humranuhais | Unsorted

Telegram-канал humranuhais - HumraxNuhais

-

Terkadang melalui ujian kita bertemu cintaNya Tuhan. Spread kindness. Contact us : @Hikmahwords_bot

Subscribe to a channel

HumraxNuhais

ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

𝙈𝘼𝙍𝙃𝘼𝘽𝘼𝙉 𝙔𝘼 𝙍𝘼𝙈𝘼𝘿𝙃𝘼𝙉

Hendaklah kita gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan kerana dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka. Diberikan kebaikan juga pengampunan. Hendaklah kita merancang untuk mengisi bulan Ramadhan ini dengan sebaiknya.

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

/channel/habibalialhamid

Читать полностью…

HumraxNuhais

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Читать полностью…

HumraxNuhais

Di malam jumaat ini, berazamlah untuk memperbanyakkan lagi selawat kita. Azamlah untuk istiqamah berselawat setiap hari.

InshaAllah, hari kita akan menjadi mudah, rezeki kita melimpah-ruah disebabkan keberkatan selawat kepada Baginda Nabi SAW.

Biiznillah 🤍

Читать полностью…

HumraxNuhais

Bagaimana diri kita boleh mengaku bahawa kita mencintai Rasulullah sedangkan bibir kita jarang sekali berselawat?

Bagaimana diri kita boleh mengaku kita mencintai Rasulullah sedangkan kita jarang sekali mengingati Baginda Rasulullah SAW?

Bagaimana kita boleh mengaku bahawa diri kita mencintai Rasulullah sedangkan sedikit sahaja selawat yang meniti di bibir kita setiap hari?

Dustakah cinta kita itu?

Sekadar cinta di bibir sahajakah?


😭😭😭

Читать полностью…

HumraxNuhais

Mengimpikan sebuah pertemuan dengan Allah di sini.
Berdekatan dengan baginda Rasul saw.

Tapi layakkan diri ini?
Diri yang penuh dosa.
Yang selalu leka dan alpa.

Tuhanku..
Pilihlah hambaMu ini sebagai waliMu..
Jagalah hambaMu dengan sebaik jagaan.
Engkau Maha Baik Ya Allah.
Sentiasa berbuat baik pada hambaMu
Engkau Ya Rahman.
Engkau Ya Rahim.

— Sis Mardhiah Mustapha

Читать полностью…

HumraxNuhais

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin".


(As-Sajdah 32:12)

@HumraNuhais

Читать полностью…

HumraxNuhais

Barangsiapa membiasakan diri untuk beristighfar, Allah akan memberikan jalan keluar baginya dari setiap kesulitan.

HR. Abu Daud
~نورفايشا

✨@sentaplaatuu

Читать полностью…

HumraxNuhais

✨@sentaplaatuu

Читать полностью…

HumraxNuhais

Telinga jangan selalu dibiar dengar lagu-lagu dunia, kelak akan merasa rimas bila didengarkan Al Quran.

@sentaplaatuu

Читать полностью…

HumraxNuhais

ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

"𝘼𝙠𝙪 𝙔𝙖𝙣𝙜 𝙋𝙖𝙡𝙞𝙣𝙜 𝘽𝙚𝙣𝙖𝙧?"

Sikap manusia ini tidak mahu dilihat salah dan kalau ada salah, tidak mudah untuk mengaku bersalah. Manusia selalu memiliki ego untuk dilihat dirinya selalu benar dan pasti ingin menang tanpa memastikan kebenaran yang diperjuangkan itu betul benar atau tidak.

Jadi dalam kita punya kaedah, silakan merasa benar tapi jangan menganggap paling benar kecuali yang sudah ditentukan oleh syariat.

Tetapi kalau itu inisiatif sendiri, pendapat sendiri, fahaman sendiri, silakan merasa benar tapi jangan merasa paling benar. Boleh jadi apa yang kita lihat itu benar, boleh jadi juga salah.

Khususnya dalam kehidupan rumah tangga. Bila berselisih antara pasangan suami isteri selalunya masing-masing akan merasa paling benar. Bukan merasa benar dan mungkin ada salah, tidak. Ini merasa paling benar.

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

/channel/habibalialhamid

Читать полностью…

HumraxNuhais

Setiap kesusahan, pasti ada harapan. Kerana kita masih punya Tuhan.

-Habib Ali Zaenal Abidin-

@HikmahWords🌿

Читать полностью…

HumraxNuhais

Checklist Jumaat: 🕊

• Al-kahfi
• Potong kuku
• Mandi sunat
• Bersugi
• Memakai wangian (khusus; lelaki)
• Berpakaian bersih/putih
• Selawat kepada Nabi
• Zikir Ya Allah

Jom tick checklist tu !

⋮ 04'|mdh

➻ @dakwahbyhaura
➻ @hauraqis

Читать полностью…

HumraxNuhais

Hati ini seringkali disakiti,
Dikecewakan tanpa henti.

Sungguh,
Hati ini hanya menanti,
Bilakah semua ini akan terhenti?

@HikmahWords🌿

Читать полностью…

HumraxNuhais

Bismillah. Tajuk Quiz kita pada harini ialah mengenai Khalifah Saidina Umar Al-Khattab.

Читать полностью…

HumraxNuhais

Assalamualaikum. Maaf haritu admin kata nak buat kuiz kan?

Читать полностью…

HumraxNuhais

Pernah tak dalam hidup rasa macam dah malas nak hidup🙂

Itu mungkin Allah nak letakkan hati kita jauh dari kepuraan duniawi🚶‍♀

dan nak kita terus mengejar ukhrawi🏃✨

Читать полностью…

HumraxNuhais

Firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

al-Ahzab: 56

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya sentiasa berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW). Wahai orang-orang yang beriman! berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

Читать полностью…

HumraxNuhais

Nabi SAW bersabda:

الْبَخِيلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ

Maksudnya: “Orang yang bakhil adalah orang yang apabila disebutkan namaku, maka dia tidak berselawat ke atasku.”

Читать полностью…

HumraxNuhais

الدعاء مخ المؤمين

Doa itu adalah otak para mukmin.

Dengan doa, kita belajar bertenang dengan meluahkan segala rasa hati. Dengan doa juga, kita belajar untuk kekal rasional saat berinteraksi dengan Tuhan. Menitipkan satu persatu aduan, hajat dan juga harapan.

Di setiap helaan nafas doa kita belajar untuk sentiasa mengharapkan diri dan persekitaran sentiasa dalam keamanan, ketenangan, kebaikan, keharmonian serta sarat dengan kekuatan untuk mengurus bilah-bilah cabaran kehidupan.

Dengan doa juga kita berusaha mengekalkan tumpuan dan ingatan agar sentiasa terikat dengan rasa pengawasan dan keberadaan Tuhan di setiap gerak- geri, kalam lisan mahupun lintasan fikiran.

Maka perhatikanlah diri kita saat berdoa. Adakah titipan doa hanyalah jalan untuk meminta-meminta pada Tuhan semata? Atau doalah yang menjadi jalan untuk memberdayakan akal, emosi dan tingkah laku.

Doa yang diiringi amalan kebaikan dan ketaatan, adalah jalan beroleh kedudukan istimewa (taqarrub) di sisi Tuhan.

Akrab dengan Tuhan, maka berolehlah nikmat yang tersendiri. Salah satu nikmat tersebut ialah nikmat otak yang mampu berfungsi berfikir dan memberi arahan pada setiap indera tubuh agar beramal taat pada Tuhan.

Itulah ertinya doa adalah otak para mukmin.

- Hani Izzati Yaakob -

Читать полностью…

HumraxNuhais

ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

Kita mengambil iktibar bagaimana hati seorang mukmin. Bila terlepas dari perbuatan baik, hatinya sedih. Terlepas dari kebaikan, susah hati. Sifat orang beriman. Rasa sedih itu tanda kesempurnaan iman seseorang.

Tanda orang yang disayang oleh Allah SWT
1. Suka pada kebaikan
2. Suka pada orang yang baik
3. Senang untuk berbuat baik
4. Susah hati kalau terlepas peluang buat kebaikan

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

/channel/habibalialhamid

Читать полностью…

HumraxNuhais

Untuk kesihatan yang baik, kendalikan makananmu.
Untuk jiwa yang baik, kendalikan dosamu.
Untuk keimanan yang baik kirimkan selawat kepada Nabimu Muhammad صلى الله عليه وسلم ❤️

- Imam Al Ghazali -

✨ @sentaplaatuu

Читать полностью…

HumraxNuhais

Barangsiapa yang ingin menghafal (menjaga ) sebuah ilmu maka hendaklah dia melazimi lima perkara ini.

1⃣ Solat malam walaupun dua rakaat.

2⃣ Selalu dalam keadaan berwudhuk.

3⃣ Bertaqwa kepada Allah baik ditempat terbuka mahupun ditempat yang tidak terlihat.

4⃣ Makan untuk bertaqwa kepada Allah bukan kerana memuaskan hawa nafsu.

5⃣ Bersiwak.

Catatan : Dawrah ماذا يعني إنتماع الإسلام

✨ @sentaplaatuu

Читать полностью…

HumraxNuhais

Dahsyatnya Menyia-nyiakan Waktu

Imam Ibnul Qayyim al-Jauqiyyah Ra menjelaskan :

"Menyia-nyiakan waktu lebih mengerikan daripada kematian. Sebab, menyia-nyiakan waktu akan memisahkanmu dari Allah dan negeri akhirat. Sementara itu, kematian hanya akan memisahkanmu dari dunia dan penghuninya."

– al-Fawaid, hlm 39.

✨ @sentaplaatuu

Читать полностью…

HumraxNuhais

ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

𝙈𝙚𝙡𝙞𝙝𝙖𝙩 𝙙𝙞𝙧𝙞𝙣𝙮𝙖 '𝙏𝙝𝙚 𝘽𝙚𝙨𝙩'

Dalam hadis Nabi ﷺ bersabda, sombong itu menolak kebenaran dan merendahkan orang lain. Tidak akan merendahkan kepada orang lain kecuali melihat dirinya lebih baik daripada orang lain.

Takabbur ini terkadang kepada harta, takhta kedudukan. Sombong dengan hartanya bilamana dia berharta. Kalau tiada harta dia mungkin tak sombong. Tapi yang problem kalau orang sombong dengan takhtanya. Bukan takhta jawatan tinggi, tidak... itu kecil je. Takhta yang dimaksudkan bila seseorang melihat dirinya 'the best'. Itu takhta. Walau dia miskin, dia sakit, dilihat dirinya paling baik, problem besar. Sombong yang tak dinampak.

Nak kata sombong dengan harta, tak berharta. Sombong dengan jawatan tinggi, tak berjawatan. Hanya perasaan dalam hati melihat dirinya terbaik. Ini bahayanya sombong. Cukup menjadi contoh sombongnya iblis hingga dihalau dari syurga.

Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

Читать полностью…

HumraxNuhais

Kita adalah pemuda dan mereka (ashabul kahfi) juga adalah pemuda.

Cuma bezanya, pemuda zaman sekarang. Kita agak susah nak jumpa seperti mereka lagi-lagi kita di akhir zaman ini. Memanglah kita banyak aje pendakwah muda, macam dekat instagram, tiktok dan sebagainya. Dan para influencer, ustaz dan ustazah yang menyampaikan dakwah. Tapi zaman sekarang kita sendiri pun dah tak dapat tengok dimana pemuda-pemuda yang beriman, yang menegakkan agama Allah.

Tak mungkin, kita dipilih oleh Allah seperti pemuda-pemuda ashabul kahfi tadi. Dan itulah apa yang disampaikan oleh kakak naqibah saya semalam. Bila kita tengok kisah ashabul kahfi, kita dah boleh nampak kekuasaan Allah di situ. Merentasi masa selama 309 tahun jika nak dibandingkan dengan kisah marvel merentasi masa yang sekadar rekaan.

Dan dalam surah Muhammad ayat 7, Allah berfirman.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu".

Jadi, kita sebagai pemuda-pemuda Islam mestilah tahu. Tujuan kita hidup di bumi Allah ini adalah menjadi khalifah dan menolong agama Allah.

Allah berjanji. Bila kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita. Dan setiap perkara yang kita lakukan, nak bantu agama Allah, itu semua bermula daripada diri kita sendiri.


Sama juga macam kita nak keputusan yang cemerlang. Itu semua bermula daripada diri kita sendiri dan bukan hanya kata-kata yang keluar dari mulut kita.

Contohnya, "Aku nak result cemerlang 8A." Tetapi sebarang tindakan pun kita tak buat. Tak study tapi nak result elok. Sebab itulah semuanya bermula daripada diri kita sendiri dan bukan daripada orang lain.

Yang paling penting, kita kena sentiasa tajdid (perbaharui) niat kita belajar kerana Allah dan untuk bantu agama Allah. Ikhlas, bukan belajar semata-mata nakkan habuan dan ganjaran dunia.

Apa yang kita lakukan sekarang, itulah yang akan kita pratikkan dalam kehidupan seharian kita.

Last but not least, buatlah setiap perkara hanya kerana Allah. InsyaAllah, setiap perkara yang kita lakukan akan ditulis pahala. Bila kita buat sesuatu kerana Allah, nescaya kita takkan kecewa dan mengharapkan balasan daripada makhluk.

Sekian. Itu sahaja daripada saya. Maaf andai ada salah dan silap juga kekurangan dalam menyampaikan perkongsian ini. Yang baik datang dari Allah. Yang buruk datang dari diri saya sendiri. Semoga bermanfaat!

Читать полностью…

HumraxNuhais

❝ Jika kamu ingin menjadi wanita syurga, kenalilah dengan wanita pemimpin syurga, dekatkanlah diri dengan dengan pemimpinmu itu dan ikutilah jalan hidupnya Sayyidah Fatimah Az Zahra رضي الله عنها bintu Rasulullah ﷺ ❞

— Ustazah Halimah Alaydrus

@fatimah_albatull

Читать полностью…

HumraxNuhais

Perjuangan hari demi hari.
Kadangkala terasa amat lelah.
Tetapi,diri tetap memujuk supaya tidak lemah.

Kerana,
Sebuah keazaman yang tinggi untuk sampai ke penghujung menyebabkan diri ini terus melangkah.

Dan--
Tidak lupa juga untuk membawa setiap langkah dengan niat Lillah. Kerana langkah bersama Allah akan membawa kejayaan yang terindah.

Hijrah kerana Allah ❤️

@HikmahWords🌿

Читать полностью…

HumraxNuhais

Jangan pernah tinggalkan Al-Quran kerana ia adalah rahmat daripada Allah.

Firman Allah SWT :

إِلَّا رَحۡمَةࣰ مِّن رَّبِّكَۚ إِنَّ فَضۡلَهُۥ كَانَ عَلَیۡكَ كَبِیرࣰا

‎Maksudnya :
"(Tetapi kekalnya Al-Quran itu) hanyalah sebagai rahmat dari tuhanmu; sesungguhnya limpah kurnianya kepadamu (wahai Muhammad) amatlah besar."

[Surah Al-Isra': 87]

@FarhaTeamFamily💙

Читать полностью…

HumraxNuhais

InsyaAllah malam ni admin akan buat.

Читать полностью…

HumraxNuhais

Siapapun yang hidup di dunia pasti akan menghadapi hal-hal yang tidak menyenangkan, yang berupa musibah, sakit, sedih, masalah, kekurangan harta dan seumpamanya. Itu sudah merupakan sunnatullah yang pasti terjadi. Allah swt menjelaskan,

“وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ“

Maksudnya: “Kami (Allah) pasti akan menguji kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa juga buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”.

[QS. Al-Baqarah (2): 155]

@FarhaTeamFamily💙

Читать полностью…
Subscribe to a channel