalla  (7/503, masalah no. 1027) menegaskan : “pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan haram adalah :
Membelanjakan wang untuk perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah SWT, samada banyak ataupun sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.
Pembaziran yang tidak ada keperluannya atau tidak diperlukan.
Membazirkan wang, walaupun dalam jumlah yang kecil, membazirkan wang tanpa tujuan adalah sia-sia.
 
Mufti Kerajaan Brunei Darussalam berkata :
“Tidak dapat disangkal lagi, menggunakan wang untuk membeli rokok itu adalah sama ertinya dengan membuang wang”.
Sabda Rasulullah saw daripada al-Mughirah bin Syu’bah bahawa Rasulullah saw bersabda :
إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ عَلَيْكُمْ: عُقُوقَ الأُمَّهَاتِ، وَوَأْدَ البَنَاتِ، وَمَنَعَ وَهَاتِ، وَكَرِهَ لَكُمْ قِيلَ وَقَالَ، وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ، وَإِضَاعَةَ المَالِ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan keatas kamu penderhakaan terhadap ibu-ibu, membunuh anak-anak perempuan, menegah daripada banyak karenah, benci kepada kamu bercakap yang bukan-bukan dan banyak soal serta membazir harta.”Riwayat al-Bukhari no.5975 dan Muslim no.593
Rokok sebagai al-Khaba’ith.
Firman Allah swt dalam surah al-A’raf ayat 157 :
وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ

Читать полностью…

INFO DALIL AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

BAYAN LINNAS SIRI KE-18 : MEROKOK : HUKUM DAN PENYELESAIANNYA
BAYAN LINNAS SIRI KE-18 : MEROKOK : HUKUM DAN PENYELESAIANNYA

Mukaddimah
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Rabb al-Alamin. Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga, para Sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan. Dalam Bayan Linnas pada kali ini siri ke 19, kami kemukakan isu berkaitan Merokok: Hukum Dan Penyelesaiannya. Ini kerana tanggal 31 Mei pada setiap tahun, Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia dianjurkan dengan jayanya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama semua pihak.
Pelbagai aktiviti diadakan bagi menyambut hari kesihatan ini. Bersempena dengan sambutan ini sekali lagi amaran kesihatan berkenaan tembakau dikeluarkan dan ditekankan supaya lebih ramai perokok serta ahli keluarga mereka menyedari bahawa merokok menjadi punca utama penyakit kronik yang boleh membawa kepada kematian.
Semoga Bayan Linnas pada kali ini memberi kefahaman yang mendalam kepada kita umat Islam agar menjauhkan diri daripada tabiat merokok.
 
Erti Rokok dan Merokok
Rokok menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah tembakau yg digulung dlm daun nipah (kertas dll). Sedangkan merokok pula ialah perbuatan menghisap rokok.
 
Jenis Rokok
Dengan peredaran zaman dan masa, banyak syarikat rokok telah menjenamakan rokok dan menaiktarafkannya. Antara jenis rokok yang terkenal ialah Dunhill, Benson & Hedges,  Kent, Lucky Strike, Rothmans International dan banyak lagi.
 
 Jenis-Jenis Penyakit Akibat Merokok
Terdapat banyak jenis penyakit akibat daripada merokok. Antaranya:
Kanser kerongkong: Asap rokok yang disedut akan melalui kerongkong dan menjadi punca kanser.
Kanser mulut: kesukaran untuk makan kerana kesakitan yang berpanjangan.
Katarak: Sejenis penyakit mata yang menyebabkan kanta mata menjadi legap dan rabun.
Ulser Perut: Masalah makanan yang tidak hadam, perut yang tidak selesa selepas memakan makanan yang banyak dan sakit atau pedih ulu hati.
Penyakit Jantung: Aktiviti harian yang terhad. Risiko kematian yang tinggi
Strok: Penyakit gangguan fungsi otak yang berlaku secara tiba-tiba.
 
Fatwa Mengenai Rokok
Kami nyatakan di sini senaraian fatwa ulama’ berkenaan dengan hukum merokok samada yang terdahulu atau masakini.
 
Pertama: Fatwa Terdahulu
Imam Syafie telah menyatakan dalam kitabnya yang masyhur al-Umm
“Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu atau disedut) yang boleh memabukkan, perbuatan itu adalah jelas haram.”
Maksudnya (termasuklah) juga yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggapnya (memfatwakan) adalah haram. Allah Azzawajalla mengharamkan (apa pun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri mereka sendiri.
Imam Ibn Hajar Al-Haitami dalam Fath Al Mu’in, beliau menyebut tentang dua alasan mengapa sesuatu perkara itu diharamkan dalam Islam:
Ia mendatangkan kerosakan yang nyata atau menimbulkan yang tersembunyi.
Ia merosakkan tubuh badan dengan jelas.
al-‘Allamah Sayyid ‘Abdur Rahman bin Muhammad bin Husain bin ‘Umar Ba ‘Alawi al-Hadhrami dalam kitabnya Bughyah al-Mustarsyidin fi Talkhish Fatawa Ba’dh al-Aimmah al-Muta’akhkhirin (hal. 260) berkata:
“ Tembakau (rokok) sudah dimaklumi sebagai sesuatu yang halal yang paling buruk dan boleh mengkhayalkan dan berlakunya pembaziran harta.”
Tembakau bukanlah menjadi pilihan makanan, hisapan atau sedutan oleh mereka yang bermaruah. Pengharaman mengenainya telah difatwakan oleh ulama tasawuf seperti al-Qutb Sayidina al-Habib Abdullah al-Haddad, al-Allamah Ahmad al-Hadwan, sebagaimana yang disebut oleh Ahmad bin Umar bin Sumaith tentang pendapat keduanya dan ulama lain yang sependapat dengan mereka.Begitu juga al-Habib al-Imam al-Husain bin Syeikh Abu Bakar bin Salim dengan panjang lebar membuat amaran keras mengenai tembakau, beliau (al-Habib) mengatakan:

Читать полностью…

INFO DALIL AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Uruf terbahagi kepada beberapa bahagian seperti berikut:
Uruf ‘amali (perbuatan): Uruf ini merupakan amalan-amalan yang telah menjadi adat kebiasaan di sisi manusia. Contohnya: Jual beli secara ta’athi (saling memberi), pembahagian mahar kepada mahar segera dan mahar muajjal (tertangguh), masuk ke dalam tandas awam tanpa menentukan tempoh lama berada di dalamnya.
Uruf qauli (perkataan): Perkataan-perkataan atau lafaz yang telah menjadi kebiasaan di dalam masyarakat. Seperti mereka maksudkan dengan lafaz-lafaz tersebut akan makna tertentu selain dari makna yang diletakkan untuk lafaz tersebut. Contohnya adalah terkenalnya penggunaan lafaz daging kepada selain dari ikan, penggunaan nama daabbah kepada haiwan yang memiliki empat kaki, serta penggunaan kalimah al-walad kepada anak lelaki dan bukannya merujuk kepada anak perempuan.
 
5- Qaul al-Sahabi
Definisi al-Sahabi di sisi para ulama usul adalah: Sesiapa yang menyaksikan Nabi S.A.W dan beriman dengannya, dan melazimi baginda dalam tempoh yang memadai untuk digelar sebagai sahabat secara urufnya seperti para khulafa al-rasyidin.
Yang dimaksudkan dengan qaul sahabi adalah ucapan ataupun pendapat daripada seorang sahabat dalam permasalan fekah, qadha, ataupun fatwa.
 
6- Syara’ Man Qablana
Definisi Syarak man Qablana adalah: Hukum-hakam yang Allah telah syariatkan kepada umat-umat terdahulu sebelum kita dan Allah turunkannya kepada para Nabi dan Rasul-Nya untuk disampaikan kepada umat-umat tersebut.
Syarak Man Qablana mempunyai beberapa jenis:
Pertama: Hukum-hakam yang datang di dalam al-Quran ataupun al-Sunnah dan terdapatnya dalil di dalam syariat kita yang menunjukkan ianya difardhukan ke atas kita sebagaimana ia difardhukan ke atas umat-umat terdahulu. Maka jenis yang pertama ini dianggap sebagai syariat buat kita.
Kedua: Hukum-hakam yang dikisahkan oleh Allah di dalam al-Quran ataupun dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W di dalam sunnahnya dan terdapatnya dalil di dalam syariat kita yang menunjukkan ianya telah dimansukhkan untuk kita iaitu ia hanya khusus untuk umat-umat terdahulu. Maka jenis yang kedua ini tidak ada khilaf bahawa ianya tidak disyariatkan untuk kita.
Ketiga: Hukum-hakam yang tidak disebutkan di dalam al-Quran dan juga Sunnah maka ini juga tidak menjadi syariat buat kita tanpa khilaf.
Keempat: Hukum-hakam yang datang di dalam al-Quran dan juga al-Sunnah akan tetapi konteks ayat tidak menunjukkan ianya masih kekal hukumnya atau sudah tiada dalam syariat kita. Maka jenis ini terdapat khilaf di sisi para ulama terhadapnya. Golongan Hanafiyah mengambil kira ia sebagai sebahagian dari syariat kita. Majoriti fuqaha lain tidak menganggapnya sebagai syariat buat kita.
 
7- Istishab
Takrif istishab dari sudut istilah adalah: Berterusan mengisbatkan apa-apa yang telah sabit ataupun menafikan apa-apa yang telah ternafi. Rujuk I’lam al-Muwaqqi’in, Ibn al-Qayyim (1/294).
Al-Syaukani pula mendefinisikan istishab sebagai: Mengekalkan sesuatu perkara berdasarkan keadaan asalnya selama mana tidak terdapat sesuatu yang mengubahnya. Lihat Irsyad al-Fuhul, al-Syaukani. Hlm. 20.
 
Penutup

Semoga dengan pencerahan ringkas ini dapat memberikan kefahaman buat kita dalam memahami bagaimana hukum-hukum di ambil di dalam Islam. 

Irsyad Usul Fiqh

Читать полностью…

INFO DALIL AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

IRSYAD USUL AL-FIQH SIRI KE-3: SUMBER-SUMBER HUKUM DALAM ILMU USUL AL-FIQH
IRSYAD USUL AL-FIQH SIRI KE-3: SUMBER-SUMBER HUKUM DALAM ILMU USUL AL-FIQH


Mukadimah
Seperti yang kita telah ketahui, ilmu usul fiqh adalah sebuah ilmu yang membicarakan berkenaan kaedah-kaedah dan dalil-dalil ijmali (menyeluruh) yang digunakan dengannya untuk sampai kepada proses istinbat (mengeluarkan) hukum. Justeru, di dalam siri kali ini kami akan memfokuskan kepada dalil-dalil ijmali ataupun kulliy yang digunakan dalam proses pengeluaran hukum.
 
Definisi Dalil-dalil Ijmali
Dalil-dalil ijmali ataupun kulliy dari segi bahasanya adalah merupakan dalil-dalil yang bersifat menyeluruh. Kata Dr. Abdul Karim Zaidan rahimahullah:
Dalil-dalil ijmali adalah sumber-sumber hukum syarak seperti al-Kitab, al-Sunnah, al-Ijmak, dan juga al-Qiyas. Berilmu dengan kesemuanya adalah dengan cara mengetahui hujjiyyah atau keautoritiannya untuk dijadikan sebagai hujah serta kedudukannya dalam kita beristidlal dengannya. Juga dengan mengetahui wajh al-dalalah (bentuk pendalilannya) mengikut perbezaan keadaan-keadaan bagi dalalah ini. Juga mengetahui makna ijmak dan juga syarat-syaratnya, jenis-jenis qiyas dan juga illahnya serta jalan-jalan untuk mengenalpasti illah, dan selainnya dari setiap perbahasan yang berkaitan dengan qiyas dan keseluruhan dalil-dalil ijmali. Lihat al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh, Dr. Abd Karim Zaidan. Hlm. 12.
Para ulama membahagikan sumber-sumber hukum ataupun dalil-dalil ijmali ini kepada dua. Iaitu sumber-sumber yang disepakati dan juga sumber-sumber yang terdapat perselisihan pendapat padanya. Berikut kami huraikan secara satu persatu:
 
Sumber-Sumber Hukum Yang Disepakati:
1- Al- Quran
Definisi al-Quran
Hujjatul Islam al-Ghazali ketika mendefinisikan al-Quran berkata: Ia adalah kitab yang diturunkan ke atas Rasulullah Muhammad S.A.W, yang tertulis di dalam mushaf-mushaf, dinukilkan kepada kita daripada baginda secara mutawatir tanpa sebarang keraguan. Lihat al-Mustasfa Min Ilm al-Usul (1/65).
 
Hukum-Hakam al-Quran
Al-Quran merangkumi banyak hukum-hakam. Mungkin boleh kita bahagikannya kepada tiga bahagian yang utama iaitu:
Hukum-hakam yang berkaitan dengan Aqidah seperti rukun-rukun iman yang enam.
Hukum-hakam yang berkaitan dengan penyucian jiwa yang mana ia merupakan akhlak.
Hukum-hakam amali yang berkaitan dengan ucapan dan perbuatan mukallaf dan inilah yang disebutkan sebagai fekah. Ia terbahagi kepada dua iaitu yang berkaitan dengan ibadah dan juga muamalat.
 
2- Al- Sunnah
Definisi al-Sunnah
Dari segi istilah para Usuliyyuun, al-Sunnah adalah: Apa-apa yang terbit daripada Nabi selain dari al-Quran dari segi perkataan, perbuatan, ataupun pengakuan. Lihat al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, al-Aaamidi (1/231).
Jenis-jenis Sunnah terbahagi kepada tiga:
Sunnah al-Qauliyyah (perkataan): Iaitu kesemua ucapan Nabi S.A.W yang diucapkan oleh baginda di tempat-tempat yang berbeza dan tujuan yang pelbagai. Ia juga turut disebut sebagai hadis secara adatnya.
Sunnah al-Fi’liyyah (perbuatan): Apa-apa yang dilakukan oleh baginda S.A.W seperti menunaikan solat dengan tatacara dan rukun-rukunnya, dan seumpamanya.
Sunnah Taqririyyah (pengakuan): Diamnya Nabi S.A.W dari mengingkari sesuatu ucapan atau perbuatan yang terjadi dengan keberadaan baginda ataupun ketika ketiadaan baginda dan baginda mengetahuinya.
 
3- Al- Ijmak
Takrif al-Ijmak
Di sisi istilah para usuliyyun, ijmak adalah: Kesepakatan para mujtahid dari kalangan umat islam pada suatu zaman tertentu terhadap suatu hukum syar’ie selepas kewafatan Nabi S.A.W. Lihat al-Ihkam fi Usul al-Ahkam (4/115).
 
Keautoritian Ijmak
Apabila sesuatu ijmak itu berlaku dengan menepati syarat-syaratnya maka ia menjadi suatu dalil yang qath’ie ke atas hukum permasalahan yang disepakati ke atasnya tersebut. Tidak boleh diperselisihi dan dibantah kerana ia hujah yang qath’ie serta menjadi kelaziman buat orang islam.Di antara dalil yang menunjukkan kepada keautoritian ijmak adalah sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: Umatku tidak akan berhimpun di atas kesesatan.

Читать полностью…
Subscribe to a channel