bunyi bising kedengaran keras yang mungkin agak sedikit mengganggu . selepas itu , Squidward mengambil pistol dan gambar menjadi seperti ditambah effect gambar yang menampilkan ketegangan yang luar biasa , lalu Squidward
menarik picu pistol lalu diletakkan di kepalanya dan dia bunuh diri . itulah
mengapa Red Mist juga sering disebut sebagai episod Squidward Suicide .
owner tak boleh hantar video sebab amat menakutkan fuh , korang boleh try tengok di youtube search " red mist " .
@horrorcreepy ; π«
#cr91
title ; bloody tape red mist
Spongebob Squarepants , kartun yang memang tidak asing dari rancangan kegemaran kanak kanak . jalan penceritaannya yang lucu dan juga aksi para karakter yang kadang-kadang lucu dan spontan namun tahukah anda bahawa ada 1 episod dari Spongebob Squarepants yang dilarang tayang oleh nickelodeon ?
red mist merupakan salah satu
episod yang seringkali dibahas sama ada di forum-forum internet atau di laman media sosial Fans Spongebob
( Spongefan.wikia.com ). episod ini sering dibahas kerana di laman web
spongefan . wikia.comn , episode ini menjadi di laman web rasminya , namun keterangan atau maklumat tentang episod ini sudah dihapuskan oleh Nickelodeon hakikat yang sebenarnya episod ini bukanlah episod rasmi , melainkan sebuah fanfic adalah seorang pembunuh bersiri yang dikehendaki oleh pihak polis di Skotlandia .
pihak polis sudah lama menjejaki penjenayah itu dan menemui sebuah tape bertuliskan Red Mist . setelah isi kandungan telah diketahui serta diselidik mengenai tape itu , pihak Nickelodeon pun segera melakukan pencarian dan penghapusan video ini kerana video ini telah tersebar di seluruh dunia dan dianggap dapat mempengaruhi mental sebarang individu yang menontonnya .
dalam video itu , suasana yang ditampilkan Red Mist sama seperti lagu Gloomy Sunday sekiranya kita mendengar lagu itu , dapat mempengaruhi keadaan fizikal tubuh badan kita serta menyebabkan kita bertindak di luar kawalan . fikiran anda seolah-olah dikawal sesuatu . anda melakukan sesuatu anda sedari sehingga membunuh . Red Mist juga sama , dimana suasana yang ditampilkan merupakan suasana traumatic gore berkat effect video yang dapat mempengaruhi otak serta jiwa individu .
so gais itulah 4 badut in real life terkenal dan agak kejam pada masa ni πββπ« so lepasni owner akan update kisah seram pulak π³ so stay tunee ! π
Π§ΠΈΡΠ°ΡΡ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡΡΡ…3.The Harlequin
nama The Harlequin ni diambil daripada buku kanak-kanak dan
watak pun lebih kurang macam Slender Man kalau korang kenallah .
banya budak umur bawah 6 tahun yang akan nampak dia . the Harlequin ni tak membunuh orang cuma menakutkan orang je. buat bunyi bising lepastu kacau orang .
kiranya ni tak berapa kejam sangat lah .
1.Pogo
pogo atau nama sebenar John Wayne Gacy merupakan antara si badut pembunuh paling dikenali sebagai
perogol dan pembunuh bersiri . Gacy bekerja sebagai badut dan digelar sebagai" Pogo the Clown" dan telah
membunuh hampir 33 orang dan menanam mayat dibawah rumahnya . pada tahun 1994 , Gacy telah dihukum mati .
heyyo gais ! lepasni owner akan post pasal 4 badut in real life yang paling kejam π³ so stay tune πββπ«
Π§ΠΈΡΠ°ΡΡ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡΡΡ…Jalan Karak
Assalamualaikum everyone nama saya cinta(bukan nama sebenar)...hari ni saya nak cerita pengalaman kawan saya lalu jalan Karak...saya harap korang akan baca sampai habis sebab saya ada selit sekali peringatan kepada korang semua...
Karak tu ape? Ok buat korang yang baru dengar Karak ni jalan lama yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan bandar Karak di Pahang... biasanyee jalan ni orang dari kuantan nak balik KL tu memang lalu sini...so hati2 la ye bila lalu jalan ni malam2...
Jalan ni jalan terowong...dulu ade kes orang kemalangan mati...orang yang mati tu naik kereta Volkswagen kuning...sejak dari tu sape2 yang guna terowong tu tengah malam memang kene kacau...kene kacau dia bukan bishe2 tau...kalau korang guna terowong tu tengah malam and ternampak kereta Volkswagen kuning saya syorkan anda untuk bagi laluan dia kat depan... jangan potong ye kalau dia kat depan anda semua...jika anda potong anda akan kemalangan...di Malaysia juga terdapat cerita yang bertajuk KARAK yang diadaptasi dari kisah benar...dalam cerita tu ade la diaorang potong kereta tu...itu la yang berlaku kepada kawan saya...
Hari tu hari cuti...kawan saya nurin (bukan nama sebenar) dengan family dia nak balik kampung...time tu malam ayah nurin ni dia lalu jalan terowong tu tengah malam...time tu nurin adik ibu semuanyee tido so ayah dia jer yang sedar benda tu berlaku...
Tengah jalan tiba2 ayah nurin nampak kereta Volkswagen kuning potong dia...dia geram laa and dia pon potong balik...bila potong kereta Volkswagen tu ayah dia hon dan tengok la pemandu kereta tuu tapi takde orang dalam tu...ayah nurin mula la gelisah...kereta tu pon cuba untuk tahan diaorang...
Masa tu nurin dah sedar and bagun dari tidur dia nampak ada kereta Volkswagen kuning...tiba2 diaorang kemalangan...sejak dari tu diaorang tak lalu dah jalan tu sebab ayah dia dah meninggal buat mereka ingat balik kisah tu...
#cr89
title ; monster ke hantu raya
credit by nana
kisah ni terjadi masa umur aku 5 tahun kalau tak silaplah . rumah aku ni besarlah jugak . masa ni anak angkat nenek ada duduk sekali dekat rumah ni dengan isteri dia .
ada satu malam tu , kami semua duduk dekat ruang tamu tengok cerita hantu . tak berapa nak ingat cerita tu tapi memang seram lah sampai aku takut nak masuk tidur dalam bilik so kenalah mak aku temankan aku tidur dekar ruang tamu .
anak angkat nenek ni tidur dekat bilik belakang . masa tidur aku dengan mak aku terdengar suara garau buat bising dekat luar rumah . bising sangat . seramnya hanya Allah je yang tahu . anak angkat nenek tu siap lari pergi dekat kami tidur dekat ruang tamu .
nak dijadikan cerita , malam tu aku tak bagi nenek tutup pintu bilik dia sebab aku ni memang tak boleh nak berenggang . malang sungguh aku tidur menghadap tingkap bilik nenek . tengah kecoh - kecoh pasal bunyi bising tu semua nampak kelibat macam monster or hantu raya .
aku pun tak berapa nak pasti . badan dia besar , gigi tajam dan bersisik lepastu dia ketawakan kami . sumpah bapak seram suara dia . aku sampai selimut satu badan tidur berkepit dengan mak aku .
lepas kejadian malam tu , aku tak berapa ingat sangat tapi aku ingat ada orang datang tengok - tengokkan rumah aku .
@horrorcreepy ; π«
#cr88
title ; bercuti
credit by iqbal
kisah aku ni berlaku kira-kira tujuh tahu yang lalu . masa aku berada dalam semester dua di universiti . aku dan beberapa lagi geng aku masa universiti dulu nak pergi bercuti ke port Dickson . ye tak jauh mana pun tapi kami ni majoritinya bukan orang pantai barat semenanjung . rata-rata kami ni datang dari pantai timur dan utara semenanjung . maka masing-masing tak pernah menjejakkan kaki ke port dickson ketika itu . pada hari nak bertolak tu berlaku macam-macam hal . kereta yang digunakan tiba-tiba mati masa nak pergi beli barang untuk barbeque , ingatkan masalah bateri rupa-rupanya minyak habis . meter minyak entah sejak bila rosak indikator minyak pun tak menyala .
kemudian , dua daripada geng aku sepuluh orang tu tiba-tiba dapat emergency call . maka kami terpaksa tangguhkan jalan ke PD ( singkatan port dickson ) pada waktu malam pulak . setelah masuk ke highway plus , baru sedar ada barang yang tertinggal . macam-macam benda berlaku seolah-olah menghalang kami untuk pergi . tapi kami teruskan trip . kami menaiki dua buah kereta iaitu avanza dan saga . enam orang naik avanza , empat orang pula naik saga . aku driver kereta avanza .
kisah ni berlaku 7 tahun yang lalu , maknanya ketika itu smartphone masih ramai yang tak pakai . malah whatsapp pun tak tercipta lagi . tapi aku dah ada smartphone masa tu adalah satu gps apps ni tak ingat dah nama apa . masing-masing taktahu jalan nak ke PD , maka bergantunglah sepenuhnya pada GPS . dengan hari yang malam memang susah nk cam jalan . setibanya kami di sebuah lampu isyarat , gps suruh kami belok ke kanan padahal papan tanda tulis PD terus ke depan . ke kanan akan masuk kampung , ada yang cakap ikut gps jelah maka aku pun pergi ke kanan . gps membawa kami masuk melalui kawasan kampung yang agak suram . lampu jalan yang kejap ada kejap takde . kereta yang berselisih pun boleh kira dengan jari .
masing-masing mula rasa tak sedap hati . ada yang start diam tetiba memasing diam membatu . disebabkan jalannya terlalu lenggang dan lurus pula tu aku pun bawak lah laju sikit . hari pun dah nak masuk tengah malam tapi kami still taknak checkin hotel . jam dekat dashboard dah tunjuk pukul 11 malam dah . laju tak laju sampai tertinggal geng kereta saga sampai tak nampak kat belakang . kawan-kawan aku memang tak suka aku bawak laju . masing-masing marah aku dan membebel . aku pulak jenis tak suka orang complain cara aku drive , sampai satu tahap aku marah balik kawan-kawan aku " korang boleh diam tak jangan membebel , aku tak boleh nak fokus dahlah jalan gelap ni " sejurus selepas aku marah diorang , kereta belakang entah bila muncul dia highbeam ke arah kami . ingatkan tu geng saga . dia bawak laju dari belakang nak potong .
9. hantu Yuan gui
berkeliaran di dunia orang hidup sebagai roh tertekan dan gelisah yang terus-menerus berusaha agar keluhan mereka ditebus . dalam beberapa cerita , hantu ini akan mendekati seseorang yang hidup dan berusaha untuk berkomunikasi dengan orang tersebut dalam rangka untuk memberi petunjuk atau bukti yang bisa mengungkapkan kebenaran tentang kematian mereka . orang hidup tersebut akan membantu yuan gui membersihkan nama mereka atau memastikan bahwa keadilan ditegakkan .
6. hantu Niu tou ma mian
adalah hantu penjaga akhirat . mereka memiliki kepala lembu dan kuda tetapi bertubuh lelaki seperti Heibai Wuchang , mereka bertugas mengawal roh-roh orang mati ke akhirat . Niu tou ma mian biasanya digambarkan sebagai roh yang dipersenjatai dengan garpu rumput dan membawa rantai logam untuk mengikat para roh .
5. hantu heibai wuchang
dalam beberapa cerita , Heibai Wuchang konon sering muncul selama Festival Hantu berlangsung dan siapapun yang membuat pahala yang baik akan diberikan keping emas oleh mereka . ada beberapa patung Heibai Wuchang yang ditaruh di beberapa kuil di China , di mana mereka disembah dan biasanya digambarkan dengan tampak ganas di wajah mereka dan lidah merah yang panjang mencuat keluar dari mulut untuk menakut-nakutkan roh-roh jahat .
heyyo gais ! lepasni owner akan update kisah kartun iaitu marsha and the bear in real life yang agak creepy π₯Ίπ so stay tune ! πββπ
Π§ΠΈΡΠ°ΡΡ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡΡΡ…jalan penceritaan yang dihasilkan oleh pembunuh bersiri itu bermula dari , squidward yang sedang berlatih
clarinet kerana dia akan mengadakan persembahan clarinet secara solo pada keesokan harinya , namun Spongebob dan Patrick mengganggunya dengan bermain dan membuat bising di depan rumahnya , kerana kesal Squidward pun menyuruh Spongebob dan Patrick
untuk diam , lalu dia meneruskan latihan . sewaktu dia ingin meneruskan latihannya yang diganggu oleh
Spongebob dan Patrick sebentar tadi , tiba-tiba ada seseorang yang mengetuk pintu rumah Squidward . tanpa berlengah terus dibuka pintu rumahnya untuk seseorang yang sedang menunggu di luar pintu rumahnya dan ternyata berdirinya seorang lelaki berpakaian adat Skotlandia di depan pintu rumahnya kerana berasa terganggu , Squidward terus menutup pintu rumahnya tanpa sempat orang itu bersuara .
pintu rumah Squidward kembali diketuk berkali-kali sampai Squidward berasa marah , dia pun membentak orang itu ,
lalu orang itu berkata ,
" THE RED MIST IS COMING "
mendengarkan bait ayat yang dikeluarkan oleh 'si dia' menyebabkan Squidward ketakutan lalu berlari masuk ke dalam biliknya dan dari sinilah mulanya gangguan mental kepada penonton . sewaktu scene Squidward sedang berlatih clarinet , latar belakang sengaja diubah warna menjadi merah darah . mata Squidward berubah menjadi merah , yang memang sengaja dibuat bagi tujuan utama , iaitu agar penonton berasa takut kerana suasana gambar video yang ditampilkan selaras dengan audio yang terkesan menyeramkan namun secara perlahan .
lalu , disaat Squidward mengadakan konsert pada keesokan harinya , scene pengganggu itu muncul lagi , iaitu mata Squidward kembali menjadi merah namun dengan ekspresi muka yang sedih dan para penonton juga bermata
merah . penonton berasa marah dengan persembahan Squidward dan Squidward pun pulang ke rumah dengan suasana yang sedih .
pada pertengahan perjalanan penghasil video kembali menampilkan lagi teknik pengendalian jiwa , iaitu menampilkan adegan Squidward yang berwajah sedih dalam perjalanan dan adegan itu sengaja diulang-ulang , sehingga membuatkan penonton berasa hanyut seakan merasai suasana hening tersebut dan pada waktu inilah pemikiran kita dikendalikan oleh audio dan visual yang ada . sebaik tiba di rumah , Squidward termenung dan teknik pengendalian jiwa yang ditampilkan adegan
sebelumnya terjadi lagi .
namun kali ini ditambah dengan effect gambar yang bergoyang keras sedikit demi sedikit , ini bertujuan untuk menidak stabilkan emosi penonton kerana sebelumnya otak dan jiwa kita telah dikendalikan oleh video tersebut . adegan sebelumnya ada tirai , dan muncul kepala Squidward secara perlahan berwajah sedih serta matanya mengeluarkan darah , seketika suasana menjadi hening dan terlihat ekspresi yang luar biasa yang mempengaruhi emosi kita yang menontonnya .
oke gais , lepasni owner akan post pasal red mist ni , ada yang tahu tak apa itu red mist ? kalau taktahu lepasni owner akan post pasal red mist πββπ« so stay tune ! ππ
Π§ΠΈΡΠ°ΡΡ ΠΏΠΎΠ»Π½ΠΎΡΡΡΡ…4. Zozzaby
awal tahun 1900's , Frederick Zozzaby' Zozabe pindah
ke Liverpool , UK daripada tempat
asalnya Czechoslovakia . Zozzaby didapati membunuh diri disana tapi ada kanak-kanak melaporkan ternampak hantu Zozzaby seabad
kemudian . pada Tahun 2002 , dua orang kanak-kanak dikejutkan dengan bunyi ketawa yang sangat pelik dan nampak semangat/ bayang-bayang badut menunjukkan jari kearahnya . tapi Hantu badut Zozzaby ni tak kacau orang , tak
bunuh orang dah masuk cerita han pulak .
em tak kejam pulak πΏ
@horrorcreepy ; π«
2. Klutzo
Amon Paul Klutzo' Carlock Jr. of
Springfield , IL merupakan badut yang pernah menghiburkan lebih beribu kanak-kanak di pelbagai jenis
sekolah dan gereja diseluruh dunia . nak dijadikan cerita , Carlock ni kembali ke Filipina untuk "membadut"
disana sampai-sampai di airport kat Filipina , dekat pemeriksaan tak
lepas kerana mendapati menyimpan banyak gambar bogel kanak-kanak didalam laptop dan kamerannya . rupa-rupanya Carlock terlibat
dengan Child Pornography .
ps ; sorry gambar klutzo saya takde so boleh search dekat google ye β¨
#cr90
title ; 4 badut paling kejam di dunia
sekarang ni dah bising pasal " Killer Clown " kat internet atau si badut pembunuh tapi tu just gurauan saja nak bagi orang takut dan seriau .
tapi tahukah korang sepanjan hingga sekarang sudah ramai " Killer Clown " atau Badut si pembunuh ni
wujud dan betul-betul membunuh , merogol , menyiksa orang dan macam-macam jenayahlah . mesti seram kan . oke inilah badut in real life paling kejam . so check up gais !
Cerita ni bukan lah rekaan tapi real okay.
Aku ada 3 orang kakak . 2 orang dah kahwin , tapi sorang lagi belum . Yang dah kahwin ni kakak pertama dengan kakak ketiga . Jadi , dibuka cerita , kakak ketiga aku ni , suami dia kena balik kg dia . Ranau , Sabah hehe . Lepastu pula dia tidur sorang tapi dia bawa aku tidur sekali sebab dia takut . Jadi aku teman dia . Masa ni tengah raya . Aku jenis night owl . Lebih - lebih lagi tengah raya , semua cerita ada waktu malam . Jadi aku habis tengok tv jam 11 . Aku masuk lah bilik , kakak aku dah tidur dah . Since aku ni kpopers jadi aku selalu lah baca wattpad . Aku suka buat cerita waktu malam sambil dengar lagu guna earphone .
Jadi dipendekkan cerita , masa aku dah baring sebelah kakak aku dah ready apa semua , tiba - tiba macam ada orang humban bola dekat luar rumah . Kuat . Aku yang pakai earphone ni pun boleh dengar . Aku dah cemas tapi think positive je lah kan . Aku pandang sebelah , kakak aku masih tidur . Good .
Tapi tak lama lepastu , ada satu bunyi yang buat aku tak boleh nak fikir positive lagi . Bunyi macam kuku yang panjang lepastu dia seret dekat dinding luar rumah aku . Dinding rumah kitorang ni papan jadi sebabtu kuat bunyi .
Aku tukar la apps . Dari wattpad pergi youtube . Ayat qursi . Sambil - sambil tu , aku baca juga . Aku dah berharap yang kakak aku tak bangun tegur . Tapi meleset bila kakak aku dah langkah aku pergi pasang lampu . Aku nak kutuk salah , simpan jela dalam hati π .
Dia pasang lampu , terus hilang bunyi tu . Jadi, malam tu kitorang decide tidur luar satu family . Takda siapa berani nak tidur bilik .
Nak share satu cerita .
Aku ni jenis yang suka tidur petang kadang - kadang maghrib baru terbangun . Biasalah , manusia kan . Lepastu , ada satu hari ni , aku tidur . Macam biasa , rileks . Bilik aku jenis yang gelap so selagi tak ada siapa yang masuk bilik aku , selagi tu la tak ada yang nak buka lampu . Dan kalau aku nak tidur , kepala katil dekat dengan tingkap. Kalau orang tengok kau dari luar , mungkin nampak kaki je . Jadi dipendekkan cerita , aku tidur . Then , aku mimpi yang mak aku lalu depan bilik aku tapi dia berhenti betul - betul depan pintu . Muka dia cemas weh . Dengan refleks , aku tersedar dari tidur bila aku dengar sayup - sayup suara mak aku . Bila aku sedar , mak aku memang betul - betul ada depan pintu dengan riak wajah yang sama . Aku pun tak tahu kenapa , tapi aku dengan laju jalan dekat dia . Laju je aku bangun . Tak banyak songeh . Sambil aku nak bangun dia kata β bangun kau , kau tak nampak ke ? β , aku pun tertanya - tanya lah kenapa . Tapi aku tak bersuara , aku terus keluar dari bilik dan duduk semeja dengan family aku .
Bila dah duduk tu , mak aku cerita lah balik . Dia kata masa dia nak lalu bilik aku , dia nampak aku tidur . Tapi tingkap tak tutup padahal dah waktu maghrib . Jadi dia nak masuk bilik nak gerak aku , tup tup dia ternampak satu orang hitam tengah tengok aku tidur dekat tingkap . Mak aku apa lagi , seram sejuk lah . Cemas sangat . Jadi , dia kuatkan je diri berdiri depan pintu tu sampai benda tu nampak mak aku dan hilang . Benda tu dah hilang , baru aku tersedar .
Aku yang dengar tu macam nak gugur dah jantung , tapi muka lagak cool . Biasalah , riak kan ? Jadi , start dari situ , aku dah tak tidur petang dah . Kalau tidur pun , bilik sebelah , bilik kakak aku . Bilik dia terang .
So , pengajaran disini , aku sarankan . Jangan tidur waktu maghrib . Aku tak kisah kalau ada benda ganggu , tapi kau bayangkan masuk waktu maghrib , kau tak sempat bangun dah ditarik nyawa . Kau rasa ? Fikirlah .
bila dia potong , rupanya kereta lain bukan kereta saga . dia sempat hon ke arah kami sebelum memecut ke depan . tak lama lepastu ada kereta dari arah depan pun bagi highbeam juga dan hon kearah kami . aku macam biasa tak fikir panjang terus celupar mulut " ada benda bertenggek ke atas kereta kita ?" terus aku kena marah sebab masing-masing pun fikir yang bukan-bukan sebenarnya . tapi dalam ramai-ramai dalam kereta avanza tu , sorang kawan aku ni diam je membatu lepastu aku masih berdegil mulut celupar sangat . aku cakap " benda apa lah yang korang takutkan sangat kalau benda tu betul-betul wujud , dia dah lama dekat bela... " belum sempat aku nak habiskan ayat , member aku duduk sebelah dah cepuk kepala aku . masing-masing marah sebab keceluparan aku hahahaha .
setelah jauh memandu dalam kampung yang gelap tu , kitaorang berjaya jugak keluar ke jalan utama yang berlampu ada banyak kereta . kereta saga pun dah berjaya catch up kami semula . tapi tak habis sampai situ rupanya . gps sekali lagi membawa kami masuk sekali lagi ke jalan kampung cuma kalini jalannya lebih banyak lampu dan nampak rumah-rumah orang kampung . rasa tak takut sangat . masa ni masing-masing bukak cerita hantu dan one of the story cerita pasal gps yang sesatkan orang berlaku di luar negara . famous jugaklah cerita ni dulu pasal gps bawa orang tu pusing - pusing tempat yang sama je . and guess what ? ia berlaku juga pada kami ! tapi gps ni bukannya bawa kami pusing tempat sama tapi bawak kitaorang pergi ke jalan mati !
tapi perasaan masa tu tak seram sangat sebab jalan mati tu dalam kampung orang . ada beberapa buah rumah dekat situ . ada seorang pakcik tu datang dekat kami tanya nak pergi ke mana , kami jawab lah nak ke PD . terperanjat dia sebab katanya kami ni dah tersesat jauh . aku tak ingat nama kampung tu apa tapi dia kata kampung tu jauh lagi dari PD . masa tu masing-masing dah mula takut . tapi as a leader of the trip aku kena cool . kami terus patah balik dan lalu ikut laluan menggunakan papan tanda . Alhamdulillah kami tiba di hotel kira-kira jam 12:30 pagi . check in kemas barang sikit terus keluar lepak tepi pantai sambil barbeque tengah malam buta .
seminggu selepas tu , kawan aku yang banyak diam dalam cerita tadi mula bukak rahsia pasal percutian kami . dia ni special sikit , dengar kata dia ni boleh nampak . katanya ada benda yang teman kami sepanjang perjalanan . start dari traffic light yang aku masuk ke kanan tu , dia kata ada pakcik muka buruk lambai ke arah kami ibarat mengajak kami masuk ke simpang tu . aku tak nampak tapi dia nampak . masa aku tengah speed up tu , dia kata ada benda yang terbang tepi tingkap sambil sengih ke arah aku ibarat dia sedang seronok berlumba dengan aku . kereta lain bagi highbeam tu memang betul ada benda atas kereta . kepala benda tu jenguk kami ikut windscreen depan tapi semua orang tak nampak kecuali dia . muka burum mata merah senyum menyeringai masa sampai dekat jalan mati tu benda tu lambai-lambai ajak kita masuk ke dalam hutan dekat jalan mati tu yang gps tu dia taktahu nak explain .
akhir sekali kawan aku tu cakap " kalau kau habiskan ayat kah cakap benda tu duduk belakang aku rasa benda tu akan terus masuk dan taktahu apa yang bakal terjadi dekat dia " . dia kata dia diam dia sedang gigih baca ayat kursi . benda tu tak boleh masuk dalam kereta sebab bacaan ayat . sejak saat itu , aku sudah belajar tidak mahu bermulut celupar lagi .
fuhh aku pun pernah gak ada pengalaman seram dekat jalan highway , memang betul jangan mulut celupar nanti benda tu masuk ha tak sudah k sekian .
@horrorcreepy ; π«
10. hantu Wutou gui
adalah hantu tanpa kepala yang berkeliaran tanpa tujuan jelas . mereka adalah roh-roh orang yang dibunuh dengan cara dipenggal . itu boleh kerana berbagai sebab , contohnya eksekusi , kemalangan dan lain-lain . dalam beberapa cerita rakyat China , wutou gui konon akan mendekati seseorang di malam hari dan meminta kepala orang tersebut . Wutou gui juga kadang-kadang digambarkan sebagai roh pembawa kepala .
itulah kisah hantu - hantu dari china , em seram . π₯Ί
@horrorcreepy ; π«
8. hantu You hun ye gui
kepada roh orang mati yang terus berkeliaran . mereka berkeliaran di dunia orang hidup dalam Bulan Lunar Ketujuh ( biasanya sekitar bulan ogos dalam kalender Gregorian ) selama Festival Hantu berlangsung . roh-roh you hun ye gui meliputi : hantu pendendam yang ingin membalas dendam pada orang-orang yang telah menyakiti mereka semasa hidup .
beberapa roh ini tidak memiliki saudara yang tinggal atau tidak memiliki tempat tinggak yang betul , sementara yang lain mungkin kehilangan arah dan tidak dapat kembali ke akhirat sehingga mereka terus menjelajah dunia orang hidup setelah Bulan Lunar Ketujuh .
7. hantu Nu gui
adalah hantu wanita pendendam dengan rambut panjang di balut gaun putih . Dalam cerita rakyat China, hantu ini digambarkan sebagai roh seorang wanita yang bunuh diri sambil mengenakan gaun merah . biasanya , ia mengalami kes ketidakadilan ketika masih hidup seperti diganggu secara seksual atau dirompak . Nu gui pun kembali untuk membalaskan dendamnya pada orang-orang yang menyakitinya semasa hidup .
4. hantu Gui po
adalah hantu yang mengambil bentuk dari seorang wanita tua yang ramah . mereka mungkin adalah roh baik yang dulunya bekerja sebagai pembantu di sebuah keluarga kaya . dan kemudian mereka kembali untuk membantu tuan mereka dengan mengerjakan urusan rumah tangga atau mengurus anak-anak dan bayi .
3. hantu jiangshi
pernah tengok vampir China ? hantu ini biasanya digambarkan sebagai mayat hidup yang dapat bergerak dan menghisap darah manusia . siapapun yang dihisap darahnya juga akan berubah menjadi vampir .
dalam cerita atau legenda rakyat China , vampir dikenal dengan sebutan jiangshi atau juga dieja chiang-shih . Jiangshi biasanya digambarkan sebagai mayat kaku yang mengenakan pakaian rasmi dari Dinasti Qing dan bergerak dengan cara melompat dan merentangkan kedua tangan ke depan .
Jiangshi akan membunuh makhluk hidup untuk menyerap qi atau "energi kehidupan" yang dalam hal ini iaitu darah . hantu ini biasanya keluar pada malam hari , sedangkan pada wktu pagi dia akan berbaring di dalam peti mati atau bersembunyi di tempat gelap seperti gua .
Ji Xiaolan , seorang sarjana dari Dinasti Qing pernah menyebutkan dalam bukunya yang berjudul Yuewei Caotang Biji bahwa penyebab dari mayat hidup dapat diklasifikasikan dalam dua kategori , iaitu orang yang baru saja meninggal lalu kembali hidup , atau mayat yang telah terkubur untuk waktu yang lama tetapi tidak membusuk .