🩹 ⨾ Percaya atau tidak? Setelah sekian lamanya diri menghadapi ujian yang menyedihkan dan kini berhasil menjadi orang yang begitu kuat. Mampu menghadapi segala ujian tanpa memerlukan bantuan.
Percaya atau tidak? Hingga saat ini kita masih mampu berjalan dan melalui liku-liku takdir yang perit untuk ditelan.
Percaya atau tidak? Yang kita sebenarnya insan yang kuat. Mampu melangkah jauh tanpa merisaukan apa erti kata jatuh. Kerana hati sudah selesai mempelajari ujian yang telah berjaya membentuk diri;
-Menjadi insan yang kuat
꒰ @haatikuatt 🖇 ꒱
Jangan memilih aku jika pada orang lainnya kamu masih saja menyerahkan hati.
꒰ @haatikuatt 🖇 ꒱
Akan ada satu hari, semuanya akan lenyap dan aku akan bangkit kembali seperti biasa.
Akan aku terus utuh tanpa berpegang pada apa2 lagi janji selebihnya akan lebih memilih untuk memikirkan diri sendiri.
꒰ @haatikuatt 🖇 ꒱
Akan ada harinya kita akan berasa jatuh-sejatuhnya..
Akan ada satu saatnya, putus asa itu sebagai jalan terakhir kita..
Kembali bangkit tapi akhirnya jatuh semula.
Kekuatan takkan hadir jika tiadanya satu impian. Jangan menyerah dan jangan sesekali mengaku kalah. Dan ingat, mencari sokongan dari seseorang bukanlah beerti yang kita ini seorang yang lemah...
꒰ @haatikuatt 🖇 ꒱
🩹 ⨾ Ada banyak jenis sakit. Terkadang "sakit" yang ada memerlukan ubat untuk membaik.
Tapi ada juga sesetengah "sakit" yang memerlukan masa juga ketenangan untuk kembali pulih.
꒰ @haatikuatt 🖇 ꒱
Macam mana nak ajar diri kita untuk jadi lebih kuat?
Belajarlah dengan pengalaman yang ada. Bukannya kita tak mampu. Kita sebenarnya mampu tapi kadang kita lebih memilih untuk mengikut kata hati untuk mengalah dipertengahan jalan.
Cuba pun belum, sudah mengalah dengan diri sendiri.
Ada satu hal yang kita risaukan. Mungkin tentang masa depan atau masa lalu yang menghantui diri walaupun segalanya telahpun berlalu.
Namun kita tidak sedar akan satu perkataan iaitu TAKDIR yang sepatutnya memberikan kita nafas lega dan kepercayaan akan sesuatu yang bakal kita genggam satu saat nanti.
Lama saya menghilang dari channel ni. Dan sudah tentu terlalu banyak hal yang kita semua sudah lalui. Pahit manis kehidupan bercampur baur seperti tiada noktah.
Akan ada harinya sebentar sahaja kita berehat dari masalah dan besoknya satu hal lain pula datang menyinggah huru hara kan suasana hari yang pada awalnya cerah.
Tapi sedar tak, semuanya kita mampu lalui sehingga sekarang. Walhal di benak fikiran mulanya berfikir akan menyerah.
🩹 ⨾ belajar redha dengan segala ketentuan yang telah Dia tetapkan. Hadirkan rasa tenang, lalu kembali melangkah mengejar impian.
꒰ @haatikuatt 🖇 ꒱
🩹 ⨾ akan ada satu hari nanti kamu bisa mengerti mengapa ini yang terjadi.
꒰ @haatikuatt 🖇 ꒱
🩹 ⨾ lepaskan suatu yang sia-sia dan ikhlaskan segala hal yang menjadi punca sakit kita selama ini.
꒰ @haatikuatt 🖇 ꒱
🩹 ⨾ lelah yang merundung kita ini akan berlalu. Cuma perlukan sedikit masa untuk sembuh.
꒰ @haatikuatt 🖇 ꒱
Pungguk akan tetap rindukan bulan.
Cuma terkadang tertanya adakah bulan merindui pungguk sepertimana pungguk merindukan bulan?
꒰ @haatikuatt 🖇 ꒱
Kadang Allah tarik cinta kita kepada dunia itu adalah satu nikmat yg sangat besar tanpa kita sedar.
Cuba fokus jalan je akhirat inshaAllah hati akan sentiasa hidup tanpa sedikit pun perasaan bosan, hidup terasa cukup, dan segalanya seakan bahagia walaupun tanpa siapa-siapa.
꒰ @haatikuatt 🖇 ꒱
Jangan terus bersedih dalam kenangan dan hal silam. Bimbang hal itu akan terus membawa kebuntuan dan menghalang diri kita untuk kembali bahagia seperti sebelumnya.
Segala perit,kecewa,sedih yang kita ada sekarang bukan menjadi satu kesalahan, ianya normal dan kebiasaan kerana kita hanyalah seorang manusia biasa. Tetapi untuk terus berada dalam kesedihan itulah satu hal yang salah.
Jangan terlampau memaksa diri. Perlahan ya? Kembali segarkan diri dan berazam untuk kembali tersenyum seperti selalunya.
Jangan pendam ya? Kerana hal itu akan terus menyakitkan. Luahlah biar sakitnya semakin kurang dan pulih walau mengambil masa yang agak panjang..
Kita semua berhak bahagia
꒰ @haatikuatt 🖇 ꒱
How you feel when you can't easily forget on someone? It's hurt right?
Day by day..you just missed on someone who already gone.
But you know, this is life..non stop give us a lot of lesson...
꒰ @haatikuatt 🖇 ꒱
🩹 ⨾ Perpisahan mengajar kita untuk lebih menghargai.
Perginya seseorang dalam hidup kita mengajar bahawa tiada yang akan terus kekal bersama.
Kecewa mengajar untuk kita tidak berhenti berharap.
Pedihnya kehilangan mengajar apa itu erti kesabaran.
Jangan memilih untuk terus bersedih. Jangan langsung memilih untuk berputus asa dipertengahan jalan. Akan sampai satu saatnya nanti semuanya akan kembali berbayar dengan satu kebahagiaan..
꒰ @haatikuatt 🖇 ꒱
Andai kata hidup kita tidak berpenghujung, tiada istilah hidup dan mati. Adakah kita masih memilih untuk berserah dan mengalah?
Atau masih adakah lagi keputusan menamatkan hidup sendiri di akal dan benak fikiran?
Berjumpa dengan seseorang bukanlah sekadar takdir.
Tetapi dengan pertemuan itulah yang akan mengajar kita sesuatu dalam hidup.
Adakalanya pertemuan dengan dia menjadi satu sejarah hitam atau sekadar ujian dan pengajaran. Tapi ada sesetengah dari mereka yang hadir membuahkan senyuman dan kebahagiaan.
Ujian hidup hadir dalam pelbagai bentuk yang sukar untuk kita jangkakan. Boleh jadi hal yang buruk itulah jalan mencapai kebahagiaan, jadi belajarlah lapangkan dada dalam menerima segala ketentuan.
Kita tidak asing lagi tentang perihal takdir yang kadang menguntungkan atau kadang datangnya menyedihkan.
Tapi kita lupa bahawa ada kalanya yang menyedihkan itulah jalan bagi datangnya kegembiraan. Dan kegembiraan yang datang pada awalnya berakhir dengan satu kehancuran.
Kita bukannya tak boleh lalui segala itu, tetapi kita cuma perlukan kekuatan dan sokongan untuk terus melangkah mengharungi segala yang berlaku dan bakal berlaku.
Читать полностью…🩹 ⨾ tidak semua hal akan bergerak sesuai keinginanmu. Tetapi segala hal yang berlaku pasti terbaik buat dirimu.
꒰ @haatikuatt 🖇 ꒱
🩹 ⨾ andai diamnya aku menjadi satu kebahagiaan, biarkan aku berlalu pergi tanpa sebarang kata-kata kutinggalkan.
꒰ @haatikuatt 🖇 ꒱
🩹 ⨾ hiraukan kata orang, teruskan melangkah hingga akhirnya kita mampu membuktikan kejayaan diri kita yang hanya berpijak atas kaki sendiri.
꒰ @haatikuatt 🖇 ꒱