GAPAILAH SYAAFAT AHLI QURAN
Kalam hikmah Syeikh Abu Madyan menjadi pembakar semangat bagi salah seorang anak murid, Rafiqa Qashrina dalam kehidupannya menghafaz Al Quran iaitu :
عمرك نفس واحد فاجتهد أن يكون لك لا عليك
" Umur kamu hanyalah satu nafas. Oleh kerana itu, bersungguh-sungguhlah agar ia mendatangkan kebaikan kepadamu dan bukannya mendatangkan keburukan."
Daripada Anas, Rasulullah bersabda :
"Sesungguhnya Allah mempunyai ahli-ahli dari kalangan manusia." Mereka bertanya, "Siapakah mereka, wahai Rasulullah?" Baginda bersabda, " Ahli al Quran, mereka adalah ahli Allah dan orang-orang pilihanNya.
Maka, marilah sama-sama kita memperkasakan dan menyangga Ahli Quran. Kelak merekalah yang akan menggapai tangan-tangan kita yg hina ini. Amin.
ADAB-ADAB DALAM BERTAMU
Silaturahim merupakan salah satu sarana yang baik dalam menjalin persaudaraan dan kerukunan dengan orang lain. Apalagi lebaran yang lazim menjadi momen perjumpaan atau kumpul-kumpul dengan orang-orang terdekat, kerabat, tetangga, teman, guru, ataupun orang lain.
Salah satu bentuk silaturahim adalah dengan cara bertamu mengunjungi rumah orang yang akan kita silaturahimi.
Dalam salah satu hadits dijelaskan:
إِذَا دَخَلَ الضَّيْفُ عَلَى الْقَوْمِ دَخَلَ بِرِزْقِهِ وَإِذَاخَرَجَ خَرَجَ بِمَغْفِرَةِ ذُنُوْبِهِمْ
“Ketika tamu datang pada suatu kaum, maka ia datang dengan membawa rezekinya. Ketika ia keluar dari kaum, maka ia keluar dengan membawa pengampunan dosa bagi mereka,” (HR Ad-Dailami).
Agar dalam bertamu tercapai hasil yang baik, maka hendaknya seseorang selalu menjaga adab atau etika dalam bertamu. Berikut adab-adab dalam bertamu ke rumah orang lain:
وَأَمَّا آدَابُ الضَّيْفِ فَهُوَ أَنْ يُبَادِرَ إلَى مُوَافَقَةِ الْمُضِيفِ فِي أُمُورٍ : مِنْهَا أَكْلُ الطَّعَامِ ، وَلَا يَعْتَذِرُ بِشِبَعٍ ، وَأَنْ لَا يَسْأَلَ صَاحِبَ الْمَنْزِلِ عَنْ شَيْءٍ مِنْ دَارِهِ سِوَى الْقِبْلَةِ وَمَوْضِعِ قَضَاءِ الْحَاجَةِ . وَلَا يَتَطَلَّعُ إلَى نَاحِيَةِ الْحَرِيمِ ، وَلَا يُخَالِفُ إذَا أَجْلَسَهُ فِي مَكَان وَأَكْرَمَهُ بِهِ . وَلَا يَمْتَنِعُ مِنْ غَسْلِ يَدَيْهِ ، وَإِذَا رَأَى صَاحِبَ الْمَنْزِلِ قَدْ تَحَرَّكَ بِحَرَكَةٍ فَلَا يَمْنَعُهُ مِنْهَا
“Adab bertamu adalah sesegera mungkin beradaptasi dengan tuan rumah dalam beberapa hal: antara lain
1) Menyantap makanan (yang dihidangkan), tak perlu beralasan sudah kenyang,
2) Tidak bertanya pada tuan rumah tentang sesuatu di rumahnya kecuali arah kiblat dan toilet,
3) Tidak mengintip ke arah tempat wanita,
4) Tidak menolak ketika dipersilakan duduk di suatu tempat dan (tidak menolak) ketika diberi penghormatan,
5) Membasuh kedua tangan (ketika hendak makan dengan tangan),
6) Ketika melihat tuan rumah bergerak untuk melakukan sesuatu, jangan mencegahnya” (Muhammad bin Ahmad bin Salim as-Safarini, Ghida’ al-Albab Syarh Mandzumah al-Adab, juz 2, hal. 117)
Selain adab-adab dalam bertamu di atas, Syekh Sulaiman al-Jamal juga menjelaskan adab-adab yang lain dalam bertamu:
ومن آداب الضيف أن لا يخرج إلا بإذن صاحب المنزل وأن لا يجلس في مقابلة حجرة النساء وسترتهن وأن لا يكثر النظر إلى الموضع الذي يخرج منه الطعام
“Sebagian adab dalam bertamu adalah tidak beranjak keluar kecuali atas seizin tuan rumah, tidak duduk di hadapan ruangan perempuan, tidak banyak memandangi ruangan tempat keluar makanan,” (Syekh Sulaiman al-Jamal, Hasyiyah al-Jamal, juz 17, hal. 407)
Sebagian adab yang lain dalam bertamu adalah ketika seseorang hendak menginap, hendaknya tidak melebihi dari tiga hari, hal ini sesuai dengan anjuran dalam hadits:
وَالضِّيَافَةُ ثَلَاثَةُ أَيَّامٍ فَمَا بَعْدَ ذَلِكَ فَهُوَ صَدَقَةٌ وَلَا يَحِلُّ لَهُ أَنْ يَثْوِيَ عِنْدَهُ حَتَّى يُحْرِجَهُ
"Jamuan hak tamu berjangka waktu tiga hari. Lebih dari itu, jamuan adalah sebuah sedekah. Tidak boleh bagi tamu untuk menginap di suatu rumah hingga ia menyusahkannya,” (HR. Bukhari Muslim).
Maka sebaiknya adab-adab di atas benar-benar dijaga dan dilaksanakan pada saat bertamu ke rumah orang lain, agar tercapai maksud dan tujuan dalam bertamu sehingga akan terjalin hubungan yang baik. Wallahu a’lam.
_____
Keikhlasan sesorg ,Tiada sesiapa yang berhak menilai. Hanya Allah SWT yang mengetahui keadaan sebenar hati hamba-hambaNya ☺️😊☺️.
Читать полностью…DOA AGAR ORANG TUA SEMBUH DARI SEGALA MACAM PENYAKIT
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ وَاشْفِهُ وَأَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَآءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا
"Ya Allah, Rabb manusia, hilangkanlah kesusahan
dan berilah dia kesembuhan, Engkau Zat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain"
- HR. Bukhari dan Muslim
🥀
Hari ini, belajarlah untuk menerima semua dengan Hati terbuka dan berlapang Dada.
Jangan membenci Sesiapa. Mereka yang hadir dalam setiap Episod hidup kita dihantar oleh Allah S.W.T bersebab, untuk menjadikan kita ''M.A.N.U.S.I.A" dan sedar tujuan kita dihidupkan adalah untuk menjadi "H.A.M.B.A".
GERHANA MATAHARI SEPARA
Fenomena Gerhana Matahari Separa dijangka berlaku pada 20 April 2023 bersamaan 29 Ramadan 1444H. Matahari, bulan, siang dan malam merupakan sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah SWT.
Islam menganjurkan umatnya untuk melaksanakan Solat Sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana bulan atau matahari.
Fenomena Gerhana Matahari Separa di Putrajaya pada kali ini dapat disaksikan dalam tempoh 1 jam 44 minit bermula jam 11.04 pagi dan berakhir 12.47 tengahari.
MENGENAL ILMU FALAK
(Teori dan Implementasi)
Ada beberapa ketentuan yang harus dilakukan untuk menentukan akhir atau awal bulan, baik Hijriah maupun Masehi, seperti menentukan tahun Hijriah yang dikehendaki, menghitung al-Bu’dul Mutlaq, menentukan Muqawimus Syams, atau mengetahui Ta’dilul Alamah, dan Al-Alamah Muaddalah (tanda waktu terjadinya ijtima’). Akan tetapi, hanya sebagian dari kita yang mengerti dan memahami ilmu hitung tentang ini, atau yang sering disebut Ilmu Falak. Untuk itulah buku ini dihadirkan di tengah-tengah Anda.
Buku ini akan memandu Anda belajar ilmu hisab dan ru’yat, serta menjadikan Anda memahami penentuan arah kiblat, bayangan arah kiblat (rashdul qiblah), waktu-waktu shalat, dan gerhana. Dilengkapi dengan:
Contoh ijtimak menentukan akhir dan awal bulan
Contoh menentukan awal bulan Ramadhan
Contoh Hisab al hilal
Contoh mengetahui tahun hijriyah dan masehi
Contoh menghitung gerhana bulan dan matahari
Tabel-tabel panduan falakiyah
Keterangan;
Cover : Soft Cover
Jenis Kertas : Bookpaper
Penulis : KH. Abdul Karim MS & M. Rifa Jamaluddin Nasir
Tebal : viii + 112 Halaman
Ukuran : 14 x 20 cm
Harga : Rp. 95.000,-
Order : WA 081222233220
Ikhlas itu selalu berbuat baik meskipun tidak ada yang melihat , selalu berbagi kebaikan tanpa mengharapkan sesuatu Balasan . Salam Fardhu Maghrib & Selamat Berbuka puasa 🍏❤️🍏.
❤️
DOA BERLINDUNG DARI FITNAH WANITA
وَإِلَّا تَصْرِفُ عَنِّيْ كَيْدَهُنَّ اَصْبُ اِلَيْهِنَّ وَاَكُنْ مِّنَ الْجٰهِلِيْنَ
WA ILLAA TASHRIF 'ANNII KAIDAHUNNA ASHBU ILAIHINNA WA AKUM MINAL-JAAHILIIN
"Jika aku tidak Engkau hindarkan dari tipu daya mereka, niscaya aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentu aku termasuk orang yang bodoh."
(Qs. Yusuf 33)
🥀
Istiqamah ✨
Antara tanda kita istiqamah adalah kita masih tetap ada rasa inginkan kebaikan walaupun kita berulang kali jatuh dan tersungkur.
Moga kita kekal dengan proses untuk terus memperbaiki diri tanpa henti ⚡️
Ada terdengar ustaz cakap.
"Kita sebagai manusia, jangan ada 2 benda dalam hidup.
1⃣ Risaukan atau terlebih risau perkara yang tak berlaku lagi,
2⃣ Jangan menyesal dengan perkara yang dah berlaku.
Insya-Allah, kalau tak ada 2 perkara ni, hidup akan jadi tenang".
🥀
Larangan Melaknat
وَلَعْنُ الْمُؤْمِنِ كَقَتْلِهِ
“Melaknat seorang mukmin itu seperti membunuhnya.” (HR. Bukhari no. 6105 dan Muslim no. 110)
لَا يَنْبَغِي لِصِدِّيقٍ أَنْ يَكُونَ لَعَّانًا
“Tidak selayaknya orang yang jujur itu suka melaknat.” (HR. Muslim no. 2597)
Laknat akan kembali kepada dirinya, jika orang yang dilaknat tidak layak mendapat laknat
إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا لَعَنَ شَيْئًا صَعِدَتِ اللَّعْنَةُ إِلَى السَّمَاءِ فَتُغْلَقُ أَبْوَابُ السَّمَاءِ دُونَهَا، ثُمَّ تَهْبِطُ إِلَى الْأَرْضِ فَتُغْلَقُ أَبْوَابُهَا دُونَهَا، ثُمَّ تَأْخُذُ يَمِينًا وَشِمَالًا، فَإِذَا لَمْ تَجِدْ مَسَاغًا رَجَعَتْ إِلَى الَّذِي لُعِنَ، فَإِنْ كَانَ لِذَلِكَ أَهْلًا وَإِلَّا رَجَعَتْ إِلَى قَائِلِهَا
“Jika seorang hamba melaknat sesuatu, maka laknat itu akan naik ke langit, dan tertutuplah pintu-pintu langit di bawahnya. Kemudian laknat itu akan turun lagi ke bumi, namun pintu-pintu bumi telah tetutup. Laknat itu kemudian bergerak ke kanan dan ke kiri. Jika tidak mendapatkan tempat berlabuh, ia akan menghampiri orang yang dilaknat, jika orang itu memang layak dilaknat. Namun jika tidak, maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat.”
(HR. Abu Dawud no. 4905)
Bersahabat Dengan Penjual Minyak Wangi Bukan Pembakar Besi
حَدَّثَنَا أَبُو بُرْدَةَ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا بُرْدَةَ بْنَ أَبِي مُوسَى عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالْجَلِيسِ السَّوْءِ كَمَثَلِ صَاحِبِ الْمِسْكِ وَكِيرِ الْحَدَّادِ لَا يَعْدَمُكَ مِنْ صَاحِبِ الْمِسْكِ إِمَّا تَشْتَرِيهِ أَوْ تَجِدُ رِيحَهُ وَكِيرُ الْحَدَّادِ يُحْرِقُ بَدَنَكَ أَوْ ثَوْبَكَ أَوْ تَجِدُ مِنْهُ رِيحًا خَبِيثَةً
Telah menceritakan kepada kami Abu Burdah bin ‘Abdullah berkata; Aku mendengar Abu Burdah bin Abu Musa dari bapaknya RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Perumpamaan orang yang bersahabat dengan orang soleh dan orang yang bersahabat dengan orang buruk perangai seperti penjual minyak wangi dan tukang kimpal besi. Pasti engkau akan dapat bauan wangi dari penjual minyak wangi samada membeli atau tidak. Sedangkan dari tukang besi kamu akan merasa bahang atau kainmu atau kamu akan mendapatkan bau yang tidak sedap”. (HR Bukhari No: 1959) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
Hidup bermasyarakat memerlukan sahabat serta orang lain yang akan saling bertolong bantu bagi menyempurnakan kehidupan.
Pelbagai jenis manusia yang berada di sekeliling kita, ada yang baik ada juga yang jahat dan buruk akhlak.
Bergaul serta bersama dengan orang yang baik dan soleh umpama berada bersama penjual minyak wangi, jika kita tidak membelinya, bau wangi tetap melekat pada tubuh kita.
Bergaul serta bersama dengan orang yang buruk akhlak umpama berada bersama pembakar besi, walaupun kita tidak membakarnya, bahang panasnya tetap kita rasai.
Carilah orang yang soleh dan berakhlak mulia sebagai teman dan sahabat untuk kita bersama mereka. Moga tempias kebaikannya mempengaruhi kita.
#hadis
#Dakwahforever
#KeepIstiqomah
Ramadhan semakin berlalu hari-harinya. Dari awal ramadhan sehingga sekarang sudah seberapa besar iman kita membesar tumbuh dengan baik ?
Semakin bertambah atau berkurang ? Semakin bercahaya atau malap ? Semakin bertambah cinta akhirat atau semakin bertambah cinta dunia ?
Jangan pernah berputus asa, teruskan dengan ibadahmu, berusaha sebaiknya dengan sisa baki ramadhan yang masih ada ini. Tambahkan lagi kualiti dan kuantitinya. Semoga kita dapat menjadikan penutup bulan Ramadhan dengan sebaik-baik penutup, dengan kemenangan dan kejayaan.
Allah SWT memandang setiap usaha pun walau sedikit. Teruskan ❤️
Tapi ingatlah ,
" Jika kamu merugi di bulan ini , lantas bilakah masa kamu beruntung "?
- Ibnul Jauzi Rahimahullah
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
Ya Salaam.. kalau Nabi Yusuf sekali saja silap, tak sengaja, lupa, dihukum Allah سبحانه و تعالى beberapa tahun lagi dipenjara….
Berapa kali kita lupa kepada Allah?
Kita makan, lupa (Allah)…
Kita minum, lupa (Allah)…
Kita pakai pakaian, lupa (Allah)…
Kita dapat nikmat segala-galanya, kita lupa kepada Allah…
Ya Subhanallah.. tak diambil (balik) nikmat tu..
Jangankan dihukum, nikmat tu pun tak diambil (balik) oleh Allah سبحانه و تعالى…
Alangkah santunnya Allah ini kepada hamba-Nya dan alangkah nakalnya hamba ini kepada Allah سبحانه و تعالى…
- disunting daripada pengajian bersama Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
🍃💧 *MALAM (29) GANJIL TERAKHIR*
Ramadhan belum usai. Malam ganjil belum berakhir
🎙 Dari Abu Hurairah radhiyallahu ’anhu berkata, Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ’alaihi wasallam bersabda mengenai lailatul qadr,
إنَّها ليلةٌ سابعةٌ أو تاسعةٌ وعشرينَ إنَّ الملائكةَ تلكَ اللَّيلةَ في الأرضِ أكثرُ من عددِ الحصى
💢 Sesungguhnya lailatul qadr itu malam yang ke-27 atau ke-29. Sesungguhnya pada malam itu jumlah malaikat lebih banyak dari butiran kerikil (Hasan, HR Ahmad 10734; Silsilah ash-Shahihah 2205)
💢 Tersembunyi-nya waktu lailatul qadr agar kita bersemangat dan tidak lengah
Maka manfaatkan malam ganjil terakhir yang tersisa
#fadilatramadan
Kita sangka apabila kita berbuat baik, maka manusia akan semuanya menyukai kita, demikianlah pula apabila kita berbuat jahat semua manusia akan membenci kita, sebenarnya kita tersilap, jika kita berbuat baik maka biasanya manusia yg jahat tidak akan suka kepada kita (lihat sahaja Nabi Muhammad SAW peribadinya unggul namun Abu Jahal dan kaumnya membencinya) manakala jika kejahatan yg dilakukan maka manusia yg baik pula membenci kita.. hidup yg bersilang, namun pilihan menjadi baik lebih disukai oleh para Malaikat Allah.. renungan di saat sebelum terpejam..
😊
tazkirah
Keikhlasan ini memang tidak akan nampak dengan mata kasar.Ianya tak boleh dilihat, ibarat kita melihat objek yang hitam di dalam kegelapan malam.
Jika dalam hatinya ada keikhlasan dan kasih sayang, segala kata-kata, perbuatan dan tulisannya akan terserlah dari hati yang bersih, akhlak yang mulia dan lunak di baca, didengar dan sejuk mata memandang.
Bukan keikhlasan jika ada rasa sakit hati, tak sabar kerana penyakit hati ini akan menutup pintu keikhlasan dan akibatnya sentiasa berburuk sangka, iri hati terhadap orang lain.
Jika dibiarkan penyakit hati ini di manakah indahnya keikhlasan itu.Mulut saja berkata, aku ikhlas ni..tapi hati masih berbolak balik.Memang sukar mengikhlaskan hati tapi mulakan dengan bersangka baik dalam apa jua perkara, redha dan yakin bahawa segalanya adalah ujian dan ketentuan dari Allah SWT.
#tazkirah
#muhasabah
﷽
🍁Tadi hubabah ada share 10 wasiat seorang ibu dari arab badwi kepada anaknya yang bakal berkahwin, wasiat ini sangat berguna untuk anak perempuan & isteri & ibu-ibu juga..
🍁Sebab hubabah kata sekarang sudah menjadi satu trend bila berkawin akan bercerai, lebih 50% pasangan yang berkawin akan bercerai.. InshaaAllah jika amalkan wasiat ini tidak akan berlaku penceraian, Hubabah juga kata wasiat-wasiat ini juga diguna pakai ulama dahulu sehingga sekarang...
🍁Wahai anakku , engkau akan berpindah dari rumah yang kau kenal kepada rumah baru yang kau tak kenal. Dan dengan orang baru yang engkau tak berapa kenal. Maka :
💛1) Jaga mata suami, tidak dia melihat padamu kecuali yang indah-indah sahaja, berhias untuk suami, & untuk mendapat pahala.
💛2) Jaga telinga/ pendengarannya ,jangan sampai dia dengar tidak elok darimu,
💛3) Jaga hidungnya jangan sampai dia hidu yang tidak enak darimu..
💛4) Jaga perut dia, kerana jika perutnya lapar akan buat dirinya marah, jangan tunggu suami minta baru buat, akan tetapi sediakan terus.
💛5) Jangan mendesak-desak suami untuk dapatkan sesuatu sehingga dia memberimu dalam keadaan tidak redha .
💛6) Jangan sering berpergian. contoh selalu pergi ke rumah keluarga , rumah kakak-kakak, pergi sana sini sehingga suami merasa isterinya tidak senang/tak suka duduk bersamanya.
💛7) Jangan memberi arahan kepada suami,
Guna perkataan lemah lembut sebagai contoh wahai tuanku..
💛8)Jangan gembira ketika dia sedang bersedih, begitu juga jangan sedih ketika suami dalam keadaan gembira, Ikut dan fahami perasaannya
💛9) Jangan merasa lebih kaya dari suami. sehingga merasakan tidak perlu pada suami, sekarang ramai wanita jadi ketua keluarga. Bahaya kerana semuanya kene ikut cakap dia. Dia yang akan buat keputusan. Akan tinggi suara pada suaminya, Kurang hormat pada suaminya..
💛10)Jadilah kau seorang hamba maka dia juga akan menjadi hamba buat mu..
✨*_Daripada Hubabah Ummu Salim | 6 Sept 2022 / Shah Alam_*✨
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ﷺ
Barang siapa yang merasakan bahawa gaji yang kita terima, simpanan yang kita simpan menjamin masa depan kita, boleh jatuh menjadi SYIRIK.
Kita umat Tauhid yang berpegang kepada kalimah "Laa Ilaha Illa Allah". Membawa maksud juga tiada yang menjamin melainkan Allah yang memberi jaminan.
Menyimpan duit tak salah, terima gaji pun tak salah. Yang salah kita meletakkan gaji dan simpanan menjamin masa depan kita.
Allah boleh sahaja kurangkan gaji kita, boleh habis simpanan kita bila2 masa. Maka kembali berharap hanya kepada Allah yang akan menjaga dan menjamin masa depan kita.
# MentauhidkanKeluarga
Terima kasih sudi jenguk kedai makan pondok kami,
*Kedai Makan Budak Pondok*
*D/A: MADRASAH DARUL ZAHRAA*
Belakang Sekolah Kebangsaan Kg Kuala Dura,
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu. Terengganu Darul Iman.
Google map :
https://goo.gl/maps/ZiF8iXTE26Vx1SBQ9
Terima kasih sudi suport ekonomi madrasah kami.
5 MALAM MUSTAJAB DOA
❏❜ Malam Jumaat
➤ Hari Khamis , malam itu
❏❜ Malam hari Raya Aidiladha
❏❜ Malam hari Raya Aidilfitri
❏❜ Malam pertama bulan Rejab
❏❜ Malam nisfu Syaaban
Sesibuk mana pun diri kita , carilah peluang untuk berdoa . Ruginya diri kita bila mana , kita tak guna peluang sebegini sebaik yang mungkin .
Mintalah apa pun , in syaa Allah , tiada yang mustahil untuk Allah perkenankan .
🥀
Tidak pernah pacaran bukan bermakna mulia. Pernah pacaran bukan bermakna hina. Kita hanya pandang kebaikan orang yang tidak bermaksiat, tetapi kita lupa untuk pandang kebaikan orang yang melakukan kemaksiatan.
— 🥀
Ketika kau takut kehilangan
Sebenarnya kau sedang lupa
Bahwa tidak ada satupun yg kau miliki
Bahkan dirimupun bukan milikmu..
Insan Ghuroba
Doa Akhir Ramadan ✨🤲
.
Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati-hati kami.
.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.
.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.
.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadan pergi tanpa keampunan dosa-dosa kami.
.
Ya Allah, jangan biarkan Ramadan pergi tanpa meninggalkan jejak-jejak ke syurga untuk kami.
.
Ya Allah, janganlah Kau biarkan Ramadan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami.
.
Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadan mahupun selepas Ramadan.
.
Ya Allah, sebelum mentari akhir Ramadan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.
.
Ya Allah, lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkan setiap seorang dari kami dengan Iman dan taqwa.
.
Jadikan kami calon syurgaMu. Sempurnakan akhlak kami dan lindungi kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.
.
Ya Mujibbasailin. Limpahilah kami dengan sifat2 kebaikan dan terpuji. Jadikan kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.
.
Ya Allah, Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadan Al Mubarak yang akan datang.
.
Ya Allah, Janganlah Kau jadikan ramadan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadan yang akan datang.
.
Tapi, andai ini Ramadan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati, jadikanlah ramadan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu.
.
Ya Allah, jadikanlah ramadan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami.
.
Ya Allah, temukanlah kami dengan lailatul qadr. Pilihlah kami dikalangan hambaMu yang dapat beramal di malam al-Qadr.
.
Ya Allah, terimalah amalan kami. Terimalah taubat kami. Ampunkanlah segala dosa kami. Amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi. Kurniakanlah kepada kami syurgaMu yang Maha Luas Nikmatnya.❤️🤲
.
Aamiin3 ya rabbal'aalamiin.
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
Taqwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak muslim sebenar, ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.
- Imam As-Syafie -
Usia Bertambah
Bertambahnya usia kita, bermakna sisa umur kita semakin pendek. Ada orang kata:
Yang boleh kita makan, makanlah
Yang boleh kita pakai, pakailah
Yang boleh kita beli, belilah
TAPI….
Makanlah yang halal lagi baik untuk kesihatan
Pakailah yang memada dan mengikut syarak
Belilah ikut kemampuan dan yang bermanfaat
INGAT juga…. Jangan berlebihan…. Jangan membazir!.
JANGAN LUPA....
Bekalan amal semasa hidup
Bekalan amal yang dividennya berterusan walaupun kita telah tiada
Warisan generasi soleh yang mendoakan
INGATLAH….
Sehari berlalu pergi, bermakna umur kita berkurang sehari.
Bila kita lewati hari ini dengan ketaatan, berbuat kebaikan dan sentiasa bersyukur, ia adalah kebahagiaan.
Moga istiqamah berterusan kerana kita tidak tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.
Sedar tak sedar, waktu cepat berlalu. Hidup ini sangat singkat.
Sedar tak sedar kita telah memasuki masa tua, mati itu pasti !
Firman Allah SWT:
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ
Maksudnya: “Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan). Maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka kemudiankan dan tidak pula dapat mereka dahulukan walau sesaat pun.” (Al-A’raf: 34)
Imam al-Khatib al-Baghdadi ada menukilkan satu kata-kata yang pernah diucapkan oleh Abu Abdullah Ahmad bin Ayyub:
اغْتَنِمْ فِي الْفَرَاغِ فَضْلَ رُكُوعٍ ... فَعَسَى أَنْ يَكُونَ مَوْتُكَ بَغْتَةْ
كَمْ صَحِيحٌ رَأَيْتُ مِنَ غَيْرِ سُقْمٍ ... ذَهَبَتْ نَفْسُهُ الصَّحِيحَةُ فَلْتَةْ
Maksudnya: “Peliharalah keutamaan ruku’mu pada waktu lapang, disebabkan kematian boleh datang kepada kamu secara tiba-tiba, betapa ramai orang yang sihat dan tidak sakit, dirinya boleh pergi dalam keadaan yang sihat secara tiba-tiba.” [Lihat: Iqtidha’ al-‘Ilm al-‘Amal, 106]
#Tarbiah
#muhasabah
#Dakwahforever
Dakwah dari dulu lagi. Jangan berharap untuk Ustaz Ebit liew je berdakwah. Dakwah itu tanggungjawab semua umat Islam di dunia.
8.Orang kafir berani menyerang/membunuh orang islam. Cuba bayangkan jika orang Islam seluruh dunia terlalu kuat berdakwah dan kuat mempertahankan agama.
Orang kafir yang akan takut dengan kita. Sebab tu, mereka sendiri buat kenyataan akan gentar kalau orang solat berjemaah waktu subuh sama banyak macam orang solat jumaat. Mereka tahu kalau itu berlaku, Islam akan betul-betul kuat.
9.Muncul Nabi-nabi palsu/aliran-aliran sesat. Sedihkan? Ini semua kesan menakutkan akibat kita tidak berdakwah. Kita kena tahu juga dimana silap kita sehingga perkara ini berlaku.
10.Kemaksiatan merajalela. Ya, apabila dakwah tidak diteruskan. Maksiat pun akan berlaku secara maharajalela. Tiada siapa yang kisah, hanya harapkan pencegah maksiat je, sebab itulah maksiat berlaku lagi tak henti. Wajiblah kita berdakwah untuk sama-sama menjaga agama.
11.Keberkahan rezeki dicabut
Ramai bising kerana harga barang naik, susah nak tarik rezeki dan macam-macam lagi. Tetapi kita tak sedar yang beri rezeki tu Allah, kenapa kita tak taat bagaimana sahabat nabi taat kepada Allah?
Berdakwah lah, buat apa yang kita belum buat. Sempurnakan iman kita dan berilah manfaat kepada mereka untuk dalam mendalami Islam. Insyallah Allah sayang kita dan kurniakan rezeki yang berkah buat kita.
Sekian tazkirah untuk hari ini 😊
#Dakwahforever
#KeepIstiqomah
/channel/Ilmuilahi