dearhati | Unsorted

Telegram-канал dearhati - Healing untuk hati ❤️ | @DearHati

4876

Quotes • Healing • Reflections • Growth Paid Review 👉 @xshawalx

Subscribe to a channel

Healing untuk hati ❤️ | @DearHati

🍃🍃🍃😂🍃🍃🍃😂🍃🍃🍃

GELAK SANTAI dgn @DearHati

🍃🍃🍃😂🍃🍃🍃😂🍃🍃🍃

Matematik vs. Logik

Ada dua orang gadis yang cantik. Salah satu dari mereka cara berfikirnya
Matematik (M) dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logik(L).
Mereka berdua berjalan pulang melalui jalan yang gelap, dan jarak rumah
mereka masih agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan, tiba-tiba
mereka perasan ada seseorang sedang mengekori mereka...

M : Awak perasan tak ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti
kita kira-kira sejak tiga puluh lapan minit yang lalu? Aku kuatir
dia bermaksud jahat.

L : Itu hal yang Logik. Aku rasa dia nak merogol kita la.

M : Alamak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15
minit dia akan berjaya tangkap kita. Adoh hai, apa yang harus kita buat?.

L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih
cepat.

M : Itu tidak banyak membantu laa, macammana ni.

L : Tentulah tidak membantu, Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat
dia juga akan berjalan lebih cepat.

M : Jadi, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini
dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua minit setengah je lagi...

L : Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Engkau ikut jalan
kiri dan aku ikut jalan kanan.

Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah
si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah
lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan kawannya.

Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang.

M : Oh Syukur ya Allaaaaah.. Kawan aku tiba dengan selamat, Eh macamana
cerita engkau kena ikut oleh lelaki tadi?

L : Yelah, Setelah kita berpisah dia terus mengikuti aku.

M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan engkau?

L : Sesuai dengan logik aku, teruslah aku lari sekuat hati dan lelaki itupun
lari sekuat tenaga jugak.

M : Dan... dan..

L : Sesuai dengan logik, dia berjaya mendekati aku ditempat yang gelap...

M : Jadik.. Apa yang engkau lakukan?

L : Hanya ada satu logik yang dapat aku lakukan, iaitu mengangkat kain
aku tinggi-tinggi sampai nampak seluar dalam.

M : Alamak... jadik apa yang dilakukan lelaki tadi?

L : Sesuai dengan logik... Dia bukak tali pinggang, bukak zip dan londehkan
seluarnya...

M : Alamak... jadi apa yang berlaku?

L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat
dari pada lelaki yang berlari sambil seluarnya terlondeh, langkah aku besar,
tapi dia macam orang yang masuk pertandingan lari dalam guni... So akhirnya
aku terlepas dari lelaki itu.

M: Ha ha ha ha Memang logik.
🍃
🍂🍃Jom join telegram
🍃🌸🍂 @DearHati
🍂🌸🍃🍂🍃🌸🍂🍃🍂🍃

Читать полностью…

Healing untuk hati ❤️ | @DearHati

Perjanjian nabi Sulaiman dengan jin.

Jom join channel @dearHati

Читать полностью…

Healing untuk hati ❤️ | @DearHati

"Gabra Punya Pasal"

aku dengar cita ni dari mak aku..

kat baling ada satu famili...

famili tu ada ayah n mak mertua, anak dan menantu serta cucu.satu
hari, tengah sedang menantu lelakinya tgk tv, ayah nyer lalu
depan dia.tiba2 ayah mertuanyer rebah depan dia sambil pegang
dada..kelam kabut dia ..pastu bini mak mertua dia pun datang
terkam..semua terkejut..semua dh gabra..sambil pegang2 dada...

ayah mertua dia pengsan..tk sedar..pastu macam sedar tk sedar
..menantu tadi gabra..mak mentua dia suruh dia ajar mengucap
kat bapak dia tu sebab dia ribakan.dia gabra jugak...pastu
bini dia pun surh sambil tolak2 bahu...mak dia suruh lagi...dh
gabra sgt, dia pun buat..dia letak kt telinga ayah mertua dia
dan dia pun cakap...

"MA ROBBUKA...."""terkejut bini n mak mertua dia..tiba2 ayah
mertua dia sedar dan terus sound..

"OII..AKU TK MATI LAGI DEYY...'""sambil ayah mertua dia tu
urut2 dada dia..sepatutnya dia ajar mengucap, gabra punya pasal
..dia dah jadi malaikat..akekeke..
🍃
🍂🍃Jom join telegram
🍃🌸🍂 @DearHati
🍂🌸🍃🍂🍃🌸🍂🍃🍂🍃

Читать полностью…

Healing untuk hati ❤️ | @DearHati

CUBA KITA HAYATI MAKNA DOA DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD:

√ ROBIGHFIRLII,
√ WARHAMNII,
√ WAJBURNII,
√ WARFA’NII,
√ WARZUQNII,
√ WAHDINI,
√ WA’AAFINII,
√ WA’FUANNII.

Doa ini sangat dahsyat kerana ia mencakupi keperluan kita di dunia dan di akhirat serta dibaca minima 17 kali sehari. Marilah kita merenungi maknanya:

√ ROBIGHFIRLII.
Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku.

Dosa adalah beban, yang menyebabkan kita berat untuk melangkah menuju ke redha Allah. Dosa ialah kotoran hati yang membuat hati kelam sehingga hati kita merasa berat untuk melakukan kebaikan.

√ WARHAMNII.
Sayangilah diriku. 

Kalau kita disayangi اللّهُ hidup akan terasa tenang.

√ WAJBURNII.
Tutuplah segala kekuranganku.

Banyak sekali kekurangan kita. Kurang syukur, kurang sabar, kurang dpt  menerima kenyataan, mudah marah, pendendam dll. Kalau kekurangan kita ditutup/diperbaiki اللّهُ , maka kita akan menjadi manusia sebenarnya.

√ WARFA’NII.
Tinggikanlah darjatku.

Kalau اللّهُ sudah meninggikan darjat kita, maka pasti tidak ada manusia yang akan menghina kita.

√ WARZUQNII.
Berikanlah aku rezeki.

Sebagai hamba اللّهُ kita memerlukan rezeki. Allah mampu mendatangkan rezeki dari arah yang tak terduga dan tanpa perhitungan.

√ WAHDINI.
Berikanlah aku petunjuk/bimbinglah aku ke jalan kebahagiaan.

Kita tidak hanya minta petunjuk/hidayah yang berkaitan dengan akhirat tetapi kita juga minta petunjuk agar terhindar daripada kita mengambil keputusan yang salah untuk kebahagiaan di dunia.

√ WA’AAFINII.
Berikanlah aku kesihatan.

Apabila kita sihat, kita boleh menambah kebaikan dan manfaat kepada orang lain sebenarnya kebaikan itu lebih kepada diri kita sendiri.

√ WA’FUANNII.
Aku mohon agar kesalahanku dihapuskan daripada catatan.

Daripada makna doa tersebut, kita diawali doa itu dengan memohon ampun dan kita akhirinya juga dengan memohon ampun untuk menghapuskan dosa sehingga kita berharap agar kita betul-betul bersih daripada dosa.

Allah SWT memerintahkan kita untuk membaca doa itu, Rasulullah SAW mencontohkannya kepada kita.

TERKADANG YANG JADI PERSOALANNYA IALAH DI MANAKAH HATI DAN FIKIRAN KITA KETIKA KITA MEMBACA DOA ITU?

DAN RAMAI ANTARA KITA TIDAK MEMAHAMI MAKNANYA.

Semoga mesej ini bermanfaat! 😇 by ninjasenyum
🍃
🍂🍃Jom join telegram
🍃🌸🍂 @DearHati
🍂🌸🍃🍂🍃🌸🍂🍃🍂🍃

Читать полностью…

Healing untuk hati ❤️ | @DearHati

Pantun ganu .......

Buat cekmek daripada ubi🍠
Air gula sebagai inti🍶
Pakat ingat pesan nabi
Buat amal sebelum mati

Nasik lemok nasik dagang🍛
Nasi kerabu banyok ulang🌿
Quran hadis jadi rujukang
Moga selamat mase depang

Tepong apang kuih jale
Sekut tawor cicoh kopi☕
Semoga sihat kite semue
Moga hidup diberkati Ilahi

Pulut dakak pulut lepe🍚
Pulut kuning kg Raje🍳
Dok lame nok sambut pose
Mitok maaf adik kakok blake
🍃
🍂🍃Jom join telegram
🍃🌸🍂 @DearHati
🍂🌸🍃🍂🍃🌸🍂🍃🍂🍃

Читать полностью…

Healing untuk hati ❤️ | @DearHati

Jangan menilai seseorang melalui pakaian lalu kita bandingkan dgn keimanan dia. Belum tentu yang bertutup litup itu baik sempurna. Dan yang terdedah itu sejahat manusia.

Tetapi kita kena ingat, Allah suruh tutup aurat, ada sebabnya. Dan pastinya utk kebaikan kita juga. Jom, kita sama-sama jadi terbaik😊 bukan jadi terbalik 😆
🍃
🍂🍃Jom join telegram
🍃🌸🍂 @DearHati
🍂🌸🍃🍂🍃🌸🍂🍃🍂🍃

Читать полностью…

Healing untuk hati ❤️ | @DearHati

@DearHati
Resepi Biskut Persahabatan

Bahan- bahannya :-

1 sudu besar senyuman
1/2 kg senda gurau
1 gelas sayang menyayangi
1 pinggan hormat-menghormati
1 cubit faham memahami
Banyakkan kejujuran dan keikhlasan

Cara-caranya:

★Mula-mula buangkan segala sifat hasad dengki yang. ada pada diri anda dan bentukkan suasana harmoni.

★Masukkan ukiran senyuman ini antara satu sama lain . Perlu diingat bahawa senyuman adalah amat penting untuk mewujudkan perasaan kasih-mengasihi antara satu sama lain.

★Kemudian masukkan bersama-sama senyuman itu senda gurau dan kacau sehingga wujudnya kemesraan . Tambahkan pula kasih sayang menyayangi sehingga sebati dalam jiwa .

★ Untuk menambahkan perasa persahabatan itu sesedapnya , tambahkan dahulu faham memahami secukup rasa disertai dengan kejujuran dan keikhlasan.

★Akhir sekali , hidangkan resepi ini untuk membuka selera persahabatan anda dan sekaligus persahabatan itu dapat restu dari-Nya .
smoga kita jdi sahabat hingga ke jannah.. Amiin
🍃
🍂🍃Jom join telegram
🍃🌸🍂 @DearHati
🍂🌸🍃🍂🍃🌸🍂🍃🍂🍃

Читать полностью…

Healing untuk hati ❤️ | @DearHati

Dulu kamu selalu tersenyum dan akupun mempertaruhkan nyawaku untukmu, dan kini aku hidup sendiri tanpamu
🍃
🍂🍃Jom join telegram
🍃🌸🍂 @DearHati
🍂🌸🍃🍂🍃🌸🍂🍃🍂🍃

Читать полностью…

Healing untuk hati ❤️ | @DearHati

Berpura-pura tersenyum, tapi menangis dalam hati. Itu lebih baik dari pada harus berpura-pura sayang sama seseorang tapi hanya permainkan perasan dia.
🍃
🍂🍃Jom join telegram
🍃🌸🍂 @DearHati
🍂🌸🍃🍂🍃🌸🍂🍃🍂🍃

Читать полностью…

Healing untuk hati ❤️ | @DearHati

"8 KEBAIKAN SOLAT TAHAJUD"

1.Sangat baik untuk kesihatan. Salah satunya dapat melancarkan alirah darah.

2. Ramai yang memilih untuk berkeluh kesah di sepertiga malam kerana solat tahajud membuat hatimu semakin teduh dan tenang.

3.Solat sunat di sepertiga malam adalah media untuk recharge iman. Menghapus dosa dan menbenteng kita dari perbuatan dosa.

4.Tahajud adalah waktu yang tepat untuk bermunajat. Sampaikan cita-citamu padaNya dalam doa di sepertiga malam.

5. Meningkatkan kekebalan tubuh. Individu yang sedang sakit atau mudah ditimpa sakit, solat tahajud dapat mengurangkan beban sakit tersebut.

6. Solat tahajud membuat kerja di waktu siangmu lebih produktif kerana kamu sudah berjaya melawan rasa malas untuk bangkit di sepertiga malam.

7. Pertolongan Tuhan selalu ada untukmu yang rutin menunaikan solat tahajud. Lebih-lebih lagi ketika berada dalam kesulitan.

8. Solat tahajud boleh melembutkan hatimu yang keras.

Semoga bermanfaat ♥️

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @DearHati

Читать полностью…

Healing untuk hati ❤️ | @DearHati

Kadang-kadang kita banyak membuang masa dengan melayan cinta manusia.

Sampai mengabaikan cinta kpd yg Maha Pencinta.

Perasaan cinta ni, Allah bagi pinjam kat kita. Sebab Dia nak tegur kita yang dah lama mengabaikan Dia.💫
🍃
🍂🍃Jom join telegram
🍃🌸🍂 @DearHati
🍂🌸🍃🍂🍃🌸🍂🍃🍂🍃

Читать полностью…

Healing untuk hati ❤️ | @DearHati

Siapalah kita di dunia ini, hanya manusia biasa dgn batasan yang tertentu. Ketahuilah

Di dalam kerendahan hati ada ketinggian budi.

Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.

Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Jadi, usahlah kita membeza-bezakan darjat seseorang itu💖
🍃
🍂🍃Jom join telegram
🍃🌸🍂 @DearHati
🍂🌸🍃🍂🍃🌸🍂🍃🍂🍃

Читать полностью…

Healing untuk hati ❤️ | @DearHati

Berharap itu Bagus. Tapi berharap lah pada yang Esa.

Berharaplah kepada sesuatu yang halal untuk diharapkan.

Jangan lupa untuk berdoa dgn penuh harapan dan keyakinan💖
🍃
🍂🍃Jom join telegram
🍃🌸🍂 @DearHati
🍂🌸🍃🍂🍃🌸🍂🍃🍂🍃

Читать полностью…

Healing untuk hati ❤️ | @DearHati

#SoalHati

🤔Bagaimana mau lupakn org yg telah melupakn kitaa??

✍ PANDANGAN

Masyallah. Hebatnya otak manusia ciptaan Allah yang mana mampu menyimpan berjuta-juta nostalgia disebalik lipatan otak yang nampak berserabut itu.

Sebenarnya, melupakan seseorang itu sukar. Sangat sukar kerana ia melibatkan sekeping hati yang penuh dengan emosi dan rasa cinta yang sangat mendalam.

Jadi cuba langkah di bawah untuk melupakan nostalgia yang tidak boleh dikembalikan.

✅ doakan kebahagiaan dia walaupon dia tak ingat langsung kat kita. Hatta kita amat membenci dia sekalipun atau dia teramat bencikan kita.

Perlu diingat, tidak mengapa dia tidak tahu kita mendoakan dia. Krn doa kita mudah termakbul insyaallah jika mereka tidak pernah mengetahui kita mendoakan dia.

🤔Habis sape yg nak doakan kite kalau dia dah benci sgt kat kita?
🤔 Atau tak pernah ingat kita?

✍ ingatlah bahawa Allah tu maha mengetahui. Bila kita asyik mendoakan org sampai lupa doakan diri sendiri,walaupn kita tak minta... Allah akan makbulkan permintaan kita.

Dan setiap kali kita mendoakan orang lain, malaikat pulak mendoakan untuk kita.

✅ pasrah dan redha kita dilupakan. Dengan itu kita Mudah berasa tenang.

✍ ingat, kadangkala Allah hadirkan seseorang dlm hidup kita krn Allah nak uji ketaatan kita kepda Allah. Samada kasih kita melebihi kpd sahabat sehingga melupakan Allah atau kita kasih krn Allah.

Ketika Allah mengambil dia daripada kita, Allah mengajar kita supaya lebih kuat dan sabar.

✅ maafkan dia. Walaupun kita dilupakan. Mungkin dibenci, maafkan dia supaya kita dapat memaafkan diri kita sendiri. Mudah-mudahan hati kita lebih tenang dan hidup dengan lebih gembira dan bahagia... Insyaallah.💫
🍃
🍂🍃Jom join telegram
🍃🌸🍂 @DearHati
🍂🌸🍃🍂🍃🌸🍂🍃🍂🍃

Читать полностью…

Healing untuk hati ❤️ | @DearHati

Kita akan dapat mengenali lebih banyak tentang keperibadian seseorang itu melalui 

adab dan pertanyaannya,

bukan daripada jawapan-jawapannya.💫
🍃
🍂🍃Jom join telegram
🍃🌸🍂 @DearHati
🍂🌸🍃🍂🍃🌸🍂🍃🍂🍃

Читать полностью…

Healing untuk hati ❤️ | @DearHati

" MUSTAJAB DOA AYAH "

Berdoalah wahai Ayah. Kerana doamu itu mustajab! Berkatalah yang baik2, sesungguhnya kata2mu itu tiada hijab di antara Allah!

Ketahuilah, bahawa kuasa doa seorang ayah disebut dalam hadis Nabi S.A.W. Jgn lupa bahawa anak itu benihmu, hasil tanganmu, Dengan izin Allah, dia akan memandikan jenazahmu, mengkafankan, mengimami solat jenazah buatmu dan menghantarmu sehingga ke liang lahad. Dia juga yang akan meletakkan kepalamu yang mulia dengan penuh kasih sayang di 'tempat tidurmu', sebagai penghormatan terakhir sebelum berpisah selamanya. Dan jika dia anak yang soleh, maka doanya pula akan menjadi sedekah2 untukmu melangkah ke syurga!

Sudahkah anak2mu disiapkan dengan bekal seumpama itu,untuk menjadikan mereka anak yang soleh?
Atau kau masih lalai akan tugasmu wahai ayah?

Masihkah kau berani menyakiti isterimu, ibu kepada anak2mu?Membiarkan sepasang mata dan sekeping hatimu menurut nafsu, atau selalu dingin dan diam membisu tanpa berbicara dengan isterimu, atau seringkali kau marah2 dan isterimu makan hati.
Allah...Berlembutlah, maafkanlah, jagalah mata & hatimu, takutlah pada Allah! Bukankah kau suami & ayah yang baik?

Jagalah solat 5 waktumu secara keluar berjemaah, jagalah amanah kerjamu supaya rezeki yang kau bawa pada keluargamu itu halal, bersih dan suci, jagalah Al-Quranmu setiap hari supaya anak2 sentiasa terbiasa dengan suara ayah yang mengaji dan berdoa. Jagalah solat2 sunatmu dan menangislah sepuas2nya kepada Allah.  Keluarlah dakwah dan sampaikan pesan2 agama,

Angkatlah kedua tanganmu wahai ayah, berdoalah buat isteri & anak2mu.Berdoalah sungguh2. Solatlah 2 rakaat & mohonlah apa sahaja dari Tuhanmu. Apa shja hajatmu, pasti Allah tidak akan menolak, apa shaja permintaanmu, pasti Allah akan limpahkan barakah.

Ingatlah ketika Nabi Ibrahim A.S berdoa, ingatlah ketika Nabi Allah, Zakaria berdoa -semuanya memohon anak2 yg soleh & Allah tidak menolak.

Ajaibnya doa ayah-Bilamana yg nakal menjadi baik, yang hanyut kembali mencari Allah. Kaulah yang memulakan wahai ayah, kerana kau ketua keluarga, bersamamu adalah kemulian dari Allah!

Berdoalah & berkata baiklah! Kerana apa yang kau doakan hari ini,apa yang kau ucapkan hari ini, di kemudian hari, kau jugalah yang akan tersenyum atau menangis!
DOA AYAH ITU AMAT AMAT AMAT MUSTAJAB!

Kredit : Ustazah Noor Laila Aniza
🍃
🍂🍃Jom join telegram
🍃🌸🍂 @DearHati
🍂🌸🍃🍂🍃🌸🍂🍃🍂🍃

Читать полностью…

Healing untuk hati ❤️ | @DearHati

Sifat Sombong

Sama2lah kita muhasabbah diri.

Ada 26 tanda-tanda sifat sombong yang adakalanya tanpa kita sedari selalu kita amalkan.

Ingatlah, jangan kita bersifat sombong terhadap orang lain kerana orang sombong tidak akan masuk ke dalam syurga.

1. Orang sombong payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.

2. Orang sombong mudah marah bila berlaku perbincangan dua hala. Cepat naik darah kalau ada kesilapan.

3. Orang sombong memilih kawan dan suka berkawan dengan orang yang sama taraf dengannya saja.

4. Bahkan dengan orang yang sama taraf dengannya pun masih dipilih-pilih lagi, yakni dia suka orang yang mahu mendengar kata-katanya sahaja.

5. Orang sombong memandang hina kepada orang bawahan.

6. Orang sombong ketika dalam perbincangan, suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.

7. Orang sombong ketika dalam perbincangan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan dituruti. Sebaliknya, dia sendiri sukar hendak mendengar pendapat orang lain.

8. Orang sombong di dalam pergaulannya, dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain.

9. Orang sombong kalau menjadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut dan orang bawahannya.

10. Orang sombong sukar memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya.

11. Orang sombong kalau dia bersalah sukar hendak meminta maaf.

12. Orang sombong suka dihormati.

13. Orang sombong suka menzalimi samada secara halus ataupun kasar.

14. Orang sombong kurang mesra dengan orang lain kecuali terpaksa kerana memerlukan orang itu.

15. Orang sombong suka memperkatakan keburukan orang dengan mengumpat, memfitnah serta membenci orang lain.

16. Orang sombong kurang menghormati pemberian orang lain.

17. Orang sombong suka menceritakan kelebihan diri sendiri.

18. Orang sombong suka menghina dan menjatuhkan air muka seseorang di hadapan orang lain.

19. Orang sombong kurang mensyukuri nikmat Allah SWT. Kalau ada pun, dibazirkan.

20. Orang sombong kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.

21. Orang sombong kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.

22. Orang sombong tidak suka menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang lain.

23. Orang sombong tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.

24. Orang sombong suka membesar-besarkan kesalahan orang lain sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.

25. Orang sombong tidak senang dengan kejayaan orang lain.

26. Orang sombong sangat tersinggung jika disebut kelebihan orang lain didepannya tetapi jika dipuji, dia sangat gembira.
🍃
🍂🍃Jom join telegram
🍃🌸🍂 @DearHati
🍂🌸🍃🍂🍃🌸🍂🍃🍂🍃

Читать полностью…

Healing untuk hati ❤️ | @DearHati

BISMILLAH...
ASSALAMUALAIKUM wbt
Syukur Alhamdulillah ..

Kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan nikmat-nikmatNya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak berhajatkan (iman dan kesyukuran) kamu (untuk kesempurnaanNya); dan Ia tidak redakan hamba-hambaNya berkeadaan kufur; dan jika kamu bersyukur, Ia meredainya menjadi sifat dan amalan kamu. Dan (ingatlah) seseorang yang memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kembalinya kamu, maka Ia akan memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu telah kerjakan. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
[QS. Az-Zumar: Ayat 7]
🍃
🍂🍃Jom join telegram
🍃🌸🍂 @DearHati
🍂🌸🍃🍂🍃🌸🍂🍃🍂🍃

Читать полностью…

Healing untuk hati ❤️ | @DearHati

Allah meninggikan nabi Idris ke tempat yang tinggi. Menurut sesetengah ahli tafsir, bahawa nabi Idris diangkat Allah ke langit keempat atau keenam. Sekarang dia masih hidup di sana. Kata sesetengah, dia di dalam syurga. Dimatikan Allah kemudian dihidupkan.
Tetapi kata sesetengah ahli tafsir yang lain bahawa erti mengangkat Idris ke tempat yang  tinggi ialah.mengangkat nye ke darjat yang tinggi iaitu menjadi nabi dan rasul serta pemberian yang lain-lain yang dianugerahkan Allah kerana dia pandai menulis dan membaca ,pandai ilmu Bintang, pandai menjahit baju,dan sebagainya. Tafsir inilah yang lebih dekat kepada faham biasa.

Ayat 57
(Maryam: hlm 309)
🍃
🍂🍃Jom join telegram
🍃🌸🍂 @DearHati
🍂🌸🍃🍂🍃🌸🍂🍃🍂🍃

Читать полностью…

Healing untuk hati ❤️ | @DearHati

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.

Antara alasan yang diberikannya:



Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?


Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je,kan ?


Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi.
🍃
🍂🍃Jom join telegram
🍃🌸🍂 @DearHati
🍂🌸🍃🍂🍃🌸🍂🍃🍂🍃

Читать полностью…

Healing untuk hati ❤️ | @DearHati

CIRI-CIRI ORANG SOMBONG


1. kita sukar nak terima teguran dan nasihat.


 2. merasakan pendapat kita lebih baik daripaad pendapat orang lain. 


3. Angkuh dalam berbicara. Mereka banyak cakap dan suka memfasih-fasihkan ucapan. Setiap kali berbicara, mereka akan selalu mengawalinya dengan bila ungkapan menakjubkan yang meyakinkan agar nampak seperti orang mulia, hebat, berwawasan luas, mengerti, berakal, dan berpendidikan. Padahal, pada hakikatnya dia tidak memiliki kemampuan apa pun. Sama sekali tidak memiliki ilmu bahkan lagi terserlah kemunafikannnya.


4. Riak : Berbuat sesuatu atau meninggalkan sesuatu kerana selain daripada Allah SWT dikategorikan sebagai riak. Apabila bersama orang lain dalam suatu majlis, dia nampak zuhud dan berakhlak baik, demikian juga pembicaraannya. Namun, jika dia seorang diri, dia akan melanggar hal-hal yang diharamkan Allah SWT.


5. Melampaui Batas Yang Telah Digariskan Oleh Allah.

Perbuatan yang menurut kehendak nafsu sehingga boleh tersesat dan menyesatkan pada jalan yang benar sebagaimana Yahudi dan Nasrani.


6. Suka Berbantah Dan Bertengkar Sesama Muslim. Sabda Rasulullah SAW: “Dan apabila bertengkar (berbantah), dia melampau.” 


7. Fitnah :  Menyampaikan keburukan orang lain di kalangan orang ramai supaya mereka membenci atau memusuhinya. Membuat laporan tanpa fakta dan usul periksa serta mengada-adakan cerita. Ia juga tergolong dalam sifat-sifat munafik dan dosa-dosa besar.


8. Mencaci Maki : Tidak berhikmah di dalam berkata-kata dan dalam menyampaikan dakwah. Menggunakan kata-kata kesat terhadap orang lain terutama yang tidak bersependapat dengannya. Firman Allah SWT:
“…mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan…”
(Surah Al-Ahzab ayat 19)


9.Mengumpat :  Berkata dan menyampaikan sesuatu keburukan orang lain yang tidak benar adalah berdosa kerana ia berupa fitnah. Akan tetapi berkata tentang keburukan orang lain yang benar tetap juga mendapat dosa iaitu dosa mengumpat.


10. Hasad Dengki :  Tidak senang dengan kejayaan orang lain. Tidak senang juga jika sesuatu kejayaan itu terhasil di tangan orang lain dan bukan oleh tangannya sendiri.


11. Dusta ; Orang sombong juga suka berdusta, supaya nampak dia lebih baik dan mulia daripada orang 

Sumber: Tanyalah Ustaz

Semoga kita dijauhkan dari mempunyai sifat sombong itu. 
🍃
🍂🍃Jom join telegram
🍃🌸🍂 @DearHati
🍂🌸🍃🍂🍃🌸🍂🍃🍂🍃

Читать полностью…

Healing untuk hati ❤️ | @DearHati

“Terkadang awan tak ingin mengeluarkan hujannya karena takut menyakiti orang yang sedang bersenang-senang diatas sinarnya matahari, namun juga awan tak ingin melihat seorang yang sedang termenung dalam kesedihan dan ia memaksakan diri untuk mengeluarkan hujannya untuk bisa menemani meskipun hanya dengan derasnya hujan”
 
🍃
🍂🍃Jom join telegram
🍃🌸🍂 @DearHati
🍂🌸🍃🍂🍃🌸🍂🍃🍂🍃

Читать полностью…

Healing untuk hati ❤️ | @DearHati

Ayah,

“Dahulu ketika dunia meninggalkan ku, kau hadir terangi hidupku bagaikan mentari bersinar ketikan hujan telah pergi.

Dan kini kau pergi ketikan diri ini ingin berbagi sebuah kejayaan yang telah  ku dapati.

Terkadang dunia ini sangatlah kejam, namun tak layak jika diri ini salahkan kehendak ilahi.

hanya do’a yang bisa kuberi agar perjalananmu menuju ilahi tanpa meninggalkan beban duniawi.”
🍃
🍂🍃Jom join telegram
🍃🌸🍂
@DearHati
🍂🌸🍃🍂🍃🌸🍂🍃🍂🍃
 

Читать полностью…

Healing untuk hati ❤️ | @DearHati

Awak mengharapkan kesempurnaan saya sampai awak lupa bagaimana ketidaksempurnaan saya buat awak jatuh cinta dengan saya. Cela itu sempurna bagi saya. Mungkin bukan di mata mereka. Tapi cukuplah di mata kita. Kerana ini kisah kita. Bukan kisah mereka.
🍃
🍂🍃Jom join telegram
🍃🌸🍂 @DearHati
🍂🌸🍃🍂🍃🌸🍂🍃🍂🍃

Читать полностью…

Healing untuk hati ❤️ | @DearHati

🍃💖 MOTIVASI DIRI 🍃💖

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah.
 

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”
 
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum
tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
 
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
 
4. Membaca Al-Quran
– Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah
“Qulhu-allah” sebanyak 3X.
 
5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
 
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali
mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah
“Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
 
7. Program minda/cuci minda
– Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati

“Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”.

Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).
 
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan
perkara-perkara kejahatan.
 
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
 
10. Kekalkan wuduk.
 
11. Bersedekah.
 
12. Belanja orang makan.
 
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.
 
14. Berkawan dengan ulama.
 
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
 
16. Pesan pada orang, jadi baik.
 
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar
orang mengumpat.💫
🍃
🍂🍃Jom join telegram
🍃🌸🍂 @DearHati
🍂🌸🍃🍂🍃🌸🍂🍃🍂🍃

Читать полностью…

Healing untuk hati ❤️ | @DearHati

Sebahagian kelukaan itu, Allah bagi bukan nak hukum kita.

Tapi dia bagi kita semangat melalui kelukaan. Bagi kekuatan melalui kesedihan.

Itulah nikmat rasa cinta yang Allah nak kita berfikir disebalik yang tersurat itu

Pasti adanya yang tersirat. Wallahu'alam💖
🍃
🍂🍃Jom join telegram
🍃🌸🍂 @DearHati
🍂🌸🍃🍂🍃🌸🍂🍃🍂🍃

Читать полностью…

Healing untuk hati ❤️ | @DearHati

bersyukurlah andai memiliki hati yang sering dilukai, kerana dengannya kita belajar menjadi seorang yang lebih mengerti, memahami dan menghargai."
🍃
🍂🍃Jom join telegram
🍃🌸🍂 @DearHati
🍂🌸🍃🍂🍃🌸🍂🍃🍂🍃

Читать полностью…

Healing untuk hati ❤️ | @DearHati

🍃😱LAWAK SERAM😰🍂

Ketika korang tengah kusyuk buat kerja korang tengah malam tetiba terima mesej

DIK.. TOLONG IKATKAN POCONG KAT KEPALA AKAK NI.. 
TERTANGGAL MASA DIORANG KEBUMIKAN AKAK TADI..
TOLONGLAH DIK… AKAK ADE KAT TEPI TINGKAP NI.. TENGOKLAH!!

Ape korang rasa?😂

🍃
🍂🍃Jom join telegram
🍃🌸🍂 @DearHati
🍂🌸🍃🍂🍃🌸🍂🍃🍂🍃

Читать полностью…

Healing untuk hati ❤️ | @DearHati

WANITA yang BAIK :

~> Solat fardhu cukup 5 waktu.
~> Menutup aurat dengan sempurna.
~> Pandai menjaga tuturkata daripada perkataan yang keji seperti mengumpat, cakap kasar, tinggi suara dsb.
~> Mempunyai sifat keibuan dan penyayang.
~> Boleh melahirkan ramai zuriat.
~> Mahar perkahwinan yang rendah.
~> Pandai menjaga adab pergaulan dan kehormatan diri.
~> Mempunyai sifat malu dan lemah lembut.
~> Pandai memasak.
~> Menghormati ibubapa.
~> Sentiasa berusaha menjadi solehah dari sehari ke sehari walaupun dia jenis biasa-biasa saja..
🍃
🍂🍃Jom join telegram
🍃🌸🍂 @DearHati
🍂🌸🍃🍂🍃🌸🍂🍃🍂🍃

Читать полностью…

Healing untuk hati ❤️ | @DearHati

Pastikan akhirat antara perkara yang kita anggap penting untuk dihabiskan masa dgn nya

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @DearHati

Читать полностью…
Subscribe to a channel