Imam Al-Aajurriy berkata :
Ahli al-Quran yang sejati adalah mereka yang fokus utamanya ketika membuka lembaran Al-Quran, dia akan berkata :
مَتَى أَتَّعِظُ بِمَا أَتْلُو؟ وَلَمْ يَكُنْ مُرَادُهُ مَتَى أَخْتِمُ السُّورَةَ؟
Maksudnya :
Bilakah aku dapat mengambil pengajaran berdasarkan apa yang aku baca ? Bukanlah tujuannya (ketika membuka mushaf) : Bilakah aku akan mengkhatamkan bacaan surah ini ?
Rujukan : Akhlāq Ahl-Al-Qurān, Al-Ājurriy (1/36)
Sebahagian salaf lebih mengutamakan faham berbanding khatam terhadap bacaan Al-Quran.
- Ustaz Dr Zahazan Mohamed
@FarhaTeamFamily💙
•┈┈┈◎❅❀❦🌹❦❀❅◎┈┈┈•
❝Orang yang mencari perhatian orang lain didalam ibadahnya, maka tidak akan mendapatkan perhatian dari Allah SWT❞
Habib Umar bin Hafidz
•┈┈┈◎❅❀❦🌹❦❀❅◎┈┈┈•
@HikmahWords🌿
MUHASSABAH
"Belajar jadi pemaaf, berhenti menjadi pembenci
Berhenti salah kan orang, belajar memperbaiki diri"
#khusyuktenangbahagia
#Allahjagakita #islam #islah
#pkp
Kata Abu Bakar al-Warraq:
“Bulan Rejab adalah bulan untuk bercucuk tanam, bulan Sya’ban pula adalah bulan untuk menyiram tanaman dan bulan Ramadhan pula adalah bulan untuk memungut hasil.” [Lihat: Lathaif al-Ma’arif, 121/1]
@HikmahWords🌿
Checklist Jumaat: 🕊
• Al-kahfi
• Potong kuku
• Mandi sunat
• Bersugi
• Memakai wangian (khusus; lelaki)
• Berpakaian bersih/putih
• Selawat kepada Nabi
• Zikir Ya Allah
Jom tick checklist tu !
⋮ 04'|mdh
➻ @dakwahbyhaura
➻ @hauraqis
"Ilmu itu bagaikan binatang buruan, sedangkan pena adalah pengikatnya, maka ikatlah buruanmu dengan tali yang kuat."
- Imam Syafi’i
@HikmahWords
Buatmu Pendosa,
Kisah silam bukanlah bermakna kamu tidak layak mendapat Syurga.
Tetapi, itulah titik pengajaran di dalam kehidupan kamu sebelum bermulanya perjalanan sebenar kamu menuju Allah.
Jika tiada kisah silam mungkin kita terus berada pada jalan yang salah.
Pandanglah segala masa lalumu dengan hikmah. Segala apa yang Allah susunkan untuk kita, semuanya yang terindah.
Semoga kita terus beristiqamah dalam berhijrah❤️
Niat Lillah, In sha Allah Istiqamah💪🏻🌸
@HikmahWords🌿
Ya Allah, engkau tuntutilah langkah-langkahku supaya terus melakukan ketaatan dan meninggalkan segala larangan-Mu. Sungguh, hambamu ini sangat lemah. Hanya kepada Mu aku menyerahkan segala urusanku
Aamiinn Ya Mujib🤲
@HikmahWords🌿
Pagi ini,
Aku tekad untuk terus lakukan kebaikan.
Walaupun begitu ramai yang cuba menjatuhkan.
Aku percaya pada janji Allah bahawa setiap kebaikan pasti akan dibalas dengan kebaikan.
@sipemburutarbiah
Ikhtilat📌
Andai tak dijaga, hari-hari akan jatuh cinta pada orang yang berbeza.
Jika diganggu ajnabi, muhasabah diri. Pasti ada yang terlepas pandang, atau kita yang buka ruang.
Nabi angkat martabat wanita. Jadi, jangan mmpermalukan maruah wanita yang lain dan tak lupa juga untuk jaga maruah diri sendiri. Tambah-tambah yang dah terdidik dengan agama.
Jika dengan lelaki pun kita dah kalah, bagaimana nak hadap fitnah dajjal?
@hikmahwords🌿
@hashtagdakwah
Surah Taha 1-5 :
Dapat melembutkan hati yang keras.
Menghilangkan kedegilan untuk beribadah kepada Allah.
InsyaAllah.
Satu pepatah melayu yang tak asing lagi di telinga kita,
MASA ITU EMAS
Kenapa emas?
Ya, sebab ianya sangat berharga.
Tapi, cuba tanya diri kita, adakah masa kita benar-benar berharga seperti emas?
Malah ada ketika kita buang masa layaknya seperti masa itu tak punya nilai langsung. Dibiarkan masa berlalu tanpa berbuat apa-apa.
Dibuang seperti sampah yang tak berguna. Dibuang dengan perkara yang merosakkan diri kita. Dibuang dengan perkara yang meracuni diri kita sendiri.
Masa itu berharga. Terlalu berharga.
Sebenarnya, MASA ITU BUKAN EMAS!
Kerana apa? Emas tidaklah terlalu berharga kerana ia boleh dijual beli. Siapa mampu, pasti boleh miliki.
Namun, masa tidak boleh dijual beli. Sejuta, dua juta, berapa juta trilion ringgit sekalipun kita tetap tak boleh beli balik masa yang telah kita tinggalkan. Malah kita tak boleh beli masa yang akan datang.
Maka, dengan masa yang sangat terhad yang kita ada, gunakanlah sebaiknya. Manfaatkan sepenuhnya 🤍
💥RENUNGAN IMAN💥
💦Kita selalu brfikir, kenapa ia tidak mencintaiku seperti aku mencintainya.
💦Tetapi kita lupa berfikir, kenapa aku tidak mencintai Allah seperti Allah mencintaiku.
@HikmahWords
Disaat kita tercari-cari penawar bagi penyakit hati,
Ambillah al-Quran dan bacalah.
Itulah penawar yang paling mujarab.
Jika kamu tinggalkan al-Quran walaupun sehari,
Nescaya kamu adalah orang yang tersangat rugi.
Jadi, marilah kita beristiqamah dalam membaca al-Quran sekurang kurangnya #satuharisatumuka
@FarhaTeamFamily💙
ALHAMDULILLAH BULAN REJAB MENJELANG TIBA 🥰
Menurut Riwayat al-Thabarani dari Sa'id bin Rasyid:
“Barangsiapa berpuasa sehari di bulan Rajab, maka ia laksana berpuasa setahun, bila puasa 7 hari maka ditutuplah untuknya pintu-pintu neraka jahanam, bila puasa 8 hari dibukakan untuknya 8 pintu surga, bila puasa 10 hari, Allah akan mengabulkan semua permintaannya....."
t.me/wrotebyciktarbiyah
Apakah sebab hati tidak tenang?
1. Kurang pegangan agama.
2. Terlalu banyak perkara yang difikirkan.
3. Dihantui dosa dosa yang lalu.
4. Hati dan jiwa kotor.
5. Asyik melakukan perkara tidak baik / buat kejahatan.
6. Tidak bersuci dari hadas kecil dan besar.
7. Tidak takut pada dosa.
@FarhaTeamFamily💙
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷
Yang hilang itu bukan bahagia, tetapi rasa syukur kita. Jika kita bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang, nescaya kita akan nikmati bahagia. Percayalah Allah Maha Kuasa.
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷
#AdminCikMerah
@MahuBerubah
SALAM JUMAAT 🌹
Jangan lupa perbanyakkan selawat😍❤️
• اللهم صل على سيدنا محمد النبي الامي وعلى اله وصحبه وسلم
• اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
@UsrahTarbawi♥️🌹
Sedih dengan diri sendiri.
Mudah menangis kerana manusia,
Tapi, sukar sekali hendak menitiskan air mata kerana Allah.
Allah😔
@HikmahWords🌿
Biasakan dirimu untuk mengabaikan kerana tidak setiap apa yang dikatakan layak untuk ditanggapi
Terkadang Kita juga perlu menulikan telinga untuk menggapai mimpi ✨
- ig mutiara . arab -
@Hikmahwords🌿
@hashtagdakwah
Apa yang paling penting dalam kehidupan adalah kejujuran dalam ibadah.
Kejujuran ini membuatkan Allah lebih dekat dgn kita.
- Ustaz Khairuddin -
@hashtagdakwah
Malulah kepada Allah. Kamu makan dari pemberianNya, minum dari airNya, hidup di bumiNya, kemudian gunakan semua itu untuk melanggar peraturanNya.
- Habib Umar bin Hafidz -
Reflections Book now in Bahasa Malaysia: https://reflectionsbook1.wixsite.com/bahasa
E-Book Percuma | Himpunan Refleksi Ayat-Ayat Terpilih Daripada Juz 1-30 Al-Qur'ān
Buku kecil ini mengandungi renungan ringkas daripada setiap Juz' (bahagian) Al-Qur'an. Setiap renungan mempunyai tema dan berkaitan dengan hal-hal seharian yang merangkumi pelbagai topik daripada ibadah, doa, moral dan etika, rezeki, ketetapan ilahi, hingga urusan dengan manusia lain.
Cukuplah,
Jadi seorang pendosa yang hebat,
Sehinggakan berlagak untuk bertaubat.
Tetapi,
Jadilah pendosa tanpa noktah,
Yang tidak perputus asa menuju Allah.
@dakwahcenter
Kenapa kita selalu rasa insecure ?
Satu je sebab dia
kita kurang
" bersyucure "
@Hikmahwords🌿
DI MANAKAH KERINDUAN BUAT RASULULLAH ?
Rasulullah SAW bersabda:
“Orang itu akan dibangkitkan bersama siapa yang paling dia cintai”
Berdasarkan hadis di atas, cuba renungkan. Dengan siapa yang kita cintai, dengan siapakah kita merindui, dengan siapakah yang kita idolakan?
Cuba renungkan sejenak.
Jika jawapan kita RASULULLAH, itu maknanya kita tidak tersalah cinta. Tetapi, jika yang kita cinta dan idolakan itu sebaliknya seperti kpop, influencer, instafamous, artis-artis (tambah-tambah yang tak tutup aurat)...cinta kita dah tersalah alamat.
Kita dah cintakan orang yang langsung tak pernah pun rindu kita siang dan malam.
Kita dah cintakan kepada orang yang langsung tak ambil kisah pada kita time berkumpul di mahsyar.
Kita dah cintakan orang yang langsung tak kisah kita ni masuk syurga atau neraka.
Ditambah pula, orang yang langsung tak dapat bagi seteguk air pun di padang mahsyar nanti.
Segala apa yang nabi korbankan demi kita. Malangnya,kita pandang sebelah mata. Memang jauh sangatlah nak rindu Rasulullah SAW 🍃
Ingat!
Bila di mahsyar nanti, hanya syafaat Rasulullah yang dapat bantu kita. Cuba ubah diri kita untuk rasa malu dari sekarang. Dekat mahsyar nanti, pada Rasulullah jugaklah yang kita nak minta syafaat.
Muhasabah.
@HikmahWords🌿