hatikuhatimu | Unsorted

Telegram-канал hatikuhatimu - 💖PuiSi cInT@fAzD💞

10458

Aku "RAPUH" tanpa cintaMu, "Keikhlasan" adalah bukti "kesabaran" yg sejati.. For swap pm : @fazd_fadz Groupchat join us: @cuit2cinta

Subscribe to a channel

💖PuiSi cInT@fAzD💞

"Setiap langkah kebaikan
akan menghasilkan keredhaan
Setiap langkah kemungkaran
akan menghasilkan kemurkaan..."🍃💕

@hatikuhatimu

Читать полностью…

💖PuiSi cInT@fAzD💞

RASA MANIS IBADAH YANG HILANG

قال الإمام ذو النون المصري ثوبان بن إبراهيم المتوفى سنة 246 هجرية رضي الله عنه :

سقم الجسد في الأوجاع
وسقم القلوب في الذنوب
فكما لا يجد الجسم لذة الطعام عند سقمه
كذلك لا يجد القلب حلاوة العبادة مع الذنوب

Berkata Imam Dzun Nuun Al-Mishri Tsauban bin Ibrohim (Wafat 246 H) R.A :

Sakitnya jasad dikarenakan penyakit-penyakit
Sakitnya hati dikarenakan dosa-dosa
Sebagaimana jasad tidak mendapati rasa lezat makanan saat sakit maka seperti itu pula hati tidak akan merasakan manisnya ibadah jika disertai banyaknya dosa-dosa..🍃💕

@hatikuhatimu

Читать полностью…

💖PuiSi cInT@fAzD💞

WASIAT NASIHAT IMAM ABUL HASSAN ALI ASY SYAZULI MAKA PERHATIKANLAH...

Al-Qutub ar-Rabbani al-'Arif al-Wali al-Imam al-Muhaqqiq Sayyid Abul Hasan Ali asy-Syazuli al-Hasani (593H-656H) radhiyallahu 'anhu, pengasas Tariqat Syazuliyyah berkata:

1) Tasawuf itu ialah melatih jiwa di atas dasar perhambaan serta mengembalikannya (supaya tunduk) kepada hukum-hakam Ketuhanan.

2) Jika anda melihat seseorang meninggi diri dengan ilmunya, maka jangan anda merasa aman dengan kejahilannya.

3) Jika anda melihat seseorang mendakwa selain daripada apa yang diucapkan oleh Nabi sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam, maka orang itu ialah pembuat bida'ah.

4) Jika seorang sufi itu tidak melazimi sembahyang lima waktu secara berjemaah, maka jangan pedulikan dia.

5) Ada satu perkara yang boleh menghapuskan amalan. Kebanyakan orang tidak menyedari perkara ini. Perkara itu ialah marah terhadap ketentuan Allah Ta'ala. Allah 'Azza wa Jalla berfirman, mafhumnya: "Itu adalah disebabkan mereka benci terhadap apa yang telah diturunkan oleh Allah, lantas Dia menghapuskan amalan mereka." [Surah Muhammad: 9].

6) Ilmu itu tidak akan bermanfaat jika disertai dengan empat perkara (iaitu):
- Cintakan dunia,
- Lupakan akhirat,
- Takutkan kefakiran,
- Takutkan manusia.

7) Jangan berterusan melakukan maksiat kerana orang yang melanggar batas-batas (yang telah ditetapkan oleh) Allah Ta'ala ialah orang yang zalim. Orang yang zalim tidak berhak menjadi pemimpin.

8) Siapa yang meninggalkan maksiat, bersabar dengan ujian Allah Ta'ala serta yakin dengan janji-janji Allah, maka dia adalah pemimpin yang sebenar walaupun pengikutnya sedikit.

9) Jangan anda bersahabat kecuali dengan orang yang memiliki empat sifat (iaitu):
- Pemurah ketika miskin,
- Memaafkan kezaliman orang lain (terhadap dirinya),
- Bersabar di atas bencana,
- Redha terhadap ketentuan Allah Ta'ala (baik atau buruk).

10) Jika anda ingin memperolehi khusyuk (dalam ibadah), maka tinggalkan pandangan yang berlebihan. Jika anda ingin mendapat hikmah, maka tinggalkan ucapan secara berlebih-lebihan.

11) Jika anda ingin mengecapi kemanisan ibadah, maka tinggalkan makan secara berlebih-lebihan. Anda mestilah berpuasa, berqiyamullail dan bertahajud. Jika anda ingin dipandang hebat, maka tinggalkan gurauan dan ketawa (secara berlebihan) kerana kedua-duanya menjatuhkan kehebatan anda (pada pandangan manusia). Jika anda ingin disayangi (oleh orang ramai), maka tinggalkan keinginan (yang melampau) terhadap dunia.

12) Jika anda ingin memperbaiki keburukan diri sendiri, jangan mencari-cari keburukan orang lain kerana perbuatan ini adalah sebahagian daripada cabang nifaq sebagaimana berbaik sangka (terhadap orang lain itu) adalah sebahagian daripada cabang iman.

Semoga bermanafaat.🍃💕

Susunan: Tn. Hj. Ir Alias Hashim Asy Syattari

#notatasawwur

@hatikuhatimu

Читать полностью…

💖PuiSi cInT@fAzD💞

"Beza garam dengan
gula adalah pada rasa
Bukan rupa. "

"Beza kita dengan manusia
adalah pada amal dan takwa.
Bukan pada followers. "!!!🍃💕

😢

@hatikuhatimu

Читать полностью…

💖PuiSi cInT@fAzD💞

"Mencari ketenangan itu bukan dengan "PERGI"
tetapi dengan "kEMBALI"...
Kembalilah ke dalam diri mu..
Carilah di mana ALLAH di hati mu...
Sesungguhnya ketenangan ada di situ.,."🍃💕

-KEMBARA KASIH,MUSAFIR CINTA-

@hatikuhatimu

🌳 @fazd_fadz 🌳

Telegram.me/hatikuhatimu

Читать полностью…

💖PuiSi cInT@fAzD💞

Tanyakan saja

Tentang langit yang kau pertanyakan keabsahannya dalam mengambil keputusan perihal kehidupan yang kau jalani di dunia sudahkah kau menemui atau mendapatkan jawabanya!?

Jika belum

Bertanyalah pada hati bukan akal

Sebab akal berbatas indera kasat mata terkungkung penilaian absurd nan abstrak

Bilapun pertanyaan mu pada hati masih saja ada kabut abu abu menyelimut karena hasud

Mintalah pertimbangan jiwa
Jika jiwa tak sanggup berkata kata
Pasrahkan saja pada yang kuasa

Mintalah pengganti akal hati dan jiwa..🍃💕

@hatikuhatimu

Читать полностью…

💖PuiSi cInT@fAzD💞

TANDA HATI KITA INI KERAS

1- Apabila ada perkara kebaikan kita berlambat2.
2- Apabila ada perkara buruk kita bersegera dan berseronok dengannya.
3- Apabila kita diberi nasihat kita marah dan benci.
4- Apabila nampak keaiban orang lain kita sebarkan agar tertutup keaiban kita.
5- Apabila kita berhadapan dengannya kita memujinya dan apabila dibelakangnya dicelanya.

Semoga kita terpelihara semuanya.🍃💕

-Ustaz Mustafa Kamal-

#notatassawuf

@hatikuhatimu

Читать полностью…

💖PuiSi cInT@fAzD💞

"Cinta itu membebaskan.
Jika ia kembali,
Itulah cinta sejati..."🍃💕

@hatikuhatimu

Читать полностью…

💖PuiSi cInT@fAzD💞

Hati mula berkata-kata
Cintakah dia padaku
Sayangkah dia padaku
Atau sudah berubah mengikut masa

Hati berkata lagi
Kenapa terasa seperti hambar
Kenapa rasa seakan berubah
Sayang yang dulu tiada lagi

Kata hati lagi
Adakah aku yang bersangka sangka
Adakah aku yang berubah
Sungguh sulit rasa ini

Hati terus berkata
Setiala selagi dia setia
Setia la selagi tiada kata putus dari nya
Teruskan..Jangan bersangka sangka
Pujuk hati..

~TasbihSuci🌹🍃

@sayapilusi_fazd

Читать полностью…

💖PuiSi cInT@fAzD💞

Pernah rasa tak?

Nak menangis hati sebak
tapi air mata tak keluar?
Itu maksudnya kau seorang yang lemah
dan suka memendam,

Menangis dalam diam..🍃💕

@hatikuhatimu

Читать полностью…

💖PuiSi cInT@fAzD💞

Suasana disekeliling
Terasa sepi dan hening
Suara sayu menjaring
Mencetus rasa ingin mendamping.

Lagu irama saling mengiring
Sayu suasana sekeliling
Merayu berdoa menjaring
Dipalu bergema menyaring.

Cetusan rasa hati dipalu
Menetus rasa rindu padaMu
Menjirus kata bermadu
Melurus jalan padaMu.

Cetusan cinta dihati
Merasakan nikmat abadi
Menjelma diri bersinar peri
PadaMu hanya diri ini

Menebus diri menjurus hati
Melurus diri merumus peri
Mencetus hati menggabus puji
Menetu cinta sejati

💐💐💐💐💐💐💐💐💐

#jentayu

@sayapilusi_fazd

Читать полностью…

💖PuiSi cInT@fAzD💞

Assalamualaikum..

Selamat beristirehat🍃💕

OPEN PROMOTE!!!
PROMOTE BACK!!😒

-3pm-9pm
Pm admin😘

@fazd_fadz

🌳💕🍃💕🍃💕🍃💕🍃💕🌳
🌳

Читать полностью…

💖PuiSi cInT@fAzD💞

Sang Pedang Allah

Dia... Yang tak pernah gentar melawan musuh. Tak pernah hilang dalam semangat tuk memukul mundur musuh dihadapannya. Dan tak pernah berfikir tuk kembali pulang hanya karena melihat lawan yang lebih banyak dan lebih kuat darinya.

Dia... Khalid bin Walid. Sang Pedang Allah. Sebelum keimanannya, dia lah yang menporak-porandakan pasukan Islam dalam perang uhud. Kecerdasannya dalam taktik perang, dapat menduduki tempat pasukan Islam di atas bukit. Hingga kekalahan didapat oleh pasukan Islam dalam perang uhud kala itu.

Namun, saat keimanan telah mendarah-daging dalam hatinya, pasukan Islam-lah yang tak pernah tergoyahkan.

Dalam perang Mu'tah, Rasulullah mengirim pasukan Islam ke tanah Syria. Beliau menunjuk tiga panglima yang akan menggantikan posisi yang lainnya. Panglima pertama adalah Zaid bin Haritsah. Kalutnya suasana di medan perang menjadikannya gugur syahid disana. Bendera pun diambil oleh panglima ke-2, Ja'far bin Abi Thalib. Bendera yang di pegang tangan kanannya terlepas bersama dengan tangannya yang terputus. Tak ingin menyerah, diambil lagi benderanya dengan tangan kiri. Tapi, tertebas pula tangan kirinya. Hingga diapitnya bendera itu disela-sela tangan dan dadanya. Namun, gugur lah pula ia di tempat itu. Sebagai panglima ke-3 yang dipilih oleh Rasulullah, Abdullah bin Rawahah mengambil bendera itu. Menyerang musuhnya tanpa ampun. Tak terelakkan, benderanya terjatuh bersama syahid yang menjemputnya.

Mengetahui bendera terjatuh, Tsabit bin Arqam mengambilnya. Dia melarikan kudanya ke arah Khalid dan menyerahkan bendera itu. Khalid yang merasa masih baru masuk Islam menolak pemberian itu. Lalu Tsabit berkata, "Ambillah, anda yang lebih tahu muslihat perang daripada saya. Demi Allah, saya tidak akan mengambilnya kecuali untuk diserahkan kepada anda." Dia pun berseru kepada seluruh pasukan Islam, "Sediakah kalian berada di bawah pimpinan Khalid..???!!!" Mereka pun serentak menjawab, "Setuju..!!!!"

Dengan gesit, panglima baru ini melompati kudanya, mendekap bendera itu dan mencondongkan ke arah depan layaknya hendak mendobrak semua pintu yang terkunci.

Rasulullah yang berada di Madinah menceritakan jalannya perang itu. Mulai dari terbunuhnya Zaid bin Tsabit, Ja'far bin Abi Thalib, dan Abdullah bin Rawahah. Setelah itu beliau berkata, "Kemudian, panji itu diambil oleh suatu pedang dari pedang Allah. Lalu Allah membukakan kemenangan di tangannya."
Itu adalah awal terbukanya kemenangan pasukan Islam di bawah kepemimpinan Khalid. Hingga saat Rasulullah telah wafat, pasukannya adalah pasukan yang paling ditakuti oleh musuh-musuh Islam.

Sumber: Rijal Haula Rasul🍃💕

@hatikuhatimu

Читать полностью…

💖PuiSi cInT@fAzD💞

Biasakan bibir dengan selawat.
Basahkan hati dengan istighfar.

Selawat,selawat,selawat.
Istighfar,istighfar,istighfar.

Kenapa kita selalu tekankan dua perkara ajaib ni?

Kerana pada selawat ada keberkatan yang tak ada pada amalan lain, antaranya ilmu mudah untuk sampai ke dada serta tenang,

Kerana pada istighfar fadhilatnya tidak mampu menandingi amalan lain, antaranya Allah memudahkan urusan kita.

Sebab itu selawat dan istighfar ni teramat2
penting buat kita semua....

Kalau stress atau ilmu susah nak masuk,
amalkan lah ia.Biar jadi terapi untuk diri kita.

Cubalah,inshaAllah🍃💕

#salamjumaat

@hatikuhatimu

Читать полностью…

💖PuiSi cInT@fAzD💞

"Kita sentiasa cuba dan cuba

memenangi hati orang.

Tapi ...

ada kah kita memenangi si

pemilik hati.. (Allah) "🍃💕

@hatikuhatimu

Читать полностью…

💖PuiSi cInT@fAzD💞

Sejauh mana kita merasa
Kasih sayang ataupun suka
Bagaimana kita mentafsirkannya
Bolehkah diterjermahkan dengan kata-kata..

Suka ada ketika
Sayang bila dah mesra
Kasih rindu terasa
Cinta adalah segala

Cinta tidak ada kata yg menepati
Cinta tidak hanya letak dihati
Cinta dibawa mati
Pengorbanan sebagai bukti..

Perletakkan pada cinta
Barulah tepat tempatnya
Cinta yg tiada tara
Cinta pada yg ESA

cinta yg sejati
Cinta pada Illahi
Cinta yg membawa erti
Cinta yg abadi..

💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐

#jentayu8

@sayapilusi_fazd

Читать полностью…

💖PuiSi cInT@fAzD💞

Dan hari ini sudah ku susun segalanya menjadi cerita. Setelah sekian waktu sekian lamanya kamu menunggu akhirnya aku memilih untuk menjadikan kamu sebagai lagenda yang paling agung.
Di sisa2 waktu yang entah bila ku temui penghujung.

Tulus,..🍃💕

@hatikuhatimu

Читать полностью…

💖PuiSi cInT@fAzD💞

Kau hanya perlu duduk diam dan memerhati,
Suatu hari nanti,
Kau akan lebih memahami,
Mengapa perlu diharungi.

"Kerana ia sudah tertulis dan direncanai." 🍃💕

#ts

@hatikuhatimu

Читать полностью…

💖PuiSi cInT@fAzD💞

Kelak...
Sayatan2 yang kau torehkan menjadi penghalang rasa yang masih saja mengendap dan selalu muncul ke permukaan lalu lenyap dalam sekejap..🍃💕

@hatikuhatimu

Читать полностью…

💖PuiSi cInT@fAzD💞

Suka buka kesukaan,
Sayang bukan kesayangan,
Kasih bukan pujaan,
Cinta bukan percintaan.

Kesukaan tiada tara,
Sayang hanya sementara,
Kasih yg tidak membara,
Hanya cinta yg melara.

Aku ingin cinta..
Aku ingin setia..
Membara tiada tara..
Membawa erti bahagia..

Mencari pengertian cinta
Suka dinafsu semata
Sayang difikiran
Kasih mengharap setia
Cinta juga kekal selamanya..

💐💐💐💐💐💐💐💐💐

#jentayu8

@sayapilusi_fazd

Читать полностью…

💖PuiSi cInT@fAzD💞

Tenang saja...
Dihujung kelam ada terang,
Bila seutas tambang kau runut hingga hujung memanjang,

Diamlah...
Ketika perjalanan itu tanpa pertanyaan,
Sebab seulas gumam akan mengaburkan
bisikan Tuhan..🍃💕

@hatikuhatimu

Читать полностью…

💖PuiSi cInT@fAzD💞

Semoga patah hati ini bisa menyadarkan kita bahwa Allah sedang menguji kekuatan kita..🍃💕


💪

@hatikuhatimu

Читать полностью…

💖PuiSi cInT@fAzD💞

Apa guna kencang berkata2
jika tindak laku tidak semegah kata2...🍃💕

@hatikuhatimu

Читать полностью…

💖PuiSi cInT@fAzD💞

Diperlukan dua orang untuk menemui kebenaran,
Satu untuk mengucapkannya dan satu lg untuk memahaminya..🍃💕

@hatikuhatimu

Читать полностью…

💖PuiSi cInT@fAzD💞

Segenggam hati didada kiri,
Peluk erat diiringi air mata.
Hati terluka bukan tanda berputus asa,doa ku lafazkan moga satu hari disatukan .🍃💕

@hatikuhatimu

Читать полностью…

💖PuiSi cInT@fAzD💞

Assalamualaikum...

📢✨📢✨📢✨📢✨📢✨

✍promote close✍😊

Terima kasih pada yg memberi kerjasama..
Gembira dapat membantu..😘

🍃💕🍃💕🍃💕🍃💕🍃💕💕🍃💕🍃💕

Читать полностью…

💖PuiSi cInT@fAzD💞

Roh itu suci,
Hantar kemari,
Huni satu jasad berhati,
Punya semangat untuk berdiri
Satu langkah bermula.
Tiada berpaling semula,
Terus membuka mata,
Gagahi diri meneroka,

Langkah itu berat,
Diatur agar tidak salah,
Difikir agar tidak terpesong,
Dicari agar dapat kembali,
Langkah tiada terkira,
Gila jika mengira,
Hanya ditoleh untuk introspeksi
Bila diri dikhianati,
Nafsu dan aspirasi,

Langkah suci dijaga sukar,
Dilupa pudar,
Digilap mekar,
Langkah sayu,
Langkah pilu,
Langkah yang tiada perlu,
Kuat,
Teguh.
Tabah,
Langkah dan terus, melangkah..🍃💕

#kembarakasihmusafircinta

@hatikuhatimu

Читать полностью…

💖PuiSi cInT@fAzD💞

"Jadilah peramah jangan jadi pemarah. Ramah tamah itu adalah satu ibadah. Senyum manis itu adalah juga satu sedekah. MARAH itu mudah, tapi SABAR itu lebih INDAH."🍃💕

#salamjumaat

@hatikuhatimu

Читать полностью…

💖PuiSi cInT@fAzD💞

Ada dua sebab kenapa orang stalk kita,

1. Suka kita.
2. Tak suka.

Motifnya ada dua,

1. Membetulkan kesilapan kita.
2. Mencari salah kita.

Asbabnya juga ada dua.

1. Bahagia dengan kita.
2. Dengki dengan kita.

Yg ni hati2,jangan jadi
musuh dalam selimut🍃💕

@hatikuhatimu

Читать полностью…

💖PuiSi cInT@fAzD💞

"Ikhlas kau menerima takdir akan menyusul takdir yang lebih indah pada sebelumnya.. "

InShaAllah..🍃💕

😔

@hatikuhatimu

Читать полностью…
Subscribe to a channel