Buang ego, terima kesalahan dan cuba berubah. Usah terlalu banggakan ego kau sehingga mencalarkan jiwa-jiwa lain. Takut kau yang ditinggalkan kerana jatuh di dalam genggaman ego sendiri. Masih ada masa, cuba berubah. Kalahkan ego dengan kasih sayang. Hasil yang sangat indah di penghujungnya bakal kau jumpa.
-𝓜𝓲𝓼𝓼𝓴𝓪𝓽𝓪
@HAWASHARE
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Majlis Bacaan Yasin Perdana SPM 2020 Anjuran Yayasan Pelajaran MARA bersama Naufal Isa akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 20 Februari 2021
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 malam
Sasaran : Para guru, ibubapa, murid-murid dan seluruh rakyat Malaysia.
Sahabat-sahabat juga boleh niatkan nama waris @ keluarga @ kawan yang ditimpa musibah. InsyaAllah kita akan sama-sama niatkan kebaikan untuk semua.
▶️ Siaran Langsung di FB Page YPM 👇
https://www.facebook.com/ypm.org.my/
Ayuh sama-sama kita memeriahkan majlis ini. Semoga Malaysia dipelihara Allah daripada segala bahaya dan diangkat Covid-19 dari bumi Malaysia tercinta.
Bagi manusia yang ingin menyebarkan ilmu, menjadi manusia bermanfaat untuk orang lain,
Ketahuilah, ia tidak diukur dengan umur. Tapi diukur dengan ilmu, effort dan pemikiran manusia itu sendiri,
Tak usah bimbang tentang umur. Sebab kematangan sendiri dilihat dari segi pemikiran bukan faktor umur,
So nasihat saya, tak usah ragu ragu untuk bina permulaan buat diri. Dari sekecil niat sebesar pahala kita dapat,
Doakan saya!
@Hawapejuangakhirat
Assalamualaikum saya nak minta maaf kepada semua yang mengenali mahupun tidak mengenali. Maaf andai sepanjang saya berbicara, sepanjang perkenalan kita mahupun singkat atau lama- ada perbuatan atau percakapan yang terguris hati anda semua, ada menyakiti anda semua maafkan saya. maaf juga jika tersilap pandang, terkasar bahasa, terngumpat, terfikir buruk kepada anda semua. Mahupun saya mengenali atau tidak mengenali. Maafkan saya. Saya akui ketidak kesempurnaan diri saya, kelemahan saya adalah salah saya sendiri. Saya minta maaf. Doakan yang terbaik dan yang baik baik untuk saya (izzah). Doakan saya (izzah) dan kawan kawan dapat menjawab spm dengan baik dan cemerlang. Doakan kami diberi kesihatan dan ilmu yang cukup. Aamiin YRA. Terima kasih🥺🤍
Читать полностью…"Aku nak kau ingat. Setiap apa yang kau nak buat. Letakkanlah Allah pada dasar yang paling tinggi. Iaitu fikir, sama ada Allah akan redha atau murka? Ya, kita memang selalu buat kesalahan. Tapi tak mungkin kita nak lakukan kesalahan berulang kali. Sebab itulah penting untuk meletakkan Allah di setiap tindakan kau. Sebab yang izinkan semuanya berlaku itu ialah Allah. Redha. Tak rugi. Malah kau akan sentiasa disayangi." Lembut Fifi bersuara menasihati sahabatnya. Kemudian tersenyum manis.
Noted : Letakkan Allah pada dasar yang paling tinggi. InsyaAllah moga kita sentiasa dipermudahkan segala urusan yang baik-baik, aamiin 🥰
-𝓜𝓲𝓼𝓼𝓴𝓪𝓽𝓪
@HAWASHARE
Agama tidak melarang sesuatu perbuatan,
Kalau perbuatan itu tidak merusak jiwa.
Agama tidak menyuruh,
Kalau suruhan itu tidak membawa selamat dan bahagia jiwa.
-BuyaHamka
Subhanallah ❤️
-𝓜𝓲𝓼𝓼𝓴𝓪𝓽𝓪
@HAWASHARE
11 February 2021
Bunga nak subur di siram di baja, tapi iman dan hati manusia nak kukuh kena selalu beramal. Itu bezanya,
@Hawapejuangakhirat
@HAWASHARE
baca doa ni setiap pagi. Moga Allah jauhkan kita dari memiliki ilmu yang tidak baik dan kurniakan kita ilmu yang bermanfaat serta rezeki yang baik dan amalan diterima Allah. Aaamiin,
Jangan lupa amal ya❤️
Salah satu cara nak 'love yourself' adalah berhenti membezakan diri awak dengan orang lain yang terlihat lebih 'perfect' dari awak. Padahal hakikatnya, dia manusia juga.
Kamu dah cukup okay dah tahu?
Stop kisahkan apa yang dia ada. Tapi start bersyukur dengan apa yang kamu ada. Pejam mata, ingat balik setiap nikmat yang menggembirakan hati kamu. Ingat tak?
Sekejap,
Masih ada diri sendiri?
Masih diberikan peluang bernafas?
Masih diberikan peluang untuk solat? Alhamdulillah kalau ada tu, syukur.
Terus jalani hidup ni tau. Jom, dah boleh start rancang setiap hari nak buat aktiviti apa yang bermanfaat. Cuba catit sikit note kecil. Fight! ❤️
الله أكبر
اللهم صل على سيدنا محمد
-𝓜𝓲𝓼𝓼𝓴𝓪𝓽𝓪
@HAWASHARE
Mampu mencintai tidak bermakna mampu membahagiakan, ingat tu. Sebab bahagia itu bukan hanya pada indahnya cinta, sebaliknya redha Tuhan.
Jadi, bergantung haraplah pada Dia. Dan jaga diri baik-baik. Okay! 🤜🤛
-𝓜𝓲𝓼𝓼𝓴𝓪𝓽𝓪
@HAWASHARE
Dia itu Maha Mendengar. Berdoalah seikhlasnya, sehingga tergapai apa yang didoakan jika itu yang terbaik untuk kamu. ❤️
-𝓜𝓲𝓼𝓼𝓴𝓪𝓽𝓪
@HAWASHARE
Kepada subscribers yang aku kasihi. Anda semua mcm keluarga dan sahabat aku. Buat sementara waktu quotes (𝓟𝓾𝓽𝓮𝓻𝓲𝓦𝓪𝓵𝓲𝓭𝓤𝓶𝓶𝓲 ) akan jarang update sehingga 15/3/2021. Owner mintak maaf sangat sangat dgn kekangan yang ada.
Doakan owner dipermudahkan menjawab exam selama dua bulan. Dapat result cemerlang. Tipu kalau tak rindu. Sungguh rindu nak share ilmu, bagi motivate dekat korang. Tapi tulah kena focus sekejap. InsyaAllah lepas je habis exam, korang akan ada new activiti yang admin and owner akan buat. So stay tuned. Semasa ketiadaan aku, have fun and hayati quotes admin ya. Ada apa apa problem boleh pm admin misskata terus.
Yang dari first channel ditubuhkan still stay dengan kami. Terima kasih sangat sangat sudi support penulisan and sedikit motivation dari kami. Aku doakan, semoga korang sentiasa kuat dengan ujian yang akan datang dan diberi iman dan taqwa yang utuh disaat kehidupan bergelora. Aaamiin YRA.
Jaga diri, jaga iman yang penting jaga hati dan taqwa.
Faithfully from owner,
@Hawapejuangakhirat
Tunggu aku ya!
Diri aku juga tergapai-gapai menjadi seorang manusia yang tidak berkeluh kesah. Juga kamu. Moga Dia izinkan perkara itu berlaku. Ingin sekali aku menjadi seorang yang lebih bekerja keras di jalan mencapai redha-Mu. Moga diizinkan juga, aamiin. Hai penduduk yang sedang bersinggah di dunia ini, terima kasih dan maafkan aku. Bukan ingin menjadi pecinta dunia yang sementara, tapi ingin menjadi pecinta Allah dan kekasih-Nya. Moga ini adalah luahan hati kamu dan aku, dimakbulkan untuk mencintai apa yang Ilahi cintai. Aamiin. Jangan putus asa!❤
-𝓜𝓲𝓼𝓼𝓴𝓪𝓽𝓪
@HAWASHARE
Kalau sakit itu mampu menghapuskan dosa. Tak mengapa aku rela. Kerna aku tahu, aku seorang pendosa. Harapan aku, sakit yang datang mampu membawaku kesyurga firdausi,
-𝓟𝓾𝓽𝓮𝓻𝓲𝓦𝓪𝓵𝓲𝓭𝓤𝓶𝓶𝓲
@HAWASHARE
Nak kehidupan ceria. Cuba ceriakan diri dulu. Isi rohani supaya kita tak rasa kosong dalam hati. Buang perkara negetif. Ambik side yang positif☺️. Sentiasa sayang diri. Jangan blame diri kalau apa yang kau target tak jadi. Sebaliknya ambik yang jernih and jadikan yang keruh tu sebagai pengalaman dan pengajaran. Bina kehidupan baru,
Diri kita, layak bahagia❤️. Diri kita layak gembira. Bagi peluang pada diri untuk hidup selesa. Bagi peluang pada diri untuk tersenyum saat adanya sinaran.,
Belajar untuk bersyukur walaupun sekecil nikmat. Kerana dari kecil boleh menjadi sebesar nikmat. Kita hanya berdoa tapi Allah itu memberi❤️🥰,
-𝓟𝓾𝓽𝓮𝓻𝓲𝓦𝓪𝓵𝓲𝓭𝓤𝓶𝓶𝓲
@Hawapejuangakhirat
@HAWASHARE
Tunjukkan teladan yang baik supaya teladan itu diikuti oleh orang yang melihatnya.
-𝓜𝓲𝓼𝓼𝓴𝓪𝓽𝓪
@HAWASHARE
To all my subscribers, if you felling down, sad, worried something you donno or know, felling unwell,
I suggest you to try calm down yourself with listen or read surah Toha. The power of Surah Toha, MasyaAllah,
goodluck!
-𝓟𝓾𝓽𝓮𝓻𝓲𝓦𝓪𝓵𝓲𝓭𝓤𝓶𝓶𝓲
February 2021;
Tinggalkan kelalaian,
Tambah ketakwaanmu.
Kelalaian?
Contohnya, media sosial. Kalau media sosial ni lah yang buat kita lalai, tinggalkan dia seketika ya. Jernihkan balik dengan amal kebaikan.
Boleh nak guna media sosial, syaratnya adalah hati-hati dan jaga batas diri. Limit kan masa tengok media sosial ( kalau benda yang tak berfaedah ).
Tambah ketakwaanmu.
Gunakan media sosial sebagai jalan untuk jadi lebih baik, dengar tazkirah, cari motivasi, dapatkan tips-tips atau apa apa lah. Tu contoh. Jaga diri baik-baik. Kita sayang kita.❤️
-𝓜𝓲𝓼𝓼𝓴𝓪𝓽𝓪
@HAWASHARE
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima. Aamiin.
-𝓜𝓲𝓼𝓼𝓴𝓪𝓽𝓪
@HAWASHARE
Mulakanlah sesuatu untuk diri sendiri mencari masa depan yang lebih baik.
We have to make a new beginning. Try to change. For ourselves. ❤️
-𝓜𝓲𝓼𝓼𝓴𝓪𝓽𝓪
@HAWASHARE
Jom sama-sama. Berhenti pandang masa lepas sehingga kau jatuh terleka. Tapi mula bergerak ke masa depan dengan lebih terbaik. It's for yourself. Be happy. Okay?
-𝓜𝓲𝓼𝓼𝓴𝓪𝓽𝓪
@HAWASHARE
11 February 2021;
Take what Allah gives you and be happy with it, even He gives you trial.
Alhamdulillah.
-𝓜𝓲𝓼𝓼𝓴𝓪𝓽𝓪
@HAWASHARE
Jangan menyerah,
Tetap bangkit,
Teruskan usahamu,
Kekal berdoa,
Agar kejayaan dalam genggamanmu dengan izin-Nya. ❤️
-𝓜𝓲𝓼𝓼𝓴𝓪𝓽𝓪
@HAWASHARE
Wahai pemilik mata yang cantik jagalah mata kamu untuk pandangan yang selayaknya. Kerana mata itu berharga. Hingga boleh menyenangkan hati manusia,
-𝓟𝓾𝓽𝓮𝓻𝓲𝓦𝓪𝓵𝓲𝓭𝓤𝓶𝓶𝓲
@Hawapejuangakhirat
@HAWASHARE
Sebelum mata tertutup untuk kau dan aku berehat seketika daripada penat lelah dunia. Aku nak pesan kepada semua sahabat akhirat aku ni❤️
Jangan lupa al khafi🥰🤍 dah boleh start baca malam ni. Sampai esok sebelum asar.
Selamat beramal!
@Hawapejuangakhirat
Last quote before aku busy🥺❤️
Walaupun beribu batu langkah yang kita jalani. Rintangan dan cabaran pasti akan ada dihadapan. Sama ada paku, kaca atau duri. Pasti akan ada,
Disaat itu, berjalanlah dengan penuh sabar dan berhati hati. Minta bantuan dari Tuhan. Agar setiap langkah sentiasa dilindungi dan dibantu oleh Sang Pencipta yang Maha Mengatur.
Tak usah berpaling. Tapi meneruskan perjuangan. Kerna pengorbanan yang kau usahakan kini, akan menjadi tonggak kejayaan kau akan datang. Meskipun perit, percayalah kemanisan tetap akan hadir,
Inilah perumpaan sebuah kehidupan. Ada duri, ada paku, ada kaca dan ada jua pelangi. Minta pada Allah agar iman dan taqwa kita sentiasa kukuh disaaat hati mulai rapuh,
SalamSayang&Rindu🥰,
@Hawapejuangakhirat
Semoga dengan jambatan rindu dan sayang ini,
Sentiasa menghubungkan doa tulus diantara kita. MasyaAllah🥰
-𝓜𝓲𝓼𝓼𝓴𝓪𝓽𝓪
@HAWASHARE
Disaat ditinggalkan manusia.
Ingatlah, Allah tidak pernah meninggalkan kamu.
-𝓜𝓲𝓼𝓼𝓴𝓪𝓽𝓪
@HAWASHARE
Assalamualaikum.
Hai kenangan,
Baru mencelikkan mata malah terus mengingati kamu?
Tapi tak mengapa,
Kerana yang mengaturkan semua ini adalah Dia,
Yang menciptakan memori ini juga Dia,
Yang mendatangkan tulusnya rindu,
Yang menghadirkan gembira suka,
Semuanya terjadi kerana kuasa Dia.
Beruntung ya kita?
Kerana sentiasa di pelihara oleh Dia.
Syukur dan terus bangkit harini! Go!✊
-𝓜𝓲𝓼𝓼𝓴𝓪𝓽𝓪
@HAWASHARE
Gais mcm tak sempat je hari ni. Esok aku ade test🥺. Takpe. InsyaAllah jika ada kelapangan. Stay tuned😭❤️
Читать полностью…