diarisipsiko | Unsorted

Telegram-канал diarisipsiko - Diari K 🎭

807

Apa² yg ada di channel ini hanyalah utk pengetahuan tambahan saja~~ #psikologi no longer active~ lets enjoy our life and live at your own to its fullest!😁

Subscribe to a channel

Diari K 🎭

Senarai istilah / perkataan daripada cabang Psikologi yang kita banyak salah guna tanpa tahu maksud sebenar istilah itu. 😱

Berhenti salahgunakan istilah-istilah ini, please.

1. Sadis 🩸

Contoh, “Sadis betul aku tengok kawan aku sorang ni makan sorang-sorang.”

Ramai nak maksudkan “menyedihkan”, “kasihan” dll.

Tapi sadis kata asal ialah Sadist,

Iaitu seseorang yang dapat keseronokan/nikmat/pleasure dengan menyaksikan kesakitan/penderitaan orang lain.


2. OCD 🛁

“Tolong susun kasut semua tu ikut warna ya. Aku OCD sikit bab-bab ni.”

OCD ialah sejenis penyakit mental. Jangan tertukar dengan personaliti perfectionist.

Everyone has a bit of wanted to see perfection in something. But not everyone has OCD.

It’s a mental disorder.

3. Depress ☕️

“Baca berita sekarang boleh buat rasa depress!”

Asalnya, depress ialah sejenis status emosi seperti sedih, marah, gembira dll.

Tapi zaman sekarang kita perlu sensitif dengan isu Depressive Disorder, sejenis kecelaruan mental.

So elakkan guna depress sesenang hati.


4. Introvert 👤

“Ko tak payah nak introvert sangat, malu nak sembang.”

Introvert ialah sejenis personaliti, bukan kata kerja.

Elakkan guna istilah tu untuk merujuk tak nak bercakap, tak pandai bergaul dll.

Orang introvert pun ada geng dia sendiri yang dia akan banyak cakap.

5. Meroyan 🤰🏼

“Habis meroyan aku tengok kawan semua dah kahwin.”

Nak gambarkan situasi kempunan kesedihan tak dapat kahwin.

NO! Jangan main-main!

Meroyan ialah Postpartum Depression, sejenis kecelaruan mental lepas seseorang ibu bersalin, sebab faktor hormon berubah mendadak.


6. Mental 🧠

“Dia dah start mental dah tu.”

Merujuk kepada “gila”, “masalah psikiatri” dll.

Penyalahgunaan istilah ini bukan di Malaysia je, malah orang putih pun.

Mental secara asalnya tak bawa maksud apa pun. Macam kita sebut roh, jasad, emosi dll.

7. Psiko 🙂

“Belajar Psikologi? Mesti pandai Psiko orang.”

Satu lagi istilah yang aku benci 😓

Merujuk kepada - pandai baca dan kawal pemikiran orang. Sedangkan istilah ini, asalnya daripada “Psyche” iaitu Soul.

Psychology = Study of Soul

Psycho pula macam nak cakap Psychopath. 😈


8. Hyperactive 🙇🏼‍♂

“Anak kau hyperaktif betul kan?”

Aktif dengan hyperactive, LAIN.

Hyperactive ini dah tahap ADHD, iaitu dia TAK MAMPU untuk duduk diam. Bukan Tak Mahu.

Aktif budak, normal.

Hyperactive ini, masalah perkembangan (neurodevelopmental disorder)

@psychopathisyou

Читать полностью…

Diari K 🎭

Amalan Menguatkan Daya Ingatan 💥

🍁OTAK amat penting kerana semua aktiviti dalam badan dikawal oleh organ itu. Otak yang sihat penentu kepada kesempurnaan fungsi organ dan anggota badan lain.

☝️Akan tetapi, ramai antara kita tidak menyedari terdapat amalan seharian yang kurang bermanfaat kepada tubuh turut memberi kesan sampingan terhadap tumbesaran dan fungsi otak.

🍔Amalan- amalan tersebut melibatkan aspek pemakanan, kecergasan badan, pemikiran dan pembentukan hormon dalam badan. Jika amalan kehidupan seharian kita lemah, maka otak juga tidak dapat berfungsi dengan baik.

😱Lebih mengejutkan, ada antara golongan muda pada masa kini menjadi pelupa dan mudah mengalami masalah lemah berfikir.

🤔Namun, masalah-masalah ini bukanlah penyakit yang tidak dapat diubati. Dengan panduan cara hidup yang sihat di sampingpemakanan bermanfaat, otak kita bukan sahaja boleh kembali berfungsi dengan baik malah kekuatannya dapat dilipat gandakan.

👇Berikut adalah beberapa amalan gaya hidup dan pemakanan sihat yang membantu menguatkan memori serta daya berfikir seseorang.

Sarapan 🍜

🍕Sarapan penting bagi memastikan otak mampu berfungsi dengan baik. Individu yang tidak bersarapan akan mengakibatkan kurang kandungan gula dalam darah yang mana penting untuk membekalkan nutrien ke otak.

Jangan merokok ❌

💨Asap rokok mengandungi bahan beracun yang merosakkan sel-sel otak. Selain melemahkan pengaliran darah ke otak, asap rokok juga membawa kepada penyakit berbahaya seperti kanser.

Tidur mencukupi 🌌

🍈Otak yang sihat dan cergas terhasil daripada rehat serta tidur yang mencukupi. Namun, elakkan daripada tidur berlebihan kerana amalan itu boleh mengakibatkan otak seseorang menjadi lemah dan kurang aktif.

Vitamin E dan B12 🥝

🥕Amalkan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin E dan B12 seperti badam, sayur bayam, susu, telur dan banyak lagi. Vitamin-vitamin tersebut amat penting bagi pertumbuhan sel-sel otak danpada masa sama menguatkan daya ingatan.

Amalan membaca 📚

📝Amalan membaca sememangnya terbukti dalam meningkatkan daya kreativiti dan pemikiran. Ini kerana apabila kita membaca, pelbagai informasi akan diserap dan membuatkan otak lebih berfikir serta berimaginasi.

Hirup udara bersih 🍃

🌿Oksigen merupakan sumber penting untuk memastikan otak dapat berfungsi dengan baik. Udara segar membantu meningkatkan kecerdasan otak dan memperbaiki sel-sel otak yang rosak.

#TitianIlmu

@DiariSiPsiko

Читать полностью…

Diari K 🎭

Ku hamparkan tilam dan tidur berdengkur.
Mengingati kisah lama,
Aksara muzik mula menjelma,
Mengingati setiap kenangan dalam bentuk mimpi.

Setiap kenangan, gelak tawa di pertontonkan.
Setiap bibit-bibit kenangan yang timbul, Membuat diriku tak berhenti-henti bercakap,
Setiap dari mereka menconteng setiap kenangan.

Aku juga ingin menconteng kenangan itu, tetapi aku tidak mempunyai marker pen.
Lalu aku hanya memerhati saja whiteboard kelas diconteng.

Aku ketiduran sebentar dan terbangun dalam kegelapan.
Ku sangka bekalan elektrik terputus tetapi sebenarnya syaitan memainkanku.

@DiariSiPsiko

Читать полностью…

Diari K 🎭

Sin Addiction

Ramai dari remaja melakukan dosa yang berterusan sehingga dosa itu menjadi satu ketagihan bagi mereka seperti merokok, dadah, watching pornograpic, etcc...😲

Bagaimana cara untuk menghindar dari melakukan dosa tu?🤭

Caranya adalah berusaha, berusaha sedaya upaya untuk tidak terjatuh dalam kegelapan lagi.

1. Jangan kerap duduk di satu tempat. 🍊

Jangan duduk di satu tempat di mana tempat tu kita terbiasa buat dosa. Jika berada di tempat yg selalu kita buat dosa. Lama kelamaan, fikiran akan terfikir juga untuk melakukan dosa yg diketagihkan. Kerap beralih tempat.

2. Jangan bersendirian 🍇

Being alone is a joke for you. Jika selalu bersendirian dan ditambah pulak tidak kerap beralih tempat. Peluang untuk melakukan dosa yg diketagihkan menjadi lebih tinggi. Cuba untuk duduk di tempat public. Jika tak suka public, duduk di tempat yg senang dilihat orang. Manusia kan pemalu sifatnya. Dengan manusia malu nak buat dosa, dengan Tuhan tak malu pulak 💁🏼‍♂

3. Mengurangi dari melakukan sedikit demi sedikit. 🍎

Jika suka buat dosa tu setiap hari, latih diri untuk tak lakukan selama 3 hari, selepas tu seminggu. Seterusnya katakan pada diri untuk tidak lakukan selama seminggu, sebulan dan seterusnya sampai tak buat langsung. Untuk lebih mudah guna cara 40 hari, Berikan ganjaran pada diri jika tak lakukan selama beberapa hari. Jika masih lakukan ulang balik dari 40 hari sebagai denda. 🤣

4. Ubah habit harian 📖

Mengubah habit harian dapat mengurangkan risiko dari melakukan sesuatu yang tidak diingini. Elakkan dari duduk di tempat yang anda selalu lakukan perkara buruk untuk mengelakkan otak memikirkan sesuatu yang diketagihkan.

Try manipulating your brain a bit. Mana mungkin individu yang mengalami sins addiction terus berubah dengan tidak melakukan sama sekali? Usaha untuk hilangkan ketagihan itu sedikit demi sedikit.

@DiariSiPsiko

Читать полностью…

Diari K 🎭

Sindrom Riley-Day/Sindrom Smith-Magenis 🥭

👉Satu penyakit disebabkan mutasi genetik yang jarang berlaku di mana sesorang itu tidak merasa deria sakit.

Pengidap tidak merasakan apa-apa walaupun tulangnya patah atau badannya cedera. 💢

Kerana tidak dapat merasakan sakit, pengidap tidak menyedari bahawa dia berada dalam kesakitan kerana tidak merasakan simptom yang dialami. Oleh itu, semakin lama dibiarkan tanpa dirawat, penyakitnya menjadi lebih teruk dan boleh membawa maut. 😱

#mutasi

@DiariSiPsiko

Читать полностью…

Diari K 🎭

PUASA DARI PERSPEKTIF PSIKOLOGI DAN PSIKOTERAPI 🌙

🌴Manusia dapat dikatakan mempunyai sifat yang tidak sihat dan akan mengalami pelbagai masalah apabila hati dan akalnya kurang berfungsi sehingga tidak mampu mengawal dan mengendalikan kekuatan nafsunya yang selalu mendorong kepada kejahatan. Menurut pandangan Islam, faktor kurang berfungsinya hati dan akal disebabkan oleh terlalu banyak makan dan minum, pandangan ini didasarkan pada Hadis Rasulullah SAW,

“Janganlah engkau matikan hati dengan banyak makanan dan minuman. Sesungguhnya hati itu seperti tanaman yang akan mati apabila banyak airnya.”
“Hancurkanlah makananmu dengan dzikir dan shalat.Dan janganlah kamu tidur atas makanan (tidur sedang kekenyangan), maka kesatlah
hatimu”
(HR Ath-Thabrani dari ‘Aisyah dengan sanad dlaif)


Luqman Al Hakim, pernah menasihati anaknya dengan mengatakan:

“Wahai anakku! Apabila perutmu telah penuh sesak dengan makanan, maka akan tidurlah fikiranmu, menjadi lemah hikmahmu dan berhentilah (malas) seluruh anggota tubuhmu daripada beribadat kepada Allah SWT dan hilanglah kebersihan hati (jiwa) dan kehalusan pengertian, yang dengan sebab keduanyalah dapat diperoleh lazatnya munajat dan berkesannya zikir pada jiwa.”

☝️Berdasarkan Hadis dan nasihat Luqman Al Hakim di atas, dapat diambil pemahaman bahawa untuk mengembalikan fungsi serta kekuatan hati dan akal agar dapat mengawal dan mengendalikan dorongan-dorongan nafsu dapat dilakukan dengan cara mengurangkan makan dan minum, beserta makanan dan minuman tersebut halal.

👉Mengurangi makan dan minum bukan berarti sekadar mengurangi jumlah makanan dan minuman yang dimakan atau diminum, tetapi dapat dilakukan dengan cara yang mengandungi unsur ibadah, iaitu ibadah puasa, baik puasa wajib mahupun puasa sunat -- contohnyanya puasa sunat pada setiap hari Isnin dan hari Khamis -- yang dilakukan sesuai dengan tuntunan agama Islam.

🌙Puasa merupakan salah satu amalan batin yang tidak perlu diketahui oleh orang lain. Ketika melaksanakan puasa, seseorang harus mampu menahan keinginan-keinginannya, seperti keinginan untuk makan, minum, marah, keinginan nafsu seksual, dan sebagainya. Orang yang melaksanakan ibadah puasa bererti melatih dirinya untuk membimbing atau mengawal hawa nafsu dan menahan diri dari dorongan-dorongan naluri yang bersifat negatif, atau dalam istilah psikologi disebut "self-control"

Читать полностью…

Diari K 🎭

@hadisharian_ikram

Читать полностью…

Diari K 🎭

Enuresis🙇🏼‍♂

Enuresis atau penyakit kencing malam merupakan suatu penyakit tingkah laku yang berlaku kepada kanak-kanak hingga golongan remaja dan golongan warga emas yang sudah lanjut umurnya. Enuresis sering berlaku ketika mereka sedang tidur khususnya pada waktu malam, namun perkara ini kadangkala turut berlaku pada waktu awal pagi atau pada tengah hari dan petang.

Pada kebiasaannya istilah ini dikhususkan kepada mereka yang cukup besar untuk mengawal pengencingan, dan tidak bagi golongan kanak-kanak bawah umur.

#wiki

Читать полностью…

Diari K 🎭

Coronavirus 🦠

Covid-19 adalah salah satu member virus yang bertanggungjawab dalam menyebarkan common cold, SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome) & MERS (Middle East Respiratory Syndrome). Mula menjangkiti manusia pada tahun 1960.

Di China, ada satu pasar yang dinamakan Huanan Seafood Market . Pasar ini menjual haiwan hidup dan exotic seperti kelawar.🦇

Ada yang menyatakan virus corona ada pada haiwan. Virus berpindah dari haiwan ke manusia dengan menyentuh atau memakannya.🧆

Bila manusia makan haiwan ni, ia berpindah pula badan manusia dan mengakibatkan gejala covid-19. Ia juga boleh tersebar melalui udara seperti virus influenza. 🍃

Symptoms 🌡

Batuk kering, demam, kesukaran bernafas, Pneumonia (penyakit jangkitan paru² dari mikrob dan nenyebabkan kesukaran bernafas).

Virus ini mudah menjangkiti golongan tua,👨🏼‍🦰bayi,👶🏼 kanak-kanak 👧🏼 dan mereka yang memiliki sistem immune yang rendah (orang sakit)🤒

Pencegahan 🚫

Oleh kerana mikrob ini jenis virus, telan antibiotic takkan berkesan.

🍊Sentiasa kekalkan kebersihan diri.
🍊Jauhkan dari haiwan liar, binatang ternakan (yang hidup atau yang telah mati mati)
🍊Kerap basuh tangan (kaedah paling berkesan).
🍊Elakkan berada dekat demgan mereka yang mengalami acute respiratory syndrome.
🍊Ber-istinsyaq ketika berwuduk juga dapat mencegah.
🍊Kerap minum air.

Trivia🧐

Nama penuh bagi virus ini adalah "The 2019 novel coronavirus" / 2019-nCoV

Nama virus ini diambil sempena bentuknya yang menyerupai crown. 👑

Sumber:
Peekaboo kidz & Ausum YouTube channel

@DiariSiPsiko

Читать полностью…

Diari K 🎭

Tanda dan gejala
Gangguan Pemikiran

Delusi:

Satu kepercayaan yang kuat tetapi palsu yang tidak dapat digugat oleh pendapat yang waras. Contohnya percaya bahawa orang lain berpakat untuk berbuat jahat kepadanya, percaya bahawa fikiran dan kelakuannya dikawal oleh makhluk luar seperti jin, hantu atau keramat, percaya bahawa ia mempunyai kuasa yang istimewa dan luar biasa.
Sukar untuk menumpukan, membentuk dan mengekalkan arus pemikiran. Pertuturan sukar difahami dan tidak berkaitan dengan soalan
Gangguan persepsi

@Theflwr

Читать полностью…

Diari K 🎭

Gerontophilia?🐣

Gerontophilia adalah keadaan di mana seseorang itu begitu mencintai orang tua atau orang yang telah lanjut usia. Mereka yang mempunyai perasaan ini dinamakan Gerontophile. Mereka bukan sekadar mencintai malah mempunyai sexual interest dengan golongan tua.🌚

Gerontophile berasal dari perkataan greek iaitu "geron" yang bermakna orang tua dan "philie" yang bermakna cinta.

Kebalikan bagi gerontophile pula ialah pedophile (kecintaan pada kanak-kanak)

@DiariSiPsiko

Читать полностью…

Diari K 🎭

Memahami Kanak-kanak Autism 6.0

Mereka tak sukakan perubahan.
Mereka pantang sekiranya kita 'sentuh' barang mereka.

Contohnya,

Mereka simpan barang mainan di sesuatu tempat dengan susunan begitu dan begitu. Jadi sekiranya satu hari kita pergi alihkan, atau main kemudian simpan balik, mereka akan perasan.

Lalu mereka akan marah kerana kita 'langgar privasi' mereka.

Mereka tidak sukakan perubahan tanpa approval mereka.
Mereka suka semuanya statik mengikut susunan mereka.
Kecuali satu hari nanti, mereka sendiri yang mengubahnya.

#ps
#kajimindamanusia

Читать полностью…

Diari K 🎭

Memahami Kanak-Kanak Autism 4.0

Seperti kanak-kanak yang lain, mereka juga punya minat, hobi, imaginasi dan cara tersendiri. Hanya sebab mereka berlainan daripada kanak-kanak tipikal, tidak menjadikan mereka ini tersisih.

Mereka juga perlukan kasih sayang.
Mereka juga perlukan cinta keluarga.
Mereka juga perlukan orang yang memahami mereka.

Saya bukanlah pakar dalam bab ini, malah belum ada pengalaman mempunyai anak-anak Autistic, atau berurusan dengan mereka.

Cara terbaik ialah rujuk kepada pihak yang sememangnya pakar terhadap hal ini.

#ps
#kajimindamanusia

Читать полностью…

Diari K 🎭

Memahami Kanak-Kanak Autism 2.0

Sudah berpuluh-puluh tahun pengkajian terhadap minda manusia dilakukan, namun kondisi Autism masih belum mampu untuk diterjemahkan punca dan ubat nya.

Antara teori yang popular mengenai keadaan Autism ialah :
1. Komunikasi sosial yang kurang
2. Imaginasi sosial yang terbatas
3. Pengulangan aktiviti secara agresif

(Triad of Impairments)

Kerana minda manusia yang pelbagai, tiada jawapan bulat-bulat yang dapat disimpulkan mengenai teori punca Autism boleh terjadi.

Mungkin sudah tiba masa untuk kita menganggap setiap Autism bagi setiap kanak-kanak itu ada keistimewaannya tersendiri.

Dalam erti kata lain, menganggapnya sebagai sebuah spektrum dan bukannya single-cause.

#ps
#kajimindamanusia

Читать полностью…

Diari K 🎭

Kadang-kadang tidak salah belajar tentang mental illness. Ini membantu diri kita untuk lebih memahami pada mereka yang menderita dan mendidik diri untuk tidak menjadi bangsa yang suka menghina,mencela atau golongan yang suka merendahkan penderita tersebut.

Kesan pada penderita tersebut, mereka akan lebih suka berahsia dan takut untuk memberitahu orang lain kerana menganggap mereka akan mengkritik penyakit yang mereka alami.

btw, kita tak boleh nak terus "cop" seseorang tu ada disorder😂

@DiariSiPsiko

Читать полностью…

Diari K 🎭

Perkara yang melemahkan dan merosakkan minda 🐞

Antara perkara-perkara yang boleh melemahkan dan merosakkan otak dan minda kita. Elakkannya..

1.Tidak mengambil sarapan pagi 🍔

Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.

2.Terlebih makan 🤢

Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan,menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus.

3.Merokok 🚬

Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.

4.Mengambil Gula Berlebihan 🍹

Gula yang berlebihan dalam badan boleh menggangu penyerapan protein dan nutrisi.Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5.Menghidu Udara Yang Tercemar 🌫

Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak. Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak.

6.Tidur Yang Berlebihan 😴

Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.

7. Tidur Dengan Menutup Muka 🙈

Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.

8.Kurang Berimaginasi 🌈

Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.

9.Jarang Berfikir ☁️

Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif. Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita berkerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.

10.Tidak Membaca Al-Quran 📖

Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah s.w.t. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.

11.Menonton / melihat gambar atau video prono 🤤

Kajian dan penelitian terbaru menunjukkan, menonton filem porno dapat mematikan bahagian otak yang memproses rangsangan visual. Setidaknya, hal ini terjadi pada wanita. Demikian hasil studi yang dikeluarkan dari University of Groningen Medical Centre di Belanda yang meneliti hal tersebut.

12.Hidu Gam 🕯

Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan seseorang itu ketagihan. Selain itu ia juga akan menyebabkan kerosakan otak yg kekal (gila) dalam masa yg singkat. Penagih akan hilang daya tumpuan, mudah marah, hilang ingatan, hilang kewarasan fikiran keseimbangan badan, dan mengalami kekeliruan serta kemurungan.

13.Minum Arak 🍷

Apabila seseorang meminum alkohol, ia terus bertindak ke atas sel-sel otak dengan merangsang otak itu sebelum mengganggu fungsinya sehingga menyebabkan gangguan kepada penglihatan, hilang ingatan dan seumpamanya. Pengambilan 2 hingga 3 gelas alkohol dalam masa sejam sudah mencukupi bagi menjadikan seseorang tidak stabil. Dalam jangka masa panjang ia boleh merosakkan otak selama-lamanya.

#TitianIlmu

@DiariSiPsiko

Читать полностью…

Diari K 🎭

For your information, akhi sha dah lama meninggal. Doakan dia ya. My first admin in this channel.

Channel ni dulunya channel islamik tapi lama-kelamaan bertukar menjadi channel yg membahas tentang psikologi dan akh sha yg banyak update tentang psikologi.

Bermula dari channel ni, i meet a lot of people. Yang tak nampak di dunia realiti tapi menyerlah di dunia maya. Yang tersembunyi, yg misteri yg psiko.

for legend yg dah lama join channel ni. Sorry for my bad in past. Membebel kalah pompuan haha.

Channel ni penuh dengan memori and i will never delete it.

8 November 2016

Читать полностью…

Diari K 🎭

BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: "Barang siapa mengajak kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala sebanyak pahala yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Sebaliknya, barang siapa mengajak kepada kesesatan, maka ia akan mendapat dosa sebanyak yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun." (HR Muslim No: 4831) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Sesiapa sahaja yang berperanan mengajak, menasihat serta membimbing kepada kebaikan, mereka adalah seorang guru.

2. Guru yang ingin mendapat ganjaran pahala berterusan akan sentiasa melengkapkan dirinya dengan ilmu yang benar sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat.

3. Seorang guru akan sentiasa berusaha gigih dan bersungguh-sungguh menyampaikan ilmu kepada orang lain tanpa mengira penat lelah bagi melahirkan generasi baharu yang berilmu dan memberi impak kepada kehidupan masyarakat dan negara.

4. Guru yang menyampaikan, mendidik dan mengajar sesuatu ilmu yang benar, dia akan mendapat ganjaran pahala sama seperti pahala orang yang beramal dengan apa yang telah diajarkannya itu.

5. Semakin ramai bilangan pelajar yang dibimbing dan diajar melakukan perkara yang baik dan bermanfaat, semakin banyak pahala yang diperolehi secara berterusan.

6. Orang yang mengajar, membimbing dan menunjukkan yang buruk dan jahat, dia akan memperolehi ganjaran dosa sebanyak orang yang mengikuti dan beramal dengannya.

Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

Marilah kita merebut peluang membuat simpanan deposit amal yang berterusan untuk akhirat kita melalui pelbagai medium termasuk menggunakan media sosial seperti FB, WhatsApp, Twitter dan sebagainya. Jadilah kita guru yang mengajar kebaikan dan perkara bermanfaat pada orang lain, bukan sebaliknya.

SELAMAT HARI GURU

al-faqir dr ajmain

Читать полностью…

Diari K 🎭

Hyperlexia 🔡

Hyperlexia atau hypernumeric adalah sindrom di mana kanak-kanak begitu obses dengan perkataan dan nombor. Kanak-kanak yang memiliki sindrom ini gemar membaca dan memiliki kemampuan pandai membaca melebihi rakan sebayanya 😳

Hyper bermaksud lebih baik daripada dan lexia (λεξία) bermaksud bacaan. Kanak-kanak yang mengalami sindrom ini memiliki kemampuan membaca yang luar biasa daripada yang dijangkakan. Namun begitu, kemahiran komunikasi mereka kurang dari kanak-kanak yang normal. Hyperlexia boleh dikatakan satu keupayaan membaca yang luar biasa tanpa kemahiran bahasa dan komunikasi. 🚫

Kebalikan daripada masalah ini adalah dyslexia. 🥬

#gifted
#syndrome

@DiariSiPsiko

Читать полностью…

Diari K 🎭

📚Pengertian sihat sebagai hikmah daripada ibadah puasa sekadar mengandung pengertian sihat secara fizikal/jasmani, tetapi juga mengandung pengertian sihat secara psikis/rohani.

🔎Hasil penelitian Wahjoetomo (1997) dan Najib (1990) menyimpulkan bahwa ibadah puasa bermanfaat untuk meningkatkan kesihatan fizik atau jasmani. Ketika seseorang melaksanakan ibadah puasa, maka terjadi pengurangan jumlah makanan yang masuk ke dalam tubuhnya sehingga kerja beberapa organ tubuh seperti hati, ginjal alan berkurang Puasa memberikan kesempatan kepada metabolisme (pencernaan) untuk berehat beberapa jam sehingga kesan fungsinya akan selalu normal dan semakin terjamin. Di samping memberikan kesempatan kepada metabolisme (pencernaan) untuk beristirahat beberapa jam, puasa juga memberikan peluang kepada otot jantung untuk memperbaiki vitaliti dan kekuatan sel-selnya.

🍃Disamping bermanfaat untuk meningkatkan kesihatan fizik atau jasmani, puasa bermanfaat pula bagi kesihatan psikis. Cott (Ancok & Suroso, 1995), seorang ahli jiwa bangsa Amerika, menyebutkan bahawa pernah melakukan kajian untuk menyembuhkan gangguan jiwa dengan cara berpuasa. Eksperimen tersebut dilaku-kan oleh Dr. Nicolayev, seorang guru besar pada The Moscow Psychiatric Institute. Subjek penelitian dibahagi menjadi dua kumpulam yang sama besar baik usia mahupun berat ringannya penyakit yang diderita.

👥Kumpulan pertama diberi pengubatan dengan ramuan ubat-ubatan, sedangkan kumpulan kedua diperintahkan untuk berpuasa selama 30 hari. Hasil kajian tersebut menyimpulkan bahawa pesakit-pesakit yang tidak boleh disembuhkan dengan terapi medik ternyata boleh disembuhkan denga ncara berpuasa. Cott juga menyebutkan bahawa penyakit susah tidur (insomnia), dan rasa rendah diri juga dapat disembuhkan dengan cara melakukan puasa.

😧Sementara itu Prof. Dr. Dadang Hawari, guru besar psikitari UI Jakarta dalam penelitiannya juga menemukan bahwa gangguan-gangguan jiwa non psikosis (seperti fobia, obsesif kompulasi, panic disorder) dapat disembuhkan dengan terapi puasa, baik puasa ramadhan mauhpun puasa sunat.

#TaubahDanPuasa

@DiariSiPsiko

Читать полностью…

Diari K 🎭

Tip untuk kekal hidrat di bulan Ramadan.

Berikut adalah cara untuk mencapai 8 gelas air kosong sehari.

Jangan minum sekarang pula ya 😁.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Читать полностью…

Diari K 🎭

📝 NOTA POKET RAMADHAN 2020 (INFOGRAPHIC) 🌙✨

Sumber : Jabatan Mufti Negeri Selangor

Читать полностью…

Diari K 🎭

APA PERBEZAAN NOVEL CORONAVIRUS, SARS-COV-2 & COVID-19

🦠 Coronavirus adalah sejenis virus yang telah lama ditemui iaitu seawal tahun 1920-an.

🦠 Terdapat strain coronavirus yang menyebabkan demam selsema yang sering kita dapat.

🦠 Virus sangat mudah bermutasi bermaksud kandungan genetik virus selalu bertukar.

🦠 Apabila penyakit baharu meletus di China telah dikenalpasti ia adalah dari virus coronavirus tetapi bukan dari jenis yang telah ditemui sebelum ini.

🦠 Novel bermaksud baharu.

🦠 Jadi ia dinamakan sementara sebagai 'novel coronavirus' yang bermaksud virus coronavirus yang baharu.

🦠 Nama sebenar virus ini yang telah dinamakan oleh WHO adalah 'SARS-CoV-2' (Severe Acute Respiratory Syndrome-Coronavirus-2'.

🦠 Di dalam Bahasa Melayu bermaksud 'Sindrom Pernafasan Akut Teruk-Coronavirus-2'.

🦠 Virus SARS-CoV-2 menyebabkan penyakit yang dinamakan COVID-19 iaitu Coronavirus Disease 19 (Penyakit Coronavirus 19).

🦠 Oleh yang demikian, nama penyakit dan nama virus punca penyakit telah dirungkai dan kini masa untuk mencari vaksin bagi melawan penyakit ini.

#Sars-CoV-2 #Covid19 #Coronavirus
--
Jom join 👉 t.me/drwanfahmi

Читать полностью…

Diari K 🎭

Halusinasi:

Persepsi yang salah. Contoh: Mendengar suara-suara ghaib bercakap kepadanya atau bercakap sesama sendiri atau membuat ulasan terhadap apa yang dilakukannya sedangkan suara itu tidak didengari oleh orang lain.

Gangguan tingkah laku
Perangai yang pelik dan sering berubah-ubah.
Kurang berupaya untuk melakukan aktiviti harian dengan baik. Menjauhkan diri dari berinteraksi dengan masyarakat (suka menyendiri)

@Theflwr

Читать полностью…

Diari K 🎭

Ciri-ciri SAD (Social Anxiety Disorder)

1. Berasa gelisah ketika berada di tempat keramaian

2. Berasa takut/cemas untuk bertemu orang baru

3. Selalu berasa takut disituasi dimana ketika sedang diperhatikan/dinilai/dikritik

4. Risau mempermalukan diri sendiri

5. Risau jika orang lain akan melihat anda takut/cemas

6. Mengelak untuk menjadi pusat perhatian

7. Mengelak dari kegiatan sosial, walaupun kegiatan sosial itu menyenangkan

8. Mengelak/bersembunyi ketika ada tetamu yang belum dikenali datang ke rumah

9. Takut/cemas menerima panggilan telefon dari orang yang tidak dikenali

10. Takut menatap wajah orang lain

11. Sangat susah berkomunikasi dalam sosial

@DiariSiPsiko

Читать полностью…

Diari K 🎭

Memahami Kanak-kanak Autism 7.0

Autism berada di bawah nama penuh Autism Spectrum Disorder (ASD).

Bermaksud,
Ianya sebuah spektrum, dan bukan single-factor.

Ia juga bermaksud,

Ada pelbagai jenis autism di luar sana, dan setiap autism ada ciri-ciri nya tersendiri, dan ada persamaan sesama mereka.

Contohnya, Asperger Syndrome.

Ianya salah satu sub-jenis autism, yang lebih ke arah kekurangan kanak-kanak daripada segi interaksi sosial dan pergerakan motor badannya.

Kerana itu, mereka kurang dapat memahami perbualan yang berlapik, dan perlukan 'direct answer'. Kerana tumbesaran motor yang terbatas juga menyebabkan mereka ini cuai dan tidak cermat pergerakan badannya.

Tetapi berlainan dengan Autism yang lain, Asperger Syndrome tidak mempunyai masalah daripada segi tumbesaran pembelajaran bahasa.

Jadi, sekiranya anda syaki anak anda mempunyai autism, penting untuk ketahui, Autism yang sub-jenis mana satu. Sebab setiap jenis, berlainan ciri-ciri nya.

#ps
#kajimindamanusia

Читать полностью…

Diari K 🎭

Memahami Kanak-kanak Autism 5.0

Salah satu ciri-ciri Autism ialah mereka akan sangat sukakan perkara sama berulang-ulang (repetitive behaviour).

Contohnya, sekiranya dia sukakan main lego, maka akan sedahsyat-dahsyatnya la beliau bermain lego, sehingga tahap mereka akan jadi 'master' terhadap aktiviti tersebut.

Perkara yang sama juga jika mereka minat melukis. Maka lama-kelamaan, mereka akan jadi sangat 'master' dalam melukis.

Kerana hal ini lah bagaimana dalam sejarah, kita dapat lihat ramai tokoh popular yang Autistic, sangat terkehadapan bakat mereka dalam sesuatu aktiviti.

Albert Einstein dengan formula matematik.
Wolfgang dengan seni muzik.
Isaac Newton dengan kefahaman fizik.

dan ramai lagi.

Hargai mereka. Fahami mereka. Mana tahu, satu hari nanti, kerana keunikan cara mereka melihat dunia, mereka yang akan banyak menyumbang kepada peradaban manusia.

#ps
#kajimindamanusia

Читать полностью…

Diari K 🎭

Memahami Kanak-Kanak Autism 3.0

Walaupun mereka ini dianggap "cacat minda", namun saya tidak bersetuju. Kerana kekurangan mereka dalam perkara asas seharian, mereka mempunyai kelebihan lain yang jauh melangkaui minda tipikal manusia.

Contohnya,

1. Seorang kanak-kanak Autism mampu melukis semula seluruh bandar London secara terperinci dan tepat, berdasarkan memorinya ketika menjenguk bandar itu daripada helikopter.

2. Albert Einstein yang dikatakan lembap (kerana Autism), akhirnya mengejutkan dunia kerana beliau mampu melihat dunia dengan cara yang unik, sehingga mampu berimaginasi ke arah teori-teori yang masih digunakan sehingga sekarang.

3. Mozart juga dikatakan mempunyai ciri-ciri Autism, namun kerana uniknya cara beliau melihat dunia, akhirnya menjadi salah satu lagenda dalam dunia muzik.

4. Isaac Newton juga dikatakan Autistic berdasarkan tingkah lakunya. Namun dek kerana itu, membuatnya mampu untuk mempunyai perspektif unik terhadap dunia ini.

Pendek kata, sebenarnya kanak-kanak Autism ada sesuati potensi besar dalam hidup nya. Seandainya mereka dapat menembusi benteng tersebut, percayalah, pasti akan kejutkan dunia.

#ps
#kajimindamanusia

Читать полностью…

Diari K 🎭

Memahami Kanak-Kanak Autism 1.0

Mengekspresi hati sendiri ke dunia luar merupakan satu perkara asas dan wajib yang mampu dilakukan oleh semua manusia.

Ada orang mengekspresi melalui lukisannya.
Ada orang mengekspresi melalui tulisannya.
Ada orang mengekspresi melalui kata-katanya.

Bagi seorang kanak-kanak istimewa, terutama yang melibatkan kekurangan sosial (contohnya Autism), penyeksaan untuk mereka ialah untuk tidak mampu untuk mengekspresikan hati mereka kepada orang lain.

Akibatnya, kebanyakan mereka akan gunakan lukisan sebagai salah satu cara untuk mengekspresi isi hati mereka.

Tinggal untuk kita membaca ekspresi hati mereka itu sahaja.

#ps
#kajimindamanusia

Читать полностью…

Diari K 🎭

7 sunnah nabi

Beristighar
Menjaga wudhuk
Solat berjemaah
Solat tahajjud
Solat dhuha
Bersedekah
Membaca al-Quran

3 perkara mudah yang boleh dilaksanakan

Puasa 3 hari pada setiap bulan
Selalu solat pagi (solat dhuha)
Tidur dalam keadaan berwudhuk

@DiariSiPsiko

Читать полностью…
Subscribe to a channel