"Wahai Tuhanku! Sayangilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidikku semasa kecil." Aamiin❤️
Читать полностью…This doa so powerfulll🥰❤️. Boleh amalkan time pagi atau sebelum study. Selamat beramal! Semoga Allah beri apa yang kita target!. Aamiin
@Hawapejuangakhirat
Assalamualaikum! Jangan lupa al kahfi. Lupa nak ingatkan😂❤️.
Salam penghulu segala hari!
@Hawapejuangakhirat
Surat cinta dari-Nya..
Semoga kita mendapatkan syafaat Al-Qur'an di hari akhirat nanti. Subhanallah Aamiin Ya Allah. 🥰
Disaat masih diberikan peluang untuk melihat, membacanya. Hargailah masa ini. Move!
-𝓜𝓲𝓼𝓼𝓴𝓪𝓽𝓪
@HAWASHARE
Walaupun diri kita penat, sakit dengan jalan penghijrahan yang kita lalui. Jangan berpaling. Teruskan perjalanan. Kerana penat dan sakit yang kita rasa sekarang, Allah akan beri ganjarannya tersendiri. Dah nama pun ganjaran, conferm besar ganjarannya,
Sabar ya 🥺. Kita sama sama berhijrah❤️. Allah sentiasa bantu. Kuatkan hati. Segala masalah, mengadu pada Allah. Dia sentiasa mahu mendengar rintihan hambanya🥰,
Jangan putus asa sekarang. Percayalah. Bila penghijrahan kita berjaya. Pasti kita sendiri akan gembira dan bangga dgn diri kita,
Yakin pada diri aku boleh buat. Boleh tak? Kita jalani hijrah ini sama sama❤️. Semoga syurga ada tempat untuk kita bersama 😊🤍,
KeepQowiy!
-𝓟𝓾𝓽𝓮𝓻𝓲𝓦𝓪𝓵𝓲𝓭𝓤𝓶𝓶𝓲
@HAWASHARE
Tolong, jangan mensia-siakan waktu yang ada ini. Jangan membiarkan matinya kita dalam keadaan hati yang 'mati'.
Tetaplah berbuat benda baik. Teruslah. Sentiasa doa supaya kita meninggal dunia dalam keadaan Husnul Khatimah ( dalam keadaan yang baik ) Aamiin Ya Allah. Kalau dulu kita lalai, so sekarang start balik mula jadi lebih baik. Usaha. Allah pandang usaha hamba-Nya. Setiap kali hampir jatuh, ingatkan diri, " Allah sayang aku, Allah pandang usaha aku. Jadi aku mesti teruskan berjuang! "
Moga penatmu mendatangkan bahagia di sana❤️
-𝓜𝓲𝓼𝓼𝓴𝓪𝓽𝓪
@HAWASHARE
Assalamualaikum,
Jom baca surah Al-Fatihah sama-sama. Niat , " Kerana Allah, aku nak sedekahkan untuk diri aku sendiri, buat ibu bapaku, buat hambaMu Ya Allah." Aamiin. ❤️
Fikir sebelum buat sesuatu. Sebab, once kita pilih untuk buat. Kita juga pilih untuk tanggung risikonya. So, pastikan mental and fizikal dah ready untuk terima baik buruk apa yang kita buat. Lepastu sila stop merungut. Sebab kita yang pilih bukan orang lain yang pilih untuk kita,
Okay?
-𝓟𝓾𝓽𝓮𝓻𝓲𝓦𝓪𝓵𝓲𝓭𝓤𝓶𝓶𝓲
@HAWASHARE
Disamping percaya setiap langkah itu adalah kejayaan, kita perlu berhati-hati jua dengan fatamorgana dunia. Agar hati tidak dirobek selepas mengecapinya,
-𝓟𝓾𝓽𝓮𝓻𝓲𝓦𝓪𝓵𝓲𝓭𝓤𝓶𝓶𝓲
@HAWASHARE
Cubalah lawan kemalasan tu, gantikan dengan kerajinan. Tak rugi pun. Pahala bertambah dosa berkurang, ticket ke syurga tu!
Fighting!
-𝓟𝓾𝓽𝓮𝓻𝓲𝓦𝓪𝓵𝓲𝓭𝓤𝓶𝓶𝓲
@HAWASHARE
Dia duduk di atas sejadah sambil memegang kitab suci Al-Quran dan termenung. Teringat dia perbualan bersama rakannya tadi.
"Kalau sesuatu benda kita hilang atau seseorang selama ini ada bersama kita tiba-tiba pergi, adakah akan datang kembali?"
"Yang hilang dan berlalu mungkin tak akan datang kembali. Tetapi mungkin awak akan sesuatu yang lebih baik. Jika bukan esok, mungkin nanti. Meskipun hari ini bakal berlalu dengan kita kehilangan sesuatu, siapa tahu esok yang tiba akan membawa sesuatu yang lebih baik buat kita?" Ujar rakannya sambil tersenyum.
"Sama halnya dengan cinta?" Dia menyoal lagi.
"Iya. Mungkin benda yang kita hilang hari ni, kita cuma guna sementara. Mana tahu lepas ni kalau kita ada benda lain, kita akan pakai dalam tempoh masa yang lama? Begitu juga cinta. Mungkin yang pergi itu cinta, tapi yang akan datang nanti jodoh. Mungkin hari ini kita kehilangan orang yang kita sayang, tapi nanti akan datang seseorang yang bakal menyayangi kita sepenuh hati,"
So be patient. And love yourself.
#lovefromAllah ❤️
SharingfromAbook
-𝓜𝓲𝓼𝓼𝓴𝓪𝓽𝓪
@HAWASHARE
Just wonder la, orang kata kalau kita rasa selesa dengan orang tu, kalau kita selalu terserempak dengan orang tu. Means dia jodoh kita,
Jap, nak tanya. Habistu kalau kita rasa selesa dengan ramai orang. Means, orang tu jodoh kita? Kalau kita terserempak dengan ramai orang lain masa tanpa sengaja. Means dia jodoh kita?
wow wow, berapa ramai jodoh kita ni? Hadehhh zaman sekarang. Mudah percaya dengan mitos aih😂.
Brothers and sisters, nak tau dia jodoh kita tu senang je. Bila dia nikah dengan kita. Tulah jodoh kita. Even tunang. Belum tentu dia jodoh kita, tunangkan sebagai satu ikatan dan tanda. Nikah tu sebetulnya🤍🥰
So ada faham?
-𝓟𝓾𝓽𝓮𝓻𝓲𝓦𝓪𝓵𝓲𝓭𝓤𝓶𝓶𝓲
@HAWASHARE
Percaya yang Allah ada aturannya tersendiri. Bersyukur dan redha. InsyaAllah, Allah akan beri yang terbaik!
-𝓟𝓾𝓽𝓮𝓻𝓲𝓦𝓪𝓵𝓲𝓭𝓤𝓶𝓶𝓲
@HAWASHARE
Jangan terus tersekat dengan mimpi yang tidak menjadi. Melangkahlah. Ada yang lebih baik pada masa hadapan. InsyaAllah.
-𝓜𝓲𝓼𝓼𝓴𝓪𝓽𝓪
@HAWASHARE
Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. Awak kena ingat satu perkara ni, Allah sayang kita. Maka berdoalah padaNya setelah awak berusaha. Fighting yeahh!
❤️
-𝓜𝓲𝓼𝓼𝓴𝓪𝓽𝓪
@HAWASHARE
Assalamualaikum, Salam sabtu. Hari ni mcm nak spend time dgn korang. Nak cerita pasal tajdid niat and perbaiki doa. Tapi tulah aku kena susun balik time and siapkan kerja yang ada dulu baru boleh buat story time dengan korang
InsyaAllah. Cerita ni agak menarik. Cuma minta doa. Doakan aku dipermudahkan urusan, sentiasa bersemangat dan dilindungi oleh Allah. Doakan ya🥰🤍
StayTuned❤️
@Hawapejuangakhirat
Buat wanita!
Tip menjadi wanita solehah menjaga aurat
berpandukan syariat-Nya.
1. Memakai pakaian yang menutup
aurat, kecuali muka dan kedua-
dua tapak tangan.
2. Memakai pakaian yang legap, tidak
berbayang, dan tidak mengikut
bentuk tubuh.
3. Memilih pakaian yang longgar
dan selesa.
4. Memakai wangian cukup untuk
dihidu oleh diri sendiri.
5. Berhias lebih khas untuk tatapan
suami sahaja.
Selamat mengamalkan perbuatan yang baik-baik! 🥰
-𝓜𝓲𝓼𝓼𝓴𝓪𝓽𝓪
@HAWASHARE
Meh dengar bagi sesiapa yang tak tau solat sunat taubat, moga Allah terima taubat kita,
Aamiin
Nak cakap ni🥰,
Jahil mana pun kita, sebanyak mana pun dosa yang kita buat, sejijik mana pun diri kita yang sentiasa bergelumang dgn dosa,
Once terdetik dalam hati nak berubah, ketahuilah awak sangat beruntung kerana Allah memilih awak untuk Dia beri tauffiq dan hidayah,
Maka, cepat cepatla bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Tak usah katakan 'nanti' pada taubat. Rasa nak berubah, terus mohon pada Allah,
Cuma... Jangan sesekali kita katakan " Allah terima ke taubat pendosa macam aku? Jijik, banyak buat dosa... Ada lagi ke peluang untuk aku? ". Allahurabbi😅,
Awak, Allah tu Maha Pengampun. Walaupun dosa hambanya seluas lautan. Tak usah berfikiran negetive terhadap Allah. Apa yang kita perlu buat. Bertaubat dan YAKIN pasti Allah terima taubat aku,
Hadis Nabi. Hadis soheh. Nabi kata apa? Nabi kata... Sangkaan Allah berada dalam sangkaan manusia.
Apa maksudnya? Means. Kalau itu yang kita sangka. Maka itu yang kita dapat. Ni hadis soheh tau. Bukan dhaif. So? Perlu ke menyangka perkara yang kita sendiri taknak ianya berlaku? Sebabtu kita kena sangka baik baik. Yakin yang Allah akan menerima taubat kita,
Okay dah sekarang? Dah yakin? Ada rasa bersemangat untuk kembali kepangkal jalan? Harapnya ada ya,
Jangan risau🥰🤍. Allah sentiasa ada bersama sama orang yang membuat kebaikan. Apatah lagi orang yang berjihad meninggalkan dosa dan berusaha mencari pahala. Besar ganjarannya,
Kitakan orang islam. Adanya doa untuk meluahkan. Adanya doa untuk meminta. Allah pasti akan kabulkan doa kita semua,
Aku doakan, kita semua berjaya kembali kepangkal jalan dan sentiasa kuat melalui penghijrahan dan peperangan medan jihad yang sedang kita lalui. Aaamiin☺️
KeepFighting and NeverrrGiveup!🤍🥰
-𝓟𝓾𝓽𝓮𝓻𝓲𝓦𝓪𝓵𝓲𝓭𝓤𝓶𝓶𝓲
@HAWASHARE
Pernah dengar seorang ustaz ni cakap,
Orang yang rasa Allah sentiasa bersama dia. Allah tidak akan tinggalkan dia. Allah akan jaga dia. Sayang dia.
Masyaallah🥰
-𝓜𝓲𝓼𝓼𝓴𝓪𝓽𝓪
@HAWASHARE
Tau tak jihad yang paling besar adalah, jihad melawan nafsu. So apa yang nak jelaskan kat sini. Berjuang lah melawan nafsu,
Akui ia memang susah. Nak lawan nafsu makan pun susah. Kan? Sekejap nak makan itu, sekejap nak makan ini. Kalau boleh semua nak makan sedangkan Nabi Muhammad S.A.W kata, berhentilah makan sebelum kenyang,
Nafsu ni banyak sangat. Luas. Tapi nak cakap. Berusaha untuk tidak membenarkan nafsu mengawal diri. Berusaha untuk tidak membenarkan nafsu melebihi batas,
Kamu, berjuanglah. Lawan nafsu tu walaupun ia sukar. Kerana setiap pengorbanan yang kita perjuangkan, Allah pasti akan memberi ganjaran yang besar buat kita,
Jangan pernah mengalah. Minta bantuan Allah. Doa. Doa. Doa.
Fighting! Remember yang Allah sentiasa bantu kita dalam membuat kebaikan dan Allah suka, Allah cinta hambanya yang berjuang ke arah kebaikan,
If you want. You can. Believe yourself. You can do it 🤍🥰
-𝓟𝓾𝓽𝓮𝓻𝓲𝓦𝓪𝓵𝓲𝓭𝓤𝓶𝓶𝓲
@HAWASHARE
Ambil kata-kata kawan kita itu dan jadikan ia sebagai peringatan agar dosa lama tidak berulang.
Ingat... setiap yang terjadi ada pengajaran di sebaliknya. Jangan terlalu terasa hati tetapi berfikirlah secara positif agar unsur-unsur yang negatif itu kita boleh jadikan kekuatan bagi memperbaiki diri menempuh masa hadapan yang lebih mencabar. Don't give up dear!
Keep calm. Redha ")
❤
-𝓜𝓲𝓼𝓼𝓴𝓪𝓽𝓪
@HAWASHARE
Kadang, kita jarangg bersyukur dengan apa yang kita ada. Yang orang lain nak sangat apa yang kita ada tu. Tetapi kita, selaalu merungut dengan apa yang kita ada dan tak ada.
Bahagia itu,
Tak memerlukan kelengkapan yang sangat sempurna dalam hidup. Tapi memerlukan seseorang yang sentiasa 'bersyukur' dengan setiap nikmat yang dia dapat.
Jom start bersyukur, stop merungut.
Samalah dengan melakukan solat. Allah masih bagi kita peluang untuk solat ni. Jangan lepaskan peluang yang ada. Move!
#lovefromAllah 🥰
-𝓜𝓲𝓼𝓼𝓴𝓪𝓽𝓪
@HAWASHARE
Yang dilihat tabah hari ini,
Mungkin telah jatuh bersama luka semalam,
Yang dilihat sedih semalam,
Ternyata sedang berbahagia hari ini ya,
Sungguh, kuasa Dia. Tetap percaya dan berdoa.
Perjalanan hari-hari kita tidak sama. Berbeza. Tetapi kita berada di destinasi yang sama. Destinasi yang sementara ini. Sedarlah. Move!
Tujuan sebenar kita adalah nak Allah sayang kita. Dan kita sayang Allah. Setiap keputusan yang kita lakukan, semestinya mendahulukan apa yang Allah redhai. Subhanallah ❤️
-𝓜𝓲𝓼𝓼𝓴𝓪𝓽𝓪
@HAWASHARE
Pernah dengar tak orang cakap "eleh single tak laku la tu. Cuba tgk mcm aku, lepas break up beratur orang nak aku"',
ofcos pernah kan? Tipula tak pernah🤨. Haa kalau pernah korang rasa apa? Down? Sedih? Ke cool je, tak kisah orang nak cakap apa?,
Yang cool je and ignore toksik yang cakap anda tak laku tu anda the best! Tapi yang down, sedih. Pasaipa? Dude!
Tau dak kita single bukan sebab tak laku. Bukan sebab tak cantik. Bukan sebab tak hendsem. Bukan sebab tak sempurna. Bukan sebab tak layak untuk ada orang yang mencintai kita. Bukan sama sekali!
Tapi sebab apa?😊
Sebab Allah nak jaga kita daripada jatuh cinta pada yang bukan milik kita,
Allah nak jauhkan kita dengan orang yang salah,
Allah nak jaga hati kita dari berada dalam kemaksiatan,
Allah nak jaga hati kita supaya tidak terluka,
See?
Couple tu kan haram even tak chat ke, tak jumpa ke, selalu ingatkan orang yang kita sukan jgn lupa solat ke. Selagi mana ada perkataan couple! Masih hukumnya haram! No couple islamik. Celah mana islamiknya kalau ada baki sisa zina?
So
Bukan sebab tak laku. Allah ada aturan yang terbaik untuk kita. Allah dah tulis dah, jodoh kita di luhmahfuz. Apa yang kita perlu buat sekarang, berdoa dan baiki diri ke arah yang lebih baik. Supaya jodoh kita adalah orang yang soleh atau solehah,
Ingat diri kita adalah cerminan jodoh. Nak yang terbaik, jadi yang lebih baik😇🤍,
Dah takmo risau risau, fokus impian. Baiki diri. Tuntut ilmu! Jaga mak ayah. Syurga kita tu! Itu yang penting. Jodoh ni, tolak tepi dulu. Bila sampai masa, Allah datangkan lah, ada tak kemana punn. Doakan untuk jodoh awak juga even tak tahu siapa, hokeyyy?❤️
Keepfighting!
Jangan sendu sendu😜😂
-𝓟𝓾𝓽𝓮𝓻𝓲𝓦𝓪𝓵𝓲𝓭𝓤𝓶𝓶𝓲
@HAWASHARE
Hey, redha. Sabar. Diri kita ni adalah sebaik baik kejadian yang Allah dah jadikan. 'Kesempurnaan' takkan pernah ada dekat kita. Tapi mesti bersyukur dengan setiap yang kita ada. Hanya mesti usaha jadi 'lebih baik' dari diri yang 'lalai' dulu.
-𝓜𝓲𝓼𝓼𝓴𝓪𝓽𝓪
@HAWASHARE
Things will be in a different way some days, so no giving up now. Forever. Okay!
❤️
-𝓜𝓲𝓼𝓼𝓴𝓪𝓽𝓪
@HAWASHARE
Terkadang kita kena ingat yang kehidupan bukan seindah mimpi yang kita harapkan. penuh muslihat dan tipu daya. cabaran yang akan membungkam hati manusia. Itulah isian dunia,
Tidak semua manusia kuat untuk hadapi rintangan bukan? Ya. Itulah hakikatnya. Jika dengan tangisan mampu membuatkan kau kembali kuat, menangislah. Tapi kau perlu tahu yang kita masih ada Allah untuk mengadu. Ketika kau sakit dengan dunia, percayalah tiada siapa yang pedulikan kau kecuali Allah. Dia Maha Mengetahui ;
KeepStrongh❤️
-𝓟𝓾𝓽𝓮𝓻𝓲𝓦𝓪𝓵𝓲𝓭𝓤𝓶𝓶𝓲
@HAWASHARE
Kamu tidak pernah tahu betapa kuatnya kamu sehingga menjadi kuat adalah satu-satunya pilihan yang kamu ada.
Moga-moga kita sentiasa dikurniakan kekuatan oleh Allah untuk menghadapi hidup ini. ❤️
Aamiin.
-𝓜𝓲𝓼𝓼𝓴𝓪𝓽𝓪
@HAWASHARE