1) APAKAH ITU SABAR?
🌹Dalam perjalanan untuk ke bazaar Ramadan bagi membeli juadah berbuka puasa dengan menaiki motor, tiba-tiba motor yang dinaikinya rosak akibat tayar yang pancit. Lalu apakah reaksi yang beliau alami ketika itu?
Sama ada:
a) Aduhhh!!! Time ni jugalah motor nak rosak, semalam taknak pula waktu aku tak keluar rumah, menyusahkan betul la, haishhh!!!
b) “Innalillahi wa inna ilaihi rajiun, Allahumma ‘indaka ihtasabtu mushibati, fa’jurni fiha wa ‘awwidhni minha. (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan sesungguhnya kami akan kembali kepadaNya. Ya Allah, di sisi-Mu aku rela dengan musibah yang menimpaku, maka berilah aku pahala dan gantilah dengan yang lebih baik.)"
Takpe, mungkin motor aku rosak hari ni ada hikmah di sebaliknya, ujian waktu bulan puasa, aku kena banyakkan bersabar.
🌹Setiap ucapan yang keluar daripada mulut kita bergantung kepada pemikiran kita sama ada positif atau negatif. Namun, sebenarnya sabar bukan setakat bila kita ditimpa masalah atau musibah je tau sahabat sekalian. Sabar ini ada banyak cabangnya. Sabar bila nak melakukan sesuatu kerja atau perkara. Sabar menunggu order makanan kedai sampai. Sabar apabila sedang marah. Sabar menunggu waktu berbuka puasa hehe.
🌹Baiklah, sabar ertinya *tahan menempuh sesuatu yang sukar.* Sabar yang terpuji adalah sabar atas mengerjakan taat kepada Allah SWT, menjauhi segala maksiat yang dilarang-Nya dan sabar atas segala takdir-Nya. Tetapi di antara sifat sabar itu, sifat sabar kerana mengerjakan taat dan meninggalkan maksiat adalah sabar yang lebih utama, lebih utama dari sabar atas segala takdir yang amat susah dan menggelisahkan perasaan.
🌹Sabar adalah merupakan salah satu daripada tangga-tangga ibadat menurut Ahli Sunnah wal Jamaah bahkan ia merupakan darjat dan tangga ibadat yang paling agung. Allah SWT menyebut perkataan sabar lebih 90 kali pada pelbagai tempat di dalam al-Quran. Adakalanya dengan memuji kesabaran itu sendiri, adakalanya juga dengan memuji orang-orang yang sabar di sisi Allah SWT dan darjat apa sahaja yang telah disediakan oleh Allah untuk mereka.
Di dalam Islam, sabar ada tiga darjat:
1️⃣ Sabar terhadap ketaatan.
Darjat sabar yang paling agung adalah sabar terhadap ketaatan. Kerana itulah sabar yang paling agung yang diharapkan, tatkala kamu melaksanakan ketaatan, lalu kamu bersabar terhadapnya dan menyabarkan dirimu, supaya kamu sentiasa tetap melaksanakan sesuai dengan bentuk yang paling sempurna, dengan segala kekhusyukan dan ketundukannya.
2️⃣ Sabar terhadap kemaksiatan.
Sabar terhadap kemaksiatan, iaitu tatkala jiwamu sentiasa menyuruh untuk berbuat kejahatan dan dia binasakanmu, lalu kamu bersabar dan mengharapkan pahala hanya daripada Allah SWT sabar menerima takdir Allah SWT, dilakukan apabila Allah menetapkan takdirnya atasmu dan untuk meringankan dosa-dosamu atau meninggikan darjatmu.
3️⃣ Sabar terhadap ketentuan dan musibah.
Para hamba Allah SWT yang soleh diuji oleh Allah SWT dengan pelbagai musibah. Ada juga yang diuji dengan harta benda dan ada juga yang diuji dengan akalnya sehingga akalnya hilang dan dia menjadi bodoh. Ada juga yang diuji pada tubuhnya, sehingga sebahagian daripada anggota tubuh dan pancainderanya tidak berfungsi.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman jadikanlah sabar dan sembahyang sebagai penolongmu sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.
(Surah al-Baqarah: 153)
┎╌╌╌╌╌╼⃘۪▩⃟꣄ꪾ🕊🈀۪۪̥⫿۪۪⃕⿴͜╾╌╌╌╌╌╌╌╸
🕊 USRAH TEAM AKWA
TAJUK: SABAR ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN
PLATFORM: WHATSAPP & TELEGRAM
WAKTU: 3-4 P.M/SABTU 16 APRIL 2022
NAQIBAH : wawa rozi
@nakpesanboleh @nasihatsentap @notanasihat @gadissolehah
┖╌╌╌╌╌╌╌╼⃘۪▩⃟꣄ꪾ❁⃟݄ࣾ݃⊣╾╌╌╌╌╌╌╌╌╸
@team.akwa
Mari sertai ramai-ramai , jom kongsi-kongsikan😊
Sesiapa nak join group whatsapp :
https://chat.whatsapp.com/DjCmwgroLTxERMvZ8nDAN1
✦🌹 @NakPesanBoleh
3) TIPS UNTUK BERSABAR
🌼Sebenarnya banyak tips untuk kita bersabar, tapi antara yang ana nak kongsikan adalah:
1. DIRI KITA SENDIRI
Maksudnya? Cuba korang perhatikan betul-betul. Api bila ditambah dengan api, makin membara ke malap? Cuba fikir betul-betul.
Mestilah makin membara kan?
🔥🔥🔥
Sebab api dan api kan sama elemen. Cuba api ditambah dengan air? Jadi membara ke malap?
Mestilah malap kan sebab lain elemen.
💧💧💧(apa yang akak cakap ni, saya tak faham)
Hehe jangan pening-pening. Maksud ana di sini adalah bila mana dikaitkan dengan topik sabar tadi, contohnya, adik kita tuduh kita ambil baju dia tapi sebenarnya tak, adik ibarat api sebab dalam keadaan marah.
Jadi kita perlu jadi apa untuk menenangkan keadaan walaupun sebenarnya kita pun tengah marah sebab tiba-tiba kena tuduh. Jadi… kita perlu jadi air iaitu bersabar. Sabar menahan nafsu amarah yang membuak-buak dalam hati sebab kalau kita marah balik sekalipun, tidak semestinya masalah itu bertambah baik tapi makin… ke lautlah hmm…
Apa yang perlu dibuat adalah bincang baik-baik, cari jalan penyelesaian, insyaAllah boleh.
Sebab itu jugalah kita perlu mengubah mindset untuk tidak terburu-buru dalam emosi sebab bila sesuatu yang buruk berlaku, ia ibarat nasi telah menjadi bubur. Maka, bertenang sambil berdoa kepada Allah, “Ya Allah, hanya Kau sahaja tempat aku bergantung, berikanlah aku petunjuk dan permudahkanlah jalanku dalam menyelesaikan masalah ini ya Allah…”
2. MEMPERBANYAKKAN DOA DAN ZIKIR
Betul, doa dan zikir bukan sahaja untuk menambahkan pahala, ia juga mempunyainya banyak fadhilatnya iaitu dapat menenangkan hati yang sedang gelisah ataupun dibadai nafsu marah.
Contohnya:
😡Bila rasa nak marah, jangan berdiri tapi duduk sambil membaca ta’awwuz:
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
“Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.”
Jangan lupa ambil air wudhuk untuk meredakan kemarahan sebab bila kita ambil air wudhuk, automatik kita akan rasa tenang je, percayalah…
.
.
.
😞Bila tengah bersedih, bacalah:
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ نَفْسًا بِكَ مُطْمَئِنَّةً، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ، وَتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ
Allahumma inni as-aluka nafsan bika muthma-innah, tu’minu biliqo-ika wa tardho bi qodho-ika wataqna’u bi ’atho-ika.
"Ya Allah, aku memohon kepadaMu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang reda dengan ketetapanMu, dan yang merasa cukup dengan pemberianMu."
(Hadis Imam Thabrani)
.
.
.
😄Bila melakukan sesuatu kebaikan atau sesuatu yang sukar, kita minta Allah permudahkan.
📗Doa Nabi Musa (Surah Taha: Ayat 25-28)
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي
Rabbish rohli sodri wa yassirli amri wah lul ‘ukdatam millisani yafqohu qauli
“Ya Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku dan bebaskanlah kekakuan pada lidahku supaya mereka mengerti perkataanku.”
Ayat ini adalah doa yang dibaca Nabi Musa a.s ketika nak berhadapan dengan Firaun untuk berdakwah. Untuk itu Nabi Musa berdoa kepada Allah agar dilancarkan lidah ketika berkata-kata.
Ataupun kita boleh membaca:
📙Doa Ashabul Kahfi (Surah Al-Kahfi: Ayat 10)
رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Rabbana aatina min ladunka rahmataw wahaiyik lana min amrina rashada
“Ya Allah, berikanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini.”
Doa ini elok dibaca sebelum memulakan sesuatu urusan untuk memohon kepada Allah SWT supaya segala urusan berjalan lancar.
.
.
.
🌼Baiklah, dalam kehidupan yang penuh pancaroba ini, kita semua tidak akan terlepas daripada kesusahan, tak kira sama ada tua muda, kaya miskin, cantik hodoh. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan tersendiri, setiap orang ada ujiannya tersendiri. Allah SWT dah susun cantik-cantik dah jalan kehidupan kita. Yang penting adalah kita perlu sentiasa bersabar dan bersyukur atas segala ujian yang diberikan oleh Allah dan jangan sesekali mengeluh dengan takdir yang berlaku.
2) 7 KELEBIHAN SABAR
🌸Baiklah, seterusnya, kenapa kita perlu bersabar, apa manfaatnya? Adakah bersabar itu penting?
🌸Cuba korang lihat di bawah, antara 7 kelebihan bersabar yang ana jumpa di satu blog, bila ana baca, ana sangat terkesan dan rasa ingin menjadikan sabar ini sebagai satu sifat yang perlu ana terapkan dalam diri setiap kali ditimpa kemelut atau musibah dalam kehidupan seharian.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
1. Sabar adalah sifat mulia (mahmudah) yang mesti dimiliki oleh setiap umat Islam.
2. Untuk memiliki sifat sabar, perlulah ada latihan yang berterusan.
3. Orang yang berusaha melatih dirinya bersabar dan terus bersabar adalah orang dikasihi serta dekat dengan Allah SWT. Allah memandangnya dengan pandangan rahmat.
4. Orang yang banyak bersabar dalam membentuk dirinya untuk menjadi seorang penyabar (as-Sobirun), tidak akan disia-siakan Allah. Akhirnya, ia akan ditulis di sisi Allah sebagai hamba yang penyabar.
5. Apabila seseorang memiliki sifat sabar, maka ia telah memiliki kebaikan dan keuntungan yang banyak.
6. Apabila seseorang dianugerahkan sifat sabar, maka ketahuilah bahawa Allah SWT mahu memberikan kepadanya manfaat yang besar lagi luas, berpanjangan dari dunia sampai Akhirat.
7. Antara keutamaan sifat sabar ialah:
a. masuk syurga tanpa hisab (perhitungan)
b. diampunkan dosa-dosa yang lalu
c. memilliki iman yang sejati
Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:
“Orang ramai dari golongan Ansar meminta-minta daripada Rasulullah SAW. Lalu baginda memberi permintaan mereka. Kemudian mereka meminta lagi. Baginda memberi lagi permintaan mereka, sehinggalah habis apa yang ada pada baginda. Baginda bersabda: Apa pun kebaikan yang ada padaku, maka aku tidak akan menyembunyikannya dari kamu sekalian. Sesiapa yang menjaga kehormatan diri, maka Allah akan menjaga kehormatan dirinya. Sesiapa yang berpada iaitu berpuas hati dengan apa yang ada maka Allah mencukupkannya. Sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menganugerahkannya kesabaran. Seseorang itu tidak dikurniakan sesuatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas selain daripada sabar.”
Hadith Sahih Muslim : 1745
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
🌷Sahabat semua sihat?
🌷Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua.
🌷Rasa bosan sekarang? Jangan risau, mari ana kongsikan serba sedikit ilmu untuk korang semua.
🌷Yang mana boleh dijadikan iktibar dan pengajaran, boleh ambil ya. Yang mana ana ada merapu tu, abaikan sahaja hehe.
🌷Kalau ada salah silap, tegurlah kerana kita semua hanya manusia biasa yang tidak terlepas daripada kesilapan.
🌷Baiklah, mari kita mulakan perkongsian ini dengan ummul kitab iaitu surah Al-Fatihah.
.
.
.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴿١﴾
1) Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ ﴿٢﴾
2) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ﴿٣﴾
3) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ ﴿٤﴾
4) Yang menguasai di Hari Pembalasan.
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾
5) Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾
6) Tunjukilah kami jalan yang lurus,
صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ﴿٧﴾
7) (Iaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
.
.
.
🌷Alhamdulillah, yang mana dah baca, jangan lupa selawat:
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
meet.google.com/bhb-objg-ueq
najmu lail 🌃
9.30 ( Perempuan Sahaja ) 💫
🍯💕
@GadisSolehah