humranuhais | Unsorted

Telegram-канал humranuhais - HumraxNuhais

-

Terkadang melalui ujian kita bertemu cintaNya Tuhan. Spread kindness. Contact us : @Hikmahwords_bot

Subscribe to a channel

HumraxNuhais

‎وتذهب للقراءة وحدك حتى لا يدخل منه الشيطان
Dan engkau pergi membaca al-Quran bersendirian, supaya Syaitan tidak mengganggumu melaluinya (yakni: telefon itu)

‎١٢- أثناء قراءتك ستمر عليك آيات رحمة ووعيد
12. Semasa engkau membaca, engkau akan melalui ayat-ayat tentang rahmat dan ancaman.

‎قف .. عند بعضها
Berhentilah.. pada sebahagian dari ayat-ayat tersebut.

‎وارفع يديك واسأل الله من فضله
Angkatlah kedua tanganmu dan mintalah kepada Allah dari kelebihanNya.

‎فلها أثر على القلب كبير .
Baginya, terdapat kesan kepada hati yang sangat besar.

‎١٣- إن كنت بطيئ القراءة أو لا تحسنها
13. Jika engkau (menghadapi masalah) perlahan membaca al-Quran atau engkau tak mampu membaca dengan baik,

‎فأعلم أن أجرك مضاعف فلك الأجر مرتين .
Ketahuilah bahawa ganjaran pahala engkau digandakan.
Maka, bagi engkau, ganjaran pahala sebanyak dua kali (1 kerana membaca, 1 kerana usaha dalam susah)

‎وأوصيك بتحميل القرآن صوتياً بهاتفك وتابعه .
Dan aku pesan kepada engkau supaya muat turun rakaman bacaan al-Quran di dalam handphone dan (belajar membaca dengan) ikuti (rakaman bacaan) itu.

‎١٤- ختم قراءتك على أواخر السور أكمل وأفضل من ختمها على أواخر الأجزاء .
14. Habiskan bacaan engkau pada penghujung surah adalah lebih sempurna dan lebih baik dari menghabiskan di penghujung juz-juz.

‎-ابن عمر إذا شرع في سورة لا يقف حتى يختمها .
Ibn 'Umar dahulu, jika membaca pada satu-satu surah, dia tak akan berhenti sehinggalah dia menghabiskannya.

‎١٥-لا يشغلنك قطع الأجزاء عن التدبر ومما يساعدك عليه تكرار الآية مرتين وثلاث وعشر حتى يلين لها قلبك ،
15. Jangan engkau sibukkan (fokus) untuk menghabiskan juz-juz, daripada (yang sepatutnya, iaitu fokus) kepada tadabbur dan apa-apa yang sebenarnya membantu engkau untuk mengulang-ulang sesuatu ayat sama ada 2 kali dan 3 kali dan 10 kali, sehinggalah hatimu menjadi lembut kerana ayat itu.

‎تقبل الله منا ومنك .
Semoga Allah menerima (usaha ini) dari kami dan dari engkau.

Terjemahan oleh: BroSyarief.

Читать полностью…

HumraxNuhais

AMALAN MUDAH MENGHAFAL

Baca zikir يَا مُبْدِئ يَا خَالِق
sebanyak 100 kali atau lebih, dengan izin Allah dipermudah menghafal & faham ilmu

Semoga Bermanfaat 🌷

P/S: Gambar diizinkan untuk buat wallpaper

Читать полностью…

HumraxNuhais

POV: "Budak-budak Kpopers be like.."

TAG KAWAN BAIK.

*Please TENGOK SAMPAI HABIS sebab ada benda penting kami nak sampaikan🙏

1) Hari ni, hiburan yang ada unsur haram telah menjadi normal. Sampai ada yang obses hiburan tersebut. Terkadang, pelajar agama pun tak terlepas dari perkara tersebut.

2) Kadang-kadang, kita "buang agama" yang Allah dah bagi pada kita dengan hiburan yang melalaikan tanpa kita sedar. Akhirnya dalam hati kita dipenuhi dengan cinta dunia dan cinta pada artis, dan tanpa sedar, cinta Allah, cinta pada ibadah, cinta pada ilmu, makin pudar dari jiwa🥺

3) Sedangkan, orang-orang susah di pelbagai tempat, contohnya di Pulau Semporna SABAH, mereka tidak ada peluang macam kita, tapi bila ada peluang untuk mereka mendekati agama, mereka sangat hargai agama yang mereka dapat!

4) Saya dan team @komunitidakwahtarbiah baru-baru ada buat jelajah dakwah di Sabah, bertemu masyarakat di pulau Silungan dan Sibangkat. Kami lihat, mereka disana amat cintakan agama, namun tiada kemudahan dan peluang untuk mereka.

5) Atas sebab itu kami nak ajak kalian semua untuk bantu kami membina "MAKTAB TARBIAH" di sana, yang mana MAKTAB TARBIAH ini akan menjadi tempat solat, pusat mengaji dan mengajar fardu ain buat anak-anak di pulau Semporna Sabah.

6) Jom sama-sama, kita berINFAQ dan berSEDEKAH untuk bantu kami menjayakan dan membina MAKTAB TARBIAH DI SANA.

7) Mari menyumbang sekarang di
PERTUBUHAN KOMUNITI DAKWAH DAN TARBIAH

PPM-002-10-09042022

5686 2103 7401 (Maybank)

Atau TEKAN LINK DI BIO SAYA sekarang.

https://yup.la/Maktab-Tarbiah-2023

Читать полностью…

HumraxNuhais

Syukur.                                  

Wahai kamu,
Tidak perlu untuk ada rasa cemburu,
Untuk apa yang bukan milikmu.

Wahai kamu,
Jangan persoalkan tentang,
'Kenapa dia dapat, tetapi untuk aku tidak dapat sebegitu?'

Wahai kamu,
Jalan penyelesaiannya hanya satu,
Syukur dengan setiap apa yang kamu dapat itu,
Kerana dengan berbuat sebegitu,
Kamu akan berasa cukup dengan nikmat yang telah diberi walau satu.

Wahai kamu,
Syukur itu membuatkan dirimu itu sedari,
Tentang menghargai
apa yang ada di sekitarmu ini,
Kerana setiap orang itu
punya rezeki tersendiri,
Nikmat yang telah dikurniakan oleh Tuhan yang Maha tinggi.

Maka,
Bersyukurlah kamu,
Dalam setiap perkara.
Walau apa adanya.

-- nuhais

@HumraNuhais

Читать полностью…

HumraxNuhais

Jangan berhenti bertahan, kerana Tuhan itu adil dalam memberi luka.

Dia yang memberi luka,
Dia juga yang menyembuhkan luka.

Hanya sahaja kita sebagai hamba tidak mengetahui bagaimana cara Dia mengubati luka.

Allah patahkan hati kita sehingga begitu dalam kecewanya kita memberi harap terhadap manusia. Kerana Dia mahu kita, mengharap hanya pada-Nya.

Wahai kamu,
Jika kamu berhenti dan berputus asa,
Cukupkah sahaja sampai di sini?

Bukankah Sang Rabbi sedang dan setia menanti dirimu untuk kembali?

Hanya sahaja kamu belum menapak langkah mendekati.

Ketahuilah, wahai kamu.

Disebalik kamu alami betapa peritnya ujian,
Akan hadir manisnya hikmah yang diatur-Nya selepas menempuh seribu jalan ujian.

Dan hikmah itu akan kamu lihat dan tahu,
Tatkala kamu sentiasa memohon pertolongan daripada-Nya dengan sabar dan solat.

Allah Maha Tahu apa yang terbaik buatmu.

Dia tak pernah tak sayang akan hamba-hamba-Nya yang kembali.

Tak pernah tak sayang.

-- nuhais

@HumraNuhais

Читать полностью…

HumraxNuhais

Jauhilah dosa-dosa sukar, dosa-dosa yang perlu berbayar, dosa-dosa yang perlu beratur.

Tetapi dosa-dosa sukar ini bermula dengan dosa-dosa mudah yang diremehkan, yang tidak ditaubatkan.

Termasuk dosa-dosa sukar: Menghadiri konsert yang terhimpun padanya bermacam kemaksiatan. Termasuk dosa-dosa mudah: Mendengar lagu-laguan bermuzik.

Semoga Allah perbaiki kita semua, permudahkan kita untuk bertaubat dari semua dosa, sukar dan mudah.

@musaddads

Читать полностью…

HumraxNuhais

Kena rajin ngaji. Cara dia, duduklah dengan orang-orang yang rajin ngaji. Bukannya yang duduk tengok perempuan cantik di Instagram kemudiannya insecure tak habis-habis.

Kamu akan automatik menawan dan dihormati bila ada karakter yang kuat (akhlak) dan ilmu.

Ayuh, kita sama-sama beauty with brain!

Semangat belajar, semuanyaa!

@HumraNuhais

Читать полностью…

HumraxNuhais

Selamat malam semua! Jangan lupa baca al-mulk dan selawat banyak-banyak sebelum tidur ✨

Semoga Allah menerima semua amalan-amalan baik kita hari ini, aamiin allahumma aamiin 🤍

Kalau boleh, tutuplah hari kita ni dengan solat witr sekali yaa. Satu rakaat pun dah okay! 🥰

Assalamualaikum!

@HumraNuhais

Читать полностью…

HumraxNuhais

Lawannya ubat kepada hati :

❤️‍🩹 Hasad
-Lawan hasad adalah tidak menjadikan hasad sebagai hubungan kita dengan orang lain. Yakni, berbuat baik kepada orang yang kita hasad kepadanya. Berlindung kepada Allah daripada hasad.

❤️‍🩹 Riak
-Lawannya adalah ikhlas

❤️‍🩹 Rakus
-Lawannya adalah zuhud

❤️‍🩹 Sombong
-Lawannya adalah tawaduk

Apabila kita tahu penyakit yang merosakkan hati, kita lawannya sebagai ubat kepada hati.

-Al Habib Ali Zaenal Al-Hamid

Читать полностью…

HumraxNuhais

Mohon maaf atas kesepian yang sangat berpanjangan. tolong doakan admin agar sentiasa baik-baik saja 🤍

-Sincerely, Admin HumraxNuhais

Читать полностью…

HumraxNuhais

🤍 Bersyukur apabila diberi nikmat, bersabar jika diberi ujian. Kedua-duanya membawa ganjaran yang besar kepada seorang manusia dan itu ialah sifat orang mukmin.

سُبْحَــانَ اللّــهِ وَبِحَمْــدِهِ، عَــدَدَ خَلْقِــهِ وَرِضَــا نَفْسِــهِ وَزِنَــةَ عَرْشِــهِ وَمِــدَادَ كَلِمَاتِــهِ. بِسْــمِ اللَّــهِ الَّــذِي لَا يَضُــرُّ مَعَ اسْمِــهِ شَيْءٌ فْـي الأَرْضِ وَلَا فِـي السَّمَــاءِ وَهُـوَ السَّمِيـعُ العَلِيـمُ.

🤍 Semoga hari ini menjadi hari yang lebih baik untuk kita semua, allahumma aamiin allahumma aamiin!

Читать полностью…

HumraxNuhais

Konklusi yang aku temui setelah diuji kerap kali. Setiap ujiannya Allah, akhirnya aku rasakan semakin pahit dengan dunia.

Betapa tawarnya dunia menyebabkan aku menjadi lebih menitikberatkan soal kehidupan aku di akhirat sana nanti.

Terima kasih Ya Allah ✨

— hambaAllah.

Читать полностью…

HumraxNuhais

Cuba korang komen, apa puasa sunat yang korang tahu? 🙈

Читать полностью…

HumraxNuhais

♻TIPS KHATAM AL QURAN DI BULAN RAMADHON♻

♻ UNTUK 1 KALI KHATAM, JUMLAH YG DIBACA :

1. Solat Subuh 2 helai
2. Solat Zuhur 2 helai
3. Solat 'Asar 2 helai
4. Solat Maghrib 2 helai
5. Solat 'Isyak 2 helai

♻ UNTUK 2 KALI KHATAM :

1. Solat Subuh 4 helai
2. Solat Zuhur 4 helai
3. Solat 'Asar 4 helai
4. Solat Maghrib 4 helai
5. Solat 'Isyak 4 helai

♻ UNTUK 3 KALI KHATAM :

1. Solat Subuh 6 helai
2. Solat Zuhur 6 helai
3. Solat 'Asar 6 helai
4. Solat Maghrib 6 helai
5. Solat 'Isyak 6 helai

♻ SEBARKAN KEBAIKAN, Rasulullah SAW bersabda,

♻ "Barang siapa menunjukkan satu kebaikan, maka baginya pahala semisal orang yg mengikuti KEBAIKAN tersebut."
(HR. Muslim, no. 1893).

Читать полностью…

HumraxNuhais

Assalamualaikum korang! Sihat ke? ✨ Semoga azam untuk korang kejar pahala dalam bulan ramadan ni bertambah! 🤍

Читать полностью…

HumraxNuhais

TIPS BACAAN AL-QURAN

Oleh: Dr. Muhd al-Muhaysni.
‎هذه #وصايا_أثناء_القراءة كتبها د. محمد المحيسني حفظه الله ..

‎١- لا تعطي القرآن فضلة وقتك .
1. Jangan engkau berikan (fokus membaca) al-Quran pada lebihan waktumu (yakni: bila free, baru baca),

‎بل خصص له وقت محدد لا ينازعك عليه أحد
Malah khususkan untuknya waktu tertentu, yang mana tiada seorangpun yang akan mengganggumu.

‎٢- قبل القراءة جدد وضؤك ، واستقبل القبلة ، .
2. Sebelum membaca al-Quran, perbaharui wudhu'mu, hadaplah ke arah kiblat,

‎وابدأ بالاستعاذة ثم البسملة ، واستحضر فضل قراءة القرآن
dan mulakan dengan Isti'azah (Bacaan A'udzu bilLah..), kemudian Basmalah (Bacaan Bismillahir-Rahman..) dan ingatilah ganjaran kelebihan membaca al-Quran.

‎٣- ليكن صوتك وسطاً لا مرتفعاً فتتعب وتزعج ولا منخفظاً فتمل وتنعس
3. Hendaklah kekuatan suaramu sederhana, tidak terlalu kuat sehingga engkau kepenatan dan terganggu, dan tidak terlalu perlahan sehingga engkau bosan dan mengantuk.

‎ولتكن سرعتك وسطاً لا سريعة فتهذ ولا بطيئةً فتسئم .
Hendaklah laju bacaanmu itu juga sederhana, tidak terlalu laju sehingga terpotong-potong ayat (kerana sering tersilap), dan tidak juga terlalu perlahan sehingga engkau rasa jemu.

‎٤- للقرآن هيبة ووقار
4. Al-Quran memiliki wibawa dan kehormatan.

‎ومن عظم القرآن في قلبه عظم الله مكانته بين الناس
Sesiapa yang mengagungkan al-Quran di dalam hatinya, Allah agungkan kedudukannya di kalangan manusia.

‎فلا تقطع قراءتك بالكلام مع فلان وفلان
Maka jangan engkau putuskan bacaanmu dengan perbualan bersama orang lain.

‎٥- كان السلف إذا شرع أحدهم في قراءة سورةٍ لا يقطعها حتى يتم السورة.
5. Generasi salaf dahulu apabila mereka menetapkan untuk membaca satu surah, mereka tidak akan memutuskannya sehingga sempurna bacaan satu surah tersebut.

‎وهذا من الأدب مع كلام الله ، والبعض يقطع الآيات !
Ini adalah di antara adab dengan kalam Allah. Dan sebahagian orang memutuskan ayat (untuk bercakap dengan orang).

‎٦- إذا بدأت قراءتك فلا تلتفت لأحد
6. Apabila engkau telah memulakan bacaanmu, maka janganlah engkau menoleh kepada sesiapapun.

‎وإذا أراد أحدهم الحديث معك فأشر بيدك له معتذراً ،
Jika seseorang ingin berbicara denganmu, berikan isyarat dengan tanganmu meminta maaf.

‎وهذا من تعظيمك لكتاب الله
Ini merupakan sikap memuliakan kitab Allah.

‎٧- إن كنت ولا بد قاطعاً تلاوتك لحديثك لأحدهم ، فلا تجبه فور حديثه.
7. Jika engkau perlu untuk menghentikan bacaanmu untuk berbicara dengan seseorang (yang mengajakmu berbicara), jangan terus (berhenti untuk) menjawabnya.

‎بل لينتظرك حتى تقف على رأس الآية في موقف مناسب .
Malah hendaklah dia menunggu sehingga engkau berhenti di hujung ayat, pada tempat berhenti yang sesuai.

‎٨- يجب عليك تحريك لسانك أثناء القراءة
8. Hendaklah engkau menggerakkan lidahmu ketika membaca al-Quran,

‎أما قراءة العين فهي لا تجزئ ولا تعبر قارئاً
adapun bacaan dengan mata sahaja, tidak memadai dan tidak dianggap sebagai membaca.

‎٩- من عدم احترامك لكلام ربك أن تقرأ آيات يسيرة ثم تتابع تويتروتليجرام و..و..و ثم تعود ، ثم تتصفح وهكذا !
9. Di antara tanda hilangnya rasa hormat kepada kalam Tuhanmu, ialah apabila engkau baru membaca sedikit ayat-ayat al-Quran, kemudian engkau sambung pula dengan melihat Twitter, Telegram, fb dan ini, dan itu, kemudian sambung, kemudian semak lagi, dan seterusnya.

‎١٠- أنصحك أن تذهب لمسجد بعيد لا معارف لك به
10. Aku menasihatkanmu agar engkau pergi ke sebuah masjid yang jauh, yang engkau tidak ada orang mengenalimu.

‎وأن تذهب الأخت لغرفة منعزلة
Dan bagi wanita, agar pergi ke tempat, bilik atau ruangan yang terasing.

‎لتخلوا بكتاب ربك فتذوق حلاوته وتتدبر آياته
Supaya kamu dapat bersendirian bersama kitab Tuhanmu, lalu engkau menikmati kemanisannya dan mentadabburi ayat-ayatNya.

‎١١-مهمة:
‎شر جليس لك في قراءتك هاتفك !
11. (PENTING!!)
Seburuk-buruk pendampingmu ketika membaca al-Quran, ialah 'handphone'mu.

‎فأنصحك أن تتركه في المنزل أو السيارة
Maka, aku menasihatkanmu, agar engkau meninggalkan ia di rumah atau di dalam kenderaan (dalam keadaan yang selamat)

Читать полностью…

HumraxNuhais

Diri ini tidaklah layak untuk menemui baginda Nabi SAW, mungkin jika diizinkan berjumpa, diri ini hanya mampu berdiri menatapnya dari jauh.

:)
___

Mungkin kita tidak mampu mengamalkan semua sunnahnya, sekurang-kurangnya lakukanlah sekecil perkara sebagai tanda penghargaan dan hadiah sempena bulan mulia ini.

Jangan sampai kita abaikan saja bulan ini berlalu tanpa bertambah kecintaan dan kerinduan kita buat Baginda.

Mulakanlah dengan menggandakan selawat, mendengar kisah-kisah mengenai Baginda atau memperbanyakkan membaca sirah kehidupan Rasulullah SAW.

#syahrulanwar 🤍

Читать полностью…

HumraxNuhais

Doa-doa hari Arafah, kita perlu luangkan masa untuk baca. Pada ketika ini jutaan para jemaah haji sedang bermunajat di Arafah.

Doa sangat mustajab.Terlalu banyak harapan kita pada Allah. Banyak perkara yang kita berhajat. Impian kita terlalu banyak kalau diikutkan. Inilah waktunya Allah mendengar doa-doa hamba-Nya.

Boleh baca bermula petang ini untuk mengikut waktu Makkah.

Читать полностью…

HumraxNuhais

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

“Umurmu adalah modal utamamu, hendaknya engkau memakmurkannya dengan amal soleh.”

[Al Habib Salim bin Abdullah Asy-Syathiri]

telegram.me/AsywaqRasul

Читать полностью…

HumraxNuhais

Di saat pagi hari dan petang,

Jangan fikirkan sesuatu yang lebih besar daripada memikirkan bagaimana ingin mendapatkan redha Allah pada setiap hari.

Berusahalah sebaik mungkin, untuk sentiasa jadi yang terbaik di mata Allah.

Selamat pagi, hamba Allah 🤍

— Thea Aryu

@HumraNuhais

Читать полностью…

HumraxNuhais

🤍 Tidak akan pernah rugi orang yang mengutamakan Allah dalam hidupnya, bahkan dia yang paling beruntung kerana Allah yang Maha Berkuasa juga pasti mengutamakan dia.

سُبْحَــانَ اللّــهِ وَبِحَمْــدِهِ، عَــدَدَ خَلْقِــهِ وَرِضَــا نَفْسِــهِ وَزِنَــةَ عَرْشِــهِ وَمِــدَادَ كَلِمَاتِــهِ. بِسْــمِ اللَّــهِ الَّــذِي لَا يَضُــرُّ مَعَ اسْمِــهِ شَيْءٌ فْـي الأَرْضِ وَلَا فِـي السَّمَــاءِ وَهُـوَ السَّمِيـعُ العَلِيـمُ.

🤍 Semoga hari ini menjadi hari yang lebih baik untuk kita semua, allahumma aamiin allahumma aamiin!

Читать полностью…

HumraxNuhais

Jom mulakan hari kita dengan doa! ✨

@HumraNuhais

Читать полностью…

HumraxNuhais

Pilihlah jalan mana yang kamu rasakan jalan itu baik buat kamu. Asalkan agama itu sentiasa menjadi yang terutama buat kamu 🤍

Semoga hari ini baik-baik saja buat kita semua. Aamiin!

@HumraNuhais

Читать полностью…

HumraxNuhais

Antara punca rosaknya hati :

1. Hasad dan Dengki
2. Ujub (Bangga diri)
3. Riak
4. Sombong
5. Ghaflah (Lalai)
6. Banyaknya melakukan maksiat
7. Cinta dunia bukan pada tempatnya
8. Rakus dan tamak

Sebahagiannya termasuk dalam penyakit-penyakit hati.

-Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

Читать полностью…

HumraxNuhais

Jadikanlah Al-Quran itu sebaik-baik teman buat kamu. Kerana padanya tidak ada kesengsaraan melainkan kebahagiaan padanya.

Jangan lupa baca Al-Quran, ya?

-HumraNuhais

Читать полностью…

HumraxNuhais

Ajaib sekali perihal manusia.

Hari ini dia insan paling bahagia, keesokannya dia jatuh terluka. Kata orang, luar biasa bila kita bangkit semula walau kali sejuta, namun luar biasa juga jika kita memilih untuk kecewa selama-lamanya.

Luar biasa, kerana kita memilih untuk memberontak kepada Tuhan.
Luar biasa, kerana kita keras kepala tidak ingin menerima suratan takdir-Nya.
Luar biasa, kerana kita sangka tangan kita yang menulis catatan segala.

Hai jiwa, kecewamu biarlah berpada.

Bukankah begitu seharusnya roda hidup berjalan, mengikut hukum alam?
Kerajaan Roma Hercules akhirnya kecundang setelah berabad memerintah.
Manakala si pendaki akan sampai ke puncak setelah kaki berdarah memijak kerikil di tanah.

Masalahmu jangan dilihat besar sampai mengalahkan bantuan Tuhan Yang Maha Besar. Kita semua akan kecewa, namun berdamailah.

Kerana kecewa berlama akan mematikan jiwa yang pernah menyala & memutuskan rahmat-Nya.

NNH,
Jangan lupa Tuhan mu ada.

Читать полностью…

HumraxNuhais

Puasa Sunat ada 6 kesemuanya.

1. Puasa sunat hari Arafah (9 Zulhijjah)

2. Puasa sunat 8 hari pada bulan Zulhijjah atau dikenali sebagai hari Tarwiyah. (1-8 Zulhijjah)

3. Puasa sunat pada hari Tasu'a dan Asyura (hari ke 9 dan 10 Muharram)

4. Puasa 3 hari setiap bulan atau dikenali sebagai puasa hari putih. (Puasa sunat 3 hari setiap pertengahan bulan Islam iaitu 13,14 dan 15 kalendar dalam Islam kecuali hari yang diharamkan berpuasa)

5. Puasa sunat 6 Hari dalam bulan Syawal

6. Puasa sunat hari Isnin dan Khamis

Читать полностью…

HumraxNuhais

Sebelum ni admin ada bagitahu nak buat kuiz bukan?

Mungkin ada yang tahu puasa ni terbahagi kepada beberapa jenis. Mungkin ada yang tak tahu.

Nak tahu? Jom jawab kuiz dekat bawah! Kuiz berkenaan puasa. Here we go!

Читать полностью…

HumraxNuhais

Memandangkan malam ni dah masuk bulan ramadan sebaik sahaja waktu maghrib dan malam ni juga kita akan solat terawih.

Azamlah, kalau sebelum ni kita solat terawih 8 rakaat je. Masuk ramadan tahun ni kita azam nak solat terawih 20 rakaat penuh.

Kalau tahun sebelum ni kita baca Al-Quran sehelai dua. Azam untuk target sebulan ramadan ni khatam dengan baca setiap hari 1 juzuk.

Kita pun tak tahu bila ajal kita bukan? Belum tentu kita dapat jumpa lagi dengan ramadan akan datang. :)

Читать полностью…

HumraxNuhais

Alhamdulillah Esok First Ramadhan Jom mulakan dengan membaca Niat Menyambut Ramadhan,

hari yang dinanti-nanti yang dirindui semua orang islam❤️

Semoga Ibadah Ramadhan kali ini sempurna dan diredhoi Allah

Malam ni first tarawih kita semua siapa yang dah tak sabar nak solat tarawih malam ni 😍 ?? drop komen

#nasihat #ramadhan

Читать полностью…
Subscribe to a channel