Asalamualaikum and hai horrorlovers! Dalam ni admin akan share macam macam cerita hantu. Jemput masuk. Ehhhhh, siapa di sebelah tu 👻 👻 Cerita saya! @storyfromhorrorstoryseram Ada apa apa, roger ¬¬ @Hantubrobot
Kalau ramai yang nak, admin akan buat. Game dia macam ni, sesiapa yang nak main... Korang kena reka cerita hantu lepastu send dekat admin. Tak kisah la panjang ke pendek. Semestinya, cerita hantu yang korang reka tu mesti serammmm/lawakkkk. Cerita rekaan yang terbaik admin akan share di group ni. Admin akan share siapa no 1, 2,3 dan seterusnya.......
Читать полностью…Asalamualaikum korang. Admin takleh post hari ni line tak berapa elok. 😭. Esok admin post yer. Inshaallah. Terima kasih. Asalamualaikum and byeee
Читать полностью…Rujukan :
https://www.kisahseram.com/beza-antara-puntianak-dengan-langsuir.html
Lain pula ceritanya dengan langsuir. Ada yang menyatakan pendapat tentang kewujudan langsuir ini adalah berasal daripada seorang wanita yang mati selepas bersalin dan dibiarkan tidak terurus sehingga merebut busuk dan kering jasad mangsa bersama-sama dengan anaknya.
Читать полностью…Kedua-duanya suka menakut-nakutkan menusia dengan ketawa mengilai seram. Jika anda terdengar suara ketawa mengilai puntianak atau langsuir, mesti anda akan lari bertempiaran seperti tak cukup tanah. Boleh meremang bulu roma apabila difikirkan tentang hal tersebut tambahan pula apabila sedang lalu dikawasan sunyi sepi dan gelap.
Читать полностью…puntianak dan langsuir kedua-duanya adalah makluk yang menyerupai wanita dan berpakian serba putih. Kedua-duanya berambut panjang dan amat seram untuk dilihat secara terus menerus tanpa berpaling muka. Namun begitu, apakah yang membezakan mereka?
Читать полностью…Itu aja. Stay tune and stay safe semua. Belum terlambat admin nak kata happy new year semua. Asalamualaikum and byeee.
Читать полностью…Makcik itu bercerita, masa awal-awal dulu asal saja keluar dari tandas perempuan, mesti ada saja terdengar suara orang menangis-nangis, sampai pengawal keselamatan kena panggil untuk datang memeriksa atas siling tandas, tetapi tidak ada apa-apa yang dijumpai di situ. Mengikut cerita mak cik itu lagi, dulu pernah satu kenduri dibuat depan dengan tandas itu untuk baca doa bagi mententeramkan ‘penghuni’nya.
Читать полностью…Saya pun terus cepat-cepat, lepas siap saya pun keluar. Saya tengok semua pelajar dan kakak yang duduk dekat kaunter, tenang saja macam tidak mendengar apa-apa. Saya menunggu dekat tepi tandas tapi tiada pula pelajar yang keluar. Saya semakin hairan. Saya tanya dengan kakak di kaunter itu sama ada dia ada terdengar jeritan itu atau tidak? Ya, kakak itu memang ada mendengar orang menjerit tapi dia buat tidak tahu saja.
Читать полностью…Di perpustakaan ini, kedudukan tandas terletak di belakang. Saya pula selalu menggunakan tandas untuk orang kurang upaya (OKU). Tandas tersebut berada tengah di antara tandas lelaki dan perempuan. Malam itu seperti biasa saya pergi ke tandas untuk mencuci muka. Tiba-tiba saya terdengar pintu tandas perempuan berbunyi kuat, saya pun keluar tengok sebab terkejut dengan bunyi itu. Saya berdiri di luar tandas agak lama, tapi tiada siapa pun keluar atau masuk tandas itu. Kemudiannya, saya buat tidak tau saja masa itu.
Читать полностью…Tajuk kita ialah Kisah Seram Tandas Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah
Читать полностью…Itu ja. Inshaallah admin akan post macam biasa ya. Asalamualaikum and byeee
Читать полностью…Nenek! Jangan tinggal kan Farah! Nenek!"... Aku menangis tanpa henti dan memeluk tubuh nenek dengan kuat. Aku benar-benar tak sangka nenek sudah meninggalkan ku. Ayah dan ibu tiri ku cuba untuk menenangkan aku. Pada hari tu juga nenek ku dikembumikan di tanah perkuburan kampung ini. Aku tidak bersama-sama mereka menuju ke tanah perkuburan, sepanjang hari itu aku berada di bilik nenek sambil menghidu dan memeluk bantal kegemaran nenek. Malam itu lebih kurang jam 9 malam, penduduk-penduduk kampung datang ke teratak nenek bagi menghadiri majlis tahlil arwah nenek. Gangguan yang dahulunya sudah beransur pulih, kini datang semula menghantui ku. Tubuhku terasa sangat panas, leher ku gatal segatalnya. Ku dengar seperti ada bisikan daripada bilik rahsia itu. "Mari...Aku tunjukkan kepada mu kuasa. Kekuatan yang belum pernah kau miliki"... Aku seakan-akan tidak mampu mengawal tubuh ku, fikiran ku menjadi kosong. Setibanya aku di bilik itu, tubuhku bergerak seperti dikawal sesuatu. Aku duduk bersimpuh, dan membaca mantera itu. "Sang bulan, Sang malam... Berdamping dengan ku. Semanis darah, semanis darah..."
Читать полностью…Semenjak kejadian itu, badan aku akan terasa panas dan leher ini seperti digigit semut pada setiap malam jumaat. "cu... kenapa baca mantera tu, sabarlah masa kamu akan tiba. cuma kamu sorang sahaja waris nenek"... Aku masih ingat kata-kata ni. Aku pun hairan dan tertanya-tanya dengan apa yang dikatakan oleh beliau, memandangkan aku masih kecil pada masa itu. Sehingga kini, gangguan itu masih ada cuma tidak sekuat dulu. mungkin disebabkan aku sudah berjauhan dengan nenek dan cuma akan balik ke kampung setiap cuti semestar. Bila ku ingat kembali, wajah nenek langsung tidak berubah sehingga sekarang. sedikit pun kulitnya wajahnya tidak kendur, mungkin disebabkan ilmu yang dimilikinya. dan kini, kami sekeluarga menyaksikan nenek sedang nazak di kampung. Aku memeluk dan mencium nenek sambil mengalirkan air mata. Aku benar-benar sedih bila melihat keadaannya seperti itu, aku anggap nenek ku seperti ibu kandung ku sendiri. Setiap masalah yang aku hadapi, pastinya nenek akan bersama-sama aku walaupun sehingga kini.
Читать полностью…Admin akan tutup poll pukul 9 pm ni. Ok terima kasih.
Читать полностью…Itu aja malam ni. Esok kita sambung. Inshaallah. Stay tune and stay safe semua. Asalamualaikum and byeee. Ehhhhh siapa di sebelah tu 👻 👻 👻
Читать полностью…Dalam kepercayaan masyarakat melayu, langsuir ini adalah makluk halus penghisap darah. Mereka dikatakan akan merasuk mangsa dan menghisap mangsa secara perlahan-lahan sehingga meninggal dunia. Langsuir boleh menyerupai wanita cantik dan berkebolehan dalam menggoda lelaki. Apabila sampai di tempat sunyi, langsuir akan berubah wajah ke bentuk asal dan menghisap darah mangsa.
Читать полностью…Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa puntianak dalam masyarakat melayu ini adalah jelmaan dari seorang perempuan yang meninggal dunia kerana dibunuh ketika sedang mengandung. Oleh itu, mereka akan menyimpan dendam dan terus mengganggu manusia untuk menuntut bela terhadap dirinya.
Читать полностью…Rambut Puntianak tidak sepanjang rambut langsuir dan kedua-duanya terurai dan tidak terurus. Puntianak seringkali dijumpai di darat dan langsuir pula kerapkali dijumpai berdiri di atas pokok. Puntianak gemar memegang batu nisan seakan bayi dan langsuir pula tidak memegang apa-apa.
Читать полностью…Rujukan :
https://www.kisahseram.com/kisah-seram-tandas-perpustakaan-universiti-malaysia-sabah.html
Saya pun kembali ke tandas itu semula, masa itu ada makcik tukang cuci hendak bersihkan tandas. Jadi, dengan bantuan makcik itu saya pun pergilah memeriksa tandas perempuan itu. Pada mulanya, makcik itu tidak mahu membenarkan saya masuk sebab dia memang telah sedia maklum bahawa tandas itu memang macam itu (agak ‘keras’). Dia kata kalau dulu lagi teruk, dia pernah terkunci secara tiba-tiba dalam tandas itu dan siling tandas tersebut boleh jatuh hingga terpatah dua.
Читать полностью…Semasa bekerja petang hari seterusnya, jam 7 malam itu masih lagi ada kawan bekerja, waktu itu hujan baru saja berhenti tapi masih renyai-renyai. Kakak yang kerja untuk sebelah pagi masih belum balik lagi, tunggu orang datang jemput, jadi dia duduk dekat kaunter. Saya pun pergilah ke tandas tengah tu, iaitu tandas OKU. Semasa saya tengah melepaskan hajat di dalam tandas itu, saya terdengar jeritan perempuan yang amat nyaring dari dalam tandas perempuan.
Читать полностью…Saya pernah bekerja di Perpustakaan UMS, tingkat 3 (Aseana). Saya pernah kerja lebih masa di sana sampai jam 10 malam, selama 2 minggu sorang-sorang saja kerana kawan yang bertugas sama dengan saya cuti kecemasan. Pernah satu malam tu, kira-kira jam 8 malam, pelajar yang datang hanyalah dua orang. Jadi, masa itu saya duduk di kaunter.
Читать полностью…Rujukan :
https://encikseram.blogspot.com/2017/09/kisah-seram-tolong-cu-ambil-saka-ni.html?m=1
Waktu tu lebih kurang jam 5 petang dan malam ni merupakan malam jumaat, kami sekeluarga berkumpul dan membacakan yassin untuk nenek ku yang sedang nazak. Aku berada disampingnya sebelum detik-detik terakhirnya akan tiba. "cu...Nenek nak pergi dah ni. Boleh nenek minta tolong buat kali yang terakhir?"... bisik nenek aku dengan suara yang agak kurang jelas untuk didengari. Aku pun bertanya kepada beliau apakah hajat terakhirnya itu. Nenek meminta aku untuk mengambil saka ini, jika tidak agak sukar baginya untuk pergi. Aku terkejut dengan permintaan terakhirnya itu! Aku benar-benar tidak menyangka bahawa selama ini aku adalah orang yang bakal mewarisi ilmu penanggal ini. "Tolong cu...Ambil saka ni...Nenek nak pergi"... Fikiran ku tak menentu pada masa tu, aku benar-benar tak mampu melihat nenek tersiksa sedemikian. lalu aku berbisik di telinga kepada nenek ku, "Iya nek, farah setuju"... Nenek ku tersenyum melihat ku lalu membaca sesuatu, terkumat-kamit mulutnya. Beliau kemudian menyapu muka ku dan menghembuskan nafasnya yang terakhi
Читать полностью…Aku tahu, setiap malam jumaat nenek ku pasti akan berubah menjadi penanggal dan meninggal aku bersendirian di rumah bersama tubuhnya yang ditinggalkannya di bilik itu. Aku menyelinap masuk ke bilik rahsia itu dan melihat keadaan sekeliling di ruang bilik itu. Aku lihat ada sebuah tempayan yang berisi cuka. selain itu aku juga melihat susuh tubuh nenek aku tanpa kepala sedang duduk bersimpuh menghadap tingkap yang terbuka. ku lihat ada sekeping kertas seperti bacaan mantera yang berkemungkinan bacaan yang selalu nenek ucapkan sebelum menjadi hantu penanggal. entah kenapa aku tidak mampu mengawal fikiran ku pada ketika itu, tergerak hati ku untuk menyebut mantera itu, "Sang bulan, sang malam... Berdamping dengan ku. Semanis darah, semanis darah..." belum sempat aku habiskan mantera itu, badan ku terasa sangat panas... Leher ku gatal seperti digigit ribuan semut dan aku pengsan...
Читать полностью…