horrorcreepystory | Unsorted

Telegram-ΠΊΠ°Π½Π°Π» horrorcreepystory - πŸ‘» 𝕙𝕠𝕣𝕣𝕠𝕣 𝕔𝕣𝕖𝕖𝕑π•ͺ 𝕀π•₯𝕠𝕣π•ͺ πŸ–€

1247

───────‒β₯β₯β₯‒─────── ───────‒β₯β₯β₯‒─ ➴ just all horror story , facts and mystery ! yang berminat dengan creepy story dialu - alukan join ye hiks ! πŸ˜ˆπŸ–€ ➴ support 2.5K PLEASE ! πŸΎπŸ–€ ➴ since ↬ 18 december 2020 πŸ‡πŸ–€ ➴ anything pm ↬ @creepyhorror_bot πŸ‘»πŸ–€

Subscribe to a channel

πŸ‘» 𝕙𝕠𝕣𝕣𝕠𝕣 𝕔𝕣𝕖𝕖𝕑π•ͺ 𝕀π•₯𝕠𝕣π•ͺ πŸ–€

2. hantu E gui
pada hantu yang muncul selama Festival Hantu berlangsung di China . E gui diyakini sebagai roh dari orang-orang yang melakukan dosa karena bongkak mereka ketika masih hidup dan telah dikutuk untuk menderita kelaparan setelah kematian .

E gui memiliki mulut yang terlalu kecil untuk menelan makanan dan seluruh tubuhnya ditutupi dengan kulit berwarna hijau atau abu-abu , kadang-kadang dengan perut yang boroi . hantu ini menderita rasa lapar yang tak akan pernah rasa kenyang. dia menghantui jalan raya dan dapur , mencari korban dan makanan yang telah membusuk . E gui yang lapar juga memakan sesuatu termasuk kotoran dan daging busuk .

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

πŸ‘» 𝕙𝕠𝕣𝕣𝕠𝕣 𝕔𝕣𝕖𝕖𝕑π•ͺ 𝕀π•₯𝕠𝕣π•ͺ πŸ–€

#cr87
title ; 10 kisah hantu di china

setiap daerah memiliki kisah mistis yang tidak jelas asal-mulanya namun dipercaya terjadi di dunia nyata . contohnya di Indonesia , kita always mendengar tentang legenda urban Si Manis Jembatan Ancol yang konon selalu menampakkan diri sebagai seorang wanita berparas cantik . ini dia , berikut adalah kisah hantu yang juga popular di China dan sangat erat kaitannya dengan kebudayaan masyarakat setempat . oke nah 10 kisah hantu china paling menyeramkan .

1. hantu Ba jiao gui
secara harfiah diartikan sebagai hantu pisang . hantu wanita yang tinggal di pohon pisang ini akan muncul ketika meratap pada malam hari , kadang-kadang sambil membawa bayi . dalam beberapa cerita rakyat dari Thailand , Malaysia dan Singapura , orang-orang senang meminta nombor undian dari hantu itu dengan harapan memenangkan undian .

mereka akan mengikat benang merah mengelilingi batang pohon dan meletakkan jarum di dalamnya dan kemudian mengikat ujung tali ke tempat tidur mereka . pada malam hari , Ba jiao gui akan muncul dan memohon kepada orang-orang itu untuk membebaskannya dan sebagai balasannya , ia akan memberikan nombor undian . jika orang tersebut tidak memenuhi janjinya untuk membebaskan hantu tersebut setelah menang , dia akan bertemu dengan kematian yang sangat mengerikan . hantu ini sering disamakan dengan Pontianak , hantu dalam cerita rakyat Melayu .

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

πŸ‘» 𝕙𝕠𝕣𝕣𝕠𝕣 𝕔𝕣𝕖𝕖𝕑π•ͺ 𝕀π•₯𝕠𝕣π•ͺ πŸ–€

dia berasa kecewa kerana keputusan matematiknya lebih bagus daripada danial namun tidak terpilih . " mark , janganlah kecewa . saya cuma bernasih baik sahaja . pujukan danial tidak membantu malah membangkitkan kemarahan mark . " bencinya " . pada malam yang sama , mark membuat keputusan untuk pergi berjumpa dengan lelaki bertopeng itu . " saya ingin menyertai pertandingan matematik peringkat negara , tolong tunaikan hasrat saya "

" baiklah apa tawaran yang dapat awak bagi ?" wajah danial serta merta muncul dalam fikiran mark . " kawan saya bernama danial " " baiklah " . walaupun berasa bimbang , mark tetap menantikan hajatnya ditunaikan .

keesokan harinya , danial terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang serius . akhirnya , mark berjaya mewakili sekolah dalam pertandingan matematik peringkat kebangsaan . " ajaibnya , hasrat aku termakbul !" pada waktu petang , mark dan rakan - rakan sekelasnya telah menerima berita tentang kematian danial . dia menyembunyikan dirinya di perpustakaan sehingga malam .

dalam perjalanan pulang ke rumah , lelaki yang bertopeng hitam itu kembali muncul di hadapan mark . " saya datang ke sini bagi menunaikan satu hajat " kata lelaki bertopeng itu . " aik , saya tidak berhajat apa - apa lagi " jawab mark dengan penuh kesedihan . lelaki itu menggelengkan kepalanya . " nampaknya awak telah salah faham , saya datang untuk menunaikan hajat orang lain " nada suara lelaki itu sungguh menyeramkan .

" saya akan menunaikan hajat danial , dia ingin hidup bersama dengan awak untuk selama - lamanya "
" apa ?" lelaki itu menanggalkan topengnya sambil ketawa dengan sinis . wajahnya amat pucat . " danial menjadikan awak sebagai taruhan " . lelaki itu meluru ke arah mark selepas selesai bercakap .

fuh kiranya kalau nak tunaikan hajat mesti kena bagi nyawa seseorang , korang kalau kena macam ni jangan sesekali tau buat bahaya .

@horrorcreepy ; πŸ’«

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

πŸ‘» 𝕙𝕠𝕣𝕣𝕠𝕣 𝕔𝕣𝕖𝕖𝕑π•ͺ 𝕀π•₯𝕠𝕣π•ͺ πŸ–€

dalam hospital gonjiam em seramnyaaa 😒

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

πŸ‘» 𝕙𝕠𝕣𝕣𝕠𝕣 𝕔𝕣𝕖𝕖𝕑π•ͺ 𝕀π•₯𝕠𝕣π•ͺ πŸ–€

ni hospital gonjiam bila tengok daripada jauh fuh seram em .

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

πŸ‘» 𝕙𝕠𝕣𝕣𝕠𝕣 𝕔𝕣𝕖𝕖𝕑π•ͺ 𝕀π•₯𝕠𝕣π•ͺ πŸ–€

heyyo gais ! stay tune lepasni owner akan up pasal hospital sakit jiwa gonjiam di koreaaa πŸ™†β€β™€πŸŒ™πŸ’–

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

πŸ‘» 𝕙𝕠𝕣𝕣𝕠𝕣 𝕔𝕣𝕖𝕖𝕑π•ͺ 𝕀π•₯𝕠𝕣π•ͺ πŸ–€

5. Hantu jamban/tandas ( Cheuksin/Hoajangshil gwishin )

Cheuksin atau hantu jamban senang cerita sebenarnya ialah dewi tandas mengikut kepercayaan masyarakat Korea . ia menghuni jamban di luar rumah tradisional Korea dan menanti penuh sabar sesiapa yang melakukan perkara yang tidak disukainya . jika tak tahan melepaskan hajat sekalipun , jangan lupa batuk selama tiga kali . ini memberi peluang kepada Cheuksin untuk berundur dan beri peluang kepada tuan punya badan melepaskan hajat yang terpendam .

tetapi jika gagal berbuat demikian , maka Cheuksin akan marah dan mencekik mangsanya dengan rambut sehingga mati . saudara mereka iaitu hantu tandas/bilik air yang dipanggil Hoajangshil gwishin juga mempunyai tabiat sama seperti cheuksin cuma mereka tidak memilih siapa mangsa yang nak ditakutkan . subjek ini disentuh dalam drama Let’s Fight Ghost yang menampilkan Taecyeon dari kumpulan 2PM sebagai penghalau hantu .

@horrorcreepy ; πŸ’«

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

πŸ‘» 𝕙𝕠𝕣𝕣𝕠𝕣 𝕔𝕣𝕖𝕖𝕑π•ͺ 𝕀π•₯𝕠𝕣π•ͺ πŸ–€

3. Hantu Telur

siapa yang nampak hantu yang tidak mempunyai rupa dan kulit licin ini sudah pasti melarikan . inilah hantu telur atau Dalgyal gwishin dan kisah hantu ini turut wujud di Jepun ( Noppera-bo ) dan sejauh Hawaii ( Mujina ).

hantu telur ini sebenarnya hantu wanita yang tidak mempunyai anak dalam kehidupan asalnya . tanpa keturunan yang boleh menjalankan upacara peringatan ke atas mereka , hantu ini kehilangan ciri kemanusiaannya dan menjalani kehidupan seperti raksasa . walaupun tiada motif untuk menakutkan sesiapa , sesiapa yang melihat kelibat mereka akan mati di situ .

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

πŸ‘» 𝕙𝕠𝕣𝕣𝕠𝕣 𝕔𝕣𝕖𝕖𝕑π•ͺ 𝕀π•₯𝕠𝕣π•ͺ πŸ–€

inilah musang berekor 9 πŸ₯Ί

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

πŸ‘» 𝕙𝕠𝕣𝕣𝕠𝕣 𝕔𝕣𝕖𝕖𝕑π•ͺ 𝕀π•₯𝕠𝕣π•ͺ πŸ–€

lepasni owner akan up 5 kisah hantu di korea , so stay tune ye ! πŸ™†β€β™€β€οΈ

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

πŸ‘» 𝕙𝕠𝕣𝕣𝕠𝕣 𝕔𝕣𝕖𝕖𝕑π•ͺ 𝕀π•₯𝕠𝕣π•ͺ πŸ–€

#cr82
title ; my sister's sculpture

waktu umurku 6 tahun , ibuku memberitahu bahawa aku bukan anak tunggal . aku mempunyai kakak kembar yang mati pada malam ibu melahirkan kami .

orang tua ku tidak pernah memberitahu dimana dia ditanam . ibuku bagitahu bahawa ayahku amat sedih dan memutuskan untuk membuat patung yang sama dengan kakakku . patung itu amat cantik , bermata warna biru dan mempunyai lesung pipit di kiri . ayahku membuat patung itu dan aku sebagai model tubuhnya kerana kami adalah adik beradik kembar .

dulu aku berfikir bahawa itu patung untukku tapi selepas ibu memberitahu hal yang sebenar aku sekarang jadi dekat dengan patung tu . aku kemudian menyedari setiap tahun ayah akan mengubah patung itu . wajah dan tubuh badan patung itu sehingga penampilan sama seusia denganku seiring masa remajaku , ayah akan membuat patung itu sama dengan aku dari segala segi .

pada malam ulang tahun aku yang ke-18 , aku tertanya-tanya macam mana ayah boleh buat patung itu sama dengan gadis asli . kerana ingin tahu , akhirnya aku turun ke ruang bawah tanah dimana ayah mengubah suai patung itu . aku mengintip , di sana di atas meja kerja ayah .

ayah menyuntik semacam cecair di lengan patung itu yang terbaring di atas meja . lalu ayahku berbisik " kamu akan menjadi patung yang manis selamanya anakku " . kemudian aku melihat jari-jari anak patung itu bergerak .

rupa - rupanya ayahnya psycho sampai macam tu sekali bunuh anak dia lepastu jadikan anak dia patung ish bapak ar .

@horrorcreepy ; πŸ’«

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

πŸ‘» 𝕙𝕠𝕣𝕣𝕠𝕣 𝕔𝕣𝕖𝕖𝕑π•ͺ 𝕀π•₯𝕠𝕣π•ͺ πŸ–€

#cr80
title ; kisah disebalik lagu nina bobo

time kita masih kecil , mungkin kita always mendengar lagu Nina Bobo . haah , biasanya orangtua akan menyanyikan lagu ini agar kita cepat tidur .
sampai sekarang pun , still ada beberapa orang yang suka mendengar lagu ini sebelum tidur . apalagi lirik lagunya sangat mudah diingat tapi tahukah korang bahawa lagu ini punya sejarah yang sangat menyeramkan ?

inilah misteri di balik lagu Nina Bobo
versi Helenina
anak kecil bernama Helenina yang biasa dipanggil Nina lahir dalam sebuah keluarga kecil dengan ayah yang asli Belanda sementara ibunya berasal dari Jawa . kerana Nina always susah nak tidur , ibunya yang bernama Mustika sering menyenandungkan serangkaian nada untuk menidurkannya .
kemudian Van Rodjnik iaitu ayahnya membuat lirik buat senandung istrinya , di mana liriknya kita ketahui sekarang adalah lagu nina bobo . maksud bobo adalah tidur dan nama nina ni nama anaknya sendiri iaitu helenina .

lagu nina bobo ni digigit nyamuk kerana rumah dorang memang ada banyak nyamuk ,
then lepastu ibunya pun nyanyikan lagu nina bobo ni setiap malam sampailah nina ni sakit tenat sebab demam panas , dia nak juga ibunya nyanyikan lagu nina bobo dekat dia . ibunya pun nyanyikan lagu nina bobo sampailah anak dia mati masa tahun 1928 . ibunya sedih sangat anaknya mati lepastu setiap malam dia always nyanyi lagu tu padahal anaknya dah mati . dia nyanyi sambil menangis .

suaminya pelik lah en why dia nyanyikan lagu nina bobo ni tiba-tiba , pastu esoknya dia pun cerita la dekat suami dia yang dia dengar suara nina suruh dia nyanyikan lagu nina bobo dengan tangisan . pada tahun 1929 pula ibunya mustika pun meninggal dunia then tinggallah suaminya seorang diri .

suaminya pun terkena banyak gangguan berpunca daripada anaknya sendiri iaitu helenina . masa tu dia terdengar suara bisikan yang sangat menyeramkan " kok papa ngak nyanyikan lagu nina bobo untuk nina sih " padahal anaknya dah mati tapi dia taktahu pun suara tu datang daripada mana , kata van rodjnik sendiri dia always diganggu sebab lagu ni and hari - hari boleh dikatakan dengar lagu ni padahal anak dengan isterinya dah meninggal .

korang boleh search lah lagu ni dekat youtube hiks , seram lah jugak .

@horrorcreepy ; πŸ’«

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

πŸ‘» 𝕙𝕠𝕣𝕣𝕠𝕣 𝕔𝕣𝕖𝕖𝕑π•ͺ 𝕀π•₯𝕠𝕣π•ͺ πŸ–€

#cr79
title ; sapu bumbung

kejadian ni masih segar di ingatan aku . haritu aku tak pergi kelas mengaji jadi aku duduk rumah tengok tv je . masa azan maghrib berkumandang , satu rumahku rasa macam digegar dengan bunyi dekat atas bumbung .

memang kecoh jugaklah . bunyi tu kuat sangat . bayangkan penyapu lidi disapu dengan bumbung zink . jiran sebelah pun dah dengar . aku dan mak aku berlari keluar nak tengok apa yang ada dekat atas bumbung . takde apa pun tapi bunyi tu still ada . sampai azan maghrib habis pun bunyi tu still ada . jiran sebelah pun duduk berkampung di luar rumah melihat ke bumbung rumahku . bunyi tu masih tak henti , masa ni jugaklah yang nak tunjuk bagus cuba menghalau " malaun " tu .

" hoi ! siapa kau ha buat bising dekat rumah orang , diam lah memekak je !" tapi sikitpun " benda " yang sedang menyapu bumbung rumahku tidak mengendahkan mereka malah makin membingitkan bunyi zink berlaga dengan penyapu lidi tu . masa ni mak aku mampu tawakal jela . dia amik garam sedikit dan dicampur dengan air kemudian dibaca surah apa entah tak berapa ingat . kemudian dengan penyapu lidi jugak mak aku celup kedalam air garam tersebut dan memukul dinding rumah . sekelilingnya dari depan hingga ke belakang kemudian ke depan semula .

dari situ baru bunyi tu beransur tu beransur hilang . malamnya pulak sebelum masuk tidur , mak aku ternampak satu sosok tubuh yang seakan bercekak pinggang di luar rumah . terus mak aku pasang ayat - ayat suci AlQuran dan dibiarkan berkumandang sehingga esok pagi .

@horrorcreepy ; πŸ’«

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

πŸ‘» 𝕙𝕠𝕣𝕣𝕠𝕣 𝕔𝕣𝕖𝕖𝕑π•ͺ 𝕀π•₯𝕠𝕣π•ͺ πŸ–€

#cr78
title ; jin pergi sekolah

credit by fsyiha

cerita ni terjadi masa aku sekolah menengah tak silap akulah masa aku form 1 . sekolah aku ada buat kem kempipinan dekat hutan mana entah ( lupa nama ) . so , seperti hari yang dijanjikan segala ketua pengawas , PSS , PRS , ketua kelas dan segala bagai berkumpul dekat sekolah untuk bertolak .

suka nak diingatkan , aku tak terlibat pun dalam kem ni . aku just mendengar cerita ni sahaja . so aku hanya akan cerita gangguan yang dialami oleh kawan - kawan aku sahaja . menurut apa yang diceritakan , gangguan bermula selepas dorang habis night walking , seorang fasi ni ditugaskan untuk mengira pelajar - pelajar yang berkumpul , takutlah tertinggal ke apa . kira punya kira aik terlebih . fasi tu kira lah balik sebab tak puas hati , eh makin tambah pula . fasi ni kira berani jugak lah sebab dia marah budak yang " terlebih " korang faham " lah eh . bila kira balik oke cun dah cukup semua . ingat takde apa dah . tapi bila nak tidur je , ada seorang ni kena rasuk tapi tak meracau .

dia senyap je cuma pandangan mata dia tu uish seriau . bila nak tidur je dia ni tak berganjak . duduk sambil pegang lutut , goyang - goyangkan badan . ada seorang cikgu ni , dia marahlah suruh tidur . barulah budak ni baring then pejamkan mata . bila malam sikit , tiba - tiba budak ni macam histeria . berlari keluar dari khemah dia . susah jugak nak handle time ni . cikgu yang marah dia tadi cakap " kau tidur sekarang ! " so lepas je cikgu cakap macam tu keadaan back to normal . masing - masing sambung tidur . besoknya kecoh khemah budak ni orang gerak - gerak dia tak bangun . diorang dah risau sangat panggil je cikgu yang garang tu . sekali je cikgu tu kejutkan terus bangun . bila ditanya " kau yang suruh aku tido kan " tapi lepastu dah tak ada apa . dorang jalankan aktiviti macam biasa .

tapi balik dari kem tu sekolah aku kena histeria , kejap - kejap dengar orang menjerit . tengah belajar tiba - tiba dengan orang mengilai dekat dataran . kejap - kejap orang ni pengsan . mana - mana budak yang nampak benda halus ni pandang sini nampak budak kecil belakang cikgu , pandang sana nampak lembaga ada dekat atas bumbung . entah betul ke tak . orang duk citer kat aku .

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

πŸ‘» 𝕙𝕠𝕣𝕣𝕠𝕣 𝕔𝕣𝕖𝕖𝕑π•ͺ 𝕀π•₯𝕠𝕣π•ͺ πŸ–€

pada malam jumaat , hari keempat kami tinggal di villa tersebut kami semua diganggu . malam tu turn aku dan weny sidai kain . kami siap borak lepastu gelak - gelal kat bawah rumah sambil sidai kain memang tak ada apa - apa yang berlaku pun . maya dan indah pula dekat bilik . aku dan weny masuk ke dalam bilik selepas selesai sidai kain dekat bawah . masuk je bilik aku nampak maya dan indah senyap dan muka yang sangat pucat . aku pun tanya kenapa korang ni senyap je macam ada something tapi mereka still senyap . selang beberapa minit , baru diorang cerita masa maya iron baju dan indah duduk di bawah sambil layan phone mereka dengar macam sayup suara orang menangis di sebelah kiri maya . mereka pun bersangka mungkin anak jiran yang menangis tapi bila fikir balik disebelah kiri tu memang tak ada rumah yang dekat . maya dan indah pun buat tak tahu je lah .

then suara tu berulang kali kedua terdengar sayup-sayup pula aku pun macam blur sebab aku dan weny masa sidai kain memang tak dengar bunyi apa - apa pun . kebetulan dalam rumah tu ada kami berempat je masa tu . indah terus bukak ayat - ayat suci dekat phone dia , tetiba ayat tu tersekat dan yang menghairankan ayat itu bukan bukak di youtube atau apa pun yang memerlukan internet . then tepat masa tu kami terdengar bunyi geseran kerusi makan dekat tingkat bawah . kami semua dah mula risau dan kami semua duduk rapat - rapat dan baca ayat - ayat yang patut . aku yang terlalu takut baca lah ayat qursi dengan sekuat hati sambil menangis dan semua pun menangis dan menjerit .

disebabkan aku baca terlampau kuat , tiba - tiba kami bunyi gegaran pintu pagar dari dalam almari yang sangat kuat . kami menangis dan taktahu nak buat apa . sebab depan villa kami memang tak ada pintu pagar . tak lama selepas tu , dua orang kakak yang menyewa di bilik sebelah pun balik . kami terus ke bilik kakak itu lalu menceritakan semuanya dan menangis . rupanya masa sampai je rumah mereka langsung tak dengar apa - apa . jangankan pintu pagar , suara kami yang menjerit dan menangis kuat pun dia langsung tak dengar . maya pun call mak ayah dia untuk datang ambil kami . bila tutup je pintu bilik dan bila kami nak bukak pintu balik tiba - tiba berkunci sedangkan pintu tu kami tak kunci . bila maya try pulas tombol pintu tiba - tiba boleh bukak , semua pun dah blur dan kami pun tumpang tidur semalaman di rumah maya .

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

πŸ‘» 𝕙𝕠𝕣𝕣𝕠𝕣 𝕔𝕣𝕖𝕖𝕑π•ͺ 𝕀π•₯𝕠𝕣π•ͺ πŸ–€

ini dia ba jiao gui πŸ₯Ί

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

πŸ‘» 𝕙𝕠𝕣𝕣𝕠𝕣 𝕔𝕣𝕖𝕖𝕑π•ͺ 𝕀π•₯𝕠𝕣π•ͺ πŸ–€

#cr86
title ; gadis di pusat memancing ikan

encik salleh ialah seorang pesara . dia suka memancing ikan di pusat memancing ikan yang berlainan pada masa lapang .

pada suatu malam , encik salleh pergi ke pusat memancing ikan di koku . dia mengeluarkan semua alatan memancing lalu meletakkan alatan itu di atas lantai . " bagusnya tempat ni , nampaknya aku akan mendapat banyak hasil " encik salleh berbisik sambil duduk di atas sebuah kerusi lipat . nanun encik salleh tidak dapat duduk dengan selesa kerana tanah tidak rata . " aku tidak dapat menumpukan perhatian jika tempat dudukku tidak selesa " .

encik salleh mengeluakan sebuah lampu suluh lalu menyuluh kawasan sekeliling . dia mendapati terdapat banyak batu berlainan saiz di bawah tempat duduknya . " rupa - rupanya batu inilah punca dia " . tiba - tiba encik salleh terjumpa batu yang besar . dia memijak di atas batu itu dengan kaki kanan untuk mengekalkan keseimbangan badan . encik salleh mencapai pancingnya lalu mula memancing .

walau bagaimanapun , dia tertidur tidak lama kemudian . tiba - tiba dia terjaga . " alamak mengapakah aku terlena ? sudahkah mendapat ikan ? . malangnya encik salleh tidak mendapat sebarang hasil walaupun umpannya telah dimakan . dia terus memancing selepas memasang umpan . apabila mengangkat semula kepalanya , encik salleh ternampak seorang gadis yang sedang duduk tidak jauh daripadanya .

" bilakah gadis itu datang ? bahayanya dia seorang diri di sini pada waktu malam " fikir encik salleh dengan risau . dia berjalan mendekati gadis itu lalu bertanya " cik mengapa cik duduk bersendirian di sini ? apakah yang telah berlaku ?" gadis itu hanya mengangguk kepala tanpa bercakap apa - apa . " tempat ini sangat bahaya , cik harus balik ke rumah dengan segera " . " sakitnya kepala saya " muka gadis itu kelihatan sengsara menahan kesakitan . " dimana tempat tinggal cik ? biar saya menghantar cik balik ke rumah " . gadis itu menunjukkan jarinya ke arah tapak kaki encik salleh .

encik salleh mula berasa marah tetapi dia tetap bersabar selepas mempertimbangkan keadaan gadis itu . " cik tinggal di bawah tapak kaki saya ?" encik salleh menyuluh ke arah tapak kakinya . tiba - tiba encik salleh terdiam . matanya terbeliak . dahinya pula berpeluh . rupa - rupanya dia terpijak satu tengkorak . encik salleh terus duduk gadis menghampirinya dan bersuara sambil menahan kesakitan yang teramat .

" encik telah memijak kepala saya , sakitnya kepala saya " .

@horrorcreepy ; πŸ’«

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

πŸ‘» 𝕙𝕠𝕣𝕣𝕠𝕣 𝕔𝕣𝕖𝕖𝕑π•ͺ 𝕀π•₯𝕠𝕣π•ͺ πŸ–€

#cr85
title ; syarat untuk menunaikan hajat

danial telah mendapat tempat pertama di sekolah . pesaingnya mark berasa kecewa tetapi tidak ingin mengaku kalah . sebaliknya dia bertekad untuk belajar dengan lebih bersungguh - sungguh .

pada suatu malam , mark berjalan pulang ke rumah selepas mengulang kani di perpustakaan . dalam perjalanan , dia ternampak seorang yang bertopeng hitam sedang bersandar di dinding di tepi jalan . sebelah lelaki itu terdapat sebuah papan yang tertulis " saya dapat menunaikan hajat anda " mark tertarik lalu berjalan ke arah lelaki itu . " betul ke awak dapat menunaikan hajat saya ?" " tentulah tetapi ada syaratnya " kata lelaki itu .

mark tidak mempercayai kata lelaki itu lalu bergurau " saya ingin memiliki sebuah telefon bimbit yang baru , jika hasrat saya dimakbulkan saya akan memberikan si hitam iaitu anjing saya kepada awak " " baiklah " . apabila mark tiba di rumah , ayahnya memberikan hadiah kepadanya kerana dia telah mendapat tempat kedua dalam peperiksaan . hadiah itu ialah sebuah telefon bimbit baharu .

pada keesokan harinya , mark membawa telefon bimbit barunya ke sekolah . semasa waktu rehat , telefon mark berdering . itu ialah panggilan daripada ibunya " mark , si hitam telah mati...... mark berkata di dalam hatinya " aku hanya bergurau , mustahil akan terjadi ni mesti satu kebetulan je . beberapa hari kemudian , mark mendapati danial telah dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan matematik peringkat negara .

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

πŸ‘» 𝕙𝕠𝕣𝕣𝕠𝕣 𝕔𝕣𝕖𝕖𝕑π•ͺ 𝕀π•₯𝕠𝕣π•ͺ πŸ–€

jarak dekat lagi seram fuh .

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

πŸ‘» 𝕙𝕠𝕣𝕣𝕠𝕣 𝕔𝕣𝕖𝕖𝕑π•ͺ 𝕀π•₯𝕠𝕣π•ͺ πŸ–€

#cr84
title ; hospital sakit jiwa gonjiam

hospital Sakit Jiwa Gonjiam sering disebut-sebut sebagai tempat paling seram di Korea Selatan . terletak di kota kecil Gwangju , bangunan tua yang sudah terbengkalai ini menjadi topik utama dari kisah-kisah hantu dan legenda di negara itu .

Hospital Sakit Jiwa Gonjiam berhenti beroperasi dengan tiba-tiba pada awal 1990 . alasan penutupannya tidak jelas . namun , banyak rumor yang tersebar di sebalik kisah penutupannya ini .

teori paling popular mengapa hospital ini ditutup adalah Gonjiam adalah kerana Pakar Psikiatri di hospital itu mengalami masalah mental . ada yang mendakwa , Psikiatri itu melakukan eksperimen kejam terhadap para pesakitnya . selepas hal ini diketahui oleh pemerintah Korea Selatan , dia terus menutup rumah sakit itu dan lari ke Amerika Syarikat .

teori lainnya mengatakan , terjadi kematian pesakit secara misteri di Gonjiam yang memaksanya berhenti beroperasi . beberapa orang mendakwa bahawa kematian misteri itu disebabkan oleh hantu-hantu pesakit terdahulu yang kembali untuk membalas dendam . namun , kedua-dua cerita ini belum terbukti kebenarannya .

sementara itu , seperti dilaporkan oleh Atlas Obscura , Gonjiam ditutup kerana ada masalah ekonomi . ketika masalah tersebut semakin kritikal , pemiliknya memilih berpindah ke luar negeri dan tidak meninggalkan apa-apa dokumen pun dari bangunan tersebut . akhirnya , hospital sakit jiwa ini pun ditutup untuk umum dan dibiarkan terbengkalai hingga lebih dari 20 tahun .

namun , meskipun pintu masuk ke Gonjiam tertutup rapat , pencinta dunia mistik mengatakan ada beberapa cara untuk masuk ke dalam bangunan itu .

mereka menyarankan untuk berjalan di sekitar pagar sehingga menjumpai celah kecil untuk merangkak masuk . setelah itu , ada jalan kecil yang mengarahkan ke bangunan utama Gonjiam . melalui cara tersebut , ramai orang yang akhirnya boleh masuk ke sana .

di dalam Gonjiam , ditemukan mesin-mesin yang sudah berkarat , sisa ubat-ubatan dan sampah . ruangan yang gelap dan lembap membuatkan ia lebih menyeramkan .

jika korang berniat berkunjung ke sana , banyakkan kajian dengan baik rutenya kerana para penduduk tempatan tidak akan memberi tahu lokasi Gonjiam . para pengunjung Gonjiam mengatakan , mereka selalu meremang saat berjalan di bangunan ini .

@horrorcreepy ; πŸ’«

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

πŸ‘» 𝕙𝕠𝕣𝕣𝕠𝕣 𝕔𝕣𝕖𝕖𝕑π•ͺ 𝕀π•₯𝕠𝕣π•ͺ πŸ–€

itulah 5 kisah hantu yang menyeramkan di koreaa πŸ™†β€β™€πŸŒˆ lepasni owner akan update kisah seram lain pulak , so stay tune πŸ’–

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

πŸ‘» 𝕙𝕠𝕣𝕣𝕠𝕣 𝕔𝕣𝕖𝕖𝕑π•ͺ 𝕀π•₯𝕠𝕣π•ͺ πŸ–€

4. Mul gwishin

Mul Gwishin atau hantu air ialah mangsa-mangsa yang mati lemas pada kehidupan sebelumnya . hantu ini tidak sedar mereka telah tiada dan cuba mengejar sesiapa yang berenang untuk membantu atau jika anda peminat filem seram seperti filem Dear Friend cukup untuk anda meloncat sampai ke bumbung . walaupun kadang-kadang digambarkan sebagai semangat tersembunyi yang bersembunyi dalam kedalaman air , ada juga yang digambarkan dalam bentuk hantu berambut panjang dan tangan untuk menangkap perenang .

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

πŸ‘» 𝕙𝕠𝕣𝕣𝕠𝕣 𝕔𝕣𝕖𝕖𝕑π•ͺ 𝕀π•₯𝕠𝕣π•ͺ πŸ–€

2. Hantu Gwisin

Gwisin selalunya dikaitkan dengan hantu wanita berambut panjang menggerbang dan berpakaian putih . hakikatnya , gwisin sebenarnya merujuk kepada perkataan hantu secara umum . pada masa kehidupannya di mana dia gagal menjalankan amanah atau mengalami penderitaan yang bukan sedikit , gwisin selalunya menghantui kawasan-kawasan seperti hutan belantara , sekolah atau bangunan terbiar .

kisahnya , gwisin merujuk kepada seorang wanita yang mati sebelum sempat menjalankan tugasnya mengikut kepercayaan Confucius iaitu taat kepada ibu bapa dan bakal suaminya . justeru , hantu ini dikatakan sering mengganggu kehidupan orang kampung . bagi yang pernah berkunjung ke Taman Haesindang di Sinnam , Samcheok pasti merasa pelik apa hal patung-patung yang berbentuk penis didirikan di situ .

menurut legenda , seorang wanita ditinggalkan oleh kekasihnya di atas sebuah batu sebelum dia keluar ke laut untuk menangkap ikan . malangnya , berikutan cuaca ribut si teruna gagal mendapatkan kekasihnya itu lalu wanita itu mati lemas . menurut legenda , wanita tersebut menjadi gwisin dan mengganggu kehidupan penduduk termasuk tidak dapat menangkap ikan . ini membuatkan orang kampung buntu memikirkan apa yang patut dilakukan untuk menenangkan gwisin ini .

pada satu hari , seorang lelaki keluar menangkap ikan seperti biasa dan berharap nasibnya lebih baik dari rakan-rakan nelayan lain . bila sudah mendapat panggilan alam , maka si lelaki itu segera melepaskan hajatnya ke dalam air ( buang air kecil ) . tanpa disangka-sangka , dia berjaya mendapat hasil tangkapan yang banyak . apabila kisah nelayan itu diketahui penduduk , mereka segera membuat satu upacara keagamaan untuk menenangkan gwisin dan membuat beberapa ukiran kayu berbentuk kemaluan lelaki .

selepas itu , barulah tangkapan ikan kembali normal dan kehidupan penduduk kampung kembali aman seperti sediakala . tempat di mana wanita itu mati dikenali sebagai Batu Auebawi manakala bangunan di mana upacara keagamaan sebanyak dua kali untuk menenangkan gwisin dikenali sebagai Haesindang . upacara tersebut diraikan sebagai sebuah acara tradisional .

korang boleh tengok lah macam mana bentuk batu ni kat google owner segan nak hantar πŸ˜‚

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

πŸ‘» 𝕙𝕠𝕣𝕣𝕠𝕣 𝕔𝕣𝕖𝕖𝕑π•ͺ 𝕀π•₯𝕠𝕣π•ͺ πŸ–€

#cr83
title ; 5 kisah hantu di korea

1. musang berekor sembilan ( Gumiho/Kumiho )
bagi yang sudah biasa dengan anime Yu Yu Hakusho atau Naruto , pasti sudah biasa dengan mitos musang berekor sembilan atau Kurama . hakikatnya , mitos Gumiho ini wujud di merata tempat di Asia Timur termasuk Korea Selatan . menurut legenda , Gumiho ialah seekor musang yang hidup selama satu alaf sebelum bertukar menjadi semangat musang yang boleh bertukar rupa dalam apa saja bentuk . selalunya rupa yang menjadi pilihan semangat ini ialah wanita muda yang jelita untuk menggoda lelaki dan menjadikan mereka sebagai mangsa .

di Korea pula , kisah Gumiho ini dalam bentuk kisah sepasang suami isteri yang kepinginkan seorang anak perempuan walaupun dalam bentuk seekor musang . dan tidak lama selepas itu , pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan tetapi kebahagiaan keluarga berkenaan mula tercabar apabila haiwan ternakan mereka mati secara misteri . dua abangnya mengesyaki perbuatan itu dilakukan oleh adik perempuan mereka tetapi ditolak sekeras-kerasnya oleh ibu bapa mereka . akibatnya , kedua-dua anak lelaki pasangan itu diusir keluar dari kediaman keluarga mereka .

apabila mereka pulang tidak lama selepas itu , mereka mendapati yang ada hanyalah adik perempuan mereka itu . pada malam kepulangan mereka , si abang terbangun dari tidur selepas mendengar bunyi bising . selepas disiasat, rupa-rupanya adik perempuan mereka itu ialah Gumiho yang telah membaham semua anggota keluarga mereka kerana berkeinginan menjadi manusia sebenar .

fuh seram jugak

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

πŸ‘» 𝕙𝕠𝕣𝕣𝕠𝕣 𝕔𝕣𝕖𝕖𝕑π•ͺ 𝕀π•₯𝕠𝕣π•ͺ πŸ–€

oke gais saya mampu up story tu malam ni πŸ₯Ίβ€οΈ esok saya akan up lagi dengan request dari my subs ye 😘❀️ so stay tuneee ye πŸ™†β€β™€πŸ’– oke gais owner nak bobo dulu hiks dunno ngantuk lah hm 😞❀️ sebelum tidur jangan lupa basuh kaki yang paling penting sebelum tidur jangan lupa baca doa tau ! β˜ΊοΈπŸ’• hope korang dapat lucid dreams and sweetdreams πŸ’–πŸŒˆ assalamualaikum babai jumpa esokk πŸŒ™πŸŒˆ

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

πŸ‘» 𝕙𝕠𝕣𝕣𝕠𝕣 𝕔𝕣𝕖𝕖𝕑π•ͺ 𝕀π•₯𝕠𝕣π•ͺ πŸ–€

#cr81
title ; home wrecker

aku menuangkan serbuk racun ke dalam minuman dan melihatnya larut di dalam cairan . aku tersenyum puas sambil berfikir bahawa masalah terbesar aku akan berakhir .

aku sudah begitu baik dengan membiarkan dia tinggal di rumah aku . namun dia bukannya nak berterima kasih malah dia menyusahkan dan mengkhianatiku .

dia fikir dapat merebut lelaki yang aku cintai ? dia ingat boleh rampas macam tu je ? aku tak akan percaya bahawa suamiku akan ada perasaan jugak kepadanya . namun setelah melihat mereka saling menatap antara satu sama lain , kejam . padahal dia dah janji nak cinta dan sayang aku seorang je .

suami ku berjalan masuk ke dapur dan tersenyum ke arahku . " tu untuk hana ?" soal suamiku sambil menunjuk minuman yang aku sediakan tadi . aku mengangguk dan menghulurkan untuknya .

" terima kasih sayang " katanya sambil mencium dahi ku dan mengambil minuman itu dari tanganku . aku tersenyum ketika melihat suamiku memasukkan puting botol susu ke mulut bayi perempuanku .

eee gila ke apa nak jeles bagai dengan anak sendiri ish ish ish .

@horrorcreepy ; πŸ’«

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

πŸ‘» 𝕙𝕠𝕣𝕣𝕠𝕣 𝕔𝕣𝕖𝕖𝕑π•ͺ 𝕀π•₯𝕠𝕣π•ͺ πŸ–€

lepasni aku akan share pasal asal usul lagu nina bobo ni request dari my subs πŸ˜˜πŸ’• so stay tune ye πŸ™†β€β™€πŸ’–πŸŒˆ

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

πŸ‘» 𝕙𝕠𝕣𝕣𝕠𝕣 𝕔𝕣𝕖𝕖𝕑π•ͺ 𝕀π•₯𝕠𝕣π•ͺ πŸ–€

benda ni berlarutan lebih kurang sebulan jugak . klimaksnya bila satu harini ada dekat 5 orang pelajar terkena histeria . salah seorangnya memang dah kena time dekat kem tu lagi . dorang semua ni dikumpulkan dekat bilik kaunseling . ustaz ni yang mulakan bicara dulu " kenapa kau kacau budak ni ? berapa ramai korang ? panggil sekutu kau semua !" . tapi benda tu degil taknak bagi kerjasama " aku nak duduk sini , budak ni yang panggil aku ".

" balik kau ketempat asal kau ! jangan ganggu kami !" ustaz ni pun tekan ibu jari kaki dia . bukan main kuat dia menjerit . bila dah stop menjerit , bilik kaunseling tu terus menjadi sesak , panas dan sempit . " baik , aku ikut cakap kau tapi aku nak macam mana aku datang macam tu aku balik " . " macam mana kau datang ?" " aku ikut mereka masa balik naik bas " . patutla bila on the way balik tu kawan aku cerita bas rasa berat sempit sangat . ada benda yang ikut rupanya !

lepastu aku dengar masa hujung minggu , ada dua bas datang dekat sekolah macam ambil orang , tapi bas kosong je . orang yang tengok dari luar nampak macam bas tu berat sangat .

end .

@horrorcreepy ; πŸ’«

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

πŸ‘» 𝕙𝕠𝕣𝕣𝕠𝕣 𝕔𝕣𝕖𝕖𝕑π•ͺ 𝕀π•₯𝕠𝕣π•ͺ πŸ–€

hari berikutnya , kami ceritakan semuanya pada kak dina . kak dina macam tak percaya . kak dina bagitahu kami yang rumah kami tinggal itu dah dipagar sebelum dia tinggal di rumah itu then datang pulak suami kak dina . kebetulan time tu kak dina tengah sibuk di dapur , kami menceritakan sekali lagi kepada suami kak dina . suami kak dina pun cakap dia rasa serba salah sebab tak memagar rumah tu . kami berempat sangat hairan , tadi kak dina cakap dah pagar then suami dia cakap belum pagar . mana satu yang betul pun taktahu . tapi kami rasa kak dina dah tipu kami .

kami memanggil semua rakan - rakan kami untuk solat dan baca yassin di rumah kami , kami solat berjemaah di bilik selepas selesai semua yang perempuan bergotong royong bersihkan rumah tu sebab rumah tu sangat kotor dan tidak terurus . yela benda - benda macam tu kan suka dekat tempat kotor . ada juga yang memasak di dapur . yang lelaki pulak baca yassin di bilik tersebut , habis je baca yassin mereka akan menjirus air di seluruh kawasan rumah . bila mereka dah start jirus je , bilik kami tiba - tiba blackout dan api yang menggoreng dekat dapur pun dah terpadam dan dengan tombol - tombol pintu sekali berpusing .

selepas itu kami ambil keputusan untuk pindah dibilik sebelah sebab kakak tu pun dah berpindah . bila kami dah tukar bilik , kami tidak lagi mendapat sebarang gangguan . mak indah pernah bermalam di rumah kami dan pada masa yang sama dia bermimpi ada budak kecil mati di dalam almari antik tersebut , budak itu mengatakan hanya ingin berkawan dengan kami berempat .

kami percaya yang gangguan itu semua berpunca daripada almari antik itu sebab lepas je aku kunci pintu almari yang dibahagian atas terus terjadinya gangguan . kami percaya jugak yang almari antik itu ada kisah disebaliknya . sekian cerita aku , maaflah sebab tak berapa nak seram sebab aku hanya ingin menceritakan pengalaman yang aku takkan pernah lupa sepanjang hidup aku ni .

@horrorcreepy ; πŸ’«

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…

πŸ‘» 𝕙𝕠𝕣𝕣𝕠𝕣 𝕔𝕣𝕖𝕖𝕑π•ͺ 𝕀π•₯𝕠𝕣π•ͺ πŸ–€

#cr77
title ; villa sewa

credit by bunga

nama aku bunga ( bukan nama sebenar ) maaf kalau cerita aku ni terlampau panjang . harap setialah membaca sampai habis pengalaman seram aku yang pertama kali aku alaminya sendiri . ceritanya bermula sejak aku mula latihan industri atau praktikal di salah sebuah syarikat di damansara . aku dah tiga rakan aku maya , weny dan indah berhasrat untuk menyewa rumah di sekitar tempat kerja . cari punya cari dapatlah villa yang terletak tidak jauh dari tempat kami praktikal .

kami berempat pun berhasrat nak tengok dulu keadaan villa tu macam mana . sampai je kami dekat villa , kami disambut oleh kak dina yang sedang sarat mengandung dengan muka yang pucat . kami pun masuk dan melihat dua orang akak tengah khusyuk tengok tv . kak dina pun memperkenalkan dua orang tu pun menyewa dekat situ juga dan cukup bulan akan keluar dari rumah . dari pintu gerbang lagi kami berempat dah rasa seram sejuk dengan keadaan sekeliling tapi tetap gagah juga nak teruskan .

sampai je dalam bilik , kami tengok semua sudut . kami akan seram dengan keadaan bilik tersebut , bilik itu agak memanjang , ada katil single dan sebuah almari besar dan tinggi ( almari antik ) dengan tanpa berfikir panjang kami berempat terus bayar duit muka sewa walaupun perasaan tak berapa nak sedap tu ada . kami masum rumah pada hari ahad , yelah sebab memudahkan kami nak pergi kerja pada awal pagi isnin itu . berebut masing - masing ambil tempat dalam almari nak simpan segala barang dan pakaian . esoknya kami pergi kerja macam biasa . balik je terus masuk bilik , kami perasan ada satu bungkusan tepat depan almari dan didalamnya ada pakaian dalam perempuan dan taktahu milik siapa . kami dah musykil sebab sebelum keluar tadi kami dah check memang tak ada apa - apa pun barang yang bersepah .

hari seterusnya pulak bahagian almari atas terbukak luas . macam biasalah sebelum kami pergi kerja kami akan check . kami bersangka baik je mungkin angin yang tiup , antara semua saku yang paling tinggi so aku lah yang kena kunci almari tu . sebelum ni memang rapatkan je tak adalah sampai nak kunci . ada lagi cerita , kami perasan ada air dekat depan almari tapi siling tak bocor pun . start masa aku dah kunci almari tu kami diganggu .

Π§ΠΈΡ‚Π°Ρ‚ΡŒ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡ‚ΡŒΡŽ…
Subscribe to a channel