4876
Quotes • Healing • Reflections • Growth Paid Review 👉 @xshawalx
Bahagia ≠ harta benda, gagah berani, tercapai apa yg diinginkan. 🙅♂️💰
Hidup susah, sempit ≠ kecelakaan 🚫🚗
Bahagia, Kejayaan = nilai iman & takwa di sisi Allah, di hari Kiamat. ✨🕌
Yang paling mulia di sisi Allah = yang paling bertakwa kepada Allah. 🌟
Yang paling bertakwa akan =>
1. Dirikan rumahtangga yg baik 🏠❤️
2. Suami Isteri yg tenteram 👫💑
3. Alirkan pendidikan kepada anak 📚👶
4. Sebarkan cinta sesama manusia, keluarga terdekat, anak yatim & orang miskin. 🤝👵👦
[Tafsir Al-Azhar, Ayat 4 Surah Al-Baqarah] 📖
🇵🇸 t.me/DearHati 🕊️
Jangan berjalan di atas muka bumi dengan sombong . Kekuatan kita belum tentu dapat membelah bumi . Ketinggian kita takkan dapat menandingi tinggi gunung ganang kerana asalnya kita tetap dari tanah .
🇵🇸 t.me/DearHati
Minyak wangi EDP dan bau maskulin boleh cuba kombo paling laris dari Nuance Perfume; Luminous dan Bacchus 😎
👉 https://s.shopee.com.my/9KcdY4mWHr
Kekadang kuat , kekadang lemah . Kekadang gembira , kekadang menangis . Allah selalu uji kita . Tapi akhirnya pasti terukir senyuman . 💕
🇵🇸 t.me/DearHati
Kalau tengah marah , better diam . Jangan keluarkan perkataan . Sebab masa itu ego yang bercakap , bukan hati .
🇵🇸 t.me/DearHati
Setiap kehidupan manusia itu umpama sebuah tulisan novel , terselit seribu kisah suka dan duka . Jadi jangan kita cepat menilainya jika hanya baru membaca sehelai dua .
🇵🇸 t.me/DearHati
Doa yang kita pohon sewaktu solat Tahajud umpama anak panah yang sentiasa tepat pada sasaran . - Imam As-Shafie
🇵🇸 t.me/DearHati
pokok penghalau nyamuk, seperti:
Pokok serai wangi
Pokok catnip
Pokok jeremin
Pokok bunga tapak dara
Bunga kantan
Pokok citrosa mosquito
Pokok bunga lavender
Pokok bunga tahi ayam
Pokok bunga zodia
Pokok mintrosa lady diana
Pokok selasih
Pokok pudina
Pokok rosemary
Pokok lavender
/channel/DearHati
CHANNEL NAK DIJUAL
@LantakAhh Dgn @OhMyQuotes
1 channel RM120
2 channel RM200
@DearHati RM150
Berminat terus dm Cik aLyah
@CikAlyah
.
BERCERAI? RUJUK? NIKAH SEMULA?
Jangan berbaik kerana anak-anak. Anak2 akan membesar dan ada kehidupan sendiri. Masa tu, apa yg kita perlu, cumalah seorang lelaki yang setia menjaga sakit pening kita, kumpul pahala bersama dan hidup tenang berdua sehinggalah kita mengadap Sang Pencipta kembali. Semua manusia berhak mengecapi kebahagiaan.
Dengan lafaz
Bismillahirrahmanirrahim,
aku tutup.pintu hati ku untuk
sesiapa yang ingin mendekati
ku dengan sekeras Surah
Al-Hadid, sehingga ada
seseorang yang berjaya
membukanya dengan
selembut Surah
Ar- Rahman...
Sbb tak boleh terima hidayah Allah
Читать полностью…
Ingat move on tu macam demam ke?
https://vt.tiktok.com/ZSN41KftK/
Peroleh sehingga RM5 dengan mengambil bahagian dalam tawaran istimewa hujung minggu. https://vt.tiktok.com/ZSNCsDyr9/
Читать полностью…
Si miskin yg sabar dan si kaya yang pemurah
Читать полностью…
10 Pesanan Syeikh Ahmad Yassin Yang Menggeruni Zionis Laknatullah 🇵🇸📜
1) Kembali pada Allah dan tinggalkan keseronokan, lupakan muzik yang melalaikan & berzikir kepada Allah. 🤲
2) Solat Subuh berjemaah. 🕌
3) Hiasi akhlak dengan mencontohi Rasullullah SAW & mendekatkan diri dengan Sunnah Nabi. ✨
4) Solat tepat pada waktunya. ⏰
5) Menghayati makna tanggungjawab. 💪
6) Memohon keampunan dari Allah. 🙏
7) Menghormati yang lebih tua dan menyayangi orang muda. 👵👶
8) Mengambil peduli tentang agama. 📖
9) Melatih diri untuk hidup tanpa elektrik dan merasakan kesukaran hidup. ⚡🚫
10) Berfikir tentang masa hadapan dan berpegang pada agama. 🌅
Pesanan yang menjadi penguat semangat pada tentera Al Qassam. 🔥
🇵🇸 t.me/DearHati
Jadikan solat seperti hubungan cinta kamu bersama Allah . Rindu bila ditinggalkan . Resah bila tak dilaksanakan atau lambat dilaksanakan . Allah ♡
🇵🇸 t.me/DearHati
Bila saat kita mula redha atas sesuatu perkara . Disitu kita mula akan rasa ketenangan yang luar biasa .
🇵🇸 t.me/DearHati
Bila kita tunaikan solat diawal waktu kita akan rasa panjangnya waktu . Kenapa ? Disitulah ada rasa keberkatan masa .
🇵🇸 t.me/DearHati
Dahulukan mak dan jangan ketepikan ayah . Redha Allah terletak pada mereka . 💕
🇵🇸 t.me/DearHati
Jika kita faham setiap apa yang berlaku semuanya telah ditentukan oleh Allah . Pasti kita tidak akan pernah mengeluh dan kecewa . Ya . Redha diatas setiap yang berlaku .
🇵🇸 t.me/DearHati
PERANGKAP NYAMUK BOLEH BUAT SENDIRI!
Gunakan je tips ‘DIY’ perangkap nyamuk di bawah ni untuk menangkap nyamuk-nyamuk yang ada kat rumah.
Bahan-bahan untuk membuat perangkap nyamuk:
Botol plastic saiz besar
1 gram ragi (atau juga dikenali sebagai yis)
50 gram gula merah
200 ml air
Pita atau kain
Cara-caranya (seperti dalam gambar):
Potong dibahagian tengah botol plastik dan simpan bahagian atas (mulut botol).
Campurkan gula merah bersama air panas dan biarkan sehingga sejuk. Setelah sejuk, tuangkan ke dalam potongan bawah botol.
Tambahkan ragi dan biarkan. Jangan kacau dahulu kerana ragi digunakan untuk menghasilkan karbon-dioksida.
Masukkan potongan botol bahagian atas sebelum ini dalam posisi terbalik (jadikan seperti corong).
Lilit keliling botol dengan pita hitam atau kain, dan letakkan di mana-mana bahagian sudut rumah yang selalu ada nyamuk.
/channel/DearHati
Seorang wanita muda dari Sepanyol menjelaskan maksud nama ‘ALLAH’ (Tuhan) dengan begitu indah setelah orang Arab sendiri gagal melakukannya!
Wanita muda ini, yang bernama Helen, kini sedang melanjutkan pengajian sarjana dalam bahasa Arab di Universiti Yarmouk, Jordan.
Pada suatu hari, dalam kelas tahun kedua, profesor Fakhry Kattaneh bertanya kepada para pelajarnya:
"Siapa di antara kamu yang boleh menjelaskan tentang nama Allah dari sudut keajaiban dan keindahan linguistiknya?"
Tiada siapa yang mengangkat tangan kecuali Helen, seorang wanita Sepanyol Kristian yang fasih bertutur dalam bahasa Arab klasik.
Dia menjawab:
"Perkara paling indah yang pernah saya baca dalam bahasa Arab ialah nama 'ALLAH'. Cara nama ini disebut dalam bahasa manusia mempunyai melodi yang unik, kerana bunyinya berasal dari bahagian belakang tekak, bukan dari bibir.
Nama ini tidak memerlukan pergerakan bibir untuk diucapkan, kerana hurufnya tiada titik. Sekarang, cuba sebutkan nama ‘ALLAH’ dan perhatikan bagaimana kamu melakukannya!
Huruf-hurufnya diucapkan dari belakang tekak tanpa melibatkan pergerakan bibir. Ini bermaksud, jika seseorang ingin mengingati nama 'Allah', orang sekeliling mungkin tidak menyedarinya."
Helen meneruskan:
"Satu lagi keajaiban nama ini ialah, walaupun beberapa hurufnya dibuang, maksudnya tetap sama."
Nama Allah biasanya disebut dengan bunyi vokal akhir ‘u’ (Allahُ).
Jika huruf pertama (alif) dibuang, ia menjadi 'Lillah' (milik Allah), seperti yang disebut dalam ayat:
“Hanya milik Allah nama-nama yang indah, maka berdoalah kepada-Nya dengan nama-nama itu.”
Jika huruf alif dan lam pertama dibuang, ia tinggal 'Lahu' (milik-Nya), seperti disebut dalam ayat:
“Milik-Nya segala yang ada di langit dan di bumi.”
Jika alif dan kedua-dua lam dibuang, hanya tinggal 'Hu' (Dia), yang masih merujuk kepada Allah, seperti disebut:
“Dia-lah yang tiada Tuhan selain Dia.”
Jika hanya lam pertama dibuang, ia menjadi 'Ilah' (Tuhan), seperti disebut:
“Allah, tiada Tuhan selain Dia.”
Helen menambah:
"Nama 'Allah' telah dikaji secara mendalam oleh para ulama. Kalimah tauhid 'La ilaha illa Allah' (Tiada Tuhan selain Allah) terdiri daripada tiga huruf: alif, lam, dan ha. Huruf-huruf ini ringan untuk disebut dan tidak memerlukan pergerakan bibir."
Dia menjelaskan:
"Tahukah kenapa? Supaya ia mudah diucapkan oleh orang yang sedang nazak tanpa perlu menggerakkan bibir atau gigi."
Hari ini, Helen dikenali sebagai ‘Abida’ (wanita yang beribadah).
"Kita sebagai orang Arab berbangga menjadi Muslim, tetapi kita gagal menjelaskan nama itu. Tahniah kepada dia kerana memeluk Islam."
"Kenapa kita padam mesej yang bercakap tentang agama, tetapi terus menyebarkan mesej-mesej biasa? Rasulullah SAW bersabda:
"Sampaikan dariku walaupun hanya satu ayat."
"Mungkin dengan menyampaikan mesej ini kepada orang lain, kamu menyampaikan satu ayat yang akan menjadi syafaat untukmu."
Akhir sekali:
"Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad adalah Rasulullah."
Sebarkanlah, dan semoga jari-jemarimu menjadi saksi kebaikan untukmu pada Hari Akhirat kelak, insya-Allah.
UNTUK RENUNGAN AYAH-AYAH
1. Sebenarnya apabila kita mempunyai anak, ramai yang sudah mengaku menjadi AYAH, sebenarnya belum lagi, ibarat orang yang baru memiliki bola, dah mengaku jadi footballer.. Kena belajar bagaimana nak imbang bola itu..
2. AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh anak, bukan sekadar 'membuat' anak.. astagfirullah. Maaf ye macam kasar je.. kerana ramai lelaki begitu, tapi bukan semua.
3. Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh anak-anak bersama isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini telah diatasi.. Tak caya tanyalah isteri-isteri..
4. Sekiranya seorang AYAH yang tugasnya cuma menyedia dan memberi wang sahaja, ia telah menyamakan dirinya dengan mesin ATM. Didatangi anak ketika diperlukan sahaja. Hu hu Muhasabah diriku..
5. Hari ini memang telah hilangnya fungsi tarbiyah dari AYAH, banyak AYAH tidak sedar bila anak lelakinya memasuki alam baligh.. dan anak perempuannya dah mula malu-malu.. Ruginya ayah..
6. Jika ada anak yang durhaka, sebenarnya ia juga dari AYAH yang durhaka. Ini istilah Sayyidina Umar Al Khattab..
7. Sekiranya seorang AYAH yang ingin didoakan oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dengan agama..
8. Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah memuliakan anaknya dengan ilmu agama..
9. Mengikut kajian, ramai ayah-ayah yang hampir kehilangan ciri-ciri AYAH yang sebenar. Kerana semua pengajar anak di masa kanak-kanak diisi oleh kaum ibu sahaja.
10. Padahal keberanian, survival dan ketegasan, harus diajarkan di usia kecil oleh ayah-ayah. Dimanakah AYAH sang pengajar utama?
11. Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah angan-angan mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di surat khabar, tv dan komputer...
12. Banyak anak-anak sudah merasa yatim sebelum waktunya, sebab AYAH dirasakan tak hadir lagi dalam kehidupan mereka. Kerana amat sibuk dengan dunia ayah.
13. Ayuh wahai ayah-ayah semua, ambillah Semangat Al Quran mengenai pendidikan mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal Lukmanulhakim, Ibrahim, Ya'qub, Imron. Dalam Al Quran mereka adalah contoh AYAH yang perihatin.
14. Ibnul Qoyyim dalam kitab Tuhfatul Maudud berkata: Jika terjadi kerusakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH..
15. Ingatlah! Seorang anak bernasab kepada AYAHnya bukan ibu. Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa Allah meminta dipertanggung jawapan kelak.
16. Rasulullah yang mulia, sejak kecil ditinggal yatim oleh AYAHnya. Tapi nilai-nilai keAYAHan tak pernah hilang dan diperolehi dari datok dan ayah saudaranya sendiri..
17. Generasi sahabat menjadi generasi gemilang kerana AYAH terlibat dalam mengasuh anak bersama ibu-ibu mereka. Mereka digelari umat terbaik.
18. Di dalam AlQuran ternyata terdapat 17 dialog pendidikan anak-anak. 14 diantaranya iaitu antara AYAH dan anak. Ternyata AYAH lebih banyak disebut di dalam alquran!
19. Marilah semua wahai AYAH-ayah untuk melibatkan diri dalam pendidikan baik di rumah, sekolah dan dimasjid..
20. Ibu memang madrasah pertama seorang anak. Tetapi AYAHlah yang menjadi mudirnya. (Pengetuanya).
21. Ibarat burung yang punyai dua sayap. anak memerlukan kedua-duanya untuk terbang tinggi ke angkasa. Kedua sayap itu adalah AYAH dan ibunya.
22. Ibu mengasah kepekaan rasa, AYAH memberi makna terhadap logik. Kedua-duanya diperlukan oleh anak
23. AYAH mengajarkan anak menjadi pemimpin yang tegas. Ibu membimbingnya menjadi pemimpin yg peduli. Tegas dan perihatin itu sikap utama.
Jom wahai ayah-ayah pujuklah diri untuk berubah dan sebarkan perkongsian ini agar makin banyak AYAH-ayah yang perihatin dengan urusan pengasuhan dan membentuk generasi pejuang dunia akhirat. Allahuakbar..
Wallahua'lam.
/channel/DearHati
PERJALANAN KITA INI
adalah ketentuan-Nya
BAIK ATAU TIDAK
itulah perjalanan-Nya,
SEDIH ATAU GEMBIRA
itu adalah kisah-Nya
MISKIN ATAU KAYA
itulah ujian-Nya,
SEDIKIT ATAU BANYAK
itu adalah pemberian-Nya
Dimata manusia
kita mungkin berbeda, tapi
dihadapan Allah,
kita semua sama.
https://vt.tiktok.com/ZSFqwV9DG/
Sekarang saya faham dan merasakan apa yang pernah ayah rasakan dulu.
Jangan main gilak samaku 😏
https://vt.tiktok.com/ZSNgXgqcB/
https://vt.tiktok.com/ZSN4198HE/
Читать полностью…
Jangan rendahkan diri awak hanya kerana seseorang yang tidak tahu menghargai
@DearHati
Ingat boleh, nak get back???? Ohh tidakk
Читать полностью…