ilmuilahi | Unsorted

Telegram-канал ilmuilahi - Ilmu Ilahi

-

Subscribe to a channel

Ilmu Ilahi

Media Sosial

Perkembangan dunia teknologi dan media massa menjadikan kerja semakin mudah dan efisien. Banyak pekerjaan mampu terlaksana dek kepintaran yang tercipta hari ini. Walau bagaimanapun, perlu diambil cakna akan kehancuran yang bakal menimpa sesebuah tamadun sekiranya tidak diambil langkah waspada terhadap kesan-kesan negatif kemudahan teknologi yang telah ada saat ini.

Manusia berperanan menyusun dan merencana agar kebaikan sentiasa menjadi matlamat utama setiap tindakan yang ingin diambil. Misalnya, menggunakan platform yang wujud seperti Facebook, Twitter, Instagram, YouTube, WhatsApp, Telegram, TikTok dan banyak lagi bagi tujuan pendidikan, dakwah, perniagaan adalah inisiatif yang sangat baik.

Malangnya, terdapat golongan yang menyalahguna media sosial dengan melakukan perbuatan hina, keji dan terlarang dalam agama. Melakukan maksiat dan dosa dengan menyebarluas berita palsu, menimbulkan fitnah, menyalakan api kebencian dan permusuhan, menghasut, menipu, memperdaya dan banyak lagi. Tidakkah ini dipanggil sebagai mengkufuri nikmat?

Ingat lah firman Allah SWT;

إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ

Maksudnya: “Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu.” [Surah al-Maidah: 91]


Nabi SAW dalam hadith yang diriwayatkan Huzaifah R.A:

‏ لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ ‏

Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba).” [Riwayat al-Bukhari (6056) dan Muslim (105)]

Berusaha lah menjadi ejen penyatu bukan pemisah apatah lagi pemusnah.

#tazkirah

Читать полностью…

Ilmu Ilahi

Mutiara-kata
Tuan-Guru-Nik-Aziz


1. Hiduplah seperti yg Allah mahukan dan bekerjalah seperti yg telah diajar Rasulullah saw..

Ingatlah segala hukum hakam yg telah ditetapkan-Nya. Halal dan haram merupakan antara punca keberkatan hidup.

2. Meskipun ujian yang hadir tidak pernah berhenti tetapi tetap yakinlah. Fajar yang cerah pasti akan menerangi kegelapan malam.


3. Bukan mudah untuk berbicara. Pasti ada yang terluka. Meski bicaraku ini bukan untuk menunding sesiapa. Namun, demi ummah aku pedulikan kata nista. Demi agama, aku redah lautan gelora kerana aku yakin... Dia akan mengadiliku disana.

4. Hidup ini saling tumpang-menumpang. Di situlah lahirnya syukur kita pada Allah. Sedarlah, pada sepinggan nasi yang kita makan... Di situlah ada nasi yang diusahakan oleh petani, ada ikan yang dicari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak.

Bayangkan betapa banyak pihak yang bekerja untuk memberikan sepinggan nasi pada kita. Alangkah kerdilnya kita ni di bumi Allah.

5. Ketenangan ini bukan boleh dibeli di pasar. Tapi ketenangan datang hanya daripada Allah.

Hidup kita ni pasangannya mati. Seperti pagi pasangannya petang. Dunia pasangannya akhirat. Pasangan syurga adalah neraka.

Semua yang Allah cipta ada pasangannya. Yang tiada pasangan hanyalah Allah sahaja.

6. Nur Allah tidak akan ada dalam diri kita sekiranya kita mengelakkan diri atau menjauhi dari Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammda ﷺ. Kalau kita letakkan dalam diri kita benda bukan-bukan seperti teori ciptaan manusia, mana mungkin nur Allah mampu menyala?

7. Betul Allah itu maha mengetahui, tetapi bukankan molek kita luahkan permintaan, pengaduan dan harapan kepada-Nya.

Allah maha mengetahui akan diri kita lebih dari kita sendiri. Sebenarnya, Allah nak dengar daripada mulut kita sendiri. Allah nak tengok bibir kita digerakkan untuk meminta-minta kepada-Nya. Allah nak dengar suara kita...

8. Muhammad ﷺ bukan insan yang ada harta. Tapi, ada sesuatu yang menjadi kelebihan nabi. Sesuatu ini mahal dan beharga. Lebih berharga jika dibandingkan dengan harta. Sesuatu itu adalah akhlak. Melalui akhlak nabi lah, maka ramai yang tertarik kepada Islam.

 
9. Mencari kesalahan dan aib orang lain semata-mata hanya untuk memuaskan hati sendiri adalah petanda bahawa hati kita rosak dan ia hanya akan membawa kita semakin jauh dari rahmat dan redha Allah.


10. Mengumpat, mencari rahsia orang dan bersangka dengan sangkaan yang tidak baik boleh memusnahkan kita. Ramai yang telah binasa kerananya.

Bukan sahaja orang lain menjadi mangsa kerananya, bahkan individu yang punya sifat keji ini turut musnah kerananya.

11. Akhlak yang baik itu tak dapat dijual beli. Nilainya terlalu tinggi untuk dibayar. Sekiranya dapat ditukar ganti dengan wang ringgit, sudah pasti ramai hartawan yang sanggup membayar dengan harga yang berjuta-juta nilainya.

12. Solat itu petunjuk akhlak kita dengan Allah.


13. Orang yang tidak menunaikan solat adalah orang yang tidak berakhlak. Dia tidak sujud kepada Allah  sedangkan Allah telah memberinya kesempurnaan anggota tubuh badan dan pancaindera sebaiknya.

#inspirasi
#KeepIstiqomah

Читать полностью…

Ilmu Ilahi

Tanda - Tanda Terkena Badi Mayat Serta Cara - Cara Mengatasi


Menurut kepercayaan orang Melayu , badi merupakan satu malapetaka dan musibah yang berpunca dari binatang , tumbuhan dan mayat . Mereka mempercayai bahawa sebahagian binatang hutan mempunyai badi , oleh itu berbagai - bagai petua diamalkan terutamanya ketika ingin menjerat pelanduk , ayam hutan , kancil , rusa , kijang , burung wakwak dan lain - lain lagi .

Begitu juga dengan pohon herba ubat - ubatan seperti kacip fatimah , tongkat ali , buluh perindu dan lain - lain lagi . Mereka mempercayai segala benda di dalam hutan itu dijaga oleh jin atau makhluk halus . Sering berlaku keganjilan dan keanehan apabila menghadapi situasi berkenaan .

Dalam kepercayaan sesetengah orang pula , orang yang sakit tidak boleh dilawati oleh orang yang lemah semangat kerana akan terkena bad i. Antara simptom paling ringan apabila terkena badi mayat ialah sakit bahagian belakang badan selepas melawat orang mati .

Menurut kepercayaan orang-orang tua , untuk mengelak terkena badi mayat ialah dengan menukar pakaian terlebih dahulu sebelum balik ke rumah atau sebelum masuk ke dalam rumah . Kalau boleh , terus mandi atau sekurang - kurangnya membasuh muka dan kaki , lebih Islamik lagi ialah berwuduk atau mandi hadas besar sebelum masuk rumah .

Ini kerana dipercayai makhluk halus itu mengekori seseorang selepas menziarahi mayat atau selepas berburu dan selepas mencari herba tumbuhan di hutan . Adalah dipercayai , jika seseorang itu kuat semangat , maka makhluk halus itu akan mengganggu isi rumah orang tersebut .

Memang sukar dipercayai apabila melihat seseorang yang baru balik menjerat burung wakwak tiba - tiba demam panas , terketar-ketar , tidur dalam resah , selalu sedih , merasakan benda aneh dan lain - lain lagi . Begitu juga halnya dengan orang yang baru pulang menziarahi mayat , hilang selera makan , terbayangkan mayat , menyebabkan dirinya meracau sendiri .

Tanda - tanda awal badi.

Mengikut pengalaman Muallij Mustaqim , terdapat petanda awal terkena badi , disusun secara peringkat iaitu tanda - tanda awal badi biasanya :

- Terasa lenguh atau sakit di belakang badan .
- Tidak boleh tidur malam .
- Hilang selera makan .
- Terbayang sesuatu sama ada mayat atau binatang buruan atau pokok herba yang dikumpulkannya itu .
- Tidur ditindih bayang .
- Demam panas .
- Terketar-ketar .

Adakah badi itu khayalan atau nyata ?

Badi itu sebenarnya telah wujud sejak berkurun lamanya malah di dalam zaman Rasulullah sendiri pernah berlaku .

Dalilnya , Imam Muslim meriwayatkan dalam sahih nya dari Abu As-Sa’ib yang pernah menjadi hamba sahaya Hisyam bin Zuhrah , ia berkata ; “ saya pernah masuk menemui Abu Said Al-Khudri lalu aku menemui dia sedang solat. Kemudian aku duduk untuk menantikan hingga ia selesai mengerjakan solat . Tiba-tiba aku mendengar bunyi sesuatu yang bergerak di bawah tempat tidur rumahnya , rupa-rupanya seekor ular , lalu aku berdiri untuk membunuhnya . Akan tetapi Abu Sa’id memberikan isyarat supaya aku tetap saja duduk di tempatku .

Setelah selesai mengerjakan solat ia memberikan isyarat kepadaku tentang sebuah rumah yang berdekatan dengan rumahnya lalu berkata :

“Tahukah kamu tentang rumah itu?” Aku menjawab: “Ya”. Ia berkata lagi: “Rumah itu dahulunya pernah tinggal seorang pemuda yang baru saja menikah,kemudian dia pergi bersama Rasulullah untuk ikut dalam perang Khandaq.

Ketika sedang bersama Rasulullah tiba-tiba pemuda itu meminta izin sambil berkata: “Ya Rasulullah, izinkanlah aku untuk menepati janjiku kepada isteriku”. Rasulullah pun mengizinkannya serta berkata: “Bawalah senjatamu, kerana aku bimbang terjadi serangan dari Bani Quraidah terhadap dirimu”.

Kemudian pemuda itu pun pergi menemui isterinya yang secara kebetulan pada saat itu ia melihat

Читать полностью…

Ilmu Ilahi

8 Amalan RASULULLAH Ini Boleh Beri KESIHATAN Pada ROHANI & JASMANI.
Jom Amalkan!

Cara hidup masa kini yang lebih menjurus ke arah barat dan moden mungkin punca kita selalu lupa dan alpa akan ajaran yang diajar oleh baginda Rasullullah. Sebenarnya Rasulullah banyak memberi contoh kepada kita tentang bagaimana baginda menjalani hidup untuk kekal sihat.

Benarlah, menghidupkan sunnah nabi akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan. Malah diberi pahala. Ini merupakan cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat.

1.SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.


2.MENJAGA KESIHATAN ADALAH DENGAN AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi.Setiap Khamis atau Jumaat, baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)

3.JANGAN MAKAN BERLEBIHAN
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)


4.BANYAKKAN BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

5.JANGAN MARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali.

Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. Terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring. Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

6.SENTIASA OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.

7. TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

8. JADILAH PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

#inspirasi
#KeepIstiqomah

Читать полностью…

Ilmu Ilahi

kita seringkali asyik memikirkan tentang makanan-makanan yang enak untuk menjadi hidangan kepada perut yang sedang asyik memukul kan gendang nya... namun pernah kah kita terfikir bagaiman pula dengan makanan rohani kita...????? roh kita perlukan makanan untuk hidup.. sekiranya dibiarkan begitu sahaja... ia akan mati....dan kita akan menjadi orang-orang yang rugi...nauzubiLlah... di sini ingin saya berkongsi dengan semua perihal zikir...


ALLAH berfirman:
Al-Baqarah [2:239] Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati ALLAH (dengan mengerjakan sembahyang secara yang lebih sempurna), sebagaimana ALLAH telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya.

Читать полностью…

Ilmu Ilahi

mempengaruhi diri. Jika nafsu terdidik, jalan syaitan akan terputus. Yang bisa dilawan dengan dibacakan dengan ayat-ayat Quran adalah apabila syaitan merusak jasad lahir manusia. Jika hal ini terjadi, syaitan dapat dilawan dengan dibacakan Ayat Kursi, Surat An Naas dan lain-lain. Demikianlah menurut dalil atau nashnya. Tetapi jika syaitan menggoda dan merusak hati, bacaan-bacaan itu tidak dapat digunakan lagi. Jika hati rusak, rusaklah seluruh anggota badan. Oleh karena itu, kita tidak perlu merisaukan tentang syaitan tetapi didiklah nafsu dan bermujahadahlah. Jika nafsu tidak terdidik maka menjadi mudah bagi syaitan untuk mempengaruhi kita. Oleh karena itu perangilah nafsu, niscaya serangan syaitan akan tertahan.


Nafsu diperlukan untuk manusia. Namun berhati-hatilah. Karena nafsu, manusia boleh jadi akan kecewa, celaka dan masuk Neraka. Tapi nafsu juga boleh menjadi alat untuk mendapatkan kebahagiaan di dunia sebelum sampai ke Akhirat.
Ketika Allah menciptakan akal, Allah bertanya kepada akal, “Siapakah kamu, siapakah Aku ?” Jawab akal, “Saya hamba, Engkau Tuhan.” Kemudian Allah memerintahkankan akal agar maju ke depan dan mundur ke belakang. Akal mematuhi perintah Allah. Hal ini menunjukkan bahwa akal begitu taat kepada Allah.

Kemudian Allah menciptakan nafsu. Ketika Allah bertanya kepada nafsu, “Hai nafsu, siapa engkau, siapa Aku ?” Nafsu menjawab dengan sikap membantah, “Engkau Engkau, aku aku.” Karena itulah Allah murka kepada nafsu dan kemudian Allah memberikan didikan kepada nafsu agar insaf. Allah memasukkan nafsu ke Neraka selama 100 tahun, ia dipukul dan dibakar hingga hangus menjadi arang. Kemudian setelah nafsu dikeluarkan dari neraka, Allah bertanya lagi kepadanya, “Siapa engkau, siapa Aku?” Setelah semua itu, barulah nafsu mengenal Tuhannya, ia menjawab, “Engkau Tuhan, aku hamba”
Ketika Allah menciptakan Nabi Adam as, Allah memasukkan akal dan nafsu ke dalam dirinya. Ketika Nabi Adam datang ke bumi, keturunan manusia bertambah banyak. Maka peranan nafsu dan akal tidak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia. Kemungkaran yang terjadi di atas muka bumi ini adalah dari nafsu, bukan dari akal.

Kerana akal dan nafsu ada dalam diri manusia, maka terjadilah pertentangan antara satu sama lain. Peperangan nafsu dan akal tidak pernah ada henti-hentinya. Kadang-kadang nafsu yang menang, kadang-kadang akal menang. Buktinya, jika kita berhadapan dengan perbuatan yang baik, maka nafsu akan menolaknya dan mengajak kepada kejahatan sedangkan akal mengajak kepada kebaikan. Kalau kita mengikuti nafsu, artinya kita kalah. Sebaliknya, jika kita mengikuti akal maka kita menang.


Namun bagaimanapun nafsu tetap diperlukan oleh manusia. Bila nafsu musnah, manusia juga akan musnah. Sebagai contoh adalah nafsu makan. Nafsu makan tidak akan hilang karena merupakan fitrah alami manusia. Jika nafsu makan tidak ada, manusia akan mati. Begitu juga dengan nafsu terhadap lawan jenis. Jika nafsu ini tidak ada, maka manusia tidak akan berketurunan. Pernah seorang sahabat datang kepada Rasulullah dan memberitahukan bahwa ia ingin membunuh nafsunya agar ia dapat bersungguh-sungguh berjuang. Tetapi Rasulullah melarang karena Rasulullah sendiri juga berumah tangga dan beliau menyukai jika umatnya mempunyai keturunan yang banyak. Pernah juga ada seorang sahabat yang mengatakan kepada Rasulullah bahwa ia ingin berpuasa terus menerus agar dapat lebih berbakti kepada Allah. 


Rasulullah juga melarangnya karena Baginda sendiri juga berpuasa dan juka berbuka. Rasulullah juga tetap bermasyarakat dan berjuang untuk menegakkan kehidupan di dunia dan dan Akhirat. Jadi, Rasulullah memberi jalan tengah. Nafsu ini tetap diperlukan untuk manusia. Akan tetapi, jangan sampai salah langkah sehingga membawa kita ke Neraka. Rasulullah bersabda tentang nafsu ini,“Ada dua lubang yang dapat menyebabkan seseorang masuk ke Neraka, yaitu lubang faraj dan lubang mulut.” (Riwayat Tirmidzi).

Nafsu juga dpt kita jadikan kuda untuk ke Syurga. Sebagian orang jika mendengar kata nafsu, hanya terbayang hal-hal yang jahat saja. Sedangkan nafsu itu adakalanya jahat

Читать полностью…

Ilmu Ilahi

ialah mengenal
Allah dengan mata hati atau roh.
Ini yang dikatakan mengenal Allah dengan mata hati dan ini jugalah yang dikatakan jiwa tauhid. Peringkat Iman ini dinamakan peringkat iman ayan.
Jadi bagi kita yg sudah dapat
mengenal Allah pada peringkat akal, hendaklah kita usahakan sungguh-sungguh supaya kita dapat mengenal-Nya dengan mata hati pula. Ertinya, hendaklah kita usahakan untuk memiliki iman ayan.Dal hal ini kita perlu perbanyak kan mujahadah terhadap hawa nafsu (Mujahadatun nafsi). nafsi). Kita juga perlu bermujahadah dgn syaitan. Disamping itu, kita juga mesti cuba melaksana kan semua ibadah yang wajib dan memperbanyakkan ibadah yg sunat, berdoa, berwirid dan berzikir dan berzikir serta lain-lainnya. Kita kerjakan ibadah-ibadah itu sampai ia memberi kesan kepada hati.

#Tauhid

Читать полностью…

Ilmu Ilahi

Mesti cuba melaksanakan semua ibadah.

#tauhid

Читать полностью…

Ilmu Ilahi

5 Tanda Orang Open Minded, Apakah Kamu Termasuk?

Belakangan ini kita sering mendengar istilah open minded. Secara sederhana, open minded dapat kita artikan sebagai berpikiran terbuka. Salah satu penyebabnya adalah banyak public figure yang berulang kali menyampaikan istilah tersebut. Bahkan, banyak yang mengatakan bahwa mereka adalah orang yang open minded dan sedang berusaha membuat orang lain menjadi open minded pula.

Kehadiran para influencer yang turut mengajak open minded juga membuat hal ini menjadi tren di kalangan anak muda. Orang dengan pemikiran terbuka akan dianggap lebih baik dibanding yang lainnya. Namun, tidak semua orang benar-benar open minded. Banyak orang yang hanya mengaku-ngaku saja supaya dianggap pandai atau mendapat apresiasi dari orang lain.

Berikut ini adalah 5 tanda orang open minded atau berpikiran terbuka.

1. Suka Berdiskusi

Orang yang berpikiran terbuka akan senang mendengar pendapat orang lain, terutama dari berbagai pemikiran yang berbeda dengannya. Maka dari itu, orang yang berpikiran terbuka akan senang berdiskusi dengan siapa saja. Hal ini dilakukan semata-mata agar ia dapat melihat suatu permasalahan dari berbagai sudut pandang.

2. Wawasan Luas

Karena senang mendengar dan mempelajari berbagai pemikiran, maka orang yang open minded akan cenderung memiliki wawasan yang luas. Ketika melihat sebuah permasalahan atau kondisi, ia dapat melihat dari berbagai sudut pandang. Termasuk apabila kita meminta pendapatnya, ia dapat menjelaskan dengan baik melalui berbagai sudut pandang yang ia ketahui.

3. Tidak Merasa Paling Benar

Orang yang open minded menyadari bahwa banyak hal yang mungkin belum ia ketahui. Ia juga menyadari ada berbagai kemungkinan yang terjadi mengenai sebuah permasalahan. Oleh sebab itu, orang yang open minded tidak akan merasa paling benar. Ia menyadari mungkin ada pendapat yang lebih besar yang belum ia ketahui. Faktor ini juga yang membuat orang open minded senang berdiskusi dengan orang lain.

4. Tidak Mudah Menyalahkan Orang Lain

Karena tidak merasa paling benar, maka orang yang open minded juga tidak akan mudah menyalahkan orang lain. Ia menyadari bahwa selalu ada kemungkinan bahwa pendapatnya salah dan pendapat orang lain benar. 

Meskipun saat ini pendapat orang lain terkesan salah bahkan terlihat tidak masuk akal, ia tidak akan mudah menyalahkan orang tersebut. Barangkali pendapat tersebut terlihat salah karena ada suatu hal yang belum ia ketahui.

5. Menghargai Pendapat Orang Lain

Dengan tidak merasa benar sendiri dan tidak mudah menyalahkan orang lain, maka orang open minded akan sangat menghargai berbagai pendapat yang ada. Sikap ini terlihat ketika ia berdiskusi atau berdebat dengan orang lain, ia tidak akan meremehkan sebuah pendapat orang lain. Barangkali pendapat lebih benar dibanding pendapatnya.

Demikian 5 tanda orang open minded. Adakah dalam dirimu?

#muhasabahdiri
#Motivasi

Читать полностью…

Ilmu Ilahi

Kini ,
Islam hanya pada IC .
Bukan pada hati .

Nak mati cara Islam , hiduplah cara Islam .

Jangan ambil separuh-separuh . Islam kena ambil keseluruhannya .

Bukan hanya waktu nikah mahu ikut cara Islam . Tetapi sebelum dan selepas nikah pun mesti ikut cara Islam .

Setiap perbuatan , percakapan atau apa sahaja yang kita buat ada hukum dan cara dia .

#Quotes
#Motivasi
@ilmuilahi

Читать полностью…

Ilmu Ilahi

Salaam Ya Fattah*
bukakanlah jln bg angin keluar dari badan kami.

Sekiranya ia berpunca dari toksid, bersihkan toksid dlm tubuh kami *Ya Quddus Ya Jalil*.

Sekiranya ia disebabkan olh urat2 yg bersimpul, *Ya Fattah* Engkau bukakanlah simpulan itu.

Sekiranya ia berpunca dari kegagalan fungsi organ2 dlm tubuh kami *Ya Salaam* Engkau sembuhkanlah kerosakan organ2 itu.
*Ya Mubdi' Ya Mu'id*
kembalikan ia seperti asal"


10. *PYAKIT ANGIN PASANG*
"Allahu Robbi *Ya Rahman Ya Rahim Ya Sami'*
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan Penyayang kpd kami hamba2Mu sejak kami dalam rahim ibu kami sehinggalah ke saat ini. Dengarilah doa dan rintihan kami ini.

Allahumma *Ya Fattah Ya Salaam* bukakanlah jalan penyembuhan bg penyakit angin pasang anak kami ....... seluas langitMu *Ya Wasi'*.

*Ya Khofidh* turunkanlah bengkak pada telur ....... anak kami,
*Ya Mu'id* kembalikanlah ia kepada keadaan asal dan
kekalkanlah ia *Ya Baaqi'* sebagaimana ciptaanMu yg azali.

Sesungguhnya semua itu mudah bagiMu semudah Engkau berfirman *KUN FAYAKUN*"

10. *UTK LAIN2 PENYAKIT*
"Allahumma *Ya Baari' Ya Hamid*
basahilah lidah kami utk sentiasa Memuji2Mu *Ya Hamid*"🌹

@ilmuilahi

Читать полностью…

Ilmu Ilahi

Cara Menjadi Wali Allah
@Ilmuilahi

Читать полностью…

Ilmu Ilahi

Fahami maksud Mujahadah

Memahami makna mujahadah akan mendorong seseorang mukmin untuk sentiasa istiqamah dalam mendapat motivasi diri untuk terus berusaha memperbaiki diri seterusnya beriktiar melakukan segala perkara yang baik yang diperintah Allah SWT,  dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang dan dimurkaiNya.

Mujahadah bermaksud berusaha

untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu. Istilah “mujahadah” berasal daripada kata “al-jihad” iaitu berusaha segala kesungguhan, kekuatan dan kesanggupan pada jalan yang diyakini benar. Dengan kata yang lain, seorang yang bermujahadah dengan rela meninggalkan apa yang disukainya demi memburu sesuatu yang diyakininya benar, baik dan betul.

Memetik kata-kata Imam al-Ghazali: “Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada keinginan nafsunya sama ada dalam aspek zahir atau batin.”

#MuhasabahDiriBersama
@ilmuilahi


Imam As-Suyuti berkata: “Imam Al-Khatib meriwayatkannya daripada hadis Jabir lalu berkata “Nabi SAW telah datang daripada sebuah perang bagi mereka lalu Baginda SAW bersabda yang bermaksud “Kamu semua telah datang daripada tempat yang sebaik-baiknya. Kamu telah datang daripada jihad kecil menuju jihad yang lebih besar.” Dikatakan: “Apa jihad lebih besar itu?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Seseorang hamba mujahadah melawan hawa nafsunya”.

#IslamQoutes
@ilmuilahi

Читать полностью…

Ilmu Ilahi

Assalamualaikum

As-Salam adalah salah satu dari nama-nama Allah yang mulia. As-Salam membawa maksud Yang Maha Pemberi Selamat atau Maha Penyelamat. Maka itu ucapan Assalamu'alaikum membawa maksud keselamatan dari Allah untuk kamu. Ia adalah satu doa dari seorang Muslim kepada saudara Muslimnya yang lain. Ucapan salam adalah penyatu umat kerana ia dapat menimbulkan rasa mesra dan muhibbah antara saudara seIslam. Konsep salam ini tidak ada pada mana-mana agama lain di dunia ini.

Maka itu umat Islam sangatlah digalakkan memberi ucapan salam apabila
1) bertemu
2) ketika masuk ke dalam rumah orang lain
3) ketika masuk ke dalam rumah sendiri samada ada orang atau tidak
4) ketika hendak memulakan majlis atau
5) sebelum memberi ucapan
dan sebagainya.
Salam juga boleh diberi melalui tulisan.

Hukum memberi salam adalah sunat dan akan mendapat pahala. Hukum menjawab salam adalah wajib iaitu berdosa jika tidak dijawab. Apabila menjawab salam, berilah salam yang sama atau yang lebih baik.

Jawab "Assalamualaikum" dengan:-
1) "Wa'alaikumsalam" atau
2) "Wa'alaikummussalam" atau
3) "Wa'alaikummussalam warahmatullahi wabarakaatuh".

Dalam tulisan tidak mengapa memberi salam dengan kalimah "Salam" dan dijawab juga dengan kalimah "Salam".  Jika di tulis "Assalamualaikum" adalah lebih baik dibalas tulis "Wa'alaikusalam" atau yang lebih baik lagi seperti contoh di atas.

Namun tidak semua salam wajib kita jawab. Ada 5 keadaan di mana kita tidak diwajibkan untuk menjawab salam yang diberi. Malahan ada keadaan yang boleh mendatangkan dosa jika dijawab salam itu.

5 salam yang tidak wajib di jawab.

1) Salam dari orang bukan Islam.
Jika kita yakin orang yang memberi salam itu bukan seorang Islam, maka tidak wajib atas kita menjawab salamnya. Jika orang bukan Islam itu adalah orang yang kita kenal seperti teman kita atau jiran kita dan kita percaya dia memberi salam itu dengan niat baik sebagai tanda hormat kepada agama Islam, maka boleh kita menjawab salam itu dengan lafaz "Wa'alaikum" (untuk kamu juga). Jangan disebut salam kerana Salam adalah nama Allah. Keselamatan dari Allah hanya untuk orang yang beriman kepadaNya. Mereka yang tidak beriman tidak layak menerima doa keselamatan dari Allah.

2) Salam dalam tandas.
Hukum memberi salam dan menjawab salam dalam tandas adalah haram. Berdosa bagi yang memberi salam dan yang menjawab salam itu. Nama Assalam itu adalah nama Allah. Tidak boleh menyebut nama Allah di tempat yang kotor seperti tandas. Begitu juga tidak boleh membaca atau membawa ayat dalam bahasa Arab - Bismillah atau Bismillahir rahmanir rahiim. Keseluruhan ayat al-Qur'an tidak boleh dibaca atau dibawa tulisannya (dalam tulisan al-Qur'an) ke dalam tandas. Boleh bawa telepon bimbit yang mempunyai applikasi al-Qur'an ke dalam tandas dengan syarat apps itu dimatikan terlebih dahulu sebelum memasuki tandas.

3) Salam ketika telah berucap.
Seseorang yang hendak memberi ucapan dalam sesuatu majlis adalah sunat untuk memulakan ucapan itu dengan memberi salam kepada hadirin sebelum dimulakan isi kandungan ucapan tersebut. Hadirin wajiblah menjawab salamnya. Jika dia memulakan ucapan dengan menyebut dahulu perkara-perkara lain kemudian baharu beri salam kepada hadirin, maka hadirin tidak lagi wajib menjawabnya. Hadirin tidak akan dihukum berdosa kerana sudah hilang sunat memberi salam. Namun hadirin tetap boleh mejawab salam itu jika suka (tidak lagi wajib).

4) Salam imam dalam sembahyang jemaah.
Salam imam dalam sembahyang berjemaah tidak wajib dijawab oleh makmum kerana salam itu adalah untuk makhluk lain (Malaikat) bukan untuk para jemaah. Jemaah yang menjawab salam imam akan batal sembahyangnya kerana dikira sebagai berkata-kata dalam sembahyang.

5) Salam yang dibuat gurauan.
Assalam adalah nama Allah. Tidak boleh mempermainkan atau mempersendakan nama Allah. Hukumnya adalah berdosa maka tidaklah kita wajib menjawab salam yang dipersendakan.

#muhasabah
Orang beri salam jawap lah jika anda orang Islam

@ilmuilahi

Читать полностью…

Ilmu Ilahi

Mudzakarah,
Munadharah dan Mutharahah

A’uudzu billaahi minasy syaythaanir rajiim
Bismillahir rahmaanir rahiim. Alhamdulillahi robbil ‘alaamin
Allaahumma shalli wa sallim wa barik ‘alaa Sayidina Muhammadin wa ‘alaa aali Sayidina Muhammadin wa ashaabihi wa azwajihi wa dzuriyyatihi wa ahli baitihi ajma'in.
Yaa Mawlana Yaa Sayyidi Madad al-Haqq.

[Ta'lim Muta'alim, Sayyid Syekh Az-Zarnuji.rhm]

Assalamu'alaikum warrahmatullahi wabarakatuh
amma ba'du,


ولا بد لطالب العلم من المذاكرة، والمناظرة، والمطارحة، فينبغى أن يكون كل منها بالإنصاف والتأنى والتأمل، ويتحرز عن الشغب [والغضب]، فإن المناظرة والمذاكرة مشاورة، والمشاورة إنما تكون لاستخراج الصواب وذلك إنما يحصل بالتأمل والتأنى والإنصاف، ولا يحصل بالغضب والشغب.
Seorang pelajar seharusnya melakukan Mudzakarah (forum saling mengingatkan), munadharah (forum saling mengadu pandangan), dan mutharahah (diskusi). 
Hal ini dilakukan atas dasar keinsyafan (kesadaran), tenang dan penghayatan serta menyingkiri hal-hal yang berakibat negatif. 
Munadharah dan mudzakarah adalah cara dalam melakukan musyawarah, sedang permusyawaratan itu sendiri dimaksudkan guna mencari kebenaran. Karena itu, harus dilakukan dengan penghayatan, tenang dan penuh keinsyafan. Dan tidak akan berhasil, bila dilaksanakan dengan cara kekerasan dan berlatar belakang yang tidak baik.

فإن كانت نيته من المباحثة إلزام الخصم وقهره، فلا تحل، وإنما يحل ذلك لإظهار الحق. والتمويه والحيلة لا يجوز فيها، إلا إذا كان الخصم متعنتا، لا طالبا للحق. وكان محمد بن يحيى إذا توجه عليه الإشكال ولم يحضره الجواب يقول: ما ألزمته لازم، وأنا فيه ناظر، وفوق كل ذى علم عليم.
Apabila di dalam pembahasan itu dimaksudkan untuk sekedar mengobarkan perang lidah (berbantah-bantahan), maka tidak diperbolehkan menurut agama. 
Yang diperbolehkan adalah dalam rangka mencari kebenaran. 
Bicara berbelit-belit dan membuat alasan itu tidak diperkenankan, selama musuh bicaranya tidak sekedar mencari kemenangan dan masih dalam mencari kebenaran. 
Pernah ditanyakan kepada Syaikh Muhammad bin Yahya diajukan suatu kemuskilan yang beliau sendiri belum menemukan pemecahannya, maka ia katakan : “pertanyaan anda saya catat dahulu untuk kucari pemecahannya. Diatas orang berilmu, masih ada yang lebih banyak ilmunya.”

وفائدة المطارحة والمناظرة أقوى من فائدة مجرد التكرار لأن فيه تكرارا وزيادة. وقيل: مطارحة ساعة، خير من تكرار شهر. لكن إذا كان [مع] منصف سليم الطبيعة. وإياك والمذاكرة مع متعنت غير مستقيم الطبع، فإن الطبيعة متسرية، والأخلاق متعدية، والمجاورة مؤثرة.
Faedah mutharahah dan mudzakarah itu jelas lebih besar daripada sekedar mengulang pelajaran sendirian, sebab disamping berarti mengulang pelajaran, juga menambah pengetahuan yang baru. 
Ada dikatakan : “Sesaat mutharahah dilakukan, lebih bagus mengulang pelajaran sebulan.“ 
Sudah tentu harus dilakukan dengan orang yang insaf (sadar) dan bertabiat jujur. Awas jangan mudzakarah dengan orang yang sekedar mencari menang dalam pembicaraan semata, lagi pula bertabiat tidak jujur. Sebab tabiat itu suka merampas, akhlak mudah menjalar sedang perkumpulan pengaruhnya besar.

وفى الشعر الذى ذكره الخليل بن أحمد فوائد كثيرة، قيل:
العلم من شرطه لمن خـــــدمه     أن يجعل الناس كلهم خـــدمه
Syi’ir yang dibawakan oleh Khalil bin ahmad di atas, telah banyak membawa petunjuk. Ada dikatakan :
Persyaratan ilmu bagi pengabdinya
Menjadikan seluruh manusia, agar mengabdi kepadanya


Wallahu ‘alam bish showab, wal ‘afu minkum,
Wassalamu a’laikum warrahmahtullahi wabarakatuh
Wa min Allah at taufiq hidayah wal inayah, wa bi hurmati Habib wa bi hurmati fatihah!!

@ilmuilahi

Читать полностью…

Ilmu Ilahi

Ingatlah di sebalik wasiat Tok Kenali (dari Kitab Jalan Untuk Kembali)

“Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri” itu terkandung maksud yang teramat cantik dan teramat indah iaitu: Sesungguhnya, bukan kaki dan tanganyang melangkah dan mengangkat melainkan kuasanya Allah, bukan mata yang melihat melainkan melihatnya Allah, bukan telinga yang mendengar melainkan mendengar itu Allah, bukan kita yang hidup melainkan hidup itu Allah, bukan kita yang berkehendak melainkan berkehendak itu Allah, bukan kita yang berilmu melainkan berilmu itu Allah dan bukan mulut yang berkata-kata melainkan berkata-kata itu Allah.

Kudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sama’, Basar dan Kalam itu sifatnya Allah. Sifat kita berlawanan dengan sifat Allah. Kita bersifat Muhadas (baharu) dan bersifat binasa. Allah bersifat Qadim (kekal).

Buang keberadaan diri kita dan buang keakuan diri kita.

Kita ini bersifat mati, kita bersifat tidak ada dan kita ini barang yang tidak laku.

Siapa itu Diri?

“Semoga baju tidak sesekali melupakan kapas”

Kata keramat TOK KENALI ketika sedang menyampaikan kuliah kepada muridnya;

“Siapa panjang umur boleh tengok…

Bumi ini akan jadi rata,
Pasir akan terkambus,
Rumah akan teruntuh,
Manusia akan berjalan dengan terbang,
Manusia akan tidur dekat jamban tahi,
Manusia akan makan dekat tandas,
Ilmu berkembang serata kedai kopi,
Segala galanya akan berlaku.

Orang lebai akan banyak,
Orang cerdik pun akan bertambah,
Orang pandai pun akan ramai.

Tapi hak satu ni memang payah,
Semuanya mudah dilihat,
Bukit menjadi bumi,
Pusu menjadi tanah.”


“Allah itu Terang, Yang Lebih Terang Dari Cahaya Matahari! Allah Taala itu, terang dan teramat jelas. Terang dan jelasnya Allah Taala itu, terlebih terang dan terlebih jelas dari cahaya matahari itu sendiri? Kenapa kita tidak nampak Allah?

Sebab tidak terpandang, terlihat, tertilik dan ternampknya Allah itu, adalah kerana adanya sifat mata! Adanya sifat mata itulah, yang menyebabkan tuan-tuan tidak dapat untuk menilik, melihat atau memandang Allah swt. Cuba tuan-tuan buang atau hilangkan sifat mata dan sifat diri, disitu pastinya tuan-tuan dan puan-puan akan dapat melihat, menilik dan memandang Allah Taala. Mata dan sifat diri tuan-tuan sendirilah sebenar-benar sifat yang menghijab, mendinding dan yang menutup dari terpandang Allah Taala!”

/channel/Ilmuilahi

Читать полностью…

Ilmu Ilahi

Isterinya sedang berdiri di antara 2 pintu (pintu di muka rumah). Lalu pemuda itu dengan segera ingin memanah isterinya kerana rasa cemburu. Akan tetapi isteri pemuda itu berkata: “Janganlah kamu bersikap terburu-buru sehingga terlebih dahulu kamu masuk dan melihat apa yg ada di dalam rumah”. Pemuda itu pun masuk dan melihat ada seekor ular yang sedang berlingkar di atas tempat tidurnya, lalu pemuda itu pun melepaskan anak panahnya kepada ular tersebut.

Kemudian pemuda itu bergembira dan melemparkan ular itu di halaman rumah. Ular itu menggeliat di hujung panah dan ketika itu juga pemuda itu tersungkur lalu mati. Tidak diketahui entah mana yg dulu mati, apakah ular atau pemuda itu. Setelah peristiwa ini disampaikan kpd Rasulullah, maka Rasulullah saw bersabda yg maksudnya:

“Sesungguhnya di Madinah ada jin yang telah masuk Islam, kerana itu jika kamu melihat sesuatu dari mereka maka izinkanlah 3 hari. Jika masih kamu melihatnya setelah itu maka bunuhlah,kerana dia adalah syaitan’ (Hadis Riwayat Muslim)

Tips untuk mengelak dari terkena badi dengan izin Allah s.w.t ,sebelum masuk hutan atau menziarahi mayat atau merawat pesakit badi , baca :

1 - Baca Al - Fatihah .
2 - Ayat Kursi .
3 - Muawwizatain (Surah An-nas dan Al-Falaq) dan Surah Al-Ikhlas .

Baca ayat di atas dalam kedudukan menghadap kiblat sambil memohon perlindungan dari Allah. Jika baru pulang dari hutan atau rumah jenazah, baca ayat berkenaan sebelum masuk rumah. Jika terasa sukar atau tersangkut-sangkut bacaannya ketika sampai di rumah, eloklah rehat di luar dahulu, minum air atau solat sunat di luar rumah.

Baca sekali lagi, jika tiada sangkut-sangkut, maka bolehlah masuk ke dalam rumah dengan membaca doa ini

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَ الْمَوْلُجِ وَخَيْرَ الْمَخْرَجِ بِسْمِ اللَّهِ وَلَجْنَا وَ بِسْمِ اللَّهِ خَرَجْنَا وَعَلَي اللهِ رَبِّنَا تَوَكَّلْنَا

Dan diakhiri dengan salam .

Rawatan asas terkena badi - Lakukan Pada Keluarga Anda Sendiri .

Badi Mayat:
Ambil tanah tempat tanamnya mayat tersebut, letak di tapak tangan dan baca Al-Fatihah serta doa penggerak lalu di sapu ke bahagian muka. Doa penggerak ialah:

بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ.

Dalam masa yang sama ketika sapu itu, dibaca doa penyembuh tanah iaitu:

بِسْمِ اللهِ تُرْبَةُ أَرْضِنَا بِرِيْقَةِ بَعْضِنَا يَشْفِيْ سَقِيْمُنَا بِإِذْنِ رَبِّنَا

Badi Haiwan/Tumbuhan:
Sama seperti di atas bezanya cuma tanah yang diambil itu mestilah tanah jalan masuk ke hutan.

Jika simptom berlarutan hingga tahap meracau, maka tanah tadi di ambil 3 genggam untuk dimandikan. Kaedahnya sama seperti di atas tetapi bezanya tanah tadi dibuat mandi. Mandi selepas waktu maghrib sebanyak 3 maghrib berturut-turut.

Untuk meredakan mereka yang terkena badi dari meracau tidak tentu masa, cuma berselawat sahaja di telinganya. Selawat sama ada selawat thibb, selawat tafrijiah, selawat Ibrahimiah, selawat anwar, selawat fatih dan lain-lain selawat. Kemudian urut perlahan-lahan bahagian kejang seperti mata, telinga, kaki, kepala, leher, badan, belakang badan dan lain-lain lagi.

اَللَّهُمَّ صَلِّى صَلاتًا كَامِلَةً، وِسَلِّمْ سَلَامًا تَآمًا عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الَّذِي تَنْحَلُّ بِهِ الْعُقَدُ، وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْقُرَبُ، وَتُقْضَى بِهِ الْحَوَآئِجُ، وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَآئِبُ، وَحُسْنُ الْخَوَاتِيمِ، وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ بِوَجْهِهِ الْكَرِيْم، وَعَلَى اَلِهِ وصَحْبِهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَكَ

Namun, jika simptom terus berlanjutan, segeralah jumpa perawat Islam yang diyakini dalam merawat masalah tersebut, jangan dibiarkan begitu sahaja tanpa usaha dan ikhtiar ,yakinlah setiap penyakit pasti ada penawarnya .

#Dakwahforever
#inspirasi
#Motivasi

/channel/Ilmuilahi

Читать полностью…

Ilmu Ilahi

Kita semua adalah Pemimpin dan Ketua

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا لَيْثٌ ح و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رُمْحٍ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ نَافِعٍ عَنِ ابْنِ عُمَرَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ أَلَا كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ بَعْلِهَا وَوَلَدِهِ وَهِيَ مَسْئُولَةٌ عَنْهُمْ وَالْعَبْدُ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُ أَلَا فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِه

Maksudnya:
Daripada Ibnu Umar, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

“Ketahuilah Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpin. Seorang raja adalah pemimpin bagi rakyatnya, dan dia akan diminta pertanggungjawaban terhadap yang dipimpin. Seorang suami adalah pemimpin bagi anggota keluarganya, dan ia akan diminta pertanggungjawaban terhadap mereka. Seorang isteri adalah pemimpin bagi rumah tangga,suami dan anak-anaknya, dan akan diminta pertanggungjawaban terhadap yang dipimpinnya. Seorang hamba adalah pemimpin bagi harta tuannya, dan dia juga akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpinnya. Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawaban atas apa yang kamu pimpin.”

(Sahih Muslim no.hadith 3408.)

#tazkirah
#Dakwahforever
#Istiqomah

Читать полностью…

Ilmu Ilahi

"berzikirlah dengan nama Tuhan mu
bermunajatlah di tengah malam
bertaubat padaNYA penuh rasa hamba
agar doa kita dimakbulNYA...."

sama-sama kita basahkan lidah dengan zikruLlah...dan membaca alQuran walau di mana kita berada dan dalam apa jua keadaan..agar hati kita sentiasa tenang dan damai....amin.... waLlahua'lam..

Читать полностью…

Ilmu Ilahi

Adakalanya baik. Nafsu akan menjadi baik jika dilatih. Imam Al Ghazali mengibaratkan nafsu itu sebagai anjing, jika dilatih akan menjadi baik.

#Dakwahilahi
#tazkirah

Читать полностью…

Ilmu Ilahi

MENU MAKANAN ROHANI UNTUK HATI MANUSIA.


Membaca sambil tadabbur al-Quran, zikir dan selawat adalah vitamin hati manusia. Dapatkan dalam dos yang diperlukan oleh kehidupan supaya yang hidup bukan sekadar tubuh tetapi juga hati dan roh. Sedangkan Barat hanya menghidangkan apa yang menjadi keinginan nafsu sahaja. Dalam Islam nafsu adalah musuh kepada manusia. Islam menganggap nafsu itu sebagai musuh manusia. 


Sumbangan yang diberikan pejuang Islam Timur kepada kebangkitan kali kedua adalah sangat berharga. Iaitu menghidangkan makanan rohani kepada hati manusia. Kemajuan rohaniah yang dicapai oleh masyarakat pada hari ini adalah sumbangan daripada pejuang rohani dari Timur. Dengan adanya hidangan rohani manusia mudah untuk dihidupkan perasaannya kembali untuk rasa Cinta Agung, iaitu cintakan Allah. Orang Barat banyak yang sakit jiwa kerana sudah tidak mendapat hidangan rohani iaitu cintakan Tuhan. Akibatnya mereka tinggi tamadun materialnya tetapi jiwa mereka sakit. Pembangunan material tinggi mencakar langit. Budi pekerti atau akhlak separas bumi.


Allah berfirman di dalam Al Quran maksudnya:
“Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah orang yang mengotorinya.” (Asy Syams 9-10).

Allah SWT telah menegaskan yang maksudnya:
“Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.” (Yusuf 53)

Dalam ayat ini digunakan tiga bentuk ketegasan, yakni in–taukik, lam–taukik dan isim fiil mubalaghah. Gaya bahasa ini menunjukkan bentuk penekanan yang sungguh-sungguh bahwa nafsu akan membawa kepada kejahatan. Nafsu adalah musuh di dalam diri manusia. Sedangkan nafsu adalah sebagian dari diri manusia. Nafsu adalah jismul latif (tubuh halus yang tidak dapat dilihat). Kejahatan nafsu harus dibuang dari diri manusia. Jika tidak dibuang maka nafsu akan menjadi musuh. Tapi walaupun kita ingin membuangnya, nafsu tetap merupakan sebagian daripada diri. Oleh karena itu, melawan hawa nafsu adalah hal yang sangat sulit.

Nafsu adalah jalan raya (highway) bagi syaitan. Ini diterangkan oleh hadis Rasulullah SAW yang maksudnya :
“Sesungguhnya syaitan itu bergerak mengikuti aliran darah, maka persempitlah jalan syaitan dengan lapar dan dahaga.” (Riwayat Ahmad).

Nafsu Ammarah
Allah berfirman dalam Al Qur’an, maksudnya :
“Sesungguhnya nafsu itu senantiasa mengajak kepada kejahatan.” (QS Yusuf 53)

Ayat tersebut berkaitan dengan peristiwa Nabi Yusuf dan isteri perdana menteri Mesir. Barang siapa yang memiliki nafsu ammarah, maka ia tidak lagi dapat menahan diri untuk menjaga kehormatan dirinya. Bahkan seseorang yang terkenal sekalipun akan jatuh dan terhina jika menuruti nafsu ammarah. Orang yang memiliki nafsu ammarah, tidak mampu lagi menjaga diri agar tidak terjerumus ke dalam perbuatan maksiat. Karena inilah sehingga seseorang yang tidak pernah kita sangka akan melakukan maksiat, tiba-tiba minum arak, punya wanita simpanan, melakukan korupsi dan sebagainya. Hal ini adalah karena nafsu ammarah yang ada di dalam diri.


Nafsu ammarah inilah yang mendorong manusia melakukan kejahatan. Jika berhasil melakukan perbuatan maksiat, barulah terasa puas. Bahkan akhirnya manusia berlomba-lomba dalam perbuatan maksiat. Seseorang yang berada di peringkat nafsu ammarah tidak peduli dengan Akhirat. Ia mudah merasa kecewa tidak tahan dengan ujian. Kadang Allah memanjangkan umurnya agar puas dengan maksiat dan akhirnya dilemparkan ke dalam api Neraka. Orang yang mempunyai nafsu ammarah adalah ahli Neraka. Walaupun ada juga yang mencoba berpura-pura menjadi baik tapi kebaikan itu bertujuan untuk memudahkannya melakukan kejahatan dan mencari keuntungan pribadi.


Sedangkan ayat yang menerangkan tentang syaitan hanya memiliki satu gaya bahasa penegasan. Hal ini menunjukkan bahwa nafsu lebih jahat daripada syaitan. Syaitan akan mendapat jalan atau peluang yang sangat besar untuk merusak manusia jika nafsu tidak terdidik. Menghalau atau mengalahkan syaitan tidak bisa dilakukan dengan dijampi atau dibacakan ayat-ayat Quran. Cara melawan syaitan adalah dengan mendidik hawa nafsu. Jika nafsu terdidik niscaya syaitan akan kesulitan untuk

Читать полностью…

Ilmu Ilahi

PENGASAS TAUHID SIFAT 20.


Nama penuhnya ialah Abu Al-Hassan Bin Ismail Al-Asy'ari (260H-324H) lahir di Basra.Basra merupakan bandar kedua terbesar di Iraq. Bandar ini merupakan pelabuhan utama Iraq serta ibu negeri Kegabenoran Basra. Basra memainkan peranan penting dalam sejarah Islam, terutamanya sebagai pusat ilmu kerajaan Bani Umayyah. Penulis bersama ustaz Ramdhan Raflis berkunjung kesana melalui jalan darat. Ketika itu baru saja berhenti sekejap perang Telok. 

Banyak bangunan runtuh termasuk pasar lama Basra. Ustaz Ramadhan belajar di Universiti Aman Jordan. Al fatehah kita hadiahkan kepada arwah ustaz Ramadhan.Pentadbiran Basra(Bahasa Arab: محافظة البصرة) merupakan sebuah pentadbiran di Iraq. Pentadbiran ini terletak di bahagian selatan di negara itu. Pentadbiran ini memiliki keluasan wilayah 19,070 km² dengan memiliki jumlah penduduk sebanyak 2,600,000 orang pada tahun (2003). 

Ibu kotanya ialah Basra. Pentadbiran ini bersempadan dengan dua negara iaitu Kuwait dan Iraq. Syeikh Abu Al-Hassan merupakan anak murid salah seorang tokoh Muktazilah iaitu Al-Jubbai. Ketika usianya mencecah 40 tahun, beliau telah isytihar keluar daripada fahaman Muktazilah dan mendirikan teologi baru iaitu aliran yang dikenali sebagai Asy'airah.
Aliranya sangat terkenal dengan ajaran sifat 20. Salah seorang tokoh yang menelusuri aliran ini ialah Imam Al-Ghazali yang terkenal dengan gelaran Hujjatul Islam. 

Sehingga kini, pengikut aliran ini dipanggil sebagai Asyariyyah yang kebanyakanya di Asia seperti Malaysia, Indonesia, Pattani, Singapura dan Borneo.Sezaman dengan Syeikh Abu Hassan ini terdapat seorang ulama besar yang juga ahli dalam bidang Usuluddin yang bernama Abu Mansur Al Maturidi. Beliau wafat di Asia Timur bernama Maturidi dalam wilayah Samarkhan di Rusia. 

Pada tahun 333 Hijrah, terkemudian sedikit daripada wafatnya Syeikh Abu Hassan Al Ashaari.Jadi dalam kurun ketiga hijrah, iktiqad atau pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) ini mula disusun dan diatur oleh sua orang ulama besar ini. Mereka telah menyusun iktiqad ini berpandukan ayat-ayat yang bersepah di dalam Al Quran itu serta memetiknya daripada Hadis-hadis Rasulullah SAW, lengkap dengan dalil-dalil dan bukti yang kemudian mereka karang menjadi buku. Dengan itu mudahlah pegangan ini dibahas dan dipelajari.

Tauhid sifat 20 adalah ilmu tentang Tuhan. Tiga cara mengenal Allah SWT. Sebagai pengetahuan kita, mengenal Allah SWT ini ada tiga cara.
Pertama, mengenal Allah tanpa huraian.Cara yang pertama ialah mengenal Allah SWT tanpa huraian. Dia kenal Allah begitu sahaja tanpa mengenal sifat-sifat-Nya. Inilah pengenalan orang-orang kafir terhadap Allah SWT. Ini di firmankan Allah di dalam Quran:

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ ۚ
25. Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". (Loqman 31:25)

Fahamlah kita bahawa orang-orang yang bukan Islam itu pun kenal Allah, dan mereka juga percaya. Allah lah yang jadikan langit dan bumi ini. Tetapi mereka kenal Allah bukan melalui sifat-sifat-Nya. Kalau kita katakan yang Allah itu wujud, qidam, baqa dan lain-lain
nya, mereka tidak akan dapat memahaminya. Kalau demikian,
sedikit sangat pengenalan mereka kepada Allah. Maka ia belum sampai kepada peringkat sah.

Kedua, mengenal Allah dengan akal.
Cara kedua mengenal Allah ialah melalui akal dan melalui ilmu pengetahuan. Pada peringkat ini, kita kenal Allah dengan ilmu yang lengkap dengan dalil-dalil dan bukti sama ada dalil aqli atau naqli walaupun secara ijmali (secara rangkuman), melalui sifat-sifat 20 yang wajib bagi Allah SWT. Dan mengenal Allah diperingkat ini, barulah sampai kepada peringkat mengenal Allah yang sah. Inilah yang dikatakan peringkat iman ilmu. Peringkat iman demikian belum mempunyai kekuatan dan ia tidak akan dapat mendorong seseorang untuk melaksanakan perintah Allah serta menjauhi larangan-larangan-Nya dengan sungguh-sungguh.
Ketiga, mengenal Allah dengan mata hati.

Cara yg ketiga

Читать полностью…

Ilmu Ilahi

TIGA CARA MENGENAL ALLAH.


Firman Allah:
                                         أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا۟ بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَآ ۛ
Maksudnya: " "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". 
( Al-A'raaf 7:172).

Berdasarkan ayat Al Quran di atas, jelas bahawa roh memang sudah kenal dengan Allah sejak mula diciptakan. Tetapi apabila ia dimasukkan ke tubuh kasar manusia, roh atau hati kita ini mulai kabur kerana tubuh kasar ini dipengaruhi oleh berbagai-bagai unsur. Apabila hati kabur, ia sudah tidak begitu kenal dengan Allah lagi. Yang kenal hanya akal sahaja. Atas dasar ilmu, akal kenal dengan Allah; kenal wujudnya Allah, Allah itu bersifat qidam, baqa' dan lain-lainnya. Malangnya hati belum kenal. Walau alim bagaimana sekalipun seseorang itu, tetapi kalau dia baru mengenal Allah pada peringkat akal, dia masih tidak mampu melaksanakan perintah Allah sungguh-sungguh. Sebab itu dia mesti kenalkan Allah sungguh-sungguh. Sebab itu dia mesti kenalkan semula hatinya dengan Allah sepertimana mula-mula ia diciptakan.


Apabila hati sudah dikenalkan semula dengan Allah, barulah hati mendorong kita melaksanakan sungguh-sungguh perintah Allah dan menjauhi semua larangan-Nya. Jadi, ketika itu barulah kita berbuat selaras dengan ilmu pengetahuan kita tentang sifat-sifat Allah. Inilah 
yang dikatakan kenal Allah secara 'ainul yaqin,iaitu kenal dengan mata hati. Kalau kita sekadar mengenal Allah melalui akal, itu baru dikatakan mengenal Allah secara ilmul yaqin. Ilmu yang ada pada kita itu sudah dapat mengesahkan iman kita dan cukup sebagai permulaan untuk mengenal Allah dengan sebenar-sebenarnya. Tetapi tentunya tidak cukup kalau kita hanya memiliki iman yang sah sahaja.
Perlu pula kita tebalkan iman, memperdalamkannya agar menjadi kuat dan kukuh. Kerana itu hendaklah kita usahakan daripada kenal dengan ilmu kepada peringkat kenal dgn hati dan roh pula.


Sebagai pengetahuan kita, mengenal Allah SWT ini ada tiga cara.
Pertama: mengenal Allah tanpa huraian. Cara yang pertama ini ialah mengenal Allah tanpa ada huraian. Dia kenal Allah begitu sahaja tanpa
kenal sifat-sifatnya. Inilah pengenalan orang-orang kafir terhadap Allah SWT. Ini Allah terangkan di dalam Al Quran:

وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ ٱللَّهُ ۚ 

Maksudnya: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah (Luqman 31:25).

Fahamlah kita bahawa orang-orang yg bukan Islam itu pun kenal juga dengan Allah, dan mereka juga percaya, Allah-lah yang menjadikan langit dan bumi ini. Tetapi mereka kenal Allah bukan melalui sifat-sifat-Nya. Kalau kita katakan yang Allah itu wujud,qidam,
baqa' dan lain-lainnya, mereka tidak akan dapat memahaminya. Kalau demikian, sedikit sangat pengenalan mereka kepada Allah. Maka ia belum sampai kepada peringkat sah.

Kedua: Mengenal Allah dengan akal. Cara kedua mengenal Allah ialah melaui akal dan melaui ilmu pengetahun. Pada peringkat ini, kita kenal Allah dengan ilmu yang lengkap dengan dalil-dalil dan bukti samaada 
dalil akli atau naqli walaupun secara ijmali. (secara rangkuman), melalui sifat-sifat 20 yang wajib bagi Allah SWT. Dan mengenal Allah pada peringkat ini, barulah sampai kepada peringkat mengenal Allah yang sah. Inilah yang dikatakan peringkat iman ilmu. Peringkat iman demikian belum mempunyai kekuatan dan ia tidak akan dapat mendorong seseorang untuk melaksanakan perintah Allah serta menjauhi larangan-larangan-Nya dengan sungguh-sungguh.


Ketiga: Mengenal Allah dengan Mata Hati. Cara yang ketiga ialah mengenal Allah dengan mata hati dan ini jugalah yang dikatakan jiwa tauhid. Iman pada peringkat ini dinamakan iman ayan. Jadi bagi kita yang sudah dapat mengenal Allah pada peringkat akal, hendaklah kita usahakan sungguh-sungguh supaya kita dapat mengenal-Nya dgn mata hati pula.Ertinya hendaklah kita usahakan untuk memiliki iman ayan.
Dlm hal ini kita perlu perbanyakkan mujahadah terhadap hawa nafsu (مجاهدة النفس). Kita juga perlu bermujahadah dgn syaitan. Di samping itu, kita juga mesti

Читать полностью…

Ilmu Ilahi

Waspada golongan Ruwaibidhah

Fenomena akhir zaman banyak sekali disebut dalam al-Quran dan hadis. Hal ini menjelaskan banyaknya cabaran terhadap keimanan kita yang melalui kehidupan semakin jauh daripada Rasulullah SAW.

Antara yang paling kerap ditemukan kebelakangan ini adalah kemunculan golongan Ruwaibidhah. Ruwaibidhah ialah kalimah bahasa Arab, iaitu rabhidah yang merujuk kepada individu lemah dan tenggelam dengan hal keduniaan.

Golongan Ruwaibidhah kerap disebut dalam hadis, malah Rasulullah SAW mengaitkan ruwaibidhah dengan zaman paling ditakuti.

Abu Hurairah RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: “Akan tiba pada manusia tahun penuh kebohongan. Saat itu, orang bohong dianggap jujur. Orang jujur dianggap bohong. Pengkhianat dianggap amanah. Orang amanah dianggap pengkhianat. Ketika itu, orang Ruwaibidhah berbicara.” Ada orang bertanya: “Siapa Ruwaibidhah itu?” Nabi menjawab, “Orang bodoh yang menguruskan urusan umum.” (HR Ibnu Majah)

Pensyarah Kanan, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam (API), Universiti Malaya (UM), Dr Mohd Khairul Naim Che Nordin, berkata hadis itu menerangkan dua aspek, iaitu keadaan ketika berlaku dan individu yang berada dalam waktu berkenaan.

“Pada aspek ‘keadaan’, Nabi Muhammad SAW menyebut pada masa akan datang dunia penuh dengan penipuan dan tipu daya.

“Ini berlaku apabila orang yang berdusta lebih dipercayai, manakala mereka yang berkata benar ditolak dan didustakan.

“Ia zaman tipu daya apabila amanah dan tanggungjawab diserahkan kepada pengkhianat sebaliknya mereka yang amanah pula dikhianati,” katanya.

Mohd Khairul Naim mengingatkan Imam Ibnu Majah meletakkan hadis itu dalam Kitab al-Fitan (Fitnah) dan mewujudkan bab khusus, iaitu Zaman yang Dahsyat (Syiddah al-Zaman).

Jika ditelusuri hadis lain seumpama dengannya, kewujudan golongan Ruwaibidhah dikaitkan dengan tanda akhir zaman.

Sebagai contoh, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila amanah disia-siakan, maka tunggu datangnya kiamat.” Lalu ada bertanya, “Bagaimana amanah itu disia-siakan?” Maka, Baginda menjawab: “Apabila suatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat.” (HR Bukhari)

Pensyarah Kanan, Jabatan Aqidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam (API), Universiti Malaya (UM), Dr Mohd Khairul Naim Che Nordin.
Tambah Mohd Khairul Naim, hadis itu menyentuh aspek amanah dikhianati dan urusan dijalankan orang yang bukan ahlinya.

Siapakah mereka yang termasuk definisi golongan Ruwaibidhah?

Mohd Khairul Naim berkata, walaupun hadis tidak menyebut secara langsung kaitan amanah dengan pemimpin, lafaz hadis terakhir, iaitu ‘amr al-‘ammah’ merujuk kepada urusan umum atau besar. Kebiasaannya orang yang terbabit urusan sedemikian adalah dalam kalangan orang politik.

“Apatah lagi lafaz hadis lebih awal berkait amanah, maka antara ‘amanah’ paling besar ialah kemaslahatan umum.

“Namun, ia tidak menafikan keperluan kita memilih pemimpin betul pada setiap peringkat untuk setiap bidang supaya amanah dipegang dilaksanakan baik,” katanya.

Dalam hal ini Islam mempunyai kriteria menentukan dan memilih pemimpin. Misalnya perkataan ulil amr dalam surah al-Nisa’ ayat 29: “Wahai orang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan uli al-amri di antara kamu,” yang ditafsirkan ulama sebagai pemimpin tertinggi dalam sesebuah negara.

Oleh kerana ia dinyatakan Allah SWT dengan arahan kewajipan untuk patuh, maka pemimpin dilantik perlu memenuhi kriteria sesuai jawatan dipegang.

“Perbahasan ini sudah pasti perlu disyarahkan panjang lebar dlm wacana fiqh. Namun secara umumnya pemilihan pemimpin perlu dilihat dalam konteks kesesuaian organisasi yang mahu dipimpinnya.

“Pemilihan tidak boleh didsrkan atas sentimen, emosi dan khabar angin sebaliknya berasaskan fakta sebenar.

“Oleh sebab maslahah dipegang besar, maka perlu dipilih pemimpin beramanah, berakhlak dan bertatasusila luhur, selain memiliki visi dan matlamat jelas serta utuh dengan prinsip perjuangan,” katanya.

Md Khairul Naim berkata, hadis ini umum

Читать полностью…

Ilmu Ilahi

Peringatan buat kita semua:

1) Jangan tinggal solat sunat qobliah subuh sekalipun bangun jam 6:45am kerana Nabi saw ada bersabda bahawa ganjaran solat ini adalah lebih baik dari dunia dan seisinya.

2) Zikir Subhnanallah, Alhamdhulillah, Allahu Akbar, 33 kali jgn ditinggalkan setiap kali lepas solat. Kerana ini lah zikir khas buat menantu Nabi saw sebagai zikir istiqamah penguat semangat.

3) Berusahalah sedaya upaya utk solat subuh berjemaah di rumah2 Allah, @ paling kurang berjemaah dgn anak isteri di rumah, kerana ganjaran solat subuh berjemaah adalah sama seperti berqiamullail sepanjang malam.

4) Jangan dilepaskan peluang berdoa selepas azan sebelum iqomah setiap waktu solat kerana disana diantara waktu2 mustajabnya doa.

5) Pelajari serta hayati setiap bait2 bacaan dlm setiap solat, bawa ia setiap kali solat, seolah2 kita berbisik2 mengadu hal dgn Robbul Jalil setiap kali kita solat, agar dgn yg demikian hati kita sentiasa berada dlm solat, mudah2an dgn asbab itu jugalah hati kita tidak lalai setiap kali solat. (memang itu pun diantara tujuan 5 kali sehari kita bersolat) dan itu janji Allah bahawa solat yg sedemikianlah punyai roh untuk menjaga kita dari berbuat keji & mungkar.

6) Jangan dilepaskan Al Quran setiap hari terutama selepas solat subuh, bacalah apa juga surah, selain jadikanlah amalan 3 surah ini setiap hari yaitu, 10 awal & akhir surah Al Kahfi, surah Al Waqiah, juga surah Al Mulk. Asbab kepada sabda nabi : Bacalah Al Quran.. sesungguhnya Al Quran itu akan memberi syafaat (pertolongan) pada sahabat2nya.

7) Jangan ditinggalkan solat2 sunat qobliyyah ba'diyyah, witir, dhuha kerana solat sunat itu menambah asbab kepada redhanya Allah pada kita.

8 ) Sentiasalah istiqamah solat di awal waktu. Wanita; bersedia, ternanti2 masuknya waktu solat manakala lelaki berusaha istiqamah solat berjemaah di rumah2 Allah kerana ia adalah sunnah Nabi kita saw yg utama.

9) Lazimi menjaga wudhu' setiap masa kerana orang yg punyai wudhu' akan didampingi para malaikat2 Allah.

10) Sentiasalah melazimi lidah untuk berzikir seperti selawat @ kalimah2 taubat @ kalimah2 tauhid asbab kita bersugi dikatakan mulut kita ringan untuk tujuan itu.

11) Lazimi berpagi2 dgn kurma dan ambillah juga ia sebelum tidur kerana khasiat makanan sunnah ini sudah cukup sempurna bg menjana hormon2 perangsang kesihatan & kecergasan tubuh & juga minda kita untuk menjurus kepada sentiasa berfikir yg positif setiap hari.

KESIMPULAN : Berusahalah menyantuni akan setiap perkara2 sunnah serta perkara2 ma'ruf setiap masa kerana itu semua akan mengundang redha Allah kepada kita.. Asbab bertambahnya redha Allah pada kita maka janji Allah 👇

"Wahai jiwa2 yg sentiasa tenang, kembalilah kepada tuhanmu dlm keadaan engkau redha dan aku redha. Dan berkumpullah kalian dlm kalangan orang2 yg berbahagia dan masuklah kalian ke dalam syurga".

👆 Ini adalah ayat sakaratul maut..

Kalau lah seluruh manusia mengetahui akan ini lah tujuan utama kenapa kita hidup di dunia ini (hanya nak dapatkan redha Allah) ketika mana saat kematian menjemput kita.. nescaya sepanjang masa seluruh manusia akan sentiasa khusyuk lagi tawadhu dlm berusaha untuk mengejarnya.

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

@ilmuilahi

Читать полностью…

Ilmu Ilahi

ASSALAMUALAIKUM

*ZIKIR UTK PELBAGAI PENYAKIT*

1. *DARAH TINGGI*
"Allahumma *Ya Salaam Ya Fattah Ya Khoofidh*
sembuhkan penyakit darah tinggi kami dan turunkan sukatan darah tinggi kami.
*Ya Salaam Ya Mukmin*
tenangkan jiwa kami agar tenang fikiran dan emosi kami dan sentiasa mengingatkan kami kpdMu agar jiwa kami mrasa tenang"


2. *KENCING MANIS*
"Allahumma *Ya Salaam Ya Fattah Ya Khoofidh*
sembuhkan kencing manis kami dan turunkan sukatan gula dlm darah kami.

*Ya Salaam*
tenangkan jiwa kami agar tenang fikiran dan emosi kami dan sentiasa mengingatkan kami kpdMu agar jiwa kami mrasa tenang"


3. *KOLESTROL*
"Allahumma *Ya Salaam Ya Fattah Ya Khoofidh*
sembuhkan penyakit kami dan turunkan sukatan kolestrol dlm darah kami.

*Ya Salaam Ya Mukmin*
tenangkan jiwa kami agar tenang fikiran dan emosi kami dan sentiasa mengingatkan kami kpdMu agar jiwa kami merasa tenang"


4. *GASTRIK*
"Allahumma *Ya Salaam Ya Fattah Ya Bathin*
sembuhkan penyakit gastrik kami dan hilangkan toksid dlm tubuh kami.

*Ya Salaam Ya Mukmin*
tenangkan jiwa kami agar tenang fikiran dan emosi kami dan sentiasa mengingatkan kami kpdMu agar jiwa kami merasa tenang"


5. *GOUT*
"Allahumma *Ya Saalam Ya Fattah Ya Muqsith*
sembuhkan penyakit gout kami ini dan seimbangkan protein dan sihatkan sel2 darah dlm tubuh kami.

*Ya Salaam*
tenangkan jiwa kami agar tenang fikiran dan emosi kami dan sentiasa mengingatkan kami kpdMu agar jiwa kami merasa tenang"


6. *PENYAKIT THYROID*
"Allahumma *Ya Salaam Ya Fattah*
ssungguhnya penyembuhan itu adalah milikMu secara mutlak.

Kami hamba yg dhaif merintih kpdMu *Ya Sami' Ya Mujib* yg Maha Mdengar lagi Maha Mengabulkan agar Engkau sembuhkan sakit tyroid ini.

Kami yaqin Engkaulah mentakdirkan sakit ini *Ya Qodir Ya Muktadir* yg Maha Berkehendak lg Menentukan Takdir kerana Engkau ingin memasukkan kami ke syurgaMu. Kami redha atas setiap takdirMu.

*Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin*
kurniakan kami dan keluarganya hati yg kuat utk mengharungi ujianMu ini.

*Ya Sobur*
kurniakan kamk kesabaranMu.
Allahumma *Ya Salaam Ya Fattah*
kami mohon penyembuhan bg penyakit tyroid ini.

*Ya Quddus Ya Jalil*
bersihkan toksin2 yg ada dlm tubuhnya.
*Ya Mumit*
matikan kuman2 yg menjangkiti jasadnya.
*Ya Mu'id Ya Salaam*
kembalikan fungsi organ2 dlm tubuh kami yg telah rosak.

Sesungguhnya Engkaulah *Ya Malik* yg memiliki semua organ dan sistem tubuh kami.

*Ya Waaliy Ya Wakil Ya Baari'*
Engkau mampu menyembuhkan dan mengembalikan kesihatan kami kerana Engkau yg Maha Mengurus, Mentadbir dan Mengatur seluruh sistem tubuh kami.

Dengan kekuasaan *KUN FAYAKUN* Mu, Engkau hanya berkata jadi maka jadilah, Engkau hanya berkata sembuh, maka sembuhlah..

7. *STROK*

"Allahumma *Ya Rahman Ya Rahim*
kasihani kami Ya Allah, sesungguhnya sakit ini dtg dariMu sebagai takdirMu *Ya Qodir Ya Muktadir* buat kami agar kami ingat kpdMu dan menyebut2 namaMu. Kami redha atas takdirMu ini.

*Ya Salaam Ya Fattah*
hanya Engkau yg dpt menyembuhkan sakit ini.
*Ya Malik Ya Malikulmulk*
anggota tubuh ini milikMu, Engkau pinjamkan kpd kami seketika anggota tubuh untuk kami beribadat kpdMu.

*Ya Salaam Ya Mu'id*
kembalikanlah kesihatan buat kami utk kami terus beribadah kpdMu.

8. *SAKIT BELAKANG*
"Ya Allah *Ya Qodir Ya Muqtadir*
kami redha atas ujianMu ini.
Kami insaf, sekiranya Engkau *Ya Rahman Ya Rahim Ya Waduud* kasih kpd hambaMu, Engkau akan tarik hambaMu dekat kpdMu *Ya Roqib Ya Qoreeb*dgn peristiwa sakit dan pelbg ujian"

"Allahumma *Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin*
kurniakan kami jiwa dan jasad yg perkasa, kuat dan teguh utk beribadah dan berbakti.

*Ya Salaam*
sejahterakan roh dan jasad kami utk kami terus beribadah dan berbakti"

*Ya Waaliy Ya Wakil Ya Baari'*
Engkaulah yg mengurus, mentadbir dan mengatur sistem uratsaraf dan tulang kami, letakkan tulang dan urat saraf kami kembali kpd tempat asalnya *Ya Mu'id*.

*Ya Baathin*
hilangkan persangkaan buruk dlm otak kami, padamkan perkataan sakit dlm otak kami kerana Engkau tidak pernah menyakiti kami tetapi Engkau sedang menyuci roh kami agar roh ini sentiasa suci utk mengadapMu"


9. *BUANG ANGIN DLM BADAN*
"Allahumma *Ya

Читать полностью…

Ilmu Ilahi

@Ilmuilahi

Читать полностью…

Ilmu Ilahi

Panas baran itu SYAITAN

Macam mana nak lawan?

Baca Doa Ini

Allahumaghfirli zambi wazhib ghoizho qolbi wa ajirni minash syaitonirrojim.

Maksudnya: Ya Allah. Ampuni dosaku, hilangkan kepanasan hatiku, dan lepaskan aku dari syaitan yang terkutuk.


@ilmuilahi

Читать полностью…

Ilmu Ilahi

*Maulana Wan Helmi : dakwah saham akhirat*
#ikhlas kerana Allah SWT
@ilmuilahi

Читать полностью…

Ilmu Ilahi

#Menghadapi Kedengkian.


قيل: عليك أن تشتغل بمصالح نفسك لا بقهر عدوك، فإذا أقمت مصالح نفسك تضمن ذلك قهر عدوك


Ada yang mengatakan : Yang harus kau perhatikan adalah kebagusan atau kebaikan  dirimu sendiri, bukan menghancurkan musuhmu. Apabila telah kau penuhi dirimu dengan kebagusan dan kebaikan , maka dengan sendirinya akan hancurlah musuhmu itu .

@ilmuilahi

Читать полностью…
Subscribe to a channel